|
Shilaker!
Menjadi seorang panel penilai bukanlah menjadi hobi saya, tapi kalau dah kena jadi, saya jadi la kan. kalau ada org nak ganti saya lagi la suka yg teramat amat, tapi biar la org tu syesyuai sikit. proses penilaian sepatutnya bermula jam sebelas pagi tapi atas beberapa sebab bermula agak lewat. yang ini saya tak berapa marah. saya telah datang awal sebab saya tak mau tergesa gesa. saya terpaksa minta org lain selesaikan tugas saya dan terpaksa pulak nyaris2 bergaduh ngan org lain sebabkan saya perlu selesaikan tugas saya tu, nasib baik la boss lama saya tu sanggup beralah ngan saya, jadi selesai satu masalah setelah penat berpeluh naik turun tangga nak selesaikannya. menunggu adalah salah satu daripada perkara yg saya paling tak suka dan saya pun selalunya akan pastikan org tak menunggu saya, selagi saya mampu la. semalam proses penilaian tersebut bermula agak lambat hampir satu jam lewat. saya teruskan jugak, kalau ikut ati baik tido kat rumah jer sambil menilai kualiti tido tersebut, samada nyenyak, kurang nyenyak atau lansung tak nyenyak. keempat2 ahli panel termasuk saya nampaknya tak nak lagi memanjang manjangkan masa jadi proses penilaian nampaknya berjalan lancar sehinggalah saat2 akhir. saya pun nak siapkan dokumen nilaian ttersebut. tetiba masuk sorang yang paling saya benci, staff tempat keje saya juga, dia sibuk bertanya soalan2 mengarut dan tak berkaitan, dah la tak berkelayakan dalam bidang kejuruteraan tapi buat2 pandai pulak. kalau soalan yg dikemukakan soalan yg membina tak pe la jugak, soalannya semuanya soalan nak 'mengenakan' org. masa tu jam dah menunjukkan angka dua, dah jauh lari daripada apa yg dijadualkan, sehingga mengganggu masa rehat tengahari. darah saya dah mendidih dan nyaris2 mengeluarkan wap. kalau ikutkan hati mau saya pelangkung staff lelaki tu, dah la badan tahap katik, perangai melampau lampau. disebabkan saya sorang jer ahli panel dari kalangan wanita, saya luipakan jer hasrat saya tu. ketua panel pun tak melampau cam dia. akhirnya saya bagi jer dokumen yg dah siap tu kat ketua panel dan blah begitu saja dari mejlis penilaian tu sbb ketua panel pun tak eran. setelah mendapat respon daripada staff2 lain, mereka pun nampaknya menyampah ngan perangai staff lelaki katik tu. tak sedar diri memanjang. kira koma la tu. dan layak dipanggil sebagai cam nama tajuk catatan ni.
kali terakhir diubah pada: May 8, 2006, 21:09
Add a comment
|