|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Saturday, June 19, 2004
Cerita panas
cerita panas yg dijanji yg nak disambung tu, rasa cam tanak crita jer, sebab takut org tu terbaca posting tu dan dapat carik saya balik. Nahas saya, harap2 dia dah meninggalkan alam cyber.....ekekekee, jadi kalau nak tau crita tu kene la saya bercerita secara live, bukan rakaman suara mahupun tulisan....ekekekee...sekian.
110728 |
Dipos oleh sofeanny at 19:00
|
Nak kata apa2? [0]
Sofe di Cameron Highland
termakbul jugak impian saya nak gi Cameron, dah lama saya tunggu peluang ni.
kali terakhir saya gi CH kira2 5 tahun yg lalu, nampaknya tak banyak perubahan berlaku kat CH ni terutamanya Tanah Rata. Masa saya pegi dlu, dekat belakang bangunan tempat saya menginap tu baru mula projek pembinaannya, nampaknya sekarang ni dah jadi cam projek terbengkalai. dengar cerita kat sini pembangunannya dah melampau, tak de pun, cuma saya dapat perhatikan Tasik yg slalu masuk Tv tu mmg dah jauh berubah dr dulu, nampak berkeladak dan dah tak dlm, boleh nampak dasarnya kalau di pandang dari atas jalan raya.
saya datang ke CH ni sensorang, naik bas lagi. berjaya jugak saya sampai ke sini. masa naik bas tu ada gak rasa cam nak termuntah, bukannya sebab pening tapi sebab bau org yg duduk kat kerusi depan, nak kata busuk sangat pun tidak, tapi baunya tu boleh menggalakkan apa2 yg di dalam perut terkeluar kat mulut.
Saya tak kemana setakat hari ni, cuma kat Tanah Rata saja. rasa cam malas jer nak join tour yg harganya cuma RM15 untuk 4 jam. sebab masa dlu saya dah penah ikut tour ni, rasanya boleh ingat lagi tempat2 yg dah pgi tu. lagipun bukannya banyak sangat duit yg saya bawak, baik saya tido dlm bilik sambil menikmati udara nyaman dan sejuk tu.
aktiviti yg saya buat kat sini cuma beli majalah dan pegi baca kat Taman bunga yg ada jam besar tu ajer, sambil2 tu tengok bebudak main permainan yg ader kat situ.
slalu saya dengar org cakap, udara kat CH ni dah tak sejuk, tapi masa duk kat taman tu saya rasa sejuk ajer, tak tau la kat tempat lain.
ramai jugak nampaknya org datang ke CH hujung minggu ni walaupun cuti sekolah dah abis. Yg saya nampak banyak di jual kat Ch ni tak lain tak bukan tentulah durian, nampak cam best jer duriannya, tapai tak terliur pulak rasanya nak makan durian. sebab boring agaknya.
Tak tau la nak bebel apa lagi, slalunya on-line free ajer, kali ni kene bayar la nampaknya. dlm CC ni cuma ada saya ngan sorang mat salleh dan yg kedengaran ketika ni cuma bunyi keyboard ni ditekan2 oleh jemari saya.
ermmm...tak tau la bila saya nak balik umah yer, kalau dah samapi CH ni selalunya rasa malas nak balik. kalau boleh nak duk sini lelama.
110727 |
Dipos oleh sofeanny at 18:27
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, June 10, 2004
Nak jadik cerita....
Akan di sambung........
109529 |
Dipos oleh sofeanny at 12:23
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, June 9, 2004
ada satu cerita best nak crita kat sini, tapi cam tak brani jer nak tulis sebab nanti takut org yg berkaitan baca.....
lagipun tengah lapar ni, esok la...saya crita ekkkk....tapi crita nya tak de la best sangat, saya jer rasa cam best...ekekekeke
109400 |
Dipos oleh sofeanny at 16:17
|
Nak kata apa2? [0]
Misai : seekor kucing
Kucing saya namanya Misai. nama itu diberi oleh saya sebab di bawah hidungnya ada tompok hitam seperti kumis manusia .Misai berwarna putih dan hitam. Selain daripada misai, Misai juga juga ada tompok hitam di dadanya (bulu dada). Misai ini kucing jantan.
Misai diberi oleh peminat saya yg suka mendera kucing. saya kasihankan Misai dan setuju mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Misai tak nak makan nasik. dia hanya makan ikan kembung saiz kecik, saya tak slalu beli ikan kembung, lagi pun mahal. Saya juga tak boleh bagi Misai makan nasik sebab saya jarang2 masak nasik. Lalu saya bagi Misai makan makanan dalam tin, mahal dan cepat rosak. akhirnya saya belikan Misai biskut untuk kucing. Misai makan biskut itu, tapi sikit sajer.
setiap hari saya akan letak bungkusan biskut tersebut di tepi tangga bersama dengan semangkuk air paip. Sebabnya bila Misai makan biskut dia akan dahaga.Misai tak akan makan makanannya kalau tak disuruh. setiap kali saya nampak dia saya kene cakap: " Misai, meh makan", dia akan pandang muka saya dan pegi makan. setaipa bulan saya cuma perlu membelikan sebungkus biskut kucing yg beratnya 1.5kg sahaja untuk Misai. Misai ini seekor kucing yg jimat.
Misai akan ikut ke mana saja saya pergi kecuali keluar pagar rumah saya. kalau saya pegi toilet pun dia nak ikut.waktu malam dia akan ikut saya naik tangga menuju ke bilik tido dan dia nak tido atas katil. saya tak suka lalu saya letak dia kat luar pintu bilik. Misai akan tidur, di depan pintu bilik sampai pagi. besoknya saya kene tolak pintu dengan kuat sebab dia baring depan pintu dan menghalang laluan.
Suatu hari, saya kene pegi belajar kat tempat yg jauh dan tak boleh bawak Misai sekali. Saya terpaksa eksport Misai ke rumah mak saya. Mak saya suka kat Misai sebab dia baik dan mendengar kata. bapa saya yg tak brapa suka ngan kucing juga ada cakap Misai comel sebab mata dia bulat.
Selepas habis pegi belajar, saya cakap nak amik balik Misai dan bawak ke rumah saya. Mak saya cakap jangan la. Mak saya kata nanti saya tak jaga dia betul2. sebenarnya mak saya suka kat Misai dan tanak bagi saya balik. Selepas itu mak saya paksa saya beli biskut kucing setiap kali saya telepon dia. saya suruh mak saya bagi jer Misai makan nasik. Tapi mak saya kata keisan kat Misai.
Sebenarnya kesian kat kucing2 dia yg lain yg dah mula belajar makan biskut kucing.
Baru2 ini bila saya balik ke rumah mak saya, Misai buat tak tau jer kat saya. dia dah berlagak sejak duduk ngan mak saya. kalau dulu bila saya panggil namanya dia terlompat lompat dan berlari datang ke saya. Sekarang ni Misai makan nasik dan kelihatan lebih gemuk drp dulu.
109399 |
Dipos oleh sofeanny at 16:09
|
Nak kata apa2? [0]
Kucing Gila

109397 |
Dipos oleh sofeanny at 15:48
|
Nak kata apa2? [0]
Cuti sekolah
teringat lak masa sekolah dlu, masa darjah satu.
sekolah saya masa tu punya la buruk dah lebih 100 thn, kelas saya kat bilik no satu dalam blok, kelas kakak saya pulak yg hujung skali.
Suatu hari, cikgu Arip suruh saya dan rakan sekelas bawak batu seratus biji untuk kelas Matematik. Cikgu Arip sangat sangat baik ngan saya pasal saya paling pandai dalam kelas darjah satu yg dihuni oleh budak2 terencat akal. Saya ersenyum dan ingat akan pesanan cikgu Arip yg hensem, balik rumah saya mesti paksa kakak saya tolong saya carik batu kecil sebanyak 100 biji.
selepas itu loceng berbunyi dan saya pun balik rumah naik basikal ngan kakak saya. kakak saya kayuh basikal dan saya duduk kat belakang sambil menyanyi riang.(masa tu senang hati sebab tak banyak hutang)
bila sampai di rumah, saya pun terus tukar baju dan pergi bermain ngan sepupu2 saya. kakak saya pulak kene buat kerja rumah sambil di marahi oleh mak saya. saya pulak pergi ke belakang umah makcik saya, potong daun pokok bunganya dan buat sayur dan makan olok2 dalam permainan masak2 kat kedai ciptaan.
lepas habis main kedai2, saya main lumba lari 4X100m keliling rumah jiran saya. Kumpulan saya dapat no satu. Sedar2 hari dah petang, mak saya panggil balik dan suruh pegi mengaji.
saya pun pegi mengaji di rumah Pak sarip ngan kakak saya. pak sarip ni garang, tapi ngan saya dia baik, sebab saya comel...ekekekeke (acah jer tu)Bila habis ngaji saya dan kakak balik ke rumah berlari pantas kerana kami rasa cam ada setan yg ikut dari belakang (setan tu duduk kat pokok jambu besar depan umah Pak Sarip-menurut pandangan budak umur 6 tahun lebih skit)
Lepas balik mengaji, saya tido, esok mak saya bangnkan saya suruh pegi sekolah, saya pun bangun dan abah saya sikat rambut saya sebelum pegi sekolah, pas tu kakak saya ikat tali kasut saya sebab saya tak tau semua.
Pas tu gi sekolah dan masuk kelas, pelajaran pertama ialah matematik, cikgu ARip suruh keluarkan batu 100 biji, saya teringat yg saya terlupa kutip batu, saya rasa nak nangis, saya cakap ngan cikgu Arip yg saya nak jumpa kakak saya, cikgu arip tak sempat nak jawab, saya terus berlari ke hujung blok menuju ke kelas kakak saya, kakak saya duduk belakang sekali, dekat tepi dia ada tingkap besar (cam rumah dedulu).
air mata saya yg sampai dulu kat kaki kakak saya, saya menangis kuat, kakak saya pandang kat saya dan kata shuuuut! !!shuusss! ala cam org selalu cakap bila ada org bising kat library tu. namun begitu saya menangis makin kuat sebab kakak saya tak pedulikan saya, rupa2nya kakak saya takut sebab cikgu paling garang kat sekolah tengah mengajar dia, cikgu ni ada sakit sawan khinzir.....saya tak peduli, saya tetap menangis, tak lama kemudia cikgu garang ternampak saya menangis, nasib baik hari tu mood dia baik, dia suruh kakak saya keluar bilik darjah dan jumpa saya.
kakak saya suruh saya diam, saya menangis lagi kuat, pas tu saya cerita kat dia yg saya lupa bawak batu 100 biji. lepas tu baru saya rasa lega skit dan berhenti menangis. Pas tu tak sempat kakak saya cakap apapa lagi, saya lari balik ke kelas saya.
Cikgu arip tak marah pun kat saya, tapi saya kesal (kesal seorang budak) sebab saya lupa bawak batu 100 biji. bila saya ingat balik, saya rasa malu dan nak ketawa kuat2....sekian...
p/m: subjek Matematik merupakan subjek kesukaan saya, subjek lain semua saya tak suka termasuk la Lukisan
109394 |
Dipos oleh sofeanny at 15:22
|
Nak kata apa2? [0]
Jualan lansung
Bebaru ni ada la kawan se kampus yg menalipon, katanya nak jumpa pasal nak mengajak saya jadi ejen jualan lansung. Lima belas minit dia mengabihkan masa bercakap ngan saya guna tipon bimbit, mahal tu tapi demi perniagaan apasalahnya.
kawan saya ni mmg rajin masuk2 jualan lansung ni. dlu dia ajak saya gi satu kondo ni, saya pun ikut la. punya la ramai org tapi semuanya putih kuning, yg sawo cuma dua org jer, saya dan kawan saya ni. tak sampai lima minit duduk, pengacaranya pun bersuara dan mulakan penerangan, malangnya saya tak paham sepenuhnya, sepatah dua paham la, dia cakap mandarin, kawan saya ni bole la, dia sekolah cina masa kecik dlu, saya menganga jer la. aiii...rasa nak balik, tapi segan lak, layanan punya la baik cam la kita ni sedara lama dia dari tanah besar nun. ala diorang ni jual apa lagi kalau tak alat solek, bosan la, kalau jualan lansung jer jual alat solek, harga ratus2, pada saya menda macam ni buang karan jer, buat apa ngabiskan duit beli alat kosmetik, kalau dah tak lawa tu, tak lawea jugak kan, betui tak org pompuan. yg penting jaga kesihatan dan hati...gerenti cantik punya....
kali ni kawan saya ni bisnes barangan kesihatan lak cengkudu la berudu la, cemacam la. masa memula dia call, saya tanya dia camna perniiagaan alat solek dia, dia kata tak tak jalan sebab mahal sangat, saya cakap dlm hati, tau pun kau....tau tak tau, kawan saya ni habis gak RM dua belas ribu, fuih....berani betui dia ni masuk perniagaan yg dah tau akan lingkup awal2 lagi.
katanya lagi, hujung bulan ni nak ke kawasan saya lak, nak menaja ejen2 baru, termasuk saya la tu. Hmmm....tak tau la saya, org nak datang kan, takkan nak halang pulak. datang jer la, boleh ler dengar2 skit berita terkini disamping dapat cuba produk dia (secara free tentunya).
sembang punya sembang masuk bab kematian, erm....ada dua tiga rakan se kampus yang dah meninggal dunia dalam 2-3 tahun kebelakangan ni. baru2 ni, lelaki meninggal nahas jalanraya, sorang lagi pompuan meninggal waktu bulan Raya tahun lepas penyebabnya kanser payudara. tahun2 dlu ada sorang lelaki meninggal eksiden jugak.yang kawin pertama kali tak de pulak. yg kawin lagi sekali ada la 2 org, sorang pompuan, cerai, kawin lagi satu. yg lelaki lak kawin lagi satu, satu kat semenanjung satu lagi kat M'sia barat. tahun depan agaknya cukupkan kuota Siam satu ngan Indon satu.
sekali sekala dapat cakap ngan kengkawan ni baguih gak, dapat brita2 terkini lagi sensasi, bukannya pa menambah pengetahuan jer.....
109383 |
Dipos oleh sofeanny at 13:23
|
Nak kata apa2? [1]
Friday, June 4, 2004
Aikkk! baru jer nak baik
ari ni aku kene lagi. Ches! Ches! Ches! Ni yg aku rasa nak sabotaj jer keje diorang ni...tak per la, tadi dah pegi shopping, leh lupa jer la kot....niat jahat tu
ok la...sabar...sabar...sabar
108813 |
Dipos oleh sofeanny at 15:56
|
Nak kata apa2? [0]
Ari ni habis marah dah.....
tak baik marah2 kan nanti kawan ngan *****.
hari selasa ke ari apa, saya ada tengok rancangan Gi Ngail kat TV1. diorang tangkap udang galah la. bestnya yer...besar2.
Saya penah la ikut org gi mancing udang galah hari2 kat kolam bebayar, sampai tak larat nak pandang muka udang masa tu.
selalunya mancing 3 jam, kenkadang dapat 3 ekor je, jadi sekor untuk sejam RM10 sebab tiga jam Rm30, kenkadang banyak skit, paling banyak 77 ekor dalam masa 3 jam. kenkadang dapat lebih sebab saya tangkap ngan tangan kat tepi kolam, selalunya bila org hantar udang, udang tu mabuk skit, dia akan duk kat tepi kolam, saya pun apa lagi, round satu kolam ambik ngan tangan kalau tak samapai pakai kaki, habis basah pakaian.
lepas habis mancing gi restoran, suruh dia masak udang itu, pas tu makan, emmmmm....sedapnya. kalau kat rumah plak semua jenis masakan udang dicuba, goreng, masak itu, masak lemak, masak tak lemak, tomyam, sampai buat sambal tumis untuk nasik lemak pun guna udang galah. pas tu siap eksport bawak balik umah mak ngan abah.
masa saya bebudak dlu, pegi sungai at tempat saya dan berjalan2 dalam air, pas tu terjumpa udang galah naik atas pasir, saya pun amik ngan tangan dan bawak balik umah dan goreng, slalunya setiap kali jenjalan cuma jumpa sekor jer, banyak kali saya jumpa, tapi org lain tak pernah jumpa pun.sekarang ni sungai tu dah jadi longkang, apa pun tak de dah.
nak mancing kolam pun sekarang ni dah tutup sebab tokey dia bankrap, ada ker patut dia nak pinjam RM20 ribu dari pelanggan dia....ekekekekeke. skang ni tempat tu dah jadik tempat jual kereta terpakai, agaknya udang2 tu dah duduk dalam tanah la....
108784 |
Dipos oleh sofeanny at 10:17
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, June 3, 2004
bengang nieh!!
beberapa minggu ni aku bengang nak.........., ini semua disebabkan oleh kerja ngok yg bakal di buat, makan masa seminggu beb, sejak aku tengok jadualnya, aiyo,,lagi la aku angin satu badan, boss kerja tu yg bahlul pun asik hantar e mail hari2, e-mel bodo..dia ingat org tak de kerja lain ke nak buat selain daripada keje dia tu....
aku boikot tanak buat keje tu baru dia tahu kut, tapi aku ni malas nak buat cenggitu, aku amik MC sebulan aaaaaaaaaa.......baru dia tahu......
driver engong aku plak asik gi Kulim, terpaksa la aku jalan kaki balik umah, tah bila nak siap keje kat Kulim tu, tak tau la. dah la buat keje lembab, lain kali kalau tak tau buat keje yg sepatutnya , tak usah buat, jadi Jaga pun boleh dapat gaji apa....
eh1 aku bengang ngan semua org la.....pas ni giliran sapa pulak yea....jaga2
108705 |
Dipos oleh sofeanny at 16:22
|
Nak kata apa2? [0]
Jiwa Kacau...
eiiiiiiiiiiiiiiiiiii! aku bengang betui ngan satu mamat bahlul kat opis bawah ni, alamak belagaknya cam cipan, tak sedar diri......dah la degree pun nyaris2 tak diikhtiraf, pas tu amik master bodoh yg lansung tak dikhtiraf, ada hati nak belagak cam pegawai besar....boleh blah la!!
eiiii....kalau aku ader tuba ker racun rumput aku bagi dia minum, biar cepat masuk hospital, tak de menyemak mukanya kat opis ni...
org dah la penat, siap dengan belagaknya suruh org buat keje bodoh...aiseh jaga la kao, akan sampai harinya kau kene berurusan dengan aku, tau la aku macamana nak menyusahkan hidup kao.....
dari dlu lagi aku menyampah dari jauh ngan mamat ni, waaaa! hari ni dia buat hal lak ngan aku, memang carik nahas ni....selalu kita baca berita org kene bunuh kerat lapan ke 14 ke, pas tu kene bakar dlm keter kat kawasan sunyi kan, ha....org macam dia ni la yg slalu kene bunuh tu, hidup menyusahkan org, kerje sendiri tanak buat, asik menyibuk kerja org lain dah buat ke belum.....
jaga kao...lagi dua tiga hari tau la kao langit tu tinggi ke rendah!!!!
108681 |
Dipos oleh sofeanny at 13:32
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, June 2, 2004
Exam
saya teringat la masa belajar dlu, waktu exam. Waktu yg paling saya menyampah lagi benci.
Saya tak suka tanya pensyarah apa soalan masuk masa exam sebab saya tak penah study awal, nanti pensyarah tu tanya balik kat saya, nanti saya menggelabah sbb saya tak tau tajuk yg dia sebut tu ada dlm bab mana.
saya tak suka buat 'toyol' sebab saya tak reti buat 'toyol' lagipun kalau nak buat menda tu kene baca nota dlu.
waktu org baca buku utk exam, saya tidur sbb saya susah hati nanti tak tahu cemana nak jawab exam.
bila org tido, baru la saya tengok2 nota yg diphotostat drp org lain, kenkadang tak faham pun tulisan lalu saya pun buat hipotesis sendiri.
tak sampai separuh saya tengok2 nota, jam dah pun pukul 6.oo pagi. Masa tu peluh betina ngan peluh jantan mula keluar walaupun cuaca pagi sejuk sangat.
kawan2 yg lain pun dah start bangun, mandi, solat dan ulangbalik fakta2 penting dan topik spot. saya pulak dah mula mengantuk rasa nak tido.
pas tu pegi ke dewan peperiksaan ngan kengkawan. kengkawan ketawa suka hati sambil bersembang sembang tunggu pintu dewan di buka. saya pulak sibuk mengingat formula2 sambil sibuk tanya org simbol2 tu apa maksudnya.
bila dlm dewan org lain sibuk isi borang kehadiran, saya lak sibuk menulis balik formula yg baru diingat sebentar tadi (slalunya ingat separuh jer, yg atas ingat, yg bawah ingat, yg tengah2 lupa la pulak)
bila org mula jawab soalan, saya pulak salin balik soalan sbb jawapan tak mau keluar dari kepala otak. (kenkadang lukis muka org jaga periksa)
bila org dah siap jawap, baru la otak saya berfungsi mengeluarkan balik huruf2 yg saya tengok kat nota yg diphotostat tadi.
baru saya nak jawap soalan kedua, penjaga peperiksaan kata masa tinggal lima belas minit. saya jadi gabra, tangan menggigil sampai tak leh tulis.
pas tu saya dah tak leh berpikir menjawab soalan lagi, saya pun tulis nota kat bawah mukasurat kertas exam:
" Dr. **** tolong kasi saya lulus, please! please! please! Lulus pun cukup la." "p/s: Dr. **** memang ensem" "saya dahului dengan ucapan terima kasih."
kalau pensyarahnya foreigner terpaksalah saya memerah kepala otak mengeluarkan karangan belas kasihan dalam bahasa kedua iaitu bahasa penjajah, kang tulih melayu tak paham pulak, saya gak yg susah.
bila tau jer keluar result, org lain sibuk telepon no teleuni ke, teledera ker, pas tu dengar suara yg dirakam bagitau result. pas tu diorang ketawa gumbira. saya lak tanak telepon sbb takut terima kenyataan.
bila masuk sem baru, org lain sibuk mendaftar subjek2 baru, saya lak pi mendaftar balik subjek2 lama sebabb kene repeat paper. pas tu kene pi jumpa Dekan, mintak belas insan nak amik credit hours lebih, pas tu kene caci, maki, hina lagi.
pas tu, saya rasa baik tak yah blaja, jutawan, ribuan kat dunia ni banyak yg asalnya tak blaja tinggi pun.
saya pun balik kampung tanam jagung, tapi sampai sekarang tak kaya2, esok kut saya jadi org berjaya dan kaya....ekekekekkeke
108595 |
Dipos oleh sofeanny at 17:08
|
Nak kata apa2? [0]
Hospital Bahagia
semalam tengah sedap2 tido petang atas sofa (sofe tido aras sofa), saya dikejutkan oleh satu suara yg bercakap dengan sangat kuat. terkejut beb! dah la masa tu ponteng keje (buat keje kat umah...ekekekeke).
saya pun bukak tingkap skit dan mengintai, nampak sebuah kereta peronda polis...ALAMAK!!! takkan nak tangkap saya lak...rasanya tak buat salah....takkan sebab ponteng keje kut...
polis tu bercakap2 dengan nyonya sebelah umah. rupa-rupanya dia suruh polis tangkap anaknya yg dah tak beetui dan hantarkan ke Hospital bahgia dengan harapan dia berbahagia di sana. saya terdengar polis tu mintak ngan nyonya tu seploh ringgit (bukan rasuah) sbb nak beli borang kat Hospital bahagia.
masa mula2 saya pindah kat umah sekarang, saya mmg syak anak jiran saya ni ada masalah. anaknya semua lelaki, tak pernah saya nampak yg pompuan balik ker (kalau ada la kan). setiap pukul 4 pagi, saya akan terbangun sebab family ni akan start pegi berniaga, bunyi bising diorang start kete dan bukan pintu pasti tak lupa mengejutkan saya.
sorang anaknya yg saya agak dalam awal 30-an asyik menyapu sampah dari dalam umah sampai ke luar. sorang lagi anaknya dalam 20-an pulak asik pasang radio ker tv ke kuat2 waktu mak bapak dia berniaga, vcd yg selalu dimainkannya ialah konsert Mariah Carey. sampai naik muak saya mendengarnya.
pas tu kenkadang waktu malam saya dapat dengar salah seorang anaknya menjerit jerit sekuat hatinya, pas tu marah mak dia. waa...masa tu punya la takut...kut2 dia keluar dr umah bawak parang datang umah saya...ekekekke..selalu jer saya teringat ingat peristiwa org mengamuk, takut jadik kat saya lak.
lepas ni (agaknya la), tak yah saya rasa takut kene bunuh ngan org gila lagi sbb dia dah di hantar ke tempat yg sepatutnya, cuma tinggal yg suka sapu sampah jer...itu tak kisah sangatkan, sbb dia pembersih...tapi ada jugak org gila sbb pembersih sangat, jangan dia datang umah saya dah la........
108569 |
Dipos oleh sofeanny at 11:25
|
Nak kata apa2? [0]
sejuknyer...!!!!

gambar poko ceri depan umah saya...ekekekeke

108559 |
Dipos oleh sofeanny at 10:42
|
Nak kata apa2? [0]
boss pompuan marah
Mari kita melawat ni...kalau nak nengok la, klik kat bawah ni yea:
jangan mare!
108556 |
Dipos oleh sofeanny at 10:33
|
Nak kata apa2? [0]
|