|
Saya pulak jatuh
Disebabkan berdosa mengatawakan budak kecik yang tak berdosa akhirnya saya di beri balasan. tak lama. lepas adik jatuh dalam parit, adik mandi kat umah dia dan ikut saya ke rumah saya pulak. dalam perjalanan kami nampak ada sekor anjing mati, mukanya openyek kena langgar lari.adik asik tanya kenapa anjing tu kena langgar kat mak dia, dia tanya lagi mana kete jahat yg langgar anjing tu, sepanjang perjalanan yang jauh tu dia asik membebel dalam bahasa dia pasal anjing yang eksiden dan malang itu. sampai di rumah saya, saya pun rasa teringin sangat nak minum nescafe ais, saya pun panaskan air dalam microwave nak bagi nescafe larut peh tu saya ke dapur basah saya yg memang basah untuk amik ais kat peti ais. saya pakai terompah peh tu saya jatuh terduduk kat lantai berdebuk. tapi air nescafe saya tumpah separuh jer. sempat la saya merasa minum nescafe ais separuh mug. sampai ari ni sengal kat bontot masih terasa, semalam semasa jadi VIP (perasan sikit) satu majlis lagi la terasa sengalnya sebab kena duduk penuh protokol selama hampir 3 jam.
kali terakhir diubah pada: Apr 12, 2007, 16:38
Add a comment
|