org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Tuesday, June 1, 2004

Pegawai Perubatan

pagi tadi dengar brita pasal org berebut nak jadik doktor. best sangat kler jadi doktor? rasanya best lagi keje saya....ekekekkeke

dah la blajanya susah, examnya lagi la susah. masa saya blaja dlu, mmg ramai berkobar2 nak jadik doktor, alasannya cita2 dr kecik la, nak ikut jejak langkah ahli keluarga la. nak masiuk coz medic ni dah la kene interview, dr awal semester kene blaja dasat2.

saya antara org yg tanak jadi doktor. bukannya apa saja jer, kesian kat org lain yg nak jadik doktor kan. kawan baik saya ada yg jadi doktor biasa, ada yg jadi doktor haiwan, sampai sekarang saya tak jumpa diorang lagi. agaknya sibuk sangat, tak sempat nak jumpa.

Monday, May 31, 2004

saTu 2 TigE lekUk!

bAJU kElawar



Tengok gamba kat atas ni teringat saya waktu menderma darah dlu.Masa tu masih blaja lagi.

ramai org kata derma darah ni sakit. tapi saya nak cuba jugak. tibalah hari yg dinantikan, Jabatan Kesihatan pun sampai ke tempat pengajian, dalam bilik beraircon tersedia katil2. saya pun masuk dan mendaftar diri. pas tu test darah jenis apa. keputusannya darah jenis merah bukan putih cam mahsuri.

pas tu baring atas katil. nurse carik urat darah, pas tu dia cucuk ngan jarum...eh! tak sakit pun, pas tu dia suruh genggam sebatang kayu kecik, tak sampai berapa minit dia suruh berhenti genggam sebab bekas plastik darah tu dah penuh sangat, eh, tak sangka dah selesai. tak sakit lansung.cuma pedih skit masa dia uji darah jer.

pas tu nurse suruh makan ubat, saya lari sebab diorang kata kalau makan ubat tu nanti jadi gemuk sangat. pas tu saya jalan kaki sekilometer untuk balik umah sewa. tak pening pun, tapi masa derma darah tu, saya ada nampak 2 tiga org budak lelaki yg pengsan lepas derma darah. budak pompuan lak, lansung tak nampak muka masa derma darah.

dengan itu, marilah ramai2 kita derma darah, TAK SAKIT PUN!!!

Friday, May 28, 2004

hujan lebat

diiringi hujan lebat semalam tercapai juga hasrat untuk bershopping. saya cuma sempat beli dua bekas air dan set garfu, pisau dan sudu teh berdiskaun 70%.

semasa dalam perjalanan pulang adiema sempat bercerita kepada saya, salah seorang rakan seopisnya telah meluahkan perasaan terhadapnya. saya tumpang gembira dengan cerita tersebut.

namun dengan tidak disangka2, di opis saya pun ada org meluahkan persaannya terhadap saya...ekekekeke.nasib saya dan adiema rupa2nya hampir sama minggu ini.

walaupun saya dah tua bangka berbanding adiema, masih ada yg berminat pada saya nampaknya. malahan jejaka ini sanggup bersunat (dia hanya paham bila sebut 'potong' oleh rakan lelaki Melayu seopis) untuk memiliki saya. ini kerana dia berbangsa dan beragama bukan Islam.

setiap kali berjumpa dgnnnya saya berasa rimas walaupun saya tahu itu cuma gurauan darinya. apapun saya boleh berlagak dengan adiema kerana buka dia seorang yg muda remaja saja ada peminat, saya pun ada jugak....ekekekekekke!!!!

Thursday, May 27, 2004

penat aku melukis.....

Tok R
Buruknya lukisan kau. Tak macam pelukisnya. (Dilema bukan? samada mau gembira atau marah kepada komen ini.)

j/m: aku dah tua, aku paham maksud kao

langsir emas

langsir kat opis saya berwarna emas, namun begitu bahan yang dijadikan langsir itu bukannya dari emas, cuma kain langsir biasa.

sekarang ni saya selak langsir itu luas2 agar cahaya mentari dari luar akan masuk ke kamar opis saya ini.

cuaca di dalam opis ini amatlah sejuk layaknya seperti di gunung Fuji. dengan adanya cahaya mentari dari luar, semoga panas lah juga cuaca dalam opis ini.

sekiranya saya menekan butang 'off' pada diiding ini, berkemungkinan bilik ini menjadi ketuhar pula. mesti rakan yg lain marahkan saya.

penatnya saya menunggu org yg berjanji dengan saya. dari jam setengah dua hingga kini sudah lewat jam tiga. apa ini, janji ke....jenji???

ches......penipu kao adiema!

baju recycle



baju ini berkulat

luksan bosan dari tingkap opis



saya lukis pemandangan dari tingkap bilik saya secara tah apa2

BOSAN

dari pagi tadi saya duduk mengadap komputer, ada rasa nak muntah.tak per toilet dekat ajer.

kerja dah sampai, tapi tak de mood nak buat. buat kat umah jer la, kat opis ni keje cuma ngadap komputer, menaip2, baca weblog, tengking2 org, minum2, makan...tido jer tak buat kat opis ni. sekali sekala ketawa, dah lama rasanya tak ketawa.....hmmmm...sedih....

hujung minggu ni, ada kawan ajak datang ke rumah, dia nak masak katanya, boleh la pegi, tapi kene ajak adiema la, sorang2 tentu buhsan, kalau ader geng seronok skit.

kawan tu kata nak masak asam pedas ikan, sedap la kut org Johor masak.dedulu slalu gak kitorg masak2 pas tu bawak kat opis makan sesama. sorang bawak nasik, sorang bawak lauk, sorang bawak sayur. hasil pancingan yg saya dapat slalunya jadik lauk untuk di makan sesama rakan seopis. meriah rasanya....

hujung minggu ni nak buat apa yer???

belah dompet...

plan besar hari ni adalah untuk pegi shopping. saya telah berusaha untuk tidak berbelanja semenjak mendapat gaji hanya untuk tujuan membeli belah hari ni.

kad2 kredit telah diisikan dengan nilai2 yg mungkin mencukupi untuk peristiwa hari ni. kalau tak cukup nanti...senang jer tak yah beli. rakan2 ada bertanya, apa yg akan saya beli hari ini.....saya pun tak tau lagi....kene tengok dulu, barulah beli...idakpun tak beli lansung.

saya memang slalu pegi ke pusat membeli belah tapi tak beli apa2. Jimat. exercise mata cukup la.

tapi ader sorang kawan tu, ekekekeke (jgn marah kalau terbaca) badan dah la kecik, tapi kalau gi shopping....waaa! dia la yg banyak sekali.

selalunya saya tak akan tolong dia bawak beg2 shoppingnya sebab saya nak bagi pengajaran skit kat dia, supaya insaf, lain kali kalau gi shopping, beli setakat yg mampu di bawak jer.....

buku buku hati...

atas meja komputer saya ni sekarang dah penuh ngan buku2 yg tak pernah dibaca.

mulai semalam, saya mulakan kembali projek pembinaan buku saya untuk dijual, rasanya kalau letak kat Geng Jurnal bahagian jurnal untuk dijual.....tak laku...ekekekee....

sebab utamanya sebab ni buku boring, buhsan, org berkepentingan jer nak baca. itu pun setelah dipaksa agaknya la.

buku edisi pertama tak brapa mantap, banyak kelemahannya, terutamanya dari segi susunan isi. kali ini berbekalkan panduan menyediakan buku ulangkaji bagi pelajar PMR (ekekeekkeke), saya pun memulakan projek buku edisi kedua.

selamat berjaya untuk diri saya sendiri...................

Salji tak salju



Claim the clam.....

Punya la susah nak buat claim ni...banyak sangat songehnya.

memula mintak ribu2, last2 dapat ratus2 jer, menyampah betui.dedulu banyak kali dah buat claim, taip penat2, pas tu kene reject, taip lagi reject lagi, last2 malas nak hantar, sampai sekarang tak amik pun duitnya, dah masuk tarikh lupus dah, seingat saya dah 2 kali saya malas nak amik duit claim. menyusahkan sajer. baik buat keje apa2 kalau nak duit lebih daripada buat keje katopis pas tu mintak claim.

ikan masin

Wednesday, May 26, 2004

Pos Opis Daya Angkasa

adiema suruh lukih muka dia



ni la muka dia menurut pandangan saintifik saya apabila digabungkan dengan boipren baru dia yg dah tak brapa baru

muka dia....



ni muka dia bila didebukan dengan bedak setebal 3 inci

Beli pinggan mangkuk...

pagi tak buta tadi adiema ajak saya gi beli pinggan mangkuk untuk boss dan anak2 buahnya.

membeli pinggan mangkuk merupakan misi penting bagi seseorang wanita. disini kita boleh belajar tentang tawar menawar, ketahanan sesuatu bahan kejuruteraan (terutamanya seramik) dan mungkin juga tentang barangan antik (yg tak laku setelah dikeluarkan 20 tahun yg lalu).

bujet yg dijangka oleh adiema ilah RM3000, jadi tentulah pembelian kene berhati2 (chewah). saya jadi tukang menyibuk dan juga tukang kritik (keje yg sgt sesuai ngan org pompuan). misi ini diteruskan dengan memaksa bini tokey kedai mengeluarkan segala khazanah yg tersimpan dalam kedai pinggan mangkuknya yg bertaraf muzium. walaupun begitu, sepanjang berada di kedai tersebut, pelanggannya tak putus2 datang malahan ada chef dr hotel terkenal datang nak beli pisau.....

semasa adiema sibuk bersibuk2 dgn bini tokeh, saya sempat membeli seplastik biji teratai dan mengunyahnya sambil melihat lihat barangan antik di kedai tokeh tersebut. dapat saya perhatikan satu set teko dan cawan bermotif strawberry, teringin rasanya memaksa tokey supaya mengeluarkan set tersebut, namun saya risau almarinya yg usang akan berantakan dan musnah di situ juga.

lantaran itu saya batalkan keinginan saya lalu memilih dua bijik claypot sebagai ganti. balik umah nanti boleh la saya masak nasi ayam claypot walaupun ayamnya belum dibeli lagi.

lepas habis memborong pinggan mangkuk, saya pun pulang ke opis dengan kaki yg lenguh2 dan mulut bergetah teratai.

Aku boring, aku melukih.....

Saya sangat suka melukis, hari2 saya melukis.....kis..kis...kis



ring...ring...ring...bosan!

aku kat opis sensorang

waktu tghari ni saya duk sensorang, boring tahap ketujuh ni.

mana la pegi semua org ni, mentang2 la dah dapat gaji, semuanya hilang, jejak pun tak nampak.

bebaru ni Boss besar umumkan boss kecik berhaluan DAP dinaikkan pangkat (ches!). Boss besar skit lak dah nak bersara. amboi, risau btui saya kut2 boss Dap ni naik jadik Boss besar skit. Kantoi la...

walaupun boss besar skit ni slalu buat kerja 2-3 kali dan suka menyusahkan lagi keadaan, tapi, dia ni ada hati perut lebih baik drp boss DAP ni, harap2 nya dia pegi la keje kat opis lain jgn la menyibuk kat sini.

baru jer jap tadi, dia tegur saya, tanya saya tak balik tghari ker, saya jawab tak, tapi dalam hati saya jawab "tak balik la boss, saya ni kan rajin dan suka membodek walaupun sebenarnya saya tak balik sebab saya bz surf internet'.

tahun ni ramai btui org2 tua kat opis ni nak berenti, lecehla nak terima boss baru, menyusahkan ajer.

saya rasa, nak tukar keje la, jadi reserch officer ker....ekekekeke (macam la layak).....keje kat Sarawak ke, Sabah ker.....Australia ke (tak pandai cakap omputih lak).....idakpun berenti keje terus ke.....

Tuesday, May 25, 2004

semalamkan....

adala orang tu ajak saya gi karaoke, saya tak de mood nak gi sbb tgh marah.....ekekeke...kecian dia...sorry la yea...makcik sakit hati nieh!!!

malam ni pulakkan dia tu ajak saya mengintai pontianak. dia ni pompuan tapi berani wooo!!! Malam ni dia cakap kalau nak ngintai pontianak murah jer ...RM6, sbb malam ni lady's night.

hati saya masih berbelah bagi nak gi ke tidak. saya malas la nak ngintai2 pontianak kat panggung wayang ni. sejak dari masa belajar dlu saya tak brapa minat nak kuar duit tngok wayang, kalau pegi pun, kawan yg blanja.

tapi saya dah janji dengan org tu, kene la pegikan, nanti kalau tak gi dia tak nak janji ngan saya lagi kan. betui tak?

sebenanya saya ada pengalaman perit menonton cerita melayu kat pawagam ni. saya ingat lagi, masa tu hari raya, boring sangat....jadi adik saya ajak saya gi pawagam, saya malas nak gi tapi dia cakap dia yg blanja.....saya setuju la

kami pun pegi pawagam, duduk la.....tengok2 ada 5-6 org jer penonton lain, org lain tengah makan ketupat kut.

5 minit cerita ditayangkan, saya dah rasa boring2, saya pun amik cap yg adik saya pakai pas tu buat aksi cemacam sebab dah tak tertahan boring, masuk seploh minit, saya rasa nak muntah, last2 saya ajak adik saya keluar panggung.

baru la lega skit kepala otak saya. waktu tu saya rasa tengok cerita tu macam penyiksaan kat saya, bukannya hiburan. sampai kat pintu luar, jaga wayang tu cakap kat saya:

"apasal keluar"

saya jawab: " tak boleh tahan dah"

dia kata lagi: " tunggu la, ending crita ni bagus...ooo"

saya jawab lagi: "tak per la, lain kali jer, saya takut saya yg ending dlu sebelum citer tu"

itu la pengalaman ngeri saya waktu tengok wayang. pas tu, saya berhati hati kalau nak gi tengok wayang ni, takut pisang berbuah dua kali.

kalau saya tak silap cerita tu bertajuk:"Amelia: mawar berduri"

g/l: mmg berduri pun rasanya kerusi yg saya duduk kat panggung tu...ekekekekeke

semalam jugak

saya potong rambut saya sendiri:

cara2 nya:
memula ikat rambut saya yg panjang mengurai, pas tu amik gunting tangkai dia kaler merah, pas tu mula gunting, bunyi krip, krip krip...susahnya nak gunting rambut ni, walaupun nampak sikit tapi tebal rupanya, lama gak baru dapat potong semuanya.....bila mata gunting dah sampai kat hujung rambut, saya sikat rambut.....aiyok, sebelah pendek sebelah panjang...saya sikat lagi...potong mana yg ader lebih, pas tu amik cermin kecik, tengok kat cermin besar, nampak cam ok jer.

last sekali mandi dan bersyampooo.....ekekekekeke...jimat RM30

emosional lebih2

sejak cuaca dikhabarkan kebelakangan ini panas, saya pun semakin emosional/panas.

segala benda yg dah berkurun2 berlakupun masih nak diungkit2 lagi. inilah sifat wanita yg paling best.......ekekekekeke, dengan itu diciptakan NYA wanita.(3183)

hari ni pun marah jugak.....

hutang -hutang pada org telah di bayar tetapi hutang kat bank ada yg blum bayar lagi.

saya dah janji tak kan cakap tentang pekara yang satu ni, tapi menaip pasal pekara ni tak per la kut.

tahun ini, saya dah berangan angan nak mintak cuti panjang skit, sebab tahun2 sebelum ni saya tak merasa nak bercuti lansung sebab belaja. tahun ni dah tamat belaja, ingat nak rileks kat rumah ker, mana2 tempat percutian ker. namun impian , angan dan harapan saya ini musnah.......

ini disebabkan oleh seorang rakan sekerja yg membebankan tugasnya pada saya la pulak. inilah sikap yg sangat saya sanjung di kalangan rakan2 sekerja saya. dengan alasan nak bertunang.

itu memang pekara yang baik, tapi tolong la rancang pekara2 sebegini, jangan membebankan org lain dengan kerja anda sendiri, saya tak kisah mengambil tugas rakan sekerja yg ada kursus2 yg perlu dihadiri, nak terberanak ke, nak kahwin ke (ini pun sebenarnya boleh dirancang, tapi masih boleh dipertimbangkan kerana melibatkan banyak pihak).....

sebelum rakan ini nak pergi bercuti, dia ada berjumpa dengan saya dan memberitahu hajatnya itu, kalau saya ni busuk hati, saya pun boleh mencipta alasan dan lari dari tugas yg sepatutnya. tapi setelah saya pikirkan dengan lebih teliti, sekiranya saya juga bersikap seperti dia, maka lebih ramailah org yg tak puas hati wujud kat tempat keje saya ini.

ada rakan yg memperli saya kununnya berhati murni kerana masih menerima kerja tersebut. pada saya ini bukan masalah hati murni atau busuk, tapi prinsip saya, buat apa nak menyusahkan org yg tak bersalah (rakan sekerja yang lain), yg patut disusahkan ialah org yg bersalah tersebut.

namun begitu, saya telah berjanji dengan diri saya, bahawa saya akan tetap menjalankan tugas tersebut dengan tersenyum. jadi dengan itu, pada bulan Jun ini saya akan tersenyum selama seminggu sepanjang masa saya menjalankan tugas tersebut. walaupun saya tahu betapa berat tugas tersebut, kerana sebelum ini saya dah banyak kali buat tugas tersebut. tak saya sangka2 kali ini saya terkena lagi, tahniah kepada diri saya sendiri.

nanti, sewaktu rakan saya ni berpakaian cantik sambil menerima kunjungan tetamu dan juga kunjungan cicin pertunangan yg berkilauan, saya juga akan bekerja di opis dengan kilauan senyuman saya yang pastinya tak ikhlas......

Monday, May 24, 2004

marahnya

siksassss....

siksa juga rupanya hidup tak bergaji ni..yea. 2 hari rasa cam 2 tahun.

hujung minggu lepas duduk melepak kat rumah jer la, nak kemana2 kene pakai duit. cuma dapat membayang kan nak kemana mana dalam tido ajer la.

minggu ni harap2 dapat la gaji, planning banyak dah dibuat. nak ke funfair la, Cameron Highland la, sana la, situ la. jangan la planning tinggal planning jer, harap jadi kenyataan.

pepagi buta tadi rakan sebelah meja merangkap bendahari kelab dah mintak2 yuran yng masih tak di bayar, saya ingat tu, tapi dlu gak saya cakap kat dia ingatkan saya supaya bayar duit tu, dia tak bersalah, saya la yg bersalah.

pas tu ada utang upah buat baju, tak bayar gak lagi, memang dah janji nak bayar bila dapat gaji. harap2 tak lupa. lagi utang apa yea??? tak de dah kut....harap2 bila terbaca catatan ni, teringat la balik utang2 yg tak bayar lagi.

ha! baru teringat, dapat gaji ni bercadang nak gi memancing, ada tempat baru.....menarik kut, pegi mancing pun kene ada duit jugak, nak mancing kat parit2 ker anak2 parit ke, semuanya dah ader org yg punya, apa la...kedekut sangat, nak mancing jer, bukannya nak tuba pun...

Saturday, May 22, 2004

majlis-majlis

hari ni saya kene jemput dan tunjukkan makcik2 VIP (kekununnya) kat mana diorang patut makan (kat mulut la), makcik2 VIPnya skit ajer, saya pun tak kenal, sebelum ketua jamuan ni ada la bagitau nama2 diorang, masalahnya saya tak kenal, ketua pun bagi gambaran rupa2 makcik VIP ni.....rambut kembang2 perang la, kurus2 pakai spek la, putih serlah la, hitam bersinar la......dalam beratus2 org tu mana la perasan yg mana putih, mana hitam, kalau yg gemuk ker, senang la nampak, masalahnya makcik VIP ni semuanya makan ubat kurus kut....semuanya slim.

habis je ucapan VVIP, tercari2 la saya mana makcik2 VIP ni, tak nampak plak batang idung, tunggu2 punya tunggu tak de gak, org lain yg tak VIP cam saya dah pegi meja buffet dah, penuhkan pinggan memasing. alamatnya terlepas la can saya nak makan ni, mesti habis nasik ngan lauk dimakan dek org lain.

makcik2 VIP ni rupanya tengah bersembang, berdiri2 jer kat meja khas tu, ada lauk udang besar kat meja diorang, diorang pun buat muka tak sudi nak makan, konon kenyang la tu, sebenarnya dari jarak satu meter saya boleh dengar perut diorang menyanyi.

penat saya menunggu karenah diorang ni, saya pun ajak member pegi beratur sekali kat meja buffet, baik layan perut sendiri, makcik2 VIp ni bukannya tak de pelayan makan yg pakai baju seragam tu, saja la tu, nak org tunjuk2 arah lak.

aiseh, bila sampai giliran saya amik makanan, semua pun dah tinggal ciput2 jer, tak per lah dah rezeki ari ni macam tu, makan jer la.

bila dah abis makan pun, saya lihat makcik2 VIP ni baru nak ceduk2 nasik, kesian jadik VIP ni ye,kene sembang, bodek2 dlu, baru la dapat makan. nasib baik la saya bukan VIp ari tu. ari2 lain saya tetap VIp, VVIP lagi u.....ekekekkeeke

Friday, May 21, 2004

mari melawat lagi.....

1. Belajar melipat baju: sesuai untuk surirumah/pelajar/pompuan/lelaki/salesgirl yg juai baju/t-shirt

2.Pemanduan berhemat di jalan raya: sesuai untuk semua rakyat M'sia termasuklah pemandu bas

3. pemanduan heli : sesuai untuk sesiapa saja yg teringin nak menerbangkan heli yg cam kat atas weblog ni....ekekekeke

Thursday, May 20, 2004

mari kita melawat jap....

sila klik kat sini:- must try

berjalan lagi....

pagi2 ni singgah opis jap sebelum berjalan2. sajer

ni gambar mouse impian orang pompuan la gitu2.(tak berkaitan dengan cerita di atas)

Wednesday, May 19, 2004

Kalau membaca weblog SOFE.......

lihat2 la gambar kat bawah ni, dan bayangkan diri sendiri....... ketawa sampai tua tapi jangan sampai lupa amanah dan tanggungjawab lak...yea...



m/k: semoga sentiasa ceria dan berbahagia hingga ke akhir hayat...

bz pi melawat kawasan

sekarang ni tengah bz melawat kawasan perindustrian selama 4 hari. hari ni waktu rehat sempat la balik opis jap, menaip2 skit kat weblog.

pi melawat kawasan ni penat jugak, melayan karenah pentadbir kat industri2 tu. ada yg beri layanan yg sangat baik, ada gak yg muka cam nak telan org. nasib baik la saya ni dah tua, bukan budak2 lagi, gerun gak kut diorang tengok muka saya ni.

paling leceh berurusan dengan pengawal2 keselamatan, macam la kita ni datang nak curik produk diorang. anyway, tugas mesti disempurnakan. tak sabar nak tunggu besok. tinggal 4 syarikat jer lagi. lepas tu.....bole la relek dan tunggu cek masuk....

untuk merehatkan minda marilah kita tengok2:SILA KLIK YEA (cam biasa la)

BUNGA API

==================================================

Saturday, May 15, 2004

KEJE DAH SIAP..YEY! YEY!

keje paling penting dah siap, terpaksa tak pegi umah org kawin sebab nak siapkan keje...ni alasan yg no satu, alasan yg paling jitu sebenarnya tak de fulus nak beli hadiah dan tak berduit nak gi jalan jejauh..

tak per la balik opis ni saya masak la apa yg ada kat peti ais tu, nak masak nasik minyak....boring, saya tak brapa suka makan nasik nasik minyak, lagipun malam tadi dah makan nasik ala2 minyak2 dengan ikan siakap, ayam lagi dan lagi...banyak la...ok la tu...yg penting dapat cabutan bertuah...ekekekeke

hari Isnin tak yah gi opis pegi melawat2 la pulak selama 4 hari, patutnya seronok la dapat jenjalan tapi rasa malas jer, rasa nak suruh org lain gantikan jer, tapi dah sain borang segala, kang kene bersoal jawab susah lak, pegi jer la kan, mana tau kot2 best ker....

pegi aja la...nanti dapat cek baru la tau...kan....leh gi shopping...

AKU YANG BERTUAH (YB sofe)

YES! yes! yes!.......kawan2 semeja makan malam itu semuanya terkedu bila saya cakap begitu....ekekekeke...malam tadi sayalah org bertuah itu dan satu2nya org yg paling bertuah kat meja no 39.

malam tadi cabutan bertuah diadakan secara individu dan jugak semeja. malangnya meja kami tak begitu bertuah berbanding saya.

walaupun hadiah yg saya dapat malam tadi tu biasa2 ajer tapi saya tetap bersyukur, doa saya dimakbulkan Allah, saya berjaya....(macam dapat anugerah lak).

semasa saya mendengar pengacara membaca no saya iaitu kosong satu kosong.....saya rasa macam percaya ....baca lagi sekali nombor yg tertera kat kertas tu...sah nombor saya, saya berjalan naik ke pentas dengan bibir penuh senyuman/sengihan sambil diiringi tepukan gemuruh daripada kalangan peminat2 saya yg berada di meja2 bahagian belakang dewan.

saya naik ke tangga pentas dengan hati2 agar kaki tak tersadung lalu memberi nombor pada MC dan terus merampas hadiah daripada boss berhaluan DAP saya...saya terdegar ucapan tahniah daripada mulut dia, saya cakap balik terima kasih walaupun tak iklas.

sewaktu majlis habis dan saya sedang berjalan di atas karpet merah, dua tiga org peminat memberitahu saya: "Cik memang nampak bertuah malam ni"...saya senyum 'bangga' saja pada mereka,

ada antaranya menghulur tangan ingin bersalaman, tapi malangnya saya tak dapat menyambut salaman itu kerana tangan saya penuh dengan cenderamata dan juga hadiah cabutan bertuah yg saya bawa pulang....saya cuma mampu membalas dengan senyuman, harap2 mereka tak kecil hati.

itulah cerita paling belagak untuk hari ini, penuh dengan puji pujian untuk diri sendiri.

Yang ikhlas,
SOFE

Friday, May 14, 2004

keje tak siap....kah! kah! kah!

aiseh keje tak siap...tu la asik berjalan-jalan, tido2, memANCING MANCING. nampaknya esok kene pi keje la.....sorang2

malam ni ada majlis2 dan makan2.Kene pakai lawa2 skit, nasib baik baju baru yg ditempah dah siap....ekekeke....bole la bergaya skit...

nak2nya ada la cabutan2 bertuah, dan diri sendiri bertuah jugak (doa ni!)

Thursday, May 13, 2004

hari Guru

Tadika
sebut pasal hari guru, saya teringat masa saya mula2 pegi tadika dan sekolah.

masa pegi tadika umur saya tak sampai pun lima tahun. saya ingat sangat, saya suka pakai baju yg ada gambar Sudirman bila pegi sekolah tadika. namun begitu, usia pertadikaan saya cuma tiga hari.

cikgu tadika saya masa tu garang sangat. kat sekolah tadika tu ada anak orang Melayu, Cina dan jugak India. setiap pagi kene nyanyi lagu negaraku. peristiwa yg paling saya tak leh lupa ialah bila sorang anak India ni tak leh nak nyanyi lagu Negaraku, cikgu ambil kayu yg saya nampak ada paku kat hujungnya dan pukul budak tu. budak tu lak meraung sakan.

pas tu pulak satu hari tu, tengah seronok main lari2, tiba2 kawan setadika terlanggar saya dan jatuh, mulutnya berdarah. cikgu tetiba jer marah saya, tah apa2.....lepas tu saya nangis dan cakap ngan mak saya, saya tanak pegi tadika lagi.

yang saya sempat belajar kat tadika masa tu cuma sifar atau kosong. pas tu saya terus duk umah.

Darjah satu
mas amula nak masuk darjah satu, saya punya la tak sabar2 sebab dah 2 tahun tak gi sekolah. lagipun masa tu kakak saya pun ada sekolah sama ngan saya. masa saya masuk darjah satu, kakak saya darjah enam.

masa darjah satu, saya rasa cikgu buat pemilihan berdasarkan rupa bodoh dan rupa pandai, disebabkan saya ada rupa boodoh kut.....saya kene masuk kelas yg rupa bodoh la. sebab saya berkata begitu ialah kerana ada 2 org pelajar yg terencat akal (bunyinya macam kejam, tapi mmg betul) masuk ke kelas saya tu. sorang pompuan dan sorang lelaki.

disebabkan saya masuk kelas dikalangan budak tak brapa pandai, saya pun jadik pandai. tiap2 tahun sampai darjah empat memanjang saya dapat nombor satu bila periksa. sampaikan sewaktu darjah satu, cikgu kelas saya iaitu cikgu Arip yg hensem telah memanggil saya ke depan kelas dan mendukung saya cam budak kecik (mmg pun) dan bagitau seluruh kelas supaya mencontohi saya. saya tengok muka cikgu Arip tu cam nak nangis, agaknya dia terharu dan tak sangka ada jugak anak2 muridnya yg terencat boleh berjaya....

Masa darjah tiga
masa saya darjah tiga saya ada seorang cikgu yg baik cam cikgu Arip gak.

paling saya tak leh lupa, bila saya buat lukisan, cikgu tu siap tanya saya, saya nak markah apa. saya jawab nak A+. pas tu cikgu Adnan terus tandakan dengan pen merah atas kertas lukisan saya huruf A+. saya punya la bangga. seingat saya pada ketika itu lukisan saya ada ganmbar ikan lumba2 kat laut...cikgu adnan memang baik.

tiap2 kali naik kelas saya mesti jumpa cikgu2 yg baik2, cikgu2 yang kurang baik ada jugak, tapi sikit jer.

TERIMA KASIH CIKGU!!!!!! (tak kisahlah yg baik ke, kurang baik ker, saya baru teringat, saya tak pernah bagi mana2 cikgu saya hadiah masa hari guru....ish..ish)

Wednesday, May 12, 2004

memancing yang terlarang

semalam lepas jer balik keje terus driver mengajak saya pegi memancing. kali ni lokasinya di sebuah tempat yg dah lama kami perhatikan.airnya nampak cantik jer, pas tu ader buih2 ikan.

selepas puch card saya terus balik rumah mandi dan sebagainya lalu terus ke kedai alatan pancing, beli mata kail skit, beli umpan katak ngan cacing. saya bercadang memancing ikan kecik jer(umpan cacing) dan driver nak memancing ikan haruan.

sesampai sajer di kawasan yang dimaksudkan, saya dengan penuh semangat telah memasang umpan cacing dan mula mencarik kawasan yg dijangka ada ikan. percubaan saya berhasil dan saya berjaya menaikkan ikan lampam. dengan tak sabar2 saya telah menunjukkan hasil tangkapan pertama saya itu kepada driver. sedangkan driver pada masa itu terkial kial memasang umpan katak.

kemudian saya dapat seekor lagi ikan, ikan seluang. driver pula tiba2 terasa pancingnya disentap haruan, tetapi terlepas. kemudian driver membaling lagi umpan katak tersebut dan dapat merasan lagi satu tarikan yg ganas drp ikan haruan, tapi terlepas lagi. kemudian driver menukar mata kali kepada yg lebih kecil.

saya kemudiannya dapat lagi sekor anak ikan patung dan tak lama kemudian driver dapat menaiikan ikan haruan yg agak kecil kira2 600 g, namun gaya tarikannya sungguh hebat.

sedang driver cuba melepaskan mata kail drp mulut ikan haruan, tiba2 berhenti sebuah land rover berhampiran kami, driver land rover tu cakap:

" minta maaf yer Encik kat sini tak leh memancing"

driver jawab:

" yer ker? tak de pun tulis tak leh memancing..... tu kat belah sana pun ader org mancing gak, tak kan sekejap pun tak leh???"

drver land rover cakap:

" memang tak boleh la Encik, kami kerja sini pun tak leh mancing, ini semua harta S*** Lag**n, nanti kami nak tangkap semua ikan ni dan ternak ini ikan balik la, hari itu...bla....bla...bla........

driver land rover terus membebel lagi sampai masuk pasal pekerja Viet Nam la dan macam2 lagi

last2 saya pun jawab : " ok la saya blah la ni"

pas tu driver land rover pun pegi ke kawanan ahli pancing lagi satu, agaknya dia pegi membebel kat situ plak.

tak lama kemudian, semasa kitorg tengah berkemas2 alatan pancing datang lak security siap dengan uniformnya, nasib baik tak berhenti kat kitorg dan membebel kat kitorg lagi.

tu la, syarikat bengong ni pun satu, lain kali buat la papan tanda besar2, DILARANG MEMANCING DIKAWASAN INI, HAKMILIK PERSENDIRIAN, kalau dah kene tanggal, betulkan la balik bukannya mahal sangat berbanding dengan gaji security yg reramai tu.

lepas tu, kitorg pun blah dengan perasaan bengang, baru nak syok memancing dah kene halau balik. hari tu balik rumah dengan perasaan frust dan terus bukak TV main game bodoh bertajuk MAPPY.

Tuesday, May 11, 2004

satu pagi masa sakit....

suatu pagi yg permai, driver membawa saya ke sebuah warong sarapan kegemarannya, tujuannya ialah untuk makan lontong, tapi driver sorang yg makan, saya minum ajer.

semasa minum sambil termenung, saya ternampak seorang pelanggan datang ke warung tersebut. orangnya lawa bukan lawak, tinggi lampai, berblause dan berjeans. mekapnya tak de la tebal sangat.

saya perhatikan orang ni, nak kata lelaki mukanya cam pompuan, nampak cam ada payudara tapi bila berjalan blousenya terselak sampai ke pusat, slalunya org pompuan kalau nak tunjuk pusat pun, dia pakai baju steng (setengah) terus, tak de pakai2 blouse biasa nyer.....

lepas tu saya tanya driver (sebab dia lelaki), sama ada org itu lelaki ke perempuan, driver kata org tu pompuan pasal dia ada payudara. tapi saya kata itu pon*** kut....sebab gaya dia bercakap (walaupun saya tak dengar namun drp gerak bibirnya)nampak over tak nampak cam pompuan biasa.

akhirnya driver kata, kalau nak pasti tengok kat bahagian lehernya (halkum), driver pun tengok dengan sepenuh perasaan dan lepas tu keputusannya diperolehi. mmg sah pon***/lelaki coz halkumnya bergerak2 cam tembolok ayam (kata driver la)...,..ekekekeke...saya ketawa jer.

pas tu driver kata menyesal dia tengok, sebab terus dia tak selera nak makan dah...tapi saya tengok lontong kat pinggannya dah tinggal kuah ajer......

u/j: jadikan kisah ni sebagai pengajaran, jangan sangka kalau ader ciri2 pompuan skit jer dah kata pompuan, yg penting tengok tang bahagian halkum.....rasanya kat situ tak leh buat pembedahan kut.....

Apasal????

waaa....dah 3 hari tak menaip kat blog ni. menggeletar jari nak menaip.....ekekekke.

dari petang jumaat membawa ke hari isnin, kepala otak saya kurang dapat memproses maklumat sebab sakit kepala bukan sakit otak, kesan sampingan ubat yg saya makan.

hari selasa masa cuti panjang tu, saya ada pegi ke sebuah klinik yg konon-kononnya best la sebab ada org rekemen. punya la jauh, kat hujung negeri.

sesampai di sana, saya tengok kliniknya tak de la besar sangat, tapi bila masuk ke dalam kira ok la jugak. staffnya pun ramai. doktornya baik jugak.

selepas sesi soal jawab. doktor tanya brapa tahun? saya hantam je cakap 2 tahun. dia pun buat test itu ini, dalam pikiran saya habislah duit aku....saya ader bawak RM150 ringgit jer, ceman kalau kene bayar lebih? malu la...kalau tak dapat bayar, nanti doktor tu crita la kat org yg rekemen tu....kekekke

Last2 Doktor pun suruh la staff dia kasi ubat, namanya cam pelik je, pas tu siap cakap ubat ni mahal skit yer...aiyok sekali lagi....habis la duit saya....

pas tu doktor suruh tunggu luar sebab doktor nak bersembang dengan driver (diorang ni kawan lama).saya pun menunggu diluar dengan hati yg berdebar2 (takut mahal).

semasa nak ambil ubat dan bayar duit saya cam ternampak seorang staff klinik tu bagi isyarat tangan kat cashier dia, pas tu bisik2 lagi. aduih...ni mesti mahal ni (saya cakap dlm hati). rupa2nya saya kene bayar RM50...kira banyak la tu, patut sepluh ringgit dah la...nasib baik tak melebihi duit yg saya bawak...agaknya driver mintak diskaun ngan Doktor tu kut.....

bila balik umah, saya makan la ubat tu, memang sangat berkesan, tak sampai satu hari dah nampak kesannya. saya gembira la sebab tak de la membazir duit saya...tapi tak sangka la pulak kesan sampingannya sangat teruk.

itu la org cakap, kalau nak baik tu mmg susah kene tempuhi berbagai cabaran....ekkekeke, yg penting sekali tentulah cabaran duit.......

Friday, May 7, 2004

hari Jumaat, cerita ikan

ikan saya yg bernama Tikan, dah semakin besar.

tapi selera dia luar biasa skit. dia tanak makan makanan biasa2, dia nak makan benda yang pelik skit, yg slalu ada makan2 kat FEAR FACTOR tu...

ikan saya ni nak makan lipas, lebih tepat lipas rumah. kalau saya letak je lipas, cepat je dia menyambar....cam sedap sangat.

masalahnya ialah kat umah saya ni, susah sangat nak jumpa lipas, setakat lima ke nam bulan saya duduk kat rumah ni, lipas yg sempat saya tangkap cuma 2 ekor tapi yg tak sempat saya tengok tak tau la.

slalunya saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangkap lipas untuk Tikan. saya akan menggunakan penyapu lidi dan mengejar lipas hingga ke luar rumah.

pelet makan ikan tropika nampak tak berapa diperdulikan oleh Tikan, sehingga kan salur penapis airnya tersumbat.

dedulu sewaktu saya masih rajin pegi memancing, saya banyak terpancing ikan flower-on ni, slalunya saya tak bawak balik ke rumah kerana ikan jenis ni cepat meninggal.

pernah sekali, saya dapat kira2 sebelas ekor iakn flower-on, budak2 dari kampung berhampiran tempat saya memancing datang mengendeng2 dan tanya kat saya: "akak tu ikan flower-on kan", ala diorang buat tanya2, sebenarnya hendakkan ikan tu.

setiap kali saya dapat menaikkan ikan flower-on, diaorang yang menjerit2. kesian tengok diorang, saya bagi lah salah seorang daripadanya seekor drp ikan yg saya dapat. bila sorang dah dapat, yg lain jeles pulak. kesian lagi, saya bagi lagi sorang da sorang lagi, setiap sorang dapt sekor, pas tu saya dapat menaikkan lagi ikan fower-on saya bagi lagi, pas tu diorang bergaduh sebab ada yg dapat dua ekor.

last2 diorang wan-tu-som, ikut giliran setiap kali saya menaikkan flower on, sapa yg patut dapat.

akhirnya diorang terpaksa blah sebab tokey kolam suruh diorang balik.kalau idak, habis flower on satu kolam tu diorang nak. rupa2nya diorang jual ikan tu kat tokey kedai ikan hiasan, patut la berebut2.

hari Ibu

pernah seorang makcik tanya kat saya........

U sayang Ibu ke sayang ayah?

Jawapan anda????

Jangan mendera ibu



k/y: tapi budak ni comel kan

Thursday, May 6, 2004

pegi DIsko

ada la sorang kawan ni, muda remaja lagi....belum pun 25 tahun....

satu hari diA teringin nak gi disko, jadi dia pun ikut kengkawan dia yg kaki disko.

kawan ni ada penyakit lelah, nak jugak gi disko, memalam lak tu...yer lah mana ader disko bukak waktu siang.

bila sampai kat disko, kawan ni jadi seronok dengar muzik techno, mula kaki dia hentak2 pas tu pinggang dia goyang2 pas tu tangan dia meliuk2, last2 kawan ni syok menari sampai tak sedar penyakit yg dihidapi.

setelah penat2 menari, kawan kita ni rasa lain macam, jadik dia ajak kengkawan yg lain balik. kawan ni dah mula batuk2. nak cakap pun tersekat sekat.

kawan ni pun buru2 keluar pintu disko, menuju ke parking kereta. rupa2nya bukan geng kawan ni jer nak balik, ramai lagi org lain.

btui2 sampai kat kereta yg ditumpang ke disko, kawan ni mengadu pening kepala, tak sampai 2 minit lepas tu kawan ni batuk keras dan muntah kat situ jugak. kawan ni tak sempat pun minum kat disko tu, air coke pun tak sempat, bukannya tak de masa cuma kurang wang saja.

bila kawan ni muntah, semua org kat parking lot tu pun pandang2. mesti diorang ingat kawan kita ni tongang empat lima jug......tapi sebenarnya lelah punya angkara. satu geng malu, cepat2 tarik kawan ni masuk keter dan pandu lelaju supaya org tak pandang2 lagi.

pas tu geng kawan2 ni tanak ajak kawan ni gi mana2 disko ke pub ke hanya untuk menari.....

hari ni hari khamis dan saya datang keje....

pagi tadi jam lima pagi sempat lah saya melelapkan mata, barang sepicing 2....kira-kira sejam saja.....masalah melanda, tak leh tido la pulak.....bukan masalah jiwa tapi masalah yg tak de....

malam tadi saya cuba lelapkan mata namun tak mahu terlena, jadi untuk mengisi malam yg sunyi, saya pun memasak, masak ketupat dan juga puding buah-buahan campuran.rendang untuk ketupat dah di masak semalam.

setelah habis sesi memasak, masih tak mau terlena lagi, jadi saya teruskan aktiviti membasuh kain pulak (guna mesin), pas tu dengar lagu Hindustan (VCD), habis 2 cd khatam.....tammat

tak leh tido lagi, buat apa lagi??? makan ketupat pulak, tak leh tido gak.....baca buku....

bila jam menunjukkan pukul lima, barulah mata terasa berat. tido la sekejap pas tu bangun semula untuk ke tempat keje.................

y/m: mata tak terasa mengantuk lagi, seminit dua nanti mesti menguap sakan.............

Wednesday, May 5, 2004

dah balik dah.....

wah! wah! punya la ramai org kat TNB, beratur punya la panjang.

ada la sorang pakcik ni, dah tua, siap potong Q lagi, rasa nak marah....tapi kesian kat dia dah tua, dia lak buat tak tau jer.....ish ish!!

saya teringat pernah satu kali saya ke ibu pejabat TNB, layanannya teruk sekali...kali ni ok, sebab saya tak berurusan dengan org yg mengada ngada tu.....

nak pegi TNB

saya selalu gi ke ibu pejabat TNB kawasan saya.....ini kerANA saya selalu tuang utk membayar bil tepat pada waktunya, jadi bila dapat surat pemotongan baru la saya bayar....sekarang ni adiema pun nak
mengikut jejak langkah saya.....ekekeke

oleh kerana saya mahir jalan nak ke ibu pejabat TNB, slalunya kengkawan senasib akan menjemput saya untuk ke sana agar mereka tak sesat jalan..

bukan setakat ibu pejabat TNB, ibu pejabat yang membekalkan air pun saya selalu pegi, tapi sebab mengikut org lain, setakat ini bil air saya selama 4 bulan cuma RM12, tetapi bil elektrik saya melambung ke langit biru.....

saya akan membayar bil TNB saya hari ini bersempena saya mengikut adiema ke ibu pejabat TNB.

staff TNB semua, silalah nantikan kedatangan saya dengan hati terbuka dan tangan yg terbuka juga.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer