|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Wednesday, September 1, 2004
Ribut di hati siapa yang tahu

119185 |
Dipos oleh sofeanny at 13:57
|
Nak kata apa2? [0]
Kota Bahru
saya sampai di Kota bahru hampir pukul seploh malam.
Round sana, round sini, dah membangun pesat nampaknya berbanding kali pertama saya datang ke sana. jalan2 dipenuhi dengan lampu2.
Saya pegi makan kat medan Selera Buluh Kubu, dah la mahal, tak sedap pulak tu....sori la mgata sket...
lepas round2 KB, saya teruskan perjalanan ke Kuala Besut.
Sampai ke Kuala besut hari dah awal pagi, jadi tido jer dalam kereta depan jeti ke Pulau Perhentian.
Bangun pagi, bukak pintu kereta terus nampak binatang warna hitam, ingatkan anjing rupanya kambing, kat sini mana ada anjuing, kambing banyak la, jalan merata-rata.
selepas tunaikan apa yang patut dan mandi, saya berdiri depan jeti sambil tengok2 omputih sibuk2 naik bot nak ke pulau Perhentian.
sambil tengok2, terpandang ada sesuatu kat air laut, nampak macam ikan, berenang2 tepi jeti, saya bagitau driver saya nampak ikan, saya kata ikan Yu, tapi rupa2nya ikan haruan, tak sangka pulak ikan haruan ada kat laut/kuala.
driver cepat2 pegi tepi jeti dan tangkap ikan haruan, ikan tu pening2 lalat rasanya, senang jer driver tangkap dia. besar jugak ikannya dalam 800 g.
ramai org berkerumun tengok ikan, ada yg kata sedap masak tempoyak la dan macam2. lepas tu driver suruh jer salah seorang kat situ ambil ikan tu.patutnya jual la kan..ekekeke..bole buat tambah duit minyak..
lepas tu kami naik jambatan dan pegi melawat Pantai Air Tawar dan seterusnya menuju ke Pantai bukit Keluang yang tak sudah2 dipromosikan oleh driver...
119181 |
Dipos oleh sofeanny at 13:31
|
Nak kata apa2? [2]
27 Ogos
Saya memulakan perjalanan ke Kelantan selepas melawat mak driver kat KL. Tujuan perjalanan saya kali ini ialah untuk memancing dan tengok2 sajer tempat orang.
Sampai di Jalan Raya Timur-Barat saya terpandang satu tugu(macam tugu peringatan) kat tepi jalan. saya tertarik untuk berhenti dan baca apa yg tertulis kat tugu tu. hasilnya adalah seperti dibawah nun.
tak sangka betui saya sampai kat tugu tu tepat2 tiga puluh tahun selepas 3 orang terkorban di situ iaitu pada 27 ogos 1974, saya pulak sampai pada 27 ogos 2004. tak tau la sama ada masa org tu meninggal sama dengan masa saya sampai kat tugu tu.
selepas melawat tugu, saya pegi lak melawat sungai dekat dengan tugu tu, sunyi senyap ajer, tak de org, tapi cantik jugak sungainya.
selepas itu saya teruskan perjalanan.
119170 |
Dipos oleh sofeanny at 12:01
|
Nak kata apa2? [0]
Pengorbanan dalam kenangan Jln Raya Timur-Barat (JRTB)
JBTR (Gerik-Jeli) telah di buka kpd lalulintas pada 1hb julai 1982. Banyak Nyawa telah terkorban semasa kemalangan di dalam kerja pembinaan dan ada yang diserang oleh pengganas komunis.
Di lokasi ini 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23hb Mei 1974. Di lokasi ini juga 3 nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27 Ogos 1974. Beberapa serangan lain telah juga berlaku di sepanjang JRTB yang melibatkan nyawa dan kecederaaan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan.
Kita memperingati semua yang telah terkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan JRTB.
Sila sedekahkan Al-Fatihah kepada orang-orang yang terkorban di sini
119168 |
Dipos oleh sofeanny at 11:41
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, August 30, 2004
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA
..........................................................................................
118971 |
Dipos oleh sofeanny at 16:42
|
Nak kata apa2? [0]
Bz nya...
Bz sangat sampai pening kepala, esok kene datang kerja nampaknya....
sebenarnya banyak sangat cerita yang nak diceritakan kat sini, tapi tak mampu nak luangkan masa...
saya tak sabar nak cerita pasal ikan Kakap semilan kilo....
perjalanan dari KL ke Kelantan dan seterusnya ke Terengganu menyimpan banyak kenangan yang nak saya catatkan disini...
mungkin esok saya ceritakan...
118970 |
Dipos oleh sofeanny at 16:39
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, August 27, 2004
Pegi berenang
semalam saya dan adiema merancang nak gi kolam renang, dah lama btui tak pegi kolam...rindu pulak rasanya.
Setelah merancang itu ini, akhirnya adiema sampai kat umah saya dan bertolak pegi naik keter adiema yang baru...ekekekeke (jgn marah adiema!).
Sampai di kolam renang, baru lah saya teringat sekarang ni rupanya musim cuti sekolah, kalau saya tahu awal2 tentu saya dah merancang ke tempat lain.
Punya la ramai manusia kat kolam renang, paling ramai tentunya bebudak la, mak dan ayah budak pun ramai jugak tapi cuma bersidai kat tebing kolam jer la.
Akhirnya kami batalkan rancangan dan pergi berkaraoke berdua sahaja. Adiema menyanyi dan saya pulak tukang pilih lagu sahaja sebab saya sakit tekak. (sebenarnya tak reti menyanyi)
118541 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 26, 2004
Jual Kupon
Ada la sorang kawan ni, dia terpisah jauh dengan suaminya kerana tugas.
Untuk melepaskan kerinduan yang terpendam serta bertanya khabar, si suami sering menalipon menggunakan telipon pejabat.
Suatu hari dengan tak diduga, ketika si isteri sedang sibuk parking kereta, tiba2 dia mendapat panggilan tepon daripada tempat suaminya bekerja, kali ini bukan suara suaminya tapi suara ketua tempat suaminya berkerja yang kedengaran di speaker.
Ketua menanyakan butir2 tentang pemilik nombor tepon yg dihubunginya kerana katanya ada org dari syarikatnya yang menelepon ke nombor tersebut.
Isteri yang panik terpaksa mereka cerita, apabila ditanya isteri bekerja di mana, cepat2 si isteri menjawab bekerja di syarikat menjual kupon letak kereta. kerana pada ketika itu dia cuma nampak meter parking kereta sahaja.
Isteri juga menjawab dia tak kenal sesiapa pun yang bekerja di syarikat tersebut. Selepas habis sahaja bercakap, dia segera mematikan teleponnya agar ketua syarikat tidak dapat lagi menghubungi nombor telepon nya.
Lagipun sambung si isteri, dia dah tak de idea nak mengelentong ketua syarikat lagi.
Moral cerita ini ialah jangan menggunakan harta pejabat untuk urusan peribadi, nanti anda jugak yg susah nak mencipta alasan.
118433 |
Dipos oleh sofeanny at 15:55
|
Nak kata apa2? [2]
Minggu yang hebat
Sampai ek sempat nak post apa2 kat weblog....ekekekee..ajaib!

118402 |
Dipos oleh sofeanny at 11:06
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, August 25, 2004
Org Badan Besar?
semalam masa balik keje naik bas.
di belakang saya seorang lelaki yang obes sedang nak naik bas macam saya. Bila saya naik bas, bas dah hampir penuh, saya pilih duduk kat sebelah seorang pelajar lelaki, baru balik tuisyen agaknya.
Pelajar ni saiz sedang2 la, tak la besar sangat tapi lebih daripada separuh tempat duduk bas tu penuh ngan badan dia ajer, saya terpaksa duduk menyedeng sikit. Keadaan jadi macam tu kerana dia lansung tak nak kecilkan sikit kangkangan kakinya itu, kalau dia rapatkan sikit kakinya tentu saya lebbih selesa duduk disitu.
Saya tak gemar duduk sebelah lelaki dalam bas, walaupun badan kurus melengking mesti nak duduk luas2, tak pikir lansung pasal org lain. Kalau dah terpaksa, apa nak buat, duduk jer la mana2 pun, kalau berdiri nanti nampak janggal pulak sensorang, lagi pun driver bas suka buat 'lap' maut...kang tak pasal2 jatuh kat atas mana2 penumpang lain. lagi haru...
Terlupa pulak nak cerita pasal lelaki di belakang saya, dia pilih tempat duduk dibelakang driver yang saya tak berapa perasan di sebelah Nyonya tua, tempat duduk tu agak sempit sebab ada palang disebelahnya, lelaki ni dengan selambanya menghenyakkan punggungnya di sebelah nyonya, lalu saya dengar Nyonya tu menjerit, agaknya lelaki tu dah menghenyak peha nyonya.
Lelaki tu buat tak tau jer, dia terus duduk di situ sambil nyonya menjeling tajam kat dia, agaknya Nyonya pun malas nak buat kecoh besar dalam bas tu, lelaki terus duduk di situ hingga sampai destinasi perhentian dia.
Masa tu saya terpikir, kan elok kalau pelajar sebelah saya tu duduk dengan lelaki obes tu, baru padan, sama2 tak hiraukan keselesaan org lain.
Selepas penumpang bas berkurangan, saya pun alih tempat duduk, jauh drp kedua dua org tu, lepas tu, ada pulak la makcik yg nak duduk sebelah saya....ish...'panas' jer rasa hati saya masa tu, sedangkan tempat lain banyak lagi kosong....
118249 |
Dipos oleh sofeanny at 15:05
|
Nak kata apa2? [2]
Jakun skit...
Tadi pegi bank urusan gaji la...apa lagi, pas tu sempat singgah pusat membeli belah. tak de beli apa2, cuma minum ABC tanpa aiskrim(tak special).
Pegi bank ngan kawan, dia nak beli sim kad baru, jalan punya jalan tak beli pun, dia nak beli nombor zon lain, mana ada jual kat kedai, beli kat org lain ada la.
Balik dr bank, kawan ajak temankan dia cuci kereta. Dia ajak temankan katanya sebab takut nak masuk dalam mesin automatik tu. tak kisah la, saya ikut ajer. Percaya tak seumur hidup saya tak pernah cuci kereta pakai mesin tu.
Bukan sebab tak pernah jumpa kedai cuci kereta cam tu, cuma driver rajin, cuci kereta tak yah pegi kat kedai lansung, dia cuci kereta sendiri hari2 sebab keretanya warna putih cemerlang.
Ingatkan saya sorang jer yang tak biasa, rupanya kawan pun lebih kurang sama ak, kalau tidak tak kan dia ajak saya teman kan dia.
Semasa mula2 nak masuk ke ruangan mesin, kawan sempat bertanya pada pekerja kat pusat mencuci tu yg ada lebih kurang 6 orang.
Lain ditanya, lain pulak dijawab, rupa2nya tak tahu berbahasa Melayu, tapi muka ca org Melayu. sempat bertanya asal usul dr mana...katanya Myanmar....oooo...org Burma rupanya.
Kawan risau, cemana nak bayar bila dah habis cuci. saya jawab kalau pasal duit semua org pun paham, tak payah susah hati.
memang btui cakap saya tu, tak de masalah lansung bila nak bayar, harga semua dia tahu....
118246 |
Dipos oleh sofeanny at 14:48
|
Nak kata apa2? [0]
Berita baik berita buruk
Mak driver dalam keadaan kritikal manakala penumpang sebelahnya tak kritikal. mak driver eksiden semasa dalam perjalanan nak pegi berniaga kat Jalan Duta. Kesian dia.
Berita baik pulak, tetiba jer saya dapat gaji la pulak ari ni, kata tak dapat tetiba la pulak dapat. Alhamdulillah.
Lepas ni terpaksa la pegi bank, tergendala la pulak kerja2 yg akan dibuat.
Tadi saya sempat pegi survey staff2 kat sini sempena audit minggu depan, semuanya nampak gabra takut di pilih untuk audit minggu depan. sebenarnya saya tak datang untuk memilih siapa yang akan diaudit. Saya cuma bertugas mencari staff yang akan bertugas mengiringi auditor dari luar untuk minggu depan. tapi saya tak bagitau pun diorang, semuanya memberikan kerjasama yg baik kpd saya sebab takut dipilih untuk proses audit.....ekekekeke, sakit perut saya menahan ketawa melihat gelagat diorang.
Kalau la saya yg pilih org kene audit tentulah saya pilih org2 yang saya menyampah dan ada utang ngan saya...ekekeke...inilah masa untuk membalas dendam...saya dah terpikir dua tiga nama yang akan saya cadangkan kepada auditor tu nanti....ekekeke....saya rasa nak calonkan boss printer tu lah...
118210 |
Dipos oleh sofeanny at 11:35
|
Nak kata apa2? [2]
Ari ni pi keje awal sangat
Pepagi buta lagi saya terpaksa ke tempat keje sebab saya malas nak jalan kaki.
Driver td dapat bertugas spt biasa kerna dia mendapat panggilan kecemasan. mak nya telah mengalami eksiden sewaktu memandu sendiri keretenya dan keadaannya belum diketahui lagi.... cemana.
Sebelum pegi ke GH, dia sempat menghantar saya pegi kerja dahulu. Saya sekarang ni tengah tunggu panggilan drp driver untuk mengetahui keadaan maknya.
kalau kejadian buruk menimpa mak driver, ini bermakna saya kene jalan kaki pegi kerja sehingga hari Jumaat. Kesian kat saya.
118181 |
Dipos oleh sofeanny at 8:07
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, August 24, 2004

118119 |
Dipos oleh sofeanny at 14:09
|
Nak kata apa2? [0]
Karipap kafe
Ada sorang rakan sekerja, dia rajin pegi kafe tapi saya malas pegi kafe, saya rela makan biskut drp pegi kafe.
Kawan saya selalu makan macam2 tapi dia slalu tak abis makan lalu di bawanya makanan itu naik ke opis. Saya selalu menjadi mangsa untuk menghabiskan makanannya.
Pernah dia bawak ikan goreng dan saya makan ikan goreng tanpa nasik.
Semalam dia bawak 2 biji karipap, saya pun makan. hari ni dia bawak lagi sebiji karipap, katanya dia dah makan sikit, dia tanya saya nak ke, saya kata ok la sebab saya tengah lapar ni.
dia pun keluarkan karipap itu, dah tinggal dekat2 separuh rupanya, katanya makan sikit jer, saya dah tercakap dengannya yang saya nak karipap tu, jadi terpaksa la saya makan jugak.
Lain kali jangan la cakap baru makan sikit, cakap la dah makan separuh, tak de la saya amik tadi.....(apa yang saya ceritakan ni yer...!)
118116 |
Dipos oleh sofeanny at 13:30
|
Nak kata apa2? [2]
Sembang sakan
Semakin banyak kerja semakin rajin mulut untuk bersembang.
seharian waktu pejabat saya habiskan dengan bersembang dengan rakan2 sekerja. Macam2 topik keluar sedangkan sewaktu kerja tak banyak tak de pulak nak bersembang.
Baru2 tadi dapat berita gembira, gaji bulan ni dapat lambat...aiii suka btui hati saya mendengarnya, rasa macam nak bunuh pegawai keewangan dan suku sakatnya sekali.
Bila dapat jer berita gembira cam ni, saya pun cepat2 menghubungi rakan2 yg opisnya jauh skit drp pusat keewangan ni. semuanya menyuarakan rasa 'gembira' dengan nada keluhan yang sangat 'enak' di dengar.
tapi ini baru khabar2 angin, harap2 tak jadik la...tapi rasa cam jadik jer.
118112 |
Dipos oleh sofeanny at 13:12
|
Nak kata apa2? [0]
Jual Blog

118071 |
Dipos oleh sofeanny at 9:20
|
Nak kata apa2? [0]
Jangan Isap dadah

118068 |
Dipos oleh sofeanny at 9:14
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, August 23, 2004
TV2 Semalam
"Jebat kah yang benar, atau aku kah yang benar?"
Siapa tengok Tv malam tadi mesti tau kan, dialog ni dari cerita apa? tentulah cerita Hang Tuah, masa tu P. Ramlee tengah hensem giler...!
Cantik betui baju2 org dalam cerita tu, lagi2 bila dah berwarna.
Masa bebudak dlu, saya tak brapa merasa nak tengok cerita P.Ramlee sebabnya ialah mak saya tak bagi.
Mak saya kata cerita dia tu dah banyak kali sangat tayang kat Tv, tak payah tengok la katanya, baik tengok cerita lain(cerita peberet mak saya la).
Memang la mak saya kata cerita P.Ramlee dah banyak kali tayang kat Tv sebab mak saya tentulah tua drp saya, dan tentulah dah banyak kali tengok cerita dia.
Saya rasa tak puas hati, tapi tak baik menderhaka kat mak kan, berdosa besar, walaupun paal program TV, terpaksalah ikut cakap mak saya.
bila dah duduk rumah sendiri, ada TV sendiri, 3 bijik lagi....25 inci, 14 inci, 5.5 inci, (alalalala nak blagak lagi la tu) saya akan tengok cerita P.Ramlee bila2 masa saya nak tengok. Eh! TV tinggal 2 jer, lagi satu dah sedekah kat driver.
Tapi selalunya, saya dapat tengok cerita dia sekerat jer, sebab saya cepat mengantuk kalau tengok TV, kecuali rancangan masakan atau pun dokumentari jer yang boleh buat mata saya terjaga.
117969 |
Dipos oleh sofeanny at 14:38
|
Nak kata apa2? [2]
Minggu Banyak kerja
baru jer sebentar tadi, tak kering lagi air liur dipenjuru bibir.
Boss datang jumpa saya, kat sini pelik skit, bukannya kita datang jumpa boss, boss yang datang jumpa kita.
Minggu ni kerja bersusun kena disiapkan, tapi saya masih lagi tap...tap..menaip kat weblog ni, bukannya tanak buat kerja, saja jer, kalau ada mood baru la kerja cepat siap, kalau idak..buat penat jer.
Boss datang pasal ada Audit minggu depan, ni yang saya rasa nak demam jer ni. ISO segala menda dibuat untuk menyusahkan org2 seperti saya. saya terfikir, adakah saya ingin mengambil MC dengan pura2 sakit perut atau pening kepala pada kali ini?
Kalau ingin mengambil MC dengan alasan sakit perut kene pastikan datang ke klinik sebelum makan apa2, bila Dr. picit perut, dia rasa lembik jer, dia percaya la, sakit perut. (Kalau ada Dr. masuk blog ni, elakkan diri anda daripada membaca artikel ini, diingatkan hanya kepada Dr. perubatan bukan Doktor falsafah!)
Kalau nak amik MC pening pulak, bangun tidor jangan basuh muka terus pegi klinik, baru nampak real,....ekekeke...jangan la buat cam saya taip ni, tak baik tau!
Tapi kan, kalau nak lagi senang carik jer klinik yang jual MC, tak payah banyak cerita...kan!
Boss datang tadi sebenarnya suruh buat jadual untuk AJK, dan buat2 tugas sampingan lain sempena Audit nanti...siap cakap Tengkiu lagi...kuek..kuek...kuek...! sebenarnya masa dia datang jumpa tu saya tengah main Solitaire...cepat2 open dokumen lain kat skrin, SELAMAT!
117961 |
Dipos oleh sofeanny at 12:36
|
Nak kata apa2? [0]
Cedera
Hari sabtu lalu saya bergegas naik bas ke jaya Jusco. Masa tu baru jer bukak pintu.
saya pun menuju ke tingkat atas untuk ke kaunter Jcard, hajat di hati nak menebus vaucher yang ditawarkan, saya dapat RM20 jer.
Sampai di sana, barisan manusia dah panjang, saya ingatkan sya sorang jer yang teringin sangat nak kutip vaucher tu, rupanya ramai lagi makhluk yang berkeinginan sama ngan saya.
Nampak diorang tu bergaya semuanya, nampak cam org kaya, saya sorang jer yang lekeh kat situ. diorang ni pun lapar vaucher jugak yer, panjang leher saya mengintai diorang dapat brapa ringgit, ....tengok punya tengok tak la banyak sangat...paling banyak pu RM50. Sanggup yer diorang beratur pepanjang begitu.
Selesai ambil vaucher dan beli belah sikit saya pun menuju ke perhentian bas untuk pulang. lama jugak saya tunggu, sampai la satu bas, pemandunya India, kondukternya pun org India jugak. saya duduk kat belakang sekali supaya nampak cool.
Driver bas nampak macam baik jer, warga tua. Dia pandu bas laju semacam, ikut jalan tak biasa lak tu, ikut kawasan perumahan, bukan jalanraya. sampai satu simpang, ada banyak kereta, bas yang besar terpaksa makan jalan dan akhitnya naik ke divider longkang, tinggi btui, tapi driver tu redah jer.
akibatnya bila tayar mencecah tanah, saya pun turut terhenyak, sambil palang besi mencucuk belakang saya, pedih, rasa macam dah luka jer. nak gosok kuat2 takut org perasan pulak, tu la gatai sangat duduk kat belakang.
Saya pakai t-shirt sajer, rasa macam berdarah jer, kalau berdarah macamana yer, malu la org nampak nanti, macam baru lepas kene tikam kat belakang.
Saya buat tak tau jer, tukar bas lain dan pulang ke rumah. balik rumah, saya tengok belakang saya kat cermin, bercalar, nasib baik pendarahan skit ajer....kalau idak kene pegi hospital.
tu la, lain kali jangan duduk kat belakang sekali dalam bas kalau ader banyak tempat kosong yang lain.
117937 |
Dipos oleh sofeanny at 9:43
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, August 20, 2004
Merdeka! Merdeka! Merdeka! (esok ngan lusa cuti)

117716 |
Dipos oleh sofeanny at 16:28
|
Nak kata apa2? [1]
Bomoh, Dukun Pawang Santet Tonggang
Dulu la, masa muda remaja. saya kerja jadi kelindan lori atau tow-truck, ala yang tarik2 kereta tu, tak dapat gaji pun, saja suka2 buang masa.
Pemandu lori ialah adik angkat saya (yg pernah mengorat saya tapi saya tanak kat dia sebab muda sangat).
Suatu hari, adik angkat saya ni ter'hilang'kan dompet dia. walaupun dia ni cuma pemandu lori, duit dia banyak lpas tu penjimat pulak orgnya selain dari hensem.
Adik angkat saya ni percaya sangat kat bomoh2 macam mak saya. Setelah penat berusaha mencari dompetnya sehingga seluruh geng dipanggil tapi masih tak berjumpa. akhirnya dia ajak saya dan geng2 pegi ke rumah bomoh yang telah lama di kenalinya.
pada malam itu kami seramai enam org, 3 lelaki dan 3 pompuan pun pegi ke rumah bomoh yang terletak dalam kawasan setinggan. sebelum sampai ke rumah bomoh, adik angkat saya berenti di sebuah kedai minuman Cina. Katanya nak beli pengeras untuk TOk MOh.
setahu saya pengeras selalunya duit, kalau idakpun kain pelekat ke, kain batik ke, rokok gudang garem ker tapi bukannya boleh dibeli di kedai minuman.
Setelah itu saya perhatikan dia membawa satu bungkusan masuk ke dalam lori dan meneruskan konvoi satu lori, 2 kereta ke rumah bomoh selayaknya rombongan peminangan.
rumah bomoh nampaknya kelam, sekelam rumah2 dalam cerita hantu. bersepah selayaknya rumah setingan dan berbau hapak skit. Bomoh pun keluar menemui kami dan menjemput kami masuk ke rumah. isterinya cepat2 menghidangkan air kepada kami.
setelah bercerita sikit2 ngan bomoh, adik angkat saya pun menyatakan hajatnya, sambil menghulurkan bungkusan pengeras kepada Tok Moh, dia pun buka bungkusan rupa2nya air setan cap rimau. Tok Moh ni kaki tonggang rupanya.
Tok Moh pun melakar lakar atas sekeping kertas sambil mengambil butir2 tentang kehilangan dompet seperti seorang prebet Polis di kaunter mengambil lapuran. setelah puas melakar. Tok Moh pun memberikan hipotesisnya:
"Dompet kamu ni memang jatuh kat tempat yang kamu cakap tu, tapi kemungkinan nak dapat balik tu susah, dah di ambil orang"
Muka adik angkat menjadi kelat. untuk mengubat hatinya yg lara, adik angkat telah bertanya2 pada bomoh, bolehkah bomoh tengok2 kan siapa bakal isterinya dan bila dia akan berkahwin.
Tok moh kata tak lama lagi dia akan bernikah, baru le senyum sikit muka adik angkat saya. tetiba Tok Moh bersuara, katanya antara kamu berenam ni ada yang akan jadi pasangan suami isteri (dah tentulah bukan saya).
antara kami berenam tu, cuma ada sepasang kekasih, dua pasang lagi cuma pasangan kak ngan adik angkat (saya) dan satu lagi pasangan kawan2 sajer.
Saya malas nak pecaya tilik2 ni. tapi kalau jadik pun tentulah kat pasangan kekasih tu. Lepas daripada berjumpa bomoh kami pun balik la ke rumah masing2. dan meneruskan hidup memasing.
Lebih kurang setahun lepas kejadian berjumpa bomoh, memang betul antara kami berenam tersebut, dua org telah menjadi pasangan suami isteri. Walaupun salah seorang daripadanya telah bertunang sebelum tu dengan org lain. adik angkat saya pun sudah menikah tak lama lepas kejadian.
Tak sangka mulut Tok Moh tu masin juga.
daftar Kata Sofe * Tok Moh = panggilan manja untuk Bomoh, Dukun Pawang Santet *Tonggang = minum arak, alkohol, beer *air setan = arak, beer, alkohol dan lain2 yg sewaktu dengannya
117706 |
Dipos oleh sofeanny at 14:48
|
Nak kata apa2? [2]
Capati dan karipap segera?
Dalam bebanyak org terjumpa blog saya ni ialah org yang guna enjin pencari untuk resepi kedua makanan ni lah.
Capati selalunya dikaitkan dngan org bengali kalau kat Malaysia la, idak pun hindustan la...kira makanan ruji.
Saya suka jugak makan capati sebab rasa tepung attar tu, saya juga boleh buat sendiri capati. Bukan tau makan jer, masak pun tau (berlagak...ekekeke)
antara banyak2 kuih kat Malaysia ni, kuih karipap la yang paling saya tak suka, lagi2 kalau intinya kari ubi keledek, kalau kentang saya boleh lagi telan. saya tau jugak la buat karipap ni bukannya susah sangat. tapi kalau saya buat tentulah mengikut citarasa saya sendiri, guna kentang la.
Masa blajar dulu, saya pernah buat karipap kat rumah sewa dan jual kat hostel. saja nak test pasaran, modal pun tak pulang balik, saja suka2.
Masa budak2 dlu saya suka cuba2 resepi buatan sendiri, lagi2 kalau mak saya tak de kat rumah. saya pernah buat kulit karipap guna tepung atta (capati) dan campur sedikit ngan keju. ermm...memang sedap, tapi tak leh buat slalu, banyak sangat modal.
Saya tak pernah belajar ngan mak saya cara memasak walaupun org selalu kata masakan mak saya sedap. Saya malas nak belajar ngan dia sebab dulu dia garang sangat.
Potong bawang kene ada caranya, kalau nak masak ini kene potong cara ini, kalau nak masak itu kene potong cara itu. saya pernah kene marah sebab salah potong bawang jer. Saya selalu cakap kat mak saya, potong cantik2 pun bukannya nak buat jual, makan sendiri ajer....ini lah ayat yg mak saya paling marah.
Saya belajar masak dengan kaedah cuba jaya....
Sampai sekarang kalau balik rumah mak abah saya, saya tak masak sebab nanti banyak sangat komplen...
117681 |
Dipos oleh sofeanny at 12:32
|
Nak kata apa2? [4]
nest kay pay (KIsah Benar)
Malam tadi pegi minum2 kat kedai mamak (bukan pub). sampai jer kat meja, mamak pun sampai.
"Minum apa? MInum Nest kay Pay mau ka....bole dapat t-shirt, pen, note book, macam2 ada"
Biar betik mamak ni, jangan la nak buat lawak tengah2 malam ni (kata hati saya).
Driver terkebil kebil.
"Mamak betui ke ni? dapat t-shirt?"
Mamak sambung
" Betul la" (dengan nada konfiden)
driver lak cakap
"okeh nescafe....."
mamak blah sepantas kilat , halaju cahaya, tak sempat nak abis cakap, nak yang berais ker, 'O" ke, Tarik ke, Tolak ke.....
Saya pandang driver, driver pandang saya. tak lama lepas tu datang dua org yang kulit putih kuning, bawak roda impian versi kecik, dia kata:
"Order 2 nescafe kan, sila pusing roda 2 kali"
Driver pun pusingkan roda, tangan kat roda tu asik tunjuk kat stick-note ke aper tah tak ingat saya, pas tu dua org kopi segera tu pun cek2 dalam poket apron dia, katanya barang yang dapat tu dah abis. dibaginya driver ballpen besar satu, pas tu driver dengan tak malunya mintak t-shirt, dia pun bagi.
akhirnya nest kay pay kami pun sampai. Tarik rupanya. Minum sikit, panas, tapi sedap jugak. saya suka minum kopi, tapi kalau kopi segera terutamanya jenama yang ni boleh buat saya sakit perut, tapi hadiah punya pasal minum sajalah, nasib baik menyelerakan.
saya perhatikan dalam kedai mamak, majoriti pelanggan minum benda yang saya minum la. Sapa tak nak, minum dapat hadiah, berbaloi jugak, minuman sedap, t-shirt tu paing kurap pun 7 ringgit. kira ok la.
balik jer dari minum, tandas lah tempat tujuan utama. Pukul enam terjaga, tandas jugak. inilah penangan nak sangat hadiah. Driver pun kata dia sakit perut sampai pagi. Dah menjangkit nampaknya.
117648 |
Dipos oleh sofeanny at 9:40
|
Nak kata apa2? [3]
BukaN gambar IKan Pacu

117645 |
Dipos oleh sofeanny at 9:10
|
Nak kata apa2? [0]
Ikan Pacu
Kaki pancing mesti tau cemana rupa ikan Pacu kan, dia adik beradik ngan Piranha. badahnya pipih macam ikan bawal, giginya tajam, banyak pulak tu, muka dia garang skit macam Genghis Khan.
Ada orang Melayu kata ikan Pacu sedap di masak kari. Saya penah buat kari, tak sedap pun, agaknya sebab saya tak pandai masak kari kut. tapi kalau masak apa pun saya tak brapa boleh nak makan sebab hanyir skit dan paling tak tahan bau rumput dialah, pasal ikan Pacu ni selalunya di ternak dalam kolam.
Kalau pegi memancing kat kolam bebayar ikan Pacu lah paling senang nak dapat. Lagi2 kalau ikan baru lepas, slalu org kata ikan kalau baru lepas dia mabuk2 skit, tak makannya. tapi ikan Pacu ni sentiasa lapar (dekat kolam yang selalu saya pegi la).
Pernah saya ikut driver pegi mancing ngan adik ipar saya sekali, kitorang dapat lebih 20 ekor dalam masa tiga jam, beratnya pulak dalam 1.5 - 3 kg, kira besar la jugak. masa tu toke kolam baru jer lepas ikan tak sampai sejam.
Masa melapor diri kat kaunter, saya tengok muka toke tu kelat jer, sebab kitorg dapat banyak pas tu besar2 pulak. selalunya kecik2 jer dalam sekilo jer.
Umpan yang kitorg gunakan cuma perut ayam, kenkadang cacing, kenkadang pakai dedak pun dia sambar jugak. selalunya kalau pancing ikan Pacu ni, kalau dah tau kawasan dia, jangan alih tempat, baling jer kat situ, dia ngan geng2nya sentiasa tunggu kat situ, menganga ajer. kira ikan Pacu ni species tak sekolah la.
Ada satu hari tu, driver dapat naikkan sekor ikan Pacu agak besar jugak, dalam 2.5 kg, driver mintak tolong tanggalkan mata kail, saya pun pegi dekat ikan Pacu, slalunya saya guna Ragum untuk keluarkan matakail, tapi hari tu, saya rasa konfiden jer tengok ikan Pacu tu macam dah jadi warga tua...giginya tak de, ada tinggal skit jer...kira2 tang bahagian geraham jer la...
Saya pun dengan pantas, menyuakan jari2 saya yang comel ke arah mulut ikan Pacu, dan dengan sepantas kilat dia pun membuat terkaman maut dan menggigit jari saya, terkejut woooo.....saya tarik keluar jari saya, berdarah lagi, nasib baik warga tua yg gigit, kalau masih muda remaja tentu putus jari ku...tak boleh nak sarung cicin berlian.
Walaupun dah kene sedas ngan ikan pacu, kenkadang saya masih mengamalkan cara menanggalkan mata kail di mulut pacu mengggunakan jari, sebab saya rasa lebih lemah lembut berbanding cara pakai ragum....(kononnya la...ekekeeke)
117642 |
Dipos oleh sofeanny at 8:58
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 19, 2004
117581 |
Dipos oleh sofeanny at 16:10
|
Nak kata apa2? [0]
O T
Hari ni kene kerja lebih masa. Tapi tak dapat duit lebih pun. Kira amal jariah la, idak pun bayar balik masa kerja yang ponteng2 dulu tu.
Kerja kat sini tak leh la nak culas kalau kene keje lebih masa, sebabnya banyak kebebasan waktu kerja, kenkadang datang lambat la, kenkadang balik awal la, nak mintak duit OT pun tak sampai hati (ceh! baiknya...kalau di bagi duit OT saya amik jugak)
Saya ada terbaca satu cerita kat satu majalah.
ada la sorang Doktor ni dia buat kajian kat org tetua.
dia tanya: (dalam bahasa omputih)" dalam seminggu hari apa yang bermula dengan huruf 'T'"?"
Jawapan yang sepatutnya tentulah : Tuesday ngan Thursday.
Tapi org tetua tu jawab: "Tomorrow and Today"
Lagi satu soalan yang Doktor tu bagi:(dalam bahasa omputih jugak) "Ada berapa "second" (saat) dalam setahun?"
Kalau nak tahu kena la pakai kalkulator. kalau pandai lagi congak jer la. 365 X 24 X 360 = ? kira la sendiri
Tapi org tetua tu jawab dengan selamba: " Dua belas"
Doktor terpinga pinga....org tetua sambung jawapan dia:
" second of Jan, second of Feb, second of March.........second of Dec)....
Lepas tu Doktor terus berhenti jadi doktor, dia pegi blajar balik ngan org tua tu.
117580 |
Dipos oleh sofeanny at 16:05
|
Nak kata apa2? [1]
Si Pencetak
Dekat opis sebelah, ada la sorang boss kecik ni. Pekara yang paling dia suka buat ialah mencarik kesalahan org lain. Salah dia terang2 dia buat dia buat tak tau jer...
Sudah lama staff2 lain biarkan perangainya yang suka mengadu domba dan menyusahkan org lain, tapi hari ini dia sudah silap langkah.
Kisahnya berkisar tentang printer la.....laser printer. Printer ini dikongsi beramai-ramai. Arahannya tak boleh lah print apa2 pun selain daripada dokumen urusan pejabat.
Biasalah, kalau ader printer laju, semua org pun nak print apa2 pun. termasuklah saya. disebabkan printer tu jauh skit dari bilik, sukar sikit la nak dikawal, jadi saya pun jenjarang la print kat situ.
Ada la sorang staff ni, katanya terprint e-mail tak rasmi menggunakan laser printer tu, si kaki sibuk ni pulak, terjumpa la kertas yg dah bercetak tu. jadi dia pun bising mengadu kat boss besar. Sudah lah kuat mengadu, diceritakannya pulak kat kengkawannya tentang perihal tu.
selalunya org pompuan jer yg kuat menjaja cerita, kali ni org lelaki la pulak, kategori luar biasa la tu.
Staff yang didapati bersalah ni pulak kaum saya la, biasa la emosional. Dia pun mengadu balik kat boss besar. Siap bawak bukti lagi, bukan dia jer yg penah mencetak bahan tak rasmi, sebenarnya boss kecik ni pun pernah sangatlah mencetak bahan tak rasmi juga. Malahan kuantitinya lebih banyak berbanding dengan staff yang di tuduh.
Boss kecik ni bukan setakat itu saja kesalahannya, malahan kalau nak diceritakan banyak lagi. Salah satu daripadanya Merokok dalam kawasan larangan. itu dah di kira satu kesalahan besar.
Malahan saya sendiri pun pernah dijadikannya orang tuduhan bersalah (bukan melibatkan printer). tak silap saya dua tiga kali jugak. tapi saya tak de bukti yang kukuh nak menuduhnya balik.
kalau di mesyuarat pun, dia lah tokoh yang suka memperbesar besarkan kesalahan org lain. kesalahannya sendiri pun dia tetap kaitkan org lain jugak.
kali ni dia tak boleh terlepas lagi, bukti dan saksi dah ada....kalau saya disuruh jadi saksi pun saya rela.
117565 |
Dipos oleh sofeanny at 14:07
|
Nak kata apa2? [1]
Weblog baru
Hari ni muncul satu weblog baru, pemiliknya tentulah kawan sofe.
Sila la melawat kalau rajin:
SWEETIE PIE
________________________________________________________
117564 |
Dipos oleh sofeanny at 13:42
|
Nak kata apa2? [0]
Sarapan
Pagi tadi saya sarapan nasik lemak berlaukkan ikan bilis dan sotong, ada sedikit kacang dan timun.
Saya makan di kedai yang menjadi kegemaran ramai staff di tempat saya untuk menjamu selera. Kedai makan ini dipanggil sebagai gerai " Charlie's Angle" yang di beri nama oleh kengkawan seopis.
Nama tersebut diberi oleh sebab peniaganya terdiri daripada 3 orang makcik. tiada lansung lelaki yang bekerja di situ.
Setiap pagi ramai sungguh pengunjung ke kedai makan tersebut. Pada saya makanannya tak de le sedap sangat, tapi disebabkan kat sini tak banyak kedai Melayu yang sediakan sarapan, terpaksa lah juga ke sana. Pilihan lain, tentulah kedai mamak, kalau hari2 makan kat kedai mamak, lelama muka pun boleh jadik macam mamak.
Tapi ramai jugak org yang suka masakan makcik 3 org ni. Masakannya banyak yg manis2, tak sesuai sangat ngan selera saya yang bukan org dr Pantai timur ni. Makcik tu pulak, rasanya org Jawa dari gaya percakapannya. Org jawa suka masak manis2 ke? saya pun bukan org Jawa, jadi saya tak brapa arif....
ok lah, saya nak berenti merepek, sebab nak tolong org buat blog kejap...
117524 |
Dipos oleh sofeanny at 9:43
|
Nak kata apa2? [3]
Wednesday, August 18, 2004
e-mail tak leh pakai...
email tempat keje tak leh pakai dah dua hari, alamatnya penuh sangat la......dah la spacenya kecik....
117438 |
Dipos oleh sofeanny at 16:00
|
Nak kata apa2? [0]
Kepong?
Semasa ditemuduga tadi, penemuduga tanya saya,
"Ada satu kejadian yang berlaku di Kepong baru2 ini......"
Saya berkata dalam hati, aisehmen Kepong? apa kejadahnya ni, penat aku beli paper, tak perasan pun ada kejadian apa2 kat Kepong, ada rusuhan kaum ke apa...13 Mei, dah lama lepas...cemana nih.....
lepas tu penemuduga tu sambung lagi,
"Kejadian jejantas MRR2...bla...bla...bla.."
oooooo! Cakap la sensiang pasal tu, tapi rasanya cam dah lapuk, org sekarang sibuk cakap pasal Nuri kat Ba'kelalan, mana ada org cerita pasal tu lagi... (saya berkata dalam hati lagi)
"Apakah perkembangan terkini yang awak tau tentang projek tersebut"
Saya dengan konfiden tak tentu pasal jawab begini:
"Siasatan sedang dijalankan ke atas pihak2 yang berwajib"
pas tu tetiba jer saya dengar penemuduga kata'
" Eh! Awak ingat awak BPR ke, yang awak tau semua tu, awak tau dak sekarang ni diorang tengah suntik apa ke bendanya (ak e na...dia pun tak tau rupanya, belagak jer lebih)...Bla...bla...bla.."
Saya senyum ajer......pas tu saya jawab saya tak tau...ekekeke...malas nak nipu, mmg pun saya malas baca paper, saya selalu baca weblog ajer....
Akhirnya penemuduga tu malas nak tanya bebanyak ngan saya, sayalah org paling cepat keluar dari bilik temuduga......
117430 |
Dipos oleh sofeanny at 14:42
|
Nak kata apa2? [5]
Bole pegi bercuti...yeee.....ha!

117425 |
Dipos oleh sofeanny at 14:07
|
Nak kata apa2? [0]
Selesai temuduga
Saya ni baru jer balik dari temuduga. Ada la juga soalan yang tak dapat dijawab. Tapi tak tau la, kata pembantu penemuduga saya dah lulus.
Tak tau la kalau dia hanya nak menyedapkan hati saya. Kalau tak lulus, saya pegi la balik temuduga ni dalam tahun depan. Kalau susah sangat berenti jer kerja. kan ker tukang tilik tu kata saya nak dapat duit banyak...ekekekeke...gurau ajer.
Berdebar jugak semasa di bilik menunggu. Bila dah masuk bilik temuduga, hilang gabra. bila keluar, lagi la lega. kebanyakan soalan adalah bersifat teknikal, boleh la saya jawab sesikit. Tapi saya kantoi tang pengetahuan am, apa yang saya baca dia tak tanya, yang saya dah lupakan pulak dia tanya.
Tapi apa pun, yang penting satu beban dah selesai. Apa-apa pun fikir terus ke hadapan.
Bolehla, saya sambung balik kerja2 yang tertangguh disebabkan temuduga ni.
117416 |
Dipos oleh sofeanny at 12:39
|
Nak kata apa2? [1]
close down this blog?
artwork: IP165.21.154.12 SingNet Pte Ltd, Singapore artwork close down this blog....boooooringggg
Waaa...! Saya rasa saya tau sapa yang taip menda ni. Pertama sekali tentulah saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog bosan ni, kalau omputih cakap tentulah boring.
Pertama yang saya nak tanya pada artwork, ada ke dapat kad jemputan bukan walimatulurus khas menjemput anda bertandang ke blog yang boring ni ?
Kalau rasa boring, senang ajer...biar la saya sensorang datang sini, taip sendiri, baca sendiri, ketawa sendiri, menangis sendiri, mengelamun sendiri.....
Kalau rasa tak suka, tak payah lah ulang banyak kali sangat, saya tau la saya tak pandai Bahasa Inggeris, saya tahu awak orang Melayu, tak bermakna awak dipimpin oleh bangsa lain, awak dah hilang keMelayuan awak. Sila la taip bahasa Melayu....Terima Kasih!
Kalau masih rasa tak puas hati, kenalkanlah diri dan hantar e mail kat saya, alamatnya ialah sofeanny@yahoo.co.uk. Sila nyatakan ketidakpuasan hati anda. Adakah saya tertaip yang menyinggung perasaan anda di bahagian komen atau sesuatu yang saya tak jangkakan?
Terima Kasih sekali lagi!
117413 |
Dipos oleh sofeanny at 12:14
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, August 17, 2004
117320 |
Dipos oleh sofeanny at 15:50
|
Nak kata apa2? [0]
Telepon
Baru jer beberapa minit tadi saya tepon adik saya seorang Ahli Politik nak bertanya tentang polititik semasa di kawasan asal, mana la tau kut2 esok penemuduga tu nak tanya kan....langkah berjaga-jaga...
pertama kali saya tepon, tak de bunyi lansung, pas tu saya pun hantar la Sms kat dia. tetiba jer ada org miss call kat saya. ingatkan adik saya la, kut2 pakai nombor baru. Nombornya 013*******, dia ni mmg selalu hilang talipon, elok bukak kilang tepon sendri ajer...
Saya pun tepon la nombor yg tertera di skrin tepon saya:
" Hello" kata saya
"Ya" kata di sana (suara sorang lelaki pelat Indon, adik saya pompuan warganegara Malaysia, bangsa Melayu)
"Siapa ni" kata saya lagi
"Ini Juni" dia bersuara lagi, suaranya semakin mengada-ngada menggatal la tu.
"Macamana awak boleh dapat nombor telepon saya?" kata saya lagi dgn tegas.
"A...aaa...iya...begini.....aaa...bukan..." katanya lagi
Saya terus letak tepon, eii...geramnya dengar nada suara dia, rasa nak hempuk mukangan ngan beg tangan.
pas tu saya tepon kawan saya. tetiba ada panggilan masuk lagi dari nombor tadi. Mengacau betui. Saya letak telepon.
Tak lama kemudian, saya telepon lagi sekali no adik saya..........012 *******.
Ches! suara tadi. patut pun dia dapat nombor saya, rupa2nya dia ada sim kad adik saya.
"hei! Awak curik telepon adik saya yer" kata saya
"Saya tak ada duit" katanya...
"Baik awak pulangkan balik" kata saya lagi
"Dia di mana?" katanya
" Kat *** *****" kat saya
"tak da la, bla...bla...bla...(menggatal, miang buluh, keladi, kemahang)" kata dia lagi...
aiseh! mesti Indon ni curik kat tempat lain.....saya letak tepon sekali lagi, dah la curi tepon org, ada hati nak ngorat pulak tu, mentang2 la suara saya ni lemak merdu...ekekekeke (dia tak tengok org nya..kalau tengok...kensel)
saya pun tepon mak saya. mak saya pun cerita, mmg pun tepon adik saya ilang, ilang waktu dia pegi membeli belah ngan mak saya. dia dah pakai nombor lain.
adik saya ni tiap2 minggu balik umah mak abah saya, tapi tak lekat di rumah, saya pun tak pernah jumpa dia dah, nombor telepon baru pun tak de. dia asik sibuk ngan hal politiknya, meeting sana, meeting sini, majlis sana, majlis sini...
akhirnya mak saya bagi nombor tepon baru dia, saya pun tepon dia.
saya cerita semua yg saya alami, dia ketawakan saya....hampehsss btui..
pas tu sempat lak nak kirim barang ngan saya, saya pun bagi alasan la, bukan tak leh beli sebenarnya ...tapi kan...tapi...kan....saa kurang fulus la...ekekkeke!
117313 |
Dipos oleh sofeanny at 15:14
|
Nak kata apa2? [0]
Hadiah
Dah nak dekat2 besday saya ni teringat plak hadiah2 yg saya pernah terima:
Hadiah paling besar yang pernah diterima: Mesin Basuh (dah rosak pun, beli baru)
Music Box Frame gamba Vase Mug Bunga kaca ada perfume (sekenhen-pemberi jumpa kat tepi jalan) Patung Shin Chan Teddy bear
e..eh..! baru saya perasan, skit jer hadiah yang pernah saya dapat, sedangkan umur dah banyak.
Kesiankan kat saya....!
Bila agaknya ada org nak kasi saya cincin berlian, kereta BMW, rumah, tanah, peti ais baru (tanpa frost sajer tau), dapur baru termasuk ketuhar baru.......lagi apa ekkk? Banyak yg saya nak ni....nanti la tengah pikir jap...
117310 |
Dipos oleh sofeanny at 14:36
|
Nak kata apa2? [3]
Majlis lagi
Orang lain semua pegi majlis, saya duk kat opis sorang diri.
Mals btui la nak pegi, selalu sangat ada majlis2 nya. Banyak betui peruntukan untuk majlis.
Tapi tak leh nak marah, walaupun tempat saya kerja ni ada banyak majlis, kebajikan staff masih terjaga. Semua sebab boss yang terbesar kat sini yang best (mana la tau kut2 dia terbaca...ekekekeke!)
Tu ada panggil Tv la tu, media2 tulis/taip semua ada panggil, saya bukan apa malas nak pegi, nanti muka saya masuk Tv ke apa, ke kan, nanti glamer lebih2 plak, kang susah org lain nak carik makan.
Lepas majlis macam biasa la ada makan2 kat dewan, malas jugak la nak pegi, tak de geng, penat saya SmS geng tak jawab2 pun. agaknya bising sangat kut, tak dapat dengar bunyi tepon dia.
saya ni asik ngadap muka komputer ajer, persiapan temuduga belum buat lagi. Sijil2, degree2, diploma2, Master2, PhD2 (org lain punya kut) belum disusun lagi kat dalam clear holder. Apa la agaknya soklan yang akan ditanya esok ni. soalan2 spot dah ader, jawapan2 spot pun dah ader, tapi tak tau laa der klua ke idak esok ni.
baju plak, tak leh lebey tiga kaler kan. kang pening lak penemuduga. kasut bertutup saya tak de, separuh tutup ader ler, kira bole la....nanti pakai kain labuh2, mesti dia tak perasan kut!
Tu dia, ada jugak geng monteng majlis, tadi pegi mana tah! tak de la saya duduk sini sensorang lagi. ada gak teman memuji (dibaca sbg mengumpat....ekekekekee)
117296 |
Dipos oleh sofeanny at 12:40
|
Nak kata apa2? [0]
MyDoom
Pgi tadi saya ada baca paper pasal virus MyDoom, agaknya org lain dah tau lama dah.
Saya baru hari ni nak tau.
Menurut pembacaan saya, virus ni disebarkan melalui e-mail jokes dan lain2 sewaktu dengannya.
bahaya utk saya tu, saya mmg minat segala macam yang lawak2 ni. P/s: gambar di bawah tiada kaitan ngan cerita di atas

117279 |
Dipos oleh sofeanny at 10:56
|
Nak kata apa2? [2]

117277 |
Dipos oleh sofeanny at 10:48
|
Nak kata apa2? [0]
Esok saya ada interview...
esok jam lapan pagi bertempat di bilik 1, saya akan menghadapi temuduga untuk jawatan baru, naik gaji...ekekekeke!
Doakan saya berjaya. Terima kasih.
Saya silap isi borang la pulak, nasib baik saya ni pengingat (puji skit), saya dah buat salinan awal2, jadi bole la di baiki.
Saya tak brapa buat persediaan la, ada la skit2 yang lain tawakkal ajer la. nak nye penemuduga tu baik jer la cam saya biasa temuduga org, saya ni baik kalau temuduga org (puji lagi).....
ok....bersedia!
117263 |
Dipos oleh sofeanny at 9:57
|
Nak kata apa2? [6]
Nak dengar lagu sedap?
Slila dengar di sini
Manisnya

117262 |
Dipos oleh sofeanny at 9:45
|
Nak kata apa2? [0]
horoscope ke...serkap jarang
Saya sesaja melanggan horoscope kat satu omputih ni....dia pun bagi saya email....katanya saya ni bertuah sangat....(lagi bertuah katanya kalau saya bagi dia duit). Dibawah ni adalah sebahagian dari peristiwa yang akan saya alamai katanya...chewah!...tak bole pecaya tau....
On day Tuesday, August 24, 2004 expect to receive excellent news regarding friendship and sentiments,
On day Thursday, August 26, 2004 an exceptional opportunity will come you way (you must take it)
On day Friday, September 03, 2004 you could receive a big amount of money that you were not expecting (do not miss it!)
On day Thursday, September 09, 2004 you could make an encounter that could lead to a friendship.
On day Wednesday, September 15, 2004 you will be lucky again with money matters.
itu la yg dia tulih, ada banyak lagi tapi malas nak nampalnya.....tapi yg peliknya jumlah wang yang dia tulih tu cam betui jer.....itu yang leceh tu...
117253 |
Dipos oleh sofeanny at 9:09
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, August 16, 2004
Makan Tosai hari Ahad
hari Ahad lalu bersarapan Tosai kat kedai mamak, ternampak kawan yang selalu jumpa kat tempat mancing (kawan driver sebenarnya).
driver tanya2 kat mana pot baik untuk mancing sekarang ni. katanya tak de mana, dekat2 jer, sekarang ni menumpukan kerja memancing kat bawah jambatan berdekatan rumah saya.
Terliur saya mendengarnya, rasa cam nak pegi sensorang tapi malu pulak kalau jumpa ngan org yg kenal, mancing bawah jambatan, pompuan lak tu.
Kata org tu lagi, kat situ dia dapat banyak ikan keli, belontok dan liko. Pernah sekali dia dapat 70 ekor ikan keli pada satu masa memancing. pelik jugak, itu sungai bandar, cemana leh dapat banyak sangat ikan. kata org tu ada org Cina lepaskan ikan keli kat sungai utk upacara agama diorang la tu. baru pertama kali saya dengar pasal tu walaupun sebelah menyeblah, depan belakang, rumah saya org Cina.
Lepas abis cerita pasal ikan, dia cerita pulak pengalamanya sewaktu pegi memancing dalam hutan. Cerita yang sama jugak tapi ada tambah skit2. katanya sedang memancing, ada org duduk sebelah dia. dia jeling2, cuma nampak kain koyak rabak sebelah dia. dia kata malas nak pandang muka. Ceh! brani....
Pas tu dia cerita lagi, katanya dia tak pernah takut ngan hantu-mantu ni, malahan pernah bunuh hantu lagi katanya, dan lagi katanya dia rasa bersalah pulak sebab hantu tu tak kacau dia.
Ceritanya tu macam penah saya baca kat buku cerita Tok Awang Ngah atau Bercakap ngan Jin ajer.....cam ni cerita dia...(tah btui tah idak...macam adik saya selalu cakap .......biar betik!!!)
Katanya satu malam dia balik dari pekan Naik basikal. Dia tengah makan satay. dia lalu kat kawasan perkuburan, tetiba dia nampak kaki berbulu, dia pandang ke atas, tingginya sayup nun ke awan (hantu galah ler tu).
Dia pun tanpa berlengah lagi, berdiri di celah kelangkang makhluk tu dan baca baca skit dan cucukkan lidi satay tu. dia pun dengar bunyi makluk tu meraung.
esoknya heboh sekampung, ada org bunuh makluk, yg kelihatan cuma abu kehitaman atas jalan berbentuk cam tubuh manusia. org pun tertanya2 siapa hero yg membunuhnya. dia lalu kat kawasan tu, tapi dia buat2 tak tau jer....
cam penah baca/dengarkan.....
saya dengar jer dengan penuh minat, tapi tak belanja pun dia minum....ekekekekeke!
117186 |
Dipos oleh sofeanny at 14:48
|
Nak kata apa2? [2]
waktu makan satay
Makan satay yang gemuk dan segar. Tapi kuah kacangnya manis sangat. nasi impitnya pulak lembut, gebu.
Sambil makan, sambil dengar org menyenyi karaoke kat skrin besar. Ada suara macam Ramli Sarip, tapi 'Ramli' bole tukar2 suara. asik dia jer yg nyanyi tapi semuanya lagu2 lama, boring jugak.
dah tau suara cam Ramli Sarip nyanyi la lagu 'Teratai'. saya suka lagu tu.
Saya suruh driver menyanyi, dia tak nak, katanya suaranya tak de. dulu saya minat nyanyian REM tapi sejak jumpa driver saya minat suara dia la. Best. Saya suruh dia masuk pertandingan nyanyian, buat tambah pendapatan. Dia tanak. nak jaga standart la tu, standart seorang driver.
Tengah sedap2 makan satay, tetiba nampak seseorang yang berpakaian putih cam org Pakistan pakai. Dia berhenti kat satu meja dihadapan, saya terdengar dia sebut "Lughatul Arabiah", sambil keluarkan beberapa buku.
Ini mesti nak jual buku, idak pun suruh masuk kelas dia ke, jual tape ker. saya suruh driver cepat2 makan dan cepat2 blah, sebelum si Pakistani ni habih bercakap ngan org meja depan.
Saya pun bangun dan pi bayar duit satay. seelok berpaling ke belakang nampaklah si Pakistani dah beralih ke meja lagi satu.
Fuhh! nasib baik bangun awal, kalau tidak menambahkan dosa ajer, terpaksa buat2 alasan bodo nak kasi Pakistani tu blah...
Tapi terkilan jugak di hati, tak dapat dengar persembahan percuma karaoke.
akhirnya driver nyanyikan lagu dalam kereta, tapi tak sedap macam selalu, alasannya kata driver sakit tekak sebab dah lama tak nyanyi. tu nak suruh belanja gi karaoke la tu.
117180 |
Dipos oleh sofeanny at 14:23
|
Nak kata apa2? [0]
Bahagian dalam keter driver....ekekeke!

117161 |
Dipos oleh sofeanny at 12:26
|
Nak kata apa2? [2]
Lembu buta warna?
Kalau masa saya sekolah rendah dulu saya tahu lembu buta warna, mesti kejadian ni tak berlaku...
Masa saya sekolah rendah dulu (tiap2 hari pun cerita masa sekolah rendah), abah saya ada kebun sayur-sayuran yang dikebunkan sendiri oleh abah saya sebagai mengisi masa lapang selepas bekerja.
Abah saya, tak bagi saya ikut dia ke kebun sebab kebun tu jauh kalau jalan kaki, kene lalu dua buah sungai yg tak de jambatan. kalau ikut jalan raya, jauh sangat pulak.
saya nak ikut jugak. satu hari abah saya pegi senyap2 pada hari ahad. saya tak sedar. saya pun carik abah saya sebab saya tau jadualnya kalau pegi ke kebun. saya tanya mak saya pasal abah saya, mak saya tanak jawab, dia diam ajer.
Saya tak puas hati. saya mesti ikut abah saya. secara senyap2, saya pakai baju T merah dan berseluar pendek hijau (kecik lagi, darjah 3, semilan tahun) dan pergi menuju ke kebun abah saya.
Saya berjalan dengan laju, menyebrang 2 sungai separas dada sensorang dan berjalan kaki. sampai pada satu kawasan padang ragut yang berdekatan dengan tasik yang dipenuhi teratai, saya perhatikan sekumpulan lembu tengah enak menjamu selera. Lembu2 itu tidak ada pengembala. agaknya pengembalanya tido.
Lembu2 itu berhenti makan rumput dan memandang saya, alamak! takutnya saya, saya pernah dengar cerita org kena tanduk ngan lembu sampai terburai isi perut. masa tu saya bayangkan, kalau la saya kene tanduk, mesti melambung ke udara dan diperbuat seperti bola takraw oleh lembu2 tersebut.
tetiba, saya teringat mak saya ada cakap, lembu akan kejar org pakai baju/pakaian warna merah, alamak sekali lagi! saya pakai baju merah. habis la saya! denganpantas saya membuka baju saya dan berlari melepasi kumpulan lembu tersebut.
Fuhhhh! lega, saya dah jauh meninggalkan kumpulan lembu.
tetiba saya nampak abah saya tengah berjalan, saya pun panggil abah saya.
abah saya sangat tekejut, dia tanya saya datang ngan sapa? saya cakap sensorang. disebabkan terkejut sangat, abah saya tak jadi marah saya.(abah saya tak garang)
Lepas balik dari kebun, saya ceritakan peristiwa tu pada mak saya, mak saya ketawakan saya (nasib baik tak marah). tapi dia pesan lain kali jgn buat lagi.
sampai sekarang, kalau boring2, mak saya akan ceritakan pekara tu kembali sambil menggelakkan saya beramai ramai.
117158 |
Dipos oleh sofeanny at 11:44
|
Nak kata apa2? [0]
Makan satay
Malam tadi teringin nak makan satay. ajak driver ke tempat biasa. sataynya murah dan menyelerakan.
Masa kecik dulu saya tak makan satay sebab tak tahan bau rempahnya.
Dalam perjalanan ke warung satay, terpandang di hadapan satu keluarga menaiki motor tak tahu ke arah mana tujuan. seorang emak, ayah dan anak kecil lebih kurang 3 tahun.
Kelihatannya gembira, mungkin nak makan di luar agaknya, idakpun ke pusat membeli belah, yang paling riang kelihatannya tentulah anaknya, saya perhatikan kakinya dihayun ke kiri dan kekanan, ibunya pulak tak ambil tahu ataupun tak sedar karenah anaknya.
saya yang berada di dalam kereta di belakang moto hanya mampu menutup mata kengerian, rasanya kalau saya menjerit pun keluarga tu tak dengar, kalau berhenti merbahaya pulak ditengah jalan raya.
saya berasa ngeri kalau2 kaki anaknya itu termasuk dalam putaran roda motosikal. mesti cedera parah kaki budak kecik yang masih lembut tu. tak sanggup saya nak menonton adengan sebegitu sebelum makan satay.
akhirnya saya tak nampak dah keluarga tu, mungkin diorang ikut simpang lain. saya hanya mampu berharap kejadian yang saya bayangkan tu tak terjadi. ibu bapa budak tu patutbya lebih berhati hati. lagipun salah naik moto bertiga, naik jer la bas.(macam saya)
Sebenarnya mak saya pernah alami kejadian kakinya masuk dalam roda basikal masa dia kecik dulu. mak saya cerita masa tu dia gembira sangat naik basikal ngan ayahnya. akibatnya kakinya kena jahit dan sampai sekarang parutnya masih kelihatan.
saya tak pernah pulak la jadi cenggitu, sebab saya budak baik...
117134 |
Dipos oleh sofeanny at 9:26
|
Nak kata apa2? [3]
Saturday, August 14, 2004
Jaga koperasi II
Semasa saya jadi jaga koperasi saya dalam tingkatan 2. umur saya 14 tahun. Agaknya masa tu saya comel....ekekekeke (perasan)
semasa tingkatan 2, saya bersekolah sesi petang, pada sesi pagi bebudak tingkatan 4, 5, 6 bawah dan atas.
Sewaktu saya menjadi jaga, saya menjual pelbagai alatan sekolah, gula2, makanan ringan dan sebagainya.
suatu hari sewaktu berdiri di kaunter, seorang kawan cakap kat saya ada abg dari tingkatan 5 kirim salam. Saya diam saja, sebab saya datang ke sekolah untuk belajar bukannya nak berkenalan dan menggatal (kononnya pada masa tu).
suatu hari sewaktu saya menaiki bas untuk pulang ke kampung (sekolah asrama), saya duduk bersendirian. tiba2 ada seorang jejaka berkulit hitam datang duduk disebelah saya.
dia tanya jam pukui brapa, saya diam saja sebab saya tau dia nak mengorat saya. lepas itu dia tanya nama saya siapa. saya diam juga kerana saya jual mahal. dia paksa saya bagi tau nama saya, katanya kalau tak bagitau dia akan menjerit dalam bas itu.
saya terpaksa bagitau nama saya. selepas itu, dia terus turun dari bas.
esoknya sewaktu saya bertugas menjadi jaga, org hitam itu datang ke koperasi pula. rupa2nya dia pelajar tingkatan lima. dia ponteng kelas kerana nak mengayat saya di koperasi.
saya rasa menyampah dan terganggu. saya panggil cikgu K, dan menjerit:
" Cikgu! Tolong ada orang hitam kacau!"
Cikgu K berlari datang kepada saya, mungkin cikgu K ingat ada org minyak datang nak ganggu jaga koperasi.
Abang Hitam pun lari tunggang langang dan jatuh sekali atas lantai simen. dia berlari dengan pantas ke kelasnya balik.
Petang itu, Abg Hitam panggil nama saya dari luar pagar asrama puteri, saya rasa nak baling dia ngan nasik basi.
Esoknya pulak, dia ganggu saya waktu perhimpunan dengan muka tak malu. Hari2 dia kacau saya.
Akhirnya selepas SPM, saya dengan dia telah keje sojar.
116982 |
Dipos oleh sofeanny at 15:55
|
Nak kata apa2? [2]
Jaga Koperasi
Semasa saya berada dalam tingkatan dua, saya bertugas menjaga koperasi.
saya bertugas dengan kawan baik saya W, W ni minat kat mat Terap, tapi dia tak kawin ngan mat Terap pun, dia minat mat terap sebab arwah ayah dia dulu bekerja sebagai mat terap.
pada suatu hari, cikgu koperasi sekolah iaitu cikgu K, telah datang ke sekolah dengan berbaju panas/sejuk (sweater). itulah pertama kali si W melihat cigu memakai sweater baru berjenama terkenal la sikit.
W nak bodek cikgu K, dia kata:
"Waaaa...hari ni cikgu pakai baju Cikah"
saya yang berada di samping W, tergelak besar mendengar kata2 dr mulut W. tu la, nak bodek tapi kurang pengetahuan.
W terpingga pingga melihat saya ketawakan dia.
sepatutnya dia sebut baju 'CHEETAH", bukannya cikah.
kesian W, cikgu K tak senyum pun kat dia. Agaknya marah ader ler.
*Mat Terap: askar/tentera/soldadu/sojar *Cikah: binatang dari species monyet/kera/ungka/kongkang/mawas/orang utan, bigfoot/yeti
116956 |
Dipos oleh sofeanny at 10:50
|
Nak kata apa2? [0]

116951 |
Dipos oleh sofeanny at 10:39
|
Nak kata apa2? [0]
terjun

116945 |
Dipos oleh sofeanny at 9:56
|
Nak kata apa2? [0]
lubuk ikan

116939 |
Dipos oleh sofeanny at 9:27
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, August 13, 2004
Sukan
Masa sekolah rendah dulu, saya sukan bersukan, bukannya sekrang tak suka tapi peluang kurang.
Saya paling suka masuk acara 100m, sebab sekejap jer lari dah bole dapat hadiah.
Masa saya darjah tiga, saya masuk acara peberet saya ni, saya pun berlari dengan penuh semangat, saya rasa saya dapat no. 3, tapi pengadil kata saya tak dapat, org lain yg dapat. saya marah pengadil, saya tanya dia kenapa saya tak dapat, dia kata org yang dapat tu dia melompat ke depan bila nak sampai ke garisan penamat, jadi dia lah yg sampai dulu, saya kalah.
Saya pergi dgn perasaan tak puas hati dan berjanji akan meniru stail org yg memang tu di lain kejohanan.
tahun depannya, saya masuk lagi acara 100m dan saya dapat no 3 (sebab no.1 ngan no.2 budak yg lebih tua drp saya), pas tu saya nampak ada seorang budak lain pulak tak puas hati ngan saya.
tahun itu juga (darjah empat), cikgu saya (merangkap abg angkat-dia yg offer diri) melatih saya untuk masuk acara lompat jauh dengan bersungguh -sungguh. usahanya tidak sesia kerana saya jadi johan. saya dapat hadiah besar. tapi tak sempat tangkap gambar.
saya juga masuk acara lompat tinggi, kalah. Acara 200m lari, no. satu dan acara 4X100m, no. 2. Diakhir kejohanan tersebut saya pulang dengan membawa banyak hadiah sehingga tak cukup tangan dan tak lupa juga dengan hidung yang kembang penuh kebanggaan.
tahun depannya (darjah 5), saya sekali lagi mengulang kejayaan darjah empat dengan penuh belagak.
darjah enam pulak, saya masuk juga acara, tapi banyak kalah, sebab dah semakin berat. cikgu pulak paksa saya masuk acara 200m peringkat daerah, saya tak mau, tapi cikgu paksa jugak berdasarkan rekod lama, kengkununnya saya lah yg paling layak.
Tiba hari kejohanan saya masih berdebar-debar, bila saya mula berlari, saya nampak macam best, tapi akhirnya saya dapat tempat terakhir...ekekeke...selepas tu cikgu tak panggil lagi saya mewakili sekolah....
saya juga pemain netball sekolah, tapi biasa2 jer. bila main ngan sekolah lain, kami kalah. jaguh kampung saja.
saya melanjutkan kesukanan saya sehingga sekolah menengah sampai ting. 1 sahaja, lepas tu saya malas.
masa kat U saya main semua sukan untuk mewakili pusat pengajian, berlawan ngan pusat pengajian yg lain. menang acara Bola Tampar sahaja.
masa belajar kali kedua, saya masuk acara lari 4X100m melawan makcik2, geng saya menang pingat perak.
Bila keje, saya main netball ngan kawan seopis, lawan ngan budak IPT, kami menang (sebab masa tu ada antara bebudak tu yg puasa lagipun diorang segan ngan makcik2 ni). kawan2 menobatkan saya sebagai pemenang anugerah "tangan emas" sebab saya penjaring terbanyak.
Selepas berlagak dengan kejayaan itu, kami dijemput melawan makcik2 lain dari ops lain pulak. kami kalah teruk. saya lansung tak jaringkan gol. saya dapat anugerah "tangan tak berbendung" pulak.
itulah nasib ahli sukan di Malaysia ini. bila menang di puja di puji. bila kalah disalahkannya pulak emak kita-sebab tak bedung kita.
116858 |
Dipos oleh sofeanny at 14:31
|
Nak kata apa2? [0]
Puting Susu

    
116840 |
Dipos oleh sofeanny at 12:27
|
Nak kata apa2? [2]
Berjaga sepanjang malam
Malam tadi saya lansung tak leh tido. Memula baring2 kat sofa, on mode sleep kat Tv, tunggu punya tunggu sampai Tv padam mata tak mau jugak pejam.
Naik ke tingkat atas, masuk bilik tidur, baca majalah lama, dah habis baca tutup lampu, tak mau pejam jugak.
Bukak lampu, pegi ke bilik sebelah, iron baju kerja untuk esok, habis. tutup lampu, tak mau tido jugak.
pakai selimut. peluk bantal, tak mau tido jugak.
turun balik ke tingkat bawah. Kutip sampah dalam rumah, kumpulkan. besok hantar kat tong sampah kat luar pagar. besok hari kutipan sampah. nak hantar sampah tengah2 malam keluar rumah, ok ajer, tapi takut kut2 ader org tunggu kat luar pulak. tak jadi, kumpul dalam rumah saja.
On TV, ada ulangan rancangan Melodi, on mode sleep sekali lagi. Tv padam sekali lagi, tak tido jugak. Terpaksa tengok pulak rancangan Muzik2 19 (tak suka rancangan ni). habis rancangan tu, ada Explorace pulak (tak suka jugak), terpaksa tengok lagi....sampai la habis.
Off Tv. pasang pulang Vcd lagu2, busan, boring semua ada, tunggu ajer lah sampai ke pagi. pegi keje
Sarapan sup tulang. Sakit perut.
116800 |
Dipos oleh sofeanny at 9:33
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 12, 2004
Biskut oh Cream Cracker
ada sorang kawan seopis, di suruh saya tulih dia baik dan hensem, kalau hensem tentulah lelaki...
sebelum dia keje kat opis ni, dia penah keje di sebuah kilang biskut kat Batu Pahat, Johor. katanya kilang tu depan umah kakak dia.
dia slalu ceritakan pengalaman kejenya kepada kaum wanita yg suka makan biskut terutamanya kepada kawan saya yg tengah mengandung tu....
dia bertugas di bahagian menguli adunan, katanya sewaktu menguli tu (menggunakan mesin), peluhnya merecik recik laksana air terjun masuk ke dalam mesin penguli. keadaan dalam bilik menguli tu sangat panas dan katanya lagi dia kene keje 12 jam sehari.
lagi satu ceritanya, ragi yang digunakan untuk membuat biskut tersebut di letakkan dalam besen yang kecik sahaja. kenkadang bila ragi tu naik/mengembang ia akan melimpah ruah ke lantai. lalu kawan saya yang dedikasi ini punyi meraupnya kembali dan terus dimasukkan ke dalam mesin penguli.
kawan saya itu tidak makan biskut lagi semenjak dari itu. dengan itu dia menasihat saya dan rakan2 yg lain supaya jgn makan biskut terutamanya biskut keluaran mantan majikannya dulu walaupun biskut itu amat terkenal seantero dunia.
tapi saya masih makan biskut keluaran syrikat lain sebab kat opis ni tak de nasik.
116707 |
Dipos oleh sofeanny at 16:52
|
Nak kata apa2? [2]
Jumpa boss
kali ke lapan belas saya pegi ke bilik boss barulah saya dapat menemuinya. Boss tunggu saya yea.
Boss punya la baik kali ni. tokozut den! Dia tanya ada amik cuti sakit ke sebelum ni? Rasa cam ader jer, saya pun kata ada kut, satu hari. Kalau tak salah saya, masa tu saya terpaksa 'demam' sebab hari tu ada audit. ekekekkeeke....kalau time audit jer, saya mesti tetiba jer rasa demam...
ramai rakan sekerja yang tau pasal "demam' saya ni, demam audit, saya tak de demam Akademik Fantasia. diorang jeles jugak, tapi diorang takut nak buat cam saya.
Sekarang ni bile time audit jer, saya tak amik cuti dah, sebab sekarang ni saya yang uruskan apa2 bila time audit, jadi saya tak kene audit dah....
116703 |
Dipos oleh sofeanny at 15:35
|
Nak kata apa2? [2]
Boss carik...?
Pepagi buta lagi saya dah mencarik boss, boss tak de pegi makan. Saya pun ikut teladan pegi makan jugak. balik makan saya carik boss, boss tak de lagi, pegi mana tah...kerani dia pun tak de sekali.
saya balik bilik, ada pulak org pesan kata boss mencari sampai ke bilik, agaknya 2-3 hari la kisah carik mencarik ni berterusan.
Boss ni org lama dah nak sampai umur pencen pun, saya tak brapa suka sangat cara kerja dia berbanding ngan boss opis lama dulu. Boss ni cerewet. Buat kerja mudah jadi susah. saya teringin nak komplen terang terangan ngan dia, tapi rasa cam tak sampai tahap jer lagipun kesian kat dia, kasi can la kan, bukannya lama lagipun dia nak berkhidmad.
aii, mengata org lagi, sekarang saya tengah tersengih menanggung sakit gigi, gigi yang bungsu, wisdom teeth, memang pun kau bawa derita padaku.
kalau kat rumah boleh la jugak taruh ubat gigi kat lubangnya atau kemam asap gudang garam. kat opis ni mana la ada ubat gigi, esok saya berjanji untuk membawa ubat gigi ke opis.
Gigi saya stat rosak masa saya belajar kat U dulu. punya la sakit. Slalunya bila sakit gigi, saya pegi ke toilet. nak tau saya buat apa, saya masuk toilet dan menangis kuat2 kat dalam toilet. kalau menangis kat bilik nanti, ramai pulak org tanya, menangis sebab putus cinta ker, boipren mati ke? kalau saya jawab nanti semakin sakit gigi. jadi baik la saya ke tolilet boleh meraung sesuka hati, kalau ada org dengar pun, dia tak leh nampak muka saya, paling kuat pun mesti dia ingat hantu.
selalunya selepas penat menangis, mesti rasa penat/mengantuk, dengan itu bole la tido dengan nyaman. Bila bangun sakit gigi pun hilang.
seumur hidup saya, saya tak pernah cabut gigi kat Doktor gigi, tampal pun tak pernah. saya cuma pernah jumpa doktor gigi untuk cuci gigi dari karangan laut.....karang gigi.
sehabis jer saya menaip perkataan karang gigi, sakit gigi saya pun semakin reda, hari ni saya telah mendapat penemuan baru, ubat sakit gigi, iaitu "Menaip Weblog"
pukui 2.30 ni saya nak pegi carik boss.
116692 |
Dipos oleh sofeanny at 13:34
|
Nak kata apa2? [2]
Dik Cerdas
Saya memang meminati siri komik Dik Cerdas ni semenjak saya belajar kat U lagi, pagi tadi adiema ada paste gambar hero Dik Cerdas kat dia punya homepage, dengan itu mendorong saya untuk menaip peristiwa bagaimana saya terbeli komik Dik Cerdas atau Crayon Shin Chan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia masa kini.
Masa blajar dulu saya lebih rajin baca buku tak pelajaran. Suatu hari sedang saya meronda ronda kat satu kedai India yang jual majalah, saya terpandang satu komik yang ada gambar kartun dan berwarna warni. Saya pun membeli komik tersebut sebab saya tengokcam menarik jer.
sebelum tu saya pembeli setia komik Doraemon, Slam Dunk dan Professor..........., takl ingat la, yg dia ada bela robot pompuan kecik tu. setelah berjumpa dengan Shin Chan saya telah mengalihkan pembelian saya sebab saya rasa komik dia lagi menarik.
Saya mula membeli komik tu sejak harganya dalam RM 3 lebih sekarang dah jadik RM4.80. makin lama makin mahal dan semakin ramai peminatnya.
Selepas saya membeli komik tu, semakin ramai pelajar kat tempat saya berminat ngan Shin Chan sebab diorang pinjam komik tu dr saya. Lama2 diorang pegi beli sendiri dan saya pulak yg pinjam kat diorang.
sekarang ni, jarang2 dah saya beli komik ni sebab saya sekarang lebih menumpukan dalam bidang majalah masakan, lagipun kalau nak tengok shin Chan boleh tengok kat TV. tapi pada saya cerita kat TV tak best sangat berbanding baca komik dia.
Namun begitu, komik2 Dik Cerdas dalam simpanan saya masih banyak dan ada kawan seopis yang meminjamnya dan masih belum memulangkannya.
Kalau terbaca tu, sila2 la pulangkan...

116670 |
Dipos oleh sofeanny at 10:44
|
Nak kata apa2? [0]
kena curi
pepagi buta tadi, tetiba jer driver berjumpa ngan saya dan bagitau kat saya kereta dah hilang. tapi yang peliknya dia nampak cool ajer. rasa nak bagi penampo ajer.(tak buat pun)
Saya pun malas nak tunjuk muka marah ke, susah hati ker pasal itu bukan kereta saya pun. driver ni pun mmg terkenal ngan sifat cuainya. Saya cuma bengang sebab nanti saya kene berjalan kaki pegi kerje.
saya pun tanya driver cemana kejadian tu boleh berlaku. katanya selepas balik dari bertugas, dia pegi beli rokok ngan kawannya kat satu kedai ni, bila dah beli tengok2 dah tak de. aisehmen senang btui yer, driver ni mmg malas nak kunci kereta, sebab kereta tu kereta impot dan mmg tak de kunci automatik yang lain automatik la pulak.
Lepas dia habis cerita, saya pun tanya la dia, cemana saya nak pegi keje ari ni. dia kata naik kereta la. Pas tu dia tanya lagi, tak de call dia ker malam tadi? saya kata: apa hal lak saya nak call dia malam2 buta. Macam la boleh menghalang kereta daripada kene curik.
Saya tanya lagi pada driver, hari ni saya pegi kerja naik kerete siapa? pas tu driver jawab: kereta yang biasa la. pas tu saya kata: kan ker keretA dah hilang. pas tu dia kata saya pekak. dia kata tepon dia yg hilang bukannya kereta.
PATUTLA RELEK AJER.CHESS!
driver kata lagi yang saya jadi pekak sebab saya selalu mengata dia pekak. Memang pun saya selalu kata dia pekak, sebab selalu tak dengar apa yang saya cakap dan suruh saya cakap 2-3 kali. agaknya suara saya ni lembut sangat....kekekekeekekek (perasan lagi skali)
116660 |
Dipos oleh sofeanny at 10:19
|
Nak kata apa2? [1]
Wednesday, August 11, 2004
KEK COKLAT
ada sorang kawan seopis ni, mengidam ker apa tah, asik suruh saya buat kek coklat jer. saya malas nak buat, tak de mood, saya kalau nak buat kek kena ada mood.
cara saya nak buat kek pun luar biasa skit, saya tak pakai sukat2 ni, saya cuma tengok tekstur bancuhan tu dan main agak-agak je sukatan bahan2nya berdasarkan warna, bau, kelikatan dan deria keenam (mula la nak merepek tu!).
selalunya teknik saya tu berjaya. tu yang ada permintaan tu (berlagak skit)
pernah ada org tengok cara saya buat kek, dia jadi kagum, balik rumah dia pun nak cuba, last2 tak menjadi. pas tu dia salahkan saya la pulak. kalau dah tak terror tu, tak terror jugak....ekekekeke
kemahiran saya yang paling tinggi ialah dalam membuat kek coklat (berlagak lagi). bahan2 yang saya gunakan cuma tepung, serbuk koko (kalau tak de saya guna jer Ovaltine-sebab murah), telur, air (utk kek lembab),gula biasa, mentega (kalau tak de saya guna minyak masak jer) dan kenkadang saya masukkan yougurt sekali.
Baru jer tadi, ada sorang kakak ni tanya kat saya, u masak ker kat rumah, saya cakap tentulah. pada saya masak untuk makan bukannya satu kewajipan tapi suatu hobi. kakak ni cakap lagi, kan ker keje takkan nak masak jugak (kakak ni mesti maleh nak masak kat umah). kalau dah kita anggap sesuatu tu bukan sebagai beban tentulah senang jer kita nak buat kan.
sebenarnya saya bukan la rajin sangat masak, saya masak bila saya ada mood ajer, sajer jer kekadang saya nak belagak skit ngan akak tu...ekekekekke, bagi dia kagum skit.
terasa lapar pulak perut saya bila bercakap pasal masak2 ni. Petang ni saya nak masak nasik jer la.
116575 |
Dipos oleh sofeanny at 17:01
|
Nak kata apa2? [2]
Hujan lebat
uii...sejuknya dalam opis ni, ermmm.....ujan lebat la pulak. malam tadi punya la panas. ingatkan musim kemarau hampir menjelang tapi hujan masih turun lagi....
ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari....
dulu susah sangat saya nak paham apa maksud peribahasa di atas, masa bebudak dulu la.
sebenarnya dari kecik lagi saya telah didedahkan dengan macam peribahasa yang susah betui nak di pahamkan oleh otak bebudak. ini semuanya kerana jasa baik mak saya.
Kalau saya buat peraduan SMS dikalangan adik beradik saya, mesti mak saya dapat undian penuh jika dikatakan dia kuat bersyarah (berleter).
Mak saya akan berleter menggunakan bahasa Melayu tahap tinggi, penuh dengan kiasan dan peribahasa, walaupun org yg disyarahnya itu masih di peringkat mumaiyiz (betui ke ejaan ni).
Kebanyakan adik beradik saya memang score dalam mana2 peperiksaan Bahasa Melayu samada diperingkat SRP, PMR, SPm dan lenlain. Ini semua dari hasil penat lelah emak saya berleter selama ini.
Tetapi, penggunaan bahasa melayu tahap tinggi dalam bidang perleteran mak saya ni juga dapat memberikan kesan buruk terutamanya mudah menimbulkan kebosanan kepada org yang di leter terutamanya saya. kenkadang saya dah boleh agak apa ayat2 yg akan keluar dari mulutnya.
Peribahasa/kiasan yang sering sekali mak saya gunakan adalah " Beraja di Mata, bersultan di hati". sampai sekarang saya ingat.
semenjak dua menjak ni mak saya dah kurang berleter seiring dengan pertambahan usianya. Mak saya dah beralih ke bidang menonton TV. semua cerita tak kira telenovela, drama Keluarga, Tragis daripada Filipina, Korea, Jepun,Venezuela atau darimana saja semuanya mak saya tahu. terima kasih kepada syarikat swasta mahupun kerajaan yang menyangkan semua program ini.
116561 |
Dipos oleh sofeanny at 14:55
|
Nak kata apa2? [2]
Binatang
suatu hari saya naik bas pulang dari kerja dengan beberapa orang budak sekolah yang berbaju Tee.
saya duduk belakang diorang, saya nampak ada gambar memacam jenis binatang kat belakang baju diorang. barisan kat atas sekali ada gambar katak puru, monyet, singa dan beruang.
setiap gambar tu mewakili kalau tak silap saya guru2 yang pernah mengajar mereka, antaranya yang saya ingat bertulis: Mrs. Mala -Katak Puru, Mr. Lim- Canadian Grizzly dan lain2 lagi.
Sungguh sopan anak murid zaman sekarang ni yer, kalau la cikgu tu ternampak, bagaimana la agaknya perasaan mereka ya, disamakan dengan binatang-binatang.
kalau melihat sekali imbas drp gambar2 tersebut tentu kita dapat mengagak bagaimana rupa/perwatakan guru tersebut: Mrs Mala tentulah orgnya banyak jerawat/bekas jerawat manakala Mr. Lim pulak tentulah agaknya berbadan besar dan sebagainya.
kalau saya la digambarkan sebegitu sekali, tentulah saya rasa sedih, mau menangis agaknya.
agak2 nya faham ker apa yg saya taip ni??? ekekekekke
116560 |
Dipos oleh sofeanny at 14:33
|
Nak kata apa2? [2]
lewat sket..
ari ni lewat skit mengadap ke bawah duli skrin yang dirindui....biasalah hari ni hari terakhir program tunjukcara, lepas habis, gi makan jap, nasi daging merah, pedas sangat, kembung perut ngan air...
hari ni driver mula bertugas balik setelah bercuti selama 2 hari, org yang dijangka meninggal hidup balik (tersedar dari tidur yang panjang). belum sampai ajal, hari yg pertama setelah dijangka meninggal, jenazah di hatar ke hospital, bila sampai kat hospital dia tersedar balik, pas tu dikatakan meninggal, pas tu sedar balik. proses berjalan 3 kali.
Pada malam kejadian, menurut laporan driver, dia telah pegi ke kedai dan membeli kain kapan, saya pesan kat driver, jgn sampai pesakit nampak pulak, nanti dia sedih, macam tak sabar2 nak tunggu dia meninggal. driver kata mulutnya dah berbuih, tapi usianya masih panjang, sampai hari ni dia masih bernafas. jadi kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab semua saudara mara si sakit pun dah pulang ke rumah masing2, termasuk la driver.
sebelum ni, saya pernah juga mendengar cerita daripada kawan, neneknya bertahun-tahun terlantar, tapi masih bernafas. sanak saudara macam mengharapkan sangat yang dia meninggal cepat.
salah seorang rakan sekerja pulak, hari2 bercerita tentang susah payahnya menghabiskan masa dan wang bagi menjaga bapanya yang sakit terlantar. hari2 dia bercerita sampai muak mendengarnya. kenkadang saya terfikir, dia tu nanti tak akan tua dan meninggal dunia kah? tak teringat ker, macam mana pulak nasib dia di kemudian hari.
Moga2 nanti bila sampai di penghujung usia, janganlah saya sampai menyusahkan saudara mara.
116548 |
Dipos oleh sofeanny at 12:24
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, August 10, 2004
Tosai...tosey
mas budak2 dlu, saya tak suka makan tosey sebab rasanya masam, tapi bila dah tua ni saya suka la pulak makan tosey, tapi yang garing dan tak brapa masam la. lagi saya suka kalau cicah ngan sambal kelapa, kawan saya yang India kata namanya Chutney...kalau salah sori la ekk..
saya siap tanya dan belajar cemana nak buat kuah kelapa tu, enmmm sedap....
berkata tentang tosei ni jugak saya teringat tentang cikgu saya masa saya tingkatan empat.cikgu lelaki. agak hensem dan dia memang perasan dia hensem, bujang pulak tu. ramai btui student pompuan tingkatan lima yang tergila gila kan dia. siap bagi hadiah lagi. kiranya dia tu cikgu pujaan la. cikgu ni ajar BM.
cikgu ni pulak baik ngan kawan karib saya, agaknya sebab kawan saya ni cantik la kut. Jadi di dalam kelas, cikgu ni selalu la nak bersembang ngan kawan saya ni. dengan itu, dia terpaksa jugak bersembang ngan saya sebab saya duduk sebelah kawan saya, kalau idak nanti nampak suspicious pulak dikalangan pelajar lain.
Cikgu ni selalu mengata saya, macam2. pernah dia kata nama saya ni bunyinya macam tosei (sofei-tosei). saya pulak mengata dia namanya macam pizza.
suatu hari, cikgu ni buat ayat contoh, katanya:
" Hari ini Sofeanny pergi ke kelas dengan tidak mandi pagi"
Pelajar yang lain ketawakan saya. Saya diam ajer. Selalunya saya akan jawab balik apa yang cikgu tu cakap. Saya diam sebab memang pun hari tu, pertama kali dalam hidup saya tak mandi pagi bila pegi ke kelas. Saya tak pernah bocorkan rahsia saya itu, walaupun pada kawan karib saya. Saya juga bertanya pada kawan saya tu adakah saya kelihatanya seperti tak mandi pagi, kawan saya jawab tak de le, wangi lagi.
Tapi cikgu itu memang hebat, dia boleh tau saya tak mandi pagi......saya tabik spring kat cikgu....
116408 |
Dipos oleh sofeanny at 11:42
|
Nak kata apa2? [2]
Temuduga
minggu depan saya nak kene pegi temuduga tapi hari ni saya pulak yang kene temuduga orang. apa soalan yang nak di tanya yer? rasanya soalan2 biasa cam tahun lepas jugak la, malas nak mencipta2 soalan2 yang baru, lagipun belum tentu diorang leh dapat jawab. saya ni malas nak menyusahkan hidup diorang.
minggu ni hidup ni rasanya sungguh memboringkan. busan. rasa tanak pegi keje jer. tapi keje banyak la pulak tak siap. keje2 ni sebenarnya kejap jer bole siap kalau ader mood. kalau tak der mood, setahun pun susah nak siap.
semalam, habis satu bilik berselerak, sebabnya saya mencari degree bertulis Inggeris yang hilang, penat oooo, sampai hari ni tak jumpa. satu lagi yang hilang ialah surat pengikhtirafan, penat saya mencarinya kat opis ni, tak jumpa2 jugak. balik rumah, carik punya carik, rupa2nya ada kat dalam fail koleksi lukisan saya. tak tau la kenapa saya letak kat tempat yang sepatutnya.
masa muda2 dlu, kalau ada menda hilang cepat jer saya naik darah, siapa2 yang berhampiran akan kena la, tapi sejak dah tua ni cool skit. maklum lah berlajar dari pengalaman.
116403 |
Dipos oleh sofeanny at 10:34
|
Nak kata apa2? [0]
hari ni saya telah berjaya melengkapkan peta dunia...tahniah kepada diri sendiri
116401 |
Dipos oleh sofeanny at 10:25
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, August 9, 2004
Susun Atur
sabtu lalu, saya habiskan cuti dengan menyusun atur semula perabot2 dalam rumah tapi kat tingkat bawah jer la. tingkat atas lain bulan atau lain taun jer la....
Karpet dari bilik tidur saya bawak turun kebawah sebab masih baru dan cantik, manakala karpet ruang tamu di bawa ke atas sebab dah kepam....ekekeke...air tumpah la.....kenkadang nasik pun pernah tumpah sebab suka sangat makan depan TV walaupun Tv tak on.
sofa pulak, saya susun dengan aturan yang lain, bentuk segiempat. Sofa 3, sebelah cam nak patah jer sebab ada sekali tu saya melompat atasnya sebab cerdik sangat....kan.
Alamri perhiasan, dialihkan ke tepi dinding dekat ngan tangga. ekekekeke...saya taip cenggini macam la org nak baca sangat. tunjuk gambar baru best kan, tapi tak de camera la pulak, tak per la bulan sembilan ni saya nak mintak hadiah birthday satu digi-camera pun jadik la, bole la saya amik gambar cemacam pas tu lekatkan kat weblog ni. nak scan gambar malas plak rasanya.
lepas saya dah siap dalam umah, saya pegi plak menyapu kat luar rumah. tetiba jer jumpa bangkai tikus, ni mesti kucing org sebelah yg bawak ni. tapi saya tak leh nak marah tuannya, sebabnya;
tiap2 hari tuan rumah ni tolong siramkan pokok2 bunga saya kat depan rumah.....ekekekekeke, tak yah saya susah2.
116333 |
Dipos oleh sofeanny at 16:37
|
Nak kata apa2? [0]
tema Demam
baru jer lepas baca weblog2 org lain selepas penat gi shopping.....semua org citer pasal demam...dasat ni..
116325 |
Dipos oleh sofeanny at 14:46
|
Nak kata apa2? [0]

116296 |
Dipos oleh sofeanny at 11:14
|
Nak kata apa2? [0]
koala
 
116295 |
Dipos oleh sofeanny at 11:11
|
Nak kata apa2? [0]
Cinta Pertama
kenkadang kalau saya bosan, saya baca balik apa yang saya tulih kat weblog ni, saya dapat membuat beberapa kesimpulan tentang diri saya bila membaca catatan2 emosional saya selama ini. tapi saya dapati ada satu pekara yang jarang atau tak pernah saya taip dalam weblog ini iaitu tentang cinta.......
tapi jangan ketawa kan saya pulak kalau baca kisah saya ni....kisah tentang orang pertama yang saya suka, tak sempat bercinta pun....
kisah ni berlaku lepas saya abis SPm, saya ngan kawan saya keje kat satu tempat ni. suatu hari kawan saya eksiden, patah tangan, tinggal lasaya sorang keje kat situ.
Kat tempat kerja saya tu semuanya lelaki kecuali, saya dan sorang lagi kerani sedara mara toke yang berbangsa Cina. kebanyakan pekerja di situ berbangsa India.
suatu hari, saya perhatikan ada sorang pekerja baru (anggapan saya) yang sangat rajin bekerja, malah sangat rajin pula menolong saya menyelesaikan kerja2 saya. saya pun apa lagi, ambil kesempatan releks.
Suatu hari, waktu rehat, tetiba ada sorang orang datang dekat ngan saya sedang saya mengelamun. tetiba saya dengar, satu suara berbahasa Melayu yang sangat fasih, katanya:
" Saya dah lama perhatikan awak, saya suka sangat kat awak, boleh tak kita berkawan"
masa tu saya cuma nampak kaki orangnya saja, bila saya pandang ke arah mukanya, saya dapati seorang jejaka yang tampan sedang berkata -kata kepada saya. Saya ingatkan orang Melayu, rupa2nya berbangsa India, dia berkulit agak cerah seperti orang Melayu.
disebabkan dia hensem, saya pun berkenalan lebih lanjut dengan dia, orangnya baik hati (sebab nak mengorat kut) dan peramah. rupa2nya dia bukannya pekerja disitu, dia cuma kawan dengan toke dan saja datang ke situ untuk mengorat saya...perasan skit la kan...
selepas pada tu tiap2 hari dia datang kat tempat kerja saya, tolong saya buat kerja dan bersembang2 ngan saya. Boss saya tak marah sebab dia kawan ngan boss.
Suatu hari saya terpikir nak bertanya ngan mak saya pasal hubungan saya dengan dia, saya cakap ngan mak saya Bf saya orang India. Mak saya ni sporting walaupun garang. Dia kata dia tak kisah kalau saya nak bercinta sebab saya dah besar tapi dia kata lagi jangan lah bercinta ngan org India, nanti dia kata dia malu. dia kata lagi...org Melayu kan ramai.
selepas itu, saya menjauhkan diri daripada lelaki tersebut, bukannya kerana saya malu berkawan ngan lelaki India atau lain2 sebab tapi hanya kerana saya tanak jadi anak derhaka.....saya ni baik, suka ikut cakap mak.....ekekekekke
begitulah berakhirnya cinta pertama malah merupakan cinta pandang pertama saya............tapi saya pun dah lupa rupa dia cemana.....
116291 |
Dipos oleh sofeanny at 10:50
|
Nak kata apa2? [2]
Jalan kaki lagi.....
hari ni pegi keje jalan kaki lagi......
driver yang sepatutnya bertugas pagi tadi, tak dapat bertugas. semuanya kerana ada saudara rapatnya yang meninggal dunia kat Negeri Sembilan.
Driver bertolak malam tadi dalam pukul 12.00 malam, tapi pukul 6.00 pagi saya telepon dia tak sampai lagi kat Seremban. Bukannya jauh sangat, tapi driver ni suka sangat tido waktu memandu, dia tidor kat kawasan Rehat dan rawat. katanya, nasib baik saya tepon, kalau tidak dia tak bangun2 lagi. kalau macam tu baik tak payah bertolak awal, tido jer kat rumah lagi baik.
kalau bertolak pagi tadi lagi baik, sempat la hantar saya pegi kerja.
jadi hari ni saya bangun awal skit, sebab kene jalan kaki, dah tu ader appointment lak kui lapan, kalau idak malas saya nak gi keje.

116286 |
Dipos oleh sofeanny at 10:16
|
Nak kata apa2? [0]
air Tebu
semalam, masa balik dr opis saya singgah kat satu penjual air tebu berbangsa Cina. masa tu tekak dahaga betui, saya masuk kat AYamas, mahainya dia jual air, saya pun pegi kat Cina pompuan tu, beli air tebu mahal jugak daripada hari biasa.
Nyonya ni sempat la merungut rungut pasal harga tebu yang melambung tinggi, agaknya sebab kemarau kut, cakapnya tak brapa saya paham sebab bercampur baur dengan bahasa apatah....tapi yang paling bestnya dia panggil saya "aci".
baru jer semalam saya cerita pasal org silap ingat saya ni Cina, terus org lain pulak panggil saya aci. ekekekkee...agaknya semakin tua saya semakin nampak seperti aci pulak.....nasib baik tak panggil saya engkol. kalau idak boleh la saya buat catatan emosional pasal aci-engkol pulak.
tapi tak de pulak org nak panggil saya makcik yer, kesian saya, saya ni tak de rupa org Melayu ker?
116261 |
Dipos oleh sofeanny at 7:34
|
Nak kata apa2? [1]
Sunday, August 8, 2004
AIR TERJUN PALING CANTIK
ni la air terjun paling cantik saya pernah pi:
Bukit Hijau


116214 |
Dipos oleh sofeanny at 12:02
|
Nak kata apa2? [0]
Ahad
hari ni sesaja gi opis, menyiapkan keje yang tak siap. hari kerja sibuk menulis weblog, keje pun tak brapa siap.
kerja sensorang ni lagi best sebenarnya. kalau waktu org lain ramai, susah nak buat kerja ader jer gangguan, nak CD la, nak itu la, nak ini la, nak mengumpat la....macam2.
walaupun sibuk surf internet, menaip weblog, keje saya tetap siap sebab saya rajin datang hujung minggu. Puji diri sendiri sket. mana tau kut2 ada syarikat besar yang boleh bagi gaji besar2 nak amik jadik pekerja.
saya teringat first time saya mintak kerja kilang kat Johor. penemuduganya pompuan berbangsa China yang fasih berbahasa Melayu.
Soalan pertama yang dia tanya saya ialah;
"You ada campur Cina ke?"
Tentulah saya jawab tak de. malas nak panjang cerita. Pompuan tu pun rabun agaknya, saya ni hitam bukannya putih mulus. pas tu dia cakap lagi;
"Mesti yuo ada campur Cina punya, you tak mau cerita ya"
saya diam ajer, sebab datang nak mintak keje bukannya nak carik sedara. lepas tu senang2 jer saya dapat keje, pas tu dapat pulak departmen yang saya mintak. agaknya dia ingat saya ni sedara dia.
tapi pekara cam tu dah biasa terjadi masa saya muda2 dulu, saya ikut mak saya gi kedai jual beg sekolah. ada sorang India ni dengan anak dia, agaknya nak beli beg sekolah jugak. India ni dengan tak segan silu datang kat saya dan tanya saya berapa harga beg sekolah yang dipegangnya. saya diam jer dan tunjuk ke arah tokeh kedai. malas nak cakap banyak sebab dah selalu sangat.
satu lagi kejadian, masa lepas SPM saya keje kat satu restoran ni (saya penah citer dalam blog ni: tentang saya bergaduh ngan tokenya), ada la dua tiga orang lelaki Melayu, pakai smart jer macam org korperat.....ada sorang tu nak buat order, dia cakap ngan saya cenggini:
"bagi saya aaa satu Lemon Juice besar punya, lagi aaa, kasi saya....bla...bla..."
dia cakap ngan saya macam saya ni bukan org Melayu. Kawan dia yang pernah datang ke restoran sebelum tu dan kenal ngan saya bisik kat dia (supaya dia tak malu), "Dia Melayu la", pas tu org tu diam jer, malu agaknya...
Orang kat Malaysia ni muka pun dah hampir sama agaknya. Walaupun hitam, asal mata sepet skit jer diorang ingat Cina, mana2 anak campuran India ngan Cina pulak diorang ingat Melayu.
Jadi dengan itu marilah kita cakap bahasa Melayu saja agar semua org boleh jadi bangsa Malaysia.
Merepek skit sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan.
116206 |
Dipos oleh sofeanny at 10:09
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, August 6, 2004
garangnya!
Masa kecik2 dulu, saya paling suka main lumba lari ngan sepupu sepapat saya. tapi kalau dah hari2 main lumba lari...kaki pun naik haus.
suatu hari, sepupu saya (lelaki), ajak saya pegi ke anak sungai dan menangkap anak ikan. saya tak biasa buat cenggitu kerana mak saya marah main tepi parit ke, sungai ker dan lenlain yang sewaktu dengannya.
Kami pun pegi ke anak sungai tersebut dengan membawa kain sapa tah. sampai di sungai kami pun memegang kedua belah hujung kain tersebut dan menyauk kain tersebut ke arah tebing anak sungai yang berumput.
setelah itu, kain diangkat ke atas, air mengalir turun dan apa binatang yang besar saiznya daripada molekul air akan tertinggal atas kain tersebut.
Saukkan kali pertama saya itu berjaya memerangkap seekor ikan yang sangat cantik pada mata saya. Saya tak pernah tengok ikan macam tu, makan lagi la tak pernah. saya bawak balik ikan tu dan tanya ngan abah saya, apa namanya. abah saya cakap nama ikan tu ikan belida. itu la kali pertama saya tengok ikan belida.
selepas kali pertama menkjalankan aktiviti menangkap ikan ini, saya jadi ketagih. setiap kali sepupu saya ajak saya pegi, saya mesti ikut punya.
suatu hari yang lain, dalam panas terik, kami pergi ke sebuah sungai yang agak lebar. saya dan sepupu saya pun memulakan aktiviti tersebut.
pada hari itu tangkapan kami sangat lumayan. kami dapat udang yang agak besar saiznya dan 2-3 jenis anak ikan yang comel2. balang kaca pun telah saya sediakan dari rumah. hasil tangkapan tersebut kami masukkan dalam balang kaca tersebut.
bila memandang ke arah balang kaca itu saya merasa sungguh bangga dengan tangkapan saya yang paling hebat dalam kerjaya saya sebagai penyauk ika dengan kain.
sedang saya enak membelai angan2, tetiba satu suara yang saya sangat kenali memanggil nama saya. dari tebing sungai saya nampak mak saya datang ke arah penangkap ikan amatur (saya la tu). di tangan terdapat rotan yang selalu digunakannya.
setelah itu, dengan tidak sabar2 lagi saya pun dirotan oleh mak saya dengan sepenuh hatinya, malang sekali, mak saya turut membaling balang kaca berisi hasil tangkapan saya pada hari itu ke atas rumput di tebing sungai.
selepas itu saya menangis bukan kerana sakit di rotan, tetapi kerana sedih mengenangkan nasib hasil tangkapan saya yang bakal mati sia2 di atas rumput.
kalau mak saya baca weblog ni, saya nak nasihatkan agar dia membaling balang tersebut ke dalam air agar ikan dan udang dapat terus hidup dan saya boleh teruskan aktiviti saya.
mana tau, udang dan ikan itu akan tersauk sekali lagi dan bertemu dengan saya semula.......
116066 |
Dipos oleh sofeanny at 15:06
|
Nak kata apa2? [0]
Paste n Copy
hari ni melawat blog org lain kebanyakan nya guna paste n copy jer. kenapa yer, malas macam saya jugak ker?
hari ni rasa cam tak best jer pegi kerja. tanya ngan kawan pun dia kata dia pun rasa cam tak best. kenapa yer?
Saya rasa tak best kerana, duit dah nak abis sangat, kad kredit pun dah nak abis jugak, hari ni Bz skit, kene bekerja pulak ngan org yang tak best. terjumpa dengan org yg tak best dan semua2 yang tak best.
semalam saya masak daging masak kicap pun tak best, makan skit jer dah rasa menyampah. rasanya kurang. check balik. rupanya terlupa masukan lada hitam. patut la tak sedap.
lagi 2 minggu ada interview la pulak untuk jawatan baru, maleh la....kene bersedia itu ini. gaji nak banyak, tapi berusaha tak nak......
116052 |
Dipos oleh sofeanny at 12:37
|
Nak kata apa2? [4]
Bengang
Tiap2 pagi aku bengang, rasa nak tampar semua orang.
116028 |
Dipos oleh sofeanny at 9:52
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 5, 2004
Terasa Pedas ker tak?
Aiseh.....saya baru jer terlupa nak masuk forum pancing2 ni, dah ader orang mengata saya....ish...ish..
Ada ke patut saya dikatanya menambah pendapatan, saya berani sumpah sembelih ayam buat masak kicap yang saya belum lagi dapat se sen pun dari hasil berblog sejak bulan Januari 2004 ni....ish ....ish...
dibawah ni saya paste kan pengataan dia terhadap saya dalam Malaysian Fishing Net forum :
Sofeanny adalah salah seorang blogger yang menambahkan pendapatannya dengan memperkenalkan websitenya menerusi forum ini. Oleh kerana website Sofeanny (macam diari) kurang mempunyai kelebihan persaingan seperti pornography, online gamez, live webcam dan joke, demi 'hit,' dia terpaksa beralih arah ke website-website lain.
Jangan bimbang, nanti dia masuk balik ler tue, kalau tak pakai nama lain.....
Harap maklum>
p/s; saya tak terasa hati.....sajer jer nak paste....
115981 |
Dipos oleh sofeanny at 16:43
|
Nak kata apa2? [2]
Lenguh memancing
Semalam, balik2 keje jer terus dapat panggilan untuk pegi memancing.
Balik keje jer, siap2 buat apa yg patut, selesai terus menuju ke sebuah kedai alatan pancing. sampai jer di kedai terus disapa mesra oleh toke sebab dia dah kenal sangat muka saya, beli barangan memancing semua kat kedai dia. dia pun tak berkira sangat, selalu kasi diskaun.
saya beli pelampung kecik 2, mata kali dan jugak "racun" untuk ikan ara-ara ("racun" bukan untuk membunuh tapi menarik ikan memakan umpan, baunya memang sedap cam bau biskut, racun ni dalam bentuk serbuk...ala kaki pancing mesti tau punya...kan...kan). barangan yang lain tak yah beli sebab ada stok lagi.
Misi kali ini cuma untuk memancing ikan kecik bagi saya, dan driver pulak pancing ikan ara2 yang besar. Lokasi: kolam berbayar untuk ikan air tawar, dan saya pulak kat kolam kecil (sampingan) kat tepi kolam berbayar.
Sampai jer di kolam, kami pun bergegas ke lokasi yang dijangka banyak ikan. Umpan yang digunakan ialah dedak halus bercampur dengan tepung, jangan lupa air sebagai bahan pengikat dan jugak "racun" sebagai behan yang memberi bau bauan yang dapat mengajak ikan makan dengan lahapnya.
Saya pun mengenakan umpan pada mata kail dan memulakan pancingan saya dalam kolam kecil. 5 minit yang pertama tiada hasil, setelah itu saya pun berpindah tempat, tak sampai seminit saya sudah dapat merasakan tarikan ikan. Malang bagi driver, pancing lansung tak mengena mahupun dihidu ikan.
setelah tangkapan yang pertama, ikan semakin galakmemakan umpan, kenkadang baru jatuh ke air sajer terus disambar ikan. tak sempat nak layan blues. tapi ikan yang saya dapat semuanya dari jenis yang sama iaitu tilapia dan "preet". kebanyakan ikan tilapia bersaiz 300 g ke atas.
lenguh tangan saya asik memasang umpan dan menarik ikan naik ke darat. harus diingatkan saya guna pancing tanpa mesin. penat wooo....driver terkebil2 memandang saya dengan jelesnya kerana pancing lansung tidak didekati ikan.
saya kesian tengok driver, lagipun tangan saya dah lenguh, saya pun bagi pancing kampung saya kepada driver. dia menyambutnya dengan muka yang berseri2.tapi saya bagi driver sekejap sajer. dia merungut rungut kehampaan. setelah penat lagi sekali saya bagi balik pancing kat driver untuk kali kedua.
sedang driver memasang umpan, saya perhatikan pancing driver menunduk ke tanah/air, tandanya tentulah ikan sudah mengena di hujung kail. saya pun menjerit kepada driver agar melihat pancing sebelum lesap dibawa lari oleh ikan.
driver terkejut, dan berlari ke arah kailnya dan nyaris lagi tak tertiarap atas tanah. dia terlalu terkejut dan gembira kerana dah nak abis waktu berbayar barulah ikan nak makan umpan di kailnya.
seekor ikan ara2 yang agak dompok berjaya dinaikkan oleh driver sambil diperhatikan oleh saya. namun begitu, ikan tersebut tidak layak untuk dipertandingkan pada hari itu.
setelah driver berjaya menaiikan ikan tersebut, saya menyambung semula kerjaya pemancingan saya. tanpa saya sedari kotak ikan berjenama "MICHIGAN" (bukan COLEMAN) yang berapa liter tah isipadunya telah penuh dengan ikan2 yang saya dapat. bila saya buka saja penutupnya ikan tersebut membuak-buak keluar (chewah!). hasil tangkapan saya hari itu telah berjaya menaikkan rasa cemburu para pemancing yang lain yang berada di situ pada ketika itu.
akhirnya tibalah masa untuk pulang. ikan2 yang saya dapat saya cuma ambil lima ekor sahaja. yang lain saya sedekakan kat org lain, dengan harapan mereka tidak mencemburui saya lagi pada masa akan datang.......Sekian....
115959 |
Dipos oleh sofeanny at 13:40
|
Nak kata apa2? [0]
Marah
hari Khamis ni, ramai betui org marah2, termasuk lah saya......
Dulu masa saya belajar, ada sorang pensyarah tu, tiap2 hari Jumaat, dia mesti marah2. sebelum tu dia baik2 jer, terutamanya dengan saya, sebab saya ni pelajar bermasaalah. Masalah emosional....ekekekekekke..
Dia pun ada masalah dengan isterinya. Kami tau sebab dia sendiri yang ceritakan pada pelajar sekelas. dia tak tahan tekanan emosi agaknya.
tapi kejadian hari ni, jauh betui dari hari Jumaaat, kenapa yer?
|