|
Cik Ja
Semalam, sepertinya rutin bulanan saya kena la balik umah mak abah saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak mee tali. adik saya ahli politik tu tetiap minggu balik umah mak abah saya, adik lelaki saya memang duduk ngan mak abah saya, adik saya mak si kerinting pulak balik bebila dia rasa boring kat mak mentua dia. kakak saya balik bila laki dia ajak balik. jadi masa saya balik semalam, yg ada adik saya yg lelaki ngan si ahli politik tu jer la. si lelaki asik lesap berjumpa ngan geng2 dan yg si politik asik pegi meeting peh tu tido tak hengat donia. sungguh boring, peh tu mak saya ada ternak pat eko lagi anak kucing yg matanya semua sakit, mengacau jer bila saya nak tido terpaksa pegang penyapu lidi doplohpatjam untuk mengelakkan serangan memerap mereka. lepas ahli politik bangun kami pun menuju ke kampung halaman laki mak si kerinting sbb mak saya suruh amik si kerinting ngan adik dan maknya sekali sbb bebabru ni masa mak saya tepon si kerinting, dia nangis, tak tau la sbb apa, sbb mengada ngada ker atau rindu kat opah dia ker atau saja mmg gatai. ini la petama kali saya gi umah diorang, amboi jauhnya ke pendalaman, kalau memandu mau kejang kaki, nasib baik la ahli politik yg memandu, saya relek jer sambil isap rokok, eh silap, saya tak isap rokok, menyedut udara kampung yg permai.(ekon sebenanya) tapi disepanjang perjalanan saya banyak berjumpa tali air, parit dan air2 yang mempunyai riak2 ikan dipermukaannya membuatkan saya sangat teruja dan berazam akan membawa pancing lain kali bila saya gi amik diorang lagi. bila sampai depan umah bapak si kerinting, ada satu parit yang ikannya asik melompat-lompat jer peh tu siap timbul ke permukaan untuk mengambil udara, rasanya mau saya patah balik ke mana2 kedai pancing untuk membeli joran yg baru waktu itu juga agar saya bole memancing, malangnya kampung tu jauh sangat dari bandar mau malam kut baru sampai balik untuk memancing. (saja tambah2 skit) kalaulah itu kampung saya, kan best, maka hari2 saya akan duduk ditepi parit itu seperti org yg asik melihat ikan2 kat aquaria. peh tu setelah mengambil kerinting , adik dan mak dia, kami pun menuju ke pizza hut untuk beli pizza sbb mak saya suka makan pizza. si kerinting tak saba menunggu pizza masak dan asik mengulang sebut,"mak, nak cik ja, nak cik ja, nak cik ja" cik ja yang di maksudkannya ialah pizza, itulah tajuk cerita saya pada hari ini iaitu CIK JA.
kali terakhir diubah pada: Jun 25, 2006, 18:42
Add a comment
|