|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Wednesday, December 1, 2004
makan nasik ayam
hari ini saya baru sajer datang kerja, saya mintak kepala surat dan bawak ke bilik saya, saya nak mencetak banyak surat yg sepatutnya siap bulan lepas.
surat itu patutnya dibuat oleh org lain tapi dia tak buat kerja. pemalas, tak guna dan sebagainya. sesenang hati dan sewenang wenangnya tambah2 cuti macam org tak de keje lain asik nak siapkan keje dia saja.
kalau ikut ati saya, saya nak penampo jer budak yg maintain ayu ni. nampak cam baik jer, tapi ati busuk. sebusuk kereta adiema...... ekekeke. (adiema jgn marah ekkk.... aku tengah marah ni!)
129809 |
Dipos oleh sofeanny at 11:44
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, November 30, 2004
Esok birthday orang
penat dah saya carik hadiah tapi tak jumpa2, saya bercadang tak bagi hadiah jer lah, masa birtday saya pun dia tak bagi hadiah.
129702 |
Dipos oleh sofeanny at 16:03
|
Nak kata apa2? [0]
makan
saya macam terbau semacam benda yg busuk pulak kat dalam bilik ni, adakah mana2 komputer yang meninggal?
komputer bilik ni belum ada yang meninggal lagi setakat ni, yang hampir meninggal tak lama dahulu tentulah komputer saya yang bernombor 77, cantik angka tu kan. sebabnya ialah tuan punya komputer itu memang selalu mensakitkan mana2 pun komputer yang dia pakai kerana dia punya sifat ingin tahu yg terlalu tinggi.
nak kata sampah dalam bilik ni banyak tidak pulak, pasal bibik yg kerja tu ramai, hari2 dia mintak sampah ngan saya, sampai reta saya pun nak dibuangnya. bibik2 ni bukan saja rajin malahan cantik dan putih melepak. dulu org gelap.
Petang semalam saya tak makan dari pagi sampai petang, tersangatlah laparnya, driver pulak lambat datang, jam lima lebih baru dia datang. bila saya sampai kat kereta, dia tak de. bila saya call henpon, saya terdengar bunyinya dari dalam jamban berdekatan. rupanya dia berak. dah kenyang la tu.
Saya pun pegi mencari kedai yang jual makanan, sampai di satu kedai, toke dia kata hari ini kitchen kami tak buka, kalau mau minum bole la. saya pun blah.
carik lagi kedai, jumpa sebuah kedai yang menggunakan nama sejenis bahan masakan. order nasik ayam. nasik ayam kat sini kekadang sedap kekadang tak sedap. nasib baik la semalam sedap. saya makan dengan rakus tetapi penuh kesopanan?
selepas itu malam itu saya bosan. saya pegi jenjalan, tetiba saya rasa nak makan sebab tensen, saya pun pegi ke sebuah kedai suku sakat pertubuhan agama yg telah diharamkan. saya order mee goreg, saya makan sesuap, driver makan sepinggan.
lepas itu saya order sup, nasi putih, udang goreng tepung (saya mintak sotong). saya makan lagi, driver pun menyibuk lagi.
saya kira kira jumlah yg perlu saya bayar, saya tak cukup duit kecil rasanya, cuma ada tak sampai RM20. nak bagi duit besar takut toke tak de duit tukar sebab pelanggan malam tu ada 2-3 kerat jer. nak bagi kad kredit, toke tak de mesin.
jadi saya suruh jer dia kira, ada ker patut dia mintak RM12.20 pastu dia bagi diskaun duploh sen lagi. saya sangat sukahati lalu segera bagi duit RM12.20 dan cepat2 blah....ekekekeke ...kira saya sedekah 20 sen la kat toke kedai tu malam tu
129699 |
Dipos oleh sofeanny at 15:56
|
Nak kata apa2? [0]
Cara nak hilangkan bau tikuih mati
Yang Pertama
daripada ristz
beli yang dok iklan kat tv tuh..apa nama ek yg sedut habus n bau yg kurang menyenangkan..hippo ape ntah..yg ada gambo badak tuh..dulu air udang tertumpah dalam kete ris..basuh pun masih ada bau....so ris letak jek benda tuh..tak sampai sejam bau tuh hilangg...
Yang Kedua
daripada arisa
1. ha...ha...blue hippo la nama benda alah tuh.. 2. pasal nak ilangkan bau tuh, cuma try test guna arang, tapi balut dulu arang tu ngan kain, kang kotor lak keta...balut selapis jer tau...peh tu letakkan kat mana2 tempat yang sesuwei... 3. tak pun, kak sofe sedekah jer potpouri akak yang setengah kilo tuh....
Yang Ketiga
daripada Tok R
Cara kurangkan bau tikus. Sila mandi. :D
Yang Keempat
daripada akutakreti
Letak ubat gegat dalam lubang hidung anda, nescaya tak akan berbau bangkai tikus lagi.
2. Suruh Adiema pi basuh kereta, basuh luar dalam pakai sabun.
3. Suruh Adiema beli kereta baru.
129682 |
Dipos oleh sofeanny at 13:28
|
Nak kata apa2? [0]
Tikus mati
Saya ni baru jer balik dari makan pizza, pizza makanan laut yg kena pegi Pantai Jauh-Jauh tu. Kami makan berempat, naik kereta adiema. Erp.....sedawa skit, kenyang sangat ni.
Pizza ni tak de la sedap sangat, topping dia pun tak de menarik sangat macam iklan dia tu. udang dia cinoniet jer, sotong dia pulak saya jumpa satu potong jer, yg banyaknya ikan ngan daging ketam palsu yang digulung tu macam kat pizza Island supreme tu.
Bila makan pizza ni saya terasa macam makan gulai lemak nenas yg mak saya masak. Mula2 saya terfikir fikir jugak, apa yg familiar sangat dengan rasa pizza ni, rupa2nya rasa masak lemak tu.
Tapi saya makan dengan jayanya dua potong pizza, semangkuk sup (saya sempat makan 3 sudu jer, yg lain adiema yg habiskan), setengah kepak ayam Deli Pizza hut dan juga Mirinda Orange segelas.
Naik kereta adiema, baunya busuk sebab masa dia balik raya dulu ada tikus termati dalam kereta dia, penat saya menahan napas (saya cerita ni atas izin adiema). Nasib baik masa balik tu saya ada beli setengah kilo potpurri, dapat la juga menghindarkan bau tu sampai ke hidung saya.
Adiema suruh saya mintak pendapat sesiapa cemana cara nak hilangkan bau tu kecuali menggunakan daun pandan sebab dia kata dia tak tahan bau daun pandan.
129677 |
Dipos oleh sofeanny at 12:53
|
Nak kata apa2? [3]
Rambutan merah
Hari ini saya pegi lagi kebun sayur, untuk membeli bukan sayur tapi buah rambutan.
Saya nak beli buah rambutan untuk kengkawan kat opis sebab diorang nampak kulit rambutan yang saya makan pada hari ahad yang lalu. saya pun pergi ke kebun sayur itu, kali ini saya nampak banyak sangat rambutan warna kuning dari jauh. saya suruh driver gi beli, dia pegi beli rambutan warna merah. nyonya tu sorok rambutan warna merah kat bawah meja sebab rambutan lebih manis dan sedap daripada rambutan kuning.
saya pun bawak la pegi opis. sampai dekat tangga saya terjumpa ngan boss saya yg nak gi sarapan dengan geng2 putih kuningnya. dia menegur saya. pas tu dia kata: " waaa! ada rambutan ooo" " Jangan lupa simpan saya sikit ya". saya diam jer sambil angguk kepala.
rambutan ini memang merah dan cantik dipandang, membuatkan siapa yg nampak terliur nak makan. saya pun bawak naik ke opis dan paksa kengkawan makan. diorang kata ermmmm! sedap...nyam, nyam.... nak lagi. tapi sorang kawan yg paling terliur masa nampak kulit rambutan tak datang kerja.
jadi saya suruh kawan lain asingkan skit rambutan dan letak tak meja dia, esok bole la dia makan rambutan tu kalau dia datang kerja, lagipun rambutan ni takkan basi. selepas berfikir saya rasa elok diletak rambutan itu diatas kerusi dia, biar tersorok skit, nanti kalau org lain nampak, diorang akan ngap rambutan tu dlu. kesian kawan saya kempunan nanti.
lepas ini saya dan rakan2 bercadang pegi ke Pizza Hut pulak, kami nak makan pizza makanan laut. ada sesiapa nak ikut? Saya belanja (khas untuk pembaca blog ini sahaja kecuali adiema)
129647 |
Dipos oleh sofeanny at 9:21
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, November 29, 2004
Kasut ku
Saya tak suka pakai kasut bertutup penuh (kasut formal). tapi bidang kerja saya perlukan semua itu kerana boss2 saya banyaknya org lama. pemikiran pun lama sikit (org lama jangan marah). Saya lebih selesa bersandal bila bekerja.
di bawah meja saya ada berbagai jenis kasut yg sesuai dipakai untuk acara tertentu, dari sandal bertumit rendah, tumit tinggi, kasut bertutup malahan selipar jamban pun ader sekali.
tadi saya menjalankan kerja formal jadi perlu pakai kasut formal. kasut ini sebenarnya telah memalukan saya pada suatu ketika dulu, saya tak pernah cerita hal ni kat kengkawan seopis sebab malu.
Pada suatu hari sewaktu saya menaiki pentas kecil saya telah terjatuh dari pentas tersebut disebabkan kasut tersebut. nasib baik pentasnya tak tinggi cuma dalam 12 cm sahaja. kalau lebih tinggi mungkin saya berkerusi roda sekarang ini.
walaupun jatuh tak luka berdarah tapi sakit di hati menanggung malu, cuma Tuhan sahaja yg tahu. org di bawah pentas nasib baik tak ketawakan saya, kalau idak saya baling kasut tu kat muka org yg ketawa. sepatutnya org kat bawah pentas buat tak tau jer la, ini diorang terlebih kesian la pulak sehinggakan saya naik rimas.
pisang berbuah dua kali, benar memang benar tapi jarang2 berlaku. itulah yg terjadi pada saya hari ini. tapi kali ni nasib baik tak jatuh tangga la pulak. kalau jatuh tadi dah ke dalam tujuh kaki bawah tanah la saya.
nampaknya selepas ini saya kena melawat kedai kasut la pulak, untuk membeli kasut baru, mungkin kasut lama ni dah tau saya dapat bonus kut. dia nak kawan baru la tu, dia boring duduk bawah meja sensorang tanpa ada teman berbual yg satu spesies dengannya.
129555 |
Dipos oleh sofeanny at 13:39
|
Nak kata apa2? [2]
kerja keras
hari ni saya kena kerja keras dari pukul lapan sampai la pukul satu, slalu tu bole relek2, hari ni tak leh la pulak...sedey...
Semalam lepas balik opis, tunggu bas kat depan opis, tunggu punya tunggu punya tunggu... bas tak sampai2, driver bas ni suka lepak2 dlu baru jalan sebab kat kawasan sini tak ramai sangat penumpang.
teksi dah banyak lalu siap bagi hon dan lampu kat saya, saya jual mahal sebab nak jimat duit... nak naik bas ajer. tapi dah lama sangat tunggu terpaksa tahan gak teksi, teksi pun berhenti.
driver teksi tu tanya: u pernah naik ini teksi satu kali kan? saya jawab yer. driver teksi tu terlampau peramah tapi dia tak menipu duit tambang. terpaksa la saya layan dia berborak.
dia kata susah carik makan bawak teksi, tak leh cuti lak tu katanya. saya tengok dia memang dah tua pun, kalau nak mintak kerja lain pun org tanak rasanya, kalau ader tanah lebih rasanya elok la dia tanam sayur.
pas tu dia tanya saya kerja apa, duduk mana, macam2 lagi la. terpaksa la bersembang sakan sementara sampai ke destinasi yg ditujui iaitu sebuah shopping komplek.
Saya ni peramah sangat ker? asik nak bersembang jer ngan mana2 org yg dijumpai. dedulu masa muda, haram menjawab kalau org tanya pun, sekarang dah tua ni semakin peramah. pas tu siap tumbuh tahi lalat kat bibir (org tua kata, kalau ada tahi lalat kat bibir bukan bermakna mulut busuk tapi org tu mulutnya peramah...ekekekke)
sampai kat shopping komplek saya pun jenjalan. reload tepon. jenjalan lagi. tak tau apa nak beli. saya tengok2 microvawe, rasa cam nak beli jer, pas tu tengok peti ais rasa nak beli jugak, tapi peti ais kat rumah tu nak buat apa ekkk...buat almari baju kut...ekekeke...peti ais kat rumah tu tak cukup besar, nak yg besar lagi sebab saya ni suka gi mancing, kena ada freezer yg besar sebelum dapat mengedarkan hasil tangkapan.
akhirnya saya beli barangan dapur jer, pas tu balik umah naik bas.
129503 |
Dipos oleh sofeanny at 7:41
|
Nak kata apa2? [0]
Sunday, November 28, 2004
Rambutan Kuning
sekarang ni kan, saya tengah makan rambutan, bukan rambutan biasa tapi rambutan gading, baru jer beli tadi selepas sarapan sebelum gi opis.
Selalunya lepas sarapan saya akan pusing2 kawasan berdekatan ngan opis, masuk pendalaman skit, saja cuci2 mata sebelum masuk kerja.
Sampai kat satu kawasan perumahan yg kebanyakannya org cina saya perhatikan ada kebun sayur. Nun ditengah kebun sayur tu ada pokok mangga yg lebat berbuah, di bawah pokok mangga tu pulak ada ramai org.
Dalam ramai2 orang tu pulak, ada macam gerai atas mejanya ada sayur dan buah-buahan. Sayur kat situ segar2 sebab terus dipetik dari ladang, ada buah mangga dan jugak rambutan.
saya minta driver berhenti kat situ dan saya pun turun lalu pegi membeli belah. saya beli rambutan seikat RM2.50. tebal btui isi rambutannya, segar pulak tu. beli mangga, saya tanya berapa sekilo, nyonya tu kata RM2. saya mintak sekilo, nyonya pun pilih2 dan masukkan dalam plastik dekat 2 kilo. dia minta RM2 jer.
peh tu saya beli kangkung dan beli jugak sayur lain yg tak de nama 'melayu'. nyonya tukang jual tu tak fasih lansung cakap Melayu'. kena cakap ulang2 baru la dia faham. bila tanya harga dia cakap cina, saya paham la kalau tang harga2 ni, kalau lain saya tak brapa paham.
Ada tak org lain yg pegi beli sayur kat tengah kebun sayur kat bandaraya, tak de kan, rasanya la. (selain daripada penduduk kat situ la). saya beli semua tu semalam.
hari ni saya pegi lagi untuk beli rambutan, sebab rambutan semalam dah tak leh makan sebab terkena racun serangga (salah saya, sebab nak bunuh semut, ter'bunuh' rambutan pulak, bila makan rasa diesel).
tapi ari ni saya malas nak masuk dalam kebun sayur, nanti kotor sandal, saya suruh driver yg pegi. dengan pesanann: duit lebih kasi sini.
129436 |
Dipos oleh sofeanny at 12:02
|
Nak kata apa2? [2]
luka di jari
Hari ni saya OT tanpa gaji, sajer datang keje, busan duduk rumah.
Malam tadi sambil2 menonton Tv, saya terdengar bunyi bising kat bahagian belakang rumah saya. Saya pun bukak pintu dan nampak 2 ekor anak kucing dan satu ibu kucing tengah main2 kat belakang umah saya, sebenarnya saya dah lama perhatikan anak kucing ni, tapi bila saya datang dekat diorang lari.
Kali ni saya tanak lepas kan peluang, saya mesti dapatkan salah sekor daripadanya, saya pun kepung kucing tu, sekor anak dan ibu lari dengan memanjat dinding, tinggal sekor lagi tak sempat lari.
Saya pun tangkap la anak kucing, dia menggelupur dan terus kokak (gigit)jari telunjuk saya. Aduh! Bisanya.
Saya tak peduli, saya letak anak kucing dalam rumah dan tutup pintu, anak kucing susup sasap lari menyorok belakang peti ais, nasib baik tak kena litar pintas. Saya pun tengok la jari saya, mak aihhh...berdarah you.... , darah keluar ikut lubang2 kecik bekas gigi anak kucing, saya amik tisu dan lap, penuh tisu dengan darah. Org kata gigitan kucing ni berbisa, apalagi kalau dia tengah marah, risau gak saya.
Pas tu saya amik duster dan halau kucing dari belakang peti ais, dia lari belakang almari kasut la pulak. Lepas tu bila saya halau dia keluar dar sana dia keraskan badannya cam batu, saya malas nak layan, saya sambung nonton TV.
Masa tu saya terfikir kesian gak anak kucing ni, mesti dia menyusu lagi, mak dia mesti risau, saya pun bukak pintu dan halau dia keluar, tapi dia tanak bergerak. Saya nak pegang dia, takut kena gigit lagi sekali.
Saya pegi dapur dan amik ‘mitten’ dan pegi kat kucing dan pegang badan dia, dia menggelupur lagi tapi kali ni dia tak leh nak gigit dah, saya pun letak dia kat luar pintu, saya tengok mak dia ada tunggu kat tepi tu. kesian saya tengok muka mak kucing tu.
Harap2nya kucing tu tak la main belakang rumah saya lagi, takut2 nanti saya tergoda dan pegi tangkap anak kucing tu sekali lagi...
129414 |
Dipos oleh sofeanny at 10:35
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, November 25, 2004
Nasib baik
Tengah baca2 blog org lenlain, terasa lapar la pulak, pagi tadi dan sarapan dan selalunya lunch tak de, ok jer, hari ni lain pulak la....
tetiba jer ada org ketuk pintu, ooo...boss gatai@penyibuk datang...ekekeke...jangan marah yer boss, bukan boss saya pun, boss opis bahagian lain, apahal datang opis org ni, rupa2nya datang nak ajak makan, dia ada buat jamuan makan2...hai bagai pucuk dicita ulam mendatang...
apalagi, saya pun bergegas mengunci pintu bilik dan bersegera turun ke tingkat bawah menuju biliknya, ada jamuan nasik minyak rupanya, tapi saya pilih nasi putih sebab tak suka makan nasik minyak dari kecik ketonet dulu lagi...pas tu siap ada rojak buah...ermm..nyam...nyam....sedapnya hingga menjilat garpu...
murah btui la rezeki saya ari ni.....
129140 |
Dipos oleh sofeanny at 14:06
|
Nak kata apa2? [0]
Berita sangat gembira
lepas jer saya pos catatan di bawah, tetiba jer dapat berita yg teramat gembira tersangat bestest, saya dapat gaji.....yey! yee...ha! sepatutnya dapat gaji 30 haribulan, tetiba jer dapat gaji sekarang, bestnya..
lepas tu saya pun bersegera turun ke bahagian keewangan untuk bertanya lebih lanjut tentang bonus yg bakal saya dapat, saya jangka bonus yg bakal dapat ialah RM2500, namun sekali lagi berita gembira yg saya dapat...saya dapat RM3447 sebelum ditolak KWSP, selepas ditolak lebih kurang RM3067. bulan duablas nanti raya indu la den.....tu belum campur gaji yg naik pada bulan doblas ni lagi tu....yey! anda semua jangan la jeles bila baca yer....
petang ni dah janji ngan kawan semalam nak gi bank, kalau ikut ati ku ini, sekarang jugak nak terbang ke bank tapi tak per la, relek la kan....banyak lagi duit nak mari ni......ekekekekkeke
p/s: jangan seronok sangat nanti.........(pesanan untuk mengingatkan diri sendiri)
129125 |
Dipos oleh sofeanny at 12:07
|
Nak kata apa2? [3]
berita gembira
petang semalam waktu turun tangga opis nak menuju ke bus stand terjumpa kawan lama, dia kata ada berita terkini yg best, org kat bahagian keewangan bagitau dia yg kami bakal dapat bonus 20 Disember, bahagianya hati saya mendengarnya, tapi saya tak dapat surat pengesahannya, kawan saya tu dah dapat, dia dari bahagian lain, takut2 kalau bahagian dia jer yg dapat bonus tu, alamatnya berita ni dah jadi berita tak puas ati la bukannya lagi berita gembira.
selepas salam2 sikit dan ucap selamat ari raya, saya pun pegi la berjalan menuju bus stand, masa tu kul lima, langit gelap semacam jer, rasa cam berat hati nak naik bas tapi takut lak hujan kalau jalan kaki. jadi saya pun putuskan untuk naik bas saje.
tunggu punya tunggu, punya tunggu pukui nam baru la bas sampai, naik sengal bontot saya duduk kat situ, saya teringat driver ada cakap, kalau duduk lama sangat bole dapat buasir...tak btui tah idak, bengang btui saya dengan perkhidmatan bas kat sini...eiiiiii!
tapi masa saya duduk situ, penat la saya tekan butang henpon saya dalam mode kalkulator, saya sibuk kira berapa wang yg saya bakal dapat, angan2 nak beli apa, kira hutang, tolak dengan bonus yg dapat, peh tu nak bagi apa kat mak, abah, kakak, adik, abang dan lain2 yg berkaitan. rasa gembira walaupun masih dalam angan2.
hujan lebat sangat masa dalam bas, bila nak sampai rumah hujan masih sangat lebat, nasib baik driver bas tu baik, siap tanya lagi mana rumah saya dan dia berhentikan basnya betui2 depan rumah saya, tapi basah jugak sebab hujan lebat sangat.
duduk rumah dapat msg daripada kawan yg sedang berkursus, saya cadang nak jumpa dia, katanya minggu ni tak leh sebab dia balik kampung sebab dia nak dapat menantu, saya terkejut sebab dia sendiri pun belum kawin, umur pun belum tiga puluh lagi, lepas baca dengan teliti, rupa2nya anak sedara dia yg nak kawin, anak sedara lelaki lagi tu...ekekeke...saya ketawa besar masa baca msg dari dia.
macam2 bole jadi masa cuti sekolah ni yer....
129118 |
Dipos oleh sofeanny at 10:59
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, November 24, 2004
Kenduri Puteri
Hari Ahad nan lalu, sebuah kenduri pertunangan diadakan di rumah mak abah saya, punya la meriah mengalahkan kenduri bersunat anak ketua kampung, yg mendapat penat lelahnya tentulah adik beradik orang yang bertunang iaitu saya.
Barang hantarannya saja saya rasa ada dekat 30 macam, sampai penuh katil dalam bilik berhantu kat rumah saya tu. keluarga pihak lelaki pun menghantar hantaran ada dekat 20 lebih macam jenis hantaran, saya sempat melesapkan sebiji buah Plum yg dijadikan hantaran sebelum saya bertolak ke sebuah air terjun untuk menyejukkan badan selepas selesai kenduri.
Hidangan untuk makan tengahari yg dijamu kepada saudara mara, jiran tetangga dan kaum kerabat belah pihak perempuan serta tujuh kereta kerabat dari pihak lelaki terdiri daripada tujuh jenis lauk dan sayur. Sampaikan sewaktu makan tak tau nak pilih yg mana satu lauk yg nak di rasa dulu. Setahu saya kenduri itu sepenuhnya dibiayai oleh adik saya sendiri ngan abah saya, tak tau ler cemana leh cukup duit diorang untuk masak lauk sampai banyak tu sekali.
Saya sendiri hanya sampai pada pagi sebelum majlis bermula, jadi saya tak berapa tau sangat apa2 proses yg terlibat sebelum majlis bermula. Apabila mak saya tanya kenapa saya sampai lambat, saya jawab saya demam, sebenarnya saya malas nak tolong buat persiapan, tiba2 saya terasa lengan saya dicubit oleh seseorang iaitu kakak saya sebab dia tau saya kelentong emak saya, sebenarnya saya Cuma selesema aje.
Kakak saya sangat sibuk menguruskan itu ini dan dia juga bertindak sebagai mak andam kepada adik saya sambil dibantu oleh saya sebagai tukang komen. Manakala adik saya yang lagi sorang pula sangat sibuk menyediakan hidangan sampai dia tak sedar anaknya hilang. Adik lelaki saya pulak sibuk mengangkat hidangan dan juga tak lupa sibuk makan.
Pada rancangan awalnya seorang YB akan hadir di majlis tersebut, nasib baik dia tak datang, kalau idak tak de siapa nak layan dia lagi sebab kami semua dah penat nak pengsan. Pada malam itu juga saya terpaksa balik sebab ari Isnin saya kerja. Adik saya marah katanya sekarangkan cuti, kenapa balik cepat pulak. Saya cakap yg cuti tu budak sekolah ngan cikgu sekolah, sebab saya bukan budak sekolah dan juga bukan cikgu sekolah saya kene la kerja untuk mencari sesuap nasik dan lauk pauk, emas, intan, berlian dll.
Lagipun saya malas nak tunggu sebab malam tu ada majlis lagi, nanti lagi la penatnya, mana la tau kena tolong basuh periuk ker. Tapi saya sempat mem’bungkus’ lauk pauk lebihan kenduri untuk di bawa pulang, disamping itu juga saya sempat membungkus juga kuih2 dan biskut raya kat rumah mak saya untuk di bawa pulang.
Walaupun penat, saya merasa gembira dengan adanya majlis itu sebab saya dapat makan banyak dan terasa kemeriahan hari raya kerana adik beradik saya serta laki2 mereka saling bantu membantu bagi mengadakan kenduri tersebut dengan jayanya.
p/s: Kalau adik saya terbaca catatan ni , jangan la marah yer....
129060 |
Dipos oleh sofeanny at 16:24
|
Nak kata apa2? [0]
Mimpi anda
ada sorang kawan, dia kata dia asyik mimpi pasal sungai jadi saya carikkan laman web yg ada tafsir mimpi, kalau anda nak tahu pasal mimpi anda sila lah ke SINUN
129054 |
Dipos oleh sofeanny at 15:54
|
Nak kata apa2? [0]
Ujian Kekerasan tangan. kepala dan topi keledar

129044 |
Dipos oleh sofeanny at 13:59
|
Nak kata apa2? [2]
Ponteng
Keje saya dah siap...yeeee...ha! Penat wooo...nasib baik siap, tapi ada lagi keje yg lain belum siap, kesian, tapi saya buat tak tau jer la.
Tadi baru jer driver cakap kerja saya ni senang sangat, asyik memonteng ajer, kalau nak buat keje part time pun senang, tapi hakikatnya driver tak tau, seponteng-ponteng saya, ponteng lagi kengkawan seopis saya, saya ni kira dikalangan pekerja2 yg boleh dikatakan berhemah la jugak...ekekeke, ponteng pun selalu la jugak, ponteng pun bila keje yg penting2 dah siap lagipun boss besar ada bagitau, kalau kerja dah siap, apa2 pun nak buat, buat la...ekekekke (yg saya paham daripada ucapan nya yg panjang lebar)
Masa saya tingkatan Tiga dulu, saya ada seorang cikgu Bahasa Inggeris yg agak tua, lelaki, dia bila mengajar akan cakap meleret leret dan diakhir ayatnya mesti keluar perkataan Yes or No? Menurut pemerhatian dan kajian saya jawapan yg mesti dijawab ialah Yes. Jadi setiap kali cikgu tu tanya saya, saya akan jawab Yes dan dia mesti kata kat saya, Good atau very Good, walaupun pun masa tu saya tengah berangan sampai London.
Kerana kelasnya terlalu boring dan tak de soklah yg susah2 perlu dijawab, saya pun merasa tiada gunanya saya duduk terperap di dalam kelas itu, lagipun cikgu tu bukannya peduli siapa tak de dalam kelas, dia hanya amik kedatangan masa mula masuk kelas sahaja. Tapi kalau saya ada dalam kelas asik saya jer kena jawab Yes berbanding org lain. Jadi saya selalu ponteng kelas tersebut setelah seploh minit cikgu tu masuk mengajar.
Saya akan dengan selambanya, keluar ikut puntu belakang dan berjalan pegi ke kantin, selepas itu, ada rakan lain yg akan mengikuti jejak langkah saya lima minit selepas itu, kami pun berkumpul di kantin sambil bersembang-sembang. Selepas kelasnya habis, saya pun masuk balik dalam kelas. Kejadian ini tidaklah berlaku setiap kali kelas bahasa Inggeris Cuma sekali sekala sahaja. Namun begitu kekerapannya semakin bertambah dan pengikut juga semakin bertambah apabila kami mengetahui satu fakta penting. Cikgu bahasa Inggeris berbangsa Cina itu sebenarnya sudah tak berapa ‘betui’ sebab dia pernah terlibat dalam kemalangan, cerita itu diceritakan oleh senior2 di sekolah, patut la dia asik cakap Yes or No?
Kesian dia...
129035 |
Dipos oleh sofeanny at 13:02
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, November 23, 2004
Kisah belagak
Mulut ku memang masin dan sudah terbukti banyak kali. Walaupun saya tak banyak sangat makan garam berbanding orang tua berumur tujuh puluh tahun tapi mulut saya tetap masin.
Baru2 ini mulut masin saya menjadi lagi, terlewat sehari dari jangkaan mulut masin, abah driver telah tersedar dari komanya yg panjang pada hari raya kedua ataupun bersamaan dengan 15 November 2004.
Sewaktu dalam koma, luka2 akibat kemalangan dan kecederaan yang lenlain telah sembuh dan meninggalkan parut2 sahaja, dengan itu apabila abah driver tersedar dari koma, dia terus sihat dan boleh terus merayakan Aidilfitri dalam keadaan yg agak sihat bagi orang2 tua yg seusia dengannya.
Dengan terbuktinya mulut masin saya itu, ada pulak kengkawan yg suruh cakap dia kaya bebanyak kali dengan mulut saya yg masin ini. Namun begitu saya maleh kerana saya sedar itu semua hanyalah ketentuan olehNYa yg maha kuasa, segala yang terjadi mungkin secara kebetulan dan mungkin juga doa saya mustajab (ustad saya selalu cakap, apa yg kita cakap tu merupakan doa...betui tak?)
Mak saya cakap mulut saya masin sebab abah saya pun mulut masin jugak, nampaknya ‘mulut masin’ ni ada dalam gen keluarga belah abah saya. Siapa2 nak anak yg ‘mulut masin’, bole la kawin ngan abah saya atau adik lelaki saya...ekekekeke
128854 |
Dipos oleh sofeanny at 13:09
|
Nak kata apa2? [6]
Pembunuh kejam
Keje yg tarikh akhirnya semalam masih tak siap2 lagi. Rasa malas sangat, tak de mood, org kat opis pun ramai lagi yg masih beraya, semua tak nampak batang hidung, boss dah mula tanya2 bila nak hantar kerja, saya buat tak tau jer...alah org lain tu lagi ramai tak siap keje, apa la salah nya sekali sekala saya mengikuti jejak langkah mereka...bukan kurang pun bonus yg dapat tahun ni.
Saya ada cerita nak taip ni, kalau rajin baca la yer.....
Saya balik raya dulu naik bas ekspress, tapi tak de la berebut sangat, biasa2 jer. Lepas turun dari bas saya tepon driver suruh amik saya kat stesen bas, dalam perjalanan menuju ke rumah, ada sebuah kereta iswara aerobik......aeroback warna biru dihadapan kereta driver, kereta ni terbehenti sana, terberhenti sini macam mencari sesuatu, mulut driver mula mengeluarkan kata2 ‘manis’ mencaci driver kereta tersebut, namun begitu kami terpaksa juga membontoti kereta tersebut kerana terpaksa.
Tiba di satu kawasan pasar yang telah tutup sebab malam, kereta itu tiba2 saja berhenti ditengah jalan sekali lagi seperti ce**ka. Tiba2 lagi, pintu keretanya dibuka, saya ingat penumpangnya nak bunuh diri, tapi sangkaan saya meleset, rupa2nya mereka mencampak seekor anak kucing dari kereta tersebut. Sungguh tak berperikemaknusiaan, kalau ia pun nak buang pilih lah tempat yg selamat, ada ker pegi buang kucing kat tengah jalan, tak belajar Tatarakyat betui diorang ni.
Nasib kucing tersebut agak baik kerana ia sempat lari menyebrang jalan tanpa di langgar lari oleh mana2 kenderaan. Kereta iswara tersebut kemudiannya blah begitu sahaja daripada tempat kejadian tanpa ada sesal lansung dihati pemandunya. Kalau saya rajin pada ketika itu teringin saja rasanya saya menampar setiap penduduk di dalam kereta itu, namun begitu saya malas pada hari itu, maka tak de la mangsa lempang.
Kepada pemndu2 kereta, jangan lah anda sesuka hati saja berhenti di tengah jalan yg sesak hanya kerana ingin membunuh kucing anda dengan cara langar lari, itu adalah perbuatan yg tidak baik dan hanya manusia berhati setan jer tergamak melakukan demikian, disamping menaikkan kemarah pemandu kereta lain anda juga mungkin akan memerima nasib yg sama sebagaimana yg anda lakukan pada kucing tersebut pada masa hadapan, jadi beringat-ingatlah yer....
128833 |
Dipos oleh sofeanny at 10:15
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, November 22, 2004
Bertemu kembali
dah abih cuti raya....kerja pun banyak yg tak siap. raya tahun ni biasa-biasa saja. cam biasa saya duduk rumah sajer, tak pegi memana, raya ketiga balik rumah sendiri. peh tu demam, selesema dan sekarang batuk....
duit raya seringgit pun tak dapat, cuma dapat cincin emas sebentuk jer. bagi duit raya ada la sikit2, tak banyak sebab kedekut lagipun tak dapat gaji cam diorang tu pada lapan hari bulan, saya lum dapat gaji lagi.
malam raya pertama buat barbe-q dengan adik beradik, kengkonon nak buat kat luar rumah, hujan lebat petir berdentum, last2 abah saya kata buat jer dalam rumah, saya cakap nanti mak marah, abah kata biarkan lah...inikan rumah abah jugak...berbarbe-q lah kami malam itu di dalam rumah.
macam2 dibakar termasuklah ayam, itik, lembu, frankfurter dan sebagainya, tetiba ahli keluarga semua teringin membuat kunjungan hormat ke rumah bapak sedara saya adik kepada abah saya, tinggal le saya seorang diri dan ditugaskan membakar apa2 yg ada belum dibakar.
ketika itu arang sudah cukup cantik naik baranya, saya bakarkan semua yg telah tersedia, semua pun masak ranum, kemudian saya bukak peti ais amik apa yg ada, curah sikit sos barbe-q dan bakar, semua siap masak sampai tak de menda dalam peti ais, diorang tak balik jugak lagi... saya nampak pisang, saya pun bakar pisang, saya nampak ketupat palas, saya bakar ketupat palas, lepas tu saya carik2 lagi apa2 yg bole di barbe-q..semua dah tak de..
tiba2 saya ternampak telur, lalu saya pun meletakkannya di atas pemanggang, tak lama selepas itu...rombongan pun pulang dan disambut oleh letusan daripada telur yg dibakar...namun begitu masih ada yg tinggal, lebihan telur bakar dimakan oleh anak sedara saya yg berambut kerinting (yg lain semua rambut lurus).
p/s: mak sedara saya bagitau kalau nak anak rambut kerinting, sila makan kerang ker, siput sedut ker, udang ker atau mana2 kerangan laut yg edible. p/s2: telur yg dibakar diatas arang yg membara bisa meletus, jauhkan muka anda dari tempat pemanggang
128702 |
Dipos oleh sofeanny at 9:16
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, November 9, 2004
Selamat rayerrrr
Selamat hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada pengunjung setia weblog ni dan juga rakan-rakan serta lenlain orang yang tersesat kat weblog ni...
127683 |
Dipos oleh sofeanny at 16:50
|
Nak kata apa2? [0]
lauk buka posa

127665 |
Dipos oleh sofeanny at 15:19
|
Nak kata apa2? [3]
lengang..senyap...sunyi
Hari ni opis lengang, semua dah pakat2 balik dulu sebelum waktu pejabat abis. Dasat betui diorang ni...ish..ish..makan gaji buta...ermm..melampau betui....(termasuk la saya).
Pas tu ramai2 jugak pakat angkut kuih raya dua tiga beg, kiri kanan tangan penuh pegang tupperware biskut raya. Ada yang beli rempah soto segera la. Pas tu toke kuih raya pulak round sana sini kutip bayaran, kaya la diorang ekkk...
Ada sorang staff tu cakap hari ni merupakan hari terakhir bekerja bagi boss saya yg dah sampai umur pencen terlebih satu tahun. Terkejut saya mendengarnya. Keje pun belum siap lagi...sudah mau pencen ka?
Boss ni ada suruh saya siapkan buku2 yg mengandungi dokumen2 penting yg akan dijual kepada pelanggan, sampai sekarang pun saya tak siapkan lagi, pas tu isi2 yg dah saya siapkan dia letak kat bilik dia la pulak, penat2 saya yg buat dia pulak yg simpan. Saya pun cepat2 amik menda tu dan tanya boss betui ke ini hari terakhir dia di sini?
Boss ketawa ajer, dia kata: “ mana ada, siapa cakap itu macam?”
Saya pun segera menyalahkan staff tu, dia tu memang suka bawak perkhabaran yg tipu tapi suka belagak betui. Aiiiii...geram betui saya. Tapi satu yg bagus pulak pasai dia ni, bila kita marah kat dia...dia cool sajer, walaupun dia lebih tua dr saya dari segi umur mahupun pengalaman kerja.
Diluar guruh berdentum tandanya nak hujan, hari pun gelap jer, dah la hari ni saya kena balik jalan kaki, nampaknya saya kena berbuka kat opis la, berbuka air liur...
Esok saya nak buat apa yer? Saya malas nak balik umah mak abah saya lagi, sebenarnya dari saya belajar dulu, saya punya impian untuk balik di pagi raya, mesti syahdu punya, tapi sampai sekarang impian saya tu masih tak terlaksana, sebabnya saya sentiasa kerja ditempat yg selalu bagi cuti bebanyak dan awal sebelum raya. (mesti ada org jeles)
Kerja masih banyak yg belum siap, tapi tak de ‘perasaan’ untuk menyiapkannya sebab semua org dah balik, ada sorang kawa tu dia kata nak balik jugak, saya marah dia dan tak bagi dia balik sebab saya bosan duduk kat opis ni sensorang.
127663 |
Dipos oleh sofeanny at 15:11
|
Nak kata apa2? [2]
Ha! Ha! Ha!
Malam tadi saya gi shopping lagi.....dah penat pun pegi shopping lagi...rasa nak pengsan, malam tadi cuma beli barang2 dapur ngan beras untuk adik saya.
saya ada la beli ikan bilis tapikan tak de bar kod, bila sampai kat kaunter pembayaran, cashier tu tak leh nak scan harganya, sebab nak cepat saya suruh driver carikkan yg lain yg ada bar code, driver pun pegi la berlari lari ke tempat letaknya ikan bilis tu, sebenarnya cashier tu dah tawarkan diri nak pegi carik tapi takut q panjang lak nanti.
driver pulang ke kaunter semula dgn tak bawak apa2, saya tanya kenapa? driver cakap perlahan suaranya, takut cashier dengar...katanya ikan bilis tu mahal sangat...lerrrr....takkan la RM56 1 gram macam emas 916 kut? jadinya saya tak beli ikan bilis pada hari itu, sebab saya malas nak pegi carik ikan bilis lain, tapi saya rasa meang tak berbaloi ikan bilis tu dibeli dengan harga yg driver nampak tu, dah la ikan bilisnya sikit. eh...tercerita pasal ikan bilis la pulak....
hari ni dapat baju raya yg ditempah, sepasang warna biru laut, sepasang lagi warna merah hati, anak tukang jahit kata baju merah tu cantik tapi saya suka baju biru tu yg berbunga ungu tapi kesian kat baju tu ada carik la pulak sikit ...aiseh sian betui...nak buek cemana, dah siap pun, anak tukang jahit kata, bole tutup carik tu dengan mengecikkan lagi baju tu, tak rela pulak rasanya, saya suka pakai baju yg longgar....lebih selesa, tak suka pakai baju sendat2....terseksa...
esok saya cuti sampai 21 November...yeee..ha! bestnya cuti ...nak pegi Cameron Highland.......lagi!
127605 |
Dipos oleh sofeanny at 8:55
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, November 8, 2004
lesu....fatigue?
Letih dan penatnya badan ku pada hari ini. Rasa seperti ingin tidur dibawah pepohon Rhu yg hijau di pinggir-pinggir jalan yg kulalui. Ohhhh! Lesunya....penatnya badan ku dibawa ke sana sini menjelajah bank dan shopping kompleks, namun hari ini tak lah orangnya seramai semalam, aku sempat duduk dibangku menunggu kawanku membeli belah, disamping ku sepasang org tua Melayu, aku terlepas cakap: “penatnya rasa cam org tua”, pas tu aku malu nak pandang muka diorang...ekekekeke...takut diorang marah sebenaunya...
Pagi tadi aku mendapat kuih bangkit yg ku tempah nun jauh dari Parit Raja, harganya Cuma RM10, tetapi aku telah memberi si penjual RM50 , namun dia masih belum pulangkan bakinya, nak pegi mintak segan la pulak...mana la budak ni, malas btui aku nak menjelajah opisnya mintak baki RM40.
Petang ni aku bercadang untuk pergi ke pasar ramadhan terbesar di malaysia (saje jer bagi gelaran). Ermmm..aku masih tak tau nak beli apa, selalunya kalau pegi pasar ramadhan semuanya aku tak beli, aku datang jalan, round dua tiga kali tengok2 orang, macam2 jenis org ada, yg pakai kot tengah panas tu pun ada.
Hari ni aku cakap aku pasal aku penat nak cakap saya.......
127526 |
Dipos oleh sofeanny at 16:04
|
Nak kata apa2? [0]
Jenjalan hujung minggu
hujung minggu gi shopping kompleks lagi. ramainya orang sampai nak berjalan pun susah. saya pegi beli kasut/selipar Sembonia yg saya dah lama minat...ekekekeke, kengkununnya kasut raya tapi saya dah pakai gi kerja.
pas tu esoknya pulak gi jenjalan ngan adiema pulak. pegi kamdar beli kain untuk mak ngan abah dan diri sendiri (lagi....ekekeeke).
kitorg penat pilih komplek yg belum pegi lagi, lalu kat satu shopping komplek tengok, penuh sangat, lagi satu...penuh lagi...pegi lagi satu, tutup....ader ker patut tutup pada hari ahad yg mulia ni, dasat betui...yg ada kat depannya cuma dua batang pokok pisang, rasanya toke dia bukannya yg pentingkan pokok pisang,, dia selalu beli oren...ekekekeke...agak semangat muhibbah la tu...sempena deepavali.
last2 pegi satu kompleks yg kata adiema...untuk makcik2.kami pegi sana pun penuh jugak...aiseh. fenin kepala ana...
berbuka kat Mc D, seronok tengok anak2 minah saleh campur Cina, anak mat Saleh campur Melayu, comel2 belako!
pas tu gi kedai lain pulak....apa lagi....makan sup tulang..adiema kata ketagih...ekekekke
127450 |
Dipos oleh sofeanny at 9:00
|
Nak kata apa2? [0]
WOW!
today your site may have 601 page views (+/- 345).
127440 |
Dipos oleh sofeanny at 8:03
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, November 5, 2004
Belagaknya saya
Hari in saya dengan belagaknya pegi kerja dengan menaiki MERCEDES berwarna maroon.
Namun begitu saya agak malu kerana kereta itu dipenuhi dengan tahi burung di bahagian hadapannya. Penunggang2 motosikal asik memandang di bahagian hadapan kereta tersebut membuatkan saya malu kerana menaiki kereta yg tidak dijaga kebersihannya.
Selalunya (setiap hari, kalau driver tak kena tugas luar) saya menaiki kereta sport putih 2.0 buatan Jepun (syarikat yg punya ) yang dikatakan driver sebagai kereta tin sardin, ini kerana badan kereta tersebut cepat kemik kalau terkena beban yg besar. Tidak saya sangka rupanya kereta sadin tersebut lebih selesa tempat duduknya berbanding Merc tersebut.
Biarlah saya berterus terang, sebenarnya kereta Merc itu ditukar pinjam antara driver dengan kawannya, tidak bermakna kereta itu adalah kereta raya. Saya masih belum cukup tua dan mampu (kaya ) untuk menaiki Merc setiap hari ke tempat kerja.
Disebabkan org selalu kata kereta Merc hanya sesuai untuk org tua, jadi saya bercita2 memiliki sebuah BMW (bukan bas mini wilayah) pada satu hari nanti. Diharap wakil syarikat AUTO BAVARIA ada terbaca taip pan saya hari ini dan sudi mereliasasikan impian saya itu sebelum hari raya menjelang....ekekekekke
127107 |
Dipos oleh sofeanny at 8:29
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, November 4, 2004
Sup tulang
Malam tadi untuk pre bersahur saya pegi makan di sebuah kedai yang dah lama tak pegi, hajat di hati cuma nak minum2 tapi termakan la pulak.
saya menempah sup tulang dan segelas kopi tarik. dulu saya pernah makan sup tulang yg sedap dikedai ini tapi sekali sajer, lepas tu tak sedap.
sup tulang pun tiba, dan saya rasa..erm...sedap...masam bersari seperti yg saya suka. dagingnya pun lembut menawan kalbu mulut saya...ermm...nyam..nyam..(mesti ada yg dah melelh air liur ni).
dulukala saya tak makan lansung bahagian mana pun lembu/kerbau atau apa2 binatang yg berkaki empat apatah lagi sup tulang temulang mereka, tapi sekarang ini ia menjadi sebahagian drp makanan peberet saya.
ini semua adalah jasa kawan saya yg dulu belanja saya makan sup tulang kat Sri Kembangan...ermm..sedap....nyer, apa lagi kalau diminum bersama kopi ais dan lepas habis makan tak payah bayar (FOC). setiap kali saya melawat kawan saya di Sri kembangan, dia mesti belanja saya sup tulang.
127049 |
Dipos oleh sofeanny at 16:17
|
Nak kata apa2? [0]
bisekut suji
Biskut kegemaran saya di hari raya ialah biskut suji. Tetapi mak saya jarang2 buat biskut ini di hari raya. Kalau nak beli selalunya mahal sangat, jadi tahun ini saya bercadang untuk membuat sendiri biskut suji.
Tepung suji, tepung gandum dan minyak sapi semuanya telah dibeli tetapi satu lagi bahan penting masih belum dibeli, dengan itu sehingga ke hari ini belum sebiji pun biskut suji telah saya bakar.
Semasa saya di tingkatan dua, saya menganggotai Kelab komputer di sekolah saya, pada satu hari kami dijemput menghadiri satu majlis meraikan komputer (agaknya la) di Institut Pendidikan Sultan Idris (sekarang dah jadi UPSI), saya sebagai seorang ahli yg cergas lagi aktif segera mengikut nasihat guru saya dan menghadiri majlis tersebut.
Majlis tersebut agak seronok juga bagi gadis berusia 14 tahun, lagipun kat situ ramai guru2 pelatih yang ensem yang suka memberi perhatian kepada gadis (gatai). Ada ucap berucap, ada nyanyi nyanyi dan tak lupa makan2 sekali.
Di dalam hidangan jamuan tersebut ada disediakan biskut suji. Biskutnya berwarna kekuningan dan di atasnya diletakkan potongan kecil buah prun. Ermm..punya la sedap. Saya tak makan menda lain dah, saya asik makan biskut suji sahaja. Tetapi org lain sibuk makan meehun la, tembikai la, diorang tak pedulikan pun biskut suji yg kasihan itu.
Kerana tidak mahu mengamalkan amalan syaitan (membazir), saya telah membungkus sedikit biskut suji secara rahsia menggunakan tisu2 yg disediakan. Tiba2 kawan saya terpadang perbuatan saya, diorang pun meniru perbuatan saya. Saya ingatkan saya sorang jer suka biskut suji, rupanya ramai lagi yg seangkatan dengan saya tetapi mereka malu2 kambing rupanya.
Itulah biskut suji yg paling sedap yg pernah saya makan dan ambil bawa balik ke asrama. Sejak itu saya menjadi peminat setia biskut suji. Selamat hari raya diucapkan kepada semua dan jangan lupa buat biskut suji dan sedekahkan kat saya...segala usaha tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
127029 |
Dipos oleh sofeanny at 14:22
|
Nak kata apa2? [3]
gelap gulita
Pagi2 buta tadi saya terjaga kerana ada sesuatu yang tak kena. Apa yer...? badan terasa panas lain dari biasa, dan hari nampak kelam sangat. Rupa2nya elektrik terputus bekalan.
Lampu picit pulak ada kat tingkat bawah, tapi nasib baik ada henpon, ini la pertama kali saya gunakan dia sebagai lampu, terang jugak, tak de la saya jatuh tangga...salamat. saya pun turun ke bawah dan pasang lampu picit. Saya pun mandi dan bersiap2, kemudian baru la saya ingat, kalau tak de elektrik maknanya baju pun ak berseterika la nampaknya, cemana nak gi kerja ni.
Saya pun bercadang nak gi kerja sekejap ngan pakai jeans dan t-shirt dan kemudian balik tunggu elektrik ada. Saya pun bersiap2 dan tunggu driver sampai. Saya bukak pintu rumah luas2 supaya cahaya mentari bole masuk. Saya tengok rumah depan macam terang jer, ada letrik ker, kenapa rumah saya gelap? Memang la gelap sebab saya tak tekan suis lampu, rupa2nya elektrik dah disambung semula.
Saya pun seterika baju dan bersiap2 dan pegi kerja seperti biasa, hari ni ada banyak keje, tak sangka bole selesai sebelum pukul semilan, sempat la updet weblog, baca2 dan main game.....
126984 |
Dipos oleh sofeanny at 10:21
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, November 3, 2004

126884 |
Dipos oleh sofeanny at 15:37
|
Nak kata apa2? [0]
Minggu depan raya?
Kejapnya dah nak raya yer...isk..isk...baju raya pun belum dapat lagi. Raya kali ni adik saya nak bertunang, warna tema keluarga belah kami...ialah BIRU, keluar belah lagi satu ...tak tau la pulak.
Adik saya suruh saya sumbangkan beras 40 kilo, banyaknya...aiseh pokai la makcik. Ada ke patut bertunang nak kena pakai beras 40 kilo, seploh kilo dah la. Ari ni jugak saya dah pegi bank, tukau duit, RM1 sebanyak 100 dan RM5, seploh helai...sebab lima rengget baru, boleh tengok melaluinya sebab ada tingkap lutsinar....
Driver, tak brapa nak beraya la sebab abahnya masih koma, kesian dia. Tapi saya rasa la, pagi raya nanti mesti abah dia sedar punya.
Setiap tahun bila raya, saya duduk rumah jer, tunggu org datang, kekadang ada jugak bila org datang saya lari...ekekeke...malas nak buat air.
Ada sorang kawan tu, tetiap tahun mesti datang beraya kat rumah saya, tapi saya tak pernah beraya kat rumah dia, sebabnya........mak dia garang, ada ker patut masa saya tido kat rumah dia, mak dia marah2 anak dia, saya terasa sekali la, macam org tak suka jer kita datang umah dia, yg sebenarnya anak dia yg beria-ia ajak kita datang umah dia. Kita bukannya ingin sangat pun...ekekeke
126872 |
Dipos oleh sofeanny at 14:37
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, November 2, 2004
di buru pemuda misteri (lagi....)
Selepas sahaja mengeluarkan duit dari bank, saya pun balik ke rumah dan menyuruh driver anta saya kat bus stand terdekat kerana saya perlu ke bank lain pula dengan kadar segera kerana itu adalah hari terakhir membayar kad kredit.
Saya pun naik bas dan pegi ke tempat di mana bank2 terbina dan membayar hutang tertangguh. Sungguh la ramai manusia juga di sini, beratur panjang, nasib baik pakai mesin kalau pakai orang, kena bayar denda la nampaknya sebab bank dah tutup.
Selepas meronda-ronda di bank saya bergegas ke shopping kompleks pulak, sesaja jer, jenjalan, lepas tu pegi ke sebuah stokis untuk membayar yuran keahlian. Semasa sedang berjalan-jalan saya ternampak sebuah kedai binatang peliharaan, bukannya lembu atau kambing tapi binatang peliharaan di rumah.
Dihadapan kedai ada ditayangkan seekoe kucing Parsi yg berbulu tebal dan panjang, bertahap dewasa. Namapak sangat kotor tetapi manja harganya RM850, tiba2 toke kedai datang dekat saya, dia kata : “ Mau kucing ka?” Saya sekadar beralasan berkata: “Mahal sangat la!” Toke kata: “Murah punya pun ada” sambil mengajak saya masuk lebih jauh ke dalam kedai. Ada anak kucing yg sangat comel berharga seperti tertera di tandaharganya RM350. la....saya ingatkan murah tu RM3.50 ke nak la saya beli, kalau RM350 tanak la saya..... Lepas tu saya pun blah ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumah.
Sedang saya terleka menunggu bas, tiba-tiba........tiba-tiba...lengan belah kanan saya dipegang orang, ak ena saper pulak yg kurang makan, tetiba jer main2 pegang tangan orang ni....(saya cakap dalam ati)
Saya pun menoleh ke kanan, macam pernah ku lihat orang yg kurang makan ini....’dia’ pun tersengih...tetiba dia berkata: “Bagi nombor tepon (2X)”
Saya pun menjawab: “ Tak de, tak de nombor tepon”
Rupa2nya dia dalah pemuda yg tak sudah2 mengacau saya, daripada kat stesen bas, dalam bas dan sekarang kat tempat menunggu bas. Rasanya lepas ni saya tak leh nak naik bas dah. Idak pun kena upah sorang pengawal peribadi. Pemuda misteri ni asik mengacau saya jer, sebelum ni saya penah cerita kat weblog pasal dia ni, ingatkan dia dah lupa kat saya, tapi dia masih memburu saya, saya tak kenal pun siapa nama pemuda misteri ni.
Selepas itu saya melompat naik ke sebuah bas yg berhenti di hadapan saya, saya segera menalipon driver untuk membuat laporan dan menyalahkan dia sebab tak hantar saya ke bank. Tiba2 bas berhenti kerana lampu merah dihadapan. Saya pandang ke tingkap, saya nampak muka pemuda misteri menyengih di atas motor sebelah bas. Muka saya pucat sebab terkejut.
Pemuda misteri ni dah jadi pemuda sewel, dia ikut bas yang saya naiki, semasa turun dari bas saya terpaksa menyorok di belakang tiang2 sebuah bangunan, nasib baik tiang2 tu cukup besar untuk menyelindungkan saya. Saya nampak pemuda sewel naik motor sambil mencari2.
Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu, pada hari Ahad dan Isnin saya tak berani klua rumah, takut dia tunguu.......ekekekekeke. (tetiba jer saya rasa cam artis yg dikejar paparazzi)
126683 |
Dipos oleh sofeanny at 10:36
|
Nak kata apa2? [0]
sAYA DAH DAPAT GAJI
kalau dah dapat kena la pegi bank, masa tu ari Sabtu, ramainya manusia, tak terkata, saya datang jam sepuluh keluar jam sebelas, berapi driver, tunggu saya lama sangat terpaksa bagi upah lebih masa RM20 rengget.
yang paling best ialah teller kat kaunter tu, aiseh geramnya saya tengok dia tu, saya nak keluarkan duit kat kaunter, dia tak bagi, dia suruh saya keluarkan kat ATM, ish...ish...ish...belagaknya dia cam la saya ni pekerja yg dia tu pulak pelanggan.
tiap2 bulan saya berurusan kat bank yg sama kerana terpaksa, gaji bole masuk kat situ jer. bank ni kecik jer, kaunter teller ada 3-4 shj, dan di setiap kaunter tellernya bole dikatakan berlainan kaum, yg minah sorang ni memang slalu buat hal, sebelum ni kalau kat teller yg lain tak de babnyak songeh pun diam jer, buat jer keje, walaupun bank tu memang terkenal dengan servisnya yg lembab, pekerjanya tak banyak songeh, melainkan minah tu, rasa cam nak buat komplen je.
dia tanak bagi saya klua duit, jadi saya terpaksa gertak dia skit, saya cakap kat dia, ini la kali terakhir saya gunakan khidmat kat bank tu, harap2nya la. lain kali saya nak gunakan bank yg lain la pulak, biar gaji lambat masuk, asalkan hati sonang...
126656 |
Dipos oleh sofeanny at 7:51
|
Nak kata apa2? [0]
|