|
Cikgu darjah Satu
Mase darjah satu saya tak sabo2 nak gi sekolah sebab masa tu kakak saya darjah enam. lagipun saya dah cuti lama sangat sbb masuk tadika tige ari jer. memula masuk skolah cikgu yang saya kenai ialah cikgu Noenon yang agak garang dan pada masa tu boleh dikategorikan sbg jahat (penilaian oleh budak darjah satu). cikgu Noenon ni mengkelaskan bebudak darjah satu ikut kesukaan dia aja, mana yg rupa cam pandai dan lelawa sikit masuk kelas dia, yang tak lawa cam saya masuk kelas satu lagi. Yang saya ingat lagi, cikgu Noenon ni suka marah kitorg (saya dan rakan sekelas) bila kitorg main zero-point. dia kata nanti patah kaki la, peha la, tangan la dan lenlain lagi. tapi tak patah pun, jenuh dah kitorg main, sampai tambah jengkal2 lagi, elok jer, jadi bole dibuat kesimpulan yang cikgu Noenon ini juga suka menipu, mintak mahap yer cikgu Noenon. cikgu yang paling baik masa saya darjah satu ialah cikgu Arip, ada dua org cikgu arip, satu cikgu Arip yang ajo kakak saya masa darjah enam dan yang ajo saya ialah cikgu Arip bakal penolong kanan. cikgu Arip suka memuji saya sebagai murid yang sangat pandai kerana kat kelas saya ada budak yang terencat akal. cikgu arip juga penah mendukung saya di hadapan kelas dan memuji saya pandai sangat, saya sangat terkejut dan bangga juga sedikit. Terima kasih cikgu Arip. masa darjah satu juga saya ada seorang cikgu yang bernama Norhayati, org nya berkulit putih kuning pakai spek dan sangat cantik, malangnya baru dua tiga ayat dia mengajo dia pun mula menangis teresak-esak dihadapan kelas, saya rasa cikgu ni ada masalah depression kut, idak pun kena tipu ngan pak we dia. bole katakan tetiap ari dia menangis dalam kelas, jadi saya tak ingat pun saya belajo apa ngan cikgu ni. Tiga org cikgu ni jer la yang saya ingat masa saya darjah satu.
kali terakhir diubah pada: May 6, 2007, 22:50
Add a comment
|