|
Si Ti
Sudah lama saya pasang perangkap untuk cik ti kat umah saya, sampai adik saya tegur, katanya mana ada org letak perangkap tikus kat ruamg tamu.. rasanya dah berbulan-bulan, tapi sekor pun tak masuk jerat. umpannya saya gunakan adalah french loaf yang telah dibakar dengan mentega, bukannya tak bleh nak letak umpan lain tapi makanan tu banyak berlebih peh tu tak tau nak buat apa, buat umpan la. lagi tu roti ti tak basi jadi tak la busuk umah saya. bebaru ni saya tengah sibuk menvakum rumah, tetiba ternampak sesuatu berwarna kelabu dalam perangkap tu, setelah saya perhatikan btui la sekor tikus yang agak comel berada dalam perangkap besi itu dalam keadaan malu2 atau mungkin juga rasa bersalah kerana telah tertangkap. berjaya juga rupanya perangkap itu memerangkap mangsanya walaupun umpannya bukan umpan biasa.
kali terakhir diubah pada: Oct 17, 2005, 20:07
Add a comment
|