|
Kucin Itam
Saya pegi lagi ke Kuala Gula, Tanjung Piandang ke Ban Pecah, Kuala Kurau hanya untuk memancin. Best wooo, ada manyak ikan kat Kuala Gula dan kat Kuala Kurau, Ban Pecah mengecewakan. Masa nak balik dari Ban pecah menuju ke Kuala GUla, tetiba ada sekor kucin itam menyebrang jalan dengan penuh gaya dengan amat perlahan, lenggang lenggok lalu depan kereta yang dpandu oleh driver, peh tu siap usyhar kitorg lagi dengan penuh makna. saya maleh nak terlalu percaya menda2 mistik ni tapi masa kecik dulu takut sangat saya nengok cerita Badul yang Prebet Lapuk yang mayat bangun lepas dilangkah kucin itam tu, ngeri jugak masa nak tido, terbayang bayang. driver terpaksa memperlahankan kenderaan sebab ngeri nak langgar kucin tu sebab macam dari renungan mata dia, dia ada kata kalau ko langar aku jaga la engko, nahas ko nanti. selepas itu kami teruskan perjalanan, lagi seratus meter nak naik jambatan Sungai Kurau tu tetiba ada sekor kancil dari arah bertentangan kona ke kanan ikut suka atok dia aja tanpa memberi signal. pakcik yang naik kembara belakang itu kancil sudah panik lalu mau masuk ke laluan bertentangan yang ada kereta yang dipandu oleh driver dan saya sebagai penduduk sebelah driver. itu kembara sudah mau hantam kereta kami la. nasib baik driver seorang pemandu yang sangat cekap lalu dia dapat mengelak itu kembara lalu kami pun tak masuk hospital. itu sebab la saya gajikan driver untuk jadi pemandu saya sebab dia memang terbukti cekap dan peka. jadi jangan main2 dengan renungan seekor kucin itam, mungkin dia sengaja memberi kita amaran bahawa malang itu tidak berbau, kalau berbau tak der le kita kena malang. sekian.
kali terakhir diubah pada: Aug 24, 2007, 0:14
Add a comment
|