|
cIKGU TINGKATAN eMPAT
Cikgu tu namanya Cikgu Fatimah, berhati bussuk, suka merendah2 kan semangat para pelajar. Dia ajo Add maths, dia slalu kata kalau tak reti sila balik kampung, dia jugak warden yang sangat garang, dia jumpa kawan saya dalam almari masa tak pegi prep, saya pulak selamat pasal duduk dalam stor. sorang lagi ialah seorang cikgu bujang yang suruh anak muridnya panggil dia dengan nama Mama, kengkununnya penyayang, tapi garang nak mampus peh tu siap amik rantai saya, pukui baru tau. Sorang lagi ialah cikgu Azrai, seorang yang hensem dan bergaya tapi kuat membebel, mengajo Bahasa Melayu, dan selalu juga menjadikan saya contoh dalam ayat2 yang dibinanya. contohnya: Pagi tadi Sofe tidak mandi sewaktu hendak ke kelas. Memang btui la apa yg dia kata tu, sepanjang era pembelajaran saya itulah kali pertama dan terakhir saya ke kelas dengan tidak mandi kerana terlewat bangun. saya tak sangka dia perasan, nampaknya dia amik berat pasal saya. cikgu ni mempunyai ramai sungguh peminat, waktu dia nak bertukar sekolah ramai sungguh awek pelajar yang bagi dia hadiah tapi bukan saya la. Satu lagi ialah cikgu Ali, dia ajo Bio, dia kata dlu sepatunya dia jadi doktor tapi akhirnya cuma dapat jadi cikgu Biologi, kesian dia, mesti fail waktu blajo kat U dlu. Tapi dia baik ati dan penah bagi saya 100% markah Biologi, saya pun suka subjek Biologi kerana ak payah baca, jawab dengan berfikir sahaja.
kali terakhir diubah pada: May 10, 2007, 19:03
Add a comment
|