|
Bz lagi
hari ni ramai la rakan seopis yg bz sbb nak kena audit. masing2 sibuk menyiapkan dokumen2 penting dan berdebar-debar nak tunggu kena pilih sebagai auditee. Kali ni saya rasa lega la sikit, saya bukan lagi bakal auditee, saya pulak nak mengodit orang. sehari sebelum cuti pada minggu lepas tetiba jer bos Kualiti datang bilik saya peh tu patah balik pi jumpa org lain sbb org lain pulak ler sepatutnya dilantik menggantikan saya menguruskan hal-hal kualiti di tempat keje saya ni. saya dah banyak sangat jawatan bodo yg dipegang dah jadik macam org gila kuasa, sekali sekala biar la org lain pulak amik alih tugas. tapi yang tak syoknya semua mengelak, masa amik gaji berebut pegi bank tapi bila kene kerja lebih sikit, tanak, semuanya lari. masa dia ada keje mintak tolong ngan saya, tak malu la pulak. bila masa cenggini lari la pulak. esok2 dengar nama dia dapat anugerah pekerja hebat. dia jugak yg untung, saya cenggini jugak la. semua org ngelak, akhirnya saya dapat la balik jawatan tu. kebetulan la masa audit Ketua Kualiti tak de, pemangku jawatannya pulak tak atau ape, saya la pulak jadi kelang kabut. geramnya rasa, dan masa suntuk cenggini baru la nak terkorek korek lubang, kan elok bagitau awal2. kalau ikut kan hati yg marah dan geram ni, saya lari jer dari tugas, bukannya dapat apa pun kalau saya buat tugas yg tak kena mengena ngan skop keje saya tu. rasa nak balas dendam jer ngan org yg buat saya cenggini, tapi nanti la saya pikir lapan belas kali lagi. nasib baik la ahli jawatan kuasa komiti Kualiti saya tu semuanya boleh diharap, lega la sikit. kalau idak mau saya mengamuk sakan. walaumacamana pun pada hari Khamis minggu lepas sempat la saya mengamuk sikit depan boss saya sambil mengata org lain makan gaji buta...ekekekkeeke (marah punya pasal, terikut ikut perasaan).
kali terakhir diubah pada: Oct 10, 2005, 23:37
Add a comment
|