|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, January 30, 2004
melancung ke bank
ha! Ha! Ha!...baru semalam dapat gaji...jadi ari ni bz giler melancong ke bank sambil menderma gaji yang telah dapat....horee!!! (sambil berlinangan air mata..."duit aku dah abissss")
87813 |
Dipos oleh sofeanny at 16:00
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, January 29, 2004
HUJAN....!?.....MIMPI???
semalam.......dari petang sampai ke malam membawa ke subuh ....hujan terus turun. mungkin musim panas dah nak abis...kalau tidak bercinta rasanya kalau nak keluar rumah tengah2 hari. saya suka hari hujan. sebab masa kecik2 dlu slalu mandi hujan...(dengan kebenaran mak). slalunya bila nampak awan mendung berarak.....senyum pun muncul dicelah bibir.....dan terus bersedia untuk menghadapi saat saat bahagia bermandi hujan....slalu org kata kalau kene ujan demam...tapi masa kecik dlu...tak de ingat pun penah kene demam lepas mandi ujan....tapi skrang ni...dah tak penah mandi ujan dah.....duk dalam umah jer... malam tadi saya bermimpi...mungkin pengaruh hujan agaknya yang meransangkan minda separuh sedar saya...lalu wujudlah mimpi....mimpi malam tadi agak pelik...saya bermimpi tentang MATEMATIK....pelik...tapi benar...tak tau la kenapa saya termimpi pasal Math....mimpinya berkisar tentang penyelesaian masalah Persamaan Pembeza Peringkat Pertama dan Kedua....fuh dasyat la...saya sampai ingat topik apa yang masuk dalam mimpi saya....tak sangka.... mungkin mimpi ni terjadi akibat ...slalu sangat mendengar masalah yang dihadapi oleh kawan saya seorang tenaga pengajar di sebuah IPT...agaknya la......masalah yang selalu ditampilkan itu telah mengasak otak saya...lau terpacul lah permasalahan itu semasa mimpi..... sebab saya berkata begitu ialah(skemanya)melalui kajian terdahulu(kajian yang dijalankan oleh sel sel otak saya sendri) ......masa saya form 5 dlu....rakan rakan sekelas saya ...amboiii ..hebat sungguh berbahasa Inggeris....sampai ader sorang tu, cakap melayu pun tak fasih sedangkan dia tu org Melayu, muka cam org melayu, kulit cam org melayu kira semuanyer mlayulah..kecuali cara hidupnya hampirlah kepada bangsa penjajah tu..tak tau lah skrang ni dia dah jadi apa...dah jadi 'omputih' kut.... demi untuk menghadapi SPM -peperiksaan terbesar dalam dunia akademik pelajar di Malaysia (seperti kata cikgu cikgu saya la), saya pun berusahalah untuk memantapkan bahasa kedua tersebut....usaha saya termasuklah membaca novel berbahasa Inggeris (cinta shj...lain maleh nak baca), menulis diari dalam bahasa Inggeris...menyanyi dan mendengar lagu..hanya dalam bahasa itu juga dan lain lain lagi usaha yang munasabah...sentiasa memikirkan bahasa Inggeris, sampaikan bila saya bermimpi pun dalam Bahasa Inggeris........akhirnya, akhirnya!! setelah keputusan keluar saya cuma dapat A2 shj dalam B.I dan yang teruk lagi...B.M saya dapat C3.....agaknya saya telah mengabaikan bahasa Ibunda tersebut...patutnya saya kene dapat A1...barulah tak malu nak mengaku...yang saya ni org MELAYU...dan sampai skarang saya masih cakap Melayu....walaupun semua org sekarang sibuk bercakap Bahasa Inggeris....bukannya apa...saya tanak bahasa kita yang indah ni luput..dari minda org Melayu sendri......(sebenarnya tak pandai cakap bahasa inGgeris)..
87604 |
Dipos oleh sofeanny at 10:03
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, January 28, 2004
AL NUR Sebuah karya untuk semua…
Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Wahai SUAMI…. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah
Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH…. Amin….
Wahai ISTERI pula… renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah….
Sekian, wassalam
87478 |
Dipos oleh sofeanny at 11:15
|
Nak kata apa2? [0]
AL NUR ini bukan karya saya...cuma ada org hantar e mail kat saya dan saya rasa ada faedah jika kita renungi (menggunakan mata kasar & juga mata hati) bersama ....... silakan
87477 |
Dipos oleh sofeanny at 11:11
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, January 27, 2004
kemalangan yang membawa bahagia
semalam masa balik keje....dalam pukul 4 lebih..lalu kat depan satu skolah rendah....dengan tak semena mena sorang budak pompuan yang cute berasa seronok sangat (agaknya), melompat2 di tempat menunggu bas dan dengan tidak semena mena lompatannya melampaui jangkauan selamat memasuki kawasan laluan kenderaan...driver saya yang ber'hemah' nyaris melanggar budak tadi, nasib baik...kalau tidak alamatnya ke balai lah.....bukan balairaya tapi balai yg satu lagi...... kalau meninggal ke budak tu...tak ber'driver' lah saya, jalan kaki la pegi opis al maklum la...kesalahan besar melanggar budak sekolah, lesen digantung seumur hidup....btulkan??? saya ni kurang arif skit..pasal sendri pun blum ader lesen...tah bila la agaknya baru ader...tiap tiap tahun pembayaran bertambah...tapi masih belum terbuka hati (sebenarnya belum terbuka dompet).... sebenarnya saya nak bercerita pengalaman saya sendri terlibat dengan kemalangan...ala yg membawa bahagia tu la....ini bukan cerita cinta....bukannya apa mentaliti org 'kita' ..kalau cakap bahagia jer..mesti ingat cintan cintun kasih kasihan dan yg lain yg sewaktu dengannya... kisahnya berlaku lama dah...ingat-ingat lupa..masa tu umur baru tujuh tahun setengah...baru masuk darjah dua.... saya ni merupakan budak yang agak 'ajaib'.....rajin sangat gi sekolah (masa skolah rendah je la)..kalau tak gi skolah satu hari...macam dah terlepas tengok satu siri telenovela yang menjadi kegilaan suri rumah masa kini....kononnya la. satu lagi sifat saya ..terlalu berdikari, mak ngan abah nak antar gi skolah...tak mau....nak gi sendri...jalan kaki la....kebetulan rumah tak jauh sangat dari skolah ....tapi kene melintas jalan raya jugak la. nak dijadikan crita...satu hari ni...ditengah hari yang indah....cuaca baik...langit kebiruan indah....loceng balik skolah pun berbunyi.....lalu berjalan pulanglah seorang gadis kecil yang comel (puji diri sendri)...sampai ditepi jalan raya bertemu lah dia dengan rakan yang lain dan beberapa org ibu bapa yang mengambil anak manja mereka pulang dari skolah....gadis comel dan manja (saya la tu)...bersedia untuk melintas bersama-sama org lain...dengan tak semena mena dia terdengar suara seorang dewasa (bapak kawan saya la)....'MENYEBRANG".... (melintas jalan la maksudnya)....gadis kecil yang comel pun menghambur berlari dengan pantasnya melintas jalan...tanpa melihat kiri dan kanan (tu la kan kat org dah cakap..tanak dengar)....jeng jeng jeng....eh...tadikan ader kat jalan belah sana...tengok tengok dah ader kat jalan yg sebelah lagi..org penuh keliling.....beg skolah dah tiada di samping....gadis kecil yg comel pun terpikir...'apa dah jadi'..... nak kata eksiden...tak sakit pun....tapi mmg eksiden pun...cuma tak rasa sakit je. selepas menyedari diri dah terlibat dalam kemalangan yg agak ngeri (seperti kata org yg mengelilingi la)..rasa nak nangis pulak...pastu org ramai2 tu nak bawak gi hospital....lagi la rasa nak nangis...bukannya takut nak gi hospital...tapi yang terpikir masa tu cuma satu.....takut MAK marah.....tak tau la sebab apa...mungkin tak pandai jaga diri kut.....dengan tegasnya gadis cakap dia tak mau gi hospital...tak de apa apa pun...cuma lebam skit ajer kat kepala....sebenarnya bahaya...kut ader kecederaan dalaman ker kan...last last diorang akur dengan permintaan gadis....dan dia cuma dibawa ke sekolah semula....sementara menunggu warisnya datang mengambil dia pulang ke rumah. selepas sampai di rumah lain pula jadinya...gadis punya la risau mak dia marah (mak dia garang sangat).....masa nak sampai depan rumah...ramainya waris2 yg menunggu..termasuklah waris yang dulunya macam tak pernah peduli pun kewujudan gadis....terkejut gak....bila dah masuk rumah, disusuli pula dengan lawatan2 drp tah siapa yg gadis sendri pun tak kenal.....yg membuatkankannya semakin rimas....tapi satu jer yang mendamaikan hatinya.....nasib baik mak tak marah (mak nangis ada la). tapi cerita bahagia sebenarnya belum bermula lagi bagi gadis comel.....tak lama kemudian, (beberapa bulan la) gadis terpaksa mengambil peperiksaan akhir tahun, dengan tak disangka selepas keputusan keluar dia mendapat keputusan terbaik bagi seluruh darjah dua(tak tau la..gadis yang tiba2 menjadi pandai atau kawan2 dia tiba tiba menjadi tak pandai)...terpikir juga oleh gadis comel...mungkin sebab dah mengalami eksiden dan kepalanya dah terhentak....agaknya ada bahagian otaknya mengalami gegaran yang mewujudkan satu situasi dimana otaknya diransang menjadi lebih cerdas (campur ngan pemikiran masa dah tua skali sebenarnya).....dia pun jadi pandai(agaknya la...mungkin suratan atau satu kebetulan...ala macam lirik lagu tu). seterusnya kejayaan gadis comel tu la sebenarnya membawa kebahagiaan bukan sahaja pada diri dia sendiri tetapi juga kepada kedua ibu bapa dia sekali, sempat la rasa bangga (kembang) ngan jiran. itu lah dia crita kemalangan yang membawa bahagia. moralnya crita ni...tak semua musibah itu diiringi denngan derita, ada juga yg membawa bahagia....seperti crita diri saya la....sekian, terima kasih.
87369 |
Dipos oleh sofeanny at 9:31
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, January 26, 2004
tolong baca yang bawah dlu...ok...
emmm....bertemu lagi....aiii baru je dapat berita dukacita, gaji tak dapat lagi...alahai. rasa nak bom ajer jabatan pentadbiran ni. tapi kalau bom karang mau 4 bulan tak dapat gaji. lagi teruk. pecaya tak kalau saya kata...skang ni duit tinggal nam ringgit...kalau masuk duit shiling yg ader mungkin ader RM10...teruk btui. rasa macam nak pi jumpa 'along'...ekekekkke...tapi takut plak ngan 'kesan sampingan'nya nanti. acah jer. saja buat buat lawak nak menghiburkan hati sendiri yg lara..... tu la minggu lpas kan ader la duit skit... dapat untung jual buku...pi shopping la plak....pasal sure dapat gaji minggu ni 'konon'nya. tu la nak marah org lain pun tak guna, salah sendri gak... ada lagi satu alternative...... pinjam kat Bank FAMA....tapikan utang dlu pun blum baya lagi camne ekkk...segan pulak rasanya, dah tua-tua macam ni nak mintak duit lagi
87303 |
Dipos oleh sofeanny at 13:01
|
Nak kata apa2? [0]
bertemu kembali..... dah seminggu cuti, boringnya...tak sabar rasanya nak pi keje balik. tapi bila dah sampai tempat keje, malas lak rasanya nak bekerja. nasib baik semua keje dah siap sebelum cuti.jadi skang ni releks la...bole la up date web log. first sekali nak ucap tima kasih bebanyak la kat semua yang sudi menaip kat ruangan 'comments' tu...terasa seperti dialu-alukan kewujudan weblog sofeanny ni. pas tu kan teringin nak cantikkkan weblog ni...tapi tak tau nak buat camna..maklum la baru belajar.....kalau ader sesiapa yang sudi tu...tolong la ajar saya yang serba kekurangan ini. so...ari ni nak citer sikit pasal cuti la, di awal cuti ada la pi bandar diraja Perak, sapa tau angkat tangan.... bukannya apa pi sana nak shopping la apa lagi...barang kat sini mmg murah2...tapi yg sedihnya tak leh pakai kad kredit....ekekekek (kekurangan tunai la tu). masa jejalan tu terjumpa la beberapa org pelajar MCKK, alah sekolah yang ternama tu.....kebetulan masa tu ari sabtu...may be hari 'outing' diorang. ada 4 org budak 2 org bersaiz besar (bkn gemuk), 1 sederhana dan sorang kecik(sesaiz ngan budak darjah 5). kebetulan saya lalu depan diorang lalu telinga saya tertangkap butir butir kata dari mulut yang berbadan sederhana tu ....'ada duit tak'...yg kecil pun jawab 'ada' () sambil buat- buat tersenyum2 sebab takut) pas tu yg sederhana tu cakap lagi....(dgn nada memerintah) ' belanja kitorang seluar', sambil yg lagi dua tu memandang dgn muka samseng...sebenarnya saya terkejut gak...rasanya slalu org suruh blanja makan je...tapi kali ni kene blanja seluar lak...bayangkan... 3 org...kalau satu RM30 (yg cikai la)...3 org dah RM90...tak ke kopak budak tu...sian mak bapak dia kan, rasa cam ngeri lak rasanya nak antar anak (kalau ader la) gi blajar kat skolah asrama...tapikan kalau nak antar gak..kene la...bagi makan berkhasiat dan waktu masih bayi peluk dia slalu ( menurut kajian kanak2 yg slalu dipeluk lebih baik tumbesarannya)...baru la tak jadik macam tu kut.... ada lagi nak citer ni ...tapikan...ramai la yg ganggu kat opis ni....kejap ekkk...lagi skit kita sambung balik...
87290 |
Dipos oleh sofeanny at 10:42
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, January 16, 2004
assalamualaikum kepada yang beragama Islam ....ni first day....nak try nak buat weblog.....jadi untuk menghormati hari bersejarah hari ni nak crita la skit..pasal hari ni....hari hari jumaat....hari mulia...tapi gi opis nasib baik tak jalan kaki...rupanya masih ada rakan yang mulia...yang sanggup datang ke rumah dan ambil pi kerja...baiknya.... tima kasih....org lain dpt gaji..kita tak dapat ...bateri kete kong(bukan kete sendri pun)...tak de duit nak bli baru...ader drebar pun tak leh harap.....asik tak de duit je..(maaf yer pak drebar...jgn marah ekkk...itupun kalau terbaca la).....apalagi nak crita....pasal keje...ari ni relek je...boleh katakan keje yg nak disiapkan dah siap.....yang lain tunggu lpas raya cina la...sempat gi shopping kat J.J lagi ngan geng2...tak brapa sronok sangat coz dah slalu sangat pegi....rasanya nak tepon datuk bandar...suruh luluskan pembinaan lebih banyak shopping kompleks...supaya kaum wanita lebih gembira...mesti ramai yang stuju kan....dah nak dekat watu balik ni....lagi lebih kurang setengah jam....minggu depan cuti seminggu...jadi tak ber 'up date' la weblog ni untuk masa seminggu...minggu depan barulah citer..mungkin pasal cuti kut...cadang nak gi PARIS...tapi kan tak de duit (tak dapat gaji la katakan)....planning ditukar....duk umah jer la....
86135 |
Dipos oleh sofeanny at 15:36
|
Nak kata apa2? [3]
|