|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, April 30, 2004
hari jumaat dah kut.....
baru jer dapat panggilan tepon, kakak saya yg tercinta nak datang......ekekeke
habislah duit aku......
maafkan adikmu yg tak brapa kaya ini.......
103591 |
Dipos oleh sofeanny at 15:52
|
Nak kata apa2? [0]
103551 |
Dipos oleh sofeanny at 11:05
|
Nak kata apa2? [0]
citer best la
ni saya jumpa citer best kat joran.... ikan ku ikan mu jua
mai la kita baca reramai...
103533 |
Dipos oleh sofeanny at 9:49
|
Nak kata apa2? [0]
ikang.....
saya baru jer menambah link ke JORAN keluaran BERITA HARIAN

ni salah satu gambo yg saya jumpa kat situ la
103526 |
Dipos oleh sofeanny at 9:26
|
Nak kata apa2? [0]
malam tadi.....
saya teringat sebelum tidur, saya dah off kan semua lampu tingkat bawah dan on lampu tangga.
pagi tadi waktu saya bangun, lampu ruang tamu terpasang.......adakah saya terlupa atau.......
pas tu masa bukan pintu depan didapati grill tidak berkunci......apa la nasib....tengok barang2 yg besar kat rumah semua ada, mananya tak de perompak...barang kecik2 berharga...tak de rasanya, maknanya tak de perompak masuk. agaknya saya mimpi berjalan kot.
malam tadi jugak saya ada mimpi best. saya bermimpi pegi ke tepi sungai dan ikan2 kat sungai tu melompat ke darat, nampaknya cam ikan aya.....ada banyak u, punya la seronok....walaupun dalam mimpi.........ni petanda nak dpat rezeki...ni...ekekekke...
pagi tadi sementara tunggu driver gantian sampai, sempat saya mencabut rumput kat dalam pasu bunga...buat mengisi masa lohong.....
103517 |
Dipos oleh sofeanny at 8:09
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, April 29, 2004
PEGAWAI KERAJAAN???? (gambo penaip masa kecik kut....)

M/L: yer ker ni? ni PM marah ni....
103412 |
Dipos oleh sofeanny at 16:12
|
Nak kata apa2? [0]
hari khamis dah ni....
dah 2 minggu hari khamis saya ndak tak endak gi keje....apa ke teruk sangat ni.
kali ini alasan saya, sebab driver tak de, minggu lepas sebab mood tak de. tapi petang ni saya gi jugak keje, sampai2 terus bukak weblog dan baca2 dan taip2. yang mendorong saya gi keje petang ni tentulah sebab petang ni ada jamuan makan2.
mak saya dalam perjalanan nak singgah ke rumah saya sebelum pegi ke rumah makci saya dimana sepupu saya akan kawin hujung minggu ni. jai penat la tadi berhempas pulas mengemas rumah, bagi nampak exklusif skit, maklum la ini kali pertama mak saya nak tengok rumah baru saya sejak saya pindah bulan sebelas tahun lepas.
esok kene la pegi keje, sebab besok ader temujanji. ari ni buat2 tak de.
pas tu hari jumaat ni silap2 kakak saya dari bandaraya Cheras (ekekekeke) akan datang pulak. anak2nya ada 4 org, semuanya nanti asik suruh saya belanja diorang, biasa la tu, nasib baik comel2, kalau tak comel saya tak blanja ......(anak2 sedara saya semuanya comel sebab ada iras2 saya yg comel....ekekekekke...perasan sekali sekala)
ahaks...rupanya saya ader keje yg tak selesai lagi, saya tak print lagi surat lawatan.......ok saya buat keje dulu.....
103410 |
Dipos oleh sofeanny at 15:47
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, April 28, 2004
pokok jambu
hujung minggu lalu, sewaktu bersiar-siar di halam rumah mak dan abah, saya terpandang sepohon jambu batu ditepi jalan betul2 di bawah kabel elektrik.
tinginya pohon itu 2 kali ganda saya rasanyalah, saya dapat perhatikan terdapat banyak putik2 buah di hujung2 dahan. dan dicabang yang bawah sekali ada 2 biji buahnya yg kelihatan sudah sedia untuk dimakan.
saya teringin nak tau, sama ada itu jambu batu moden atau jambu batu tradisional, saya dah lama rasanya tak merasa jambu batu tradisonal yg berbiji merah. gigitan yg pertama dah membuktikan yg jambu tersebut adalah dr keturunan tradisional. bijinya yg merah tu terasa manis tapi isinya agak kelat berbanding jambu moden yg banyak terjual di pasar2 raya, pasar tak raya dan juga pasar malam serta tepi jalan.
masa saya belum sekolah lagi dulu, saya rajin bermain di bawah pohon jambu tradisional bersama kakak saya dan jugak sepupu2 saya. sambil tu panjat pokok jambu dan makan buah jambu yg comel2 dan masa tu rasa cam sedap jer....
satu hari, dahan2 pohon jambu telah di pangkas oleh tuan punya tanah meninggalkan pangkal dahan yg tajam.
saya tetap juga pergi bermain di bawah pohon jambu dan memanjat pohon jam jambu tersebut. akibatnya perut saya tersadung ngan dahan yg tajam.....dan luka tak berdarah, yang namak putih isi kulit perut....
saya berlari sambil menangis (meraung'?) pegi mencari abah saya untuk mengadu.
abah saya cakap dia nampak nasi keluar kat luka tu, menambahkan air mata saya dan masa tu saya ingat btul2 ader keluar nasik.....ekekekeke
sebenarnya luka tak berdarah memula jer, kulit perut tersiat jadi nampak putih isi di bawah kulit......
saya masih lagi bernyawa tatkala saya menaip catatan ini....
103251 |
Dipos oleh sofeanny at 15:58
|
Nak kata apa2? [0]
Tangga itu

m/i: rumah saya ada tangga, rumah mak abah saya tak de tangga
103237 |
Dipos oleh sofeanny at 14:11
|
Nak kata apa2? [0]
ikan saya...
pagi tadi saya melaporkan sendiri sebelum melangkah keluar rumah, saya telah menabur pelet ikan tropika ke dalam akuarium.
nampaknya ikan kemanjaan saya telah mula menunjukkan minat untuk makan semula.
barulah senang skit hati saya, dah dekat 2 bulan dia tanak makan.
petang ni, balik keje, saya ingat nak tukar kedudukan habitatnya itu, semoga ikan saya lebih selesa dan ceria.......
103212 |
Dipos oleh sofeanny at 11:33
|
Nak kata apa2? [0]
muka spirulina....
saya dah lama dengar pasal spirulina dan biasa baca iklan tentang spirulina.
di opis lama saya, seorang pak haji menceritakan kisah ayahnya yang dah sangat tua, apabila mengambil spirulina kesihatannya bertambah baik. daripada tak berapa lalu berjalan dah pun berjalan jalan ambik angin depan rumah.
operator opis (dah senior(tuo dah tapi bersuara lunak)) pulak cakap dia dapat kesan sampingan yang teruk, namun begitu dia masih makan jugak spirulina, katanya mula2 memang la gitu, nanti ok la.
sekarang ni budaya spirulina dah menjangkit kat beberapa staff wanita (yang cuma 2-3 org jer lain semua lelaki) dengan tujuan untuk kelihatan cantik...terutamanya untuk menempuh gerbang persandingan nanti (ramai nak kawin bulan nam ni)
yang saya perhatikan(ada la sorang tu), bila mengambil spirulina, semua jerawat kat muka keluar dan muka jadik berminyak minyak mengalahkan org minyak. sebelum saya tahu puncanya, saya ingat dia ni ada masalah ke, sakit ker, runsing ke, rupa2nya sebab mengambil spirulina.
dengan sebab itu, setiap kali saya nampak wanita muda yg bermuka gusar, berminyak2 dan ber spot lightsss, saya akan bertanya dulu kot2 diorang pun amik spirulina.
sekarang ni setiap org yg nampak kusut jer, akan dipanggil muka spirulina......
k/l: saya tak makan spirulina, saya nak makan free, nampaknya dah 2 hari berturut2 makan free ni. emmm...bestnyer....hari khamis ke jumaat ke...adiema lak nak bawak saya makan free.
j/j: TQ adiema, ko jangan lupa kat aku lak......
saya gi makan dulu......ada org sampaikan khabar....: makan free hari ni lebih sedap dr semalam.
103210 |
Dipos oleh sofeanny at 11:28
|
Nak kata apa2? [0]
study rerajin, jangan tido....
zaman sekolah dulu, waktu prep atau study (panggilan kat sekolah saya dulu) adalah waktu yg paling dibenci oleh pelajar2 asrama terutamanya saya.
setiap kali waktu study, mata saya akan menerima arahan 'auto shut off'.
selama beberapa tahun, saya selamat dengan aktiviti yg saya jalankan tersebut. aktiviti tido waktu study ni dijalankan secara bergotong royong dengan rakan2 seasrama yg lain. malah ada beberapa kawan saya biasa mengalirkan air liur basi mereka atas meja study ataupun atas meja kat dewan makan.
warden asrama kami pada ketika itu iaitu miss DK telah memasang beberapa org spy dari kalangan budak tingkatan satu. tugas spy ini termasuklah mencatat nama pelajar2 yg tido waktu study.
pada satu malam yg gemilang, beberapa org pelajar telah dipanggil oleh DK supaya berkumpul di dalam surau Aspuri. kedatangan kami di sambut oleh DK yang mencekak pinggang rampingnya (ni mmg aksi peberet DK).
soalan yg pertama DK tanya pada kitorg ialah "kamu tau tak apa kesalahan kamu?", saya yg tiba2 nak tunjuk hebat (ataupun mamun sebab baru terjaga) pun menjawab dengan lantang, " tak tau" dan kemudian diiringi oleh suasana sunyi (maknanya semua tak menyokong).
lepas tu, saya tak brapa ingat sebab DK start membebel dan yg dapat saya tangkap cuma......"Kamu tidur waktu belajar", ala tu biasa la.....tolong la bangunkan, bukannya susah.....ni suruh pegi surau lak...apehal?? (jawapan hati saya jer....)
pas tu DK sambung lagi....."sebagai hukuman kamu kene tidur kat surau ni selama seminggu dan kamu semua jangan mengada2 nak bawak bantal ke, tilam ke, selimut ke dari bilik kamu, tidur je kat sini, saya akan sentiasa perhatikan kamu semua"
malam tu terpaksalah saya dan beberapa org geng serta senior2 tido kat dalam surau berbantalkan lengan, bertilamkan karpet keras dan berselimutkan nyamuk. banyak btui nyamuk kat situ, bangun pagi, habis satu badan cam kene demam campak. nasib baik tak kene denggi.
hari kedua pun masih tido di surau. tapi ada beberapa org dah bawak selimut. hari ketiga aksesori semakin bertambah......dan hari2 yg seterunya, siap bawak tilam lagi, tapi masih tak brani tido kat bilik.
hukuman yg DK bagi sebenarnya menambahkan lagi dendam kitorg pada dia. Melampau....ni cam kene ragging jer...
selepas menerima hukuman tersebut, saya masih lagi tido waktu study........ikut suka saya jer.....
m/k: lepas tu saya amik SRP dan lulus lagi, peh tu dapat jadi pelajar terbaik keseluruhan dan terbaik dalam Bahasa Inggeris.....ekekeke....jangan marah, saya sedang berlagak ni......eekekeke
103181 |
Dipos oleh sofeanny at 9:34
|
Nak kata apa2? [0]
kekasih lama jangan dikenang..........
malam tadi semasa baring2 kat katil sementara menunggu mata terpejam, saya membaca majalah Mingguan Wanita, salah seorang penulis dalam majalah tu, kawan lama saya masa sekolah dulu tapi dia tak terlibat ngan insiden beli aiskrim. Dia budak baik......ekekeekke...tapi saya budak lagi baik.....ekekkeke
tengah saya sedap membaca, tiba2 henpon saya berbunyi dalam nada dering yang bukan biasa saya gunakan.
saya terfikir, tak kan ada org nak tepon saya tengah2 mlm buta ni, dan rasanya saya tak de spesifikkan nada dering untuk sesiapa, semua pemanggil menggunakan nada dering yg sama. atau mungkin henpon saya dah nak sampai ke penghujung hayatnya???? kebelakangan ni saya kerap melawat ke kedai2 henpon, nak mencarik model baru...agaknya henpon merajuk kotttt...
kemudian, dengan malasnya saya mencapai henpon dan merenung ke skrin dan tertera angka 00:00 menunjukkan pada masa tu tengah malam dan juga tertera abjad2 yg dah lama saya cuba lupakan....
tiba2 cakera ingatan saya terus berputar dengan lajunya, kepada peristiwa beberapa tahun dahulu. peristiwa saya terpaksa mungkir janji........maafkan saya, keadaan mendesak...
henpon saya ni, saya dah setkan birthday seseorang, tapi seingat saya birthday org tu bulan Mac bukannya bulan April......agaknya henpon saya ni dah nak kiok....dah la tak boleh diprogramkan semula...terpaksa la saya teringat kat org tu......ekekekke
dah lama btui saya tak bertanya khabar, apa la khabar dia agaknya yer.........dah siap ke novel yg di tulisnya tu??
103179 |
Dipos oleh sofeanny at 9:15
|
Nak kata apa2? [1]
SILAP MATA
ada la sorang kawan saya hantar satu silap mata kat saya melalui email.......kalau nak try silalah clik kat bawah nu:
TERUP
cuba2 tak salah, cuma jangan terpedaya sudah!!!!
103173 |
Dipos oleh sofeanny at 8:39
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, April 27, 2004
dari kerana mata
orang kata mata org Jawa sepet, tapi kawan saya seorang jawa kata kenyataan itu salah, walaupun mata dia sendiri sepet.
Saya bukan dari kaum Jawa tapi kat opis saya ni ramai org Jawa, dengan sebab itu ramai yg berkongsi nama WAK kat opis ni.

saya tertaNya-tanya, apakah gelaran yg sesuai untuk wanita dari kaum Jawa??? Mbah? Nyai'? Bibik? atau lenlain???!!!
103001 |
Dipos oleh sofeanny at 9:59
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 26, 2004
hari ni tido kat opis......
102838 |
Dipos oleh sofeanny at 16:29
|
Nak kata apa2? [0]
Pompuan VIrGo
VIRGO WOMAN
She has an egg shape facial structure, high and round forehead. She likes to look straight as if she is searching. She is not a pretentious type and will always say what she thinks. You will see Virgo woman walks fast. She will try her best to be perfect, to look perfect and to feel perfect even though there is no such perfection. She is very delicate of what and how she dress. She is bright and easily despair with obstacles. She likes smart guy who will be compatible with her, so if you are a rich dumb guy, you can forget about her right now.
She is not a very possessive or jealous person for she expect respect from her love one. She does not like a part time lover, or a temporary mate. If she finds her dream man, she will not go away. If she does not like you, she will always keep a certain distant. Act proper and appropriate is her discipline.
She does not like and can not stand bad languages, cursing words or phrase. She likes a gentleman who open the doors for her. She wants to feel protected and when a man taking care of her, she! will feel like a complete woman.
She memorizes everything about other people and about herself very well. She can really keep secret, you can trust her on this. She likes a refreshing and a mild scent. She is very delicate in maintaining her beauty, so you could see she is seriously picking soap which match and most suit her skin. Do not comments her on this very picky habits, it is her happiness in working full times as a self beautifier. She is not an innocent angle for sometimes she can be as tough as steel. Even she easily despair, she is not the type to cry over it. She is a shy type,so making speech in front of the room can make her nervous even she walks and talks confidently. She only search for true love , not just any love.
Her love is an ideal one. She likes to think no one is neater and as effective as her, which can irritate you sometimes for there is no such thing. She likes sweet talk, but she c! an slip and say something unpredictable and unbearable to you too. When she stops getting mad, she will totally forget what she just said and be an angle again. If you have a date with her , you'd better be there on time.
Flowers and sweet word can calm her down. If you want to say sorry ,make it brief and straight forward. Do not drag your apologetic words into a long making it up events, it could lead you to another world war. She likes her man to dress nice and clean. She is good in details especially with money. Do not make she thinks that she is a clown or funny. In the beginning of knowing her, please try not to glance at other pretty woman so much. Early period of dating her, try not to hold her so much in public, it would not be a proper thing to do. She loves books, stage play and music and likes to criticize about them too.
Criticism woman is her icon including big and small things in life starting from your ha! ir, your dress , and the way you talk. If you are in love with her, be as almost perfect as your can.
SAGITTARIUS MAN
A man who loves social life and curious about every new progress, new development to make sure he is in the era and always have all up date information. He likes to know what is the latest trend of fashion and make sure he is not out of style. You can easily spot him at the grand opening of new pub, new restaurant for he loves to participate in social activity.
There is a few Sagittarius who is a private person as well, but you could see that he will be ahead of his friends. He will knows what is the best seller book, what are the top 10 hot hit of the week. The hottest movies showing now, he must have already seen it. He hates routine, It makes him bored. He likes to get to his goals and succeeding in doing so is his true reward. Money making is O.K. but it is not his true joy, for he can easily spent them in a short while. They say if you want the truth, go and ask Sagit! tarius. They are right, you can ask him and he will tell you all the truth and very straight forward. Even he may speak bluntly, his friends loves him. If you have problems, all your friends may feel sorry for you, but Sagittarius will be the one who will give you a helping hand first and even expect no return favor. That's why he is a real charmer even sometimes big mouth.
When he is mad , he can be quite fierce but quickly dissolve and easily forgotten. He is not a person who will take a revenge, so if he say he going to burn down your house, you can relax. He likes compliments and sweet words, so you can manipulate him easily. If he knows you are not sincere, you will totally become meaningless to him.
Some Sagittarius are gifted musician, or singer. He is a happy soul, has a good humor and has lots of jokes. He loves freedom, lively and very energetic. If he is working, he will take his job seriously. He likes to travel, likes to see new exciting places. Going out or traveling make him happy.
Sagittarius man is like a free bird. He lives as if everyday is Sunday. He will hardly be in a bad mood, but if he is in a bad mood, you will better leave his sight. If you want to talk to him in such mood, try to avoid issue of commenting his life. He flirts like other man, but he has a built in brake, so he will come back to you by himself. If he disappear for a few days, not to worry for he is only recharging his battery to be that same lively person again, them he will be back.
He has allergies to Pretty woman, so in love with many woman for him would be normal. Setting dating schedule is his games and it's fun for him, and this will keep him from being bored. He hates obligations, so the word "marriage" would suffocated him. If you allow him to have freedom, he will not go anywhere. He falls in love as easy as he catches cold, especially if she is cute, funny and she has a strong personality. No one can tell how long he will be in love each time. If you want to really hold Sagittarius man, act like you are in an adventure movie. At all time, you should make yourself lively, tells him some jokes, always be cute so that it will ease up his allergy to other pretty woman a bit.
d/l: nie kawan saya hantar kat email ni....TQ Kell
102835 |
Dipos oleh sofeanny at 16:11
|
Nak kata apa2? [0]
hujan lebatnya........
cenggana nak balik kijo ni???? driver dah pegi kei el la pulak.......
tapi dari tingkat 13 opis saya ni, cantiknya pemandangan hujan.....nampak pucuk2 pohon di basahi air hujan....... nampak segar jer.....cam boleh buat ulam.....
102832 |
Dipos oleh sofeanny at 15:58
|
Nak kata apa2? [0]
Tingkatan 2A
masa umur pat blas tahun, saya masuk tingkatan 2A.
masa tu saya sekolah sesi petang. Lepas habis sekolah, saya tak balik asrama tapi saya gi keluar pagar sekolah dan pegi beli aiskrim ngan kengkawan yang suka makan aiskrim (sekarang saya dah tak brapa suka makan aiskrim.)
Mengikut akta 2 kurungan 3a sekolah saya, pelajar tak leh keluar pagar...kene duduk dalam kawasan sekolah sahaja....kalau tidak akan menerima hukuman seperti yg saya alami.
pada petang yang malang itu, saya dan 4 lagi rakan yg 'baik' telah pegi membeli aiskrim. sewaktu pulang, kami nampak ada satu lembaga bercekak pinggang dekat atas bukit jalan menuju ke asrama.
jantung satya berdebar2, setelah hampir barulah saya dapat nampak jelas warden aspuri iaitu Cikgu Da'yah (atau nama timangannya 'dakyah komunis' (DK)yang telah saya berikan padanya secara rahsia (mintak maaf yer Cikgu Da'yah). beliau mencekak pinggangnya yang ramping bak kerengga, walaupun beliau teramat garang selayaknya nama timangan yg saya beri, namun beliau merupakan seorang wanita yang cantik. (selalu pakai gaun, ngaja bahasa Inggeris la katakan)
saya dan geng2 tak dapat mengelak lagi......kami terpaksa lalu berhampiran dengan DK dan beliau telah memerintahkan kami berlima berdiri dalam satu bulatan dan saya terpaksa berdiri di sebelah kanan beliau.
pada masa itu, aiskrim yang telah dibeli masih belum habis dimakan. DK telah membebel macam2 dan marah2, saya termengalamun sekejap sebab bebelannya panjang sangat.
tiba2 saya terkejut dari lamunan kerana saya rasa ada cubitan yg hinggap di tangan saya, kemudian cubitan itu hinggap pula ke tangan kawan2 yg lain. dan 2 kali lagi cubitan itu hinggap kat tangan saya.
selepas itu kami pun pulang ke asrama.kami pun membicangkan kejadian tersebut dan telah berjanji takkan menceritakan dengan mana2 rakan sehostel sebab kami malu....ekekkeke
dan kemudian saya timbulkan persoalan....kenapa saya kene cubit 3 kali berbanding rakan2 yg lain......adakah saya yg merancang perjalanan itu....TIDAK......saya ketua gengster.....TIDAK....
kemudian salah seorang rakan saya memberikan sebab kenapa saya kene cubit lebih dari org lain.......
rupa2 nya aiskrim saya telah cair dan jatuh menimpa kasut dan gown DK yang vogue dan mahal....tanpa saya sedari........
selepas itu, saya dan rakan2 telah ketawa dengan sepenuh perasaan........dan berjanji akan pergi beli aiskrim lagi esok.....tapi ikut jalan lain......ekekkekekeke!!!!
102827 |
Dipos oleh sofeanny at 15:35
|
Nak kata apa2? [0]
geram tahap ke lapan belas ribu dua ratus tige
penat saya menaip...ilang la pulak...ampes....jalan ampas, ampas kelapa, ampas tebu dan ampas2 semualah....
102823 |
Dipos oleh sofeanny at 15:15
|
Nak kata apa2? [0]
masak2 dan tak pegi keje lagi
hari ni saya dapat kontrak untuk masak makanan secara tiba2. saya masak cincai saje. nasi hangit (dah lama tak guna periuk besar), nasib baik bau hangit dapat dikurangkan dengan penggunaan cili kering.
lauknya...ekekeke...simple ajer..ayam masak kicap, sayur kucai dan tauge serta telur dadar.....
saya masak sensorang......rasa nak pengsan, dari jam lapan pagi bekerja keras dan akhirnya siap jam 10.30 pagi.....nasib baik tak pengsan. jam 1 tengahari waktu org makan, saya datang opis......ekekekekeke
ermmm....tak tau la apa kata pelanggan ...terpulang.....rasanya mesti dapat komen negatif.......ekeekkekeke
102810 |
Dipos oleh sofeanny at 13:53
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 23, 2004
tikam tanpa menggunakan benda tajam atau tumpul
seorang kawan lama (masa sekolah rendah), selalu mengeluh kat saya, kenapakah dia selalu di tikam dari belakang oleh kawan2nya. terutamanya dalam bab pak we, kekasih, bakal suami dan sebagainya (kawan saya bujang lagi).
sudah 2-3 kali orang yang dihajatinya (untuk menjadi suami) telah di curi oleh teman rapatnya sendiri.
pernah jugak terjadi sekali, orang yang dipujanya, mengorat saya....ekekekeke, saya nak layan jer tapi kesian kat kawan saya ni, saya buat2 tak layan depan dia, belakang dia....ekekekeke...tapi sekarang ni tak de apa2 dah. saya kesian kat dia...
daripada pemerhatian dan penelitian saya, rakan saya ni sebenarnya mendapat pembalasan. ini kerana sikapnya yg suka menikam org dari belakang (tikam tanpa menggunakan benda tajam atau tumpul), walaupun bukan dalam hal berkasih kasihan tapi dia mendapat balasan dalam hal berkasihannya pula.
sampai sekarang, kawan saya ni sentiasa tak puas hati dengan teman2nya termasuklah saya (walaupun kami masih nampak seperti kawan rapat). sentiasa cemburu dan tak ikhlas berkawan.
pernah dia mengucapkan pada saya: " Aku suka bercerita menda2 yg seronok2 jer, cerita2 sedih aku malas nak dengar", sewaktu tu saya nak meluahkan perasaan sedih kat dia. Dia pernah mengaku, dia teman ketawa sahaja...dia tak sudi menangis bersama saya. ekekekeke...walaupun saya suka etawa, kenkadang saya sedih gak...
Namun saya tak tahulah kenapa saya masih berkawan dengan dia. agaknya sebab saya ni pemaaf orgnya (perasan skit). begitulah kisah kawan yang bukan kawan /sahabat sejati......
102466 |
Dipos oleh sofeanny at 16:07
|
Nak kata apa2? [2]
baru jer dapat surat.....
surat kene pakai jubah sekali lagi.....
dengar2 khabarnya banyak IPT yg buat majlis konvokesyen bulan2 terdekat ni.
tengok2 surat ni cam best ajer, tapi tak best tang bayaran dia la....tak de sapa nak blanja ker agaknya?
ada tanya lak tu...berapa tetamu nak bawak.....kalau bawak lagi banyak...lagi tebal la fulusnya, nampaknya bawak diri sendiri jer la.
lepas ni boleh la isi borang baru, mintak gaji baru, jawatan baru, beli keter baru, rumah baru....dan semua yang baru2 lah.
Selamat berkonvo untuk semua bekas2 pelajar IPT yang muda2 remaja dan juga untuk bekas2 pelajar yg tua seperti saya. jaga2 jangan sampai jatuh pentas atau tersadung kaki kat tangga....ekekekke!!
102455 |
Dipos oleh sofeanny at 15:22
|
Nak kata apa2? [0]
ye haaa!
hari ni dapat gaji......nak shopping
semalam tak bekerja kat opis lansung. pagi datang puch-card dan petang puch card sekali lagi......pas tu tido.....bahagianya jadi aku kan....kengkawan yg baca kenyataan ni.....rahsiakan......biarkan hidup anda di selubungi misteri
semalam saya basuh kain (pakai mesin auto). dedulu saya paling tak suka basuh kain dan lipat kain sebabnya saya tak mahir buat keje2 tu.
tetapi sekarang ni, kegiatan masa lapang yg paling saya gemari sewaktu di rumah ialah melipat kain. rasa best je kalau lipat kain ni. sekarang ni kalau lipat kain cam hasilkan master piece ajer, kalau dulu, lipat kain tah apa2, asik tak menjadi jer, dedulu saya pernah bercita2 nak melipat kain sebaik yg mak saya buat. sekarang ni cita2 tersebut telah tercapai. sapa kata cita2 susah nak tercapai, dalam hidup saya ni, banyak dah cita2 saya yg dah tercapai......ekekeke (sebab cita2 saya tahap biasa jer)
bulan lima ni saya nak berjalan2 melawat industri sambil dibayar elaun. mungkin akan ketemu dengan kawan2 yg dah pikun. jadi kena bersedia untuk di temuramah.
baru2 ni saya terjumpa kawan seMRSM dlu kat tempt jual bunga. saya terdengar nama saya yg dah lama tak digunakan. lalu saya terpandang seseorang yg mukanya cam saya kenal. amboi, besar2nya rantai dia......lip lap lip lap....patutpun...duk Penang rupanya noooo. laki dia bawak Mercs lagi. aiseh kaya2 kawan saya ye.....sebenarnya saya tak ingat nama dia, tapi saya buat2 cam ingat....tapi terkantaoi gak sebab dia tanya kali kedua, saya terpaksa mengaku....dia pun bagitau la nama dia....
pas tu tuka2 no tepon, citer2 skit dan blah, sebabnya saya tak dapat recall ingatan saya dengan dia sebanyak mungkin....saya ni tak prihatin rupanya....ekekkeke,memang cam tu la slalunya kalau saya jumpa kengkawan lama....saya tak de crita yg banyak nak dicritakan pada diorang, diorang je banyak cerita nak diceritakan.
seingat saya, saya penah sekali jer pegi majlis reunion.......itupun 5 tahun yg lalu. sori le kengkawan yer.......
102414 |
Dipos oleh sofeanny at 9:57
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, April 21, 2004
3.10 minit rabu 21/4/2004
sama ngan wawasan 2020
102119 |
Dipos oleh sofeanny at 15:04
|
Nak kata apa2? [0]
2 (DUE') september
hari saya dilahirkan ; pukul tak leh nak ingat la (tak dapat nak proses maklumat lagi) tapi mak saya ada bagitau.....lepas je saya dilahirkan dia dengar azan subuh: maknanya sebelum subuh la tu
saya nak lekatkan peribadi org lahir bulan Semilan ni:
1. Sangat bersopan santun & bertolak ansur
2. Sangat cermat, teliti & teratur
3. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
4. Pendiam tapi pandai bercakap
5. Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
6. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
7. Kerja yang dilakukan sangat sempurna
8. Sangat sensitif yang tidak diketahui
9. Orang yang banyak berfikir
10. Daya pentaakulan yang baik
11. Otak bijak & mudah belajar
12. Suka mencari maklumat
13. terlalu mengkritik
14. Pandai mendorong diri sendiri
15. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
16.Suka sukan, hiburan & melancung
17. Kurang menunjukkan perasaannya
18. Terluka hatinya sangat lama disimpan
19.Terlalu memilih pasangan
20. Sukakan benda yang luas
21. Bersistematik
22. suka memancing
Saya setuju ngan kajian ni tang sifat2 yg baik2 jer....yg negatif tu lansung tak stuju....ekekekeke
no 22: saya tambah sendiri no 10: saya kurang paham pentaakulan....apa tu...tak jelas no 13: negatif tu....tapi mmg betul pun ==================================================
102102 |
Dipos oleh sofeanny at 14:07
|
Nak kata apa2? [2]
ader org jauh nak datang
baru je terima sms....ader org jauh nak datang ke opis, buat apa la agaknya yer.....
malas nak tanya lebih2 dlm sms......tunggu jer la dia datang, nanti bole la sembang panjang, itupun kalau dia ada masa terluang. masa saya sentiasa terluang untuk apa sajer.....
dalam membaca dan menjawab sms tadi terdengar rakan2 sekerja lelaki bersembang tentang kerja.
apa yang patut dan apa yg tak patut dibuat sewaktu kerja, kesan sampingan masa depan dan sebagainya, perihal membuang masa, tak amanah dan sebagainya.
kemudian salah seorang daripadanya bertanya bagaimana mana dengan bersembang sewaktu kerja . saya ketawa, itulah apa yg sedang mereka lakukan.........speaker utamanya terdiam sebentar dan kemudian menyambung kembali hujahnya, nak cover la tu....
akhirnya perkumpulan kaum itu usai dan pulang ke rumah masing2 untuk rehat tengahari.
mereka2 ni pandai cakap jer.....mengata org pandai la....tapi diri sendiri masih macam dulu dulu jugak....kesian....
102083 |
Dipos oleh sofeanny at 12:56
|
Nak kata apa2? [0]
koay Teow Goreng
tadikan ader org blanja makan koay teow goreng.....sedapnya hinga menjilat chopstik (sebab free). memang tidak dapat dinafikan lagi...makan free la yg paling sedap, terutamanya dihujung bulan, waktu duit syilingan sajer ada di dompet.
masa makan tadi, tukang hantar air tu punya la hensem(berbangsa cina)....ish ish...cam muka pelakon Jepang. saya order teh ais (bayar sendiri), dia hantar....tiba2 jer teh ais jadi sedap, rasa nak order lagi satu.
kenapa yer dia jadi tukang hantar air jer, napa dia tak jadi pelakon ker, model ker....gerenti glamer la...nanti la esok saya tanya dia....ekekeke
walaupun dia cuma berpakaian T-shirt free berlogo eyeglow dan berseluar paras lutut dengan aksesori sampingan apron, dia masih kelihatan segak seperti peragawan di atas pentas peragaan.
rakan yg membelanja saya cakap kat saya" "makan la cepat, jangan asik tengok dia jer"
tapi mata saya asik tertengok dia ajer.......ekekekeke
esok nak pegi makan kat kedai tu lagi la......
102075 |
Dipos oleh sofeanny at 11:37
|
Nak kata apa2? [0]
penantian ku berakhir
sejak 2 minggu lalu, saya selalu berlalu di bawah pohon kuinin dengan doa dan harapan akan ada buah yg jatuh.....
akhirnya ada jugak sebiji yg jatuh, itupun dalam longkang, nasib baik lah longkang yg kering. seorang rakan telah menawarkan dirinya untuk mengambil buah kuinin tersebut.
namun sampai hari ni, saya tak makan lagi buah kuinin tersebut..... petang ni la kalau ader rezeki dapat la saya makan.
102031 |
Dipos oleh sofeanny at 9:08
|
Nak kata apa2? [2]
pasal saje2
luqman kak, apsal ada orang jatuh cinta ngan akak? itu baru tulis blog, belum tulis surat cinta lagi huhuhu...apa lagi kalau tulis surat saman
102030 |
Dipos oleh sofeanny at 9:08
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, April 20, 2004
Gath yg luar biasa
hari sabtu lalu saya ke Pulau Pangkor tapi tak sempat ke pulau sembilan.
saya ke sana kerana ingin berjumpa seseorang yg sangat istimewa iaitu ADIEMA
ini lah perjumpaan pertama saya dengan kawan yg berweblog......ekekekke...sebelum ni sms2, tepon2, email2 jer....skang ni jumpa la pulak.....
kami berjumpa di Pangkor Holiday Resort, tido semalam kat resort tu sambil berenang2 kat kolam renang kat situ.
masing2 menunjukkan aksi dan kehebatan berenang masing2. adiema ngan kuak kataknya dan gaya bebas. saya pulak dengan kuak lentang, gaya bebas dan kuak beruang mencari salmon (saya lebih hebat drp adiema....ekekkekeke) namun satu pekara yg tak menyelesakan sewaktu berenang di sana adalah air kolamnya yg masam (termasuk dlm mulut), semasam air paya bakau.....
pada paginya kami bercadang untuk mandi kat pantai lak, saya terjaga pada pukul 5.30 pagi, tapi adiema tak nak jaga2....akhirnya matahari pun memancarkan cahayanya yg sangat panas.....kensel mandi laut.
kami kemudiannya mengambil keputusan menangkap gambar sajer sebagai kenang kenangan. walaubagaimanapun kulit pipi saya ter'sun burn' jugak, sakitnya.....terpaksa taruh ajer losyen apa2 yg ader untuk mengurangkan kesakitan....akhirnya losyen badan dan tangan bayi menjadi pengubat pipi yg perit.
setelah penat beramah mesra dan makan2, kami pun pulang ke destinasi masing2.
j/k adiema ni comel, single lagi....ekekekeke.....saper nak berkenalan bole ler....pompuan tau...bukan lelaki... (adiema aku promote ko ni....sila bagi upah yg berpatutan RM50 untuk 15 minit siaran)
101834 |
Dipos oleh sofeanny at 11:50
|
Nak kata apa2? [3]
Broca.....i luv ya 2........ekekekkekee
Broca (220.128.49.26) Sof, I am falling in love with u. Is it possible for a person to fall in love with somebody just by reading her blog? I luv u. I don't care.
101823 |
Dipos oleh sofeanny at 11:10
|
Nak kata apa2? [1]
Kolam renang kat umah sayer......
 mai la berenang sesama...ekekeke...bole buat gath kat sini ni....molek sangat
ruang tamu.....come tak?

 kat sini leh la duduk sembang2
ni lak bilik tido sayer emm...nyamannya tido kat sini
ni lak bilik tido utk tetamu.....
 kalau datang umah sayer....tido kat sini ler
101758 |
Dipos oleh sofeanny at 8:21
|
Nak kata apa2? [0]
Saturday, April 17, 2004
semalam di swimming pool....
saya dan seorang rakan ni pengunjung setia sebuah swimming pool, dan ader la satu mamat ni.....slalu tengok dari jauh la...dan penah berhai hai ngan dia....dia slalu pandang kat kawan saya ni pasal kawan saya ni...ekekekke....seksi.....keh keh keh....saya dia tak pandang pun...sebab dah tua.....
kawan saya bagitau kat mamat ni....yg saya ni mak dia...eh silap...kakak dia, saya tak kisah....
semalam la kan, agaknya dia dah tak tahan nak bersembang sangat ngan kawan saya ni...so dia pun datang dan berbasa basi la skit ngan saya....agaknya nak tunjuk hormat ngan org tua la tu...
pas tu dia pun tanya2 la pasal kawan saya ni, kawan saya ni menjawab2 la sambil sesekali saya menyampuk....tanya pasal keje la...blaja kat mana la.....duk kat mana la.....
akhirnya maklumat yg dapat dikutip..dia seorang graduate, kerja kat kilang....belum jadi engineer lagi.....dan satu soalan bonus drp saya "dah kawin ke belum?"......sudah.....ceh! buang karan je bersembang.....ekekkekekeke
pas tu dia boleh kata kat kawan saya: " nampak tak ceria je bila saya cakap saya dah kawin", ekekekke...saya ketawa jer la....perasannya mamat ni.....org pegi kolam renang bukannya nak carik laki(kawan saya la)...tapi nak berendam....
pas tu masuk satu bab lagi....dia ader masalah ngan wife dia....ooo..patut la hari2 datang kolam.....nak carik bini baru kut....tapi baru kawin 2 bulan.....kesian...mood bulan madu lagi tu...dah ader masalah.....kesian...rupanya kawin ngan budak bawah umur.
kawan saya cakap bawak la bini dia swimming sekali...boleh la kitorg berkenalan.....oooo...dia tanak plak...takut la tu....pas tu cakap bini dia cemacam la.....yg tak best, tak baik gitu tau...
akhirnya, kitorg maleh nak layan masalah dia, kang kitorg lak dlm masalah.....dan dapat dibuat kesimpulan oleh saya dan kawan saya, masalahnya ialah kat sikap dia tu...rajin sangat nak bermesra mesra ngan pompuan, siap bagitau masalah lagi......bini mana yg tak marah.....tu la semua ni salah kaum lelaki....org pompuan maintain ok.......ekekekekkekekeke
101269 |
Dipos oleh sofeanny at 12:51
|
Nak kata apa2? [0]
kesian kat Tun Hasnul
setiap hari pegi dan balik keje ataupun ponteng keje, saya mesti lalu kat satu jalan yg tak bernama dan di sebelah kiri (waktu pegi keje) jalan tersebut saya akan nampak satu laluan bernama Laluan Tun Hasnul.
laluan Tun Hasnul (LTH) ni sungguh sepi kecuali waktu budak balik sekolah, baru la ader pengunjung yg melalui LTH ni dan laluan ni kalau saya agak jaraknya cuma dalam 70m atau 100m je dari jalan utama menuju ke sebuah sekolah rendah.
saya terfikir siapakah Tun Hasnul ini? ahli politik? cikgu/guru/guru besar/pengetua? Majistrate? Setiausaha kerajaan negeri? ketua kampung? Penghulu? saya dah carik kat Internet pun tak de, nak cari kat Library...maleh.....
saya sebenarnya kesian kat Tun Hasnul ni, laluan tu kecik dan tak panjang pun.....kesian kat dia....kasi la jalan yg best skit kat dia.....tapi nama Tun tu pun dah menunjukkan nama yg besar atau sekurangnya berjasa besar, yg selalu saya perhatikan PM yg bersara slalunya dapat gelaran Tun ni...contohnya Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir ke.......
setiap kali melalui jalan pegi balik keje, isu tun hasnul ini akan menjadi topik perbincangan utama antara saya dan driver.........pada pendapat saya...cuma satu......KESIAN TUN HASNUL......
101265 |
Dipos oleh sofeanny at 12:33
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 16, 2004
hati ku gundah....
saya berasa sangat risau kerana satu-satunya binatang kesayangan (buat masa ni) saya, tanak makan.....agaknya dia kembung perut.
dia asik menyorok kat bahagian bucu habitatnya. kesian kat dia. saya membelainya dan selalunya dia bertindak balas, tapi kali ini dia menjauhkan dirinya ke sudut habitatnya.
saya rasa dah dekat 2 bulan dia tanak makan di depan mata saya semenjak saya pegi berjuang pegi belajar dlu. atau mungkin dia merajuk kerana saya kurang memberi perhatian kepadanya.
usianya saya kira baru setahun lebih...tak kan dah nak mati kut....seingat saya paling kurang pun 3 tahun bole idup lagi.
namanya Tikan berbangsa flower-on dan berwarna warni, kalau dijual mungkin mencapai ratusan atau ribuan RM kerana ia telah dewasa. habitatnya ialah di akuarium yang terletak atas almari kasut saya.
sempena mengangati Tikan, saya dedicatekan gambar ni untuk dia. dengan ucapan jangan tinggal daku.....

l/l; tengok tulisan yg ader kat badan ikan tu
101025 |
Dipos oleh sofeanny at 12:37
|
Nak kata apa2? [4]
buah kuinin dan ciku
sekarang ni, tiap2 pagi sebelum masuk opis saya dan rakan2 pegi check dlu pokok kuinin ngan pokok ciku, kot2 ader buah yg masak. tapi dah tiga ari tak de buah yg masak (ataupun dah dikebas org lain?)

dan sekarang ni nak duit la...sebab duit dah abis....

101017 |
Dipos oleh sofeanny at 12:02
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, April 15, 2004
100802 |
Dipos oleh sofeanny at 13:35
|
Nak kata apa2? [0]
tambah link baru nieh!!
rakan yg minat memasak leh la datang ke link Resepi sofe....jemput....silakan...jgn malu2....senang nak masak tghari ni
100799 |
Dipos oleh sofeanny at 13:23
|
Nak kata apa2? [0]
RM lime puloh
semalam, rakan sekerja saya telah melawat ke sebuah tapak semaian (nursery) yg menjual bebunga, pokok bunga dan juga pasu2 bunga.
dia telah membeli 2 bijik pasu bunga kecik yg berharga RM1.30. jadi jumlahnya ialah RM2.60. dia telah memberi RM10 ringgit kepada tokey dan tokey telah membayar bakinya sebanyak RM7.40.
kemudia dia pun berlalu pergi daripada nursery tersebut, di dalam kereta, dia hendak memasukkan duit lebihan tersebut ke dalam dompetnya. semasa dia hendak memasukkan wang tersebut, dia dapati duitnya telah bertambah menjadi RM56.40. adakah tokey tersebut org bunian? tapi selalunya, kalau org bunian bagi duit, duit itu akan berubah menjadi daun kayu. maknanya tokey tersebut bukannya org bunian. jelas sekali tokey tersebut telah tersalah anggap RM50 tersebut kepada RM1. sebab duit yg diberi iailah sekeping RM5, sekeping RM1 dan sekeping RM50 dan dua keping syiling 20 sen.
rakan saya terasa kesian kat tokey tersebut dan ingin memulangkan wang itu, namun dia telah memasuki Highway dan agak jauh dari lokasi tokey.atas faktor itu dan juga faktor keewangan meruncing. rakan tersebut buat2 tak tau jer dan meneruskan perjalanannya.
akhirnya dia sampai ke satu kedai sidi (cd) dan dia membeli secara borong VCD yg berharga RM2 sebanyak 10 keping dan jumlah wang yg perlu di bayar ialah RM20 tetapi tokey (lagi sekali bukan pakcik atau aya) itu mengatakan jumlahnya ialah RM8, rakan tekejut sekali lagi, namun tokey cepat2 membetulkan jumlahnya yg masih tetap salah iaitu lapan belat linggit...., rakan membayar dan tersenyum lagi...dapat lagi RM2...ekekekke
sama ada semalam adalah hari bengong tokey se malaysia atau hari rezeki tak halal bagi rakan, saya tak tau la....... apa pun tahniah dan takziah daripada saya untuk rakan.....ekekekke
a/s saya dengar rakan nak mencuba lagi nasibnya kat kedai tokey yg lain...hari ini
100762 |
Dipos oleh sofeanny at 11:45
|
Nak kata apa2? [0]
bercuti di Lubuk Timah
hari Rabu nan lalu, saya telah pergi bermandi manda di kawasan perkelahan Lubuk Timah, Jln Ipoh-Cameron HIghland. best wooo...
penah ke korang pegi? kat sini ada air sejuk dan panas. tempat ini popular untuk org tetua pada hari2 biasa dan juga popular kepada org2 muda pada hari2 luarbiasa iaitu sabtu, ahad dan cuti am.
org2 tetua datang seawal 6 pagi untuk mencelupkan badan mereka ke dalam air suam2 milo di sana. mengikut cerita org tetua yg berada di situ, aktiviti ini dipelopori oleh urang2 ashly yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut (ada banyak pos kat kawasan berhampiran termasuklah pos sungai Raya, sungai PIah).
menurut org tetua tersebut lagi, air di kawasan tersebut berpotensi untuk menghilangkan penyakit2 org tetua seperti lenguh2 badan, gout dan lenlain lagi. disamping itu. di kawasan berhampiran, terdapat mata air yg mengeluarkan air yg berkhasiat daripada perut bumi. menurut laporan, setiap hari berpuluh2 org beratur untuk mengambil air tersebut untuk dijadikan minuman harian.
melalui wawancara yg dijalankan dengan seorang urang ashly yg tak sempat saya tanya namanya, dia mengatakan "buat apa minum air paip, lebih baik minum air ini, bersih lagi menyihatkan, kalau masak air paip pun tak syetanding dengan ini air, lagipun free ajer". selepas itu saya sempat mewawancara beberapa makcik dan apek yg sedang beratur menunggu giliran. salah seorang berkata " aiyok sini manyak wangi dan sedap. kalau simpan satu bulan pun aaa, tak de keladak wo, manyak bagut wooo!, saya sini ari2 juga lepas balik keja wo!" seorang makcik pulak berkata " dah 2 tahun makcik minum air ni, mmg bagus, senang je rasanya air ni mengalir kat tekak tak macam air paip dan paling penting, makcik tak payah beli mana2 penapis air, lagipun anak2 makcik suka minum air ni, diorang tanak minum air lain dah"
itu dia wawancara yg sempat saya petik daripada lawatan saya tersebut.
di sana saya telah bermandi manda air panas di dalam kolam2 kecil yg telah disediakan, selepas itu saya mandi air sejuk pulak kat sungai. cam ais !!!! sejuknyer menusuk ke daging batang pinang!
selepas puas bermandi manda, saya teruskan dengan aktiviti memancing ikan di kolam berhampiran, iaitu Sungai Piah Fishing Pond, bayarannya murah sahaja iaitu RM18 selama 3 jam pemancingan. ikan2 yg terdapat disini termasuklah ikan patin, ikan ara, ikan keli afrika, baung, tongsan sisik, tongsan hitam, ikan haruan, ikan pacu, puyu, tilapia, jemuduk, layaran dan pari harimau......ekekeke yg tiga terakhir tu acah ajer. persekitaran di kolam ini agak menarik dan beragin, disamping anda dapat melihat kabel2 elektrik bervoltan tinggi ....ekekekkeke.
itu sajer laporan sayer mengenai percutian yg saya alami. sekian. terima kasih.
100751 |
Dipos oleh sofeanny at 11:30
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 12, 2004
Berpuisi???
Tahukah anda dengan berpuisi boleh meningkatkan IQ anda? Kajian ini telah dilakukan oleh saya sendiri sebagai RO (research officer), baru sekejap tadi.
dengan berpuisi akan tampaklah kehebatan anda bermain dengan kata2 dan anda akan berketrampilan yang menakjubkan.
namun begitu, saya sendiri tidak mahir berpuisi, dengan itu jatuhlah saya dalam golongan IQ sederhana cuma.
saya teringat masa saya belaja dlu, saya penah jadi SA (student assistant utk student PhD) ataupun lebih tepat lagi kuli batak bakal Dr. falsafah.
tugas saya termasuklah mencuci alatan makmal, ambil air suling, buat larutan asid, alkali, timbang bahan2 kimia, menaip tesis dan lain lain yang berkaitan.
walaubagaimana pun pada ketika itu, saya dibayar RM15 sehari, tak kira la brapa jam saya kerja hatta sejam pun tetap akan dibayar RM15, sebabnya boss saya pada ketika itu baik orgnya dan cun.
tugas saya pada ketika itu termasuklah mengendalikan bahan beracun iaitu sianida. saya tengok tangan boss saya semacam jer mengelupasnya akibat bahan bahan kimia yg digunakannya. saya risau gak, tapi dah tersain kontrak terpaksa la teruskan.
namun begitu, saya dapat pengalaman berharga iaitu cemana nak basuh bikar, tabung uji dengan berjayanya...ekekkeke.
pengalaman tak berharga pula, saya lebih maju dalam mengetahui skandal2 yg berlaku dikalangan pensyarah2 pada ketika itu. Dasat....
am dah menunjukkan 6.10 minit petang, tetapi saya masih di opis, driver saya tak sampai2 lagi. kalau lagi sepuluh minit dia tak sampai, akan melalutlah saya lebih jauh lagi.....
100137 |
Dipos oleh sofeanny at 18:04
|
Nak kata apa2? [0]
patutnya buat kerja....
kelain pulak jadinya, tu la...gatai tangan sangat.....ekekekeke saya buat kerja jap yea....
100121 |
Dipos oleh sofeanny at 16:19
|
Nak kata apa2? [0]
penulis weblog yg menggunakan Bahasa Melayu lebih rendah tarafnya berbanding yg menggunakan Bahasa Inggeris?
Komen saya pada sebuah weblog yang menggunakan bahasa Inggeris rupanya menjemput musuh, malah di labelkan tidak setaraf dengan pemikiran mereka. wow! panas gak sekejap. tapi seminit kemudian cool balik. biasa la org emosional. ekekkekkeke....
tapi saya teringin nak paste kata2 drp org yg tinggi taraf pemikirannya tu:
how can u stand s---- remarks like what kind of language u wanna use...to each her own..hey *****...i definitely think u should bolck the s----(sofeanny la tu) gal from eva reading ur blog...
u may add this...
bagi mereka yang ada masalah bahasa, blog ini bukanlah untuk anda...anda hanya layak membaca tulisan mereka2 yg setaraf pemikirannya dengan anda...and we are definitely not ur kind of gal...hehehehe
tapi tak per la ni ari dia kan. alang-alang saya dah melawat ke blog dia, baik la saya pun mengglamerkan blog dia yg bertaraf pemikiran tinggi tu kan:
sila tekan sini yeaaaaaaa
Motto penulis masa kini (atau boleh di baca sebagai penulis tak sedar diri): bahasa Inggeris lebih memartabatkan penulisan anda berbanding bahasa Melayu walaupun anda orang Melayu. Siapa menggunakan bahasa Melayu di cop 'low class'.
100109 |
Dipos oleh sofeanny at 15:32
|
Nak kata apa2? [0]
hujan batu + ikan puyu
pernah tak korang rasa hujan batu (ais ).
masa dah tua ni tak penah lagi rasanya, ujan asid ada la.
masa budak kecik dlu, bila dengar bunyi kuat kat atap umah, tu dah semestinya ujan batu la. slalunya cepat2 pegi keluar umah dan tadah ngan tangan, dapat la ais kecik2, pas tu siap kunyah lagi, nasib baik idup sampai sekrang ni.
saya teringat plak nak tulis pasal ujan batu ni sebab masa balik umah mak abah ari tu, asik ujan ajer, tapi tak de plak ujan batu. lagipun saya terbaca dalam satu majalah ni, ujan batu/ais ni penah turun satu blok seberat 4 kg. nasib baik la masa saya bebudak dlu tak de ujan batu sebesar tu.
kecik2 je, itupun kalau jatuh kat tapak tangan , tajam je rasanya. tu belum jatuh kat muka lagi, mau berlubang idung agaknya.
semasa balik umah mak abah semalam, saya tengok ikan puyu kat dalam akuarium elok je sihat2 belaka. ikan puyu ni mmg panjang usianya. susah nak mati.
ikan2 puyu kat akuarium tu saya la yg pancing dan bawak balik. dah lama dah dlu, sewaktu masih aktif memancing. dlu mak saya mintak saya bawak balik ikan puyu sejumlah pintu yg ada kat umah mak saya. saya pun pegi la memancing dan dapat la berpuluh ekor, saya simpan dalam besen besar, supaya idup dan bawak balik.
tujuannya untuk berubat la, cara tradisonal. pakai bomoh segala macam. tapi hangat2 nasik basmathi jer, last2 mengubat kemana, ikan yg jadi mangsa.
disebabkan kesian kat ikan puyu tu, abah saya beli sebijik akuarium dan tempat semuanya dalam akuarium tu. hari2 bagi makan pelet ikan tropika. nasib baik la ikan puyu ni tak memilih.
setiap kali ada tetamu menjenguk kat umah, diorang mesti tertarik dengan ikan2 puyu tu, siap mintak lagi, nak beli pun ader. abah saya cakap kat kedai ikan perhiasan diorang jual RM1 satu. lumayan tu beb....
tapikan setiap kali org mintak, mak saya tak bagi....beli pun tak dapat. sekarang ni bukannya senang nak dapat ikan Puyu (kat tempat saya la). lubuk yg slalu saya pegi tu pun dah abis ikan puyu, yg tinggal cuma ikan tilapia.
100098 |
Dipos oleh sofeanny at 14:49
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 9, 2004
dAPATKAH ANDA BEZAKAN KEDUA GAMBAR DIBAWAH; untuk bocah2 sahaja
99687 |
Dipos oleh sofeanny at 16:10
|
Nak kata apa2? [1]
CACING UMPAN IKAN KEMBUNG

99684 |
Dipos oleh sofeanny at 16:03
|
Nak kata apa2? [0]
CACING UMPAN IKAN KEMBUNG

99683 |
Dipos oleh sofeanny at 16:01
|
Nak kata apa2? [0]
balik dr shoppin'
masa gi opis tadi...lalu kat koridor tiba2 ternampak sebiji buah kuinin kat rumput...apa lagi kutip la....bawak gi opis..
sekarang ni, satu opis berbau kuinin.....bauan semulajadi
masa pegi shoppin' tadi, gi kat supermarket jap. ada org jual durian, durian Thailand. punya la busuk baunya, pening.
saya paling tak suka bau durian kat shopping kompleks ataupun dalam keter, boleh pening 3 hari wooo.
walaupun saya tak suka bau durian, tak bermakna saya tak suka makan durian. lawak. saya suka makan durian mentah tapi saya tak suka makan bubur durian, kuah durian ke dan lain2 yg sewaktu dengannya.
bila durian Mlaysia nak dijual ni. boleh la beli.
kalau durian Thailand ni tak best sangat. lepas makan ada kesan sampingan. panas badan tahap aura ketiga. tak tahan saya.
99676 |
Dipos oleh sofeanny at 15:25
|
Nak kata apa2? [1]
tak selera la.....
ermmm..pagi tadi malas gi kerja...skang ni pulak tak selera nak keje....bukan tak selera nak makan...pagi tadi dah makan roti canai sekeping dah.
kenkadang rasa nak tukau keje....tapi malas nak menghadap interview.
alahai ada lak org ajak jenjalan kat shopping complex, yg ni saya mmg sentiasa ada selera dan rajin memanjang.
99641 |
Dipos oleh sofeanny at 11:27
|
Nak kata apa2? [0]
PEPAGI BUTA TADI
saya ada membaca berita Harian cam slalu la,hari ni edisi Jorannya agak menarik berbanding yg lepas2.
ada gambar org dapat tangkap ikan Pari Lang seberat 130.3 kg...besar tu kat perairanThailand semasa pertandingan memancing Langkawi-Koh Adang....kalau tak silap saya la.
Besarnya ikan tu, agaknya tak sedap masak asam pedas sebab besar sangat, takut pun nak masaknya.
semalam masa balik kerja, saya masak nasik goreng udang dan buat sotong goreng tepung. rasanya sedap, tapi.....
muka ngan kedua belah tangan saya dah terkena percikan minyak....sakit woooo....sampai tak selera nak makan.
99619 |
Dipos oleh sofeanny at 9:23
|
Nak kata apa2? [2]
Rasa cam nak demam jer....
sebenarnya malas gi kerja. hari ni nak dengar dan lihat beberapa manusia nak buat presentation yg sungguhlah memboringkan, walaupun manusia2 ni berusaha bersungguh sungguh dengan presentation memasing siap dengan hand-out segala macam, segala teknologi yang boleh diguna pakai diaplikasiklan dalam presentation memasing....tapi kalau dah nama nya presentation...mmg la membosankan bagi saya la........
tapi kan kesian kat diorang, macamana kalau saya ada kat tempat diorang, jadi buat2 la paham kan. denga jer la, buat2 la muka minat dan kunun2 nya mendengar beersungguh sungguh. cam omputih selalu buat tu, walaupun dia tak paham sepatah haram, mukanya macam paham sangat dan menjiwai sedalam dalam lautan Pasific.
Hari Ahad ni kene balik umah mak abah nampaknya. bulan ni tak penah balik lagi...ekekeke. rasa cam malas nak balik pulak tapi ini dah dikira tanggungjawab, at least kene balik sekali sebulan. tapi kan keewangan meruncing nih, duit dah tinggal sekelumit cinta jer ni. kalau balik nanti takkan nak buat bodoh jerkan, makan tanggung, sedangkan dah tua bangka.....utang kat abah sejumlah RM2700 ringgit pun belum dilangsaikan. tak tau la nak tunggu duit apa baru dapat langsaikan utang ni......ekekkeke. kira burn jer la....tak boleh! cemana ekkk?
99616 |
Dipos oleh sofeanny at 9:12
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, April 8, 2004
Lambatnya sampai waktu balik keje
aiiiii....laparnya....tengahari dah la tak makan.....
lambat plak la jam ni bergerak....
balik keje ni, nak masak Tom Yam Campur, Sotong Goreng Tepung dan nasik.....
ermmm....sedapnya makan kalau perut tengah lapar.......
m/l: ada sorang rakan pun lapar gak...tapi ader ke patut dia ajak gi Bank...ajak la gi Mc D ke, Kenny Rogers ke.....medan selera ke
99457 |
Dipos oleh sofeanny at 16:04
|
Nak kata apa2? [0]
nanti2 ler
99456 |
Dipos oleh sofeanny at 16:04
|
Nak kata apa2? [0]
Saya bertemu seorang pelakon
hari khamis lalu, waktu tengahari satya terjumpa dengan seseorang yang mirip pelakon romantik melampau Jalaludin Hasan...ala anak guru mengaji tu....
tapi pada kali ini, pelakon tersebut sepertinya baru lepas melakonkan adengan merompak bank dan agak gemuk skit.
'pelakon' itu datang menyapa saya, seperti telah lama mengenali saya.
setelah saya amati, rupa rupanya pelakon itu adalah driver, dia terpotong separuh misainya sewaktu bercukur.
untuk mengelakkan dia nampak macam Hitler, dia telah membuang semua misainya. hasilnya saya tidak dapat mengenalinya dengan hanya sekali pandang dan nasib baik lagi saya tak mintak autograf dia.
e/r: artis2 yg slalu mintak autograf saya sebenarnya
99444 |
Dipos oleh sofeanny at 14:39
|
Nak kata apa2? [0]
surfing
sekarang ni tengah surfing; carik Kilang Plastik: Lokasi KL
ada projek untuk supply beg plastik secara besar besaran.
ada tokey kilang plastik dak kat sini. sila tinggalkan alamat dan no phone kat sini...boley?
99387 |
Dipos oleh sofeanny at 10:35
|
Nak kata apa2? [0]
3 hari
rasanya dah 3 hari tak mencatat: sebabnya: rosak template.....tu la rajin sangat modify time server down...so ambik pengajaran. perasaan: punya la bengkerk...rasa nak ............. minum teh "O" beng.
malam isnin lalu, saya balik dari berekreasi kat kolam renang dan menonton TV. Saya tengok TV9, TV3, TV8 tapi terlupa nak tengok TV 1, akibatnya saya kerugian satu siaran......
saya sempat tengok askar bersara tu masak ikan keli berlada jer...punya la frust......rasa nak rewind jer TV tapi tak leh la pulak....terlupa plak saya belum mencipta apa apa lagi....
untuk mengubat hati nan lara...saya sempat la tengok gazet kat akhir siaran tu, nampak la org tu mancing kat lubuk bawah jeram dan dapat ikan toman....cam pelik jer.....tapi kat BElum kan...so logik la. semuanya BElum.......esok nak gi Belum la.....dlm mimpi kot
lewat malam tu saya bermimpi memancing kat satu lubuk ni....dan senang sangat pancing saya dimakan umpannya oleh ikan....saya dapat ikan keli.....besar gak...tapi dalam mimpi je la...
slalunya kalau saya mimpi dapat ikan alamatnya dapat duit la.....mmg selalunya mimpi saya tepat....lagi besar ikan yg saya dapat dalam mimpi tu...lagi besar la amaun duit yg saya dapat...ekekkee...., esoknya mimpi saya tu jadi kenyataan saya dapat RM5 (setaraf ngan sepinggan ikan keli kat pasar malam), itupun sebab rakan seopis bayar duit collection air...bukan duit saya pun...kira duit kebajikan la.......tapi tetap duit kan....tu la mimpi saya selalunya jadi kenyataan.....walaupun kenyataan yg tak best.
bercakap mengenai ikan, saya teringat tangkapan sejarah saya iaitu seberat 70 kg....huh! dasat kan .....kat laut beb...susahnya nak menaikkan ikan ni, rasa nak patah tangan saya, nasib baik la masa tu adik saya ada dekat ngan saya....dia tolong saya gulung tali......ikan kat situ...kalau nak dapatkan dia, tali kene gulung terus menerus (menurut pemerhatian saya melalui pengalaman org lain), kalau tidak ikan tu kaan terlepas.
akhirnya, setelah 2-3 kali bertukar tangan, iikan tersebut berjaya saya naikkan...saya tak ingat jenisnya....masa tu ramai org tengok saya...penat sungguh....mesti org sekeliling tu kata saya over-acting.............................sebabnya saya mancing kat Plaza Angsana, JB.....pakai mesin permainan....tapi perasaan dan pengalaman dia mmg rasa cam sebenar....ekekekekkee...sampai sekarang ni saya boleh ingat scemana rasanya lenguh tangan saya pada ketika itu.
sekian.....ekekekekeke
a/s saya tak dapat simpan rangka ikan tu nak buat kenangan ...sebab tak dapat pegang pun....gambar pun tak sempat nak tangkap coz ramai sangat org menonton.
99372 |
Dipos oleh sofeanny at 9:39
|
Nak kata apa2? [0]
ermmm.....cacatan dari pelawat....dihargai
the derhaka student baru2 nih aku gi tasik kenyir mancing.ramai orang kata tasik kenyir dah takder ikan.so aku bawak ler 6 orang yg masih belum terer mancing sungai dalam ekspedisi tuh.keputusan pemancingan selama 4 hari 3 malam tu kita berjaya menangkap berpuluh2 belas ikan kecik dan berbelas2 eko ikan besor.maka aku buat keputusan sendiri sebenarnya tasik kenyir masih banyak ikan.cuma dier orang tu tak jumpa lubuk kot.so ..sesapa yg kata tasik kenyir dah takder ikan..elok la di tempeleng lapan kali kekuat.demikianlah catatan emosional aku untuk sofe.hihihihi...akhir kata..majulah ikan untuk negara.takbirrr....``!!!
ujang tetiba aku terbukak ruangan nih.memang kreatif budak nih.ada harapan jadi publisher.yg ajaib tu...tok rimau pun sampai kesini merayau.hihihihi memang tanpa sempadan alam nih.
99357 |
Dipos oleh sofeanny at 7:43
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 5, 2004
seksis
bila ku bersuara... kau kategorikan sbg meleter bila kau tercabar... sebelum bertarung pun ku dah kau singkir tika di jalanan... cermat ke cuai stereotype lady driver
bila tunjuk pandai... lagakmu hebat mengalahkan seorang professor oh mana keadilannya balik-balik kita saja terkena
dahulu hingga kini kau memonopoli... cuba menguasai duniaku ini... oh mana aci
jangan pandangku sebelah mata hanya kerna namaku wanita walau ada kelemahannya engkau pun apa tidaknya
jangan pandangku sebelah mata nanti kejantananmu tercabar takkanku menyerah kalah kerana matamu berat sebelah
kelemahanmu akan ku tepis selagi persis... ..
pabilaku ramah... manis lidah kau tuduhku perempuan murah namun bila kau menutup helah katamu mengikut sunnah
andai keharmonian rumahtangga jangan harap ucapan tahniah hujung bulan tiba... ku tuntut nafkah kau buatku macam peminta sedekah
oh mana keadilannya balik-balik kau juga juara asyik kita beri saja
melayan takhta... siang malam buta dan penuh setia... bagaikan raja
98993 |
Dipos oleh sofeanny at 15:26
|
Nak kata apa2? [0]
Rehat
98975 |
Dipos oleh sofeanny at 12:55
|
Nak kata apa2? [0]
Penat mengajar.....
hari ni saya betui betui penat mengajar rakan sekerja saya. sampai kering tekak saya. rasa cam nak minum air berkarbonat.
permintaanya dah lama, tapi saya tak punya masa nak mengajar dia membuat sesuatu yang diingininya itu.
dia kata saya kedekut ilmu. saya terasa lalu saya pun mengajarnya hari ini juga.
sebenarnya dia bukan dari opis saya, tapi sanggup datang ke opis saya untuk belajar sambil mencatat atas kertas putih saya menggunakan pen saya juga. truk btui....lain kali kalau nak blaja bawak la buku nota sendiri...ini sifoo plak yg kene sediakan alatan, dah la tak bagi upah.
98974 |
Dipos oleh sofeanny at 12:54
|
Nak kata apa2? [0]
SAYA BERJIWA PATRIOTIK
98966 |
Dipos oleh sofeanny at 11:47
|
Nak kata apa2? [0]
Semua orang kene berdiri hormat
98942 |
Dipos oleh sofeanny at 9:52
|
Nak kata apa2? [0]
berselipar ke opis
hari ini saya kelihatan vogue berpakaian baju kurung dan berselipar Ambros. jam nam setengah pagi saya berjalan kaki dari rumah ke opis. lenguh kaki saya, nasib baik pakai selipar kalau pakai kasut bertumit tak tau la apa yg jadi.
sepanjang perjalanan ke opis saya terjumpa beberapa ekor anjing yang berkeliaran dan sesekali seperti ingin menggigit saya. berbekalkan sebiji batu yg saya kutip ditepi jalan, saya teruskan perjalanan, akhirnya saya sampai di pintu pagar opis jam 7 pagi.
jam 8 pagi, beberapa org rakan sekerja menegur penampilan saya dengan selipar yang berwarna biru berbelang kuning. saya akan memulai kembali tabiat lama saya: berselipar ke opis!!!
98941 |
Dipos oleh sofeanny at 9:52
|
Nak kata apa2? [0]
The original puma Tee shirt

98928 |
Dipos oleh sofeanny at 8:17
|
Nak kata apa2? [0]
Sunday, April 4, 2004
hari ahad aku ke opis
datang ke opis pada hari ahad mungkin merupakan pekara biasa kepada sesetangah orang. tetapi tidak bagi saya.
saya datang ke opis pada hari ahad kononnya bagi menyiapkan kerja tetapi apa yang saya buat hari ini ialah saya mencetak kartun garfiel dalam mod warna.
semalam merupakan hari yg amat boring bagi saya, nak masak pun malas. sambil menonton tV, saya perhatikan ada se botol kertas chip kentang bersebelahan TV.
kerepek kentang ini telah lama di beli semasa Karnival Mega Sale yang sudah berakhir, tetapi masih tak abis-abis.untuk mengisi perut yg berkeroncong, saya cuba makan kerepek ini, tetapi sangatlah masinnya, terasa susah sangat nak masuk ke tekak walaupun tengah lapar.
saya memikirkan apakah caranya supaya saya dapat mengurangkan rasa garam pada kerepek ini tanpa membasuhnya dengan air.
akhirnya saya menjumpai seplastik tisu berhampiran kerepek tersebut. tisu ini saya dapat percuma semasa Mega Sale. Lalu saya menggunakan tisu tadi untuk mengelap kedua2 permukaan kerepek kentang tadi, dan saya berjaya memakan kerepek kentang kurang masin sebagai makan tengahari saya. Tapi kerepek itu masih ada lebih lagi.........nak sikit ke???
98860 |
Dipos oleh sofeanny at 16:03
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 2, 2004
suatu hari di warong Yong Tau FU
malam bila entah.....
saya gi makan kat satu warung ni, masa tu lapar sangat, jadi makanan pun rasa sedap.....sambil makan, saya perhatikan ada seekor kucing yang comot tetapi comel.
berwarna oren spt oren busuk. kucing ini kecil sangat, adala sebesar penumbuk lelaki dewasa. kakinya pendek dan asik berlari ke sana sini tapi tak mengganggu org yg makan.
kucing ini menarik perhatian saya, lalu saya kutip dia sambil menanya kat tuan punya warung sama ada kucing tu dia yg punya. katanya bukan.
saya pun amik kucing tu dan bawak balik umah. Kemudian saya pergi ke luar rumah untuk menyiram pokok bunga. bila saya masuk umah balik kucing itu dah ilang. masuk peristiwa yg ni dah 4 kali kucing saya hilang (dicuri orang)
saya pun tak tau kenapa di kawasan perumahan saya kucing selalu sajer di curi. saya berkata demikian kerana jiran saya pun dah 7 kali ilang kucing.
mungkin ada org yang 'giler kucing' (keminatan terlampau kat kucing) kat kawasan perumahan saya. namun begitu saya teringat, mak saya pernah cerita (masa saya budak kecik), org sarkas (org kerja kat sarkas la: gembala harimau, singa) tangkap kucing untuk dijadikan makanan harimau sarkas. (bukan harimau jadian: makan bertih)
kalau ada sarkas kat mana2, budak2 akan tangkap kucing orang dan jual dengan harga lima ringgit sekor (ni mak saya yg cakap).
tadi saya ada nampak poster sarkas kat tepi jalan.....kebetulan
gambar di bawah bukannya gambar kucing yg hilang, tapi sempena memperingati kucing2 yang hilang saya abadikan gambar ini kat weblog saya. (mungkin mereka dipaksa oleh seseorang untuk menembak spesies mereka sendiri spt dalam gambar)
98593 |
Dipos oleh sofeanny at 15:45
|
Nak kata apa2? [0]
mouse-trap

98589 |
Dipos oleh sofeanny at 15:31
|
Nak kata apa2? [0]
aiii....sensorang jer......
aish! semayang jumaat dah lama abis....tapi saya sensorang je kat opis ni....kenapa ek?
98580 |
Dipos oleh sofeanny at 14:39
|
Nak kata apa2? [0]
saya bz nieh..!!!
sekarang ni saya tengah sibuk mencipta soalan SULIT. aiseh susah betui la...rasa nak upah org jer buat......saya kene buat TUJUH (7) soalan yang best punya.
susah betui la nak buat soalan...buat jawapan lagi senang.
dedulu, waktu prep selalunya orang gi ke perpustakaan untuk mengulangkaji.
saya pun suka gi perpustakaan. dari perpustakaan bergerak (bas) sampai la perpustakaan tak bergerak.
selalunya saya pergi ke perpustakaan untuk membaca majalah ataupun buku-buku cerita kanak2, hikayat2, dongeng, novel, antologi cerpen, novel terjemahan dan lain2 lagi, yang tak masuk list cuma buku pelajaran. walaupun begitu saya tetap dapat ilmu yang kurang berguna bila saya menjawab soalan peperiksaan.
penulis yang saya suka baca tulisannya termasuklah Ustaz Azizi Hj Abdullah, Shahnon Ahmad dan penulis buku 'To Kill a Mocking Bird' (betui ke tajuk dia cenggini? sapa tah nama penulihnya)
sewaktu saya blaja kat MJSC, saya suka study kat dalam bilik stor. kengkawan saya ingat saya ada bela hantu dan study ngan hantu dalam bilik stor tersebut.
sebenarnya, saya lebih banyak tidur berbanding study kat dalam stor tu kerana kekurangan oksigen. namun begitu, saya tanak kawan saya jeles bila saya dapat result yg bagus walaupun saya tido...ekekekeke...kononnya.
slalunya warden akan menge'check' kehadiran kitorg kat kelas atau perpustakaan bila waktu prep terutamanya waktu petang. kawan2 saya yg pemalas pegi prep slalunya menyorok dalam almari/locker ataupun pura2 baring atas katil sambil mengaduh ngaduh kononnya kesakitan. mereka2 ini slalunya tertangkap dan kene buat kerja bakti. (budak maktab mesti tau punya)
namun begitu, saya tak pernah tertangkap, kerana tempat pen'study-an' @ penyorokan saya sangat strategik iaitu bilik stor, sekiranya kedengaran derap2 kaki warden membuat penge'check' kan, saya cuma perlu memadamkan lampu stor dan saya terselamat daripada membuat kerja bakti.
kawan2 saya jeles ngan saya tapi kesian kat diorang sebab diorang slalu guna taktik lama.
kalau nak maju kita mesti bina taktik2 cam saya...ekekekeke
u/y: adik2 yg masih bersekolah jgn tiru aksi makcik, sekarang org dah tak pakai dah taktik tu. cipta yg lain pulak yea.....!!!
98554 |
Dipos oleh sofeanny at 12:51
|
Nak kata apa2? [0]
org kata baby kalau isap kaki........

u/s : tandanya ada nestum terlekat kat kaki dia
98534 |
Dipos oleh sofeanny at 11:33
|
Nak kata apa2? [0]
saya suka dengar lagu nyanyian Broery
ni lagu kesukaan saya lagi2 bila dinyanyikan oleh kembar Broery iaitu driver:
Rindu Yang Terlarang
Sekian Lama Sudah Kita Telah Berpisah Kurasa Kini Engkau Tak Sendiri Lagi Aku Pun Kini Juga Seperti Dirimu Satu Hati Telah Mengisi Hidupku Tak Perlu Engkau Tahu Rasa Rindu Ini Dan Lagi Mungkin, Kini Kau Telah Bahagia Namun Andai Engkau Dengar Syair Lagu Ini, Jujur Saja Aku Sangat Merindukanmu Memang Tak Pantas Mengkhayal Tentang Dirimu Sebab Kau Tak Lagi Seperti Yang Dulu Kendati Berat Rasa Rinduku Padamu Biar Kan Ku Hadang Rindu Ku Terlarang
Biar Ku Simpan Saja Biar Ku Pendam Sudah Terlarang Sudah Rindu Ku Pada Mu
Tak Perlu Engkau Tahu Rasa Rindu Ini Dan Lagi Mungkin Kini Kau Telah Bahagia Namun Andai Engkau Dengar Syair Lagu Ini Jujur Saja Aku Sangat Merindukanmu Memang Tak Pantas Mengkhayal Tentang Dirimu Sebab Kau Tak Lagi Seperti Yang Dulu Kendati Berat Rasa Rinduku Padamu Biar Kan Ku Hadang Rindu Ku Terlarang
Biar Ku Simpan Saja Biar Ku Pendam Sudah Terlarang Sudah Rindu Ku Pada Mu
Ku Puisikan Rindu Di Hati Ku Kuharap Tiada Seorang Pun Tahu
Biar Ku Simpan Saja Biara Ku Pendam Sudah Terlarang Sudah Rindu Ku Pada Mu Terlarang Sudah Rindu Ku Pada Mu
m/n lagu in ditujukan buat En. Mill
98501 |
Dipos oleh sofeanny at 9:47
|
Nak kata apa2? [0]
henpon
zaman saya blaja dlu, henpon tak brapa glamer lagi digunapakai oleh student (sebabnya mahal sangat). kalau ader pun yg pakai henpon, semuanya nak blagak ajer, itupun pinjam daripada ayah diorang.
saya selalu berangan yang kalkulator saintifik yang saya guna untuk mengira boleh digunakan untuk menalipon apabila angka angka pada padnya di tekan. namun impian saya tidak terlaksana kerana orang telah menukar henpon kepada kalkulator dan bukannya kalkulator kepada henpon.
suatu hari, saya dan seorang lagi kawan saya teringin mencipta satu alat yg memudahkan perhubungan diantara saya dan dia dimana bilik saya berada di tingkat atas biliknya.
kami telah memakan 2 tin laici dan kemudiannya menyambungkan kedua tin laici tersebut dengan benang dengan harapan tin laici tersebut dapat menyampaikan hasrat masing2 kepada masing2 juga.
namun harapan kami hampa kerana tak kedengaran lansung bunyi percakapan atau getaran daripada talian telepon yg kami bina itu. akhirnya kami terpaksa akur kepada kehendak Alexander Graham Bell, agar menggunakan sajer ciptaannya.
tahun lepas pula, saya dan dua lagi rakan saya telah mencipta sebuah almari berlampu. namun almari berlampu itu kelihatan biasa sajer. pihak penilai hanya mendiamkan diri apabila kami membuat persembahan prototaip yg kami hasilkan. selalunya org tua kata, diam tandanya setuju. namun sebaliknya berlaku kepada kami. penilai tersebut kemudiannnya telah mengutuk kami dibelakang, dan salah seorang rakan saya telah menceritakan perihal itu kepada saya. tapi saya tak kiisah sebenarnya, sebab almari berlampu tu pun kami tiru ideanya daripada buku rujukan PMR....ekekekeke.
hasrat saya untuk mencipta sesuatu masih belum pudar. tahun ini saya akan mencipta(kononnya) sejenis komposit daripada Mullit dan Zirkonia (mmg dah ader pun) la pulak. TUnggu...........
98497 |
Dipos oleh sofeanny at 9:39
|
Nak kata apa2? [0]

98492 |
Dipos oleh sofeanny at 9:15
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, April 1, 2004
Gempar....
pagi tadi kebetulan saya datang ke opis awal, jadi terpaksa bersesak dengan kereta ibu bapa yg menghantar anak2nya ke sekolah. sewaktu di satu persimpangan di hadapan sebuah sekolah kebangsaan, sebuah motosikal telah melanggar sebuah kelisa. namun dengan bangganya penunggang motosikal itu telah melarikan motornya daripada tempat kejadian. Sukacita dimaklumkan kejadian berlaku dihadapan mata saya dan saya telah berjaya tidak menghafal no plat moto itu. sekian, laporan kemalangan.
Laporan kedua pula: pagi tadi juga lebih kurang 7.30 pagi, sewaktu driver menunggu saya di tempat parking opis sebelum berangkat untuk sarapan selepas saya memaksa mesin mencatatkan waktu saya sampai di opis (punch card). satru kejadian terlampau telah berlaku di depan mata driver seperti yang dilaporkan oleh driver kepada saya 5 minit selepas kejadian. Seorang remaja perempuan, dikuatiri seorang pelajar sekolah telah kencing di satu rumpun buluh dihadapan tempat parking.
menurut driver dia terpaku (atau sengaja memakukan diri) dengan kejadian tersebut dan terus memandang kejadian itu. kebetulan kereta yang dipandu driver bercermin gelap dan mungkin remaja perempuan itu tidak sedar akan kehadiran driver di dalam kereta (teori saya). Mungkin juga remaja perempuan tersebut 'sewel',mengalami tekanan perasaan atau mungkin juga tekanan pundi kencing yang melampau (teori kawan saya) yang menyebabkan beliau tergamak kencing di situ.
saya sungguh terkejut dengan kejadian tersebut. sewaktu saya sampai, pelajar itu masih berdiri di kawasan tersebut, namun wajahnya terselindung disebAlik tiang elektrik. sewaktu saya ke tempat parking sekali lagi pada pukul 10 am, remaja tersebut masih berada di kawasan tersebut. ini menguatkan lagi teori2 yg telah diutarakan.
pada pukul 1.30 pm, waktu makan tengahari, driver telah mengejutkan lagi saya dengan satu berita gempar. rupa2nya kisah pelajar itu telah diketahui ramai, dan kisah itu sebenarnya adalah salah satu kisah April Fool yang telah dicipta oleh driver untuk mengenakan saya.
dengan itu saya juga telah menyampaikan berita yg lagi gempar kepada driver, elaunnya bulan ini akan dipotong 50% sempena dia menyambut hari April Fool tanpa kebenaran saya.
sekian. terima kasih.
98347 |
Dipos oleh sofeanny at 15:58
|
Nak kata apa2? [0]
Membeli pasu bunga
sempena karnival Mega Sale yg berakhir 31 Mac yg lalu, saya telah bergegas ke sebuah pusat membeli belah berasal daripada Jepun dan membeli 3 biji pasu bunga hiasan palsu bukannya bunga bertanah.
hari ini pula saya telah bergegas ke tempat jualan bunga palsu untuk membeli bunga palsu. tetapi oleh kerana keadaan keewangan yang meruncing, saya hanya sempat melihat sajer bunga2 tersebut tanpa sempat membelinya.
Sekian, Laporan saya untuk hari ini. Terima Kasih
98342 |
Dipos oleh sofeanny at 15:28
|
Nak kata apa2? [0]
|