|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, December 17, 2004
Tok Pen
eiii.. saya dah tengok cerita 'Tok Pen" tu..ish ishh..cerita hantu Korea tu...ala lupa la nama dia apa...shibunsaba...apa2 la
mula2 saya ketawa sebab tajuk dia...ekeke... kelakau sunguh Tok Pen, pen pun ada tok tau, jangan ingat org jer ada tok.
driver tengok dulu cerita tu, dia kata best. saya terbaca ruangan dalam surat kabau, dia kata cerita tu tak best. saya nak tengok memalam takut pulak.. kot2 la seram sangat. saya tengok waktu siang.. itupu makan masa 3 hari.
setiap kali saya tengok cerita tu, setiap kali la jugak cerita tu tengok saya. saya macam disihir supaya mengantuk giler (maksudnya boring la tu). mata saya rasa berat sangat. cerita hantu konon... blah la.. tak best lansung..buang karan jer. tapi saya terpaksa tengok jugak sebab saya dah terbeli kan, kang membazir la pulak. eh lupa nak kasi tau...ada lagi satu cerita yg atok boring punya iaitu Veer-Zaara...aiseh, saya ni mmg tak brapa tengok pilem industan, tapi terpengaruh gak ngan iklan kat TV, saya tengok la jugak, itupun dalam mode fastfoward.... ekekeke, makan masa 2-4 hari jugak. tak paham la saya cemana org leh tengok cerita industan ni selalu2 yer...
itu lah cerita saya buat menghilangkan perasaan boring duduk di opis sensorang sebab tak leh nak balik kerana hujan nak sanagt dan teringin sangat nak turun nampaknya sekali lagi.
baru jer tadi driver ajak saya makan kat pizza hut. cepat ler sikit sampai. dah lapo sangat ni seperti bole memakan seekor kuda ("I'm so hungry I could eat a horse")
131604 |
Dipos oleh sofeanny at 16:39
|
Nak kata apa2? [3]
tunggu orang
ada org tu janji nak jumpa ari ni, tapi tak nampak batang idung, dah berjam jam saya tunggu kat opis, perut pun dah lapa sebab makan sarapan jer tadi. ini ari last keje lak tu.
ari isnin dapat gaji + bonus + cengkadak madak semua, insyaallah. jadi ari senin nanti tanak gi keje dah. nak pegi melancong memana, cemana nak jumpa org ni yer. nak tepon maleh sebab credit dah nak abih sangat.
nasib baik tak balik lagi tadi, tetiba jer hujan turun, tanak jadi cam dolu tu, baju habis basah dengan org2nya sekali peh tu tertinggal lak kunci. chess....memang sui sangat.
bebaru ni kan, tetiap ari saya melawat satu kedai Cd ni. ari2 saya suruh driver tanya kat toke tu, cerita kungfu hustle dah dicetak rompak ke belum. toke tu asik kata belum jer. frust betui la. saya minat btui la ngan hero cerita tu dari saya muda remaja dolu2 lagi tak penah miss tengok cerita dia, tak kira la filem ke drama ke iklan ke semuanya saya tengok. malah masa saya belajo dolu siap tampal poster dia kat bilik. org lain tampal poster Tom cruise ke... yg hensem2 ke, saya tampal gambo dia....
dulu pun penah gi tengok wayang cerita dia ngan adik saya, sampai kene ngorat ngan budak tingkatan satu...hmmm.. tak best lansung..tak klass.
ni saya tengah pikir ni, nak jalan kaki ker, nak naik bas ke, kalau nak naik teksi rasa cam membazir (sebenanya tak de duit), nak panggil driver... jauh sangat
nak gi mana yer minggu depan, rasa cam nak gi Cameron Highland(ada sesapa nak ikut? tapi naik bas la...), tido kat sana mesti best...sejuk jer. bole beli strawberri bebanyak cam dulu, bole beli bunga bebannyak.. bole beli sayur bebanyak peh tu sedekah kat arnab, idak pun tong sampah.
ari tu saya denga kengkawan nak gi Taman Negara, peh tu kensel la pulak sebab banjir.. kesian. diorang ni tak de buat plan baru ker, kalau ader tu ajak2 la gua.. pakai email yer...ekekekee.. idak pun sms
131601 |
Dipos oleh sofeanny at 16:09
|
Nak kata apa2? [2]
pegi kerja lewat
hari ni mimpi yang luar biasa pasal mak ngan abah saya, slalunya kalau saya mimpi diorang ni mesti sebab diorang rindu kat saya.... chewah...! macam la rumah mak abah saya jauh sangat, dekat jer...tapi kena naik bas la jugak, jalan kaki mau makan 2 hari.
dolu2 saya pelik, kenapa slalu ada org yg sama muncul dalam mimpi saya (bukan mak abah saya la), saya ingat org tu kenakan sihir pada saya... rupa2nya sebab org tu rindu kat saya, tak de hal...perasaan masing2 uruskan la sendiri...
merepek2 pulak dah. hari ni cam biasa boring, tak de keje nak disiapkan sebab keje semua dah siap...konon la. ada keje tapi bukan keutamaan. sekarang ni duduk relek2 la, sambil baca2 blog org.
gaji pun tak dapat lagi, kalau ada bole jugak ronda2 kawasan berdekatan sambil mengabihkan duit...ekekeeke
pagi tadi saya sarapan kat kedai biasa, nampak kat lantai kedai berterabur beras sebijik sebijik, driver cakap mesti toke kedai ni mandrem malam tadi. yer la, kebelakangan ni toke slalu mengadu kedai dia kureng, tak macam dedulu. ada pelanggan yg bagitau diorang dah tak nampak kedai tu.
ni la org kat m'sia ni. kalau nak meniaga pun susah, ada jer org dengki, tak cukup bomoh melayu, impot lagi dari siam, idak pun carik kat lereng2 gunung, guna bomoh urang ashli. slalunya org tak kan nampak kedai tu, org nampak cam tanah perkuburan ker taupun lansung tak nampak apa2, cuma nampak ada hutan kat tepi jalan, pasang la lampu kalimantang ke, neon ker.. semua org tak nampak.
baru2 ni, ada org offer satu kawasan kedai kat driver yg nampak strategik, sewa murah, siap dengan pinggan mangkuk dan pekakasan lain. tapi saya bagitau driver, saya agak ragu2.. kenapa sewa murah sangat, tak sepadan.. mesti ada sesuatu ni. driver pun pegi la kawasan tu, jalan punya jalan dia terjumpa tulang (tak tau la tulang apa) yang digergaji tak putus pada kedua2 belahnya, nampak mencurigakan... lagipun kat situ memang terkenal dengan bomoh2 bermacam jenis yg bermastautin berhampiran dengan kawasan kedai tu. mesti kedai murah tu pun dah kene mandrem jugak... ekekeke
tapi kalau yakin, berniaga jer la kan. idak pun buat macam toke kedai tadi...kita kasi mandrem balik dia punya mandrem...
131564 |
Dipos oleh sofeanny at 10:05
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, December 16, 2004
meeting yg boring
saya baru jer balik dari meeting yg meleret leret.bosan, sejuk semua ada. bilik meetingnya besar dewan tari menari, aircon macam dalam peti penyimpanan daging beku, org yg meeting tak sampai beberapa org, sejuk nyaris2 tak pengsan.
pengerusi pulak memang terkenal dengan suka cakap meleret2 alias lembab, basah semua ada. saya keluar sebelum meeting betul2 tamat sebab bahagian saya dah abis, tak de apa nak dibincangkan lagi sebab tak de masalah.
semalam pegi melawat isteri sorang boss ni kat hospital suasta. tak kenal pun isteri dia ni, tak pernah tengok lansung. kitorg pun pegi dengan bawak bunga sebab dengar cerita pesakitnya dah tak leh makan, semua kena pakai wayar.
sampai kat hospital, pegi la tanya nurse kat mana biliknya, tapi tak tau pulak nama awalan bini dia ni, nama awalan laki dia tau la (org cina). nasib baik salah sorang tau rumah dia kat mana(berdasarkan alamat). dapat la carik biliknya.
sampai kat biliknya, tengok pesakit tu dah teruk sangat. kurus kering. warna kuning. sakit kanser hati. perut pun dah buncit cam bebudak yg sakit dlm TV tu. tapi yang bestnya dia masih dipakai kan lipstik, ai sedow, blusher dan lenlain. kira ok la tu. bila org melawat tak de la terkejut sangat dengan keadaannya.
tengok dia nak menapas pun susah, kat situ ada mak dia, anak2 sedara dia tolong jaga. anak sedara dia cerita la keadaan mak sedara dia tu. katanya ini dah kes kedua, sebelum ni dah operate sebab kanser rektum. kesian dia, sel2 kanser dah melarat ke hati la pulak. saya tengok cam tak de harapan jer. kritikal. kata anak sedara nya lagipun paru2nya dah penuh ngan air, maknya asik urut2 dada pesakit bila nak menapas.
tapi pesakit sempat senyum kat kitorg masa mak dia bagi tau kengkawan laki dia dtg melawat. sampai hari ni saya masih terbayang cemana rupa pesakit tu.
tak sangka begitu teruk sekali keadaan bini boss kitorg tu. selama ni boss tu nampak happy jer. ada la pulak yg kata, dia dah lama bersedia dah, dah ader yg baru lagi...eekkekeke...tak tau le..mulut org...
131455 |
Dipos oleh sofeanny at 10:36
|
Nak kata apa2? [5]
Wednesday, December 15, 2004
doraemon

konna koto ii-na dekitara ii-na anna yume konna yume ippai aru kedo minna minna minna kanaete kureru fushigi-na pokke de kanaete kureru sora-o jiyuu-ni tobitai-na "hai!! takekoputaa" an an an tottemo daisuki doraemon shukudai tooban shiken-ni o-tsukai anna koto konnakoto taihen dakedo minna minna minna tasukete kureru benri-na doogu-de tasukete kureru omocha no heetai da "sore!! tototsugeki" an an an tottemo daisuki doraemon anna toko ii-na iketara ii-na kono kuni ano shima takusan aru kedo minna minna minna ikasete kureru mirai no kikai-de kanaete kureru sekai ryokoo-ni ikitai-na "ufufufu!! doko-demo doa" an an an tottemo daisuki doraemon an an an tottemo daisuki doraemon
nak dengar lagu?
131318 |
Dipos oleh sofeanny at 12:07
|
Nak kata apa2? [0]
Gambar SHin cHan yang sebenar...


131304 |
Dipos oleh sofeanny at 11:19
|
Nak kata apa2? [1]
semalam
Semalam saya ponteng keje. Pagi2 buta driver hantar saya ke opis dengan menaiki NazaRia pinjam berwarna hitam.
Selepas itu saya pun keluar dari kawasan opis dan meronda2 sekitar bandaraya dengan menaiki NazaRia pinjam.
Pegi ke soping mall dan makan sebab lapar. beli barang skit.
Lepas tu punch kad balik. pulangkan NazaRia.
Balik rumah dan sakit perut sebab keracunan makanan sampai la pagi tadi. (berdosa sbb ponteng keje)
131272 |
Dipos oleh sofeanny at 8:57
|
Nak kata apa2? [3]
Monday, December 13, 2004
rose

131059 |
Dipos oleh sofeanny at 16:00
|
Nak kata apa2? [0]
Jangan manyak songeh di restoren/warung/gerai/food court
Semalam saya duk mendengar org bersembang kat kedai kawan tu. ada la cerita cerita yg buat saya numpang ketawa, naik join tak brapa ader pengalaman.
Toke kedai, saya, driver dan seorang peguam duduk satu meja. Diorang bertiga bercerita, saya mendengar sambil membelai belai kucing yg ada kat kedai tu.
Toke kedai cakap kalau selepas dia hantar hidangan kat meja pelanggan tu, kalau pelanggan tu belum rasa skit pun dah mintak lada sulah ke sos ke.. itu adalah satu penghinaan yg besar bagi dirinya.
Dia pun cerita pengalaman dia semasa berjual makanan ni dalam sebelas tahun. Katanya pada satu malam, ada sorang aci muda datang ke kedainya. Aci order kuey tiaw goreng. Toke pun masak la. Pas tu hantar kat aci. Aci pulangkan balik sebab katanya kurang pedas. Toke pun baiki masakan. Hantar balik kat aci. Aci kata tak cukup lembab/basah la pulak kuetiaw dia. Toke pun baiki lagi. Aci tak puas hati lagi. Dia suruh masak balik.
Toke pun angat ati dan hangin satu badan. Dia pun tambah lagi kelembapan pada kuetiaw. Dan sebagai ‘finishingnya’, dia ludah dulu kat pinggan tu, pas tu baru dia letakkan kuetiaw atas pinggan tu.
Barulah aci puas ati, dan aci pun makan kuetiaw sepenuh perasaan dan habis licin satu pinggan. (nasib baik saya jarang makan kat kedai tu, selalunya dok bersembang jer.. time kedai nak tutup)
Cerita kedua, ada seorang pakcik yg menjadi pelangan tetap toke. Pakcik ni selalu order nasik goreng. Pakcik ni suka makan pedas2. kalau tak pedas katanya tak best.
Di satu malam yang hening, pakcik datang ke kedai toke. Pakcik dah bertongkat (dah tua la tu), malam tu dia order nasik goreng pedas lagi. Toke pun masakkan la macam selalu. Bila pakcik makan dia kata tak cukup pedas. Masa tu nasiknya dah tinggal separuh.
Toke pun amik balik nasiknya tu, taruh setengah senduk besar cili boh, segenggam cili api dan setengah mangkuk sambal belacan. Nasik yg separuh pinggan jadik penuh sepinggan balik disebabkan bahan2 tambahan tu.
Pakcik pun makan nasik goreng tu. toke kata dia macam nampak telinga pakcik tu berasap, katanya kalau nak cucuh rokok tak payah pakai lighter, letak jer kat telinga pak cik tu. toke pun tanya pakcik. Amacam nasik goreng tu. pakcik siap bagi tu tumbs up...u.... pakcik kata sedap...sedap.
Lepas makan, pakcik pun balik rumah. Besoknya toke dapat berita yang pakcik tu dah meninggal dunia. Tak tau ler sebab pedas sangat ker atau sebab lain. Tapi yang pasti dia meninggal sebab dah sampai ajal, toke siap tambah, dia kata sekurang kurangnya permintaan/hajat terakhir pakcik tu terpenuh/ tercapai. Toke kata lagi, mesti pakcik tu masa meninggal mata dia pejam sebab dah dapat apa yg dihajatinya.
131043 |
Dipos oleh sofeanny at 14:39
|
Nak kata apa2? [7]
balik dari opis
semalam saya balik dalam pukul lima petang, saya malas nak naik bas atau teksi, rasa cam nak eksesais jalan kaki balik umah. cuaca pun nampak redup jer, mesti best kalau jalan kaki ni.
saya pun berjalan dengan santainya. sampai suku perjalanan, tetiba jer hujan turun, saya rasa nak patah balik tapi cam jauh jer, lagipun maleh nak lepak kat opis berantu tu, saya teruskan perjalanan. hujan semakin lebat. lenjun saya.
saya berhenti kejap depan rumah sorang nyonya sebab ada pokok besar, tapi saya takut pulak kena panah petir jadi saya teruskan perjalanan. dah la pakai jeans.. punya la berat bila kena air hujan.
saya jalan dan terus jalan, basah semua yang ada kat badan, nasib baik saya bawak beg kalis air, henpon, duit, kad2 semua selamat.
setelah berpenat lelah jalan kaki dengan pertambahan berat badan disebabkan air hujan meresap kat baju dan jeans sampai lah saya ke rumah saya.
saya pun bukak beg nak carik kunci rumah, carik punya carik, keluarkan semua barang, keluarkan semua duit, saya jumpa kunci opis jer. dah sah kunci rumah tertinggal atas meja.
hai... dah la basah lenjun, kunci pulak tak de, rasa nak melompat2 jer depan rumah tu sambil menjerit2, baju pulak basah.. takkan nak jalan baliok ke opis. akhirnya terpaksa la tepon tuan rumah dengan penuh malunya.
nasib baiklah tuan rumah baik, tapi dia ada kat studio tengah tangkap gambar. jadi maknya yg datang bagi kunci. saya siap kata sori la auntie sebab menyusahkan anti.. dia kata... tak pa...tak pe...
saya pun masuklah rumah, perut dah la lapar, saya pun masak nasik ngan gulai lemak udang..sedap woooo...ekekeke
130993 |
Dipos oleh sofeanny at 9:43
|
Nak kata apa2? [5]
Sunday, December 12, 2004
Nak jumpa antu??
Malam tadi saya tengok majalah tiga. sekarang ni ramai btui org nak carik hantu kan. mesti hantu takut kan.
dekat2 sini ada satu tempat yang kalau korang pegi waktu malam, gerenti jumpa hantu. tak tau la hantu jenis apa, tapi diorang kata hantu pompuan.
baru2 ni, saya pergi ke kedai kawan driver untuk minum teh bersama adik saya. pada malam itu sangat la boringnya, kami tak tau nak buat apa yg free tak payah kena bayar duit. jadi driver mencadangkan kami pegi tengok hantu.
beberapa org kawan driver dah pernah cuba pegi ke tempat tu, cara nya mudah sajer. tunggu sama ada dalam kereta atau kalau lebih berani kat luar kereta kat tempat yg telah di kenal pasti iaitu dihadapan sebuah rumah tinggal.
dalam masa tak sampai seploh minit, hantu tu akan muncul dihadapan kereta anda, kalau duduk kat luar tak tau la dia muncul kat mana sebab kengkawan driver semua tunggu dalam kereta.
hantu tucuma menampakkan dirinya saja. mungkin mencari calon tuan yg sesuai. selepas itu ia akan blah dan anda bole lah pulang dengan membawa cerita untuk diceritakan sama ada kengkawan anda atau keluarga.
saya pun teringin nak buat pakej cam dalam majalah tiga tu. ada sesiapa yang berminat?
130904 |
Dipos oleh sofeanny at 13:58
|
Nak kata apa2? [2]
hari ahad lagi..
hari ahad saya suka datang opis sebab saya sensorang jer kat opis. tapi tadi semasa nak naik tangga, saya nampak ramai org yg tak dikenali, mereka pun lihat saya. sebab saya di hantar oleh driver.
kalau duduk rumah, tengok TV pun bosan pada hari ahad ini. kalau hari sabtu tak per lah, ada banyak cerita yang saya suka. tapi selalunya saya tengok sepruh sajer, separuh lagi dalam mimpi.
saya suka kalau ada program hiasan dalaman pada hari sabtu atau ahad, harap2 ada pekerja stesen Tv yg baca ayat penyata saya ni. sebabnya saya suka tengok program sebegitu adalah kerana ia akan memotivasikan saya mengemas rumah saya. kalau tidak saya malas.
selalunya saya datang opis pada hari ahad dengan niat untuk menyiapkan kerja, tetapi malangnya apabila saya nampak komputer, saya terus buat kerja lain. itulah masalah saya.
baru2 ini boss saya perli saya. dia kata kat staff lain kalau tak tau cemana nak main game kat komputer sila belajar dengan saya. nasib baik boss dah nak bersara, kalau tidak, saya belasah dia sebab perli saya. boss baru yg bakal datang plak sudah diketahui, orgnya sangat menyampah dan gatai.... dan lagi tak pandai guna komputer sebab org lama.
bila ye saya nak balik rumah ni, atau duduk jer sini sampai esok...tapi kata org bangunan ni berhant*....
130903 |
Dipos oleh sofeanny at 13:39
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, December 10, 2004
Majlis berkhatan beramai ramai
Masa saya jenjalan saya ternampak satu klinik tu ada kain rentang yang tertulis ‘Majlis Berkhatan beramai ramai”. Oooo sekarang ni musim berkhatan lah yea.
Saya teringat satu cerita yang pernah kakak saya ceritakan pasal ada satu doktor yang ada bukak satu klinik dekat ngan rumah kakak saya. Doktor ni punya la peramah. Pernah satu ketika tu saya intak MC ngan dia, dia punya sembang... macam suri rumah. Lupa nak bagitau doktor ni lelaki.
Kakak saya cakap, cerita ni doktor tu yang cerita kat dia.
Masa tu musim cuti sekolah la, musim berkhatan. Ada sorang budak ni, datang ke klinik doktor tu dengan naik basikal. Kat tangan dia ada duit dan dia bawak kain pelikat.
Bila misi tanya dia datang klinik sebab apa. Budak tu kata mak dia suruh dia datang ke situ untuk berkhatan.Duit pun dah bawak, jadi doktor pun khatankan la. Sambil2 tu doktor ada jugak tanya kenapa dia datang sensorang, dia kata mak dia kena jaga adik2nya yang ramai, ayahnya kerja, jadi tak de sapa nak teman kan dia, dia pun datang la sensorang.
Budak ni cool ajer. Lepas sudah dikhatankan, tentulah dia kena pulang. Tapi dia naik basikal jer, cemana dia nak balik umah dia. Takkan nak naik basikal kut, mau bentan. Akhirnya doktor terpaksa hantar budak tu balik rumah dia dan terpaksa tinggalkan kliniknya seketika.
Lupa plak nak bagitau lagi, selain daripada peramah, doktor ni jugak baik hati sebab tu dia bagi saya MC dan hantar budak coo tu balik.
130792 |
Dipos oleh sofeanny at 15:10
|
Nak kata apa2? [3]
sejuk nyaman
pagi ni hujan lebat, membawa angin sejuk dan nyaman, cepat jer saya terbangun dari tidur.
sebab malam tadi tertido awal depan TV. kerja tak siap. pagi tadi kecoh2 tanya kengkawan bila tarikh akhir keje tu perlu di hantar. ada yang kata hari ni, ada pulak yg kata hari isnin, saya anggap jer la ari isnin sebab saya dah tinggalkan kerja tu kat rumah... ekekeke.. senangkan, main anggap2 jer.. suka hati atok saya... buat macam kampeni sendiri.
malam tadi tertido awal sebab penat meround Parkson agaknya.lenguh gak kaki.
ari ni nak pegi soping komplek mana pulak yea?
130762 |
Dipos oleh sofeanny at 9:40
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, December 9, 2004
meriahnya
tadi saya jenjalan kat Parkson, meriahnya sale hari natal dia. siap ada pokok drp belon setinggi hampir tiga tingkat soping komplek tu. rasa cam nak amik gambar tapi bateri pulak dah nak abis sgt. lagipun segan la, makcik2 nak tangkap gambar la pulak, kalau budak2 tak pe la kan.
waa...hari ni ada hari khas untuk pemegang kad bonus link kata promoter tempat minyak wangi tu, bole dapat lima kali ganda mata, patut la ramai betui nyonya2 yg membeli belah. makcik2 ada dua tiga org jer termasuk saya, maklumla makcik2 ni semua dah masuk gaji lapan aribulan dlu sekarang ni pokai la. tak macam makcik sofe, gaji masuk tigaploh aribulan....eh silap duaploh lima.
makcik sofe jenjalan, nampak sorang salesgirl tengah susun2 beg beg tangan, ada macam2 warena. makcik sofe tengok2 la, tak sempat amoi tu nak susun. nasib baik amoi tu baik, dia layan pes klas.
dengan itu makcik sofe telah terbeli sebiji beg tangan yang besar skit drp koleksi2nya yg terdahulu. kalau ingat2 masa blaja dlu tak percaya makcik sofe nak pakai2 beg2 tangan yg lady like ni, sekarang ni dah bole buat koleksi lagi u. bole buat pameran kat PWTC.
balik dari soping komplek (makcik sofe tumpang kete kawan) ke opis kena paking kete, tempat paking kereta dekat ngan kandang lembu (sebelah pagar opis). makcik sofe telah 'bet' ngan kawan dia, sama ada bila keluar dari kete akan terbau tak tahi lembu.
tak sabar2 makcik sofe nak buka pintu kereta, bila bukak saja, bau tahi lembu tak kuat cam selalu, so tak tau saper yg menang.
makcik sofe ngan kawan tu berpakat, lain kali kalau nak 'bet' kena cakap lain pulak, sama ada bau tahi lembu tu kuat ke atau perlahan lahan seperti hembusan bayu.
130673 |
Dipos oleh sofeanny at 13:57
|
Nak kata apa2? [2]
Nak cerita apa hati ini?
Tak tahu?
130648 |
Dipos oleh sofeanny at 10:28
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, December 8, 2004
dURIAN? kUCING?


130577 |
Dipos oleh sofeanny at 15:44
|
Nak kata apa2? [0]
Wabak Durian
Mak saya seorang penternak kucing yang berjaya, namun begitu dia masih belum dapat apa2 anugerah walaupun anugerah peladang jaya.
kucing ternakan mak saya semuanya gebu2, manja dan cerdik2 kucing, pantang terlepa seakuarium ikan bole dibantainya. masa saya kecik2 mak saya selalu larang saya bagi kucing makan ayam goreng atau pun ayam masak yg lain sebab katanya nanti kucing tu akan tangkap ayam yang dia ternak dan makan.
saya pernah bertanya ngan mak saya, cemana dengan daging lembu, bole bagi ke tidak? mak saya diam jer. dalam kepala otak saya masa tu, saya terbayang kucing mak saya menggigit tengkuk sekor lembu dan bawak balik ke rumah macam yang slalu saya tengok dalam dokumentari harimau dalam TV tu.
ooH saya terlupa pula nak cerita berkaitan tajuk yg saya tulis kat atas tadi. yer, baru2 ini semasa saya pulang ke rumah mak abah saya, bilangan kucing ternakan mak saya semakin berkurangan. saya tanya kenapa, mak saya kata: dah ampat eko kucing dia mati. kesiannya. yang tinggal kat rumah mak saya tu cuma kucing yang paling manja ngan mak saya yang bernama CIcak.
Kucing ekspot dari rumah saya iaitu MIsai belum mati lagi, tapi dia sudah sakit2. dia menyorok di bawah katil dalam bilik adik saya. kesian Misai, kucing saya yang comel itu. dia terbaring saja dia atas kain batik yg mak saya sediakan untuknya lepak. bila saya pegang badannya, terasa panas, mesti Misai tengah demam.
Bila saya panggil namanya dia mengangkat kepalanya dan menggoyang goyangkan ekornya. nampaknya dia masih kenal saya. tahap penyakitnya pun tak la kritikal sangat sehinggakan hilang ingatan.
mak saya teringin membawa kucing kucingnya ke doktor haiwan, tetapi beliau merasa risau akan kemungkinan kucing2nya akan dilupuskan seperti ayam yg selesema di Kelantan dahulu. jadi mak saya merawat sendiri saja kucing2 beliau. nampak hanya sekor sajer yg pulih, yg lain tak sempat diselamatkan kerana penyakit mereka lambat di kesan.
abah saya menambah bahawa kucing2 di rumah saya terkena wabak Durian katanya. saya pelik juga, adakah kucing2 tersebut makan durian. abah saya kata tidak. cuma penyakit ini berkaitan dengan cuaca semasa musin Durian gugur. setelah dipikir2 ada juga lojiknya lagipun abah saya kata pekara macam tu memang kerap berlaku semenjak dari dia muda lagi. kata abah saya lagi, kucing2 akan terkena wabak durian ini pada musim buah durian menjadik (pokok durian berbuah lebat dan tak rosak).
130576 |
Dipos oleh sofeanny at 15:38
|
Nak kata apa2? [3]
Hantu Korea barangan listrik
malam tadi balik dari makan mee goreng, terus on TV. ader citer hantu... tapi tak paham la, cakap Korea...
panas pulak rasanya, saya pun on kipas dalam keadaan ngeri sebab tengok citer hantu, pas tu kan kipas tak gerak2, saya sambung tengok TV.
Tetiba saya nampak seuatu mengeluarkan percikan dan nyalaan api disertai dengan bunyi meletup. Berasap penuh satu ruang tamu, motor kipasaya terbakar dan meletup. Ni mesti tak de cap SIRIM ni, lagipun kipas tu peninggalan adik saya kat rumah saya, sekarang ni adik saya dah pindah ikut laki dia.
Habis terbakar kipas tu, dah tak leh guna lagi, terpaksa la saya beli kipas baru. Kipas adik saya tu dibeli kat Macro, kali ni nak beli kat Tesco la pulak.
Pagi tadi pulak masa saya nak iron baju, tetiba jer seterika saya buat hal,tetiba jer dia nak memakan kain, nasib baik dia makan kain pelapik papan seterika, kalau di makannnya baju kerja saya, menangih den, bukannya murah.
Nampaknya hujung bulan ni banyak lah barangan listrik yg kena di beli, tu tak termasuk mesin jahit lagi sebab saya dan adiema cadang nak bukak butik...ekekekeke
130544 |
Dipos oleh sofeanny at 9:55
|
Nak kata apa2? [3]
Tuesday, December 7, 2004
Jus Pear
 tadi gi makan2 kat satu food court bercukai. ada sorang budak tu kata dia teringin sangat nak makan sizzzzzling mee, tapi jalan2 yg lebih.
budak itu pun order mee yg dia minat sangat sampai rindu2 tu. saya rasa cam kenyang tapi nanti kalau petang lapar susah pulak, malas nak turun ke cafe kat opis tu, suasananya tak menyelerakan lansung.
saya pun pegi ke bahagian yg specialized dalam nasik ayam. ada maca2 jenis nasik ayam. saya ternampak ayam yg cun. saya pun mintak nasik ayam BBQ. mahal skit drp nasik ayam biasa. pegi bayar duit dlu, pas tu baru amik nasik ayam. masa amik nasik ayam, ayamnya sekelumit cinta jer, aiseh.. biasa la, tak sama lansung cam display.
pas tu rasa cam dahaga jer, saya pun pegi kaunter air. mula2 nak beli air mineral, saya cuba nak bukak pintu petiaisnya tapi tak terbukak la pulak, malu saya. pas tu saya pun pegi kaunter dia, saya nampak ada promosi untuk pear juice. saya pun mintak satu.
org kat kaunter tu pun bagi la, saya nampak air tu warna cam air teh pekat, coklat cair keperangan. aikkk... takkan jus pear cam tu kut. saya malas nak tanya2 lagi, saya bayar duit dan blah.
saya pun makan nasik ayam, cam hampeh... kelapa...tak sodap lansung. (tak baik cakap cenggitu kat makanan... tapi dah tercakap pun). pas tu saya minum pulak jus pear tu, aiyak...! lagi tak sedap... cam rasa air jeruk (bukan limau)... ala air awet untuk buat jeruk tu, masam pulak tu. berkerut kerut muka saya menahan ketaksedapan air itu.
saya suruh budak yg nak makan mee tu rasa air tu. dia kata mmg tak sedap. dia kata ini bukan air pear tapi air asam jawa. saya tak tau pulak kat Jepun buah asam jawa tu dipanggil pear. apa la shopping komplek ni. penipu btui. saya malas nak mintak lain daripada tukang jual tu sebab org beratur panjang sangat, saya minum jer la air asam jawa tu. lagipun air asam jawa kan baik untuk batuk2.
hari ni saya keciwa dengan makanan2 yg saya order. budak makan mee pulak kata semua makanan dia sedap. menyampah I...u
130440 |
Dipos oleh sofeanny at 14:09
|
Nak kata apa2? [2]
ulo ite

130410 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [0]
Jin Samsudin datang beraya di rumah mak abah saya
Sewaktu saya menjalankan rutin bulanan saya balik ke rumah mak abah saya, satu kejadian luar biasa telah berlaku.
Sewaktu itu saya, adik lelaki saya dan mak saya tengah menonton TV, abah saya pula berjalan dari biliknya ke pintu dapur. Saya perhatikan abah saya berdiri sajer di situ sambil memerhatikan rak pingggan mangkuk di dapur tanpa bergerak gerak.
Tiba2 abah saya meminta daripada mak saya sebatang kayu, kalau abah saya minta kayu saya tahulah siapa yang datang. Abah saya kata dia nampak seekor ular hitam yang besar menyusur di bawah rak pinggan mangkuk menunju ke bawah almari stor bahan makanan di dapur mak saya.
Mak saya pun segera mem panik kan dirinya seperti biasa, saya pula segera keluar rumah untuk menambah bilangan kayu untuk memukul sang ular manakala adik saya masih lagi duduk relek di hadapan TV. Saya segera memaksa adik saya pergi mencari kayu lagi, adik saya dengan selambanya berkata: “takkan satu keluarga semuanya kene membunuh ular”. Sungguh tak bertanggungawab adik saya nan seorang ini. Kemudian dia pun bangun perlahan lahan bagi mempertahankan ke cool lannya dan pergi mengambil buluh di luar rumah.
Abah saya pun terus mengetuk ngetuk almari bagi memaksa ular keluar dari tempat persembunyiannya, mak saya pula sibuk menolak pinggan2 dengan kayu bagi menyuruh ular itu keluar. Abah saya kata ular tu besar jadi tak perlu la tolak pinggan, tak muat pun dia nak masuk ke situ.
Abah saya berusaha keras mengetuk segala apa yg ada, bagi memaksa ular keluar tapi ular masih tak nampak bayangnya pun. Abah saya akhirnya mengambil penyembur racun seranggga (nyamuk) dan segera menyembur setiap sudut dapur rumah. Namun ular masih malu2 untuk keluar.
Abah saya kata tak mungkin ular itu sempat keluar dari rumah kerana abah saya tak palingkan mukanya daripada tempat dia nampak ular itu. Setelah hampir setengah jam kami berusaha mencari ular dengan mengetuk, menyembur, mengalihkan perabot2 namun ular besar berwarna hitam tersebut masih tidak kelihatan.
Akhirnya saya memberitahu kepada mak dan abah saya sebenarnya yang abah saya nampak tu bukannya ular tapi Jin ataupun lebih manja dikenali sebagai Jin Samsudin. Saya kata dia datang nak melawat la tu dan bila kami sibuk2 dia pun menghilangkan dirinya. Gurauan saya itu akhirnya disambut oleh ketawa Mak dan abah saya lagipun mereka gembira kerana ada artis veteran yg sudi datang melawat rumah mereka. Dengan itu mak saya pun hilang panik, abah saya dapat jimatkan penyembur serangga dan adik saya kembali sibuk menonton TV serta saya pula sibuk mereka reka ayat dalam kepala untuk ditaip di dalam weblog ini.
130401 |
Dipos oleh sofeanny at 9:21
|
Nak kata apa2? [3]
Monday, December 6, 2004
saya terdengar dengar
saya terdengar boss saya cakap, lagi sikit la kan, lagi sikit tu taun depan la... gaji kakitangan awam nak naik 10% lagi. uiyooooo...best la yer. (nak mintak keje gomen la)
saya tak tau pun pasal ni, ada sesapa yg tahu lebih advance?
130306 |
Dipos oleh sofeanny at 15:13
|
Nak kata apa2? [2]
sambungan cerita geli (part II)
sambil diiringi oleh lagu FIONA oleh 4U2C, saya menyambung catatan cerita geli tadi.
... jejaka hensem pun menyumbat sekeping serviette ke dalam lubang idungnya, kemudian dia memusing serviette itu 360 darjah lawan arah jam secara perlahan lahan sambil ketawa gembira.
setelah lengkap 360 darjah dia pun menarik keluar serviette tersebut dengan tujuan menggalakkan permuntahan saya, lalu saya tak akan lalu lagi makan mee rebus lalu dia boleh mengambil alih mee rebus tersebut.
namun, serviette itu hanya keluar separuh saja, yg lagi separuh tertinggal dalam lubang hidungnya, kali ini tiba pula giliran saya menggelakkan ketawakan jejaka hensem dengan sepenuh hati kerana kini lubang hidungnya sebelah berwarna merah samar setelah dipenuhi dengan cebisan serviette yang tertinggal.
pelanggan pelanggan lain di warung tersebut semuanya memandang saya dengan pandangan curiga kenapa saya tertawa begitu kuat. ingin rasanya saya bangun dan memberi ucapan alu aluan agar semua org memandang lubang hidung jejaka tersebut.
jejaka tersebut tertunduk malu lantas segera menarik keluar cebisan serviette yg tertinggal dalam lubang hidungnya, saya sempat terlihat hujung serviette itu kelihatan lembab.
selepas itu saya ketawakan lagi si jejaka agar dia segera insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu di masa hadapan. kalau dia nak buat juga sila la buat di rumah sendiri sewaktu bersendirian.
saya pun menasihati jejaka agar jangan buat begitu lagi di mana2 warung atau pun restoran lain, kerana saya turut malu kalau org lain nampak sebab dia makan semeja dengan saya.
perbendaharaan kata sofe :serviette = table napkin (kertas), bukan facial tisu tapi tisu buat lap mulut lepas makan, yg keras dan tebal skit drp tisu facial.
130289 |
Dipos oleh sofeanny at 13:14
|
Nak kata apa2? [5]
Cerita Geli
hari ni nak cerita kotor sket. ibu2 mengandung, gadis2 penggeli dan abang2 dolly tak digalakkan membaca.
biasa tak korang ada taik hidung yg susah nak dikeluarkan? mesti pernah kan. slalunya ada org akak korek2 menggunakan jari sendiri, tapi susah nak dapatkan bijih tu kan. ada org pilih menggunakan tisu, masukkan dalam lubang hidung, kemudian pusing2 kan dalam hidung, hasilnya bijih-bijih akan melekat dekat tisu yg telah di masukkan tadi.
begitulah yg telah terjadi pada suatu pagi ahad yg bening. sewaktu tengah bersarapan di sebuah warung di tepi jalan, seorang jejaka hensem telah terasa lubang hidungnya ada mengandungi bijih2 yg tak berharga.
dia pun telah mempergunakan serviette yg telah disediakan oleh makcik kedai untuk disumbatkan dalam lubang hidungnya. setelah berjaya mengeluarkan bijihnya, dia dengan bangga telah menunjukkan hasil tangkapannya kepada saya yg pada ketika itu sedang makan mee rebus. bolehkah anda bayangkan bagaimana perasaan saya pada ketika itu. rasa nak muntah pun ade.
setelah nampak reaksi saya yg menyampah tengok perangainya. si jejaka telah mengambil lagi satu serviette dan memasukkan dalam satu lagi lubang hidungnya sambil ketawa menunjuk nunjuk campur bangga.
nanti la saya sambung yer, saya ada kerja skit nak buat.
130270 |
Dipos oleh sofeanny at 10:30
|
Nak kata apa2? [3]
Friday, December 3, 2004
hari ni penat la
agaknya penat sebab dah lama tak gi berenang kut, dedulu masa blaja kalau habis cuti semester, tempat pertama yg nak pegi tentulah kolam renang, lepas tu balik mesti sakit2 badan walaupun dah buat pemanasan badan sebelum berenang.
tadi pegi kat satu pusat membeli belah, beli belah la apa yg patut untuk dibawa pulang ke rumah mak abah hujung minggu ni. pas tu pegi makan. saya pilih makan nasik, ada lauk ada sayur kerabu, murahnya pakcik tu kira, ada ker patut dia minta RM2.40 jer.... ish..ish, rasa nak tambah duit lagi tapi tak per la, bersyukur jer la...ekekeke
pas tu pegi kedai kain yg glamer tu yg namanya cam bandar kat Jepun tu. tengok-tengok, lepas tu terbeli la pulak. makcik yg jadi tukang jual tu peramah sungguh.
dia sempat cerita dia punya hal. katanya dia slalu dapat banyak jualan, jadi komisyen pun banyak la, katanya sebab dia pandai layan pelanggan, memang btui pun dia cakap tu, dia buatkan org selesa nak membeli, tak de paksa2 cam jurujual yg lain tu. tapi dia slalu salah tulis resit, jadi boss dia slalu marah dia, kesian dia kan. bukan semua org dapat peluang blaja tetinggi, dan bukan semua org juga dikurniakan akal yg cerdas, tapi setiap org tu ada kelebihan memasing, cam makcik tu la.
ingatkan lepas dah makan, badan menjadi cergas dan tidak penat lagi, tapi malangnya mata pulak yg jadi penat rasa cam nak tido jer.
sekarang ni lepak kat opis, kengkununnya nak siap kan keje tapi fail penting ada dalam bilik boss la pulak, tak kan nak pecah pintu pulak, terpaksa la tunggu dia balik dari rehat dan terpaksa la juga saya menaip sambil membaca weblog org lain.
130081 |
Dipos oleh sofeanny at 13:15
|
Nak kata apa2? [0]
renang yg ku rindu
Dah lama btui saya tak pegi eksesais kat kolam, sama ada memancing atau pun berenang.
semalam saya gi kolam renang ngan adiema setelah di ajak secara bersungguh-sungguh oleh adiema. saya bukannya apa, malas nak gi sebab sekarang ni cuti sekolah, nanti kandungan urin kanak2 akan tersangat tinggi di dalam kolam tersebut.
btuilah seperti jangkaan saya, kolam penuh sesak dengan kanak2 tak kira bangsa, kecik, besar, gemuk, kurus, panjang, pendek (rambut). mak bapak kanak2 ada tu ada tapi skit ajer, dah macam pesta banjir pulak nampaknya.
namun begitu, ada banyak kolam, kolam yg dalam tak de bebudak, jadi sebagai org yg agak berusia dari kanak2, saya pun menuju ke kolam yg dalam airnya.
apabila kami sedia untuk berenang, barulah kami terperasan yang baju kami sama jenis, jenama, malah warnanya sekali. kami memakai baju berwarna biru dengan sedikit warna kuning.
setelah selesai berenang, pabila kami nak menyalin baju, tuala yg kami pakai juga sama warna. mesti ada org ingat kami beli satu percuma satu. ada juga org bertanya ingat kami ni mewakili satu syarikat dalam sukan renang...chewah!
setelah penat kami menambah kalorib dalam badan dengan pergi ke kedai sup tulang peberet dan makan sup tulang. namun begitu kami agak kecewa kerana daging yg melekat di tulang itu agak keras berbanding hari2 lain kami makan sup di situ.
setelah itu saya balik ke rumah, tak lama kemudian saya keluar pula ke kedai kawan baik dan minum teh tarik sambil membelai kucing peberet saya di kedai itu.
130051 |
Dipos oleh sofeanny at 10:34
|
Nak kata apa2? [4]
Thursday, December 2, 2004
Hujan lebat semalam
Semalam adiema ajak saya makan sup tulang kat kedai peberet, katanya nanti nak sms saya. saya tunggu. sampai ke malam tak SMs, saya sampai tertidur menunggunya.
tetiba saya ter ajak driver ke shopping komplek, dalam perjalanan tetiba pulak ada org tepon driver, seorang kenalan. driver sanggup patah balik dan jumpa dengan bakal Dato' tu. Menyampah btui saya, tergendala sebentar rancangan saya untuk bershopping.
Kami pun berjumpa di sebuah kedai mamak, saya order rojak Singapura, driver order mee goreng, tak lama kemudian Dato' pun sampai. driver bersembang, saya makan, lepas tu driver makan, saya jeling2 mee goreng driver yg nampak cam sedap, saya nak mintak sikit tapi malu ah....., driver pulak lansung tak pandang muka saya, kalau tidak mesti dia paham saya nak mintak sikit.
akhirnya saya melihat dengan hampa mee goreng hilang dari pinggan driver, Dato' pulak makan roti canai. diorang sembang sikit2 jer, agaknya takut tengok muka saya masam sebab tak dapat pegi shopping. lepas tu Dato' panggil mamak, dia bayar.... bagus, jimat duit saya.
lepas itu driver pun memandu kereta, saya tanya dia nak ke mana, katanya nak ke shopping komplek, barulah ceria muka saya ketika itu, kami pun menuju ke shopping komplek.
masa balik nak menuju ke parking kete, saya ternampak sesuatu yg bersinar sinar, saya pun pegi melihatnya secara dekat, driver pun ikut. saya ingatkan berlian, bole le amik buat batu cincin.
setelah pegi dekat, rupanya2 menda yg bersinar itu adalah pemotong kuku kecik, driver nak amik pemotong kuku tu, saya kata jangan sebab mungkin itu pemotong kuku pesakit AIDS. driver pun tak jadi amik. driver ni teruk btui, pemotong kuku pun nak amik, buat malu saya jer... sebab berjalan sebelah dia.
129968 |
Dipos oleh sofeanny at 15:29
|
Nak kata apa2? [3]
Kilat

129958 |
Dipos oleh sofeanny at 14:16
|
Nak kata apa2? [0]
Hari ini dia malas
dia tu saya la, tadi adiema ajak saya pegi beli rambutan sedap, setiap kali naik kereta dia mesti dia tanya:"Busuk lagi tak?" saya jawab "Tak, bosan la aku asik jawab soklan yg sama".
pas tu adiema ajak saya gi rumah dia, masa tu housemate dia tengah masak makanan tengahari, pas tu dia ajak makan kat umah dia, org kata rezeki tak baik ditolak, saya setuju jer, jadi saya pun makan free kat umah adiema, pas tu makan rambutan lagi.
boss saya suruh saya siapkan keje, saya malas, lagi punboss ni nak pencen bulan doblas ni, saya buat tak reti jer, nanti tunggu boss baru datang pulak, bakal boss di jangka yg tak best cam boss lama ni. lepas ni kena keje ngan boss Melayu la pulak, diorang ni kebanyakannya gila kuasa, cakap saja lebih.
itu sajer la nak cerita. kang kalau ader cerita lain, saya citer lagi..
129952 |
Dipos oleh sofeanny at 13:49
|
Nak kata apa2? [2]
|