org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Friday, February 27, 2004

komen dari seorang boss

baru-baru ini seorang rakan yang bekerja sbg tenaga pengajar disebuah IPT telah bertemu dengan saya. kebetulan ketika itu, dia baru dapat surat penilaian prestasi daripada bosnya setelah proses pengundian dijalankan oleh client2nya sendri (pelajar).

yang mengejutkan saya, di bahagian ulasan drp bossnya ditulis perkataan SIAL. perkataan ini mmg melampau. kalau saya dapat ulasan sebegitu drp boss saya tentu saya buat notis 24 jam.

saya tak percaya dengan cakap rakan saya tu. jadi saya minta buktinya pada ketika itu, dan kebetulan mmg dia ada membawanya sbg bukti, mmg benar ada tertulis perkataan sial. tak sangka seorang yg berpendidikan tinggi sanggup memberi ulasan sebegitu kepada org bawahannya.

dalam ulasan tersebut juga, ada sambungan terhadap perkataan sial tersebut. setelah saya meneliti ulasan tersebut, barulah saya paham kenapa boss tu tulis begitu......

rupa-rupanya tersilap taip.......saya rasa dia nak taip sila ..tapi tertaip sial...kesian dia

Thursday, February 26, 2004

sendirian

saya sekarang ni duk sorang2 kat opis, org lain semua dah pegi mana tah, makan tghari kut.....yang membuatkan saya bengang masa ni ialah aircon yang sungguh ajaib ni, tak sampai lima minit on, dia terpadam sendri......setakat yg saya duduk sorang2 ni, rasanya dah dekat 5 kali dia buat hal....nak kene jampi kot aircon ni.

baru tadi ade sorang kawan lama bagi sms, nak pinjam duit...kesian dia, tapi tak leh nak kasi la kat dia, bulan ni ader banyak perancangan yang memerlukan kos yang agak besar.

baru baru ni saya ada menalipon mak kat kampung, katanya ada permintaan daripada mak saudara saya untuk membuat cenderamata(potpuri) utk majlis perkahwinan anaknya. nampaknya kene la saya tolong membuatnya tapi dia janji nak bayar, tapi tak leh la saya nak cas mahal mahal, mak sedara saya ni orgnya baik sangat, slalu menolong mak saya kalau ader kenduri kendara, org kata ringan tulang. disamping tu, banyak jugak jasanya pada saya ni, kene la saya kenang. kalau org nak bagi duit tu jangan la menolak.....nanti org kata tolak rezeki plak...

musim org kawin ni, bole la carik duit sampingan. saya mmg berminat buat cerderamata dan lain2 kraftangan tapi tak seterer mak saya la. org pompuan ni sebenarnya senang je kalau nak carik pendapatan sampingan...kalau rajin hari2 pun bole buat duit.

saya teringat masa blajar dlu, geng2 saya buat nasik lemak ngan burger pas tu jual kat hostel. boleh tahan gak pulangannya. tapi yang tak sedapnya ada yg ngelat, tanak baya. ada jugak terdengas desas desus beberapa org yang jeles dgn mod pendapatan sampingan kitorang tu. dalam hidup ni bukan tak boleh nak jeles kat org, bole, tapi kene btui la caranya, jangan asik nak menjatuhkan org lain....tapi cuba bina diri sendri, kalau boleh cuba lebih baik daripada org tu, kalau tak boleh, setanding pun cukup la.

aii...sekarang org pun dah masuk keje balik, aircon ni baik lak dia, tak buat hal lagi......

semalam.....

'yesterday' ...merupakan satu lagu yang saya suka nak dengar....

bukan nak crita pasal kump yang menyanyi lagu tu, tapi smalamkan ramai rakyat malaysia yang dapat gaji. tapikan ramai jugak rakan yg tak dapat mengeluarkan wang gaji mereka.

dengan itu kelihatanlah muka muka yang separa masam, kerana tak dapat menggunakan wang gaji mereka. semuanya akibat 'masalah teknikal' sebuah bank ternama di M'sia.

beberapa rakan yang saya kenali pernah mengalami masalah dengan bank ni. 2 org daripadanya cuba mengeluarkan wang daripada ATM bank ini tapi wangnya tak dapat, cuma resit yang keluar.

apalagi, merana la rakan2 ini dan telinga ini la jugak terpaksa mendengar luahan rakan2 tadi. kecian......tapi nampaknya ari ni gaji diorang dah masuk dah.....tahniah

Wednesday, February 25, 2004

teringat masa mengaji dulu....

org tua ta slalu tanya saya "kau mengaji kat mana?", saya mestii jawab kat umah Pak Sarip...dan org tua tu mesti kata balik " bukan mengaji yg tu"...saya pun jawap....."OOOOO".

walau pun 5 kali org tua yang sama atau yg lain tanya, secara automatik mulut saya akan mengeluarkan perkataan yang sama.

jadi semasa mengaji dulu.......

waktu sekolah rendah, kita mesti bagi 3 cita2, jadi terpaksalah mencari 3 kerja yg terpikir oleh kepala otak kecik, tapi tak dapat pikir jugak terpaksalah tanya mak....

mak kata tulislah 'Pensyarah', 'guru' ke dan satu lagi tambah sendri...jadi saya tambah lah jadi doktor......bukannya sebab minat sangat nak jadik doktor, tapi kalau cikgu tanya nanti 'nak jadik apa', senang skit jawab 'doktor', peh tu cikgu tanya balik (selalunya la) 'kenapa nak jadik doktor', lagi senang nak jawab- 'nak menolong org'.....dengan sebab itu, apabila ade je org tanya cita2 apa, automatik akan jawab doktor...tapi sampai sekarang tak jadik doktor (perubatan) pun.....mungkin akan jadik doktor falsafah kut (phD)

tapikan, sorang kawan saya ni tak brapa cerdik, jadi bila cikgu tanya dia nak jadik apa....dia jawab nak jadik ikan sardin, saya biasa dengar budak kecik cakap nak jadik komunis ke, perompak ke...tapi kalau nak jadik ikan....ikan sadin plak tu.....tak tau la

bila dah masuk ke peringkat yang lebih tinggi, ada la pulak kene buat presentation menggunakan bahasa Inggeris (salah satu syarat untuk lulus bahasa inggeris yg kod macam2 tu)
waktu presentation ni terpaksalah pulak mengenalkan diri dan soalan pujaan pengajar yg menilai tentulah tentang cita2, saya pun jawab nak jadik jurutera (sebab tak amik Biologi jadi tak boleh lagi kata nak jadik doktor)...tapi tak jadik jurutera gak....tapi mungkin akan jadi jurutera keluarga.....merangka dan membina keluarga yg teguh dan kukuh....

banyak yg nak dicatatkan.....

tetapi masa balik keje dan pun sampai......jadi terpaksa lah saya balik lambat ari ni.

saya ada seorang kawan yang perihatin jadi dia ada bagi tatakerja di bawah, kalau ader yg senasib dengan saya boleh lah juga mencuba tatakerja di bawah:

Cara-cara nak handle hantu

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tuesday, February 24, 2004

luah kesah seorang pekerja:

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (agakan berserta kajian yg mendalam) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan berserta bukti2nya kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang(sehingga akhir tahun 2003).
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang kebanyakkan pergi kerja tapi tak buat kerja.(jangan mare-kenyataan mesti diterima)
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak de kerja seperti surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh graduate, kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan Kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital
swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah AKU DAN ENGKAU...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, baca weblog, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja lansung...

jadi tinggallah AKU sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... MANA AKU TAK LETIH!! GILA KAU !!!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku jugak!!!!!!! Ni surela malas sangat nak buat kerja....

p/s...catatan ini di ciluk drp e mail yg dihantar pd saya

selesai tugas utk hari ni...

sekarang ni jam menunjukkan 1.02 minit petang, nampaknya keje keje utk hari ni dah hampir selesai, tapi tak boleh balik umah lagi...kesian (kalau nak balik boleh aje tapi leceh kene datang balik)

cuti tiga hari tapi saya tak ke mana, cuma menjelajah shopping complex berbekalkan poket kosong. tapi sempat jugak saya membeli sebuah lampu tidur yg agak murah ttp nampaknya nilai seninya tinggi. tak semua barang yg mahal tu bagus, kalau pandai memilih yg murah pun berbaloi membelinya. (mmg berbaloi-ayat tarikan bagi sebuah pusat membeli belah textile)

hari ni nak crita pasal apa yer?(tanya hati)
critalah apa apa pun (jawab hati)

tanak crita la...nak bagi teka teki:

1. how do u spell mouse trap with only three letters (sumber: buku tadika)

2. how du ya spell CANDY with only two letters (sumber: buku tadika yg sama)

3. teka teki peristiwa(yg telah diubahsuai):
ada tiga ekor kerbau yang hendak menyebrangi sebatang sungai. di dalam sungai ini ada tiga ekor buaya yang suka memakan daging di bahagian perut lembu sahaja.
kerbau bertiga ini telah menjalankan proses pengundian dan didapati kerbau yg bernama Comel kene menyeberang sungai dahulu.
Comel pun berjalan ke sungai dan tak sampai 5 minit kemudiannya, comel pun didapati telah hanyut dan mati kerana perutnya telah tercedera dan setelah pakar forensik membedah siasatnya, didapati punca kematiannya adalah kehilangan darah yg melampau.
tibalah giliran kerbau yg kedua(setelah diundi juga) pula memcuba nasibnya, nama kerbau ini ialah Comit, nasib Comit juga nampaknya lebih kurang sama dengan Comel.Comit mati di tempat kejadian.
kerbau yg ketiga diberi nama oleh tuan gembalanya sebagai Comote. Comote ni pernah menyertai Sukan Komanwel (for animal only). Comote dapat menyeberang sungai yg berbuaya itu dengan jayanya.
soalannya: pada pandangan anda kenapakah atau bagaimanakah Comote boleh berjaya menyeberangi sungai tersebut tanpa gagal seperti Comel dan Comit?

wow! tak sangka....

saya betul2 tak sangka keje ari selasa ni, tersangatlah bznya. slalu keje ari isnin ok aje.
tak sempat saya nak melawat weblog org lain sambil membaca berita2 terkini juga mendalami pengajaran dan tauladan yg terdapat di dalamnya

ELK GROOVE HIGH SCHOOL

Friday, February 20, 2004

kerja ku yg best

hari ni banyaknyer keje...sampai terbuat keje minggu depan...dan banyak juga pelawat dr opis lain menyibuk sambil mintak macam2....autograf la...itu la, ini la.....

sambil menyiapkan keje saya ader mendengar lagu daripada add ini, alunannya membantu saya menyiapkan keje saya dengan lebih lancar dan tepat.
silakan masuk

Thursday, February 19, 2004

pening..

hari ni, sampai pening2 duduk kat depan komputer....tengok weblog org, weblog sendri, weblog org balik......

peh tu pi pla, opis org lain, buat keje komputer lagi...downloadkan itu ini....dah la lembab, sambil menunggu siap...bukak weblog lagi, lagi dan lagi....sampai naik pening...baca kisah org......kisah sendri pun baca balik....

kalau ader kengkawan lama yg baca weblog ni, buat2 la tak kenal....ok

sebenarnya.....

sesungguhnya banyak lagi misteri2 kecil yg berlaku.......nantikan terbitan yg seterusnya

ada yg nak berkongsi pengalaman

Misteri Sofe V

banyaknya dia punya misteri......

misteri terakhir yg saya alami berlaku kira2 dua tahun lepas.(bukan di Johor)

kejadian berlaku di sebatang jalan masuk ke lebuh raya PLUS tepat jam satu pagi, bulan brapa tak ingat.....

sewaktu saya menjadi penumpang sebuah kenderaan yg berhenti sebentar untuk menghormati lampu isyarat (dan jugak polis trafik(mana la tau, ader nyorok kat mana2) walaupun tak de kenderaan lain masa tu). waktu itu saya terpandang seekor kuda berwarna coklat keemasan betul betul ditepi kenderaan (sebelah penumpang) yg saya naiki.....saya pun hairan...kuda mana lak yg terlepas ni....

mulut saya yang sangatlah peramah ini terus berkata kata kepada pemandu disebelah, "ada kuda la, terlepas dr mana ni? Sarkas ke, Fun Fair ke, Padang lumba kuda ke". pemandu tu, buat tak tau je....menjawap tidak, berpaling lagi la tidak....

kuda tu mmg macam kuda real (lagipun kali ni, saya mmg tak tido). bila pemandu buat tak tau je.....saya pun malas nak tanya lagi.....

esoknya bila sampai umah sewa, saya pun tido la....bangun je tido saya rasa lain macam je.......cam demam la....pening kepala...pas tu tak leh bangun dr katil.....saya tak pernah kene demam teruk2 cam tu skali....saya pun telan la ubat, tapi tak baik baik gak...pelik btui. rasanya dah dekat sekotak panadol saya telan, tak baik2 gak...makin teruk ader la...

tak lama lepas tu saya dapat brita yg memaksa saya balik umah mak saya sbb abah saya lak eksiden. dalam tak larat tu balik la jugak.....
bila sampai umah, saya bagitau la mak saya mengenai peristiwa yg berlaku......mak saya panggilkan nenek saudara saya datang mengubat (secara tradisional).
tak sampai setengah hari dia mengubat, demam saya pun ilang....aii...penat je saya makan panadol..buang karan

menurut ulasan nenek saudara saya tu, ada banyak sangat makhluk yg ngacau. tak tau la nak pecaya ke idak. saya ni kurang pecaya sangat ngan bomoh2, dukun2 dll yg sewaktu dengannya. abah saya pun mempunyai kepercayaan yg sama ngan saya....

selepas dah ok, saya pun balik umah sewa saya, saya berjumpa semula dgn pemandu utk menyingkap kembali kejadian pada malam itu,

pemandu mengatakan bahawa dia malas nak layan apa yg saya cakap mlm tu sbb dia dah tau, tempat tu mmg la macam tu, tu sbb dia tak pandang. dia sendri pun penah nampak org berbaju hitam melintas tengah2 malam....lepas tu hilang begitu saje

aiseh.....tapi saya nampak kuda la....rupa-rupanya bila saya melawat kembali tempat kejadian, saya dapati kat situ ader kuil India, mesti kuda guard dia yg terlepas tu(biasa tengok tak, kat kuil ader patung kuda)....

Misteri Sofe 4

selepas tamat keje kat Pasir Gudang saya balik tempat asal saya balik. peh tu setahun kemudian saya gi keje kat Johor balik.
kali ni saya duk kat umah kakak saya kat Tampoi lak.

malam pertama saya sampai kat umah kakak saya tu, saya tido kat satu bilik ni. kejadian terjaga tengah malam pun terjadi lagi, kali ni saya terbangun sbb saya dengar bunyi burung yang banyak(cam burung layang layang), punya la bingit, saya terjaga dan bila saya tengok kat dinding saya nampak seekor burung hitam yang sangat besar, burung ni tgh berkepak..bunyinya punya la bising......saya dah rasa lain macam, takkan ada burung sebesar tu boleh masuk dalam bilik yg berkunci, saya pun macam biasa, baca ayat Kursi....hilanglah dia dr pandangan saya.....

saya pun rasa sangatlah lega, saya pun bangun bukak lampu bilik......baru saya nak rasa selesa tiba tiba black-out la pulak.....hai punya la bengang......peh tu saya pun terus bukak pintu dan ketuk pintu bilik kakak saya.

kakak saya dan suaminya pun bangunla......bila diorang bukak pintu je...lampu menyala balik....ngada ngada btul...buat malu den aje....

kakak saya saspek sometin' wrong somewhere.....so dia suruh saya tido balik....eiii...tak mau saya....baik saya tengok TV siaran Singapore...sampai pagi...citer cina pun citer cina lah (Channel 8...betui ke, dah tak ingat dah)

misteri Sofe III

setelah habis blajar kat skolah tu, tak de dah nampak2, jumpa2 atau seumpama dgnnya.
bila saya mula keje kat Johor(kat sana banyak hantu kot), episod episod ni bermula lagi. masa saya keje kat Pasir Gudang, saya duk umah sewa kat Taman Mawar yg dekat dgn tempat org main layang2 tu...apa namanya Tasik apa ntah, yg ader masjid yg cantik tu, peh tu ada rumah anak2 yatim kat situ tu.
bila cuti, saya rajin la berjalan jalan kat tasik tu dengan kengkawan serumah. salah seorang kawan saya tu ader sorang rakan yg abangnya pernah lemas kat tasik tu dan meninggal. pada saya tasik tu cantik. saya suka duduk kat bangku tepi tasik tu.
suatu petang, saya duduk ngan kawan saya (berdua) kat satu bangku kesukaan saya, saya pandang kat tengah2 tasik dan saya nampak satu objek berbentuk kiub (macam kotak ) yg saiznya lebih kurang kotak TV, timbul kat tengah tasik tu, saya tanya kawan saya, dia nampak tak? dia kata dia tak nampak apa apa. pada masa tu, saya anggap je la saya tersalah nampak...

hari yg lain kitorg gi mancing plak, tapi tak dpt ikan....busan btui.malam tu saya tidur bertiga kat ruang tamu, bawah kipas. tgh malam tu saya tersedar (tapi tak buka mata lagi), saya rasa ada org peluk saya (bukan himpit).

saya yakin yg terpeluk saya tu ialah salah seorang rakan yg tidur sebelah saya tu. dia ni mmg terkenal dgn tidurnya yg sungguhlah lasak. saya bercadang nak bukak mata dan marah kat dia. tapi......jeng jeng........

bila saya bukak mata, yg saya nampak adalah.........sesuatu yg berwarna putih, bahagian kepala atau mukanya berwarna kelabu (tak nampak rupa bentuknya) dan mengeluarkan bunyi seperti bunyi hembusan angin yg sangat kuat(bukan bunyi kipas), disamping itu kedua tangannya (atau apa2 la), menekan kedua belah bahu saya.....saya pun apa lagi....mula lah membaca ayat Kursi sepenuh hati dan perasaan, akhirnya makhluk tu hilang bersama bunyiannya itu.......

saya pun segera bangun dan check seluruh rumah, belakang pintu dalam bilik air dan saya juga check sama ada pintu depan belakang berkunci atau tidak. hasilnya, saya dapati semua pintu berkunci termasuklah grillnya skali dan tak de org menyorok kat mana, yg ader cuma rakan2 saya yg sangatlah lenanya.

saya buat begitu kerana saya tak pasti sama ada saya berkhayal ke, atau ader org pecah rumah ke.

sebenarnya, sekiranya seseorg itu selalu berhadapan dgn situasi sebegini...dia akan menjadi lebih berani.....sehingga kan saya berani jalan sorang2 pukul 2 - 3 pagi masa balik keje (dulu la, srang tak buat dah)

sambungan siri : Misteri Sofe

bila saya tukar skolah, lain pulak jadiknya, saya tak nampak makhluk makhluk tu lagi tapi 2, 3 org rakan nampak saya di tempat yg saya tak tak lalu pun pada waktu tu.
rakan saya melaporkan kepada saya tentang sikap sombong saya semasa mereka mejumpai 'saya' itu. saya td menegur mereka, malah menjawap pun tanak. dah sah la itu bkn saya yg sebenarnya kerana pada ketika2 yg disebutkan itu. saya tengah syok duduk dalam bilik sambil melukis, ataupun tgh buat aktiviti lain. tak tau la pulak saya ni berjalan waktu tak tidur tapi dlm keadaan tak sedar....tapi pada masa tu, saya buat tak tau je..... korang yg nampak kan .....sukati la...dia nak berkenalan la tu
saya rasa keadaan ni mmg biasa berlaku...banyak org mengalaminya terutamanya org yg ade bela bela ni.....saya cuma ade bela kucing (dah tak bela dah pun, suka berak merata2: saya dah post kat mak saya utk mendisplinkan kucing tersebut : tapi akhirnya, mak saya dah sayangkan kucing tu dan tak mau kasik saya balik) dan seekor ikan Flower-On(saya ade dengar sorang org kat ade satu kg tu cakap cenggini-sedap plak bunyinya).

Wednesday, February 18, 2004

nak citer pasal antu la pulak....

korang biasa tak jumpa antu (hantu)....ekekekke...soalan yg menyeramkan...

masa saya bebudak, saya ni penakut skit (bila mlm la). kalau pegi mengaji ngan kakak saya, kitorg slalu belari dr umah Pak Sarip (guru mengaji) ke rumah kitorg masa balik mengaji.

satu hari tu (masa bebudak), saya ngan kakak saya pegi berjalan jalan kat satu kws pembinaan (perumahan) yg berhampiran ngan hutan. masa lalu kat satu kws tu kitorg terpandang satu kws bersebelahan ngan tempat pembinaan tu(hutan) dan nampak satu kolam kecil yang ditengah2nya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada semacam taman dengan bunga semarak kuning berguguran kat atas rumput yg menghijau dan dijaga rapi. saya masih boleh membayangkan rupabtk kawasan taman tersebut. tapi saya tak nampak org pun kat taman tu. suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kws pembinaan tersebut. yang menghalang saya dan kakak saya drp sampai ke taman tersebut ialah kolam tersebut. selepas melihat kawasan tu, kami bercadang nak pegi ke taman tu esok harinya dgn melalui jln yg sebelah lagi (yg kami jangka ada la).
esoknya, kami pegi lagi ke kws tu, tapi yg kami nampak cuma hutan, tak de tanda2 pun ader jln lain ke dan lain2 yg sewaktu dgnnya. kami pun malas lagi nak carik dan kitorg balik la umah kitorg balik.
itu baru satu kisah misteri yg saya alami. sebenarnya banyak lagi berlaku selepas tu. kira boleh buat satu telenovela la, idak pun masuk dalam misteri nusantara ...perghhh...caya aaa

############################################

setelah saya dewasa, barulah saya menyedari saya ni jenis yg senang nampak yg org lain tak nampak.....tapi sehingga hari ni saya blum penah (bukan nak riak, cuma pengakuan kisah benar) kene rasuk, histeria atau yg lain2 seumpama dgnnya.

saya pernah membuat perkiraan huruf2 nama saya (ala yg slalu ader kat majalah, kat internet pun ada) dan saya dapat nombor 6, salah satu ciri org yg bernombor 6 ni mudah ternampak makhluk halus (agaknya la, bkn boleh pecaya sangat).

semasa saya skolah (saya duk asrama dr ting 1), skolah saya ni skolah yg dah agak lama, jadi macam la kisah seram yg dpt dikumpulkan, saya sendri pernah mengalaminya di mana pada satu hari, waktu tgh mlm, saya terdengar satu suara kecil yang berbunyi begini " tak cukup lagi ke", saya tak tau la apa yg tak cukup, suara tu kedengaran drp dlm stor yg berkunci. masa tu saya dalam ting 2, aiiii...takutnya saya, tak leh tido sampai pagi...yg peliknya sorang pun kawan2 sebilik yg bangun...ches...terpaksala saya menderita ketakutan seorg diri....tapi mungkin juga yg saya dengar tu suara kwn saya yg mengigau. tak tau la.....

lagi satu kejadian yg membuatkan saya menyampah ialah, saya terdengar bunyi tapak kaki budak berlari dari tangga (bilik saya di tingkat satu) ke pintu bilik dan selepas tu dia ketuk pintu bilik tu sebanyak 3 kali...ketukannya agak perlahan, bunyinya spt dtg dr tgn yg kecil sahaja. larian dan ketukan itu berulang sebanyak 3 kali (3 round: turun naik tangga hingga ke pintu), tak tau la makhluk apa.....

kemuncak kpd kejadian yg saya alami sepanjang saya berada di asrama itu ialah, pada satu tgh mlm saya terbangun, bila saya buka mata, saya nampak makhluk yg berselubung kepalanya dengan kain guni dan saya juga nampak bajunya berwarna merah spt darah (saya tak pasti)...tak tau la sapa yg saya nampak tu...dia berdiri tak bergerak2 di depan katil saya(bahagian kaki)....mungkin itu imaginasi saya atau mungkin juga benar...
sebelum kejadian ini, saya cuma dengar sahaja pegerakannya...tapi kali ni saya nampak plak...mungkin dia nak berkenalan kut..

peritiwa makhluk yg tidak dikenalpasti ini td berakhir sewaktu saya disekolah tersebut shj, ianya juga berlaku apabila saya bertukar sekolah. nanti aaa...saya citer ekkk...itupun kalau pecaya la..

stew daging dengan brokoli

semalam, lepas balik keje, saya menonton TV, mula2 tengok NTV7 ader citer opposite attract( btui ke tajuk ni?), pas dah abis citer tu terpaksa plak tengok TV3 citer siam, aiseh citer ni mmg la terpaksa di tengok......kepala otak jadi buntu bila tengok citer ni sbb pelakon2nya kepoh sgt...nasib baik la smalam siri terakhir.....harap2 TV3 carikla citer yg tak buntu sgt, sbb org baru balik keje kan stress...carikla crita yg sesuai......

lepas habis nonton TV, tiba lah masa utk memasak, hari tu saya becadang nak masak lauk daging, saya ni dr kecik tak mkn daging sbb baunya, tp dah tua ni try la mkn skit2, saya ada terbaca hadis ke...tak tau la ..tak brapa ingat...tapi faktanya saya ingat, daging dimakan sbg sumber kebijaksanaan tapi dlm dos yg berpatutan, pas tu daging jgn digoreng terlalu garing (keras) nanti tak baik utk sistem penghadaman dan ader syarat2 tertentu lagi...tu la, daging bukannya tak elok dimakan, cuma cara masaknya tu kena btul la...itu la yg dpt saya simpulkan drp fakta yg saya dpt tu...

jadi, selepas menjenguk ke peti ais utk melihat brg yg ade utk disesuaikan dgn daging, saya pun bercadang masak daging bersama brokoli (brokoli dah beli lama, tp tak masak2).

pekara pertama yg saya buat ialah menggoreng daging. pas tu saya tinggalkan gorengan saya sbb goreng daging ambil masa skitkan, saya pun pi tengok TV lagi....3 minit kemudian saya check, daging tu tak berubah pun, rupa-rupanya gas dah abiss.

punya la saya membayangkan resepi yg saya masak ari ni, last2 tak leh masak, perut dah la lapar sbb tghari tak mkn nasik. jadi saya terpaksa meneruskan masakan saya demi perut tercinta.

terpaksalah saya menggunakan rice cooker bagi menjamin impian perut saya tercapai.
akhirnya semalam saya dapat makan nasi berlaukkan stew daging
bersama brokoli....

p/s: saya ader baca gak, yg bunga kobis putih tak baik dimakan
terutamanya tak baik utk mata dan sistem penghadaman,
bagaimana pulak dgn bunga kobis hijau (brokoli)?

Tuesday, February 17, 2004

agak bahagia

hari ini saya berasa agak bahagia kerana pertamanya:
1. client saya nampaknya berpuas hati dengan persembahan saya hari ini.
2. aircon opis saya dah sihat
3.saya telah menokok tambah weblog saya
saya katakan agak bahagia disini (blum sepenuhnya) kerana yang pertama dan terakhir:

driver tak de, outstation ke KL demi kerjaya pemanduannya, saya kene jalan kaki lagi esok nampaknya. mungkin berjumpa tapir (panda Malaysia) pulak kot (kawasan kerja berhampiran dengan zoo)

suasana tanah tinggi

"nyamannya suasana rimba di pagi hari,............. mergastua berkicauan, riang berterbangan di alam rimba"

bait2 kata diatas mengingatkan saya pada siri animasi yg terawal dihasilkan oleh animator Malaysia. bait2 ini juga mengingatkan saya betapa indahnya dan sejuknya udara di rimba dan tanah tinggi.

begitulah jua suasana di opis ini. 'sungguh nyaman...berbanding minggu lepas, seperti berada di pusat peranginan tanah tinggi. terima kasih diucapkan kepada Technician yang bertugas. akhirnya aircon dapat dibaiki.terima kasih sekali lagi. jasamu dikenang.

mulai hari ini, tiada lagi sungutan tentang cuaca di bilik ini, jadi dapatlah saya bekerja dengan lancar dan selesa, begitu juga dengan pelawat2 yg selalu melawat akan berasa selesa dan mungkin td akan menyibuk lagi. saya pun tak payah lagi buat2 alasan nak pegi shopping complex sbb nak membeli keperluan kerja (kononnya)

sekarang ni pun, saya tgh menikmati suasana Tanah Tinggi sambil makan biskut. "erm......sedapnya". tak de nasi, biskut pun jadikla.

semoga kesihatan aircon di bilik ini berkekalan sehingga saya pencen.....

berjalan kaki di subuh hari

subuh tadi saya berjalan dari rumah utk ke opis. jam yang baru saya dapat hari sabtu lalu(ade bau kedai lagi) menunjukkan tepat pukul 6.40 pagi.

beginilah kehidupan seorang pejalan kaki.selalunya saya bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi, masa tu hari dah cerah. saya tak sangka pulak jam 6.40 pagi agak gelap, hampir seperti pukul lapan malam.

namun kaki saya telah melangkah keluar dari pagar rumah, terpaksa jugalah saya teruskan perjalanan ini demi mencari sesuap nasi utk diri sendiri.

sampai di persimpangan, saya lihat ramai org tgh menunggu bas. hati saya berkata 'nasib baik, tak le takut sangat', saya bukannya takut kat hantu pada ketika itu, tapi saya gentar dengan penyamun ke, pencuri ke atau perogol atau mana tau ader 'geng kera" (sila rujuk edisi siasat khas malam Isnin atau org melayu panggil malam selasa). hantu saya rasa tak de kut, sebab saya ni dah beberapa kali ternampak hantu(2 kali kat Johor, sekali kat Tg Malim dan beberapa tempat yg saya dah tak brapa ingat": nanti la saya crita pasal hantu(syaitan) yg saya ternampak).

setelah melepasi cabaran (macam explorace plak) suasana gelap, kini cabaran kedua pula bermula, sewaktu saya meneruskan perjalanan saya pada simpang yg kedua, saya terpaksa melalui satu jambatan kecil yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki, motosikal dan juga basikal. 50 meter sebelum sampai ke jambatan tersebut, saya menemui 2 org budak sekolah menengah (pompuan) yang menaiki basikal yang td bergerak (sbb diorang tak kayuh).

mereka kedengarannya bercakap antara satu sama lain, apa yg dapat ditangkap oleh telinga saya ialah perkataan 'takut', tak nak la, macam mana ni'

saya tertanya-tanya juga, kenapakah mereka tidak meneruskan perjalanan mereka? saya pun cuba mengamati, apakah yg berada di jambatan itu sehingga mereka berkeadaan demikian.

setelah puas melihat dengan mata saya yg rabun ni, saya mula mengenalpasti masalah sebenar....

rupa-rupa beberapa ekor lembu sedang meragut makanannya berhampiran dengan jambatan tersebut.

saya, dengan machonya berjalan menuju ke jambatan tersebut. sambil itu saya terlupa warna apakah baju saya hari ni, rasanya, saya tak de baju kerja yg berwarna merah kesukaan lembu, setelah melihat baju saya, saya pasti saya memakai baju yg berwarna biru tua dan tiada secalit pun warna merah pada baju tersebut. walaupun kajian menunjukkan lembu buta warna, namun nasihat org2 tua yg penah membela lembu perlu juga di ambil kira.

sewaktu saya melangkah dengan yakin menghampiri kawanan lembu tersebut, budak2 sekolah itu mengambil kesempatan terhadap keberanian saya lalu mengayuh basikal dengan laju sehingga hampir melanggar saya (tak patut betui). nasib baik kejadian tersebut td menaikkan amarah lembu tersebut. kalau tidak mungkin saya tak dapat menaip catatan ini ataupun sudah dibacakan Talkin dengan menyebut nama saya yang berbintikan nama mak saya. tak patut...tak patut...bebudak ni

setelah selamat melalui jambatan tersebut, saya pun meneruskan perjalanan ke opis. jam menunjukkan tepat pukul 7.07 pagi sewaktu saya sampai ke mesin scan (punch card). saya merupakan org pertama yg sampai ke opis pagi itu (pak cik jaga ade opis dia sendri kat pintu masuk). huh! tak sangka btui, setelah melalui beberapa cabaran, saya telah sampai ke opis hampir sejam sebelum dakwat punch-card bertukar ke warna merah.

pulang bekerja hari ini, saya tak mau berjalan kaki lagi, saya berjanji akan memaksa rakan sekerja menumpangkan saya, agar tiada lagi yg boleh mengambil kesempatan terhadap saya.....sekian, Terima Kasih

Monday, February 16, 2004

memancing lee koh di kolam siakap

aiiii....terpaksa la tukar tajuk 'BUKAN WEBLOG BIASA'....SEBAB ADER ORG KOMPLEN, 'TAK LUAR BIASA PUN'....ok la, cek tak marah.

malam minggu lepas, saya berkesempatan menjalankan aktiviti memancing (hobi yg hampir ditinggalkan).

saya tak brapa pandai memancing ikan air payau ni, tapi sbb ader org dah ajak, saya gi la jugak. saya biasanya pancing ikan kecik2 je, ada saya itu lebih menyeronokkan sbb ikan kecik ni kalau makan umpan ramai2, jadi tak boring la saya nak nunggu kadang2 ikan beso ni, tiga jam baru dapat sekor je dan slalunya tak dpt lansung. (membazir duit dan masa)

saya pun memancing ikan liko (lee koh) kat kolam siakap. biasa tengok dak ikan ni? dia ada misai atau sesungut kat mulut dia. slalunya org gunakan ikan (anak dia) ni sbg umpan utk pancing ikan siakap, jadi mana yg terlepas tu, berkembang biak la dia dlm air payau tu.

saya pancing ikan liko ni pakai pancing udang galah (sbb pancing lain tak de). pancing ni agak lembut hujungnya. tak sangka plak saya boleh dapat ikan lee koh yg agak besar (500g) drp yg sepatutnya. punya la susah nak menariknya ke tebing. saya takut pancing tu patah (pancing pinjam), saya pun tarik talinya bila sampai tebing. bila sampai kat saya mulutnya pun dah terkoyak (mulut dia ni lembut)

tak sangka la pulak ramai peminat masa saya menjalankan aktiviti tersebut. akibatnya saya menjadi malu malu kucing(dalam hati sebenarnya bangga). ramai peminat tersebut bertanya bermacam macam soalan, membuatkan saya tak dapat menumpukan perhatian kpd aktiviti yg dijalankan.

akhirnya, saya berjaya menaikkan hanya 5 ekor ikan lee koh. saya cuba menghadiahkan seekor drp ikan tersebut kpd seekor kucing yg duduk tepi kaki saya ttp malangnya kucing tersebut tidak menghiraukan 'hadiah' yg saya beri kpdnya. nampaknya dia lebih tertarik kpd umpan yg saya gunakan utk memancing ikan lee koh tersebut iaitu udang segar yg dah mati.

kucing ini kadangkala membahayakan dirinya dgn cuba melompat sambil cuba menggunakan mulutnya uuntuk mengambil udang segar yg terdapat pada mata kail. puas saya menasihatnya ttp dia tak peduli sbb dia tak paham cakap saya.

ikan2 yg saya dpt pada malam minggu nan lalu masih berada dlm keadaan beku di dlm peti ais. saya belum merancang, apakah yg perlu saya lakukan pada ikan tersebut. tetapi dlm otak saya sekarang ini sudah terpacul satu idea yg saya kira bernas : sedekahkan kat kengkawan bujang kat opis, maklum la skang ni blum dpt gaji, mesti diaorg tak de lauk kat umah. (mmg slalu mcm tu pun)

Friday, February 13, 2004

dua tiga hari ni......

tak de mood la nak crita yang ceria pasal aircon ni la, buntu kepala otak, dah la sekarang ni musim panas......(alasan)

teringat masa sekolah dulu

setelah membaca komen bagi catatan semalam, teringat plak saya kisah masa saya kat skolah dlu.
crita ni berkaitan dengan pelajaran Bahasa Malaysia (Tingkatan 3), teringat saya kat cikgu saya, seorang perempuan iaitu insan yang slalu org kata penuh dgn emosi.

nak jadik crita, cikgu saya ni suruh lah kitorang buat cerpen (kerja rumah).

saya ni memang minat menulis benda merepek repek. kebetulan hari tu, idea banyak, jadi penulisan pun menjadi lancar, lalu terbina lah satu crita. lalu saya suruh rakan rakan sehostel membacanya, dengan tujuan nak buat penambahbaikan.

rata-rata, kawan2 saya memberi komen yang memberansangkan. diorang cakap cerpen yang saya tulis tu mmg menarik. tapi.....crita saya tu, kesudahannya sedih.....omputih kata sad ending

ok.esoknya saya pun hantarlah cerpen tu pada cikgu saya untuk dinilai. selepas dinilai, saya dapat markah rendah, bukan sebab nahunya salah, tatabahasanya ke, susunan ayat ke (saya yakin sebab slalunya cikgu saya ni suka buat bunga: beri komen panjang berjela ngan pen merah, kali ni yang terpampang cuma markah yang rendah (jauh lebih rendah drp rakan yang nak cakap bahasa Melayu pun kene fikir lapan kali), cuma saya rasa emosinya terganggu dgn pengakhiran crita tersebut....lalu dia sanggup memberi markah rendah pada saya.(saya rasa dia tu peminat filem hindustan)

pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa itu ialah kalau anda menghasilkan karya untuk dinilai terutamanya kat skolah. jangan le buat benda yang menyedihkan...nanti kao sendri yang kecewa...

tapi di ruangan ini, saya rasa, catatan yang saya taip bukan tujuan utamanya untuk dinilai (terutamanya oleh peminat filem hindustan spt cikgu saya tu).tapi hanya: syok sendiri....ekekekke

Thursday, February 12, 2004

sepetang di dalam bas (sambungan)

sebelum sampai ke tempat yang dituju, yang dijangka sampai dalam masa 15 minit tetapi waktunya diperpanjangkan oleh deretan kenderaan pekerja pekerja yang pulang dari bekerja.

duduk di atas tempat duduk penumpang di dalam bas yang sedang bergerak menuju ke destinasinya, selalu menjadikan saya seorang pemikir. itulah realitinya.

banyak pekara yang dapat saya renungkan terutamanya masalah dalam kehidupan seharian. idea idea penambahbaikan diri pun sering muncul pada ketika ini.

kadang kadang sebaris ayat pun sudah mampu menerbitkan bermacam persoalan yang mengkehendaki penyelesaian dan kadang kadang juga sebaris ayat mampu menyelesaikan masalah yang cuba diselesaikan dalam masa bertahun tahun atau mungkin berzaman zaman.

kadang kadang manusia terlupa, pertama oleh kerana egonya, dan kadang kadang oleh kerana ilmu yang di milikinya, dirinya terasa bagai tersangat besar, mesti dihormati oleh semua orang lain. tapi pernahkah dia terfikir untuk merenung dalam dirinya, sebelum dia menjadi sebesar itu, dia juga pernah menjejak tapaknya yang kecil itu.

ini yang dapat saya fikirkan sepetang di dalam bas. kadang2 jawatan yang tak seberapa ini membuatkan saya lupa siapa saya yang dahulu.
semoga catatan ini sentiasa menyedarkan diri saya sendiri yang selalu kurang sedar,

semalam di perhentian bas

saya naik bas smalam, drebar oustation ke KL, tugasnya cuma mengantar periuk yang sangat laaaaa 'pentingnya'.
bas itu saya naiki untuk ke sebuah pusat membeli belah, dah lama rasanya tak menjenguk ke situ.

Wednesday, February 11, 2004

semalam jua yang menjenguk

hai nampaknya ber'salai' lagi la nampaknya. ingat nak bawak kipas kat umah tapi segan(malu) lak pasal kipas yang ade tu dah lama tak pakai, jadi berabuk sakan la, kang ramai lak terbersin tgh2 hari buta ni. jadi redho je lah dgn dugaan NYA ini. seperti yang biasa org cakap: 'ni baru kat dunia,........" sambung sendri la ayat ni.

hari ni baru lah terasa sibuknya, sepanjang mula bekerja pada tahun yang baru ni. tapi saya masih menyempatkan @ menyibukkan diri, membaca weblog org lain sambil menyibuk memberi komen la, itu la, ini la dan lain2 yang sewaktu dgnnya.

rasanya, dah dua tiga hari menaip yang pendek2 jer, nak crita banyak2 kang sendri plak menyampah nak baca, tu tak kira org lain lagi (kalau yg ade sudi mlawat la)

pagi tadi sebelum gi kerja, ada la sekejap tengok dan sekejap dengar saje Buletin Pagi kat TV3. ni kira dah macam acara wajib waktu pagi la sambil pakai bedak dan lain lain. saya nak sentuh skit pasal model baru kereta tempatan 'gen-2'. dengar kabar 5000 di oder dalam masa 48 jam. hebat la jugak kan.

saya ader tengok dlm brita tentang pelancaran kerete ni, menarik gak rupanya, saya ni tengok kat rupa je la, tang enjin tu tak brapa 'alim' sangat. teringin gak nak satu, kut2 la ader org nak hadiahkan ke, buat hantaran ke...bagus gak kan. nak bli sendri, lesen pun tak de (apatah lagi wang ringgit).

tapi sejak dengar brita kat buletin pagi tu, rasa macam kurang skit nak memiliki gen-2. sebabnya ramai sangat pakai kete tu nanti, susah plak nak kenal kete sendri. lagi pun takut la nak bli kete baru keluar ni. kang ader masalah la, tak stabil la, itu la, ini la. bukan tak biasa terjadi kan, kang kene panggil balik masuk pusat servis dan lain2 yang bersangkutan.

sebenarnya ini ader kaitan ngan ipt gak (tetiba jer). sekarang ni punya la banyak ipt tumbuh, dari yg swasta sampailah yg tak swasta. macam2 kursus ditawarkan. hebat2 bunyinya. kembar ngan sana, kembar ngan sini, last2 sarjana tua, sarjana muda, diploma dll dah tak diktiraf la pulak. yang kesiannya tentulah bebudak yang penat2 blaja, buat assignment, reserch la dan segala macam lagi. dah abih blaja, ingat nak balas la jasa, duit muit ibu bapa nak la diberi serba sdikit. tak de keje bermakna tak de 'sen', bermakna juga segala impian tergendala buat sementara waktu....kesian....

lagi skit keputusan SPM, STPM dan lain2 M akan keluar....adik saya pun terlibat la jugak..... nanti kalau nak pilih IPT tu pilih la yang diktiraf, bukan setakat segala kursus nya diiktiraf, IPT nya pun carikla yang dah diiktiraf...kalu idak susah nanti...yang merana 'kakak' kao jugak...ingat tu

Tuesday, February 10, 2004

adakah hari ini seperti esok atau semalam jua yang menjenguk......

jam kat monitor ni menunjukkan pukul 2.19 ptg waktu M'sia. panasnya kat luar tu dan panas jugak kat dalam bilik ni. dari smalam aircon rosak (puncanya compressor). orang yang kat opis ni pun mencari alasan untuk tak duduk kat tempat masing2. cuma saya yang ada, berbeza drp slalunya waktu aircon sihat wal afiat, tak ingin plak bersantai di bilik. slalunya ader jer kerja yang 'dibuat buat' pada waktu ni, nak pegi makan la, pegi bank la, pegi jalan2 cari idea dan kadang2 sempat pegi memancing lagi.
adakah esok begini juga keadaannya atau......

Monday, February 9, 2004

bekerja

bekerja untuk melunaskan hutang2. banyak hutang yang ada di dunia ini termasuklah hutang budi pada mak bapak, sedara mara, handai taulan , masyarakat dan negara. lagi satu hutang duit kat bank, kat Mara, kat kerajaan dan lain lain lagi.

Friday, February 6, 2004

cuti lagi nampaknya

jam di komputer telah menunjukkan pukul 4.00 ptg. lagi 15 minit balik umah dan bermula lagi cuti. bila cuti, weblog ni pun tak terusik lah selama 2 hari lagi....
apa nak buat...saya cuma boleh menulis di opis sahaja, nak bli komputer baru kat rumah, rasa macam membazir lak...nanti komputer kat opis ni bersawang lak kan....jadi bila org dah bagi, kita mesti lah guna..
cuti 2 hari ni rasanya nak pegi memancing ikan puyu...org kata ikan puyu ni kalau jual kat pasar - mahal, RM14.tapi tak penah jual plakkan...bagi kengkawan kat opis, rupanya ramai gak peminat ikan puyu ni, walaupun ia bersirip tajam, setiap kali memancing ikan puyu, jari2 mesti luka.....tapi tak kisah...kerana minat mengatasi segala

mari memancing

saya suka memancing walaupun saya seorang perempuan....ayat pertama dari saya untuk hari ini rasanya sudah menjelaskan mengapa saya menerbitkan tajuk diatas..
dari kecik lagi....darjah satu kut...saya tak brapa ingat, saya gemar pegi memancing dgn sepupu2 saya. pada saya memancing ni memberi keseronokan terutamanya bila menarik ikan dan keduanya kedamaian bila melihat air mengalir sambil menghayati bunyi-bunyian alam sekitar yang mengundang bibit2 cintakan alam sekitar dalam jiwa saya.
dulu-dulu saya memancing gunakan buluh, itupun bapak saya yang carikan. selalunya dalam kumpulan memancing saya, saya sorang je pompuan, kalau saya ajak kakak saya, dia buat dekkk...ajer, kalau ajak adik lelaki saya plak, dia kata buang masa jer...."tak penah dapat ikan pun"
sebenarnya saya nak bagitau dia, kat ruangan ni...."aku slalu dapat ikan la"
umpan yang saya gunakan dlu...cuma cacing tanah yang saya korek kat longkang belakang rumah. saya tak geli pegang cacing tapi saya paling geli kat katak. jadi saya tak boleh la memancing ikan haruan.
tapi saya penah menangkap beberapa ekor haruan tanpa menggunakan umpan katak.
saya penah menangkap sekor dengan umpan cengkerik dan beberapa ekor lagi ngan umpan tepung dan dedak. tapi seingat saya, saya tak penah dapat makan seekor pun daripada ikan haruan yang saya tangkap kerana beberapa peristiwa berlaku pada ikan tersebut.
ada yang mati dan busuk sebelum sempat digoreng, ada yang terlepas masuk ke saluran kumbahan (agaknya ikan tu dah besar dah kat tangki INdah Water----jgn saman saya), ader yang meninggal ditangkap oleh kucing saya (nama dia Misai)

Wednesday, February 4, 2004

esok cuti lagi

cuti...kau dtg lagi.....
jadi hari ni saya mesti membuat plan untuk hari esok....apakah yang akan dilakukan???
mungkin menanam pokok bunga? atau pokok serai ker...kunyit ke...
saya rasa lebih baik tanam pokok serai ker, kunyit ke, pokok pandan ker...walaupun tak secantik pokok bunga...tapi banyak manafaatnya pokok2 ni kepada saya yang bergelar 'chef' ni....ekekekeke....
tapi untuk pengatahuan semua, saya bukan berkerja makan gaji sebagai chef...cuma bekerja sebagai chef untuk makan sendri dan kadang2 untuk kawan2.
saya memang minat memasak...ye la pompuankan mestilah kene pandai memasak, walaupun saya tidaklah pandai sangat memasak...tapi saya pecaya ramai lagiiii kaum wanita zaman ni dah tak pandai memasak, tu sebab kat TV penuh dengan rancangan memasak dari hos nya org Melayu, org putih sampailah kepada org itam...semuanya memasak...masak dan terus memasak..

saya paling suka masak kek, walaupun saya tak brapa suka makan kek, jadi mangsanya tentu la kawan2 kat opis(yang lelaki la)....nasib baik diorang ni agak kurang deria rasa.....jadi slalunya kek yang saya bawak tak bersisa... kalau saya makan sendri mesti kek tu sampai berkulat pun tak abis....(dah slalu terjadi pun)...lusa saya nak crita pasal memancing plak.....tunggguuuuuuuuuu

Tuesday, February 3, 2004

raye aji

sronok gak raya aji tahun ni walaupun tak de sorang umat (yang bukan berbinkan abah saya atau isteri abah saya atau yang kawin ngan anak abah dan mak saya) mahupun sekilo daging korban datang ke pintu rumah bonda. sebabnya (sronok di raye aji tahun ni)ialah semua adik beradik balik walaupun sebelum ni kata tanak balik coz gaji dah abih, maklum la kan gaji bulan ni awal... cuma saya sorang jer gaji lewat...so jadik mangsa la untuk bagi duit raya untuk anak anak saudara yang nampaknya dah pandai menilai duit untuk membeli sesuatu...tapi masih takut nak berbelanja..kalau mak tak kasi...(kesian!!!)...yang pompuan nak beli sepit rambut la, dompet la..yang lelaki plak nak bli baju superman ...terpaksa la makcik yang baik hati ni bagi duit, walaupun duitnya sendri dah nipis...

tapi tak per...untuk men'tebal'kan balik duit saya, saya dah buat persediaan,.......so saya nak kongsi caranya (especially buat dandai dan yang lain yang sudi membaca(kalau ade la))......kalau nak dapat duit hari2 sonang yo....begini ya....
buat cam saya, saya jual buku(nota)...(yg saya taip sendri), walaupun untungnya tak banyak...tapi boleh dapat duit hari2 (setakat ni la)....apa guna blaja tinggi-tinggi sampai 'gayat'...kalau tak dapat 'sesuatu' (untung la tu) kan...kan...kan!!!

kalau tanak jual nota, jual la 'log' yang dah ditulih tu, rasanya ramai yang berminat...ekekekke...idakpun tanam sayur...balik keje leh jual kat depan umah ke, tepi jalan ke....pasar tani ke...tapi org 'kita' ni slalunya malu nak buat cenggitu (termasuk la saya).

hari ni start keje balik...khamis.ni cuti balik....boring btui la..asik cuti je...sampai tak tau nak buat apa waktu cuti...ader kawan ajak gi bekelah...rasa cam boring lak...dah tua tua ni, berkelah pun daH tak sronok...pelik...kalau masa blaja dlu, cutilah yang sentiasa ditunggu dan slalunya buat 'cuti' sendri (ponteng la jawabnya)....





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008
[BULAN] June 2008
[BULAN] July 2008
[BULAN] August 2008
[BULAN] September 2008
[BULAN] October 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer