|
pi bagan Hailam dan makan sup belakang Keramat supermarket
disebabkan boss kecik saya suka sangat ngan org yg ponteng keje, saya pun telah menyahut kesukaan dia itu dengan memontengkan diri saya pula. kalau dia terbaca apa yg saya taip ni jangan nak marah2kan saya pulak yer, saya cuma nak amik hati dia jer dengan melakukan pekara yg dia suka...!!! Saya pun telah pegi ke bagan hailam untuk memancing ikan laut di Sea Lion yang ada 5 kolam kalau tak silap. mula2 acara yg awal sekali adalah melawat dan melihat keadaan pemancingan di situ, saya telah dapat membuat pemerhatian bahawa semua pemancing di situ menggunakan pelampung, jadi saya cadangkan pada driver supaya dia menggunakan kaedah trolling pulak supaya nampak lain sikit. semasa melihat2 itu saya terlihat seorang pakcik berjaya menaikkan seekor ikan kerapu merah dengan berjayanya. menurut pemandangan saya ikan itu seberat kira2 2 kilo. semangat driver menjadi sangat tinggi untuk memancing juga di situ malangnya gigi bossnya telah sakit pada ketika itu juga, jadi hasrat driver untuk memancing terpaksa dibatalkan. boss driver itu adalah saya tentunya. jadi untuk mengubatkan hati driver yg lara dan terluka, saya mengajaknya makan sup kegemarannya di belakang Keramat Supermarket. driver pun memilih dengan banyaknya isi2 sup sampai nak terkeluar dari mangkuk. lepas tu dia makan dengan lahap menunjukkan kesedihan hatinya sebab tak dapat memancing di Sea Lion, dia sempat menyatakan bahawa kalau tidak dapat memancing di sea lion adalah sama seperti tidak singgah di Maidin kalau ke pegi ke Kota Raya (yang komplek tu yer). selepas makan tibalah masa untuk membayar, amboi mahainya mengalahkan makan sup kat hotel, harganya RM22 sahaja. lepas itu saya jenjalan kaki pulak kat Chow Kit dan membeli sesuatu berharga sepuluh ringgit, lepas tu saya tertinggal la pulak barang tu. tahniah kepada saya kerna telah berjaya membazirkan duit sebanyak sepuluh ringgit. itulah cerita hari pemontengan saya pada kali ini, mungkin lepas ini akan muncul lebih banyak lagi cerita2 hari pemontengan saya demi menyahut kesukaan boss kecik saya yang suka sangat dengan org yg ponteng. dalam hal ini saya tidak bersalah lansung kerana yg saya nak cuma boss kecik suka ngan saya sajer lebih daripada org lain supaya saya bole cepat naik pangkat dan cepat jadi kaya raya bunga raya hari raya aidilfitri dan aidil adha. sekian, terima kasih.
kali terakhir diubah pada: Feb 22, 2006, 16:00
Add a comment
|