|
Cincin Ajaib
Hari ni saya pakai cicin berbatu ungu tau, ni cincin driver tapi saya pakai sbb saya tak suka tengok dia pakai, org laki2 kalau pakai cicin beso ada batu akek pulak rupa cam bomoh tak sedo diri. (maap yer to' bomo) org pompuan kalau pakai nampak cantik mnawan. cerita pasal cincin ni, ari tu la kan, adik saya cerita kat saya kan. banyak org melayu suka sangat makan kat kedai mamak kan terutamanya org lelaki kan. pada suatu hari kan ada seramai dua tiga org makan roti canai kat satu kedai mamak, peh tu kan diorang rasa roti canai tu rasa cam lain macam jer, ada bau lain sikit. diorang pun rasa pelik la kan. takkan la mamak tu buat resepi roti canai yg baru kut. untuk pengetahuan pembaca semua, kedai mamak tu memang glamer, hari2 penuh, duaplohpat jam pulak tu. oleh kerana perasaan ingin tahu yg mendalam, pelanggan yg terlibat telah pegi ke tempat membuat roti canai tersebut. setelah memerhati dengan teliti, didapati jari tangan mamak pembuat roti canai tu ada memakai cincin dan dekat celah2 logam pengikat batu cincin itu ada bendasing yg mencurigakan berwarna kekuningan yg lain sedikit drp warna doh roti canai itu. setelah diuji bau bendasing tu dengan hidung, nyatalah benda asing itu adalah bahan kumuh manusia dan manusia itu tentulah mamak yg buat roti canai tu. jadi berhati2 lah kalau makan kat kedai mamak yg rasa sedapnya lain macam tu yer....!!!!
kali terakhir diubah pada: Mar 23, 2006, 23:37
Add a comment
|