|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Thursday, April 1, 2004

98310 |
Dipos oleh sofeanny at 13:48
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 31, 2004
sudah dapat surat yang dinanti....
semalam saya dah dapat surat yg dinantikan selama ini. surat result. bukan result SPM,bukan STPM.
Keputusannya kira OK la berbanding masa buat degree dulu. mmg la OK sebab yg ni senang.
selalunya org akan cakap.....'inilah hasil usaha penat lelah saya selama ni', tapi saya tidak lah begitu, tak de penat, tak de lelah tapi tersiksa adala.
semalam kengkawan sekursus semuanya sibuk nak tau keputusan saya. ekekekke...keputusan dirahsiakan. biasa2 sajer, saya kata.....bukan naik gaji pun kalau dapat keputusan cemerlang. sama jugakla kalau dalam sesuatu organisasi tu, walaupun kao dapat CGPA 4.0, gaji kau sama gak ngan org yg pointer dia 2.5.
harap2 lepas ni, tak yah lagi la kena masuk blaja mana2 lagi. setakat kursus pendek ke Jepun ke, Jerman ke.....ok la (macam la dapat).selalunya kursus2 cenggini berebut org nak gi, sebab bila balik nanti bole jadi OKB walaupun tak mungkin jadi jutawan. rasanya saya tak yah pegi la, buat menyusahkan badan, baik bagi peluang kat org lain. saya dah cukup kaya dah. Kaya ngan utang!!!!
98027 |
Dipos oleh sofeanny at 10:15
|
Nak kata apa2? [1]
Tuesday, March 30, 2004
Kene ragging?
pagi tadi saya ada menonton MHI kat TV3, da terdengar ada budak sekolah agama yang meninggal kene ragging, disebabkan cerek elektrik?
teringat masa saya sekolah dulu, ada gak kene ragging tapi tak teruk sangat. Meragging org....saya tak nak jadikan budaya (tipu la kalau kata budak hostel tak penah meragging). Nanti berlarutan.
Kawan saya penah meragging, itupun tak secara serius. sewaktu kami dalam tingkatan 2, dia meragging (perkataan imbuhan baru/mendera)budak ting 1 manakala saya pulak meragging budak lelaki ting 4 (baru bertukar sekolah/abang kepada rakan sekelas saya).
kawan saya telah memaksa budak lelaki tingkatan satu yang berbadan kecil lagi kurus selayaknyaknya budak darjah lima agar beraksi seperti seorang penjual kacang putih. Budak kecik itu dipaksa mengangkat meja tulis ke atas kepalanya(menjunjung) seraya bergerak mengelilingi dewan makan (pada ketika itu meragging dibenarkan malahan tempat khas disediakan pada hari yg khas juga). Budak kecik itu pun menuruti kehendak kawan saya semata mata untuk mendapat tandatangan kawan saya yg pada waktu itu bergelar kakak senior.
setelah selesai 5 round (ingat2 lupa), baru lah tandatangan diberi dan budak itu kelihatannya pucat seperti nak putus nafas. hari esoknya perkabaran diterima bahawa budak itu tak dapat hadir e kelas kerana serangan asthma. kali ini tiba giliran muka kawan saya pula untuk menjadi pucat sepucat gigi pelakon iklan ubat gigi.
kawan saya menjadi gabra tak tentu pasal kerana takut tindakan dikenakan ke atasnya. Namun ajal budak kecil itu masih jauh lagi, kalau tidak mungkin kawan saya itu juga akan dibawa naik trak polis dengan muka bertutup surat khabar atau juga mungkin benda2 lain (kerana tak tahan menanggung malu).
selepas kejadian itu, kawan saya berjanji dihadapan saya, tidak lagi akan mendera freshies dan menjadi orang baik2, itu lah sebab agaknya dia menjadi pengacara TV untuk rancangan berunsur agama....ekekekeke ...agaknya la...
97852 |
Dipos oleh sofeanny at 11:42
|
Nak kata apa2? [1]
kawan lama
baru2 ni saya ada mencuba menghubungi kawan lama saya melalui e mail, dah lama tak jumpa dekat2 5 tahun rasanya.
tak sangka dengan mencuba2 buat alamat tempat keje dia, dapat la pulak. nasib baik la nama kawan saya ni unik skit, cam nama saya jugak, jadi senang nak dihubungi, agaknya kat dunia ni nama dia sorang jer cam tu....agaknya la
saya patut berterima kasih kat mak ngan abah saya sebab bagi saya nama yg unik, masa saya sekolah dlu, cikgu cikgi mmg cepat kenal nama saya....jadi saya dapat perhatian yang lebih dengan itu saya pun pandai lebih skit daripada kawan2 saya (masa kat skolah jer)
nama sebenarnya penting dalam kehidupan, kawan saya yang berkerja sebagai guru di kawasan pendalaman penah memberitahu saya dia mempunyai seorang murid yang bernama BOdoh Bin Bahlul. Kesian dia kan....mungkin sekarang ni dia dah jadi Dr. Bodoh ataupun Ir. BOdoh...walaupun sebenarnya dia bijak, kesian sekali lagi kat dia...kalau dia terbaca, saya mintak mahap...bukan saya yg bersalah, kawan saya yg bersalah lalu saya tertulis pasal awak kat ruangan ni.
97841 |
Dipos oleh sofeanny at 11:11
|
Nak kata apa2? [0]
selepas melecurkan badan....
percutian pada hari tersebut di sambung untuk mencari punca air yg sejuk pulak. saya pergi ke satu kampung urang ashli yang berdekatan dengan satu kawasan hutan simpan. dalam perjalanan tersebut saya melalui kawasan pembalakan, tempat ashkar berlatih, hutan lipur yang dah terbiar dan jugak saya ada jumpa lori yang tersadai tanpa pemandu.
sesampainya saya di kampung urang ashli itu, saya nampak banyak lagi poster2 pilihanraya yang belum diturunkan, nampaknya hensem jugak muka calon yg dipertandingkan itu (BN). mungkin sebab dia agak hensem walaupun dah tua, dengan itu posternya tak diturunkan lagi. saya ada terdengar cakap seorang kuat parti bahawa tarikh akhir menurunkan poster ialah pada 5 hb April 2004.
sebelum pilihanraya berakhir, saya pernah meminta jasabaik seorang yang kuat berkempen termasuk kenkadang menampal poster agar selepas pilihanraya, dia dapat memberikan saya bendera parti2 yg tidak digunakan lagi kepada saya. tujuannya ialah saya ingin membuat sarung bantal daripada bendera2 tersebut. daripada membazir dan dijadikan habuan tong sampah, lebih baik saya recycle saja kain2 itu. saya telah meneliti bendera2 tersebut dan nampaknya mata saya lebih tertarik kepada bendera biru muda berlambang mata/2 bulan sabit untuk dijadikan sarung bantal walaupun saya tidaklah menyokong parti tersebut.
habis cerita tentang sarung bantal. setelah sampai di kampung tersebut, saya nampak sungai yg cantik tetapi airnya keruh sepekat teh tarik. mungkin akibat pembalakan. jadi hasrat untuk mandi sungai/air sejuk dibatalkan. akhirnya cuma melawat2 saja kg tersebut. kg tersebut nampaknya bersih dan cantik dan sungguh ramai org wanitanya yg berkemban tapi nampaknya setiap rumah ada kenderaan bermotor seperti van, motorsikal dan jugak kereta. manakala anak2 kecil memakai pakaian harijadi mereka sahaja. saya tamatkan lawatan hari itu dengan menangkap gambar lagi dan pulang ke rumah dengan perut berkeroncong.
97801 |
Dipos oleh sofeanny at 9:27
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, March 29, 2004
pening kepala
hari ni dah la datang opis lambat, pas tu pening kepala pulak. kat atas meja betimbun memo. makin pening rasanya. air mineral dah 2 botol abis.....kerja tak siap jugak.
hari sabtu lalu saya pergi ke sebuah kolam air panas yang dekat2 dengan ada satu driving range tu. pergi waktu tengahari, try la masuk satu kolam yang cetek ni, air dia pun jernih......masuk je kaki...rasa nak melecur...cepat2 tarik balik kaki naik ke atas....
pergi pulak ke kolam yang dalam skit dan airnya berwarna kehijauan.....baru la boleh masukkan keseluruhan badan, tapi tak selesa sebab cuaca dah la panas, pas tu air pun panas. dapat merendamkan badan cuma dalam masa 5 minit. waktu2 yg lain digunakan untyuk bergambar.buat buang duit je datang situ, dah la mahal......pas tu apa lagi..balik la......
dalam perjalanan balik, saya nampak ada anak sungai kat sepanjang jalan tu, pas tu ader nampak buih2 ikan lagi, mesti ada ikan ni...tapi boleh ke memancing......nanti la saya buat kajian....ekekekekeke
97631 |
Dipos oleh sofeanny at 15:02
|
Nak kata apa2? [1]
kerja ari isnin?
nonsense!!!
ari ni saya sampai kat opis pukui 12.00 tghari....ekekekekke
97590 |
Dipos oleh sofeanny at 12:31
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, March 26, 2004
saya pakai henpon baru ari ni
henpon yang saya pakai ari ni henpon baru yg lama. baru pada pandangan mata kawan2 seopis tapi dah lama dibeli oleh org lain. dengan kata lainnya pinjam henpon org.
saya kesian ngan org tu, dia slalu kata dia malu nak letak henponnya atas meja kalau bersembang dengan kawan2 korporatnya. sebab kesiankan dia saya bagi dia pinjam henpon saya yg bertaraf koporat.
kat tempat kerja saya, saya tak slalu bersembang ngan org korporat. saya kenkadang je sembang ngan diorang itupun parantaraannya komputer dan sistemnya. jadi tak perlu saya tonjolkan eksesori canggih setaraf korporat bila bersembang ngan diorang.
tu la org jaman sekarang ni, suka menunjuk nunjuk, kalau nak beli tepon mesti yg sama nama ngan nenek dia NORkiah. saya tak penah pun beli tepon jenama nenek ni, tepon yg saya beli tetap canggih dan tahan lama. dah dua tahun saya pakai, elok lagi.
saya bercadang nak gak tukar tepon yg baru, tunggu la bila dapat payment nanti (2 tahun dah tunggu). ingat nak tukar tepon yg cantik skit la. yg ni bagi kat adik saya jer la yg baru lepas SPM, dia slalu jeling2 kat tepon ni, kesian dia. Sabo ye dik.....
97119 |
Dipos oleh sofeanny at 10:01
|
Nak kata apa2? [1]
pepagi buta tadi
ada la sorang kawan sekursus saya tepon saya pagi2 tadi, tanya kat saya result dah dapat ke?
ermm....petang smalam, saya balik awal, jadi tak check pun surat...dia kata kat opis dia, dah ader yang dapat result, cemerlang lagi u, dia kata lagi kalau blaja kat universiti boleh dapat anugerah dekan.
nampaknya lagi skit, bertambah lah sijil dalam clear holder saya, masa blaja dlu tu, semua org tak puas hati ngan saya kerana saya penah dapat tugasan bermarkah 92/100, sedangkan saya buat2 cincai2 lagi, pas tu plagiat plak tu. org lain plagiat gak tapi dapat markah 70, paling tinggi pun 80. tuu la diorang tu tak pandai nak mengolah......taruh warna bebanyak skit, dapat la markah cam saya....kalau hitam putih jer, penilai pun nyampah tengok...ekekekeke
lepas ni nampaknya kene isi banyak borang la, pas tu pegi temuduga, pas tu .......macam2 la.
97111 |
Dipos oleh sofeanny at 9:25
|
Nak kata apa2? [0]
Gelap gulita
malam tadi, sewaktu dalam toilet,tiba2 alam maya menjadi gulap gulita, terputus bekalan elektrik.
saya menggelabah dalam gelap, torch light ada kat bilik tingkat atas, cemana ni....lilin lak tah dimana menyorokkan diri.
saya keluar daripada toilet, dan pegi ke dapur dan menyalakan kedua dua penunu dapur gas, masih tak terang lagi.....cemana ni.
saya mesti jugak ke bilik atas, saya jalan ke ruang depan sambil melangar apa sajer yang ada dihadapan....untuk terus ke bilik atas rasanya mustahil, saya raba dalam gelap dan capai handphone....saya tepon driver untuk minta tolong....
driver berada jauh daripa kawasan umah saya, jadi ambil masa skit untuk sampai.....saya tak sabar duk dalam gelap, saya pun meraba lagi dalam gelap untuk mencari sesuatu yg dapat mengganti lilin.
saya jumpa sampul penyata kad kredit, saya pegi ke dapur dan bakar sampul tersebut lalu naik ke tingkat atas dan saya jumpa torch light. selamat....tiada lagi kegelapan.
udara dalam rumah panas, saya buka pintu umah dan kemudian buka pintu pagar dan berdiri di depan pagar rumah (jam 12 tghmalam)........tiba2 sebuah van yang tidak dikenali muncul dan berhenti dihadapan saya....dan secara tergesa-gesa, keluar seorang lelaki sambil menghulurkan sesuatu. 2 batang lilin.
rupa-rupanya driver menumpang sebuah van kawan lama (dulu naik kancil) saya hanya untuk menghantar 2 batang lilin dan terus pergi, tanpa sempat saya nak membebel padanya.
malam itu saya tidur bergelap di depan TV sambil berpanas-panasan kerana kipas tak boleh bergerak tanpa elektrik.
97103 |
Dipos oleh sofeanny at 8:56
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, March 25, 2004
Lemas Dalam Dakapan mu
Satu hari la, saya pegi jenjalan kat satu sungai ni ngan abah saya, masa tu baru lepas hujan. air sungai naik ke tebing sungai yang landai.
Saya pun berjalan jalan ditebing sungai tersebut lagaknya seperti seorang wakil rakyat yang melawat kampung semasa nak dekat2 pilihanraya.
Kemudian, saya meengunjurkan lagi lawatan saya tu ke tebing yang dinaiki air, sambil memberi ulasan2 bernas kepada abah saya. ketika itu saya berjalan di belakang abah saya.
tengah saya seronok melihat pemandangan, sambil memerhati kut2 ader ikan yang mabuk, tiba2 kaki saya tersadung benteng berumput yang telah ditenggelami air.
dengan tak semena-mena, saya dapati bukan setakat kaki saya tersadung, malah tubuh saya pun terus jatuh ke dalam air yang mengalir deras.
apa yang saya nampak pada ketika itu adalah sekejap terang dan sekejap gelap. apa yang terang itu mungkin ialah permukaan sungai dan yang gelap itu ialah dasar sungai, kerana pada ketika itu, saya diguling2kan atau didakap oleh air.
sempat juga otak saya berfikir pada ketika itu, dah nak mati ke saya ni? tapi tak de rasa lemas pun, tengah saya sibuk berfikir tu, tubuh saya terlanggar satu lagi tebing berumput. dan akhirnya saya terlepas daripada gulingan air tersebut yang mungkin membawa tubuh saya hingga ke kuala. yang menarik sekali, apabila saya terlanggar tebing tersebut, secara automatiknya saya berada dalam keadaan berdiri.
dengan itu, abah saya tak sedar pun sebenarnya saya hampir meninggal lemas, cuma dia terkejut tengok saya basah kuyup.
itulah cerita ketika saya lemas dalam dakapan air sungai yang mengganas.
96846 |
Dipos oleh sofeanny at 9:24
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, March 24, 2004
Semalam kan....
kitorang (ngan kawan) gi swimmin', pastu kan kat ada satu kolam tu, khas untuk buat terjunan. tiap2 kali gi kompleks tu, kitorg mesti gi tengok sekumpulan bebudak (Cina, Mlayu, India) buat latihan dng coach diorang.
coach dia ni punya la garang, asik membebel marahkan bebudak tu dalam bahasa Mandarin. Yang peliknya semua bebudak tu cam paham jer ngan apa yg coach diorang cakap. dasat la...agaknya kalau nak jadi penrjun kene blaja bahasa Mandarin dulu kut.
masa saya blaja dlu, saya pun suka buat terjunan kat kolam renang biasa (bukan kolam khas utk terjunan), akibatnya kepala/ muka saya terterjun ke lantai kolam renang. Kesan khasnya, beberapa minggu saya pegi kelas dengan menutup mata (dengan tangan) dan berjalan pandang lantai (sebab malu) kerana mata saya lebam dan ada kesan darah beku kat dalam kulit.
96701 |
Dipos oleh sofeanny at 13:29
|
Nak kata apa2? [0]
Bersukan
dedulukan, masa blajakan, sayakan suka pegi main squash (squasy???)....saya bukannya pandai sangat main squash ni, undang2nya lagi la...tah ke mana, tapikan....kalau main squash ni, bole lepaskan geram....saya ngan kengkawan slalunya main sampai pak guard suruh berhenti, sebab dia nak kunci dewan.
kalau tak dapat main squash, kitorg main Badminton, main badminton pun ikut suka je. tak yah ikut2 peraturan. baru la enjoy.
kalau tak dapat main badminton plak, kitorg main seremban (bukan yg kat negeri 9 tu). kenkadang, kalau dah busan sangat kitorg main nama, negeri, eleh mesti ada org tau kan. best wooo, walaupun permainan tu sebenarnya sesuai untuk bebudak sekolah rendah atau baru nak blaja mengeja. tetap enjoy.
sekarang ni, dah lama tak bersukan, kengkawan baru semuanya skema, diorang cuma gi jogging (boringnya), main hoki (eiiii....menyampahnya)...cuma ada dua orang jer yg maju skit. Namanya Een ngan Emfa (ni diorang suruh tulih ni, katanya nak glamer)
96673 |
Dipos oleh sofeanny at 11:11
|
Nak kata apa2? [1]
Tuesday, March 23, 2004
Saya nak rumah baru...
Saya suka rumah baru. rumah baru yang besar dan cantik lagi saya suka. kalau dapat secara percuma lagi saya suka. tapi tak dapat pun. baru2 ini ada org bagitau saya, ada rumah banglo yang akan dijual dengan harga yg murah RM175K shj. Projeknya belum bermula lagi, baru buat majlis pecah tanah, ntah2 pecah temberang atau tembelang kut.
Masa saya duk kat satu pulau la kan, ada la sorang manusiakan tanya kat saya, " U suka kereta tak?", "nanti I belikan untuk U satu" (walhal dia sendiri naik moto)" U suka ke tinggal kat tempat sekarang?" "I rasa U elok duk kat ada satu rumah tu, rumah I yang I jadikan umah sewa, tapi bukan umah yang I duduk la" (kununnya baik walhal umah sewa dia, tentulah dia ada kunci spare)
Jawapan saya: " Saya tak suka drive" dan lagi satu " saya dah janji ngan kengkawan tak leh pisah2 duk umah", sebenarnya jawapan saya itu di dorong oleh satu sebab ajer: Manusia tu kan, dia kan berbau kari.......ekekekeke (harap2 manusia tu tak baca weblog)
s/s Entahlah ari ni, apa nak jadi...sewel kut
96506 |
Dipos oleh sofeanny at 14:52
|
Nak kata apa2? [3]
hari ni aku tak rajin.....
hari ni saya tak rajin lansung., saya cuma berjaya menyiapkan satu laporan sahaja dan banyak kerja yang terbengkalai. saya juga telah membatalkan 2 temujanji pada pukul 10.15 pagi dan pukul 12.15 tghari hari ini. harap2, saya tak kene apa2 tindakan.
baru2 ni saya dapat e-mail terima kasih drp boss kat bawah nun, saya mmg dah agak saya mmg best....ekekekeke (riak tu berdosa: ingat tu)
boss berhaluan DAP (ini bukan cerita kejayaan pilihanraya) ni siap cerita kejayaan yang telah kami dapat kepada rakan2 seopis saya dan juga tak lupa mengutuk org lain yg tak berjaya. saya juga telah menokok tambah dengan jayanya, dengan tujuan, saya kedengaran dan kenampakannya best walaupun ada org mengata saya bercakap dgn mic di kepala.
96467 |
Dipos oleh sofeanny at 11:13
|
Nak kata apa2? [0]
ada iklan
ada pulak org yg baik sangat hatinya....lalu meletakkan iklan dalam Buku Tamu saya.......mentang-mentang la tetamu saya tak ramai!
96440 |
Dipos oleh sofeanny at 8:20
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, March 22, 2004
sofeanny
saya letak gamba operator tepon kat opis saya.... ekekekke
96330 |
Dipos oleh sofeanny at 14:21
|
Nak kata apa2? [0]
BN menang ye? Elok le....ekekkeke...saya sangat suka
96298 |
Dipos oleh sofeanny at 11:26
|
Nak kata apa2? [0]
RM100 ; 21 March 2004 ; GATE E ; FREE SEATING ; HILL STAND E
wow! dah jumpa saya di Sepang yujung minggu tu? Saya duk kat information counter kat gate E dan dikelilingi oleh kipas-kipas yang menyemburkan air.....nyamannya.
Catatan perjalanan:
sesampainya di masjid KLIA, saya teringat kat sorang kawan saya yang keje Engineer kat Nilai. Saya pun call dia, dia nak jumpa ngan saya, oppp saya kata tak leh walaupun dia sanggup drive dan datang ke masjid tersebut dan bawak jenjalan kat NIlai 3, saya cakap kat telepon dia...saya ada agenda penting, saya nak nengok F1, first time sejak gelanggangnya di SEpang dibuka sejak 6 tahun yang lalu. Lalu saya bertelepon lagi kepada kawan saya, nantilah aku ader kursus kat sana, kita jumpa ekkk....aku pun rindu gak kat kau.....! Ayat power saya akhirnya bisa melembutkan hati sahabat yang dah lama tak bertemu....ekekekeke
akhirnya jejak juga kaki saya ke kawasan berhampiran gelanggang yang gah diperkatakan itu, hmmm....jauh lagi nampaknya.....ooooo....ader bas yang akan membawa kami ke gelanggang. Aiiii....ramainya orang, itam, putih, putih lagi......sawo dan fusion pun ada. ermmm...ramainya orang....banyaknya duit diorang yer....ataupun diorang sama gak ngan saya?
Sewaktu tiket saya dilubangkan oleh pemeriksa tiket ngauman kenderan lumba kedengarannya memanggil-manggil mata saya untuk melihat keadaaannya. rupa-rupanya perlumbaan dah bermula, saya terlewat rupanya......
tingginya tangga, payung golf saya menghalang laluan, kene la julang tinggi-tinggi. No outside food are allowed. Hmmm...paham la saya. hmmm....keropok ader, epal hijau ader....satay pun ader....saya terdengar air setin RM4.50...tapi saya tak pasti, air Pepsi atau beer.....banyak beer saya tengok terjual dan yang menjualnya orang sawo macam saya pulak tuh.....tak tau la.....fusion juga kut....tak sempat plak nak berkenalan atau amik no telepon...ekekekeke
saya cuba melihat lihat kenderaan yang mengaum lebih kuat daripada harimau kat zoo tu, tapi yang saya nampak cuma daun pakis yang banyak tumbuh kat batang kelapa sawit di keliling gelanggang. berjalan lagi kedepan, baru lah nampak keretenyer.
Bunyinya punya la kuat, rasa nak pecah gegendang tellinga saya yang elastik ini. terlupa pulak nak bawak penyumbat telinga yg ada tersimpan kat umah, rasanya deria pendengaran saya kurang 10%. penat juga menjengah kepala, namun masih takde kerete yang terbabas. rasanya bagi org seperti saya, yg menarik cuma bila ada kemalangan kat trek ajerla. saya tak brapa paham, apa yg menarik sangat melihat kerete2 pusing 56 kali (sumber drp kaunter cenderamata gate E). tapi bagi yg paham, ok la kut.
Makin lama saya berdiri kat bukit tu, semakin rasa nak muntah pulak, jadi baik berundur ajelah, turun bukit dan duduk ajer bawah khemah sambil menyamankan tubuh disebelah kipas berwap air. Ramai pulak orang asing berwarna pink jeling-jeling dan macam nak datang dekat. saya dah sediakan skrip: NO....NO...NO...ENGLISH...NO....ekekeke.... skrip bagi mengelakkan kene bersembang ngan omputeh. Busan kalau kene bercakap ngan omputih ni...kang tak abis abis...pengalaman yang saya kutip bertahap tinggi sewaktu berkerja selepas SPM dulu. Manusia omputeh ini kenkadang mmg melecehkan. naluri ingin tau nya tahap melampau.
akhirnya, terdengar bunyi apatah...siren kut...menandakan perlumbaan dah tamat. cepat2 saya berundur ke tepi jalan menunggu shuttle bas untuk ke destinasi seterusnya. nasib baik cepat.kawan saya, sewaktu naik bas, terdorong ke depan akibat sondolan perut omputeh. diorang ni sopan santun kat negeri dia ajer...kat sini terpedaya lak dgn cara org Malaysia (naik bas berebut).
dalam bas lak, saya lihat omputeh2 ni sibuk menyimpan dalam plastik, tiket, risalah2 dan lenlain yang diorang dapat, agaknya nak buat kenangan la tu. ingat saya jer kemaruk nak simpan tiket (nak nunjuk kat kengkawan seopis), rupa2nya diorang lagi teruk.
fikir punya fikir, baik saya duk kat tepi gate tu dan jual ajer tiket saya tu, kurang2 boleh dapat RM50, pasaran mmg ader sebab ada org tanya, ada tiket lebih tak...dia nak beli.
Rasa saya la, ramai org datang kat sini buat mengabihkan duit ajer, tapi yang saya pasti majoritinya dapat tiket sponsor atau lebih tepat lagi....TIKET fREE....ekekekekke....macam saya la jugak.
96257 |
Dipos oleh sofeanny at 8:17
|
Nak kata apa2? [0]
Saturday, March 20, 2004
dah 700 jam 2.41 ptg hari sabtu.
96056 |
Dipos oleh sofeanny at 14:33
|
Nak kata apa2? [0]
patutla tensen...
saya kene main games kat komputer. Ahaks jum la:
Bola melantun
96055 |
Dipos oleh sofeanny at 13:50
|
Nak kata apa2? [0]
Esok mengundi......
mengundi jangan tak mengundi......esok saya nak gi Sepang tengok F1. Ada sesapa yang lain nak gi. Jumpa saya di Sepang yujung minggu ini (cakap cam dalam iklan).
hari ni saya gi opis sebab driver bz sangat berkempen ke sana sini hingga tak de masa nak berkhidmad kat saya lagi. tadi saya ader tangkap gambar saya sbb nak letak kat weblog...tapikan besar sangat la, cam gamba komputer tu. saya nak kecikkan saiznya tapi tak menjadik.
ingat nak gi shopping nak mengilangkan tensen, tapi kad kredit lak tak leh pakai. dah sampai limit kut.....tapi rasanya ada banyak lagi. nak pakai cash tak cukup kut......nanti kat Sepang bawak bekal la, sebab duit tak cukup.
lagi yang buat saya tensen ialah aircon kat bilik ni. setiap lima saat di auto shut off. bengangnya. ada saya terfikir nak terajang je aircon ni. sori la ari ni saya berbahasa kasar skit, saya dah tak tahan dah dengan aircon maut ni. lain kali saya nak bawak kipas dari umah la, bengang betui. rasa nak pukul semua orang yang ada berhampiran. kalau driver ada ni, dah sah dia yang jadi mangsa. Ahaks!!
96053 |
Dipos oleh sofeanny at 13:48
|
Nak kata apa2? [0]
gamba komputer
ekekekeeke........ni gamba komputer bukan saya yg punya, cuma gamba ni di amik daripada webcam saya....ekekekekeke (ketawa membawa bahagia lalu kelihatan awet muda)
96051 |
Dipos oleh sofeanny at 13:16
|
Nak kata apa2? [0]
meh sini meh!
96046 |
Dipos oleh sofeanny at 12:57
|
Nak kata apa2? [0]
ari ni org kawin tapi tak pegi....selamat kawin kak doh
96040 |
Dipos oleh sofeanny at 12:12
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, March 19, 2004
Raya lambat lagi....
tapi sana sini bulan mengambang......ekekeke. ini bukan blog politik.
95898 |
Dipos oleh sofeanny at 15:17
|
Nak kata apa2? [0]
Lemas
Kalau menjadi nelayan, tentulah pernah menghadapi bahaya di air. betul tak? Betul (jawab saya sendiri)
Seingat saya, pernah berlaku 2 kejadian hampir lemas (hampir meninggal) dalam hidup saya sudah berpuluh tahun ini.
saya sangat gemar(bahasa org tua, sesuai dengan usia) pergi ke tempat perkelahan yang ada sungai (bukan laut, sebab laut masin sangat). Kalau pergi mestilah berteman, jadi saya bawak adik lelaki saya yang berusia dalam lingkungan 11 tahun pada ketika itu. kami berbasikal sejauh 5km. (hebat tak?)
setelah sampai, kami pun mula terjun ke sungai yang telah mencatatkan banyak peristiwa hitam kerana rami org telah mati lemas di sungai tersebut. tapi kerana jiwa remaja yang membara dan sangat sukakan air, saya pegi jugak. (walaupun mak ngan abah saya melarang).
Air sungai ini jernih dan penuh dengan ikan2 kecil (besar tak penah nampak). tapi air sungai ni, kalau dilihat di sesetengah bahagian kelihatan hitam kerana terlalu dalam dan mungkin sampah2 termendap di dasarnya. Dapatkah anda bayangkan keindahan persekitaran sungai ini.....eekekekeke
Setelah sampai, saya pun segera terjun ke sungai, tempat ni org tak biasa pegi sebab merbahaya. saya pun berenang ke kawasan air yang dalam untuk duduk kat batu seberang sungai. adik saya pun naik ikut gak. bila dia hampir sampai kat batu tu, dia tak leh naik. jadi saya pun turun kembali dalam air dan suruh dia patah balik ke seberang yg lagi satu.
Malangnya, adik saya tak leh nak keluar daripada dkawasan air yang dalam tu. terpaksa lah saya menolongnya, tapi saya sendiri pun tak leh nak jejak dasar sungai dan tak leh nak lonjakkan badan dan berenang ke kawasan yang lebih cetek.
pada ketika itu, saya terfikir, mungkinkah saya dan adik saya akan jadi mangsa lemas seterusnya yang sering diperkatakan orang. tapi saya menguatkan tekad dan azam(chewah! tapi sebenarnya, saya takut mak saya marah) untuk menyelamatkan adik saya (kalau adik saya meninggal dan saya lak hidup, tentu mak dan abah saya salahkan saya sbb saya yg bawak adik saya gi situ). saya pun berusaha sedaya upaya melonjakkan adik saya keluar daripa kawasan bahaya tersebut sambil menjerit pada adik saya " berenang! berenang!" (adik saya tak brapa pandai berenang).
setelah berkali kali saya menolak tubuh adik saya ke kawasan cetek (seluruh tubuh saya berada dalam air), akhirnya adik saya terlepas dari lingkungan air tersebut dan berjaya berenang ke tepian.
kemudian, barulah saya cuba menyelamatkan diri saya pulak...puas saya melonjakkan badan dan cuba keluar ke kawasan yang cetek, tapi saya tak berjaya kerana air terlalu dalam dan seperti ada sesuatu yg menyedut kaki saya daripa keluar dalam lingkungan air terbut (mungkin air pusar)
akhirnya, saya berjaya menyelamatkan diri saya sendiri tanpa bantuan penyelamat lain (manusia la). dan saya idup sampai ari ni dan dapat menulis catatan ini.......ekekekeke
95806 |
Dipos oleh sofeanny at 10:06
|
Nak kata apa2? [0]
weblog sofeanny
Dasatnya.....masa saya bukak weblog ini cuma ada 0 pembaca. saya sendiri pun tak dikira....kesian.
95801 |
Dipos oleh sofeanny at 9:56
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, March 18, 2004
Nelayankah aku?
Masa bebudak dlu, saya slalu gi memancing ngan sepupu2 saya yang semuanya lelaki. seronoknya tak terkata. pekara pertama yang kami buat adalah mencari cacing tanah kat belakang umah berdekatan dengan longkang.
Pancing pula slalunya dibuat oleh abah saya menggunakan buluh sahaja dan pakai tali tangsi (yang biasa orang buat perambut tu). mata kali lak beli saiz yang kecik skali, sebab kalau guna yang besar, alamatnya tak dapat ikan la, sebab kat sungai (longkang kut)belakang umah saya tu mana la ada ikan yang besar.
Selalunya, saya pergi memancing dengan Abg Lan yang jauh lebih tua daripada saya (kira2 6-7 tahun), selalunya menurut petua org tua, kalau nak memancing mesti senyap, tapi sepupu saya ni mmg minat sangat menyanyi terutamanya lagu2 dari kumpulan yang popular pada ketika itu, Alleycats.
Sepanjang memancing tu, semua jenis lagu Alleycats dinyanyikannya, suara dia mmg mirip sangat ngan nyanyian drp kumpulan tersebut, malah sepupu saya ni berkulit agak gelap sebab sebelah ayahnya berketurunan mamak, manakala mak dia, kakak kepada ayah saya.
Yang peliknya, walaupun dia menyanyi dengan begitu kuat sambil bergendang menggunakan tin susu DUmex, hasil tangkapannya mmg sangat banyak berbanding saya. sehinggakan membuat saya jeles.
saya pernah jugak gi memancing sorang2, dan saya cuba jugak menyanyi, malangnya suara saya tak semerdu Abg Lan, jadi hasil tangkapan saya tak de lansung.
Tapi pernah satu ketika, sewaktu saya memancing berseorangan, saya berasa tersangatlah boringnya, lalu saya teringat sebuah cerita dalam buku antologi cerpen kepunyaan kakak saya. Saya tak brapa ingat tajuk buku tersebut, tapi saya sangat ingat ceritanya yang berkaitan dengan sebuah sungai yang dituba dan bagaimana kehebatan seekor ikan haruan diceritakan dalam cerpen tersebut.
sewaktu saya tengah sedap berangan angan sambil mengingat kembali jalan cerita tersebut, tiba2 pancing saya ditarik2 ikan, setelah bersusah payah, saya berjaya menaikkan seekor ikan keli yang saiznya agak besar. saya masih ingat sangat peristiwa itu sebab itulah ikan yg paling besar yang dapat saya tangkap pada ketika itu (waktu sekolah rendah).
95537 |
Dipos oleh sofeanny at 8:28
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 17, 2004
ramainya org kawin hujung minggu ni
kawan saya yang comel akan bernikah hujung minggu ni. "TAHNIAH KAK DOH". ekekeeke.
kak Doh telah meminta saya mengagihkan dua tiga kad jemputannya kepada rakan2 seopis saya. tapi saya telah terlupa dengan amanah itu hari ini. minta maaf yer kak Doh (like play doh). tapi saya dah menyampaikannya secara lisan. mungkin jemputannya telah diterima, cuma jalan nak ke rumah kak Doh jer lah yg mereka tak tau. mungkin besok saya akan mengedarkan kad2 tersebut. p/s: kak doh jangan risau, saya ader dengar mereka dah mula nak sediakan hadiah perkahwinan untuk kak doh.
95339 |
Dipos oleh sofeanny at 10:25
|
Nak kata apa2? [4]
Tuesday, March 16, 2004
hari yg memenatkan....
hari ni agak bz di tempat keje. nasib baik tak terpilih.....ekeke...kalau tidak nahas...
smalam, perabut baru yg dibeli dah sampai, tapi punya la lewat, dekat jam 7.00 mlm baru la lorinya sampai. dah tu, cermin sebelahnya dah pecah, cerminnya pulak jenis yg berdekorasi (bukan yg biasa), tokey nya pulak kata, dah tak de stok nak ganti cermin tu, mungkin ganti dengan cermin biasa sahaja dan sebahagian kecil duit yg telah dibayar akan dikembalikan.
saya bersetuju sahaja kerana saya minat sangat ngan almari perhiasan tu. tapi tanpa kehadiran cermin tu,janggal rupanya. tapi tak per lah, dapat duit balik, dah kira ok la tu.
malam semalam, dah letak pinggan mangkuk dan perhiasan lain dalam almari tu, dan dah letak lampu sekali.emmm...cantik sekali....ekekekke
punya la penat menghias, sampai tertidur depan TV dan tersedar jam 2.30 pagi. bangun sekejap dan selesaikan apa yg patut. kemudian sambung balik tidur depan TV, tak yah tidur kat bilik (kat tingkat atas), tidur kat atas karpet pun ok gak.lena sampailah pagi dan gi kerja.kalau tak gi kerja, rasa serba tak kene. saya ni jenis org yg kene gi kerja, walaupun tak buat kerja.
jadi, sebelum pencen ni, saya kene merancang apa yg saya nak buat bila dah sampai umur 55 nanti, mungkin berniaga kut. sekarang ni pun ada kawan yg ajak bukak kedai jahit, namun masalah utamanya ialah.......saya tak pandai menjahit, setakat nak menjahit baju koyak ke, butang ke...bole la...cemana nak bukak kedai jahit??? kene amik kursus dulu kut. tapi dah tua2 ni, ilmu susah nak lekat.
95174 |
Dipos oleh sofeanny at 12:10
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, March 15, 2004
jam 3.38 petang hari isnin...499
95034 |
Dipos oleh sofeanny at 15:31
|
Nak kata apa2? [0]
masa nak gi makan...
dalam perjalanan kaki menuju kedai makan (setelah kete di parking), saya terlalu depan sebuah kedai perabut. nampaknya cam stok baru sampai.
macam macam ader. jadi tertarik untuk pegi melihat2, tanya2 dan lihat lagi. pastu bertanya cara bayaran: " bole pakai kad kredit ke"....nyonya tu jawab bole....visa bole, mastercard bole....
hasil jawapan drp nyonya itu telah berjaya menambahkan lagi utang kad kredit saya kat bank.
saya telah membeli sebuah almari (nak letak pinggan mangkuk: macam la banyak sangat). walaupun almari tu, salah satu cerminnya pecah (nyonya tu janji nak gantikan), tapi warnanya sesuai dengan hiasan dalaman umah saye (alasan nak beli) dan harganya berpatutan.
jadi dengan itu, bertambah la lagi sebuah perabut dalam umah saya dan juga bertambah lagi utang saya. saya rasa kat tempat saya kerja ni, saya la yg paling banyak kad kredit (utang)....ekekekeke...
nasib baik ada org volunteer nak bayar.......bertuah badan!
95015 |
Dipos oleh sofeanny at 13:32
|
Nak kata apa2? [2]
kenyang lak...
saya dah makan
94994 |
Dipos oleh sofeanny at 12:24
|
Nak kata apa2? [0]
laparnyer....
eiii, skang ni dah 10.36 pagi, tapi lum sarapan lagi.(bz menaip weblog) kalau tak sarapan, lapar pulak rasanya.ingatkan tak lapar.
tak per la, tunggu jer makan tghari sekali. jimat duit. lagipun ni kan dah nak ujung bulan. duit dah tak brapa ada dalam dompet. yang tinggal cuma syiling-syilingan.
hari jumaat yg lepas, ader gi ke pizza hut, makan pizza la ngan driver, tapi tak abis. jadi bawak balik. semalam bukak peti sejuk, terjumpa pulak pizza tu, panaskan dalam oven dan makan, ekekekke....jimat. (nasib baik elok lagi dan yg penting skali...masih sedap)
hmmm, sekarang ni banyak restoran makanan segera mengadakan promosi harga murah.....agaknya menyambut karnival membeli barangan tak perlu dan membelah dompet(mega sale).
hari ni nak ceritakan ttg makanan sempena meraikan rasa lapar.
pernah tak makan buah delima? buah favourite saya ni.....ekekeke. ada la satu pasaraya kat tempat saya ni, sentiasa ada jual buah delima, tak kira musim. murah lak harganya. jadi setiap kali pegi ke sana, saya mesti beli buah delima 3 biji.(makan sikit2 ngan driver)
masa adik saya duk serumah ngan saya dulu, dia tengah mengandung. saya lak penah dengar petua org lama, kalau nak anak comel makanlah buah delima. jadi saya beli buah delima dan suruh la adik saya makan.
sekarang ni adik saya dah bersalin, anaknya pun dah 8-9 bulan umurnya. mmg anak sedara saya ni comel sangat. kebetulan la agaknya sebab makan buah delima, tapi adik saya ni pun comel gak an hubbynya bole tahan......tu sebab kut anak dia comel. jadi sesiapa yg tengah mengandung tu try la makan buah delima...ekekeke...tak salah kita berikhtiarkan..???
ermmm.....nak makan apa tghari ni...ekkk???
94968 |
Dipos oleh sofeanny at 10:47
|
Nak kata apa2? [1]
e-mail dr kawan....
Umur dan Roh
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu..... 1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin ...besarkan anak..
1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah anak...tambah padang golf...lepas tu...mati...lepas tu ........
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...
Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
94957 |
Dipos oleh sofeanny at 9:47
|
Nak kata apa2? [0]
Saturday, March 13, 2004
belajar rajin-rajin
semasa SRP (zaman saya bukan PMR, bukan juga LCE) saya rasa mudah sangat menjawab soalan, tak yah baca guna pemikiran pun dah boleh jawab (blagaknya), masa tu, otak senang sangat nak berfikir, maklumla...tak banyak lagi dosa...jadi pelajaran senang je masuk, pas tu senang je nak proses.
pas tu kene amik SPM pulak, cikgu selalu cakap SPM tu peperiksaan yang paling penting dalam kerjaya sebagai seorang pelajar. saya tak brapa percaya. tapi setelah melaluinya sehingga ke hari ini, mmg betui la cakap cikgu saya, SpM mmg sangat penting, nak masuk blaja, nak mintak kerja dan lain2, mmg penting sangat.nasib baik masa umah saya ditimpa banjir , sijil SPM saya selamat.
semasa amik SPM, saya rasa susahnya soalan2 dia berbanding SRP dlu, cuma BIO ngan Geog je tak payah baca, yg lain semua kene baca. pada masa tu, saya telah berjanji dengan diri saya, saya takkan sambung belajar lagi. saya dah muak kerana terpaksa berusaha bermati matian untuk menjawab soalan SPM. sewaktu percubaan, saya dapat keputusan yang tak begitu membanggakan. nasib baik la bila keluar keputusan sebenar lebih baik sedikit daripada keputusan peperiksaan percubaan.
tapi sampai sekarang, saya tak suka tengok berita dalam TV bila keputusan SPM keluar, saya sakit hati tengok bebudak tu cakap memacam, "saya belajar pada larut malam", "saya bangga anak saya dapat 20 A" dan paling saya menyampah sekali " saya buat jadual, dan saya mematuhi jadual yg saya buat"
selepas SPM, saya kerja macam2, ada skali tu, saya kerja kat satu kedai makanan segera tempatan ni, masa tu saya keje ngan kawan saya. saya amik shift malam, kawan saya lak shift siang.
masa keje kat situ, amboi, ramainya org ngorat, tapi tak leh layan sbb nanti spy spy abah saya tau.....dia org tu slalu buat laporan lisan kat abah saya.
mula2 keje kat situ best. pastu tokey dia mula la buat perangai. kebetulan masa saya keje kat situ, rayer cina pun menjelang. ramai la pelanggan cina datang. diorg ni suka kasi duit lebih....kira keep the change la......, kawan saya ngan saya punya la gembira.
rupa rupanya riak gembira di wajah dan di kocek kami dapat diperhatikan oleh tokey kami, dia naik jeles la, sebab kami dapat duit banyak. dia tak puas hati. lalu disuruhnya saya ni membasuh pinggan sajer kerjanya. naik mengelupas tapak tangan saya dibuatnya.
setiap kali amik pesanan di suruhnya kami tapi bila nak amik bayaran (bukan self service), cepat2 dia berlari sbb takut kami dapat tips. walaupun ader satu pinggan kat sinki, disuruhnya kami basuh. sebelum tu, dia ader cakap, tak yah basuh slalu, nanti tangan sakit. ececey....
saya tak leh tahan dah ngan perangai tokey tu dan adik perempuannya yang lagi teruk perangai drp tokey. saya hempas pinggan kat sinki untuk menunjukan kemenyampahan saya terhadap tokey (amaran: jgn cuba di rumah). dia pun tegur saya, lalu saya dengan jayanya telah meluahkan ketidakpuasan hati saya. selepas tu, saya cpat2 suruh abah saya amik saya balik. tokey kata, mana leh balik awal. saya jawab, boleh....dan saya terus blah ngan abah saya. saya berjanji, esok saya tak kan gi kerja dan nak mengadu ngan awan saya yg keje shift siang.
esoknya, pagi2 buta lagi saya dengar ada org beri salam, rupa rupanya kawan saya datang dan bagitau dia pun dah marah tokey dan nak berenti keje. tak sempat lagi saya cerita apa2 ngan dia, dia dah amik tindakan sama ngan saya. saya cakap kat dia ....TAHNIAH, aku pun sama ngan kao.....pas tu kitorg gelak sesama. skang ni kawan saya tu dah penah jadi pengacara TV dan ader keje yg best la jugak (tapi tak sebest saya.....ekekekekeke) .
lepas kejadian yg memarahkan tu, dengan bangganya kitorg gi ke kedai tu semula dan mintak gaji kitorg....dan sebelum blah...kawan saya ajak saya berdoa supaya kedai tu bangkrap (tapi berdoa utk pekara baik jer kan....ok la tukar perkataan...berharap). tak lama pas tu, kedai tu pun bangkrap la......sbb utamanya saya rasa kerna sikap tokey tu...yg tah apa2. kah kah kah...rasakan.
sambung blaja
bila result keluar, abah saya suruh saya masuk tingkatan 6, saya tanak blaja dah, tapi dia paksa gak.terpaksa la saya gi, susahnya blaja tingkatan 6 ni, first time saya kene balaja sensorang, pas tu kene buat keje umah sendri2 (dlu masa kat hostel tiru kengkawan je). masa tu saya rasa nak melarikan diri jer. bila dapat jer tawaran sambung blaja, cepat2 saya gi (walaupun sebelum tu saya dah janji tanak sambung blaja.
satu ari tu, saya balik umah mak ngan abah saya (cuti), mak saya kata ada menda dia nak kisahkan pada saya. cara dia cakap cam penting je. saya pun membuka ruang telinga untuk mendengar dengan jelas apa yg ingin diperkatakan oleh mak saya.
mak saya kata, masa saya gi blaja, ada org tanya kat dia, leh tak nak meminang saya. (merisik la kononnya) mak saya pun jawab: "dia blaja lagi", maknanya tak leh la tu. saya punya la bengang (dalam hati, tak leh tunjuk, nanti mak kata "gatainya anak aku ni"). patutnya mak saya terima jer la. tak yah saya susah2 blaja.ekekkeke......tapi kat mulut, saya cakap kat mak saya, "ok la tu".
saya bukannya nak kawin sangat (tak kenal pun org yg nak meminang tu sampai sekarang), cuma kalau ader org meminang ....tak yah la saya blaja...ekekeke.....
tu la, adik2 yg belum sambung blaja lagi jangan ikut perangai akak...tak baik....ekekekek.....mesti blaja rerajin....jangan asik ingat nak kawin ajer...!!!
94687 |
Dipos oleh sofeanny at 9:48
|
Nak kata apa2? [1]
Friday, March 12, 2004
tugas sbg seorang ketua
punya la banyak saya buat jadual ari ni, mesti yg nama naik dalam jadual...buat muka menyampah ajer.....tapi kene ikut la kan....ekekeke
masa blaja dlu, saya slalu buat cemacam jadual .......bila dah siap, sehari dua jer ikut, pas tu jadual kemana, saya pun tah ke mana.
saya buat jadual supaya saya lebih rajin blaja, tapi kalau dah tak rajin tu...tetap tak rajin.
94529 |
Dipos oleh sofeanny at 12:45
|
Nak kata apa2? [0]
setiap Jumaat.....
saya akan beli berita harian sbb ader berita mengenai ikan. tapi ari ni punya tak best aaaa....asik citer pasal pertandingan ajer.
masa blajar dlu, saya kumpul setiap keluaran. habis blajar....tah kemana peginya keluaran2 yg saya simpan tu.
yang tinggal cuma keratan2 surat khabar dan majalah (gambar2 org) yang masih saya simpan dlm fail, kononnya saya nak melukis gambar2 tu, tapi sampai sekarang tak lukis2 lagi, tak tau la bila nak melukis balik....tunggu pencen kut....
94518 |
Dipos oleh sofeanny at 11:27
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, March 11, 2004
aiseh....
nanti2 la...baiki lagi....
94306 |
Dipos oleh sofeanny at 10:59
|
Nak kata apa2? [0]
sedih
smalam, template saya rosak......ekekekeke....terpaksa la tiru org punya dlu.....nanti la buat balik ....emmmm...cian kat saya
94288 |
Dipos oleh sofeanny at 9:33
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 10, 2004
10 57 pagi hari rabu
94054 |
Dipos oleh sofeanny at 10:51
|
Nak kata apa2? [0]
naik bas kat Larkin....
cakap pasal raya, saya teringat masa saya keje kat Johor dlu. masa tu nak dekat raya (bulan posa la).
saya pun gi la Larkin sbb nak bli tiket balik raya takut jadik macam masa duk kat KL, beratur punya la panjang. tapi rupanya, Larkin tak macam tu.
tapi saya carik gak tiket, dan berjumpa la dengan sorang pak cik ni, dia tanya saya nak bli tiket ker...pas tu dia gi kat kaunter, bagi saya tiket, saya pun bayar la. pas tu saya tanya dia....confirm ke ader bas ni? confirm dia kata...saya rasa tak sedap hati...tapi saya kene beli gak tiket tu pasal saya tak leh slalu dtg Larkin.
pada hari yg dijanjikan untuk saya balik beraya ngan mak abah saya, saya pun gi la ke Larkin (waktu malam) naik teksi (dah la tambang mahal).
punya la ramai manusia kat stesen bas tu, saya pun pegi la ke kaunter utk amik no bas, bila sampai kat kaunter, org tu kata dia tak de bas cam dalam tiket saya tu. alamak....nampaknya saya dah kene tipu....rasa cam dalam Tv plak.....org kat kaunter tu tanya ingat lagi tak muka org yg jual tiket tu kat saya. saya cakap ingat. pas tu saya pun round satu stesen bas utk carik pak cik jahat tu. tapi malangnya saya tak nampak dia sbb org ramai sangat.
saya pun gi kat kaunter lain dan tanya ada tiket lebih tak. org tu jawab "ada, tapi adik ada duit ke', saya cakap tentu la ada (masa tu saya baru dapat bonus). akhirnya dapat jugak saya balik umah mak abah saya. tapi masa dalam bas tu, ada sorang penumpang tu tanya saya, berapa saya bayar untuk tambang saya cakap la, rupa2nya dia bayar lebih RM10 drp saya utk destinasi yg sama. kesimpulannya, mmg banyak berlaku penipuan kat stesen bas Larkin ni.
masa saya duk KL (org cakap KL banyak penipu), tak de pun pekara cenggitu berlaku. kat Penang, Ipoh pun tak de.
selepas habis beraya, saya pun balik bekerja smula. sebulan pas tu saya berenti keje dan saya balik hometown saya. masa nak balik tu sekali lagi saya gi Larkin utk beli tiket.
kebetulan saya bertemu semula ngan pak cik jahat tu.
soalan pertama yang saya tanya kat dia, " Encik kenal saya lagi tak?' dia diam ajer. pas tu saya kata ingat tak hari raya nan lalu, encik dah menipu saya, "
dia jawab " kawan ada kat stesen bas tunggu awak". saya kata, saya dah carik dah, tak de pun. daripada muka dia yg nampak sangat bersalah tu, saya tau mmg dia tu nipu saya.
pas tu saya pun mula bercakap (membebel sebenarnya)" macamana Encik boleh jadik tak bertanggungjawab cam ni, nasib baik saya ni bekerja (dgn lain maksud= manyak duit kononnya la), kalau saya ni pelajar, apa nak jadik ngan saya malam tu, cuba encik pikir skit, macamana kalau kejadian ni berlaku kat anak encik sendiri?? cuba encik pikir?" pak cik jahat tu diam ajer.
pas tu dia kata, " ok la, kawan bayar separuh duit awak, kawan mintak maaf", sebenarnya saya tanak dah duit tu (saya sakit ati), tapi sebab geram, saya amik gak duit tu (sepatutnya dia bagi semua, tapi saya malas nak membebel lagi ).
selepas amik duit saya bagi kata kata terakhir kat dia...."lain kali encik jangan buat lagi" (saje jer, kengkonon hebat la kan, tapi sebenarnya dah tak idea nak membebel lagi). kemudian pak cik tu angguk ajer.
saya pun balik umah mak abah saya dan tak pernah dtg Johor lagi sampai la skang. mungkin tahun ni nak gi Johor () gi umah org kawin, tapi tanak naik bas dah, naik kapal laut lak...
94022 |
Dipos oleh sofeanny at 8:56
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, March 9, 2004
lawak diekstrak dari email seorang rakan
KISAH DI SEBUAH KLINIK
Seorang pemuda pergi ke sebuah klinik. Waktu dia nak masuk ke klinik tu tiba-tiba keluar seorang wanita yang sedang menangis teresa-esak. Pemuda tu tanya pada wanita tu. "Kenapa cik menangis"?. Wanita tu kata..."Saya datang untuk ujian darah. Sewaktu doktor tu nak ambil darah dari jari saya, dia terpotong hujung jari saya nie..." (sambil menunjukkan jarinya yang luka).
Tiba-tiba lelaki yang bertanya tu menangis dengan kuat. Wanita tu terpinga-pinga. Dia pun tanya la pada laki tu...."Kenapa awak menangis"? Laki tu pun menjawab...."Waaa...saya datang untuk ujian air kencing"......wanita tu terdiam.... alamak.....
MUNGKIN SATU KEBETULAN 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua! Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. "Saya bekerja di Twin Star Enterprised". Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!". "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua.
"Saya kerja di 3M Corporation".
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ketiga, "Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel!" Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,
"Saya bekerja di Seven-Eleven"
MALU SEMALU-MALUNYA
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru. Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap-luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya dia...!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya, ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya... stationerynya la... tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!!
Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang nie. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk.. masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar besar...juta juta...pura-pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah...sibuk sikit... maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar... kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??!! Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...boss...saya ni dari Syarikat Telekom ...datang nak sambung wayar talipon...!! Agak korang laaa...camana eh reaksi pemuda tu...kalau lah kena kat aku...bengang beb... MALUUUUU...semalu-malunya!!!!!!!!!!!! Tak sanggup tengok muka mamat Telekom tu.....Gerenti kengkawan dia berdekah-dekah tergelak bila diorang dengar cerita mamat tu.. So, ingat tu..jangan bohong, jangan berlagak. Ok, tu jer...wassalam
93906 |
Dipos oleh sofeanny at 16:14
|
Nak kata apa2? [0]
aaaa....200 kali dah org mai sini
93898 |
Dipos oleh sofeanny at 15:26
|
Nak kata apa2? [0]
akak hebat....(mengumpat)
ada la sorang akak ni, dia kan senior la.....degree pun dari ober-cees, cakap omputih memanjang.....bagus la tu, menyahut seruan kerajaan. pandai cakap dan baca omputih....maknanya lebih berilmu la...cam akak ni la...
aiseh.....akak ni, Sarjana Tua (master) pun ni dah ader, hebat aaaa.....
tapikan..... ada ke patut dia bagi keje dia kat saya. aiyok...ini suda melampau.....tak patut ma...cik (cakap macam iklan teksi tu).
dah la taun lepas dia buat hal ngan saya (tuang keje), saya buat tak tau je, sbb dia bagi alasan yg memaksa saya mengaplikasikan sifat bertimbangrasa saya. tapi taun ini tidak lagi.....saya tak kan kasi can lagi.....senior ke, pangkat besar ker...saya pedulik apa....keje sendiri, sendiri musti buat!
tindakan yang saya ambil kali ini, ialah dengan menghantar kembali kerja2 yg perlu dibuat ke biliknya (melalui org perantara) dan menghantar e mail amaran versi sopan kepada dia yg buat akak meluat.......
saya ni bukan tak biasa marah org atasan. dah biasa dah. sebelum dia marah saya, saya marah dia dulu.
dlu masa saya keje kat JB...ada la sorang manager berbangsa Melayu (ada 2,3 manager = Cina, India, Jepun). dia ni, sana sini bawak beg UKM (nak tunjuk dia blaja kat U la tu), umur lebih kurang 35 - 40 thn. berpewatakan hebat, skema, serba tau dan sentiasa nak memajukan syarikat (kononnya).
dia ni ari2 memberikan arahan terlampau (arahan yg dia rasa leh buat tapi dalam dunia biasa sebenarnya tak leh buat). saya bengang sebabkan nak menurut arahan dia, org bawahan saya lak menyusahkan saya.
jadi, saya terpaksa nasihat dia (marah sebenonya) tentang tindakannya yg tah apa apa tu (saya berani marah dia sbb saya dah dpt keje lain.....ekekekkeke ). saya tak peduli dia nak marah saya balik ker, nak repot kat Pengarah Urusan ke dan lain lain lagi. masa tu saya btui2 muak dengan arahan2 dia.
tapi yg terjadi sebaliknya pulak, saya tak sangka dia menerima amarah saya dengan tenang dan mula berubah. akhirnya, saya dan rakan sekerja yg lain mendapat manafaat drp tindakan saya. sejak itu kami dapat bekerja dengan tenang dan bahagia, tanpa mengganggu prestasi dan keuntungan syarikat.
tapi saya berenti jugak keje kat situ....
moral yg boleh diambil drp cerita saya ni......try la marah boss anda skali skala.....(itupun kalau anda pikir anda betul dan setelah buat kajian menyeluruh)
93883 |
Dipos oleh sofeanny at 13:48
|
Nak kata apa2? [0]
swimming lagi....
ekekeeke (belum mula tulih dah ketawa)....tadi ader kawan ajak gi swimmin' lagi petang ni. eiii...bestnyer....
dah lama sungguh saya meninggalkan bidang ni. bidang ni kan penting, dalam Islam pun digalakkan kita belajar berenang.
sebagai seorang pemancing pro (perasan), saya kene tahu jugak berenang, mana la tau, kut mata kail tersangkut ke...pancing dilarikan ikan ker, terjatuh dari tebing atau bot ditarik ikan ke....kene la tau berenang sikit2...buat menyelamatkan diri (saya pernah hampir lemas beberapa kali)
masa saya blaja dlu (saya malas blaja), saya slalu ponteng kuliah sbb gi kolam renang, pagi, petang, siang, malam....muka saya jer kat kolam tu, sampai pekerja yg bertugas kat situ kenal saya dan pas tu dia ngorat saya plak(memula dia bagi tiket free, pas tu ajak keluar lak).
saya ader geng yang berminat berendam lama2 kat kolam ni. kitorg buat macam2 aktiviti seperti berenag berganti2 (macam 4X100m), gimrama (cipta sendiri) dan juga mencipta berbagai gaya renang(renang beruang, kupu2 cacat dll lagi).
pergi ke kolam renang ramai2 ni seronok, so saya memperdaya lebih ramai kawan2 (ahli baru) untuk pergi ke kolam renang bersama saya. Ramai rakan2 menggelar saya presiden kelab renang bagi pelajar wanita pada ketika itu (ngutuk saya sebenarnya).
selalunya saya akan mengajar ahli baru ini asas2 berenang (walaupun saya sebenarnya pun tak pandai, so buat2 pandai la). tapi yg tak syoknya ahli baru ni gabra, baru tak jejak dasar kolam skit, dah ingat nak lemas, pas tu apalagi, bagi menyelamatkan diri mereka, saya lak yg jadi mangsa lemas (nasib baik pajang umur).
jadi, saya tanak ajar org berenang lagi. Lu blajar sendri la....(kalau bayar ok la)
93852 |
Dipos oleh sofeanny at 11:42
|
Nak kata apa2? [0]
naik pangkat
semalam saya dapat surat perlantikan sebagai Ketua ****** *******.
chey...bukannya best, menambahkan kerja lagi ada la. kalau naik gaji tak per gak. kalau nak gaji naik kene tunggu bulan 7 kut.
diorang kat sini malas ni. tu yg suruh saya tu. dlu lantik saya jadi Penyelia ****** la. saya buat tak tau je. last last terpaksa diorang buat keje sendri.
tu la org lelaki kat sini, ramai yg pemalas (kat tempat lain rajin kut ramai), tanak buat keje. suruh kita lak. org lain dapat nama.
kali ni terpaksa la menurut perintah. tak leh nak lari dah. petang ni ader meeting. aiyok....kene bawak tisu bebanyak la nampaknya. (sebab nak lap air mata yg keluar sewaktu menguap nanti dan nak lap ingus)
93811 |
Dipos oleh sofeanny at 9:14
|
Nak kata apa2? [3]
Monday, March 8, 2004
Area
saya paling suka tengok program Area kat TV9.pukui 3 ptg hari ahad kene la balik umah tengok Tv. semalam terpaksa la bergaduh sebab ada org asik nak main game guna TV.
93661 |
Dipos oleh sofeanny at 12:56
|
Nak kata apa2? [0]
HEADSET
ari ni baru la dapat headset untuk komputer ni. sebelum ni kalau guna video conference, suma org dengar apa yg di cakap...skang ni bole la....ehem ehem......
memula dapat headset ni suma org nak try......cemacam gaya...macam j###n pun ader...ekekeke
dlu masa memula pasang webcam pun cenggitu gak.....setiap ari nak tangkap gamba, pas tu jadikan background, ari2 tuka. naik muak lak tengok muka diorang kat komputer, ada cemacam posing (termaksuk la saya).
pas tu guna video conference hari hari call sana call sini. skang ni nak switch on pun malas. kalau on pun tak de saper nak call dah. nak arap boss-boss call, tak de la. agaknya nak dail pun tak tau. pas tu blagak, tanak blajar. (kalau ajar pun tak paham2, buat buang air liur= sejenis antiseptik(berharga))
headset ni pun nasibnya cam tu la jugak di kemudian ari. lagipun tak praktikal lansung bila guna speech tools....lain di cakap lain plak di tulihnya. rasanya dia ni boleh diguna dalam bilik kedap bunyi jer, idakpun dalam balang kedap udara. kalau opis bising cenggini, alamatnya komputer tu buat blog sendiri la.
93657 |
Dipos oleh sofeanny at 12:38
|
Nak kata apa2? [1]
Sunday, March 7, 2004
saya terpaksa main permainan yg di tawarkan dalam internet untuk mengisi masa lohong saya sebab saya dah abis baca semua entry weblog yg menarik.
jum la main skali ngan saya
1. lombong permata
2. kobis bunga
93493 |
Dipos oleh sofeanny at 12:35
|
Nak kata apa2? [1]
ahad...11.09 pagi
saya telah berjaya pula datang ke opis pada hari ahad. hari ni adalah Ulangtahun yg kedua yang mesti diingat. cakap pasal ulangtahun ni saya teringat 1 peristiwa di bulan puasa.
masa tu saya mula bekerja disuatu tempat tu, saya pegi keje dan balik keje naik basikal (sbb saya tak de lesen walaupun lesen L). kebetulan saya kene melalui satu kawasan perkampungan pinggir bandar yang penduduk majoritinya Melayu dan majoriti anak2 penduduk di situ mengambil najis dadah sebagai mangkin peransang aktiviti aktiviti mereka.
pada suatu petang yang panas terik saya pun mengayuh basikal dengan lajunya untuk sampai ke rumah sewa saya secepat mungkin. saya akui kelalaian saya menjadi penyebab kepada peristiwa ini berlaku. saya meletakkan beg tangan saya di dalam bakul dihadapan basikal saya. sewaktu saya melalui sebuah bonggol di hadapan sebuah masjid, sebuah motosikal menghampiri saya dan dengan mudahnya penumpang belakang motosikal itu mencapai beg tangan saya dan memebawanya lari.
oleh kerana cuaca hari tu panas dan saya pula memakai contact lens bukannnya spek spt biasa, jadi saya tak dapat melihat wajah perompak itu dengan jelas apatah lagi no plat motor tersebut.
setelah menyedari beg saya diragut, saya dengan sekuat tenaga telah mengayuh basikal saya untuk mengejar kedua perompak tersebut. Yang kelakarnya, kedua dua perompak itu memecut motor mereka dan memandang ke arah saya dengan muka cemas....sepertilah saya ini dapat nak mengejar mereka dengan basikal saya. Mungkin mereka tak brapa mahir lagi dengan kerjaya yg mereka ceburi itu. Yang dapat saya ingat pada kedua perompak tersebut ialah mereka memakai baju pagoda putih dan berbadan kurus shj.
dalam peristiwa yg best itu saya telah kehilangan wang tunai kira2 RM400 (slalu saya bawak gi keje RM10 aje, kebetulan ari tu saya nak bersedekah kat penagih dadah kut,jadi saya terbawa duit dalam jumlah yg banyak), sebuah handphone dengan jumlah credit RM100 (prepaid), cermin mata, buku bank, kad bank, duit syiling (ekekkke), tisu, bedak, lipstik, beg duit beserta IC, passport, kad2 keahlian, beg tangan (mak saya punya, sampai sekarang tak ganti lagi) dan paling sedih sekali, saya kehilangan no tepon seseorang yg nyaris2 nak jadi boipren saya.(isk isk isk). Yang best sekali saya tak dapat ingat lansung kombinasi no tepon org tu, sampai la sekarang. aku merinduimu......(nyannyi dalam irama sebuah iklan)
beberapa minit selepas kejadian, saya menemui 2 org polis yg sedang meronda dengan motosikal, saya tunjukkan arah perompak2 itu melarikan diri. kedua2 polis itu pergi ke arah yg saya tunjukkan dan kemudian mereka kembali kepada saya dan bagitau mereka tak jumpa. (mmg la tak jumpa sbb round seminit.)
selepas itu saya terus ke balai polis berhampiran atas nasihat polis2 peronda tersebut.selepas tulis laporan, saya kene ayar RM2 untuk dapatkan salinan laporan.
selepas melapor di balai polis, saya pun balik umah sewa dan ambil duit yg ada dalam tabung dan pegi ke Pasar Ramadhan di depan balai polis dan membeli juadah berbuka puasa.
jadi apa apa pun, hidup messti diteruskan.......,
93474 |
Dipos oleh sofeanny at 11:31
|
Nak kata apa2? [0]
Saturday, March 6, 2004
trip memancing
teringat dedulu ngan geng2 pegi memancing ... kami pergi ke sebuah lombong tinggal untuk memancing ikan.siap bawak khemah dan beras dan lain lain lagi. sebelum sampai ke lombong tinggal yg sepatutnya, kami telah singgah ke sebuah lombong yang lain. dan kami telah pegi menjala kat lombong ni, tapi tak dapat ikan pun. kami nampak ader banyak kepah lombong dan kami pun masuk dalam lombong dan amik ngan tangan ajer. pas tu masak la kepah ni, nampak cam sedap je, tapi bila dah masak punya la liat dagingnya, pas tu tak sedap dan berbau lumpur. yg makan masakan tu cuma kengkawan yg lelaki jer la. bila sampai kat lombong yg sepatutnya, kami pun mula memancing. yang dapat cuma ikan tilapia hitam. tak de ikan lain. kami guna umpan cacing. agaknya kalau nak ikan lain kene guna umpan lain kut. sampai ke malam kami memancing, pas tu sorang demi seorang terlelap kat tepi lombong, yang tinggal berjaga cuma saya sorang, nasib baik tak de apa apa yg terjadi. bila malam, ikan tak brapa mau menjamah umpan. hasil tangkapan kami walaupun cuma sejenis ikan, tetap banyak. kami bakar ikan tu, masak nasik dan makan ramai2 kat tepi lombong.
pabila teringat trip memancing cam ni, teringin rasanya nak gi Pulau Sembilan kat Pangkor tu. diorang kata kat sana best.
kami penah gak gi memancng kat laut tapi kat pantai je. masa tu saya duk kat Penang, geng2 mancing sanggup datang dari jauh berjumpa ngan saya dan mengatur plan utk memancing di pantai Padang Kota. tempat tu saya yg cadangkan, pasal saya tengok petang2 ramai org mancing kat tepi pantai tu.
selepas berjalan2 kat Penang, kami pun mula memancing kat pantai tu waktu malam, tapi ikan yg group kami dapat cuma anak ikan gelama aje. org sebelah dapat ikan sembilang yg beratnya saya kira mencecah 1.5 kg. pas tu ada yg menjala kat tepi pantai tu, dapat ikan sembilang gak. rupa rupanya kat tepi pantai banyak ikan gelama ngan sembilang ajer.
sekarang geng memancing pun dah bubar semenjak saya bertukar kerja. masing2 buat hal sendri. ada gak terjumpa kadang2. tapi dah tak mampu berkumpul semula dan menjalankan aktiviti seperti dahulu. ada yg sibuk berniaga dan dengan urusan masing2.
sekarang ni cuma dapat memancing kat kolam berbayar ajer. kat tempat lain dah tak dapat pegi lagi.
mungkin satu hari nanti, buat kolam ternakan ikan sendiri dan memancing ikan dalam kolam tu, best gak kan. ataupun beli bot dan gi mancing dengan org yg sudi. paling tidak pun, kalau tak dapat mancing lagi, pegi pasar hari2 dan tengok ikan yg dijual kat pasar tu puas2......ekekkeke
93350 |
Dipos oleh sofeanny at 10:39
|
Nak kata apa2? [1]
hari sabtu...10 pagi
hari ni saya berjaya duk kat opis sorang2 pada hari sabtu, sejak beberapa tahun kebelakangan ni tak penah pun pi opis ari sabtu...this is the first time in 2004, 2003...2002 n so on..
93336 |
Dipos oleh sofeanny at 9:56
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, March 5, 2004
ari ni saya bersifat materialistik nampaknya....
mungkin simptom simptom (cemana ejaan sebenarnya?) selesema kot atau kesan sampingan ubatan yg ditelan.
93228 |
Dipos oleh sofeanny at 15:41
|
Nak kata apa2? [0]
baru balik dr guardian
pegi guardian kat Jaya JUsco dan membeli segala macam jenis ubat yang berkaitan sehingga habis RM50.
esok nak pi tengok bowling tournament dan pas tu nak gi swimmin'. jadi mesti sihat selalu. kang mencemar air kolam lak. kesian org lain.
semalam gi beli barang2 berkaitan renang2 habis lak RM238.98. ekekkeke.....sajer je mencatat kat sini. nanti bila ujung bulan bising duit dah abis...sila tengok bukti2 yg telah ditulis...jadi tak payah salahkan org lain. ekekekke....sendri bli...sendri tanggung...
93223 |
Dipos oleh sofeanny at 15:20
|
Nak kata apa2? [0]
selesema manusia
pepagi tadi, waktu saya seronook menaip..tetiba jer komputer ni mengada ngada nak hantar Error report, nak suruh tuka hd baru kut....idak pun simpan balik dalam stor...harap komputer je mahal (tujuh ribu lebih)...tapi cam...ampeh kelapa...tatak bole guna......terpaksa la saya menaip semula....
dari semalam sampai la ari ni saya dah dijangkiti selesema manusia....bukan selesema burung (agaknya la - tak pi klinik cek pun)
antara banyak2 penyakit, selesema la yg paling saya bengkerk sekali. pagi tadi rasa malas je nak gi kerja. tapi kalau tak nak gi kerja...kene gi klinik lak, kene ambil MC, kene isi borang itu, borang ini. leceh la. lagipun gi kerja, bukannya buat keje berat2, cuma duduk goyang kaki (yer la tu), pas tu naip naip skit dan pos kan kat weblog. sedar tak sedar nanti, dah sampai waktu punch-card.
walaupun selesema merupakan penyakit yang saya tak suka skali,.tapi sakit yg paling sakit pernah saya alami (sepanjang yg saya dah bole berfikir la) ialah akibat gigitan lipan (sengatan ker atau lain2).
kejadian berlaku beberapa tahun yg lampau, saya digigit lipan tepat pukul satu pagi dan pukul satu petang esoknya barulah sakitnya beransur ansur hilang. masa mula mula digigit, rasanya macam kene api rokok, tak lama pas tu mula berdenyut denyut seluruh badan...satu pagi saya tak dapat tido. dan yang paling best sekali, saya tak pegi pun klinik....
saya bukan takut nak gi klinik....tapi rasa cam masalahnya tak besar mana.....so tunggu dan rasa la sendiri.
93197 |
Dipos oleh sofeanny at 11:55
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, March 4, 2004
pakcik buat perangai lagi
masa kitorg tgh sedap2 makan, pakcik tetiba je menunjukkan sifat gila kuasanya.....nasib baik ader rakan sekaum dengannya telah memperli pakcik dengan jayanya.
akhirnya pakcik, terpaksa diam sambil menyumbat makanan yg disediakan ke dalam mulutnya untuk mencover malu.
**lupa lak nak memberi ingatan kat diri sendiri: ari ni letak counter (pagi 3 mac 2004)
93043 |
Dipos oleh sofeanny at 13:16
|
Nak kata apa2? [1]
ader jamuan ari ni...
ari ni makan free kitorg makan roti jala berkuahkan kari ayam (saya dan kawan saya dapat makan ayam banyak...sebab kitorg datang awal) ...pas tu ader mihun goreng...ader kuih lagi...popia, pulut udang, karipap dan kuih dadar manis......kitorg siap tapau bawak naik opis...save duit makan pagi ngan tghari.....ader tak yg meleleh ayaq liur...
92991 |
Dipos oleh sofeanny at 9:29
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 3, 2004
kemalangan di lebuh raya selenggaraan PLUS
hujung minggu lalu, saya melalui lebuh raya dr utara menuju selatan. waktu tu petang dan hari mendung. menandakan hujan bila bila saja akan turun. (dibaca dengan gaya pembaca berita TV1)
sampai di kilometer *** , berhampiran bandar Tapah, hujan turun dengan sangat lebat. dengan itu pastilah perjalanan tidak akan tersangkut oleh pemeriksaan Polis, JPJ atau yg lain2.
Namun, dari arah yang bertentangan kelihatan sebuah lori kontena menyalakan lampu kecemasan berkali kali. apakah maksud yg ingin di sampaikan oleh pemandu tersebut???........
driver terus berhati-hati dan memastikan tali pinggangnya terpasang begitu juga dengan penumpangnya. maklumlah persediaan sekiranya ada apa apa dihadapan. dan kenderann pun di pandu dengan lebih berhati hati.
lebih sekilometer kemudian, kelihatan sebuah kereta perdana terdampar di tengah tengah jalan dalam keadaan tercabut bumper dan lain lain lagi selayaknya kereta yg terlibat dalam kemalangan atau keterbabasan. hujan lebat telah menghadkan jarak penghilatan pemandu pemandu lebuh raya, dan sekiranya tidak berhati hati, bukan setakat perdana, lain2 pun mungkin terlibat sama.
tindakan pemandu lori menyalakan lampu kecemasannya telah berjaya mengelakkan saya dan driver daripada memasuki wad atau alam yg satu lagi.
selepas melalui kawasan kemalangan, driver telah menurut jejak langkah pemandu lori kontena, agar dapat memberi amaran awal kepada pemandu lain.
"PEMANDUAN BERHEMAT MEMBAWA BERKAT"
92835 |
Dipos oleh sofeanny at 13:35
|
Nak kata apa2? [0]
'bengkerk' betui! (jangan baca ni mengumpat)
saya bengang btui dengan salah sorang kakitangan kat tempat saya kerja ni. aiseh....dia ni dah dekat nak umur pencen, jawatan pun bole tahan la...
saya paham, org yg seumur dengan dia ni mmg la tak brapa ngam skit ngan komputer ni. saya pun bukannya mahir sangat, setakat tahu saja. saya telah download benda yang penting untuk kegunaan kerja, dan saya telah beri penerangan bagi memudahkan penggunaan, di samping itu saya juga telah memberi shorcut kepada benda yg di download tu.
tapi yg membuatkan saya bengkerk kepada pakcik ini ialah oleh disebabkan ketidakpandaian dirinya sendiri, dia telah menyusahkan saya, malah saya pernah terpikir nak campakkan saja komputer di biliknya tu ke dalam lombong. kalau dah tak tau nak pakai, jangan lah pakai. pakai mesin taip atau pen ke, pensel ker.
kalau tak pandai, kita blajar. kalau tak leh blajar gak, kita minta tolong. jangan la buat huru hara, sampai ke peringakat atasan. nanti kalau tersalah informasi, saya jugak yg susah.jaga kao pakcik......
92779 |
Dipos oleh sofeanny at 9:27
|
Nak kata apa2? [4]
Tuesday, March 2, 2004
mari mengundi hampir tiba
nampaknya demam pilihanraya semakin menular mengalahkan wabak selsema ayam yg agak glamer sedikit masa dahulu.
baru-baru ini 7 org gadis berusia 20-an telah mencium tangan saya, saya sudah hampir setahun tidak berjumpa dengan mereka ini. nampaknya saya masih diingati dan mungkin rasa hormat mereka kepada saya masih belum pudar lagi.
insiden 'salam dan cium tangan' ini menyebabkan saya teringat kepada: 1. Pilihan Raya yang hampir tiba (sbb saya terasa seperti YB yang melawat kampung bila nak dekat2 pilihan raya). 2. Hari Raya (slalunya anak2 sedara yg cium tangan bersebab-nak duit raya la) 3. usia yg semakin meningkat (agaknya lepas ni lagi ramai yg cium tangan sbb nak dapat berkat)
92610 |
Dipos oleh sofeanny at 11:27
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, March 1, 2004
memancing lagi
malam minggu nan lalu, saya mengunjungi semula kolam siakap untuk memancing ikan selain drp ikan siakap.
kedatangan saya ke kolam telah disambut oleh kucing yg sama (spt yg saya ceritakan pada Sunday, February 15, 2004). nampaknya dia masih ingatkan saya, mungkin kerana nasihat saya yg masih terngiang-ngiang ditelinganya yg comot. dia mengikut ke mana saja saya pergi. akhirnya saya menghadiahkannya seekor udang segar kerana kesetiaannya yg merimaskan itu.
kali ini saya menggunakan kail khas untuk memancing udang galah. sekiranya ada pemancing profesional yg membaca catatan saya ini, tentu mereka tahu rupa bentuk pancing ini. kepada yg tak tau, saya ceritakan sikit. hujung pancing ini agak lembut, jadi bila udang makan umpan senang lah nampak hujungnya meliuk dengan lembutnya, dulu saya pernah jugak terlibat dengan pemancingan udang ni, rekod terbaik yg pernah saya tempuhi bersama rakan ialah 77 ekor dalam masa 3 jam (kat kolam berbayar). rekod terburuk pula, cuma seekor dalam masa 3 jam.
berbalik kepada pemancingan saya di kolam siakap. saya masih menggunakan umpan yg sama (udang segar). tangkapan pertama saya pada hari itu, ialah seekor ikan lee koh yang berwarna emas seberat 300g. 2 minit kemudian, saya menaikan tangkapan kedua saya, seekor ikan tilapia hitam seberat 500g.
selepas itu, saya dapati pancing saya tidak lagi menjadi tumpuan ragutan ikan. saya menunggu selama lebih kurang 10 minit ttp tiada apa apa yg berlaku. saya mengambil keputusan menggulung tali pancing untuk menukar umpan.
semasa proses menggulung tadi berlansung, saya dapati sesuatu yg berat berada dihujung tali. pada mulanya sesuatu itu cuma mengikut sahaja arah tarikan tali pancing, ttp kemudiannya dia bertindak ganas melarikan tali pancing saya ke hujung kolam. walaupun saya cuba menggulung tali tersebut dgn pantas, tali pancing tetap ditarik ke sudut kolam.
untuk memastikan pancing tak patah dan yg terlekat dihujung mata kail terlepas, saya terpaksa meminta bantuan org lain, akhirnya seekor ikan lee koh berwarna emas dan bertompok hitam seberat 1 kilogram datang menemui saya di hujung mata kail.
ikan tersebut saya sedekahkan kepada org yg menolong saya menaikkan ikan tersebut.
sebelum ini, saya pernah menaikkan ikan lee koh yg lebih besar dengan hanya menggunakan pancing biasa (tanpa mesin). lokasi pemancingan saya ialah di sebuah lombong tinggal yg dijadikan pusat penternakan ikan. dan pernah juga pancing saya dilarikan oleh ikan Pacu (macam ikan bawal ttp lebih besar) sehingga ke tengah kolam. nasib baik ada org yg sudi berenang ke tengah kolam untuk mengambil semula pancing yg dah putus talinya.
saya lebih suka memancing di sungai atau kolam terbiar kerana jika kita memancing di tempat sebegini selalunya ikan yg kita dapati tidak dapat dijangka spesiesnya. pada saya keadaan ini lebih menarik daripada memancing di kolam berbayar, selain mengabihkan duit, ikannya pulak, sama saje. boringkan...
92489 |
Dipos oleh sofeanny at 15:52
|
Nak kata apa2? [0]
|