|
Cuti cuti Malaysia semasa kaum cina menyambut tahun anjing
baru sekarang ni teringat nak cerita la sebab masa tu kampeni cuti semenggu, cuti mmg best tapi kalau dah lama sangat naik boring. pada cuti tersebut adik saya seorang ahli politik telah mendapat sebiji bilik hotel/resort yg free. dia mengajak saya pergi ke sana berdua dengan dia sbb nanti dia boleh 'pau' saya yang kaya ini. mentang2 la dia dapat bilik free, jadi yg lain semua saya kena tanggung. ini lah pertama kali dia mendapat bilik free, jadi adik saya memaksa hanya saya dan dia jer pergi ke resort itu. katanya penyambut tetamu di hotel beberapa kali bertanya berapa jumlah penduduk yg akan duduk di bilik free itu, adik saya juga meyakinkan cuma dua org. adik saya takut kalau bawak lebih org nanti kena cas lebih. kami pun pegi la ke resort itu, sebuah resort yg baru bukak. punya la ramai org. layanan punya la teruk, nak mendapatkan kunci bilik pun makan masa dekat sejam, mentang2 la free. peh tu kan bila pegi kat biliknya la...punya la beso macam beso rumah sebuah siap ada dapur, 2 bilik, ruang tamu dan sebagainya selayaknya sebuah rumah. patut la pompuan tu tanya banyak kali, patutnya bilik tu boleh muat duaploh org. bilik punya la beso tapi kan tak de loceng pintu, peh tu tak tepon, teruk btui. resort tu dekat ngan pantai, masa tu punya la ramai org, pantai yg sepanjang 2 kilometer tu penuh sama ada atas pasir maupun dalam air sejarak 2 meter dari pasir. kalau ada Tsunami masa tu, maknanya terhapuslah hampir sepertiga rakyat malaysia (mengikut perangkaan dan bancian saya, bukannya mana2 jabatan kerajaan malaysia) keadaan jalan raya sepertinya sesak teruk seperti ada berlaku perarakan hari kemerdekaan. saya balik dari sana dalam keadaan tak puas hati dan berjanji tidak akan ke resort itu lagi KECUALI dalam keadaan free.(tak payah bayar la!)
kali terakhir diubah pada: Feb 14, 2006, 16:30
Add a comment
|