|
Diterjah Along (loan shark)
Driver kata jum minum kat kedai kawan dia yang baru jer bukak kat satu bangunan eksklusif yang baru dibina, katanya lagi kedai kawan dia ni bukan konsep org Melayu walaupun dia Melayu. tapi bila sampai dan order serupa jer macam kedai org melayu yang lain kecuali tak de kucing (lagi). malam tu hanya saya ngan driver jer pelanggan, bila tanya mana tokeynya, kulinya pun tak tau. driver duduk sila panggung, teh tarik manis cam madu dan jus tembikai bersari macam air gula, rasa2nya 2 kali lagi minum kat kedai ni bole kena kencing manih. tetiba datang sorang bangsa cina bermuka masam, badan agak gempal. saya terkejut, alamak bila pulak aku ada pinjam along ni, idak pun driver pinjam duit kat along ni. tetiba cina tu kata," Alo toke, mau itu straw ka, polistrine ka lain2 ka?" Aiseh, cina jual straw rupanya, saya ingatkan along, driver kata tanak lagipun dia buka toke, saya tanya driver, muka kawannya tu ada cam rupa dia ke? driver kata tak de la, tak srupa lansung, tak tau le cemana cina tu bole silap kenal toke. driver kata dia kenal cina tu, masa kat kedai kawannya yang lain la pulak, katanya lagi cina tu suka makan pedas lebih pedas daripada yg org mlayu suka makan. itu jer crita saya, sekian. Setakat ni saya tak de pinjam duit kat mana2 along atau angah ker alang ker, asu ker.
kali terakhir diubah pada: Apr 26, 2007, 17:30
Add a comment
|