|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Thursday, October 28, 2004
Jalan lagi
Demam bonus bagi kakitangan kerajaan berjangkit kat saya, hari2 pegi shopping, tghari tadi pegi shopping lagi, sekarang ni tgh kado kerja. (bonus saya bulan 12 kut)
tghari tadi jenjalan penat, wooo, dahaga tak terkata, saya nampak tembikai sekilo lima posen saya pun cepat2 ambil dan pegi timbang dan masuk dalam troli.
lepas tu pegi beli tepung dan macam2 lagi, lepas tu rasa nak pengsan sebab penat sangat. selepas shopping balik rumah dan tido, selepas tido pegi balik opis dan sambung taip weblog (bukannya buat kerja). keje semua dah siap kengkununnya la.
semalam masa boss2 meeting nama saya naik sebab tak siap checking satu keja ni. sebenarnya saya dah cuba buat pada hari pertama memo dikeluarkan, namun begitu dokumen yg hendak diperiksa pun tak siap lagi, saya pun apa lagi blah la, saya tak salah, org yg keluarkan memo la yg salah, lain kali pastikan keja awak siap dulu barula suruh org buat keje pulak.
Boss kedua besar pagi2 lagi dah jumpa saya, katanya saya tak buat keja, tapi saya tau dia tak pecaya sebab saya dan geng2 pompuan kat opis ni ni jenjarang tak buat keje...ekekekeke (perasan skit lagi). saya pun apa lagi, menggunakan kesempatan tersebut untuk mengadu alias membodek, rasa2nya dia terpedaya.
pada hari ini saya masih menunggu pihak yg bertanggungjawab untuk menghubungi saya agar kerja ini bole selesai. saya nak jual mahal skit, kerja terlebih rajin pun bukan boleh dapat anugerah pun tapi dapat beban kerja yg lebih dari org lain.
buat kerja berpada-pada, buat masalah jangan sekali (buat banyak kali ler).
126155 |
Dipos oleh sofeanny at 17:11
|
Nak kata apa2? [0]
Mak bulan

126153 |
Dipos oleh sofeanny at 16:49
|
Nak kata apa2? [0]
Makan2 cari Jalan pulang
Malam tadi pegi lagi dengan adiema dan kawan serumahnya berjalan jalan dan makan2.
Kami bercadang nak makan kat Black Canyon Cofee, selepas dibagi menu dan oder2 makanan, saya dan adiema pegi jenjalan dan tinggalkan kawan adiema kat meja.
bila sudah penat jenjalan kami datang semula ke meja, cuma ada jus sahaja, makannya tak de, kawan yg menunggu nampaknya sedih sebab makanan tak de, org sebelah meja yg datang lambat drp kami dah mula makan, kawan pun nampak jeles.
lepas tu org yg sebelah meja kiri pulak dapat makanan,kami cuma dapat minum. tunggu punya tunggu punya tunggu makanan pun sampai...ermmmm....tak sedap kata kawan yg tunggu, ermm..pedasnya kata sofe, ermmm..banyaknya kata adiema. kami pun makan dan makan. pas tu siap rasa2 lagi makan org lain sebab kami order berlainan set.
sambil makan sambil mengata. pelayan tengok2 dan jeling, saya pun ketepikan pinggan, kata pelayan" It is tooooo spicy", saya cakap yer sangat pedas dan nak cakap lagi tak sedap rasa cam megi jer, tapi kesian tengok muka dia lagipun bukan dia yg masak...
lepas makan jalan2 lagi, saya nak tambah barangan buat biskut raya, saya pun ambil troli, malangnya baru sepelaung troli ditolak tiba2 alam memanggil, saya pun ke tempat septutnya, adiema dan kawan hilang tanpa jejak. saya carik dan carik tak jumpa, bagi sms..ohhh ada dibahagian Pampers rupanya.
Jalan2 lagi, adiema pilih2 baju sepuluh helai, beli tak de helai, penat jer saya jawab cantik la. itu la, ini la...tapi tak beli pun.
itulah cerita jenjalan saya
126124 |
Dipos oleh sofeanny at 11:12
|
Nak kata apa2? [0]

126104 |
Dipos oleh sofeanny at 9:44
|
Nak kata apa2? [0]
Hari Raya Darjah satu
Semasa di darjah satu, saya jadik penolong ketua darjah (hingga darjah empat). Pelajar2 di kelas saya kebanyakannya (kelas corot) tak berapa pandai seperti yg saya ceritakan sebelum ini, dengan itu serta merta saya diangkat sebagai bintang di kelas kerana pandai sedikit daripada budak2 yg terencat (bukan menghina tapi kenyataan, kalau ada time machine, anda semua bole lihat).
Semasa darjah satu, ada seorang budak lelaki bagi saya kad raya, budak pompuan sorang pun tanak bagi saya kad raya. Diorang jeles ngan saya sebab cikgu Arip sayang kat saya. Tapi bila buat kerja rumah dengan tak malu dan segan datang tanya saya apakah jawapannya. Saya pun tanak bagitau diorang jawapan kerja sekolah itu sebab saya sakit hati.
Budak2 pompuan yg sakit hati telah menggosipkan saya dengan budak pemberi kad raya. Saya marah2 sebab budak pemberi kad raya tu tak hensem lagipun saya tak suka bercinta sewaktu dibangku sekolah seawal darjah satu alias 6 tahun setengah.
Selepas saya tidak melayan gossippan mereka itu, mereka telah menggosipkan saya pula dengan seorang budak yg sangat obes di sekolah saya. Budak itu datang dengan botol susu sewaktu hari pertama persekolahan. Saya marah2 juga kerana budak itu sangat obes dan tak hensem juga.
Lepas itu ada seorang budak baru datang ke sekolah saya, seorang budak pompuan...pandai skit drp rakan2 sekelas saya, dia jadi pesaing saya. Dia tak puas hati. Dia telah menghasut kroni2 saya agar mengkhianati saya. Satu hari dia bawak pisau dan ajak kawan2 dia untuk pukul saya, saya berasa sangat sedih dan menangis. Hidup saya terseksa semenjak kedatangan dia.
Tak lama selepas itu, bapak budak pompuan jahat itu telah bertukar keja lagi, dia pun tukar sekolah jugak, tak lama selepas itu saya dapat surat daripada budak jahat itu, dia nak bersahabat pena la pulak dengan saya, saya menyampah. Rasa saya lah dia terpaksa bersahabat pena ngan saya sebab bebudak kelas saya yg lain banyak yg tak reti membaca dan menulis.
Pada hari raya tahun itu saya telah terpaksa beraya ke rumah budak jahat itu, saya merasa sungguh menyampah dan rasa nak tumbuk muka dia, tapi mak saya cakap bapak dia pernah selamatkan saya sewaktu saya nyaris2 dilanggar kereta masa saya kecik dulu. Itulah cerita saya, saya tak tipu, pada zaman saya, budak2 lebih matang daripada budak2 sekarang yg cenonet.
126100 |
Dipos oleh sofeanny at 9:33
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, October 27, 2004

126016 |
Dipos oleh sofeanny at 14:49
|
Nak kata apa2? [0]
hadiah raya
tadi sempat gi shopping komplek jap, jenjalan ngan adiema.
tengok punya tengok, punya tengok, nampak la baju budak2 yg murah, saya pun beli tiga helai, berlainan saiz, design sama.
lepas bayar, saya suruh jurujual tu bungkus cecantik tapi diingatkan dengan keras tanda harga mesti dicabut. lupa nak bagitau jurujual supaya bungkus dalam satu kotak, jadi dia bungkus satu2, warna pembungkus dah la sama sebab saya mintak warna hijau jer.
masa saya amik balik dari jurujual tu, saya belek2, tak dapat saya nak bezakan saiznya, nak suruh bukak balik, leceh pulak, lagipun dia bungkuskan percuma, saya bawak jer la balik.
cadang nak bagi anak kakak saya yg tiga orang tu, lagi sorang belum beli lagi, buat2 lupa jer la.....ekekeke. masa raya nanti saya cadang bagi jer tiga2 bungkus tu kat diorang pas tu pandai2 la pilih saiz sendiri.
tapi harap2 mak saya tak marahlah, nanti dia cakap meniru hari natal la pulak. saya iklas tau...tanpa niat lain......(kalau bagi duit raya susah la pulak, bagi sikit nanti diorang bising, kalau bagi baju, diorang bukannya tau harganya pun)
126012 |
Dipos oleh sofeanny at 14:37
|
Nak kata apa2? [0]
Rendang ayam
Semalam pagi2 buta lepas gi scan kad, saya segera bertolak ke pasar basah, saya membeli seikat serai dan seikat daun kunyit serta sebungkus tepung beras, selepas itu saya segera pulang ke rumah semula dan menghantar barang2 yg telah saya beli ke rumah saya. kemudian, saya terus bertolak ke opis semula.
setelah itu saya bekerja seperti biasa. tak lama selepas itu, kira2 waktu yg tepat apabila shoping2 komplex membuka pintu masing2, saya pun bertolak ke sana, ramai sungguh org membeli belah, saya cuma mencelah.
selepas itu saya pulang semula ke opis dan duduk2 dan sembang2, lepas itu saya pun pulang ke rumah.
sampai dirumah saya meracik2 serai, halia, bawang merah dan bawang putih (bukan yg adik beradik tu yer) sambil menonton cerita Tamil di TV9. sesudah itu saya masukkan ke dalam lesung batu dan mula menumbuknya tetapi tiba2 saya terasa penat lalu saya segera mencari blender dan mula mengisarnya (sbb saya malas).
kemudian saya pun mula memasak rendang ayam (malas nak cerita panjang2 baca jer la kat mana2 website resepi yer, kat weblog sofe masak2 pun ada).
selepas itu saya makan sendiri...ermmm..sedap...sebab dibuat mengikut selera saya.
Kemudian saya bagi driver makan rendang yang saya buat, driver pun kata sedap. dia kata macam ni la buat rendang, sebenarnya saya tak masukkan kerisik pun kat rendang saya sebab terlupa beli masa pegi pasar. saya cakap kat driver, saya memang pandai buat rendang ayam sejak darjah satu (mengelentong untuk berlagak), driver ketawa dan kata saya eksen.
pada hari semalam juga saya ada juga membakar kek coklat resepi rahsia saya. driver pun sibuk nak makan juga, dia kata kek saya tak naik, tapi sebenarnya driver tak reti nak menilai kek, kalau kek coklat lembab memang la tak gebu macam kek span...apa la....tapi driver kata kek saya sedap saaaangattttt!
saya memang pantas mebuat kek, tak sampai setengah jam adunan kek saya akan siap untuk dibakar, driver saya kagum dengan kecekapan saya itu, dia pun ingin mencuba tetapi dia gagal, kek yg diadunnya menjadi bantat (tak naik cun).
inilah karangan saya untuk pagi ini, penuh dengan puji pujian untuk diri sendiri, karangan ini sesuai apabila saya dan anda mempromosi diri semasa memohon tender kantin atau katering.
125955 |
Dipos oleh sofeanny at 8:18
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, October 26, 2004
albino
1-2 ari ni weblog ni asik jadik albino jer, saya malas nak menukar nukar, membaiki baikinya bertepatan dengan kelembapan cuaca persekitaran weblog ni, kang termusnah kang lagi la menyampah jadiknya.
tak per la sekali sekala jadik albino, susah skit nak baca, tuan dia sorang jer tau apa yg dia taip. lagipun kalau albino ni pelik skitkan dan selalu menarik perhatian ramai, macam ular sawa albino dan harimau albino....
125865 |
Dipos oleh sofeanny at 15:43
|
Nak kata apa2? [4]

125820 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [0]
Malam tadi jenjalan
jalan-jalan buang duit! (nyanyi ikut rentak lagu tema JJCM)
Malam tadi pegi shopping komplek yg biasa pegi tu la, mak aiii...ramainya orang apasal ekk...? parking pun penuh ...dasat, saya belum gaji lagi....kesian, ingat punya ingat baru la ingat, kakitangan awam dah dapat bonus ngan gaji...ceh! tak aci btui.
mula2 pegi reload tepon, pas tu pegi supermarket, mak saya pesan beli tepung, gula, butter, ceri, coklat, itu, ini...sana, sinun...banyak betui dia nak, nak buat kuih raya la tu, terpaksa la belikan walaupun nanti orang lain yg makan lebih.
banyak betui jumpa kenalan2 masa gi shoping nieh, masuk jer pintu pasaraya terpaksa bersalam ngan sorang minah, naik eskalator terpaksa jeling2 sorang mamat, masa tengok2 barangan beku terpaksa menyelinap kat belakang tiang kerana menepis serangan seorang lagi mamat seopis. kenkadang rasa cam artis pulak, ramai sangat orang kenal...boring la...nasib baik diorang tak mintak autografkan...(ada la yg menyampah baca tu...ekekekeke)
beli banyak betui barangan malam tadi walaupun kekurangan duit, driver jadi tukang tolak troli, ikut jer memamana saya pegi...kesian, mengantuk, semalam dia balik KL, baca Yassin untuk abahnya tapi abahnya masih koma lagi. saya cakap kat driver, dia jangan risau raya pertama nanti bangun la abahnya tu. Mulut saya ni memang masin.(sebab kurang makan garam)
lepas tu balik, dah lama btui saya tak makan masakan org lain, asik makan masakan sendiri jer, jadi saya ajak driver pegi makan kat satu tempat ni, yg ada banyak warung, restoran, cafe...kira semua ada lah. driver nak pegi kat satu restoran nasik ayam yang tokenya kenal dia, tapi saya tak suka pegi situ sebab mahal dan tokenya asik nak bersembang jer, boring la...saya suruh driver makan jer kat warung, driver order laksa dan saya teringin nak makan kuetiaw goreng, dua2 tak sedap, saya makan 2 sudu, driver habiskan semuanya. kena masak sendiri jugak nampaknya, baru la sedap...ekekekeke (ketawa perasan)
125818 |
Dipos oleh sofeanny at 10:06
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, October 25, 2004

125716 |
Dipos oleh sofeanny at 11:11
|
Nak kata apa2? [0]
Penghalang pendakian kami
Selepas penat memanjat pokok manggis, saya mencadangkan agar saya dan adik saya pegi ke sebuah sungai terjun (mengikut tatabahasa adik saya). Sebuah jambatan yg terbina di sungai tersebut telah ditulis dengan menggunakan tulisan tamil. Saya tak reti baca tapi saya reti baca tarikhnya saja, tercatat dibina pada tahun 1975...uiii...lama tu, tahun depan tiga puluh tahun, namun begitu jambatan besi itu masih kukuh dan dijadikan platform oleh pencinta2 sungai untuk terjun ke dasarnya. Kalau adik saya terjun daripada jambatan tersebut percikan airnya bisa membuatkan sungai itu kering (mengikut hukum Archimedis) atau boleh dikatakan seperti ledakan bom atom.
Kerana semasa itu bulan puasa, mak saya telah melarang kami berendam kerana ditakuti jatuh hukum makruh. Jadi saya telah mencadangkan kepada adik saya supaya kami mendaki batu batan untuk melihat punca air sungai terjun tersebut. Ketika itu hujan baru sahaja lepas turun, batu batan basah dan licin.
Dengan memakai topi keledar di kepala (kami datang naik motor, kalau nak pegang topi keledar nanti susah nak memanjat, kalau tinggalkan kat moto nanti kena curik pulak), di samping itu saya mengikat seluar jeans dipinggang saya kerana mengelakkan dia di curi orang sewaktu saya memanjat.
Adik saya memulakan XPDC itu kerana dia dah banyak kali melihat2 punca air terjun tersebut. Saya pun mengikutnya dari belakang, apabila tiba ditempat sukar saya memaksa adik saya menghulurkan tangannya lalu menarik saya naik ke atas.
Kami meneruskan pendakian dengan bersungguh-sungguh kerana kata adik saya di atas puncak sana ada kolam yg cantik dan tenang, saya tak sabar2 nak pegi. Kami pun berjaya mendaki setingkat demi setingkat batu batan yg membawa kami naik ke puncak air terjun.
Tetapi pda tingkat yg keberapa saya dah lupa, pendakian kami tiba2 terhenti kerana ada sesuatu yg menghalang pendakian kami pada petang yg berbahagia itu.
Penghalangnya tak lain tak bukan berwarna kuning dan masih segar nampaknya, mungkin baru sahaja dibuang, selonggok tahi manusia menanti kehadiran kami dicelah sebuah batu, longgokannya agak besar sebesar bahan kumuh gajah (dekat2 jer..). pendakian kami terhenti setakat itu, kerana saya hilang mood.
Akhirnya kami berhenti di puncak air terjun tingkat bawah sambil melihat air berlumba2 turun, gambar tak ambil sebab lupa bawa kamera....sekian.
125713 |
Dipos oleh sofeanny at 10:52
|
Nak kata apa2? [0]

125698 |
Dipos oleh sofeanny at 9:49
|
Nak kata apa2? [0]
Tersepit di dahan manggis
Baru2 ni saya gi kebun abah saya, abah saya suruh saya petik buah manggis, katanya dah hitam sebab tak de siapa amik.
Saya dan adik lelaki saya pun memulakan misi ke kebun, saya dengan berkain batik tetapi memakai ‘seluar khas memanjat pokok’ di dalam (macam penari Hindustan), manakala adik saya memakai 2 helai seluar pendek dan panjang khas untuk tugasan memanjat pokok manggis.
Sampai di kebun, punya la banyak nyamuk sebab hari mendung dan lembab, sekarangkan musim hujan. Di kebun abah saya ada dua batang pokok manggis yg rendang tetapi berbuah. Lebat sungguh buahnya. Masih banyak yg hijau dan berwarna ungu, tadi abah saya kata dah warna hitam....nampaknya abah saya tidak menipu, nun dekat2 dengan pucuk2 pohon manggis memang ada buah yg berwarna hitam, isinya pun dah tak de dah di makan tupai..
Saya memilih untuk memanjat pokok yg disebelah kiri kerana nampaknya lebih banyak dahan dan dahan pertama nya agak rendah senang la saya memulakan langkah memanjat. Saya pun mula memanjat dan memetik manggis dengan tangan, lepas tu tak sampai dah, saya suruh adik saya hulurkan ranting pokok yg telah disediakan awal2 oleh abah saya untuk memetik manggis.
Selepas itu adik saya pun memanjat pokok yg disebelah kanan, ketika itu saya pun turun ke tanah dan adik saya suruh saya kutip buah2 yg dipetiknya, nyamuk punya la banyak....seluruh badan kena gigit, nasib baik saya bawak kain batik, saya gunakan kain batik sebagai pelibas nyamuk. Rupa2nya kerja mengutip lebih tak best dari memanjat.
Saya pun mula mengutip buah2 manggis yg jatuh, adik saya minta saya hulurkan pulak ranting kat dia, nampaknya hasil petikannya lebih banyak daripada saya, namun kebanyakan buah yg dipetiknya sudah dimakan tupai, terpaksalah saya mebuangnya.
Setelah habis memetik buah manggis, adik saya pun bersedia untuk turun dari pokok, tiba2 saya dengar dia menjerit memanggil nama saya, saya pun tanya kenapa, dia kata dia tersepit kat dahan pokok manggis, saya cakap kat dia kenapa mintak tolong kat saya, bukannya saya bole tolong pun(badan adik saya lebih besar 2X dari saya), takkan saya kena jolok dia bagi jatuh kut, adik saya masih tak dapat keluar dari sepitan dahan, akhirnya saya arahkan adik saya pusing badannya ke arah lain, nasib baik berjaya, kalau tidak kena panggil bomba untuk turunkan dia, buat malu jer...ekekekeke
Sewaktu nak pulang, adik saya memasukkan buah manggis dalam plastik yg dibawanya sambil saya bertugas menghalau nyamuk, nmun beg palstik tersebut telah koyak sewaktu diangkat, kain batik kemudiannya digunakan untuk membungkus buah manggis...kalau tak de rotan akar pun berguna (cikgu saya selalu cakap kalau nak buat karangan kena masukkan peribahasa )
Masa buka puasa, manggis dimakan dan rasanya masam kerana musim hujan, saya bawak balik ke rumah saya dan bagi kat driver....(kalau manis tak bagi...de)
125692 |
Dipos oleh sofeanny at 9:27
|
Nak kata apa2? [0]
Gambar sofe atas kapal terbang selepas menangis
Siapa nak tengok gambar sofe boleh la klik kat tajuk bawah tu yer...itupun kalau nak tengok la, kalau tanak tak per...kita tak marah la....silakan kalau rajin yer, kalau baik hati bole la bagi duit raya..
nak tengok gambar sofe
125684 |
Dipos oleh sofeanny at 8:12
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, October 22, 2004
bercuti
Sofe nak gi bercuti kat New Zealand sekejap ekkk....tungguuu!
125466 |
Dipos oleh sofeanny at 11:45
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, October 21, 2004
Kawan foward kat email (sempena Deepavali)

125371 |
Dipos oleh sofeanny at 14:50
|
Nak kata apa2? [0]
de beri the glamer MY Samy
masa saya turun bukit dr Cameron, saya bercerita cerita dengan driver tentang berita yg saya tonton dipagi hari. sungguh kelakar.
"Rakyat m'sia tarak suka SV, Tuhan tarak suka SV, Hantu pun tarak suka sama SV" (sekadar menaip...yg penuh2nya tak ingat)
selepas dengar menteri yg tengah sangat glamer tu berucap, saya gelak terkekeh kekeh sensorang diri. glamer betui dia sekarang ni. saya teringat soklan masa temuduga tu, saya siap diancam oleh penemuduga untuk td di beri markah kerana tak dapat menjawab soklan berkaitan MRR2, nasib baik saya dapat jawatan tu, kalau tidak sekarang ni pun saya masih marah kat SV.
driver memberikan pendapatnya berkaitan soal SV sekarang ni, pasal runtuh2, CF tak dapat, itu ini dan macam2. driver nampaknya macam berpihak kepada SV. sebagai seorang mantan kontraktor yg terpaksa bersara dan menjawat jawatan sebagai driver, saya pikir ada perlunya saya mendengar pendapat driver.
kata driver, org yg tak terlibat dalam sektor pembinaan ni, dia tak tau bertapa susahnya membuat semua kerja2 tu. diaorang tahu komen jer. bencana alam merupakan salah satu sebab antara banyak2 sebab yg membuatkan satu2 projek tu kurang berjaya.
sambil menunjukkan teres2 yg ada ditepi bukit jalan ke Cameron highland tu driver meneruskan lagi pendapatnya yg kedengarannya sangat bernas.driver kata:
"Dulu saya buat ni" sambil menunjukkan teres2 dibukit2 tersebut.
Saya pun memandang driver dengan penuh curiga, kerana setahu saya driver tak pernah buat kerja2 di sekitar negeri Pahang atau Perak, sejak bila pulak dia kerja ngan MTD?
driver pun memandang saya kembali dan bagitau saya pembetulan ayatnya, katanya dia buat cenggini (buat teres tu la) bukannya buat kat sini. laaa...penat jer saya berpikir2 nanti, ingat nak mintak duit sikit dan tanya mana duitnya yg dia dapat sebab dia dah berjaya menjayakan pembinaan jalan Cameron hilen tu.
125369 |
Dipos oleh sofeanny at 14:42
|
Nak kata apa2? [0]
SELAMAT HARI RAYA

hari raya, apa yg best bagi saya masa kecik2 dulu tentulah baju raya, kasut raya dan duit raya....
masa bebudak dulu, saya round ngan sepupu sepapat dan seorang bapak sedara muda berjalan mengutip duit raya. masa bebudakkan tak tau apa....duit raya yg dapat pun tak de la banyak sangat...
ada la sorang orang tu, rumah dia besar, kereta dia besar, boleh dikatakan orang kaya la, anak2nya pun keje bagus2 ada yg jadi DO, ada yg jadi Engineer ada yg jadi Doktor, Cikgu...semua best2 la, pas tu banyak pulak hartanya, rumah sewa 2-3 bijik, eh silap...6-7 bijik.
saya dan rombongan sesedara pun menuju ke rmah ini kerana ia dijangka sebuah lubuk bagi mengaut keuntungan. apabila masuk sahaja kerumah diorang ni, pekara pertama yg ditanya tentulah anak siapa...kami pun jawab la sorang demi sorang. cara tuan rumah melayan kami ada kureng skit...
bab yg paling best ialah waktu nak balik, salam duit raya, kami hanya diberi sorang seposen, tuan rumah dengan rela hati memberi alasan tanpa diminta...katanya budak2 tak baik dibagi duit banyak2 katanya...nampak sangat la kedekutnya, kalau nak bagi seposen pun tak payah la bagi alasan...
balik jer dr rumah tu, kami dah tak de mood nak meround, saya sendiri pulak sibuk buat laporan kat mak saya. sehingga hari itu,setiap kali raya, cerita itu akan dibangkitkan semula...sehinggakan saya siap pesan anak2 sedara saya supaya tak payah la membuang masa ke rumah tersebut, dah la layanan kureng....duit pun ciput...
125331 |
Dipos oleh sofeanny at 11:53
|
Nak kata apa2? [0]
Dahaga?
Kami berbincang dalam opis, apa yg paling tak tahan dilihat waktu bulan puasa?
ada sorang tu cakap dia paling tak tahan tengok lauk pauk yg dijual di pasar Ramadhan, sorang lagi tak tahan tengok air sehinggakan masa dia sekolah dulu dia nampak air longkang pun sedap untuk diminum.
Untuk saya pulak, saya tak tahan tengok daun2 hijau (pucuk) kat mana-mana pokok, saya rasa cam nak buat ulam jer.....ekekekeke
125289 |
Dipos oleh sofeanny at 8:45
|
Nak kata apa2? [0]

125287 |
Dipos oleh sofeanny at 8:21
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, October 20, 2004

125201 |
Dipos oleh sofeanny at 14:51
|
Nak kata apa2? [0]
Pagi ni
hari ni saya jadik DJ untuk lagu2 raya kat opis, ramai kengkawan yg membuat permintaan lagu2 kenangan tapi saya tak leh nak tunaikan semua permintaan diorang.
125147 |
Dipos oleh sofeanny at 10:20
|
Nak kata apa2? [4]

125120 |
Dipos oleh sofeanny at 8:35
|
Nak kata apa2? [0]
hujan di Cameron Highland
yestedei ai wen tu keymeren hilen, waaa...beri best wo. bat ol de wei its reining la. beri the lebat...uuuuu!
ai edvise ol meleysian go tu Keymeren hilen la during dis pasting man bekos ol the vegi en setero beri is beri cip la. de plawe olso beri cip yu no...! sikti por onli ten rengget.
Kali ni saya pegi ngan driver la pulak, masa pegi pasar kat Kea Farm tu, penjual2 disitu merayu rayu kami untuk membeli barangan mereka. driver kata dia terasa macam berada di Indon sebab kuli2 disitu semuanya berbangsa Indon malam merayu dalam bahasa Indon jugak.
saya beli sayur, 16 bungkus untuk seploh rengget, pas tu dapat free lagi sebungkus. pas tu beli strawberi 6 paket untuk lima rengget.
sepanjang perjalanan ke Cameron ada air terjun, masa perjalanan balik saya sempat berhenti kat satu air terjun dan amik gambar. pas tu nak tengok aliran air di seberang jalan, berdiri tepi bukit...gayat oooo...tingginya. tetiba hujan turun, punya la kasar...basah, tak sempat nak lari masuk ke kereta, air hujannya punya la sejuk cam ais.
sepanjang perjalanan pulang kami disambut oleh kumpulan kabus, rasa cam best jer, kereta pun tak banyak, kami bawak kereta perlahan sambil menikmati kabus di pergunungan....
125119 |
Dipos oleh sofeanny at 8:30
|
Nak kata apa2? [0]
kekuk

125112 |
Dipos oleh sofeanny at 8:05
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, October 18, 2004
Cuba jangan tak cuba....
ikut arahan jangan membantah: 1. bawak bertenang dan tumpukan perhatian kepada 4 titik yang ada di tengah-tengah gambar selama 30 hingga 40 saat. 2. kemudian, pandanglah ke arah mana2 dinding kosong yang berdekatan anda (atau mana2 permukaan yg licin dan hanya mempunyai satu warna) 3.anda akan nampak satu bulatan cahaya yg terbentuk pada dinding (permukaan) 4. kelipkan mata anda beberapa kali dan anda akan nampak satu imej... 5. apakah yg anda lihat? atau siapakah yg anda lihat (bukan sofeanny yer!) 6. kalau siapa tak nampak...dia.....ermm..ermm...

124901 |
Dipos oleh sofeanny at 15:30
|
Nak kata apa2? [0]
ais krim

124898 |
Dipos oleh sofeanny at 15:16
|
Nak kata apa2? [0]

124866 |
Dipos oleh sofeanny at 10:11
|
Nak kata apa2? [2]
Coklat
hari pertama puasa, saya ngan driver bercadang nak makan kat satu shopping complex ni. kitorg bertolak dekat2 nak pukui tujuh malam.
kami bercadang nak makan kat satu restotan Western ni yg berada di tingkat atas. untuk sampai ke retoran tersebut kami memilih untuk naik eskalator sahaja, ditepi tangga bergerak itu ada sebuah kedai menjual coklat yg nampak sedap2 belaka, ada bentuk hati, ada bentuk bola golf, ada warna coklat, ada warna putih.
waktu kami nak naik ke tangga bergerak, gadis cun berbangsa Cina yg bertugas sebagai penjual coklat telah menegur saya yg comel lalu menghulurkan sebiji talam berisi potongan2 kecil coklat yg dicucuk dengan buluh pencungkil gigi.
saya pun dengan selambanya telah mengambil sepencucuk gigi coklat dan memaksa driver ambil sekali. saya pun terus memakan coklat yg sedap itu, saya sempat memberi komen: "sedap" pada penjual coklat tersebut. drive pun mengikut jejak langkah saya memakan coklat tersebut. malah selepas coklat habis dimakan driver masih lagi menggigit batang pencungkil gigi kerana terlalu sedap.
kami lantas menaiki tangga bergerak untuk ke restoran.sewaktu di atas tangga bergerak saya terasa ada sesuatu yg tak kena pada driver kerana dia kelihatan sangat gembira menggigit pencungkil gigi. pada ketika itu baru saya teringat pada ketika itu kami sedang berpuasa, saya pun cepat2 memberitahu driver agar membuang buluh yg digigitnya itu.
selepas itu kami berdua ketawa sepuas hati kerana malu......
sewaktu tiba di restoran saya masih malu2 utk makan kerana teringat peristiwa di eskalator, walaupun ketika itu sudah masuk waktu berbuka puasa.....
124861 |
Dipos oleh sofeanny at 9:41
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, October 15, 2004

124512 |
Dipos oleh sofeanny at 10:05
|
Nak kata apa2? [0]
ermm..sedapnya

124511 |
Dipos oleh sofeanny at 10:03
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, October 14, 2004
mendung
hari ni empat lima kali saya turun naik tangga, jumpa org sana, jumpa org sini, nasib baik la org yg berurusan ari ni baik2 belaka.
sempena saya mengambil tugas org patah tangan, saya kena uruskan beberapa org customer bagi pihak si dia. tiba2 hari ni staff nak cepat kaya meminta saya memastikan status salah seorang customer berkenaan secara tiba2. saya tak de lansung maklumat tentang customer...jadi tak dapat menyelesaikan pekara tersebut.
staff nak cepat kaya jadi tak puas hati sebab katanya dia kalau diberi tugas tertentu dalam satu hari dia boleh tahu semua data2 penting, wuuuu...hebatnya dia, tapi saya dengar ramai org komplen pasal kerja dia...ekekeke, saya malas nak layan, saya cakap kat dia baik dia diam sebelum saya start marah dia pulak...ekekeke
semepena hari yg kelihatan mendung hari ini, ramai juga org di sini yg sakit hati dan muram muka.
124420 |
Dipos oleh sofeanny at 15:43
|
Nak kata apa2? [0]
hantu menyerang
Saya duk kat opis semalam sampai dekat2 pukui tujuh, layan blues jiwa yg duka lara, lepas tu saya berfikir fikir, apakah saya akan tido di opis, diorang kata kat opis ni manyak hantu sebab ni bangunan lama, dah dekat 40 tahun....agaknya la.
Sedang saya berpikir pikir, saya terdengar bunyi sesuatu.........bunyi tepon saya rupanya, ada panggilan, lepas tu saya suruh org tu amik saya kat opis, pas tu dia tanya nak gi mana, saya cakap tak tau, sebab saya sedih lagi, pas tu dia cadangkan pegi tempat membeli belah, saya setuju jer.
semalam, saya membeli belah dengan sangat banyak, habis duit saya sendiri...ekekekeke, tapi puas hati. geram punya pasal, tak baik pendam perasaan kan, nanti jadi sewel susah pulak.
saya pun mengadu kat org tu, pas tu dia ajak gi makan, saya pun gi makan nasik lemak, sedap dan menyelerakan, sebab lapar disebabkan penat menangis.
lepas makan, balik rumah,mandi2,buat apa yg patut, cuba baju baru beli depan cermin pas tu tido.
pas tu mimpi hantu, penat woo lawan ngan hantu, dalam mimpi siap baca ayat kursi, hantu semua kalah saya menang, saya siap hempas2 badan hantu tu, semua jadi debu. dalam mimpi tu hantu tu peluk saya dari belakang. saya tepis, baca ayat kursi lagi, lawan, lawan lagi...sampai dia kalah.
pagi tadi saya bangun awal sebab tak berani nak tido balik, dah tak larat nak lawan lagi.
124387 |
Dipos oleh sofeanny at 10:34
|
Nak kata apa2? [0]
smalam
ada banyak cerita nak di ceritakan, tapi hari ni dah lupa. semalam tak leh nak masuk danchan lansung, lenlain leh lak masuk.
smalam kan...saya menangis kat opis, pasalkan ada org kan sorokkan beg saya, saya sedih sebab dalam beg tu ada kunci rumah saya, saya tak leh balik sebab takde kunci lain.
pas tu saya nak pinjam syilling kat kawan2, tapi diorang tanak bagi, saya nak call driver, nak suruh dia pecahkan pintu. saya lagi sedih la, saya menangis balik paper.......sedih tau org buat cenggitu kat kita...btui tak? saya ni dah la manja...cepat merajuk pulak (saja tambah buat cerita sedap skit...ekekekeek)
lepas tu kan, diorang ketawakan saya sebab saya berlari lari carik beg saya, tak per la...sampai hati diorang buat org tua cenggitu....tak baik kan....
lepas tu lagi buat saya sedih, saya kena buat kerja sorang budak yg dulu cuti bertunang, sekarang ni cuti patah tangan la pulak. Geram betui saya....rasanya nak menyumpah seranah....tapi saya tak mampu....lagi yang buat saya sedih, kawan2 seopis ketawakan saya, saya rasa nak menangis betui2...tak tipu...
lepas tu kan ada la sorang budak tu....mengata 'kekasih' saya, lagi la saya sedih....
jadis semalam saya menangis sensorang dalam opis, tak de siapa nak pujuk saya........sekarang pun saya rasa nak nangis lagi, sebab saya tersalah taip dokumen penting...isk...isk...isk....
124376 |
Dipos oleh sofeanny at 9:29
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, October 12, 2004

124055 |
Dipos oleh sofeanny at 16:43
|
Nak kata apa2? [0]
Sejuknya
sejuknya ekon kat bilik ni, dah naik beku urat saraf saya, dari pagi sampai ke petang asik kena translate bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, tak cukup Kamus Dwi-bahasa, kamus Internet, kamus sebahasa, kamus kejuruteraan sampai kamus mulut semua saya pakai, baru siap tiga dokumen, cey!!!! penat betui otak saya.
Boss sibuk masih lagi dengan kesibukannya. Tadi sampai sekarang email opis tak leh pakai, server down, dia sanggup naik atas masuk opis saya dan tanya:
" Sofe, e mail tak bole pakai ka?"
Memang la tak boleh, apa la orang tua ni, dah nak ...tut!..Tut! ker?
kawan seopis yg nampak tanya kat saya kenapa dengan itu orang tua. ada sakit ker?
saya jawab, itu menunjukkan dia tak de kerja, asik berjalan sana sini membuat pemantauan macam supervisor kilang kicap cap budak kembar.
Ada 2-3 orang staff yg tak sayang mulut cakap boss tu nak jadik sugar daddy saya. Saya jawab, memang ramai pun org terpikat ngan saya bila2 masa dan di mana jua (jawapan nak bagi diaorang diam skit).
lepas ni saya nak nyorok bawah meja agar boss sibuk tu tak nampak saya.
124052 |
Dipos oleh sofeanny at 16:40
|
Nak kata apa2? [2]
Penjawab telefon automatik
tadi saya tepon driver, tanya dia bila nak start berkhidmat balik. sambil2 tu saya bawak dokumen suruh boss tandatangan.
saya teruskan bercakap sampai dalam bilik boss, boss cakap kat saya bila saya nak siapkan buku, saya buat tak tau jer, saya teruskan cakap ngan driver, driver pulak asik cakap omputih, tah kena sawan apatah, agaknya dia asik cakap ngan Doktor masa kat sepital sampai lupa cakap Melayu.
setiap kali saya tanya soklan ngan driver melalui tepon, boss saya jawab soklan tu, saya rasa nak ketawa, tapi masa tu saya tengah marah driver. last2 saya tak jadik nak marah driver, sebab boss asik menjawab jer, dia tak sedar lansung saya tengah cakap dlm tepon, saya pun keluar drp bilik boss dan biarkan dia cakap sensorang sebab saya tak tahan nak ketawa lebar2.
124019 |
Dipos oleh sofeanny at 11:47
|
Nak kata apa2? [0]
rasa nak tido

124015 |
Dipos oleh sofeanny at 11:32
|
Nak kata apa2? [0]
Calamari
semalam balik keje tunggu bas punya la lama, hari pulak gelap semacam jer cam nak hujan, alamatnya basah la.
bas pun datang, saya pun naik, hujan pun turun. perut pun lapar. Saya terpikir nak makan kat rumah atau nak makan kat kedai, tapi nak makan sensorang rasa malu la pulak, nanti ada org mengorat la pulak (acah jer...ekekekeke).
lepas turun dari bas, baru saya teringat ada Mc D dekat2 situ, lagipun ada bege murah RM2.63 jer termasuk cukai kerajaan. Saya pun masuk dalam Mc D, punya la ramai bebudak, siap salam salam lagi, pas tu cakap2 Terima Kasih Cikgu, ooooo...mesti cikgu diorang blanja diorang makan kat Mc D ni, cikgu saya dulu tajk pernah pun blanja makan katy Mc D, blanja makan kat Hotel ada la.....(tipu )
saya pun beratur (rakyat berhemah) dan beli bege keju berganda dua, bayar duit dan pegi kat stesen bas, pas tu naik bas. Bila dah naik bas rasa cam kenyang la pulak, tapi bas tu tanak gerak2 pun, lalu saya gerak kan tangan saya dan mencubit sedikit ege yg saya beli lalu masukkan dalam mulut, ermmm....sedap, lalu saya mencubit lagi dan lagi, kunyah2 dan telan tapi ada lagi begenya tak abis pun, simpan makan kat rumah sambil tengok TV.
Saya menyampah betui la kena jalan kaki pegi kerja dan naik abs bila balik keje, saya rasa cam nak carik driver baru la. Driver ni asik ader hal jer, cemacam, menyampah.....I
Sampai rumah, saya pun sambung makan bege, pas tu malam skit saya nak goreng sotonmg yg saya beli lama dah tapi tak masak2 lagi, saya pun menggoreng sotong dalam kuali, sambil2 tu saya ke ruang tamu menonton cerita Korea berbahasa Mandrin, cam best jer ceritanya, sedar tak sedar saya terbau sesuatu, akhirnya saya dapati sotong saya dah hagus. Tahniah, tak boleh makan lagi.....jadi habuan tong sampah.
123969 |
Dipos oleh sofeanny at 8:38
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, October 11, 2004
Nangis pulak

123863 |
Dipos oleh sofeanny at 15:39
|
Nak kata apa2? [0]
Kau buat ku menangis lagi
ada la sorang rakan sekerja tu, dia MC punya la lama, dekat 2 minggu, sampai jadi buah mulut boss2, masa cuti tu dia lepak kat Johor.
balik jer dari cuti dia bagitau saya yg dia mengikuti perkembangan saya menerusi weblog saya. boring la tu. dia baca weblog saya sensorang, pas tu laki dia ternampak dia baca, laki dia join sekali.
selepas balik cuti, kawan saya tu cakap dia ada satu kemuskilan, katanya kenapa kat weblog saya ada tertaip perkataan 1 org sedang ketawa. saya kata kat dia sesaja jer la, buat hiasan.
kawan saya tu tak puas hati, dia kata cemana weblog tu bole detect masa tu dia tengah ketawa, kata dia lagi, bila lakinya baca (sambil ketawa) weblog saya, tetiba jer bertukar jadik 2 org sedang ketawa.
Saya punya la ketawa sampai menangis. Tak sangka kawan saya yg belajar tinggi sampai gayat ni, bole terpedaya dengan menda2 remeh cenggitu. kesian saya tengok dia, tapi saya hanya mampu ketawa jer la, malas saya nak terangkan secara panjang lebar.
sampai sekarang ni, mata saya masih basah lagi kerana menangis.
123858 |
Dipos oleh sofeanny at 15:24
|
Nak kata apa2? [2]
Order cadar


123847 |
Dipos oleh sofeanny at 14:14
|
Nak kata apa2? [0]
cadar
2-3 hari ni , ramai betui org asik menengok nengok katalog cadar, termasuklah kawan saya yg suruh saya cerita pasal dia kat weblog saya ni.
tadi sedang dia seronok melihat lihat katalog, boss sibuk pun masuk, mengganggu betui, dia kata dah 2-3 hari dia tengok katalog tu, masih tak khatam lagi sebab banyak sangat gangguan.
kawan saya tu asik tanya pendapat saya pasal cadar yg nak dibelinya, saya pun bagi la pendapat saya sebagai seorang yg penuh dengan kesenian jiwa jiwa tahap aura kesembilan, org pompun ni memang, kalau nak pilih barang memang susah, beli cadar pun nak matching ngan warna dinding la, langsir la, nasib baik tanak matching ngan warna lipstick dia. pas tu kalau ader org lain beli, dia terus tanak beli, kengkononnya tanak sama la, macam la dia tido sebilik ngan org tu, rumah pun lenlain, sorang kat Johor, sorang lagi kat Taiping...ish...ish!
melihat kepada tahap kekusyukan kawan2 menatap katalog cadar ni, tiba2 jiwa dalaman saya mendorong saya agar pegi mencari mana2 kedai yg ada menyediakan katalog, saya pun nak jual cadar jugak la, mana tau bole dapat duit lebih....ekekekeke
masa blajar dulu, saya rajin la menjual menda2 ni, sajer2 mengisi masa yg malas belajar (saya yg malas bukannya masa), bukan dapat untung banyak pun, tapi seronok.
masa tu saya jual apa pun laku, dulu kuih raya pun saya pernah jual. tapi sekarang ni buat kuih raya pun malas. tengok la tahun ni buat kuih raya sesikit la dan nak cuba jual...buat tat nenas, mesti ada ramai peminatkan...bukannya susah sangat buat pun.(cakap ajer, buatnya idak...ekekeke)
123846 |
Dipos oleh sofeanny at 14:04
|
Nak kata apa2? [0]
Pemantauan
hari ni boss asik melawat lawat kat opis, tak tau ler kenapa, saya pulak bz main free cell, sekejap sekejap kena tutup game sbb takut dia ternampak...ekekeke.
tengah saya bz main game tetiba datang seorang jejaka, terkejut saya. Dia tanya siapa nama NorSofeanny? kawan saya jawab, tak de org nama cenggeitu, sesenang hati dia jer tambah2 nama org, last2 saya ngaku jer la, sebab kat opis ni mana ader org nama cam saya.
oo...rupanya jejaka ni berpangkat tinggi jugak la, senior, baru balik belajar, tu la sebab dia tak kenal saya yg glamer ni (ekekekeke...perasan lagi). tetiba jer dia datang kat saya, dia kata nak mintak tolong, ni yg saya malas sekali ni, kalau tolong ada upah tak per la. dia memulakan ayat memintak tolongnya:
"Saya dengar awak pandai buat website"
"Eh! Mana tau ni (macam mengiakan pulak)" kata saya.
"tak kisah la mana saya tau, saya nak mintak tolong ni" dia sambung lagi.
'alamak, pecah rahsia aku buat weblog, ni mesti diorang dah terbaca weblog saya ni'. saya cakap dalam hati. diorang ni lemah sikit dalam hal2 terkini berkenaan IT ni, dia ingat weblog tu best sangat la tu, sebenarnya saya pun main bantai jer buat menda tu semua. bukannya saya tau sangat pun.
Pakcik tu pun menerangkan la segala macam menda yg dia nak masukkan dalam website dia la, program la, cemacam la, saya nganga jer la. pas tu boss yg asik sibuk tu pun masuk campur sekali, nak buat password la, itu la, ini la, saya sambung nganga lagi.
lepas tu saya ketawa. saya cakap terus terang kat dia, saya bukannya pandai sangat (lagipun malas, diorang bukan nak kasi upah pun, buat menambahkan kerja saya je). tapi pakcik tu tak putus asa, dia percaya jugak yg saya pandai buat segala macam menda tu.
akhirnya saya terangkan la segala sedikit cemana dia nak buat, host2 yg sesuai (sebenarnya...pekataan host tu pun dia tak tau), pas tu saya kelentong + kisah benar la serba sedikit sambil tunjuk contoh sikit, dia pun percaya dan blah. lega hati den, kalau idak penat nak melayannya.
Telepas saya daripada marabahaya....ekekekeke
123837 |
Dipos oleh sofeanny at 13:02
|
Nak kata apa2? [0]
Tom At

123808 |
Dipos oleh sofeanny at 10:19
|
Nak kata apa2? [0]
Berjumpa Mr. Cameron sekali lagi
Semalam ke Cameron Highland lagi, kali ni ikut jalan baru pulak, nyaman dan damai bila berada disana.
Jalannya tak la berpusing pusing sangat cam jalan ikut Tapah. Tak pening lansung apatah lagi muntah. TApi saya asik bersin jer la, tak sempat nak nengok pemandangan sekitar yg sungguh cantik.
Kami bertolak awal pagi dengan menaiki kereta adiema, sampai kat Brinchang, makan nasik sebab lapar, makan nasik ngan asam pedas ikan pari dan teh o suam. Pas tu teruskan perjalanan ke Tanah Rata, duduk kat taman jap tepi sungai, sejuknya...terpaksa ke toilet bayar 30 sen.
Tak tahan sejuk duk kat tepi sungai kami pun pindah dan teruskan perjalanan naik ke atas balik dan memulakan misi penting iaitu untuk bershopping. Sebelum shopping kena makan dulu bagi kenyang supaya nafsu untyuk membeli belah berkurang. Tu yg kami makan dulu kat Brinchang tu.
Adiema sibuk mencari jagung Mutiara yg dipesan oleh rakan serumahnya, mahal gak harganya, ada yg jual 4, 5 atau 6 batang seploh ringggit, mengikut saiz. Jagung ini manis walaupun dimakan mentah, warnanya ada kuning2 dan jugak putih (mutiara). Ada gak yg dijual dah masak, gemuk2 jagungnya tapi tak selera sebab dah kenyang.
Paling best kalau pegi Cameron tentulah bunga terutamanya bunga Ros, tapi saya tak beli kali ni sebab dah banyak sangat bunga kering kat rumah. Saya minat ngan bunga Teluki yg ada dijual, kata penjual tu bunga tu boleh tahan 2 minggu (2 bulan ker? Tak pasti...tak ingat) kalau letak kat pasu bunga dan taruh air campur sikit gula. Sedozen dia jual Cuma RM5. tapi saya tak beli pun.
Lepas tu kami singgah pulak kat tepi2 jalan, saya sibuk tangkap gambar bunga, adiema sibuk beli teh. Saya beli tomato serenget ngan kobis pun serengget jugak. Beli banyak2 pun tak guna, buat makan dik ulat jer.
Lepas penat2 mebeli belah, saya pun pulang dan mendapat selesema sebagai souvenir.
123806 |
Dipos oleh sofeanny at 10:10
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, October 8, 2004

123573 |
Dipos oleh sofeanny at 14:51
|
Nak kata apa2? [2]
Rasa nak tidoor

123534 |
Dipos oleh sofeanny at 10:09
|
Nak kata apa2? [0]
LALU LALANG
pagi tadi jalan lagi....driver tak balik2 lagi, ayahnya masih koma dah 2-3 kali baca Yassin tapi tak de perubahan lagi, katanya sedara maranya semua dah berkampung kat unit ICu HKL.
kalau saya jalan kaki saya akan lalu 2 buah sekolah rendah satu sekolah Melayu, satu lagi sekolah Cina. Tiap2 pagi sekolah cina tu akan pasang lagu guna PA sistem dia...sedap jugak dengar lagu2 pendidikan cam tu....saya jalan pun ikut rentak lagu,
lepas tu lalu pulak satu kawasan perumahan, semua nyonya dan apek tua2 jer duk kat situ, pagi tadi nampak satu apek tengah nak buang sampah, dia tegur saya..dia kata:
"minggu depan Jumaat sekolah ada cuti ka? Mula puasa kan..."
saya senyum jer, mesti dia ingat saya ni cikgu sekolah sebab ari ni saya pakai baju kurung warna merah lagi U...nasib baik tak jumpa lembu, saya bantai jer jawab, saya tak tau ler sekolah cuti ke idak, saya cakap jer tak cuti. sebelah opis saya ada satu sekolah menengah tapi saya tak perasan pun bila bebudak tu cuti ker tak cuti ker.
sejak dah lama tak seolah ni, saya tak tau pun bila cuti sekolah ker tak cuti sekolah....lepas ni bila lagi cuti sekolah yer?
123525 |
Dipos oleh sofeanny at 9:42
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, October 7, 2004
ermm..sedapnyer...!


123423 |
Dipos oleh sofeanny at 15:57
|
Nak kata apa2? [0]
janjitemu yg musnah
pukul 12.15 tghari tadi saya sepatutnya ada janjitemu dengan pelanggan. Minggu lepas saya tak dapat jumpa diorang sebab kena hadiri kursus. Semalam saya dah pesan untuk berjumpa pada hari ini.
Saya pun bersiap2, bawak apa yg sepatutnya dan pergi ke tempat yg telah ditetapkan. Saya sampai tepat pada waktunya. namun begitu setalah menunggu dan menunggu mereka masih juga tak de, penat saya menunggu dan saya paling tak suka menunggu.
Saya tunggu selama lebih lima belas minit namun kasut mereka pun tak nampak. saya pun chau dr situ. buang masa saya jer, baik saya balik opis dan buat apa yg patut...dah la kat tempat tu tak de ekon, berpeluh, dahaga dan lapar sekaligus.
banyak kerja yg sepatutnya masih belum diselesaikan untuk pihak diorang, jadi doirang tak datang...masalah diorang yg bertambah, saya ok ajer.
Malas saya nak buang duit tepon diorang...rasakan, siapa suruh tak datang!
123389 |
Dipos oleh sofeanny at 13:14
|
Nak kata apa2? [0]
dahaga dan lapar


123379 |
Dipos oleh sofeanny at 12:47
|
Nak kata apa2? [2]
Pencuri masuk dapur
Petang semalam saya masak asam pedas ikan terubuk ....ermm...sedap...saya masak dia dalam periuk kaca berjenama Vision yg saya beli kat Langkawi.
Saya cuma makan seketul drp 3 ketul ikan yg saya masak. lepas tu saya tengok2 TV, lipat2 kain, kemas2 rumah dan akhirnya tido.
Pagi tadi saya bangun bersiap siap nak gi kerja, lepas iron baju dan pakai baju saya pun ke dapur nak panaskan asam pedas tu balik...sayang la sangat kat ikan2 tu, petang ni balik kerja boleh makan lagi,
tapi...bila masuk jer kat dapur, saya tengok ada kaca bertaburan....tengok2 penutup periuk kaca saya.....ish...ish...pas tu saya jenguk dalam periuk..ikan pun dah tak de...ish...ish...punah harapan saya...
peh tu kesian kat periuk saya...dah tak de penutup..kecian
123333 |
Dipos oleh sofeanny at 7:59
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, October 6, 2004

123251 |
Dipos oleh sofeanny at 14:16
|
Nak kata apa2? [0]
Pecah berderai
Saya duk opis sensorang, org lain semua pegi makan ker..berpoya poya ke...tak tau la. Buhsan jugak. lalu saya pun menaip naip mencari kod2 lagu untuk dimuatkan dalam henpon saya. jumpa memang jumpa, banyak pulak tu tapi semua tak sedap...tak jadi muatkan.
tetiba saya rasa perlu pegi toilet, jadi saya pun bagun dan nak menyorokkan beg tangan saya sebab saya malas nak kunci pintu opis, tapi beg tangan saya pula tertarikkan satu mug yg ada atas meja komputer saya.
Berderai beliau jatuh kelantai, dari satu mug cantik bertukar menjadi kepingan kepingan seramik yg tak cantik. mug ni dihadiahkan oleh kawan seopis sempena harijadi saya tahun lepas (saya yg mintak sebenarnya). Dia bagi sebab saya tolong dia guna XL(Excel).
Pagi tadi ada sorang staff tu bising2 sebab dia tak leh menghantar email, dia panggil saya seploh kali untuk tulung dia, runsing kepala otak saya, diorang ni asal ada jer masalah nak mintak tolong...buatlah kaedah cuba jaya, idakpun bila org dah ajar sekali tu...belajar la kasi ingat, sampai sekarang kepaa otak saya masih runsing.
Kesian kat mug saya, perkhidmatannya pun sebentar jer pada saya, baru berapa kali jer saya letak air dalam bada dia dan minum, basuh pun baru berapa kali jer.
Selalu org cakap kalau ada menda kaca yg pecah ada alamat tak baik, dalam TV terutamanya cerita tamil pun ada tunjuk cenggitu, bila laki dia nak kene baham harimau ker...mesti ada gelas ker, frame gambar yg kaca ker pecah.....menunjukkkan keadaan yg buruk akan berlaku.
saya idakla percaya menda karut marut macam ni sangat, tapi jangan la ada pekara buruk pulak terjadi kat saya ari ni.
tak brapa lama dulu pernah ada banyak kaca pecah dalam rumah saya, bukan sebab terjatuh tapi pecah sebab saya baling sendiri, ekekekekeke....geram punya pasal, tapi saya baling mangkuk kaca percuma yg saya dapat masa beli sabun basuh, mangkuk yg saya beli..saya tak pecahkan pun...saya baling mangkuk kat dinding...ekekekeke
123250 |
Dipos oleh sofeanny at 14:07
|
Nak kata apa2? [0]
penderaan haiwan

123238 |
Dipos oleh sofeanny at 12:31
|
Nak kata apa2? [0]
Reboot
Semalam belum puch kad lagi dah pegi supermarket, beli barang2 rumah, balik tu hujan punya la lebat, jalan pun tak nampak. pas tu sampai umah....tengok baju dah basah...alihkan lah, pagi tadi jemur balik.
hari ni saya jalan kaki lagi sebab driver masih kat U.K, dia kena jadi surirumah katanya sebab maknya tak berapa sihat lagi, abahnya pulak masih belum sedar lagi. tu la adik beradik sikit kan ker susah.
sampai kat opis saya tengok banyak daun berguguran, ada sebatang pokok tumbang, tak sangka semalam ribut rupanya, duk dalam rumah tak sedar apa2.
saya dengar kabar berita drp kawan katanya kami bakal dapat bonus jugak katanya...entahla betui ke idak...naknya betui la...pas tu dapat tambahan RM2500 lagi...ish..ish...harap harap harapan menjadi kenyataan
123218 |
Dipos oleh sofeanny at 11:10
|
Nak kata apa2? [2]
gado gado
baru jer jap tadi bergaduh ngan sorang budak ni...ermm..dah tua2 pun nak gaduh, nak tau gaduh pasal apa....gaduh pasal download lagu...ekekeekke...kelakar pun ader...
123213 |
Dipos oleh sofeanny at 10:57
|
Nak kata apa2? [0]
Ikan besar makan bola

123179 |
Dipos oleh sofeanny at 8:31
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, October 5, 2004
kemalangan lagi
semalam driver bertugas di Kulim, semasa saya tepon dia dah berada di highway dalam perjalanan pulang, tapi tak sampai2. saya tepon dia banyak kali tapi seketeri dia yg jawap: "Tiada jawapan dari Nombor yang anda panggil". sebelas kali saya tepon pun tak dapat lagi. saya ingat mesti dia hilang tepon lagi sekali, idak pun dia eksiden. macam2 saya terpikir. Sampai pukui lima pagi saya terbangun pun saya tepon jugak tapi masih jawapan daripada seketeri.
Saya pun bersiap2 untuk pegi kerja, nampaknya jalan kaki lagi la makcik. semalam baru jer tukar tayar dua bijik dah kena jalan kaki ....eiii..geramnya.
pukui nam pagi, driver tepon saya, katanya bateri teponnya habis, patutla bila saya call org lain yg jawab. driver kata abahnya pulak eksiden, maknya baru jer klua dr hospital sebab tulang dada ngan tangannya patah, kereta masih dalam bengkel, kali ni kereta abah dia lak eksiden selepas balik cuci kedai diorang dalam pukui seblas malam. kata driver abahnya langgar pokok sebab brek tak makan.(bukan makan nasik yer)
daripada Kulim driver terus ke U.K(Ulu kelang) dan kemudian terus ke HKL dan masih di HKL katanya. Abahnya masih tak sedar lagi dan masih menjalani macam2 ujian lagi, kata driver lagi teruk jugak keadaannya.
Saya pun masih menunggu berita tentang abah driver, nak melawat, kena tunggu driver balik la dulu.
123099 |
Dipos oleh sofeanny at 13:06
|
Nak kata apa2? [0]
Kemalangan lagi
Semalam abah driver lak eksiden.....alahai....
123058 |
Dipos oleh sofeanny at 8:07
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, October 4, 2004
Penat menunggu
Hari sabtu ada sukaneka, tak ramai org yg datang, saya pun masuk hampir semua acara untuk wanita. Isi air dalam botol, terompah gergasi, kad beracun, masukkan manik kat tali semua saya masuk tapi menangnya tiga acara sajer itupun secara berkumpulan dapatlah hadiah bekas plastik berjenama ‘Tupperware’ kira ok la tu, tak sia2 kaki luka waktu main terompah gergasi.
Paling ditunggu tentulah acara cabutan bertuah, tapi tak bertuah pun, org lain dapat basikal, henpon, oven, cerek elektrik, toaster, TV, seterika, hamper, microwave....saya dapat penat jer, penat menunggu.
Kaki penuh berlumpur sebab padang basah, nasib baik pakai selipar jer, kalau pakai kasut sukan kembang kaki. Keseluruhannya kira ok la sukaneka kali ni, ramai gak mengeluh sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah. Paling boring adalah acara karaoke, sebab ramai yg ‘pandai’ sangat menyanyi yg masuk pertandingan.
Balik rumah punya la penat. Lepas jer basuh kaki, mandi dan tukar baju, terus terlelap sekejap.....tengok2 gas tak der, lupa nak beli pagi tadi, makan megi.....
122958 |
Dipos oleh sofeanny at 12:47
|
Nak kata apa2? [2]
Perenang Tegar
adik saya masa kecik2 dulu selalu cakap: "Jom kita pergi sungai terjun", bukannya sungai terjun tapi air yg terjun...dia slalu salah cakap masa kecik dulu.
dekat2 ngan rumah saya tapi tak la dekat sangat jauh sebenarnya ada satu kawasan air terjun yg sangat cantik....masa bebudak dulu saya berbasikal dengan adik saya yg lelaki ke situ, lenguh jugak kaki mengayuh, baru lah sampai.
Semalam saya gi tempat tu lagi, masih cantik macam dulu, airnya jernih....nampak kehijauan la skit. Ramai btui org, kereta bersusun, macam2 bangsa ada datang, bawak anak2, tengok ada ayah hitam anaknya putih.....tengok maknya putih, ada ayahnya putih anaknya putih dan maknya putih jugak.
Masuk dalam air, sejuknya ...mula2 masuk kaki jer, sejuk cam ais, lepas tu baru rendam semua badan...kurang sikit sejuknya, pas tu berenang2 macam ikan duyung tak pass.
Sambil berenang bole nampak anak2 ikan, siap gigit jari kaki lagi...sayangnya tak bawak makanan kalau idak boleh kongsi ngan ikan.
Sedap2 mandi, tengok ramai org berangkat pulang sebab langit dah mula nak hitam, tanda nak hujan. Kalau ditempat sebegini kena cepat berangkat pulang wlaupun hujan rintik2 sebab banyak kejadian dah berlaku dihanyutkan air lalu lemas dan innalililah.
Saya tak keluar dari air pun sebab yakin hujan tak kan turun lagi, jadi dapat berenang dengan sepuas puasnya sebab ramai org dah balik. Jadilah saya perenang tegar pada hari itu......ekekeke
122953 |
Dipos oleh sofeanny at 12:36
|
Nak kata apa2? [3]
|