|
Adik jatuh parit
Bebaru ni saya, driver, kerinting, mak kerinting ngan adik kerinting pegi memancing kat parit dekat2 rumah diorang, hajat dihati nak mancing ikan puyu ngan ikan haruan. kami pun mancing la, ikan asik melompat tapi tak makan pun, jadi mak kerinting pun bengang, dia pun pegang batang pancing, saya dan kerinting panjat tembok batu sambil duduk bersidai di bawah pokok kelapa bali. adik pakai baju cantik ngan sluar jeans, di pun nak panjat tembok batu tapi umur dia tak sampai dua tahun pun lagi. dia pun cuba panjat tapi tergolek jatuh masuk parit, mak dia kelam kabut tapi tangan masih pegang pancing, adik dapat diselamatkan kerana parit cetek jer, tapi baju ngan sluar adik abis basah, saya ngan kerinting cuma tergelak dari atas tembok. adik naik kereta balik umah dia pakai pampers cap gajah jer, dia nangis sikit jer. mungkin sebab terkejut.
ni gambo adik masa dia senyum
kali terakhir diubah pada: Apr 8, 2007, 16:32
Add a comment
|