|
Cumi dan Ciki
baru semalam saya telah berjaya mengambil dua anak angkat yg saya cadang2 nak bagi nama Cumi ngan Ciki. semalam selepas balik memancing di kolam berbayar, saya singgah kat satu pekan kecil sebab nak beli besen plastik sebab nak buat basuh ikan. driver ajak saya masuk satu petshop untuk melihat lihat burung sebab saya cakap ngan driver yg saya nak burung kelicap sekor sebab saya nampak kat kawasan kolam tu ada banyak burung kelicap yg comel2, bila saya suruh driver tangkap dia tanak sebab katanya kat kedai burung ada banyak jual. bila pegi kedai burung tu, tokei tu kata ada sorang orang yg dah beli semua burung yg dia jual, agaknya org tu ahli kelab peace malaysia kut, tu dia beli burung bebanyak sebab nak lepas kan kut, idak pun nak buat goreng, idak pun dia nak check virus selsema burung kut, idak pun pasai dia saja2 nak beli ikut suka ati dia pasai dia kaya. saya pun tak beli burung tu. peh tu kan saya pegi petshop yg lain pulak, tetiba ternampak bayak binatang yg menarik, ada ikan kelisa emas, ikan kelah, argus, arnab. saya berkenan kat anak arnab yg sangat gebu tu, saya beli la dua eko, buat anak angkat, lalu saya namakan cumi dan ciki, gebu betui. saya nak cari sepasang, tapi tokei tu kata susah nak tengok jantina nya sebab kecik sangat. saya main bantai jer la pilih yg mana berkenan, kalau nasib baik dapat sepasang jantan betina, nanti dia beranak ramai2 dah beso bole buat sate arnab, ermmm...syedap...ekekeke. kalau tak sampai ati nak semelih juai jer kat keluarga haji Samuri, bole jadi sate kajang, lalu pegi kat retoran jejantas sg buloh ke, atau R N R Awan Besar bole makan sate Kajang, saya tak suka makan sate kajang kat kajang sebab ramai sangat org la, tak best, tak boleh menghayati. eh..eh...bebudak arnab tu kecik2 lagi dah saya bayangkan diorang jadi lauk. kesian kan. saya letak arnab2 tu dalam sangkar kucing saya yg dah lama mati. gambar tak sempat nak amik lagi pasal kamera tertinggal kat opis. kalau ada rezeki besok gambar diabinatang akan masuk weblog ni.
kali terakhir diubah pada: Feb 26, 2006, 19:59
Add a comment
|