|
Bayi pari
Ha! Ha! Ha!, saya mulakan catatan hari ni dengan gelak bongkak, berlagak, sombong, bangga dan semuanya yg mendongak ke langit. saya amat berbangga sebenarnya sebagai seorang pemancing amatur. saya telah berjaya menaikkan dua ekor ikan pari, walaupun mereka masih bayi lagi, tapi masih spesies ikan pari, nasib baik la pada hari saya memancing semalam tak de omputih yg datang dekat, kalau idak nescaya disuruhnya lepas kembali ke laut, maklum la diorang kan mengamalkan 'catch n release', saya pulak mengamalkan rezeki jgn ditolak, kalau ditolak tentula rugi.
semalam trip pemancingan saya bermula ditepi pantai yg agak indah yg pernah dilanda Tsunami pada suatu ketika dulu. memula jer saya campakkan umpan terus disambar oleh si pari, mudah jer saya menaikkannya sebab masih anak2 lagi, belum fasih melawan pancing.
lepas tu dapat gelama la pulak, peh tu dapat lagi pari, peh tu dapat lagi gelama, kira cam selang bunga la.driver memandang dengan jelesnya terhadap saya, dia masih gagal menaikkan barang seekor pun anak ikan walaupun menggunakan dua batang joran. akhirnya dapat la juga driver menaikkan sekor anak belukang, kesyian. kami pun beredar.
peh tu kami pegi pulak ke sungai, mancing lagi sebab umpan ada banyak lagi, sebelum gi mancing saya sempat shopping baju selai dua kat kedai tepi sungai tu. mancing lagi, saya berjaya menaiikan ikan pertama, ikan duri,driver kata saya ada manyak ong ari ini, saya tersenyum bangga lagi. e...eh, ramai la pulak penonton kat belakang saya ni, punya la bangga, saya sempat mendendangkan lagu Jac Victor sempena meraikan kegembiraan hati saya. peh tu dapat ikan lagi, dapat lagi, lagi dan lagi. driver pun dapat jugak ikan, walaupun bermula agak lambat, jumlah tangkapannya sama ngan saya. hari semalam saya pulang dengan sangat gembira, walaupun cuaca sangat panas tapi saya berasa sangat cool.
kali terakhir diubah pada: Feb 5, 2006, 16:54
Add a comment
hehe.. ko mmg cool!
151593 |
Dipos oleh kumprinx pada February 8, 2006, 0:50
|