|
due orang lelaki bergaduh
KERANA SAYA. eleh jangan nak tipu ler, pompuankan kalau ader lelaki bergaduh pasal dia mesti perasan cun dan best punya, jangan tak ngaku la, saya tau, saya kan pompuan. bebaru ni la kan, saya nak balik umah, waktu tu dah malam, nak naik teksi la kan. saya pun tunggu la kat perhentian teksi, tetiba datang ler satu teksi. saya pun buat2 la jual mahal sikit, tunggu sampai dia tanya saya: "mau teksi ka?" saya pun kata mau la. peh tu saya tanya tambang, dia kata mahal skit la daripada biasa, saya ok jer sbb saya tau skang kan musim sibuk. peh tu dia ajak la saya naik teksi dia, saya pun nak bukak le pintu, payah la pulak, masa tu jugak datang lagi satu teksi, peh tu kluar la drivernya tetiba jer menjerit kat dreba saya tu. diorang bedua pun berbalas menjerit, berebutkan saya la tu. aiseh macam nak bertumbuk pun ada, diorang ni sama bangsa cuma berlainan usia jer, bergaduh sakan, rerasanya kalau saya tunggu mau saya tertumbuk sekali oleh mereka berdua. saya tunggu jugak, kekalau diorang ni nak berenti bergaduh, ya! punya la lama, malas saya nak tunggu lagi, baik saya melarikan diri sebelum apa2 terjadi. terus terang la saya cakap, saya tak rasa bangga pun masa diorang bergaduh pasal saya tu, sbb yang btui2nya diorang gaduh pasal turn amik penumpang jer, saje saya nak perasan skit, apasalahnya kan, tak kene bayar pun. lepas melarikan diri tu, saya tunggu seberang jalan pulak, jalan besar you, sebelah ada 4 lane, dedua jadi lapan lane. bas dah tak de, ada la satu teksi berenti, saya pun gi la kat dia, saya bagitau destinasi, pakcik tu tau nama tempatnya ajer, jalan tak brapa tau, terpaksa la saya menunjukkan arah, pusing kanan, belok kiri, kona kanan, jalan tegak, pegi straight dan memacam lagi. menda cenggini sebenarnya menyusahkan org2 spt saya ni yang agak sikit cacat dari segi arah. kan saya dah cerita dlu, saya tak tau mana kanan mana kiri, kena amik masa pikir dlu, baru boleh sebut mana kanan mana kiri, nasib baik la akhirnya sampai jugak ke rumah. kalau driver bangsa cina mesti suka kalau berenti depan umah saya sbb dia kata nombor umah saya ada manyak ong, maksud yg saya blaja daripada pensyarah saya dlu ialah "TENTU PANJANG UMUR LAGI KAYA RAYA", rerasanya sapa yg baca tu boleh teka dak rumah saya nombor berapa? (pekataan 'lagi' dan 'raya' tu saya pepandai jer tambah, kalau salah makna tu jangan salahkan saya tapi salahkan ler pensyarah saya tu yer (saya amik bahasa mandarin, bahasa arab, bahasa inggeris dan tak lupa bahasa melayu masa blajo kat u dlu))
kali terakhir diubah pada: Oct 30, 2006, 21:32
Add a comment
|