|
Cikgu darjah tiga
Terpaksa la tuko2 nama cikgu ni sebab cikgu saya ramai lagi yg idup, nanti diorang terbaca pulak. Cikgu Basiron berketurunan Jawa, mengajo Muzik, Lukisan dan lenlain, lagu sekolah saya pun dia yang cipta dan saya rasa lagu sekolah saya ler yang paling sedap. Cikgu Basiron jugak jaga koperasi sekolah, bila saya gi beli buku ngan mak saya, dia asik puji saya, dia kata inilah murid dia yang paling pandai, bila jumpa kat pasar pun dia cakap cenggitu bukan setakat kat mak saya tapi ngan penjual ikan ngan sayur pun dia cakap cenggitu, mak saya pun kembang la idung bangga, tapi saya malu2 ayam kluk kluk. Cikgu basiron jugak la yg ajo saya dan rakan2 main angklung, sampai kitorg bole buat persembahan depan sultan dan muka saya ada masuk dalam TV1 dalam siaran 'Peristiwa Hari Ini'. bangga you. Bila cikgu basiron mengajo lukisan dia suka bagi tajuk bebas, lepas lukisan dah siap dia tanya saya nak markah apa,saya kata nak 'A+" dia pun bagi. Masa ajo Matematik dia bagi saya markah 100%. Terima Kasih Cikgu Basiron. Lagi satu cikgu ialah Mr. Lau, dia ajo Bahasa Inggeris, dia ni suka mempeberetkan saya juga, waktu mengajo dia suruh bebudak lain baca buku, lepas tu dia panggil saya ke depan dan duduk bersembang ngan dia kat meja dia. Cikgu Lau sekejap jer jadi cikgu saya, lepas tu saya dengar dia berenti jadi cikgu dan jadi pengedar buku, agaknya dia tak minat jadi cikgu, minat bersembang jer kut.
kali terakhir diubah pada: May 7, 2007, 18:15
Add a comment
|