|
Terima kasih yang Pertama
Pada hari Jumaat yg lepaih, pertama tama kalinya boss saya ucapkan terima kasih kat saya. saya perlu catatkan peristiwa ni sebab boss saya kedekut terima kasih dan TUT TUT. kejadian tersebut berlaku akibat saya tak siapkan keje yg disuruhnya dah beberapa lama, seperti cerita2 saya yg terdahulu boss saya ni mmg lain sikit, dia suka kat org yg ponteng keje dan yg malas. malangnya saya ni orgnya rajin. dia menyuruh saya siapkan 3 dokumen untuk pelanggan, saya cuma siapkan satu jer sbb ramai pelanggan hanya mahu dokumen yg satu tu, yg lagi dua saya buat tak tau. tetiba pada hari bersejarah tu, datang sorang pelanggan yg mintak salah satu daripada dokumen yg saya tak siapkan tu, boss pun tepon saya, katanya ada pelanggan yg nak dokumen tu dalam kadar segera, mak aih tergubra saya sekejab. saya pun naik opis dan jumpa ngan pelanggan tu dan bincang sikit dan suruh dia tunggu satu jam, nasib baik dia sanggup. saya pun berhempas pulas dan berjaya siapkan dokumen tu tepat2 sejam dan bagi la dokumen tu kat pelanggan. lepas tu saya bagitau boss, boss sengih kat saya dan cakap "TERIMA KASIH YER SOFE.
kali terakhir diubah pada: May 2, 2006, 19:08
Add a comment
|