|
patah bahu
ari tu la kan, pegi mancing kat Penang kan, masa tengah2 sedap mancing driver tepon la kawannya ajak jumpa la konon kan, peh tu bole la pau nasi kandaq sepinggan dua kan. peh tu kan tepon tu diangkat oleh seorang cina la tapi kawan driver tu org Melayu. peh tu sayup2kan dengo suara kawan driver cakap...."dry.. (nama manja driver), aku eksiden la, aku teruk ni....(suara org menahan sakit la)" peh tu cina tu sambung balik cakap, dia kata sila datang ke hospital ...****tis..tis...", masa tu driver yg tepon kan jadi dia tu kan telinga tak clear jadi dia tak tau hospital mana, peh tu driver tak tau selok belok Penang tu, lain la saya memang expet sebab dlu sekolah kat Penang, peh tu cikgu homeroom suka bawak jenjalan pulak tu, jadi pandai la jalan2 kat Penang tu. Jadi terencat sikit la pemancingan kami tu sbb kesian dengo suara kawan dia menahan sakit. kami pun segera pegi cari hospital tu. nasib baik jumpa peh tu pun masuk la carik kat bilik kecemasan, jumpa la cina yg langgar tu, sebenarnya anak dia yg langgar tapi dia kena bertanggungjawab la sebab anaknya bawah umo. cina tu cakap kat driver, driver ni boss kawannya tu ke, driver dengan tak malunya mengagguk jer. apa la. cina tu pun cerita punya la hurmat, saya rasa nak tergelak jer. kawan driver masih dibalut lagi. peh kawan driver pun ditolak kluar, muka dia elok jer tapi nurse lelaki tu kata bahunya terseliuh. tapi tak berapa pasti lagi. peh tu dengan tak malunya saya dan driver masuk bilik doktor peh tu tengok gambar ex ray kawan driver kat monitor, aiii....tulang bahu dia patah serpih la, jadi tajam, kalau tercucuk daging bole koyak...oooo. tetiba kan, boss sebenar kawan driver tu datang, cakap2 ngan cina yg langgar kawan driver tu, mesti dia tahu yg driver tu bukan boss kawan dia tu, eiiii saya pulak yg terasa malunya. lepas boss tu datang driver ngan selamba nyer ajak saya balik sambung balik mancing. agaknya dia malu dalam diam. tu la belagak sangat. p/s: kawan driver tu polis, jadi driver mengaku jadi ketua balai...
kali terakhir diubah pada: Mar 2, 2006, 15:45
Add a comment
|