org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Friday, October 1, 2004

yee...ha!

habis dah kursus bodo yg menambah kan kerja...kalau tambah gaji ok la jugak....

Malam tadi sepantas kilat menuju ke stesen minyak sblm pukui 12 nak isi minyak, punya la ramai org...siap beratur lagi...amboi2 semua nak amik kesempatan, tapi yg paling best...ekekeke..kad kredit tak leh guna bukan sebab hujan jer tapi sebab talian bank jam...sebahagian besar org kat M'sia ni nak penuhkan tangki kereta, lori, masing2 ngan minyak pakai kad kredit sebanyak yg mungkin...

akhirnya saya dapat jugak mengisi minyak sewaktu stesen minyak dah jadik lengang selepas pukui 12 malam, tak de kereta lansung...tangki minyak yg bole penuh selalunya RM70 cuma diisi RM35 sebab ada minyak lagi...kengkunun nak dapat murah la tu...last2 mahal jugak RM1.42 seliter...(betui ker? tak buat rujukan pun)

Rasanyer lepas ni basikal buruk kat belakang rumah tu kena la di selenggara semula agar bole dipakai buat gi kerja..bukan sahaja tidak mencemarkan alam sekitar malah dapat jugak menjaga agar dompet tidak selalu kosong....

Thursday, September 30, 2004

Malang si sofe

Malam tadi rasa tak sedap ati jer, slalunya kalau rasa tak sedap ati mesti ada benda2 nak jadi ni...hai apa la yer....ish..ish...gaji dah la tak de..org sedap2 nak dapat bonus...awak gaji pun tak de...

Malam tadi saya goreng danging yg saya dah rebus semalam, ingat nak buat sambal....sambil2 tu basuh pinggan mangkuk, tengah saya sibuk membilas pinggan mangkuk..tetiba jer gas abis...ish..ish....ni malapetaka besar bagi seorang chef....nampaknya kene la masak pakai rice cooker ataupun pakai oven.....ish...ish...

akhirnya terpaksa la saya simpan jer daging tu, sudahnya terpaksalah saya tengok2 Tv jer, tengah saya seronok menonton TV tetiba jer letrik terpadam....ish..ish..malang lagi sekali, saya malas nak layan dah...kemalangan saya.....saya layan tido jer ...la

Wednesday, September 29, 2004

letih mengomel

Malam semalam driver bagitau saya dia kene bertugas di Alor Setar, jadi saya kena jalan kaki pegi kerja. saya sungguh marah.

Ini kerana saya sangat penat berulang alik dr opis saya ke tempat kursus diadakan, lagipun tekanan perasaan meningkat tinggi bila di ceramah. saya pun naik hangin satu badan....penat saya membebel sehingga lenguh lidah, gusi dan gigi saya.

pada pagi yg sepatutnya saya berjalan kaki, tiba2 hujan turun dengan lebatnya, aiseh...lagi bertambah la kemarahan saya....saya berharap sangat hujan akan segera reda.

tiba2 saya mendapat panggilan tepon drp driver, katanya dia tak jadi pergi bertugas malam tadi, pagi ini barulah dia pergi ke alor setar, jadi dia pun menghantar saya pegi kerja.

sewaktu di dalam kereta saya cakap dengan driver penat jer saya marah2 semalam...buat menghabiskan air liur dan memenatkan mulut sahaja.

tiba di opis lagi best, tetiba sajer pihak JPJ buat pemeriksaan mengejut...kali ni driver pulak merungut rungut kerana terpaksa mengambil masa yg lama sewaktu menghantar saya pegi kerja.

Tuesday, September 28, 2004

Hari ini saya dikelilingi oleh orang orang tua tetapi saya tidak berada di rumah org tua mahupun mana2 rumah kenangan...

majoriti peserta kursuS yg saya hadiri terdiri daripada para pegawai senior yg telah lama berkhidmat di tempat masing masing.. ketika ditanya kenapa anda dipilih mengikuti kursus ini ramai peserta yg beruban menjawab kerana saya senior di tempat saya....ekeeke...saya pulak jawab...kerana dah tak de org lain (jawab dalam hati jer la).

Kemengantukan saya pada tahap tertinggi terutamanya ketika penceramah mencermah betui2 selepas waktu makan. Kalaulah ada bantal disamping saya ingin saja saya pujuk rayu ia agar menemankan saya tidur dengan nyenyaknya. Peseerta yg duduk disebelah saya pula nampaknya terlalu ‘skema’ sehingga dia sentiasa menulis setiap perkataan yg keluar dr mulut penceramah, dia lansung tak nak melayan saya bersembang.

Penceramahnya pula sering mengajukan soalan kepada peserta2...terutama mana2 nama yg mudah diingati...nama saya la tu, kalau saya pegi mana2 pun mesti org terpikat dengan nama saya dan akan ingat nama saya sampai mati. Kenkadang ini membawa kebaikan tetapi juga selalu membawa keburukan kerana saya sentiasa menjadi sasaran perhatian dan soalan ketika saya penat menguap serta letih mengelamun.

Makan diberi sebanyak tiga kali. Makan pagi dengan kuih muih, tengahari dengan nasik segala dan sedap...serta minum petang belum lagi. Saya hanya mampu melihat jam dan menanti masa untuk makan sahaja. Kerana hanya pada masa itu saya lepas bebas untuk makan atau menalipon sahabat handai buat menghilangkan tekanan perasaan sewaktu di ceramah.
Itulah saja yg sayanak cerita buat menghilangkan kebosanan saya sendiri untuk hari ini. Sememangnya saya tak suka menghadiri kursus apatah lagi mendengar ceramah.

Monday, September 27, 2004

tak nak balik rumah

hari ni saya nak tido kat opis sebab tak dapat gaji, ramai betui rakan2 senasib yg mengeluh, ada yg laki tak dapat gaji lagi la..sebab baru tukau keja, ada laki yg tak dapat payment la...cemacam rungutan yang kedengaran.

belah pihak lelaki pulak, tak ramai yg dah menikah, jadi jaga diri sendiri sendiri sajer lah, yg mana duk rumah bujang...apalagi pau kawan yg dah dapat gaji la.

cam saya pulak, stok makanan memang banyak lagi kat rumah, duit kat tangan ader ler skit sangat, duit dalam kad kredit ada ler sikit jugak, duit dalam simpanan banyak (simpanan bapak saya, no pin kad bank dia saya tau), simpanan sendiri nil...ekekekeke

macam waktu2 sekarang ni hanya mampu gelak2 jer la. nak nangis dah tak berair mata. nasib baik la besok dan 2 hari seterusnya saya ader kursus (yg saya tanak pegi sebenarnya) yang menjamin makan tengahari , pagi dan petang. jadi duit makan jimat....3 hari ni saya makan free.......tu lah setiap keburukan tu (kursus yg tak best) ada hikmah (makan free) yg terselindung di sebaliknya...

sah!

saya dah dapat e mail dan surat bertaip hitam putih yang mengarahkan saya pegi kursus auditor tu...chesss! geramnya...

menyusahkan betui....

sahlah selepas ni saya akan jadik juruaudit bukan jurutera lagi.....hai nasib badan...apa nak buat

sakit lutut

tadi masa naik tangga nak ke opis, saya sajer bergurau ngan kawan cakap saya terasa lutut sakit sebab dah tua. rupa2nya ada org mencuri dengar.

Sembang ngan kengkawan seopis, terbukak la cerita banyak utang, tetiba ada sorang staff yg asik sibuk nak kaya jer(kalau bukak laman web mesti tang bab2 tanbah pendapatan jer) menyampuk. Dia kata dia nak tolong saya selesaikan hutang2. ceh! kalau btui elok jugak. tapi dari percakapan dia tu dah tau dah...mesti nak suruh jadi ejen jualan lansung mana2 ni.

dia pun sibuk nak cerita pasal kopi merah la, cendawan la....saya kata saya malas nak jual2 ni, dia kata makan ler sendiri, mula la masuk bab kesihatan ni, badan ada toksik la...tok ki la..semua ada la...pas tu masuk bab sakit lutut...aiseh dia dengar...seingat saya kat tangga tu cuma saya berdua jer ngan kawan saya...cepat btui cerita tersebar. buat malu jer...muda remaja lagi dah sakit lutut...ekekeke

saya bagi alasan kat dia yg saya ni tak berdisiplin dalam makan ubat2 ni, nanti buat membazir jer, dia siap kata melalui bentuk jari saya pun dia dah tau saya ni sakit lutut. ececey pandai dia jer...tak sakit pun la...tak caya cuba ketuk(doktor yg berpengalaman sajer dibenarkan).....ekeke

tengah sedap2 main frecell sambil melayan hingus menggunakan tisu, tetiba jer boss masuk opis yg tak berkunci, dia terus tanya dah dapat surat lantikan ker, pas tu tetiba jer suruh saya gi kursus besok...kursus audit pulak tu...ak e na...kang dia suruh saya jadi juruaudit ler pulak...malas btui la...ingatkan nak anto kursus ACAD ker...yg tu saya nak la...bole tido kat hotel, makan sedap2...ni kursus dekat opis jer...buang karan!

tapi kan nasib baik la tak terkantoi tengah main freecell, menggelabah sekejap.....

Minit mesyuarat ialng....mana nak carik ni?

Bijih yg 'Hilang'

hari sabtu yg lalu saya telah pergi ke sebuah shopping complex, semasa keluar dari tempat meletak kereta driver driver memandu dengan cuai. Dia asik mengorek hidungnya.

Apabila saya tegur cara pemanduannya yang merbahaya itu...dia menjawab dia mesti keluarkan ‘bijih’ yg ada itu jugak. Tiba2 dihadapan kami lalu sebuah kereta dan nyaris bertembung dgn kereta kami kerana driver tidak dapat mengawal stereng.

Nasib baik tak eksiden, saya bagaitau driver supaya jangan lagi mengorek ‘bijih’ ketika memandu. Kalau eksiden tadi kami jugak yg malu, bila buat repot polis dan bagitau sebab eksiden ialah: “Memandu sambil mengorek tahi hidung”, kan ker malu besar.

Oleh itu para pengguna jalan raya, kita bukan hanya tidak boleh memandu setelah minum alkohol atau memandu sambil menalipon malah kita juga di larang mengorek atau membuang najis hidung anda.

Sekian, ini adalah pesanan khidmat masyarakat secara percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Friday, September 24, 2004

Putih

Kuning

Khabar buruk dr dalam mimpi

Malam tadi mimpikan seorang kawan lama, kira best friend la masa tingkatan lima dulu. Memang dah lama teringin nak jumpa dia. Tapi tak jumpa2 jugak.tak tau la sekarang ni dah bermastautin di mana. Dah kawin ke belum, anak berapa org semua pun tak tau.

Mimpi saya malam tadi ialah saya pegi menyewa rumah keluarga dia bersama kawan2 dia, tetiba jer salah sorang rakan serumah tu bagitau nombor telepon kawan saya ni. Dia pun tepon dan kawan saya pun datang ler ke rumah tu.

Seingat saya mimpi saya malam tadi berwarna-warni macam Cerekarama la pulak. Saya tengok kawan saya ni lawa macam dulu jugak, tapi tak berapa ramah. Saya tanya mana ahli keluarga dia yg lain (saya tahu dia ada adik beradik yg ramai). Dia kata kat saya sekarang ni Cuma tinggal dia ngan ayahnya sajer

Saya tanya lagi mana yg lain. Dia kata semua ahli keluarganya yg lain telah meninggal dunia sebab terbakar dalam kereta yang mengalami eksiden. Lepas tu dia pun blah dr rumah tu.

Ngeri jugak saya mengingatkan mimpi tu. apa khabar ler agaknya kawan saya tu sekarang ni yer?

Pindah Opis

Parpu paratha

India mari

Malam tadi la kan, rasa dahaga la kan, jadi saya nak pegi la basah2 kan tekak kat satu tempat ni...ada karaoke percuma, bole dengar2 org lain nyanyi (sambil basahkan telinga ngan mata sekali). Tapi driver kata kat situ servis dia lambat la...

Jadi pegi la kat satu kedai mamak. Saya order kopi tarik ngan roti canai, pekerja kedai tanya : “ Parpu? Sambal? Kari?” Tetiba jer, tak cakap pun: “nak kuah itu? Ini?” dah sah baru mai dari India, tak tau cakap Mlayu la tu...yg dia tau Parpu, sambal ngan kari jer. Macam mat bangla la pulak, “ Hijau? Merah? Baru? Lama?”. Bila mintak Air Sprite dia kata tak de, sedangkan dalam almari kaca tu banyak jer nampaknya.

Lepas tu kopi pun mari la, manis btui, dekat2 rasa madu, nasib baik la keturunan saya tak de penyakit kencing manis. Tunggu punya tunggu, sembang punya sembang, roti canai tak sampai2, saya suruh driver pegi mintakkan.

Driver jerit “hallo!, Hallo!” diorang buat tak tau jer, asik menyembang sesama sendiri jer, dah jerit dekat 15 minit baru la mamak tu datang, mintak balik roti canai. Bila sampai...makan rasa tak sedap la pulak, Last2 driver yg abiskan.

Buang masa menunggu jer, org lain jugak yg kenyang....

Balik rumah, saya masak nasik dan buat tomyam ayam tengah tengah malam....dan makan sensorang...ermm..sedap...

Mogok bas

Teringat saya masa bebudak dlu, masa tu belum skolah. Bulan puasa. Masa tu kami sekeluarga ada di satu bandaraya ni, nak balik ke rumah sendiri daripada rumah adik mak saya.

Hari itu seingat saya ramai sungguh org kat stesen bas. Entah kenapa saya pun tak tahu. Agaknya semua nak balik kampung beraya kut. Bas ada banyak kat stesen bas tu tapi yang nak berjalan skit ajer. Org ramai berebut rebut nak naik bas yg sikit tu. seingat saya abah saya cakap hari tu pekerja2 bas mogok termasuklah driver bas.

Bila satu2 bas tu sampai org berebut2 masukkan beg masing2 kat tingkap, untuk dapatkan tempat duduk. Tibalah giliran kami sekeluarga pulak nak naik bas masa tu, abah saya masukkan saya ikut tingkap (kecik muat la) dan dari dalam bas tu saya ingat ada sorang pemuda yg hensem (masa kecik pun dah tau org tu hensem ke idak...ekekeke) menyambut saya. Akhirnya dapat lah kami sekeluarga tempat duduk dalam bas tersebut dengan bantuan pemuda tersebut.

Malahan masa dalam bas, pemuda tu siap bagi saya gula2 dan macam2 lagi. Dia jadi pembantu abah saya untuk melayan saya la pulak. Baik betui la dia, anak siapa la yer....

Saya cerita pasal mogok ni tak bermakna la pulak saya nak mogok ari ni. Sajer jer, teringat kisah silam yg masih terbayang di mata dan otak suasanya pada ketika itu.

Kawan2 saya selalu terkejut kalau bersembang ngan saya sebab saya ingat semua cerita dulu2 sebab diorang semua dah lupa. Diorang kata saya ni kuat ingatan, saya cakap petua dia mudah ajer....ekekeke....jangan makan semut.

Yer ker?

Hari Ni tak De cerita

p/s: acah jer...ekekee

Thursday, September 23, 2004

Malu tapi Mahu

tadi gi tolilet jap (gi jamban pun nak cerita ka?), lepas tu buat2 la turun kat bawah, kengkonon nak gi guna publik phone la, tapi sebenarnya mengintai bahagian keewangan...kot2 gaji dah dapat.

sana sini tepon berbunyi, kengkawan semua tanya...aiseh saya malu la nak gi tanya. Ada kawan yg dah talipon, katanya gaji tak dapat minggu ni...ampeh btui....org baru nak angan2...

teruk btui la, hai ni yg susah keje ni, gaji susah sangat nak dapat...tau ler keje senang. Dengar cerita surat perlantikan untuk jawatan baru dah ader..cuma tak sampai kat tangan empunya jer lagi, rasanya kalau dah dapat jawatan baru ni, gaji senang skit dan harap2 banyak ler daripada gaji sekarang..

Masa interview ari tu, asik tanya pasal bangunan ajer, pasal jejantas la...tak berkaitan lansung, dia ingat kalau amik enjin masa blajar dlu, keje mesti buat bangunan ajer la...aiseh..susah btui...tanya la pasal menaip ker, buat weblog ker...senang la saya jawab, tapi apa pun nasib baik la diterima walaupun soklan banyak yg lari jawapannya...ekekeke

nampaknya hujung minggu ni tak dapat la saya berpesta-pora(pinjam dr NTV7), gaji tak de.......

Dokong & Duku



Luku & Loh Kong (laki & lokong)

pagi tadi dlm perjalanan ke kedai makan, nampak seorang apek dengan muka mengantuk duduk depan 2 longgok buah-buahan.

driver tanya saya nak beli ker? dia tahu tu buah peberet(favorite) saya. tapi dah terlepas la, driver buat u-turn tengah jalan, pas tu terlepas lagi, u-turn lagi sekali, berhenti betui2 depan apek. tanya apek sekilo brapa/ dia kata:

"Luku tiga linggit, lokong lima linggit"

saya nak sebut luku jugak tapi nasib baik saya ingat yg saya ni bukan nyonya, saya sebut jer: bagi yg 3 rengget.

saya sebenarnya suka Dokong...tapi mahal la, lepas dah bayar duit, bukak kulit duku dan makan, alamak! masam...baik beli Dokong tadi gerenti manis...tu la kedekut sangat...

tapi kan sebenarnya saya telah menceriakan hidup seorang apek ari ni, saya rasa sayalah pelangan pertama apek tu, masa saya bayar duit mukanya berseri2 lepas tu dia cakap:

:Tlima Kasih manyak aaa!"

Mee sup Tulang

Baru jer balik makan dari kedai kawan driver, tapi kena bayar la, tak makan free nyer...

Tadi saya makan mee sup tulang, sedap gak, tapi tak habis semangkuk sebab hari ni tak de selera. Jadi saya suruh driver jer abiskan...ekekeke. driver lak order kuetiaw goreng, ada gerai baru bukak kat dalam kedai tu. dulu penjual kuetiaw tu jual sate, tapi bertukar kerjaya kerana tak tahan katanya, jari2nya semua pecah2...luka2 sebab kene lidi penyucuk sate, kesian...lain kali upah la org buatkan.

Sebelum mula makan, saya terpadang sekor ibu kucing ngan 2 ekor anaknya, montel2 keduanya, sekor warna hitam pekat, sekor lagi belang2 putih oren, bulunya panjang skit dr kucing biasa, agaknya ada campur skit ngan kucing luar biasa, menurut kawan driver kucing sebegitu dinamakan Tortoise...ada ker patut kucing di panggilnya kura2?

Saya terpikat kat yg warna hitam tu, tapi degil sangat, dia tanak keluar dr bawah gerobok yg dia menyorok tu, tapi saya dapat pegang abang kucing tu, yg putih oren, 2-3 org pelayan kedai datang mengerumuni saya, diorang kata sebelum ni diorang lansung tak dapat pegang kucing tu sebab liar, tapi saya dapat la pulak...tu la, kucing tu tau saya nak pegang dia sebab sayang bukannya nak mendera tu sebab dia datang. Kalau diorang tu taunya nak mendera kucing jer, tu sebab kucing lari jauh.

Tadi waktu makan, terpandang pegawai keewangan kat tempat kerja saya, rasa tringin jer nak tanya gaji dah ader ke belum, tapi malu la pulak, kang dia kata pokai sangat ker, tak dan nak tunggu sampai opis dulu ker? 2-3 org kawan dah mula antar SMs ngan Call suruh saya merisik, gaji ader ke tak de bulan ni. Sebenarnya saya pun malu nak tanya...ekekeke

Kalau ader gaji, best gak, bole la gi Terengganu lagi ker...gi mancing...ekekeke

Wednesday, September 22, 2004

Puru

Saya teringat la satu peristiwa nik an. masa tu saya ikut driver gi mancing waktu malam kat satu kolam siakap berbayar.

Slalunya kitorg pakai umpan ikan kembung, kenkadang jer pakai udang hidup yg ada jual kat tempat mancing tu, harganya serengget sekor, mahai woo...rugi kalau mati, ikan siakap dah tak brapa sudi, slalunya saya bawak balik dan goreng buat umpan perut sendiri.

Suatu malam tu, saya ngantuk sangat, saya pun tido kat kerusi yg disediakan oleh toke kolam, kepala saya sandarkan kat palang kolam. mengantuk sangat. Driver pulak sibuk memancing, slalunya saya jadi tukang sembelih ikan kembung jer, asingkan isi dr tulang.

tengah sedap2 saya mimpi, tiba2 driver kejutkan saya, minta sembelih ikan kembung, dia bagi saya plastik yang berisi suratkhabar. saya yg masih mamun/mengong sebab baru bangun tido pun mencarik pisau dlm beg mancing dan bersedia untuk menyembelih ikan.

Bila saya buka sajer kertas surat khabar tu....bukannya ada ikan kembung tetapi seekor katak puru yang boleh tahan saiznya. apalagi menjeritla saya malam2 buta tu kat tepi kolam, nasib baik org tak ramai, saya pun campak plastik tu jejauh...uiiii...ngeri!

Driver sebenarnya dengki sebab saya tido nyenyak sangat sedangkan dia kena memancing...eekekekeke

hari mendung

hui gelap btui, saya pulak tak pasang lampu dalam opis, terpaksa selak skit langsir, nampak awan gelap kelabu.

Ingat hari ni nak balik lewat skit, takut ujan la pulak.

sarkes orang

Saya sangat lapo

tapi saya malas balik rumah, sebab saya kene jalan kaki, driver tak de pegi ke Kulim. Baru kejap tadi saya makan kek lapis bersalut coklat jenama Apollo (iklan skit...syarikat Apollo..sila bayar)

Masa saya duk Joho dlu, waktu nak dekat2 raya saya pegi kilang ni dan beli barang2 makanan jenama dia la, murah btui...buat buah tangan kat mak untuk raya. tapi saya yg makan lebih2 bukannya mak saya.

Malam tadi pegi tengok gajah lagi, tapi sayang seribu kali sayang, kawasan tu dah bertutup dengan plastik besar selayaknya sarkas. kedekut btui org Siam ni, kita nak tengok jer, bukan nak panjat naik atas gajah dia, kalau kita nak naik kita bayar la brapa yg dia nak....ekekekeke...Org Siam kat m'sia jangan terasa naaaaa...

masa kecik2 dlu, seingat saya banyak kali jugak saya pegi tengok sarkas ni, abah saya yg bawak. Rasanya masa tu belum sekolah lagi, jadi ingatan pun tak brapa jelas.

yang saya ingat, saya tengok ular sawa dalam kandang, monyet tapi yang paling tak leh lupa tentu lah baunya. busuk, hamis semua ada. tapi paling takut (budak kecik la katakan) ialah bila pertunjukkan harimau, sebelum harimau keluar, mesti org sarkas tu turunkan kandang dulu, takut harimau makan budak la tu.

Tapi mak saya kata, tiap kali sarkas datang, mesti ada kucing2 dia yang hilang, sebabnya ialah ada budak2 curi kucing dan jual kat sarkas, sekor lima rengget, mak saya kata lagi...peh tu dia bagi makan kat rimau...sian kucing yer...tah yer tah idak...

dah tua2 ni, sarkas dah tak rajin datang kat tempat saya, yg slalu datang pun sarkas mahal jer, apa ke namanyer...'Royal London Circus'....saya tak pegi pun kalau org sarkas jenis ni yg datang, pasalnya tiket mahal sangat, lepas tu diorang speking London...jadi susah la awak nak paham, baik duk rumah nonton Tv...free lagi(bkn astro)

Armadillo

Buah salak indon

sapa lah yang terlebih pandai asik memisskol saya ni, rasa nak tampo jer, kalau yer pun tepon la btui2, boleh jugak borak2 time boring2 cenggini.

agaknya mamat Indon yang dulu tu kut....ala yg mencuri henpon adik saya tu. mamat Indon pun mamat indon la, saya nak interview dia, asal dr mana, buat apa, kerja apa, bila nak balik Indon?... bole kirim beli buah salak 5 kilo.

Ermm..saya suka makan buah salak ni...sedap, walaupun kadangkala kelat, dulu masa kerja kat joho dlu ada banyak Indon, bila diorang balik selalunya buah tangan yg diorang bawak tentulah buah salak, banyak org Melayu kat tempat keje saya dlu tak suka buah salak, jadi saya lah yg bantai semua.

diorang kata buah salak ni lagi manis kalau buahnya di tanam dalam tanah bila dah agak matang. btui kut?

masa duk kat penang plak, saya selalu gak makan buah salak, tapi buah salak jeruk la, lagi sedap, kat penang murah jer...kalau tak salah saya RM6.00 sekilo.

asiseh dr Indon merepek ke buah salak la pulak.

Kat luar opis ni asik ada bunyi org ketuk2 jer...bukan ketuk pintu, tapi macam membaiki sesuatu....buat saya berdebar jer....aish...say sebenarnya tengah lapa ni, pagi tadi makan roti tak sampai sekeping jer.....

Nak makan apa yer?

Duit Bank org bayarkan

Semalam, balik keje naik bas singgah kat satu shopping kompleks dengan hajat nak membeli barang2 dapur skit. Pilih punya pilih punya pilih, beli la semua barang yg rasa perlu.

Masa nak bayar pegi la beratur, hajat dihati nak guna kad kredit sebab sayang kat duit tunai, tanak berpisah, takut nanti ada kes2 kecemasan, kalau tak de duit di tangan...bahaya la jawabnya.

Juruwang pun goreskan kat kat mesin, punya la lama tunggu, asik tulis di proses, rasanya duit kat dalam kad banyak lagi, kenapa lak tak leh ni, org kat belakang dah lama tunggu, ramai dah ni, muka sendiri dah naik tebal, mesti org ingat tak de duit, idak pun kad cetak rompak...

Juruwang tanya ada cash tak? Saya diam jer, malas nak layan, dah lama sangat tunggu, saya mintak balik kad saya dan cakap batalkan sajer semua pembelian dan saya blah begitu sajer. Aiseh menyesal jugak, mana tau masa saya blah tu, tetiba plak mesin tu tulis sudah diproses....terbang melayang duit ku nanti...

Balik rumah, saya suruh driver bawak saya pegi JJ, takut gak nak gores lagi kad kredit, kang malu lagi skali.

Tapi kali ni pisang tak berbuah 3 kali, semua pembelian diterima, malah sempat gores kad 2-3 kali lagi....terbukti ada lagi duit, ekekekeke ...dan tambah hutang lagi....tahniah

Tuesday, September 21, 2004

Telepon awam


ni la gambar tepon booth yg agak menarik yg saya jumpa, rasa2nya design jerman ni.

Bercakap mengenai tepon awam, saya teringat masa saya muda2 dlu. Waktu tu saya duk reramai ngan kengkawan ada kerja kilang, ada drafwomen(btui ka?), ada research officer, ada student, ada dok lepak jer (saya la tu).

Saya selalu menggunakan tepon awam sebab saya ni penjimat (kengkononnya la) walaupun ada henpon. Masa tu saya tepon mak saya kut. Saya tak de tepon2 boiprennyer, slalunya boipren jer yg tepon saya...ekekeke

Saya pun berbasikal dr rumah saya ke pondok tepon. Saya pun masukan duit dan tepon mak saya, mak saya pun cakap ngan saya. Dekat2 pondok tepon tu adalah pusat karaoke, jadi ramai la org duduk2 dan jalan2 kat luar tu. Masa saya tepon ada 2 org yg agak boroi berdekatan ngan tepon tu.

Masa saya sibuk bercakap ngan mak saya, salah sorang dr 2 org tu asik nak bercakap ngan saya jugak, tapi mak kan lebih penting, jadi saya layan mak saya jer la. Selepas saya tak layan, dia pun nyanyikan lagu ‘AZIZAh’ yg dipopularkan oleh P.Ramlee tu kepada saya tapi nama saya bukan Azizah tau, antara bait2 katanya ialah:

“Rupa kamu yg cantik, mata kamu yg bulat.......tak tau lagi”

mendengarkan lagu tu saya pun perasan la jugak sikit2, walaupun mata saya tak bulat dan muka pun tak cantik. Selepas habis menalipon, org tu semakin menjadik2 nyanyiannya, selepas habis nyanyi dia panggil saya, sebabkan kesian tengok dia penat nyanyi saya pun jawab lah panggilannya tu.

Dia tanya nama saya, keje kat mana, lepas tu dia kata kenal la pulak ngan org kat tempat kerja saya (taktik nak ngorat la tu). saya pun kenal org tu, baru saya nak panjangkan perbualan, tiba2 sebuah kereta putih berhenti btui2 depan saya, rupa2nya boipren saya (pada masa tu) ternampak saya gatai melayan org bersembang, saya pun segera pecut basikal saya agar tidak terkantoi dengan lebih teruk.

Selepas itu saya terpaksa membuat karangan pendek yg penuh kelentong bagi menjelaskan keadaan.

penuh muka

Ceramah Plastik

Baru2 ni saya ada buat ceramah ringkas mengenai plastik, jenis2 plastik,sifat2nya, kegunaannya dalam bidang2 kejuruteraan dan lain2 lagi. Penontonnnya budak2 berusia 19-20 tahun.

Kalau dah namanya ceramah tentulah boring, saya pun naik sakit tekak, jadi untuk membuatkan ceramah saya tidak dihiasi dengan mulut2 yg menguap saya pun ceritakan satu cerita yg ada kaitan ngan plastik dari jenis Poliester yg boleh dibuat topi keledar (jangan lupa ikat dulu, dan pilih saiz yg sesuai untuk anak anda (iklan)).

Cerita saya begini:

‘Ada sorang kawan saya ni, muda lagi...dia naik moto kat highway, tiba2 hujan turun, dia duduk bawah jejambat, sedang dia relek2 dia terpandang satu helmet full-face (masa ni budak2 kata ‘huiyo’), dia kata dalam hati:”Waaa...sapa punya ni, baik aku amik, rezeki ni’.

Selepas hujan reda, kawan saya pun amik la helmet tu dan terus bawak balik tanpa check apa2. Masa dia balik rumah tu dia ada terbau benda busuk tapi dia buat tak tau jer, dia pun belek2 la helmet tu, lepas tu baru dia perasan helmet tu bau busuk dan yg paling best sekali kat dalam helmet tu ada kepala org (tuan punyanya la).’

Cerita saya tamat, tapi tak de org gelak pun. Budak pompuan dua org ternganga, yg lain (lelaki) diam tak terkata. Diaorang ingat saya cerita kisah benar kut. Sebenarnya saya cilok idea dr sebuah majalah lawak keluaran bila tah. Saya keciwa...sebab diorang tak gelak, tapi dari reaksi muka diorang...saya rasa la...diorang pecaya....ekekeke...laku belacan den sekati...ekekeke

Ermm..saya nak surf carik design ‘telephone booth’ jap....berciri ke Malaysian, ada projek baru ni....

Sekadar hiasan (bukan gajah yg dijumpai semalam)

Merindui Gajah

Malam tadi dalam hujan lebat terperangkap kat satu kawasan parking berdekatan satu kawasan perumahan mewah. Ditepi jalan ada satu kawasan kosong, lot rumah banglo.

Kelihatan lima lembaga besar berwarna kehitaman yg berdiri jauh antara satu sama lain dalam hujan lebat yg sejuk. Mereka berada pada kawasan masing2 tanpa beralih Cuma sesekali kelihatan belalainya bergerak gerak.

Terkejut jugak saya, kawasan tu jauh dari belukar apatah lagi hutan simpan, cemana boleh ada gajah lima ekor, lebih kurang sebaya pulak tu.

Di sekeliling gajah kelihatan gerai2 yg baru dibuka, dah sah org Siam menyerang M’sia dengan niat nak berniaga dan seperti kata driver “gajah jadi modalnya”. Teringin rasanya saya keluar dalam hujan lebat tu dan pegi dekat2 ngan gajah, tapi hujan lebat sangat, kesian gajah berhujan.

Saya pun keluarkan henpon baru saya dan nak tangkap gambar gajah , tapi hujan lebat sangat dan cuaca gelap, apa pun tak nampak yg nampak Cuma lampu2 neon sahaja. Keciwa saya.

Pagi2 buta tadi selepas makan bihun goreng yg saya masak sendiri, saya segera mengarahkan driver ke tempat gajah semalam, tapi malangnya sekor gajah hatta selonggok taiknya pun saya tak nampak. Sekali lagi saya keciwa.

Petang ni saya berazam memaksa driver ke tempat itu sekali lagi dengan harapan gajah akan ku temui juga.

sesak la

Lebatnya hujan

Malam tadi hujan punya la lebat, kalau ada pasar malam jer mesti hujan lebat, tak tau la toke kedai runcit mana yg upah bomoh hujan...

Bila saya kata jer nak pegi pasar malam, hujan yg renyai2 bertukar jadi selebat selebatnya, nasib baik tak banjir kilat, tapi kat jalan ada jugak la air bertakung.

Sewaktu driver sampai, dia kata dia terpaksa cepat sebab dia telah menginaya org. Saya cakap dia tipu, fitah, bunuh siapa? Dia kata sewaktu turun bukit nak sampai ke rumah saya dia telah berjaya membasahkan 2 org nyonya yg balik dr pasar malam. Dia kata nyonya tu menjerit kuat, tapi nasik dah jadik bubur, driver pun pecut agar tak dipayungkan (di pukul ngan payung) oleh nyonya berdua tersebut. Jadi untuk keluar dari kawasan perumahan kami terpaksa lari (drive) ikut jalan lain.

Sewaktu lalu di jalan tersebut, banyak btui kereta yg lalu lalang, macam ada kenduri kawin sedangkan itu Cuma jalan perumahan. Sampai di traffic light menuju jalan utama barulah kami tahu kenapa banyak sangat kereta lalu kat situ, rupa2nya dua org Datuk (polis trafik) yg lengkap beruniform hujan di samping motosikal berkuasa besar masing2 sedang berdiri dengan gagahnya di tengah jalan. Mereka tidak membenarkan pemandu2 melalui jalan utama kerana sebab yg saya tak ketahui sehingga masa ini.

Kami terpaksa berpatah ikut simpang lain dan menuju ke pasar malam kembali, sewaktu ingin pulang ke rumah, saya terjumpa dengan lori2, van2 dan kereta yg sesat dlm jalan kawasan perumahan saya. Kami terpaksa berhenti di satu simpang kerana sebuah lori besar lalu di hadapan kami dengan megahnya sambil mem bunyikan hon (marah kat driver la tu), dan diikuti oleh 2 buah van, sebuah kereta volvo yg tak kasi can lansung kami mencelah, mereka semua tak tahu sebenarnya jalan yg mereka masuk tu jalan mati.

Saya dan driver hanya mampu menggelakkan sahaja mereka2 itu, tu la blagak sangat masuk kawasan org. Lain kali hormat skit, baru la kami bole tolong tunjukkan jalan yg benar...ekekeke...semua driver2 kenderaan itu terpaksa bersusah payah mereverse kenderaan masing2 dlm hujan lebat kerana belagak sangat....ekekkeke

Monday, September 20, 2004

Lekat jangan tak lekat

Pasar malam ari ni



Kat rumah saya ada pasar malam ari ni. ala...pasar malam yg ada jual katak tu.

Hari sabtu hari tu ada tengok satu siaran pasal pengembaraan kat TV8 ke 9, tah tak ingat mak cik...

pengembaraan kali ni kat M'sia ngan Thailand. program tu tunjuk diorang gi melawat org Asli kat M'sia ni, kat mana tah...tasik banding kut...yg paling best tang time makan la, waa...best sungguh tengok diorang tangkap katak...gemuk2 pulak tu.

lepas di sembelih perutnya, katak tu dimasukkan dalam buluh campur ngan nasik kut, bila buluh dah terbakar skit macam kita masak lemang tu, diorang pun belah dan makan.

masa omputih tu makan kaki katak dia kata...ermmm..! "great!...taste like lobster", oooo...baru la hari sabtu lalu saya tau rasa katak tu macam lobster..dulu diorang kata cam rasa ayam jer dasat.

mesti org satu dunia dah tau...makanan ruji org Malaysia ialah katak...apabila diorang tengok rancangan tu....bagus! bagus!



keje banyak menimbun nimbun tapi tak buat jugak....kenapa la malas sangat...ish ish ish

Sarapan


Saya semakin rajin (puji...puji) memasak sarapan pagi kebelakangan ini. ini tak lain tak bukan adalah kerana saya dah hampir pokai nak makan di luar. bukanya sebab rajin semulajadi tapi rajin terpaksa buat.

hari ni saya masak macaroni & penne dengan kuah ala2 bolognais..., kengkonon sedap la tu...tapi masin la pulak, bila tabur keju lagi la masinnya.

tapi terpaksa la makan jugak sebab dah masak kan, karang membazir la pulak.

Dari pagi...

Pagi2 buta saya dah duduk depan komputer nak membaca2 weblog org lain dan juga menaip2 weblog sendiri.namun harapan hanya tinggal harapan.

Yg boleh dilayari cuma e-mel tempat kerja, lain semua tak leh...kenapa ekk? kena ban ker semua laman2 yg di masuki...ermmm..sebab diorang tau saya tak buat kerja yg sepatutnya ke?

saya malas nak cuba2 lagi lalu saya pun main lah freecell sehingga tah brapa game, naik lenguh tangan menekan tetikus, kepala pun dah rasa pening2 skit, penat berfikir...

akhirnya berjaya jugak, masuk ke sini...ermm..lega...sekarang ni saya perhatikan apabila menaip banyak huruf2 yg hilang, agaknya keyboard ni dah tak mampu ditaip lagi kut....

Friday, September 17, 2004

hidroponik

Pinjam meminjam

semalam lepas balik dr opis terus pegi ke Bank Rakyat sebab nak buat pinjaman. Eh!...sebelum tu singgah rumah dlu, ambil dokumen2 yg berkaitan...Borang J saya tah mana pegi..yg ader tahun 2001 jer, masa tu gaji kecik skit dr sekarang...nanti kalau mintak pinjaman mesti dapat skit jer ni...ataupun tak sah...

memang berharap tak sah pun, supaya pinjaman tak dapat, malas la menambah hutang, tapi kesian kat org tu pulak, lagipun dah janji.

sampai jer kat bank Rakyat, driver dapat panggilan tepon, org yg nak uruskan pinjaman ada tunggu kat kedai mamak. driver bagitau...orgnya hensem...peguam, banyak duit katanya...lebih kurang umur saya...teringin gak nak tengok cemana rupanya.....

sampai jer kedai mamak, tengok memang ada sorang hensem, lagi sorang tak hensem pun, minum teh ais kejap, pas tu org hensem kata kene jumpa pulak dengan pegawai bank kat dlm opis dia. pas tu dia kata ada hal jap. dia pun bangun, hensem memang hensem tapi kurang tinggi lah...ekekekeke...mengata skit

Masuklah dalam bank Rakyat untuk membuat pinjaman paksa rela dengan harapan tak dapat.punya la lama tunggu, naik berakar bontot, lepas tu tengok gelagat teller2 nya yg bergurau sesama sendiri...waaa...sronok btui keje kat bank rakyat yer...pelanggan tak de, bole gurau2 senda...kat kitorg satu2nya pelanggan diorang buat tak tau jer...bagus btui..

duduk lagi, tunggu lagi, bank rakyat ni ada pajak gadai yer...waa..best jugak, ada gamba org pompuan hulur tangan yg penuh dengan emas permata, kalau saya ada banyak barang kemas pun saya nak gadai la, bukannnya pakai pun...tapi tak de pun..tak leh gadai...

tunggu lagi, tetiba ada satu pegawai tu 'gamit' tangannya...driver cepat2 bangun nak pegi masuk opis dia, saya duduk ajer..pas tu saya suruh driver bawak2 bersabar dan duduk, pegawai tu bukan panggil kita la...dia panggil org kat belakang...driver pun tunduk malu seperti anak dara 16 tahun. Driver kata kat saya, dia malu sangat sebab perasan...ekekeke

Pas tu baru la kami dipanggil masuk, lepas cakap2 skit dan bagi dokumen...pegawai cakap skit, pas tu terus angkat tepon dan bercakap kat tepon dekat setengah jam, saya yg duduk depan dia terkulat kulat dia buat tak tau ajer...tak guna btui...rasa nak bagi penampar ajer...sekurang-kurangnya hormat la skit kat pelanggan, cakapla...sebentar yer...ada pekara penting..ke..apa2 ke..berbasa basi la skit

lepas dia abis cakap tu, dia terus tengok2 skit dokumen dan kata tak leh....(lega rasa ati den)...bukannya mak cik nak sangat pinjaman kat bank kau tu...tapi hormat la skit..chesss...tak ingin lagi saya mengunjungi bank rakyat...nama je bank rakyat,,..tapi tak hapa2

bernyala

Pagi tadi, bukak jer kuci opis...tarasa lain macam, kenapa terang semacam jer blik ni...ader pencuri ker? alamak...habislah makcik...kena bayar semua....

mula2 bukak kunci grill, masih berkunci, bukak pulak kunci pintu, tengok kat dlm terang jer, tapi ada satu lampu jer bukak.....

oooo...baru saya teringat, semalam saya lupa tutup lampu, dah la tu balik pukui 3.15....habisla...kalau jaga report kat boss besar....terpaksa la tak ngaku....

Burger Budak...sedap dan menyelerakan

ayam penyanyi country

semalam pegi makan kat Kenny Rogers roasters, ermm...dah semakin sedap drp dulu, dulu ayamnya ada rasa ubat gigi...agaknya sebab dia taruh daun pudina kut, macam laksa jugak la...kalau taruh daun pudina rasa cam ubat gigi...tak suka mak...you...

Saya order Quater meal, ada 3 side dishes....ermmm..dah banyak kemajuan, memang sedap dan banyak sangat sehingga tak terhabis makan sorang, muffin dia pun dah ada 3 perasa...tapi saya suka yg dulu tu, yg ada jagung,...sedap...tapi sedap lagi la kek yg saya buat sendiri...ekekke...puji diri sendri skit...

tapi yg peliknya, masa makan2 kat sana kami didendangkan dengan lagu Uji rashid bukannya lagu drp kenny Rogers....pelik jugak yer...patutnya dendangkanlah lagu Toke dia...harap ada gambar jer buat apa...

hari ni cerita psal makan2 la pulak.

hari Isnin lalu saya gi makan kat Black Canyon setelah asik di promosi oleh seorang kawan yg tengah mengandung, katanya sedap la..itu la ini la....tapi cakap org mengandung pasal sedap2 ni bukan boleh percaya sangat, bagi dia semua menda sedap..kalau buat sup batu tambah ayam pun dia kata sedap.

Tapi saya terpengaruh jugak sebenarnya, saya pegi la ke sana, order satu set makan yg ada tomyam udang, nasi kukus (katanya la), telur bungkus dan sayur campur dan minuman kopi (ice mocha). ermm...rasanya tak de la mengkagumkan sangat...tomyamnya bersantan...tak kene ngan selera saya, tapi kopi dia boleh tahan la....udang dlm tomyam tu merah sangat, macam tak real ajer, agaknya dia taruh pencelup...(pewarna)...rugi duit eden dekat 40 rengget M'sia. rasanya tanak datang lagi..kecuali free...ekekekeke

Thursday, September 16, 2004

Refill catridge

Pepagi sampai jer kat opis, pekara pertama yg saya buat ialah menukar dakwat baru ke printer saya kat bawah meja komputer ni, tak de tempat lain yg sesuai lagi nak letak, selalu la printer ni jadi magsa tendangan kaki ku yg tak tau nak diam.

Mula2 saya bentang pelapik kerusi yg macam tilam kecik tu atas lantai supaya saya boleh bersila dengan nyamannya semasa membuat kerja. nasib baik tak de org lain dlm bilik ni, saya dah kunci pintu bagus punya. lagipun ari ni saya datang keje pakai jeans ngan t-shirt. senang skit buat kerja teknikal...ekekeke...macam la susah sangat.

Lepas tu saya ikut arahan2 yg tertulis kat skrin komputer, satu persatu...agar proses refill berjaya. namun begitu, saya menjadi keliru, sama ada patut menanggalkan satu lapisan plastik nipis pada nozzle catridge, saya mengambil keputusan membuarkan saja plastik tersebut dan akhirnya saya berjaya.

Saya teringat la, ada kawan saya tu, dia nak refill katridge jenama Canon, punya la hebat dia mengisi sehinggakan habis satu badannya berlumuran dengan dakwat hitam, lepas tu org yg duduk dekat2 ngan dia pun dapat bahananya sekali, last2 buat konvoi ke bilik air.

Yg Canggih sket

Gambar 'Buai Pusing'

Antara Genting dan Cameron

hati ini tertanya-tanya ke mana akan ku langkahkan kaki ini sama ada ke Genting Highlands atau ke Cameron Highlands?

kedua2nya sejuk tapi tentulah lebih sejuk di Cameron, tapi kat Cameron tak de kasino...eh silap.....tak de roller coster cam kat Genting. ermm nanti2 lah saya fikirkan secara mendalam...

bercakap pasal menda2 roller coster ni, tringat pulak pasal fun fair kalau org kampung sebut 'pampei'. walaupun dah tua, saya masih lagi teringin nak main permainan2 yg di tawarkan di pampei ni. paling saya suka nak cuba tentulah Ferris Wheel atau org kampung cakap 'buai pusing".

Satu hari lepas balik memancing saya terpandang satu kawasan yg sungguh meriah dengan warna warni lampu yg begemerlapan. Saya sungguh teringin ke kawasan tersebut. lalau saya memaksa driver berhenti.

Setelah melihat2, saya teringin sangat nak naik buai pusing, tapi malu sebab yg naik semuanya bebudak tak de pun org tua. tapi keinginan untuk naik buai pusing terlalu tinggi, saya tak dapat menolak godaan buai pusing.

Untuk mengurangkan perasaan malu saya telah memaksa driver untuk naik sekali ke dalam buai pusing, driver menolak kerana katanya org tetua tak de naik menatang ni la, buat malu jer. tapi saya paksa jugak dia dan mengancam untuk memotong elaunnya.

akhirnya driver akur dengan permintaan saya. kami pun naik buai pusing, malangnya sepanjang masa di daam buai pusing saya pejam mata saja sebab terasa ngeri...tak sangka dah semakin tua, semakin penakut pulak jadiknya.

dan sepanjang masa tu jugak driver asik perli saya dan paksa saya bukak mata.

Salji tak turun

Hari ni hujannya punya la lebat, saya terbangun awal la pulak, selalunya kalau hujan lebat org lain lansung tak bangun, saya jadik terbalik la pulak. saya paling suka hari hujan la.

Tapi masa duduk rumah lagi satu dulu, paling tak suka tentulah bila hujan sebab rumah tu selalu sangat banjir kilat.

kesempatan bangun awal saya hulurkan untuk membuat sarapan pagi, hari ni buat sandwich sardine taruh mayonais, cili api dan bawang, senang sangat, tak sampai 5 minit dah siap.

Tapi yang mengecewakan ialah roti yg dibeli malam tadi kat pekan kecik tu tak sedap lansung, mengecewakan btui….mengurangkan kesedapan sandwich buatan saya…ekekeke

Semalam ada org offer nak bagi saya seribu rengget Malaysia sekiranya saya bersetuju untuk buat pinjaman bagi pihak dia, ermmm…macam peluang yg bagus tapi takut jugak walaupun dah kenal lama ati budi dia ni, tapi manusiakan, sekelip mata jer boleh berubah, pinjamannya tak banyak mana, tak sampai pun seploh ribu rengget M’sia.

Baru2 ni pulak ada org bank tepon, katanya nak bagi kad kredit baru, salah satu bank yg lain pulak tambah credit limit , hai rejeki murah btui tang bab utang piutang ni…ish ish…bila berbelanja memang best…bila nak bayar nanti yg merana…semua bank pun nak bagi kad kredit….ish..ish…dah tak muat ruangan kad dalam dompet saya…ekekeke..

Jangan Ribut-ribut

Tersentuh ati

Malam tadi jalan2 cari angin lalu singgah kat satu kawasan pinggir bandaraya yang masih ada suasana kekampungan. Singgah kat satu kedai mamak sebab driver kata dia lapar, jadi semnetara menunggu driver makan saya lihat2 persekitaran dalam kedai mamak dan suasana di luar yg dihiasi dengan hujan lebat.

Saya order teh o ais, dalam hujan lebat itu kelihatan seorang warga emas yg sudah tua berbangsa Cina. Nampak selekeh seperti org gelandangan. Baru saja kakinya melangkah masuk ke kedai segera seorang mamak menghalaunya keluar.

Mamak kata:

“Keluar!...keluar!”

Org tua kata:

“saya mau teh”

mamak kata:

“ Hutang pun lu tarak bayar, mau teh lagi...keluar!”

Org tua kata:

“ saya mau teh saja....utang saya sudah bayar semalam”
sambil dia mengeluarkan beberapa keping duit syiling daripada kocek bajunya yg kelihatan sangat usang.

Mamak kata:

“mana ada....! keluar”

Org tua kata (nadanya seperti merayu):

“ Sudah la...semalam....saya mau teh saja”
sambil menghulurkan syiling yg ada padanya dan mungkin itulah semua duit yg dia ada.

Kemudian saya lihat mamak pun menyediakan teh yg nampaknya cair sahaja tak pekat cam biasa dan letakkan dengan kasar dihadapan org tua yg duduk tak jauh drp meja saya.

Kesian sungguh saya lihat org tua tu, rasa nak bawak balik rumah dan bagi makan...disebabkan hendak minum Cuma secawan teh dia diherdik dan dihina sebegitu rupa.

Saya perhatikan org tua minum tehnya dengan begitu berselera sekali, mungkin hanya itulah hidangan makan malam untuknya pada hari itu...sian kat dia...

Wednesday, September 15, 2004

Ikan Patin

Malam tadi gi jalan2, ingat nak gi shopping kat Parkson Grand...tapi tengok ada banyak Polis buat operasi....leceh la, kang tersekat kat jalan raya, buang masa jer..nanti tutup pulak shopping complex tu..

driver patah balik ke kawasan dekat2 rumah saya, saya gi makan kat satu Taman perumahan yg ader banyak gerai2 yg pelanggan utamanya adalah pelajar IPt, makanan kat situ tak de la sedap sangat tapi memang murah...dan banyak sampai sakit perut nak makan satu hidangan yg di pesan...

selepas tu singgah di sebuah kedai jual ikan hiasan dan secara gelapnya menjual VCD lanun, beli satu VCD Siam cerita mengenai ikan Duyung kata si penjual la, pas tu beli anak ikan patin 2 ekor untuk letak dlm akuarium, ganti arwah si Tikan.....ekekekke

Balik umah tengok VCD cerita duyung kononnya...tak sampai lima bleas minit, saya dah tersasar sampai ke Paris(terlelap)...boring giler....chess membazir duit saya lima rengget jer....tapi ada banyak aksi perlawanan yg tak hapa2....driver suka la tengok kut...pas tu ada mainkan alat muzik cam seruling yg bunyi nyer teruk sangat sedap lagi bunyi Nafiri...

lepas tu saya pun masuk bilik, kunci pintu bilik dan tido....bila saya bangun pagi tadi, pintu depan ngan grill tak berkunci termasuk la pintu pagar....saya ingat sangat saya kunci semua pintu, last2 pintu bilik jer yg berkunci....itu kira nasib baik la..

pagi tadi gi sarapan makan mee rebus, balik rumah nampak ada banyak Polis kat depan satu rumah berselang 4 rumah dari rumah saya...apahal pulak yer?

selepas sampai rumah, saya keluar balik dari rumah dan buat2 jalan kaki depan rumah yg ada banyak Polis tu...ekekeke...nak menyibuk la tu, pas tu terdengar perbualan Polis2 tu, katanya macam ada kes pecah rumah...aaah sudah...tah2 rumah saya pun kena pecah tapi tak perasan...

Pas tu saya pun patah balik ke rumah dan check barang2 semua, buat check list lagi...TV, VCD player, Peti ais, mesin basuh,kipas angin, sofaa...ekekee...rantai berlian, cincin berlian, cincin intan, dinar emas, bon, sijil simpanan premium, gelang tangan platinum....ekekekekeke..acah jer...semua ada setakat sofa jer, maknanya tak de org mencuri....

tapi pelik la, cemana leh kunci terbuka yer...saya berjalan waktu tidur ker????....misteri...

Tuesday, September 14, 2004

pukul lima

sampai jam lima, saya kena keluar dari opis, kalau idak terlepas bas...bila naik bas kene fikir pulak, hari shopping kompleks mana aku nak jelajah yer....

ermm...baju raya tak beli lagi, nampaknya kene carik shopping komplek yg ader jual kain la nampaknya....ekekeke...beli tak beli tak tau lagi...

tadi perut lapar, nasib baik bawah meja ader banyak 'stok', hari ni makan tengahari beserta minum petang berhidangan 'Snickers' bukan kasut tau....tapi coklat...

balik umah nanti kena masak, nak masak apa yer,....masak nasik la...kalau tak makan nasik satu hari bole giler...tapi selalu jer tak makan nasik...giler sikit2 jer...dulu masa isi borang penempatan masa tingkatan lima, saya tulis tanak pegi obersea sebabnya nanti susah la, nasik memang bole carik...tapi leceh, tak macam kat M'sia kan...

Ni kalau org yg blajar luar negera baca ni, mesti rasa nak cakap...tak betul apa yg sofe katakan...hehehe...kita dah tau la....pendapat masing2 kan...

Merepek sikit2 dikala nak balik ni, bila la kerajaan nak bayar duit projek ni...lambat sangat, kalau idak bole melancung serata Dunia....

SOFE DAPAT DUIT HARI INI (mana la tau kalau 44 org baca, makbul pulak kan....ekekek)

kerja

saya datang ke opis hari ini dengan berjanji untuk membuat kerja saya, iaitu menyiapkan buku saya yg tak siap2 dari bulan lima.

namun begitu, janji hanya tinggal janji kerana saya sibuk membaca weblog org lain, menulis kat weblog sendiri dan bermain 'freecell'.

Saya terlalu ketagih bermain freecell sejak dahulukala lagi. setiap kali menang nak cuba sekali lagi, kalau tak boleh selesai...nak cuba jugak.

dulu, masa saya di tahun pertama pengajian, saya sering bermain permainan 'Solitaire' sehinggakan saya tak belajar lansung dan mengakibatkan tetikus di komputer saya 'jahanam', sampai tak boleh nak klik apa2 lagi.

selain itu, saya juga gemar main permainan 'Flying Picture' sehinggakan komputer saya 'jam' disebabkan tak dapat mencatat markah saya yg brbilion.....ekekeke

hari ini, saya masih bermain 'freecell' sehinggakan kerja tak siap, buku pun tak siap sedangkan duit dah diterima lama dulu...ermm..nampaknya esok sajerlah saya menyambung 'taip' buku saya......

Pelik binti ajaib

teringat masa sekolah dulu, masa duduk asrama, ada seorang budak pompuan, nama dirahsiakan, mana tau nanti dia terbaca, kena saman pulak lagi skali. jadi saya namakan dia "Jane"

budak ni pelik skit, org N9, suka menjerit2 tak tentu pasal, agaknya genius sangat kut. menurut pemerhatian saya yg selalu berjumpa dengan org genius: didapati mereka ini bersikap :'agak lain' daripada org2 biasa.

pada ketika itu, saya duduk di asrama tingkat satu, ntuk ke mana2 saya perlu melalui satu tangga.

pada satu hari, sedang saya berjalan2 sambil menyanyi turun melalui tangga menuju ke dewan makan, saya ditegur oleh seorang kawan. dia kata,

" Sofe, jangan pegang pemegang tangga tu"

saya kata:

"kenapa pulak tak leh pegang"

dia kata:

"Semalam aku nampak Jane lurutkan tangan dia kat situ,....."

dia tambah lagi:

"selepas dia hembus hingus dia...menggunakan tapak tangan dia sendiri...."

dengans sekelip mata saya terbayang adengan tersebut dan rasa nak muntah, saya tak jadi pegi dewan makan, saya terus ke bilik air an membasuh tangan saya dengan DETTOL


henpon saya

henpon baru

Sempena hari lahir saya yg dah datang pada hari Anwar dibebaskan saya mendapat sebijik henpon baru.

henpon baru saya memang baru, berwarna keperakan lengkap dengan kamera dan skrin berwarna dan didatandkan dengan 2 skrin, diluar dan didalam (jenis lipat 2 muka.)

saya sungguh berbanggga dengan henpon baru saya seperti hendak meng'scan' gambarnya dan lekatkan di weblog ini...ekekeeke

sebelum ini henpon saya kecik dan ringan tetapi tidak mempunyai skrin berwarna dan tiada kamera. saya telah menangkap banyak gambar saya sendiri dengan kamera tersebut....(syok sendiri)

malangnya henpon saya jarang2 berbunyi walaupun melodinya cukup hebat, poliphonik segala dan macam2. ini kerana tak de org nak menalipon saya selalu. mak saya pun jarang2 nak menalipon saya.

suatu hari semasa dalam bas, ada org hantar sms kat saya, saya telah setkan bunyi 'monyet' untuk melodi message, ketika henpon saya berbunyi semua org pandang saya, mesti diorang ingat saya bawak sekor monyet dalam beg saya (kerana melodi drp henpon saya terlalu 'semulajadi').....saya cuma senyum dan pandang muka semua org dlm bas...

itulah dia cerita saya yg belagak sebab dapat henpon baru,,sekian!

bihun goreng

pagi tadi masak bihun goreng, rencahnya sotong.

tapi la kan, bihunnya masam la pulak, sebab tertonggeng botol sos tomato...ekekeke....

teringat masa duduk Johor dulu,kalau order apa2 masakan menggunakan bihun, mesti diorang nak letak asam jawa, taula org Jawa kan....tapi rasa cam pelik ajer....

Friday, September 10, 2004

Kelip kelip ku sangka API

Meninggalkan dunia yang fana

Ikan flower on kesayangan saya dah meninggalkan dunia ini semalam. tak sempat masuk pertandingan dan meninggal.

ini semua kerana kecuaian saya kerana lambat mebayar bil TNB sehingga ikan saya mati kelemasan. kesian dia...saya dah cuba buat pernafasan aliran air melalui insang dan CPR, dia masih gagal di selamatkan.

Badannya yang sudah tiada nyawa itu masih belum saya keluarkan dari akuarium lagi kerana malam tadi gelap sangat sebab tak de lampu (al maklumlah elektrik dah dipotong).

Malam tadi saya tido dalam gelap bertemankan lilin dan torch light. itupun bekalan lilin terpaksa dicatu kerana driver telah bertugas luar daerah. kalau tidak bole la saya suruh dia beli lilin dan salahkan dia kerana tak hantar saya ke pejabat TNB untuk membayar bil.

Malam tadi juga saya tido di atas lantai kerana kepanasan. saya pegi ke opis berseluar jeans, bertee-shirt dan berselipar sahaja kerana saya tak leh nak seterika baju. disamping itu saya juga membawa sebuah beg 'balik kampung' untuk mengisi uniform keje dan seterika. sampai di opis, saya pun seterika baju dan pakai di sana.

selepas melapor diri, saya segera naik bas menuju ke ibu pejabat TNB untuk melunaskan bayaran yang tertunggak.

pukul lima ni barulah, pegawai TNb yang bertugas akan menyambung bekalan elektrik di rumah saya. nampaknya segala barang2 dalam peti ais akan busuk dan mencemarkan alam sekitar rumah saya....kesian kat saya!

Thursday, September 9, 2004

bunga duit

Hari ni makan jamuan

Ada pulut kuning berlaukkan rendang ayam...urmmm...sedap..., boss asik kata semalam marah dia sbb order pulut kuning, tapi hari ni semua org mau makan pulut kuning juga.

Lagi ada juga bihun goreng yang ada banyak udang. Tak de la sedap sangat. Bole la..., saya tolong sendukkan utk org lain sambil2 tu chukai udang masuk dalam pinggan saya, ermm...sedap lagi...

Selepas kenyang makan, makanan masih banyak lagi, terpaksa jemput org yg lalu lalang depan opis untuk makan sama, ada yg bawak tupperware...lagi...ish..ish..jangan membazir amalan setan ...

Lepas tu tengok2 dlm dulang, ada kuih pulak, banyak lagi..siapa la nak makan...kesian kat kuih tu. Air yang disediakan ialah air teh dan air nescafe panas, tapi sekarang semuanya dah bertukar jadi nescafe ais ngan teh ais...

ketawalah lagi!

Makan sabun

Ada sorang kawan, dia baru mula mengandung, loya2, muntah2, pening2...dan macam2 lagi. Dia ceritakan pada saya kisah maknya masa menagndungkan dia dan adik2nya dulu.

Katanya maknya, tak boleh cium bau makanan, sama la macam dia jugak. Dapur rumah merupakan kawasan larangan utama, kerana di situlah puasat makanan utama. Katanya lagi, bagi menghilangkan bau di dapur, maknya pernah menyiram minyak tanah di kawasan dapur rumahnya.

Lagi satu tabiat maknya masa mengandung ialah tak boleh makan, suatu hari dia rasa loya2 kat satu rumah sedara maranya, dia pun pegi ke toilet/bilik air. Masa di sana dia tercium suatu bau yg sangat ‘sedap’. Dia pun mencari2 bau yang sedap itu, rupa2nya bau datang daripada sebuku sabun yang sangat popular pada masa itu, iaitu sabun cap KAPAK.

Besoknya dia memaksa suaminya membeli sabun cak kapak untuk kegunaan dirinya sendiri pulak. Setiap hari dia akan menghidu bau daripada sabun tersebut bila dia berasa loya. Lama2 dia rasa bau tu sedap sangat sehingga mendorongnya makan sabun tu pulak.

Saya cakap ngan kawan saya, takkan la semilan bulan nak makan sabun kut. Dia kata memang maknya makan sabun selama semilan bulan iaitu sepanjang tempoh kehamilannya tanpa lansung makan nasik.

Yang lagi mengejutkan saya ialah maknya bukan sekadar makan sabun sewaktu hamilkan dirinya sajer tapi makan sabun setiap kali hamilkan adik2nya seramai 2 org lagi(nasib abik 3 org jer adikberadiknya). Dasat sungguh, patut di masukkan dalam buku rekod Malaysia....

Selain daripada cerita tersebut, saya juga pernah dengar org Islam mengidam nak makan sup khinzir dan menurut kawan saya lagi, seorang sedara maranya pernah mengidam makan sup selipar. Kesimpulannya keluarganya memang menjadi keluarga ‘hairan’ bila tiba bab2 mengidam ni.

Wednesday, September 8, 2004

Suatu malam

pulang dari memancing saya dan driver terpandang satu sticker di cermin belakang sebuah kereta.

driver suruh saya perhatikan apa yang tertulis di situ. saya pun memngaja, nampak macam universiti luar negara, bermuala dengan huruf 'I'.

"IDONTGOTO UNIVERSITY"

macam tak tak pernah dengar nama universiti tu, bunyikan pulak dari ejaan huruf2 tu...oooo! "I don't go to University" rupanya.....tertipu makcik kayo...

Sebelum ni saya pernah jugak jumpa sticker2 yg menarik. salah satunya bertulis..."SEKOLAH ATAP SAHAJA".....kat mana nak beli yer? atau kene buat sendri kot...?

berita pagi

pagi tadi masa bersiap nak gi kerja adalah menonton TV3. Malaysia hari Ini. selalunya dibacakan tajuk2 berita dalam suratkhabar.

berita yang menarik perhatian saya tentulah tentang pencuri lembu, dah la curi lembu, dimasukkannya pulak dalam bonet kereta WIRA, kaki lembu yang terkeluar dari bonet dipotong hidup2 tanpa ubat bius....(kalau pakai ubat bius tak panggil pencuri, kita panggil doktor)

pagi2 sampai opis, ramai staff yg berkumpul kat bilik rehat sementara menunggu pintu opis memasing bukak. saya pun menjual cerita, ramai lagi yang tak tau rupanya. bangga sekejap. masing2 rasa ngeri dengan berita, ada yg kata kesian kat lembu la...dan macam2.

teringat pulak masa gi Terengganu hari tu, lembu, kambing berserakan merata-rata, batang hidung gembala lansung tak nampak. merayau sana sini tengah2 malam buta tak de org jaga. tak de pulak org nak curik yer.belum lagi kut...

hari tu, driver ada bercadang nak bawak lori dan angkut lembu dan kambing tu bawak balik, tapi saya rasa yang curik lembu kat Baling tu bukan driver kut sebab dia kerja kat Kulim bukannya Baling, lagipun driver tak pakai kereta WIRA. kawan2 dia pun tak pakai Wira jugak..kawan2 dia jalan kaki jer

bunga Raya

biru

Paru-paru reput

Bebaru ni driver pegi melawat sedara mara nya yang berlambak kat K.L nu. dia ada bawak balik cerita sekali.

Katanya, adik bapak dia (bapak sedaro dia la) ni seorang pegawai kerajaan yang sangat mementingkan kesihatan. selalu bersenam, jaga pemakanan dan yang paling penting mnyokong kempen 'Tak Nak' dengan jaya, seumur hidupnya dia tak merokok.

driver kata lagi, pakciknya ni berbadan sasa, tegap dan tak jatuh kalau disepak, tetapi baru2 ni bila dia berjumpa ngan pakciknya, driver menunjukkan aksi meletakkan tangan kat dahi, kata driver pakciknya asik meletak tangan didahi mengenang nasib malang yang menimpanya di usia persaraan. badannya yang dulu tegap sasa dah tinggal isi ngan kulit sahaja.

pakcik driver di sahkan menghidap barah paru2 walaupun tidak merokok. saya menyatakan pendapat saya pada driver iaitu pakcik driver ni mesti salah seorang daripada 'perokok pasif', dia menyedut asap rokok org lain. mungkin asap drp rokok kengkawan atau rokok driver dan keluarganya sendiri.

driver beria-ia menafikan yg keluarganya kuat merokok, dia kata adik, emak, nenek, ayah, atok dan sepupu dia artis popular tu pun tak hisap rokok. dalam keluarganya cuma driver sorang yang merokok, tahap dewa karma ketiga pulak tu, kalau sekali pandang macam naga pencen.

Tujuan driver mempersoalkan kaitan penyakit pakciknya dengan rokok ialah dia nak membuktikan yang menghisap rokok tidak membawa kecelakaan pada dirinya.

saya juga merupakan salah seorang 'perokok pasif' kerana terpaksa menyedut asap rokok driver sewaktu naik kereta dan juga kenkadang bila balik umah mak abah saya terpaksa pulak menghidu asap rokok abah saya pulak.

diharapkan saya dan tubuh badan saya tidak menerima nasib yang sama seperti pakcik driver.

Tomat

Esok ader jamuan makan2

office kami akan ada jamuan esok sempena pemencenan boss..pada bulan 12 ni..

sepatutnya dibuat pada bulan 12 la kan, tapi nanti puasa la, raya la...kan, nak kena ada jamuan raya lagi...nanti bertindan pulak.

Paling tak best menu utk besok la pulak...ada ker boss order pulut kuning....rasa macam kenduri berkhattan la pulak, boss pun bukan org Melayu, tapi putih kuning ...kan suka makan pulut.

lepas tu dia tanya ahli2 office nak tambah apa2 ker, ada yg nak tambah roti jala la..., buah pulak, diorang nak pisang, saya kurang setuju, sebab kalau setakat nak pisang dapat free pun bole kat kedai makan bila hari Jumaat. kalau nak free lagi pegi jer masjid, mesti diorang ada sedekah.

yang buat lagi tak best, boss ader jemput beberapa org temamu yg saya cukup menyampah dari opis lain, menyibuk ajer...buat ilang selera makan jer besok.....

last paling tak best, sebelum jamuan ada mesyuarat skit, saya pulak kene jadik pencatat...eiiiii....TAK SUKA NYeRRRRRRRR!!!!!!!

Tuesday, September 7, 2004

senja dah...pulanglah...

Pasar malam hari isnin

saya gi pasar malam semalam, ada org jual katak. ramai org yg makan katak beratur nak beli katak. saya beratur kat tepi walaupun tanak beli, saya nampak penjual mula2 ketuk kepala katak guna gunting (supaya katak tak melawan balik/melemahkan), selepas itu dia potong kuku kaki katak (supaya tak mencakar si pemotong), pas tu dia potong muncung katak ngan gunting (supaya katak tak gigit jari sipemotong, org kata kalau katak gigit, selagi tak bunyi guruh atau 'mortar' dia takkan lepas).

akhir sekali dia siat kulit katak waktu katak masih bernyawa. nampak merah jer daging katak. ada org kata, sedap masak kicap, pas tu dia sambung lagi, katanya, rasa daging katak ni manis ada iras2 daging ayam.....tapi tak de selsema burung...dijamin!

Selasa Wage

Hari ni tak do kojo carik kojo, terjumpa lagi satu site yg ada pasal2 yg berkaitan dengan minat org pompuan la, tengok2 diri, peribadi dan lenlain, kalau ader pompuan ain atau mana2 jejaka yg nak cuba bole la tekan kat sinin
dibawah ni keputusan untuk saya, ada perkataan yg saya tak paham lansung, ader ker mana2 org Jawa nak tolong translate?

Anda tidak suka membesar-besarkan diri. Bahkan, anda lebih sering mengalah kepada orang yang lebih cerewet daripada mempersoalkan hal-hal yang remeh. Meskipun demikian, anda bersemangat baja(baja dari sumber apa yer). Beberapa orang mungkin mengatakan anda sedikit kaku. Namun, ada pula yang akan menganggap anda teramat ndableg (yg ni paling tak paham). Di samping itu, andaikata anda merasa terancam, ego anda yang sensitif akan sangat mudah terusik sehingga anda cenderung bersikap cemburu. Meski demikian, terkadang lawan-lawan anda pun akan mengagumi nafsu anda yang besar akan ilmu pengetahuan dan tekad kuat yang memungkinkan anda menelaah secara mendalam hal-hal yang menarik perhatian anda. Bila keadaan mulai memburuk anda akan tetap bertahan.

terbukti memang emosional

Saya ter'datang' ke satu add yg sediakan kuiz tentang penguasaan otak dan lelain bagi setiap individu, di bawah ini keputusan yg tak berapa btui tentang diri saya, kalau korang nak cuba bole klik kat sinun

Your Brain Usage Profile:

Auditory : 55%
Visual : 44%
Left : 38%
Right : 61%


sofeanny, you show a slight right-hemisphere dominance with a moderate preference for auditory processing, an unusual and somewhat paradoxical combination of characteristics.
You are drawn to a random and sometimes nonchalant synthesis of material. You learn as it seems important to a specific situation, and might even develop a resentment of others who attempt to direct your learning down a specific channel.
Your right-hemispheric dominance provides a structure that is only loosely organized and one which processes entire swatches of reality, overlooking details. You are emotional in your reactions and perceptual more than logical in your approach, although you can impose structure and a language base when necessary.
Your auditory preference, on the other hand, implies that you process information sequentially and unidimensionally. This combination of right-brain and auditory modes creates conflict, as you want to process data more rapidly than your natural processes allow.
Your tendency to be creative and free-flowing is accompanied by sufficient ability to organize and be logical, allowing you a reasonable degree of success in a number of different endeavors. You take in information methodically and systematically which can then be synthesized rapidly. In this manner, you manage to function consistently well, although certainly less efficiently than you desire.
You prefer the abstract and are a theoretician at heart while retaining the ability to be practical. You find the symbolism in a great deal of what you encounter and are something of a "mystic."
With regards to your lifestyle, you have the mentality which would be good as a philosopher, writer, journalist, or instructor, or possibly as a systems designer or social worker. Perhaps most important is your ability to "listen to your inner voice" as a mode of skipping over unnecessary steps to achieve your goals.

Tapak Pasar Malam Hari Rabu

Pagi tadi saya lambat pegi keje. Waktu org lain gi kerja saya pegi menuju ke jalan di dalam satu kawasan perumahan yg agak jauh dari rumah saya.

Tetiba saya jumpa satu jalan yg sangat saya kenal.iaitu jalan dimana driver kata sangat sesuai untuk belajar kereta. Saya pun membangkitkan persoalan tersebut. Lalu driver memaksa saya turun dari kereta dengan tiba2 dan kami bertukar tempat duduk.

Driver dengan garangnya memaksa saya menekan pedal brek dan menukar gear ke huruf D, dan kemudian melepas kan pedal brek lalu mengawal stereng ke arah hadapan. Driver sebenarnya mengajar saya bawak kereta ‘outo’.

Pada hari ini driver menjadi sangat garang berbanding hari2 biasa selayaknya seorang pegawai JPJ yg tak dapat naik pangkat sebab banyak makan rasuah. Saya naik menyampah tapi disebabkan saya ingin cepat pandai, saya turutkan saja arahannya walaupun dia dah mula nampak melawan toke.

Apabila driver suruh saya masuk ke satu simpang, saya gagal mengawal stereng dengan agak baik, driver menjerit dan suruh saya turun dari kereta. Lepas tu driver drive kerete ke satu kawasan lain iaitu suatu padang tapak pasar malam pada hari Rabu.

Keadaan di situ lebih selesa untuk belajar memandu. Saya pun drive, buat kona baring, mengundur dan macam2 lagi, saya tak de rasa takut pun drive keter tu sebab bukannya kereta saya, lagipun kereta nya senang jer nak bawak, Cuma tekan minyak sajer. Setelah kaki saya berasa sangat lenguh barulah driver suruh saya berhenti memandu.

Saya menyatakan rasa tak best lansung belajar memandu dengan driver sebab dia garang sangat macam harimau tersepit misai. Driver pulak menjawab dia berasa stress dan kakinya lenguh sebab dia terasa rasa nak tekan brek sajer sepanjang saya memandu...ek e le..patut la garang semacam stress rupanya....

Selepas itu, sebagai upah saya belanja driver makan sup tulang kat satu kedai yg biasa kami makan......kat kedai tu ada sekor kucing manja yg kalau di panggil akan datang segera berbanding pelayan kedainya....

Pizza & Cheese Cake & Durian

Malam semalam, saya pegi shopping kat JJ ngan driver. Saya order Pizza terkini pizza stuff crust with cream cheese (betui ke pun). Saya order Hawaiian supreme.

Ni kalau kengkawan kat opis baca ni, mesti diorang bising kenapa tak ajak diorang skali...ekekekeke..sori la, tergesa-gesa jer pegi, tak sempat ajak korang....

Saya tak makan dalam Pizza Hut sebab nak mengelak service charge 10%. Saya makan kat Food Court JJ. Driver kata ‘No outside food are allowed’, ala....saya kata bole la....

Kami pun makan pizza sorang sepotong, alahai...rasanya macam makan pizza ngan cheese cake la...disebabkan oleh cream cheese yg ada kat dalam keraknya tu, saya rasa lebih sesuai di gunakan cheese yg dulu tu, barula ngam.....

Lepas makan pizza, kami bantai makan durian pulak, seulas sorang...punya la besar....kenyang sangat rasanya....lepas tu gi toilet la....

Pizza dan durian lebih dibungkus dan sampai ari ni masih dalam petiais......

Pasar Tani

Suatu pagi Ahad, saya teringin sangat nak pegi Pasar Tani yg dah lama sangat saya tak pegi. Dulu rumah saya dekat ngan pasar tani tu, sekarang ni dah jauh.

Saya pun amik bas yg lalu depan rumah saya dan pegi ke pasar tani. Sungguh mengecewakan sebab barang2 yg dijual dah tak best macm dlu. Tapi yg lain skit ialah pasar tani ni pun menyambut karnival Mega Sale.

Setiap belian pada jumlah tertentu akan dapat kupon yg tertulis Karnival Mega Sale dan bila dikumpul boleh ditukar kepada barangan tertentu.

Tibalah masa untuk pulang, saya pun amik bas depan pasar tani, masa saya tunggu bas tu saya sorang jer, masa saya naik ada pulak 2-3 org ikut.

Dalam org2 tu ada sorang lelaki yg pakai baju bertulis Mechanical Engineering, dia tanya saya bas yg dinaiki tu pegi ke dalam ker...saya jawab tentulah ia, tetiba dia terus suruh saya ke tepi, dia nak duduk sebelah saya. Saya tengok mukanya cam pernah saya lihat di mana mana, mukanya seperti mendorong saya untuk menamparnya.....dia pun menghalakan punggungnya untuk duduk disebelah saya...

Saya pun marah kat dia, dan tolak dia, saya suruh dia duduk kat tempat lain yg masih banyak lagi kosong. Dia buat muka selamba bangang dan duduk di tempat bertentangan saya. Eiiiiii!....teringinnya tangan saya menampar pipinya...mengada2 btui..

Lepas tu dia tanya konduktor, bas tu masuk ke kawasan Taman ***** ke? Konduktor cakap tak masuk, lepas tu terus dia turun dari bas. Dia memang sengaja naik bas tu untuk mengada-ngada. Kalau tak silap saya, dia tu pernah cuba ‘mengayat’ saya kat stesen bas bandar K.

Lain kali kalau saya jumpa dia lagi, saya berjanji akan sepak dia dengan kaki saya sendiri....ekekekeke

Monday, September 6, 2004

Mak saya ada tanam pokok bunga ni

Allamanda...dedulu masa kecik slalu pakai bunga ni kat telinga...(cantik la konon..ala2 panggilan Pulau)

Singa yg manja kat belakang umah saya

ICT

Ada seorang staff di tempat bekerja, sama jawatan dengan saya tetapi di lain bahagian, iaitu bahagian yg agak mahsyur, ICT. Tugasnya tentulah yang berkaitan dengan komputer, perisian dan network dan sebagainya.

Walaupun bukan berkelulusan secara lansung dengan ICT, staff ini nampak serba boleh dan memang selalu memandang besar pada dirinya.

Terjadilah peristiwa di suatu kursus yang sedanya, saya dan rakan2 sekursus termaksuklah staff ICT ni, di kursus kami belajar pekara yang paling selalu digunapakai di pejabat iaitu tentulah WORD. Seperti yg kebanyakan org tau, inilah perisian paling mudah dan paling ramai penggunanya.

Setelah diberi tunjuk ajar, kami diberikan projek untuk memahirkan diri, kalau dah org tua disuruh belajar tentulah ramai yg kurang menumpukan perhatian. Saya tentulah sorang daripadanya. Saya tak dapat menyiapkan projek yg disuruh lalu meminjam disket kawan utk copy sebahagian daripada projek yg sepatutnya di buat. Selepas itu tentulah, ditokok tambah supaya nampak seperti ‘sendiri punya’.

Setelah mencuba dengan bersungguh-sungguh ditambah dengan pengetahuan semasa yg lebih kurang, saya pun berjaya menyiapkan projek, manakala staff ICT ni tak dapat siapkan projek sedangkan dia sama meminjam disket daripada kawan.

Saya pun sengaja mengacah dengan berkata: “Takkan staff ICT pun tak boleh buat kut” sajer jer cakap cenggitu sebab dia ni slalu sangat belagak tak tentu pasal.

Dengan tak disangka sangka tetiba jer saff lelaki ni menyinga walaupun badannya tak sepadan lansung dengan singa...pendek kemetot...ekekekeke

Katanya, kursus yg diambilnya semasa di U bukan kursus ICT, saya pun tak amik ICT..tapi bole jugak buat.

Selepas itu dia masih tak puas hati, macam nak bergaduh pulak dengan saya sedangkan halnya kecil sangat. Selepas itu hal itu berlarutan sampai mengata saya macam2, dia masih tak puas hati, saya Cuma ketawa sajer sambil melihat perangainya yg dah semakin teruk, membenttak dan marah tak sudah2 dan memalukan diri sendiri.

Kemuncaknya pada hari kursus yang berikutnya, dia buat lawak dalam kelas dihadapan pengajar, saya sempat berkata”Tak lawak pun”....mendengar kata2 saya dia lantas bangun dengan muka masam mencuka ...dan kemudian duduk kembali dan terusan diam disepanjang kursus kerana malu sendiri.....

Gabra?

Hari sabtu, balik dari rumah mak dan abah saya singgah kat satu shopping kompleks. Sesaja buat eksesais mata skit, dan terlansung sekali eksesais dompet.

Selepas selesai, makan masa tiga jam jugak selalunya sejam dah habis. Hari tu lambat skit abis sebab tak cukup kuota. Berpusing keliling supermarket, nak cari barang ang seuai dengan kuota, akhirnya terbeli beras Basmathi sekilo...ekekeke. tak tau la nak buat masak apa, ermmm...buat nasik beriani Gam la....tapi masa gi Kb dlu, saya tengok diorang tulis nasik Beriani Dam, tak tau la sama ke lain sebab tak order pun.

Lepas habis bei belah, tibalah masanya untuk pulang ke rumah dengan tujuan menyidai kain yang tak disidai sejak hari jumaat kerana tergesa gesa pulang.

Saya pun duduk kat tempat menunggu bas sambil menunggu bas yangs epatutnya. Sambil tu sempat mengelamun jap. Sambil2 mengalamun tetiba terdengat bunnyi benda jatuh dan terlangar sesuatu.

Saya pandang ke jalan yang penuh dengan kenderaan. Dibelakang sebuah bas yg bukan menuju ke rumah saya, saya perhatikan sebuah motosikal yg agak baru berwarna merah tersembam di atas jalan raya. Brkcai amp2nya dan ada bahagian lain yang tertanggal.

Penunggang motr jatuh bersebelahan dengan motornya. Orangnya kurus dan sedikit comot, mungkin pekerja kontrak atau mekanik. Penunggang itu jatuh dan terus mebengkok kan badannnya seperti menahan kesakitan, dan kemudian terus terbaring disitu. Nasib aik kenderaan lain tak melanggarnya, tapi tak de satu pun kenderaan yg berhenti menolongnya.

Saya risau melihat keadaannya, takut dilanggar kenderaan lain, saya berada pada jarak 150m daripadanya. Rasa nak menolong, tapi takut pun ader. Saya tak tau apa nak buat, akhirnya saya putuskan untuk menalifon ambulan, saya pun meraba-raba duit syiling dalam dompet dan pada masa itu juga saya perhatikan 2-3 org dari jalan bersebelahan yg berhenti dan menarik orang yg kemalangan ke tepi, semuanya penunggang motosikal.

Kemudian baru la saya sedar yang menalifon Ambulan adalah free....eekekeke. tepon jer nombor 999, lagipun tepon awam berdekatan jer dengan tempat kejadian.

Itulah disebabkan kelanm kabut, benda yg biasa pun dah jadi lupa.

Saya lihat mangsa sudah sedar walaupun masih dikelilingi org yg menolongnya. Nasib baik, lalu saya batalkan saja niat saya untuk menalipon Ambulan/Polis.....semoga dia selamat dan sihat...maafkan saya kerana lambat membantu...

Hari Ahad saya pegi mancing kat kolam berbayar yang selalu saya pergi. Driver sampai sajer kat situ, terus tanya pasal ikan yang dititipkan pada toke utk dijual.

Jawapan dari toke amat emberansngkan, ikan yang agak besar semuanya di lepaskan kerana disangka milik org lain yang tertinggal di kolam. Sebusuk-busuk mana pun pemancing, takkan dibiarkannya ikan tinggal utk habuan toke kolam, kalau tak disedekah kat org lain , tentu di bawa pulang dan dicampak di kolam tinggal.

Akhirnya toke rasa bersalah kerana tak amanah lalu kasi can pancing free sekali utk hari itu.

Umpan dah tersedia, pemancingan puin dimlakan. Baru sedap2 memancing tetiba hujan turun rintik2, sekaligus pancing merunduk, ketika ditarik ada ikan yang terlekat, bila hampir ikan tak dapat.

Hujan semakin lebat, umpan pun dah diganti, kali ini nampak kail benar2 menunduk, tanda ada ikan dah kena. Gulung tali dan akhirnya muncul ikan patin yang berkilat laksana perak seberat 2 kg.

Selepas itu cuba nasib lagi, sampai ke akhir tiga jam, ikan Cuma sekor jer rezeki untuk hari ini.

Friday, September 3, 2004

kene panggil ngan auditor

tengah sedap2 baca e mail tetiba jer ada org datang jumpa dan cakap ada auditor nak jumpa. apa hal la pulak ni...chess!

smalam penat saya blagak depan kengkawan sebab saya dah berjaya diaudit dengan jayanya. sana sini saya canangkan kejayaan saya.....alamak tak sangka la kene panggil balik..ni mesti ada apa2 ni...aiii...nampaknya malu besar la lepas ni...

saya pun pegi jumpa la diorang ngan tangan kosong.....

diorang tanya serba sedikit tentang kerja tahun lepas, nasib baik ada rekod baik...buat penat jer saya gabra....chess lagi skali...

sambungan perjalanan:Perjalanan pulang

Dalam perjalanan pulang dari pantai Timur hati terasa berdebar2. semalam baca di paper ada 4 org terbunuh dijalanraya yg akan dilalui.

Lagipun jalan balik asik menurun bukit, kereta jadi laju, kereta lain lagila laju. Dalam keadaan jalan macam ni, kalau kita tak salah dan memandu berhati hati pun, bila2 masa jer kita bole jadi mangsa disebabkan kecuaian org lain.

Dugaan saya hampir benar, walaupun kami tak terlibat dalam kemalangan, di satu selekoh saya bertemu dengan sebuah kereta kacil yang dirempuh oleh trailer, ramai org berkumpul di situ, mangsa pun belum keluar dr kereta, tapi saya tak berhenti pun, takut nanti menambah lagi bilangan kereta yg kene langgar. Trailernya pula dah termasuk ke dalam belukar, nampaknya kecedaraan mangsa2 tak teruk sangat.

Tak sampai sejam memandu pulak, terjumpa sebuah kereta Waja yang dah terbalik, roda ke atas, ni mesti terbabas sendiri, ada ebuah kereta peronda Polis disebelah kenderaan, nampak pemandunya elok berdiri, tak cedera la tu.

Setelah berjumpa 2 kemalangan, saya suruh driver berhenti tido jer la, sebab dia mengantuk sangat, semalaman memancing tak tido2. saya tak nak la jadi sebahagian dari statistik kemalangan Jalan raya Timur Barat....

itik dan lalat

Thursday, September 2, 2004

hari Audit

hari ni bz skit, pepagi lagi dah pegi kemas bilik untuk auditor.

lepas tu 'cha alif but' la. memula saya ngan sorang lagi kawan gi makan meehun sup, pas tu pegi Pasaraya pukul sembilan, tapi tak bukak la pulak. round2 sekitar kawasan pasaraya.

tetiba ada call, kawan call kata saya terpilih untuk diaudit...chesss...penat2 aku lari, kene jugak. patutnya saya off jer tepon.

lepas dapat panggilan tak terus balik, round lagi bandaraya. pas tu baru la balik.

print apa yang patut, pas tu terpaksa lah pegi ke bilik auditor, bawak lak segala fail dan dokumen berkaitan, tengah menunggu giliran, tetiba terpandang satu kesilapan pada salah satu dokumen, cepat2 naik ke bilik dan print dokumen yg baru....selamat!

auditor kali ni baik sungguh, selepas berkenalan sikit2, dia mintak la dokumen2 yg berkaitan. nasib baik semuanya lengkap.keje pun jadi mudah. dah habis proses audit sempat la dia tanya dlu blajar kat mana, pernah keje kat mana. nampaknya dia pandang jugak U tempat saya berlajar dlu.

masa kita blajar dlu, kita rasa U kita biasa2 jer, tapi pada pandangan org lain, lain la pulak, macam dasat jer, kembang la hidung kejap bila dia puji2 U kita, walaupun masa blajar dlu tak score lansung.

lepas audit, ikut adiema gi makro jap, pas tu singgah JJ. harap di hati nak beli kek untuk birthday kita sendiri, tapi rasa cam membazir jer. nak harapkan org beli tak de la pulak. apa la nasib....

tapi masa gi macro sempatla saya beli kek sifon yang harganya RM2.7...jadikla..asalkan jangan kempunan....ekekeke

Wednesday, September 1, 2004

Cendawan SUp Obor2

Siakap 9.75 kilo.

Saya dah boring mancing, ikan tak lekat jugak kat mata kail.

Saya bagi balik joran pada driver, driver mengantuk tapi dia nak mancing juga. Masa tu dah subuh.

Selepas tukar umpan driver bagi joran kat saya. Katanya dia nak buat umpan baru la pulak. Saya pun pegang joran. Saya rasa ada ikan yang mengggigit umpan, saya biarkan saje.

Ikan tu gigit lagi dan dia tarik umpan, saya pun geram. Saya sentap tali joran dan gulung tali. Tetiba ikan tu tarik balik tali sehingga berbunyi mesin. Saya terdorong ke depan, nasib baik tak jatuh dari jeti terus masuk dalam laut.

Saya rasa ini mesti ikan besar punya. Cepat2 saya bagi joran kat driver, sebab saya tak brapa pandai.

Driver pun gulung tali, terdengar lagi mesin jenama DAIWA Emblem berbunyi. Tali yang digunakan cuma tali 15 paun dengan perambut 25 paun. Driver bersungguh sungguh melemah ikan. Ikan masuk bawah jeti. Driver gulung tali dan paksa ikan keluar. Tetiba saya nampak ikan tu naik ke permukaan, kawan driver kata ikan siakap dalam 2 kilo.

Pas tu ikan masuk balik dalam air. Driver bersungguh sungguh melemah kan ikan, ikan naik sekali lagi, kali ni kawan driver kata ikan Yu la pulak.

Ikan masuk balik dalam air, driver gulung tali tak kasi can lansung pada ikan. Driver menggunakan segala kepakaran dan pengalamanya dalam arena pemancingan. Tapi saya dah putus harap dah masa tu, dah dekat 10 minit, ikan tak mahu beralah. Tak dapat pun tak pe la. Lagipun mustahil nak naikkan ikan ke atas jeti.

Akhirnya kelibat ikan pun kelihatan. Mmg ikan siakap, dia dah tak larat melawan lagi. Driver seret ikan bersama joran ke tangga jeti, punyala jauh, lepas tu risau ikan bertenaga semula dan melawan.

Sampai kat tangga jeti perlahan lahan ikan dinaikkan dengan bantuan kawan driver. Besar sungguh, bukannya 2 kilo. Setelah naik ke atas jeti saya pegang ikan kat insangnya dan jinjing, berat sungguh, saya ukur panjangnya lebih tinggi dari pinggang saya.

Ada 2-3 pekerja jeti yang datang melihat. Setelah ditimbang ikan tu seberat 9.75 kilo. Nampaknya mulut saya masin, mmg ikan kakap semilan kilo makan kail kitorg walaupun bukan kat Bukit Keluang.

Menurut kata org2 di jeti, tak pernah ikan siakap sebesar itu dipancing kat jeti tu, paling besar pun Cuma 2 kilo. Setelah diorang perhatikan tali dan perambut yang digunakan, lagi la diorang tak percaya.

Kata mereka lagi, dawai yg mereka gunakan pun selalunya putus, takkan la tali 15 paun boleh naikkan ikan siakap sebesar tu.

Tapi itu semua tak mustahil kalau dah rezeki, lagipun tangan saya ni mmg bertuah.

Semakin cerah cuaca semakin ramai org yg datang ke jeti, siap suruh tangkap gambar lagi. Tapi masa tu kami tak bawa kamera. Ada yg menggangarkan kalau dijual ikan tu harganya dalam seratus lebih.

Saya dan driver merasa terlalu bangga, sehingga tak sedar asik menyengih dan kembang hidung.

Kami pun menyiapkan alatan dan beredar dari situ sambil menyeret ikan sebab tak larat nak jinjing. Kat jeti tu ramai peraih2 yg sedang menawar ikan. Saya nampak dari jauh sorang pok cik mengejar kami dr belakang.

Apabila sampai, dia tanya pasal ikan tu, kat mana dapat dan nak jual ker....tanyanya. driver tanya kat saya, saya kata jual ajer la, bukanya larat makan pun, lagipun perjalanan balik jauh. Kotak ikan yg kami bawa tak muat pun ikan tu.

Pok cik tu tanya berapa harga, driver yg terlebih pandai cakap RM70 ringgit, pok cik tawar jadi RM60, dan terjual la ikan siakap yg menjadi kebanggaan kami. Patutnya jual lagi mahal....ish...ish...ish....

Mangkuk

Sampai kat satu tempat nama Mangkuk dekat pantai penarik kami berhenti makan tengahari, nampak ada pantai berdekatan situ, saya makan nasik ngan singgang ikan aye, driver makan nasik ngan daging yg ada lalat dan sayur masak lemak yg ada ikan sbg rencah. Driver tak larat makan sebab ada lalat dan jugak sayur tu ada ikan (driver tak suka makan ikan). Tapi makanan kat situ mmg murah berbanding Kota Bahru, mungkin sebab ada lalat sebagai penyeri kut.

Lepas makan teruskan perjalanan, nampak pulak ada org jual keropok losong, beli skit, sebatang Cuma 20 sen (yang dah digoreng). Banyak tulang dalamnya, nasib baik tak tercekik tapi rasanya bole la tahan, saya jugak beli keropok ringan buat buah tangan kat mak saya.

Driver sempat bertanya kat mana ada pot mancing kat situ, org jual kepok tu cakap ada kuala dekat dengan kedai makan tadi dan tunjukkan arahnya sekali.

Kami teruskan perjalanan dan nampak ada org jual ikan kat tepi jalan, kami beli sotong, ikan selar dan udang sikit utk buat umpan. Kami patah balik dan pegi ke kuala yang dibagitau dik pok cik jual kepok tu.

Jalannya kene masuk kampung nelayan, banyak betui kubur kat kampung tu, ada 2-3 kawasan, nampaknya kubur kat situ lebih banyak daripada ahli kampungnya, kubur2 tu nampak macam kubur2 lama, akhirnya kami sampai kat hujung kampung dan bertemu dengan kebun kelapa yang sungguh luas, kena la pulak lalu kebun yang sunyi senyap tu, jauh jugak, akhirnya barulah nampak jeti, berkunci pintunya.

Kami tak memancing kat jeti tapi mancing dekat bawah pokok rhu, airnya jernih, jauh berbeza dengan sungai2 biasa yang saya jumpa, saya rasa ir tu kat lidah, tawar kalau minum mungkin rasa payau kut.tapi tak sampai hati pulak la nak minum. Nampak ikan kecik2 bermain kat gigi air,. Pas tu saya nampak ada ikan semilang yg mati.

Driver pun pasang umpan, kain dipasang ngan batu ladung saiz 4, tapi kailt tetap dibawa arus, masa tu air surut, jadi arus laju la skit. Saja nak test ada ke ikan kat situ, selalunya air surut ikan kurang makan. Driver gulung tali dan tengok umpan habis tapi ikan tak dapat. Saya pulak dah naik boring, masuk dalam kereta dan bercadang nak tido sajer.

Tengah sedap2 saya nak terlelap, driver terus suruh packing barang dan blah dari situ, katanya tak best la pulak mancing situ, lagi pun kat situ sunyi sangat, ada pokok kelapa jer, tak de org.

Driver teringat ingat jeti kat Bukit Keluang, dia nak mancing kat situ la pulak,terpaksa la patah balik ke Kuala Besut, masa tu dah pukul sepuluh malam. Kami tengok kat jeti tu tak de org pun, kawasannya sunyi sangat dan masa tu pulak bulan tengah mengambang. Cuma ada bunyi enjin bot dan nampak lampu kat tebing belah sana.

Kami pasang umpan dan mula memancing, masa tu air surut juga, saya rasa lain macam jer, pas tu kail pulak tersangkut, bulu roma meremang jer, tetiba driver ajak blah dr situ, saya mengikut sajer, driver kata ada banyak nyamuk, saya diam jer, malas nak kata apa2.dah jauh dr situ baru saya bagitau driver, kata driver lepas saya cakap jer, terus dia rasa bulu romanya meremang jugak.

Kami kemudiannya ke pantai Air Tawar, masuk dalam kawasan pokok hu mencari jeti perikanan kat situ, masa tu dah tengah malam, sunyi jer, rasa cam tak best jer akhirnya kami pegi ke kawasan dekat dengan pusat pemeriksaan Polis di situ.

Driver parking kereta bawah jambatan. Saya dah letih sangat. Saya tido jer dalam kereta. Lantak pi la driver mancing sensorang.

Malam tu hujan lebat, saya tido sampai tak sedo aper. Masa nak dekat subuh tetiba2 ada org ketuk cermin kereta. Saya terjaga. Rupa2nya driver, dia ajak saya gi mancing. driver dah masuk dalam kawasan jeti perikanan (kawasan larangan memancing). Dia ajak saya ke situ, masa tu saya tengah pening2 lalat baru bangun tido, kena lalu kat batu2, an nyaris tak jatuh ke dalam laut. Sampai kat dalam kawasan jeti, saya tengok driver dah ader kawan. Org tempatan, dia guna pancing kami.

Saya tengok dalam bekas ikan, ada la ikan kecik2 kerapu dan ikan duri. Tetiba kawan driver dapat ikan siakap kecik ajer. Driver pun pasang umpan dan bagi saya joran, saya pun mancing la. Ada jugak terasa ikan menggigit tapi tak dapat pun.

KAKAP SEMILAN KILO

Pantai Bukit Keluang, Kuala Besut memang cantik, airnya bersih, batunya cantik, tapi tak ramai org datang, mungkin hari tu sabtu bukan hari Jumaat.

Dalam perjalanan ke pantai ada kawasan yang dipenuhi air berwarna kehitaman, boleh nampak riak2