|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Tuesday, February 1, 2005
SAYA TEngah makan mee pagi tadi
yer la lapar tau, hari ni bz gile, sampai tak sempat nak makan.
sebenarnya saya tak brapa syesuei makan mee ni, nanti sakit perut cam ssmalam. smalam pun makan mee goreng kat satu kedai maMAK sbb tak de pilihan lain, sama la macam ari ni.
dulu semalam, driver jumpa hantu kat restoren yg baru dia bukak. dia kata la. siap pangil ustaz suruh halau hantu tu dari kedai sbb hantu tu degil.
peh tu driver jumpa sejenis serangga yg pelik kat kedai tu. peh tu bila dibunuh/ dilenyek dia pengsan/mati, peh tu idup balik. cam misteri jer.
nanti la saya sambung, saya nak makan mee dulu yer...
136209 |
Dipos oleh sofeanny at 12:59
|
Nak kata apa2? [2]
menyampah...
banyak sangat menyampah kat boss baru..... eiii...rasa nak santau je
136204 |
Dipos oleh sofeanny at 12:35
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, January 31, 2005
Gambo saya sewaktu di Thailand

baru je lepas mengubah weblog org lain, tapi nampak lebey kurang je ngan weblog saya sbb yg tu paling senang dibuat, saya ni bukannya mahir dalam donia HTML ni, main hantam dan guna kaedah cuba jaya jerrr.
136098 |
Dipos oleh sofeanny at 13:28
|
Nak kata apa2? [0]
sarapan pagi tadi
hai...hai...hai! hari ni teringin nak gi satu tempat sarapan yg sering diperkatakan org. saya pun pegi dengan 2 lagi kengkawan. naik kete kengkawan tu la.
masa kete tu kat tgh jalan, kawan punya kete kata tingkap tak tutup abis, saya pun tengok sambil hulur jari kat tingkap tu, tetiba ada tangan gatal tekan button tingkap, apalagi...jari saya yg comel dan menawan pun tersepit la. sakitnya.......tiga2 org menjerit srentak. tak tertahan saya menanggung sakitnya, sampai sekarang jari masih sakit masa menaip...jari telunjuk la pulak tu, dah la saya menaip pakai 2 jari je.
kengkawan tu sibuk gelak. saya punya la tahan sakit. saya marah diorang dan suruh senyap sbb sakit sgt. diorang pun dia membisu sbb takut kena penampo...ekekeke. peh tu sempat lak cakap, sakit sangat yer kak sofe sampai rasa nak tampo org. saya jawab memang la...rasa nak tampo engkau.
diorang memang tak salah, yg salah saya la. tapi sbb sakit sangat rasa nak tampo semua org yg berdekatan. kalau ada polis trafik yg jaga kat lampu isyarat tu pun saya rasa nak turun tampo dia. peh tu cakap maap ye tok....tak tahan sangat sakitnya..
peh tu sampai la kat tempat yg dicari. mak aii...cam dalam utan, siap bole jumpa monyet dalam sangkar. terkejut rasanya. cam pegi kat negeri lain.
punya la ramai org makan kat situ tapi majoritinya kaum lelaki. ramai pulak yg pandang2, terperasan la sikit kan, biasa la. jalan pun kontrol ayu je. mana la tau, ade yg berkenan. ..ekekekeke... acah je tu.
alamak makan kat situ tak sedap la, gaknya sesuai dengan selera org lelaki jer kut. lain kali tanak datang situ dah la. tapi masa pakcik kedai tu bersihkan meja, dia ajak datang kenduri kawin anak dia. kenai pun idak. tanak datang la. kedai tu blakang umah dia jer. suasananya kampung sangat, cam tak percaya ada kat bandaraya.
136080 |
Dipos oleh sofeanny at 11:18
|
Nak kata apa2? [0]
mINGGU DEPAN CUTI LAGI
minggu depan cuti panjang lagi, tapi yg tak bestnya duit kurang, kalau banyak leh gi tido kat Cameron Highland maklum la sekarang kan musim panas. dudk rumah menjahit jer la nampaknya musim cuti ni.
korang pecaya tak kalau saya kata, keje kilang ada banyak cuti. korang kena pecaya sbb kilang yg adik saya keje dlu manyak cutinya mengalahkan keje kerajaan, tapi gajinya ciput jer la. tapi kalau nak carik duit lebih bole jugak sbb pd hari2 cuti tu bole amik OT. tapi tompek saya keje ni tak de la OT pulak. kalau Ot pun tak de dapat gajinya. hari2 pun saya Ot baca blog...ekekeee. rasa cam nak buat keje sampingan jer la. tapi tak de kenderaan syesuei, yg ada basikal jer. tak syesuei lansung....org pun tanak amik keje.
136065 |
Dipos oleh sofeanny at 8:47
|
Nak kata apa2? [0]
Saturday, January 29, 2005
ari ni kena kerja
pagi2 lagi saya dah pegi keje, selalunya cam tu la. org lain belum datang lagi, saya dah datang, org dah semua balik, saya belum pun balik lagi. kira saya ni datang paling awal dan balik paling lambat la.
tapi hari ni tadi, saya rasa boring, tgh saya baca2 blog org lain tetiba boss berhaluan DAP masuk opis saya. dia kata: U ni asik sibuk internet yer, i antar e mail tapi tak bole, sbb u punya mailbox dah penuh, apa u buat?
eee...eh...bio btui dia ni, saya ni sentiasa mengemas kini mailbox saya, lagipun itulah pekara pertama yg saya buat setiap pagi saya datang keje.
saya pun bukak email saya dan tunjuk senarai e mail saya, bersih dan cantik tersusun, email yg saya tinggal kan dalam mailbox tu semuanya daripada org penting2, boss tu terdiam bila nengok mailbox saya, saya kata kat dia, mail yg dia bagi pagi tadi dah pun saya delete sbb tugas yg dia bagi tu dah pun siap semalam.
dia diam lagi. saya rasa mesti dia dah silap org, dulu pun cenggitu jugak, dia kata saya belum anto dokumen, bio btui, saya yg paling awal anto dan paling banyak, dia kata belum anta lagi, bila saya tengok check list dia, nama budak lain yg dekat2 ngan nama saya, tapi nama saya ada hurup 'E', budak tu tak do. peh tu nama yg belakang lain sangat, nama saya lain. apa la, tak reti baca ke org tua ni agaknya.
peh tu boss berhaluan DAP kata dia nak balik bilik dia nak check balik reminder yg kata mailbox penuh tu. tu la, kan dah malu, walaupun saya ni kalau 10 jam keje sentiASA ngadap komputer pun, saya tetap laksanakan tugas saya on time. bukan cam budak lagi sorang tu, asik nak meregek je. melawa siang malam, keje tak siap. kengkonon nak jadik yg paling vogue kat kampeni ni. apa bole buat kan, perempuan...
lepas tu saya pun try kasik email kat budak tu, hah! sah mmg mailbox dia penuh sbb tak diselenggara.
lepas tu saya boring rasanya duk kat opis, saya pun balik umah, peh tu tringin lak nak gi pasar. saya pun gi pasar, beli kerang, taugeh dan pucuk paku, saya nak buat kerabu. tapi belum la buat lagi, esok ke, petang nanti ker.
peh tu saya balik umah balik dan tido sekejap. peh tu rasa boring lak, saya pun pegi keje balik, naik teksi.....
135932 |
Dipos oleh sofeanny at 13:54
|
Nak kata apa2? [4]
Friday, January 28, 2005

135866 |
Dipos oleh sofeanny at 16:52
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, January 27, 2005

135773 |
Dipos oleh sofeanny at 15:03
|
Nak kata apa2? [0]
135772 |
Dipos oleh sofeanny at 15:03
|
Nak kata apa2? [0]
MUNGKIN....tiada aedes di rumah ku
sekarang ni org sibuk memperkatakan kes2 denggi yg semakin meningkat berkali kali ganda daripada selalu. chewah, cam rencana kat majalah la pulak. namun begitu, di rumah saya, rasanya nyamuk aedes semuanya telah pupus.
ini kerana bole dikatakan tetiap hari rumah saya diasapkan menyebabkan nyamuk lari bertempiaran.
bukanlah pegawai2 kesihatan di tempat saya terlalu rajin atau sebagainya, ataupun syarikat swasta yg rajin mengutip duit menangguk di air yg keruh pada musim denggi ini mengasapkan rumah saya. tetapi rumah saya di asapkan oleh satu badan sukerela yg di kendalikan oleh tak lain tak bukan oleh driver saya sendiri. proses ini hanya bermodalkan minyak petrol sahaja, bukan seperti yg dilakukan oleh kementerian kesihatan yg beserta dengan racun pembunuh nyamuk.
setiap pagi semasa menghantar saya pergi kerja, kereta Wira buruk berkarat yg berenjin turbo yg dipandu oleh driver sekarang ini akan mengeluarkan asap yg sangat tebal, sehinggakan nyamuk2 bole mati kelemasan. begitu jugalah yg berlaku apabila driver terpaksa menjalankan tugas menghantar saya ke mana mana. kekadang 3-4 kali nyamuk2 di rumah saya diasapkan oleh Wira Turbo tersebut, sehinggakan tuan rumahnya iaitu saya sendiri pun naik itam lubang hidung kerana terhidu asap Wira tersebut.
disamping itu Wira tersebut juga terpaksa di matikan enjinya sewaktu menunggu giliran di mana2 lampu isyarat. ini kerana ditakuti pemandu2 di belakang kami akan naik marah disebabkan kelemasan oleh asap Wira tersebut.
driver juga menjadi agak gerun jikalau ternampak mana2 pajero berwarna biru gelap kerana disangkanya Pajero JPJ. dia takut pihak Jpj akan menahannya kerana membawa kereta yg berasap tebal.
dengan itu, setiap hari, driver terpaksa mematikan enjin wira sebanyak dua kali sebelum saya sampai ke opis kerana ada dua lampu isyarat yg perlu dilalui sebelum sampai ke opis saya.
135742 |
Dipos oleh sofeanny at 10:01
|
Nak kata apa2? [2]
ingat rosak...!
Smalam, weblog ni rosak la pulak, nyampah btui, pantang la line down mesti nak rosak, apa la....rasa nak tampo je.
hari ni saya pakai baju kurung kedua yg saya jahit sendiri, ianya berwarna ungu berbunga kuning kecoklatan. baju kali ni saya terbuat kecik la sikit, yg dulu pulak besar sangat, tak berapa mahir lagi ni, kalau nak mahir kena la selalu buat baju.
135737 |
Dipos oleh sofeanny at 8:44
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, January 26, 2005
dilantik
hari ni dapat lagi satu surat perlantikan, berkuatkuasa 3 Januari 2005. maknanya dapat lagi la kerja yg meyusahkan diri sendiri tanpa dapat elaun tambahan.
peh tu yg lagi bestsya daripada bahagian saya ada seramai nam orang dan saya lah satu2nya pompuan, alamatnya keboringan le saya nanti.
harap2nya lepaih ni bole buat kerja kat luar dan dapat klaim apa2, tapi lambat lagi le nampaknya sebab baru er dilantik, org pun tak percaya lagi...
135681 |
Dipos oleh sofeanny at 9:24
|
Nak kata apa2? [3]
dari email

135671 |
Dipos oleh sofeanny at 8:22
|
Nak kata apa2? [0]
Kelmarin lagi...
pakcik driver meninggal, hari punya la panas, semalam saya singgah umah kakak saya kat Cheras, masa balik nak mengelakkan kesesakan lalulintas ke UTARA kami tepaksa lalu 3 buah tol tambahan, memang tak jam lansung tapi dompet ku yg jem, satu limaploh sen, satu lagi serengget limaplohsen dan terakhir NKVE limaplohsen lagi.
pas tu masuk tol plus, lagi la rabak.....
135669 |
Dipos oleh sofeanny at 7:34
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, January 20, 2005
AKAK CUTI LIMA ARI DEKKKKKK!
135132 |
Dipos oleh sofeanny at 16:11
|
Nak kata apa2? [3]
opis ku lengang
aiiiii... tinggal saya sorang jer manusia pompuan kat sini, yg lain dah ke mana la cha alip bot nya. musti semuanya ponteng keje, balik umah/kampung nak sambut raya aji. ala...bawak2 la bersabo kalau yer pun nak raya, ada ka patut tinggalkan saya sorang kerja kat opis ni.
nampaknya terpaksa la saya melayan klien2 diorang. menyusahkan btui. dah la 'cap nama' saya ilang. susah tui. nak kena buat baru la ni.doit lagi!
tadi saya turun kat bawah, ada org jual goreng pisang, saya beli la lebih skit, kengkunun nak bagi kengkawan. sekor pun tak de. banyak lagi gureng pisang ni ha! tak larat saya makan surang.
ada sesapa teringin? kalau ader sesapa yg opis nya berdekatan ngan saya mai la sini makan pisang goreng, nanti tak abis membazir la pulak.
135125 |
Dipos oleh sofeanny at 15:13
|
Nak kata apa2? [5]
terjumpa lagi......

135118 |
Dipos oleh sofeanny at 14:42
|
Nak kata apa2? [0]
terjumpa gambar ni

135115 |
Dipos oleh sofeanny at 14:39
|
Nak kata apa2? [0]

135110 |
Dipos oleh sofeanny at 13:50
|
Nak kata apa2? [0]
eksiden lagi
semalam sebelum balik umah tido, saya gi ke satu pekan kecil untuk menukar fius kereta wira. toke kedai tu dah lama kenal driver. walaupun jauh, kitorg sanggup datang sebab dia takkan tipu kerosakan yg ada pada kereta dan bayaran selalunya minimum, maklum la kawan walaupun berbangsa lain.
masa nak balik selepas shopping kain kat pekan tu, ada banyak kereta menunggu giliran nak berjalan dan saya nampak sebuah ambulan dihadapan. belah kanan tepi jalan ada sebuah moto dan ada org yg terbaring di atas rumput. mangsa eksiden la tu. motonya nampak ok jer, tapi orgnya tak bergerak gerak. driver kata dah mati kut. peh tu saya nampak org ambulan angkat masuk ambulan.
tak lama peh tu baru la kereta bergerak. driver kata kat tempat org tu baring ada banyak darah, saya tak berani nak tengok takut ngeri. mana tau ada tangan ke kakinya yg tertinggal. tapi kalau ada yg tercabut mesti la dia bawak sekali atas ambulan yer tak.
saya tak berani nak tengok2 mangsa eksiden. dlu pernah sekali masa kat johor, nampak org dah kena tutup ngan surat kabar, satu bahagian nampak kaki sikit, satu bahagian lagi nampak topi keledar sikit. aiseh, masa tu dah terpikir badan org tu putus dua, eiiii...darah pulak melimpah tengah jalan.
terpikir pikir masa tu, kira macam siang terbayang malam merindu la. peh tu dengar cerita rupanya dua org yg terbunuh, bukannya sorang terputus dua. tak de la ngeri sangat berbanding apa yg dibayangkan sebelum tu.
135109 |
Dipos oleh sofeanny at 13:45
|
Nak kata apa2? [0]
Kelmarin (maksudnya hari sebelum semalam)
saya tertinggal lagi kunci rumah dan kunci opis sekali dalam opis. punyalah bengang, rasa nak terajang je pintu rumah. terpaksa lah saya naik teksi ke opis dengan harapan boss ada, dan bole mintak kunci.
naik teksi kena bayar RM7 peh tu driver teksi tanya nak balik nanti naik apa, saya cakap jalan kaki, dia kata "jalan kaki!" dengan nada terkejut. yer la, saya jawab, dia offer untuk tunggu saya naik opis dan bayar RM10 utk perjalanan pegi balik. saya pun setuju.
saya naik opis dan tengok tak de saper pun. bengang sekali lagi dan turun bawah naik teksi balik umah. mintak kunci ngan tuan rumah dgn muka yg tebal. dan bayar sewa sekali untuk cover malu....ekekeeke.
esoknya gi kerja. selama beberapa minggu driver bawak kereta Wira dan merehatkan kereta Jepun. tiba2 dia bawak kereta Jepun pulak. lagi sikit nak sampai depan opis tetiba tayarnya pancit, terpaksa berhenti depan masjid dan untukt tukar tayar la pulak. tayar spare dah tak de sebab dulu dah pancit sekali. terpaksa la pulak naik teksi gi amik kereta Wira dan pegi kedai tayar beli 2 biji tayar.
kereta Jepun tu dah la limited edition, jadi setiap org yg lalu, mesti nak berhenti dan tengok2, penat saya nak menjawab soklan sementara nak menunggu tayar baru sampai.
bila tayar dah sampai, masa nak tukar tayar pun bermula. sewaktu nak masukkan tayar, kereta pulak nak berjalan drp jek, terpaksalah saya tahan kat depan, nasib baik tak kene lenyek.
peh tu selesai tukar tayar. nak kena anto kereta wira la pulak. terpaksa sekali lagi saya jadi jaga kereta jepun. sekali lagi jadi kaunter pertanyaan.
peh tu gi opis. boss baru macam silaka. saya menyampah ngan perangai dia, saya pun panggil driver dan balik umah. Ha! Ha! Ha! (gelak bertanduk.)
peh tu ramai la pulak klien tepon, malas nak layan, saya cakap saya bz. peh tu saya tido sesuka hati saya....
135060 |
Dipos oleh sofeanny at 8:30
|
Nak kata apa2? [4]
Tuesday, January 18, 2005

134859 |
Dipos oleh sofeanny at 13:44
|
Nak kata apa2? [0]
ari ni bz btui
bz sesangat ari ni tak macam hari2 lain yg santai. kerja saya ni sebenarnya boleh dikatakan sangat rilek tapi kenkadang ada jugak hari2 yg tenat (bukan iklan tuala wanita) seperti hari ini, tapi tak lah setenat org lain yg bekerja.
pagi tadi saya tak sempat pun sarapan, sempat bungkus nasik lemak, tengahari pukul satu tadi baru la dapat makan. petang ni ada kerja lagi, dah la kene jalan jejauh, macam ni bole kurus makcik...., dah la petang balik keje kena naik bas, ini semua driver punya pasal.
semalam ada sorang 'kakak' tu tanya saya dah beli kete baru ke. saya cakap belum lagi. dia kata saya tak beli2 nak beli yg beso dan mahal ke? saya kata tak de la, nak beli kete buruk jer. akak ni kan tiap2 kali dia jumpa saya mesti dia tanya bila nak beli kereta. dia tu tak pernah nampak hari2 saya datang keje naik kete kut? tu la, pemalas... selalu datang lambat. (tak macam saya yg rajin)
lagi satu akak ni penyibuk btui la. peh tu kan selalu mintak nasihat saya pasal nak hantar anak dia sekolah kat mana. saya ni anak dah le tiga org jer, semua tak pegi sekolah secara rasmi, pegi sekolah pun sebab ikut saya jer sebab diorang tu anak mata (twin) dan anak tekak saya. itupun nak mintak nasihat saya lagi.
eh ter'ketupat' la pulak. sebenarnya nak cerita pasal bz kelain la pulak.
bz bz saya pun sempat lagi hantar 2 post untuk hari ni....ekekeke
134858 |
Dipos oleh sofeanny at 13:32
|
Nak kata apa2? [2]
monyet lutsinar wanita berbaju biru
 Pada suatu hari yang indah saya telah ke satu pekan kecil untuk membeli belah.selepas penat berjalan jalan saya pun ingin pulang.
saya pun membeli tiket di kaunter dan menunggu bas tiba. malangnya bas lambat daripada jadualnya. untuk mengisi masa saya telah berjalan di kedai2 disekitar stesen bas.
sewaktu saya sampai di sebuah kedai menjual minuman dan makanan ringan, saya terpandang seorang wanita berbangsa India berbaju punjabi biru sepertinya baju deepavali yang masih baru dan cantik. wanita itu berbadan agak gempal dan ditangannya ada sebuah alat permainan berbentuk seokor monyet dan di dalam badan monyet lutsinar itu ada kedapatan gula2 berbagai warna.
wanita itu sedang bercakap dengan pakcik itu, dia menghulurkan monyet lutsinar itu kepada pakcik kedai, sambil meminta pakcik kedai memberi balik wangnya. pakcik kedai buat tak layan jer. wanita itu pula merayu rayu walaupun setelah tidak dilayan berkali kali permintaannya itu.
sehinggalah saya beredar dari kedai, dia masih lagi di situ.
saya pun kembali ke tempat menunggu bas. saya nampak wanita itu lagi sekali menghulurkan monyet kepada mana2 penumpang yg dia jumpai sambil meminta duit. pada ketika itu saya rasa wanita itu tak berapa btui. tapi saya kesian tengok dia. penampilannya tak nampak macam org tak betui tapi caranya tu mengesahkan yg dia sudah ader yg kureng.
saya tringin jer beli monyet lutsinar tu supaya wanita itu tidak merayau2 dan merayu2 kat org lain. namun begitu, wanita itu tanak pun datang menjual monyet tu kat saya. sampaila saya naik bas, saya masih nampak wanita itu berlegar legar mencari pelanggan untuk membeli monyet lutsinarnya.
134816 |
Dipos oleh sofeanny at 9:02
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, January 17, 2005
Semoga Panjang Usianya

134722 |
Dipos oleh sofeanny at 9:51
|
Nak kata apa2? [3]
Ulang tahun yang pertama dan satu hari
semalam weblog sofeanny ni genap setahun dibina. hari ini dia berumur setahun satu hari, tahniah kepada penaipnya iaitu saya sendiri......
134721 |
Dipos oleh sofeanny at 9:50
|
Nak kata apa2? [6]
sangat berbangga
 Saya sangat berbangga kerana hari ini saya memakai baju kurung berwarna indigo berbunga ungu berdaun hijau yang saya jahit sendiri, sepatutnya ini baju raya aji tapi saya menjadi tersangat bangga dan terpaksa memakainya hari ini jugak. baju ini baru saya siap jahit semalam.
pada hari sabtu seawal jam 7 pagi saya sudah mula memotong kain yg saya beli di Kamdar. saya potong bahagian2 menurut baju contoh yg telah saya tiru. selesai memotong saya pun memasukkan potongan2 kain tersebut ke dalam beg plastik.
pukul lapan pagi saya dan driver pegi sarapan kemudian singgah di sebuah kedai jahit untuk menyuruhjahit tepi bahagian2 kain tersebut. saya cuma perlu membayar serengget untuk jahitan tepi tersebut.
selepas itu saya pulang kerumah. saya pun mula menjahit bahagian baju sehingga siap termasuklah jahitan tangan pada leher, hujung tangan dan bahagian bawah baju.
hari ahad, pepagi saya pegi sarapan lagi, kemudian balik dan mula menjahit bahagian kain baju kurung pula sehingga siap.
hari Isnin, saya pun mula memakai baju kurung yg telah siap dan tidak lupa membawa blazer dari rumah kerana hari ini ada sesi tangkap gambar....ekekeke
134719 |
Dipos oleh sofeanny at 9:38
|
Nak kata apa2? [2]
Janggut panjang
 semalam jenjalan waktu malam, berselisih ngan sebuah teksi. pemandu sorang dan penumpang sorang duduk di bahagian hadapan.
pemandu teksi pakai 'ketayap' putih, penumpang disebelah berjanggut panjang dan berserban. anggapan saya dua org sahabat karib sebangsa seagama sedang menaiki teksi untuk ke sebuah majlis agama.
kemudian apabila teksi berada btul2 bersebelahan baru saya perasan yg penumpang tersebut rupa2nya seorang Sikh yang berjanggut panjang sampai ke dada dan berserban putar bukannya berserban cam Nik Aziz.
tu jangan pandang sekali ajer kena pandang banyak kali barulah betui2 pasti.
134718 |
Dipos oleh sofeanny at 9:21
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, January 14, 2005
Rerama

134585 |
Dipos oleh sofeanny at 14:30
|
Nak kata apa2? [0]
mesyuarat pagi tadi
biasa la ada org berucap ucap, ada jugak kisah Tsunami, peh tu hulur2 kotak suruh derma. saya tak masukkan duit pun sebab saya malas nak nampak riak menderma yg org nampak (sebenarnya tak cukup duit). saya ada jugak derma utk mangsa Tsunami tapi guna tepon jer (eh! terbagitau la pulak, bukan utk tujuan riak)
ada sorang makcik tu, 2-3 minggu ni, perangainya asik menyakitkan hati jer, kenkadang rasa pelik kenapa lain macam sangat menyampahnya kat dia. ada sorang lagi kawan tu kata cam nak pelempang jer bila tengok muka dia. agaknya dia kena 'pembenci' kut. tetiba jer rasa menyampah yg teramat sangat kat dia, bukan saya sorang tapi ramai lagi.
ada kawan kata tak mungkin dia kena 'pembenci' tu sebab kalau betui2 kena mesti kitorg tak bincangkan pekara tu, mesti kitorg rasa cam tak sedar jer. bila pikir2 balik rasa cam btui juga kata kawan tu.
bila berkumpul rasa nak buat 'ketupat' jer pasal dia. macam dah tak bole nak elak lagi. tak tau la kenapa. macam dalam misteri jer...ekekeke
134579 |
Dipos oleh sofeanny at 14:11
|
Nak kata apa2? [4]
petang yang malang
dah la kete driver pecah karburatornya....
saya panggil teksi, sekali tak datang, pangil dua kali tak datang jugak.. mengabiskan kredit tepon jer
peh tu tunggu bas, banyak bas lalu sebelah sana, belah sini tak nak lalu
teksi yg lalu tepi jalan semuanya dah ada penumpang
hari hujan.. tak leh nak jalan kaki....
last2 jalan kaki jugak, sebab hari dah nak malam...terjumpa sekawan lembu yg jeling kat kita semacam jer, macam nak sondol jer.....
balik rumah, mangkuk pecah lagi...,.mangkuk cantik yg beli kat Langkawi lagi......
nanti la sambung...ari ni pun tak best sebab ada mesyuarat.....terpaksa sejuk beku lagiiiii
134497 |
Dipos oleh sofeanny at 8:37
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, January 13, 2005
teka la....teka laaaa
salah satu hobi saya ialah mengumpul teka teki sejak dari bebudak dulu, tadi saya terjumpa satu majalah remaja yg dah lama...rasa2nya keluaran dis 2003, dalamnya ada teka teki:
1. dlm byk2 mi, mi apa yg tak leh makan? 2. anak negro mandi di laut merah 3. byk2 bunga, bunga apa warna hitam? 4. bdnnya hijau, matanya merah, bila berjln mengundur, tahi warna kelabu tahi anjing.... 4. bhgn pokok kelapa, yg mana satukah yg bermula ngan huruf V? 5. dalam byk2 lembu, lembu apa dicari org?
kalau rajin sila la jawab....
134429 |
Dipos oleh sofeanny at 16:56
|
Nak kata apa2? [6]
roket dan lelayang

134423 |
Dipos oleh sofeanny at 15:43
|
Nak kata apa2? [0]
tengok bawah katil

134422 |
Dipos oleh sofeanny at 15:36
|
Nak kata apa2? [0]
DI AJAK TUMPANG
bebaru ni saya balik umah lepas waktu opis jalan kaki. pada hari tu, saya sibuk menyusun meja kat opis, dengan itu pingggang saya ada sedikit sakit, maklum la...org tua.
jadi sewaktu berjalan pulang dgn memakai sandal tumit tingggi, pinggang saya menjadi semakin sakit. saya terpaksa berhenti dua tiga kali, bagi mengurangkan sedikit sakit pinggang saya. cuaca hari itu pula, amboi bukan main panasnya, menusuk nusuk bagaikan pancaran api gas dapur.
teringin saja rasanya saya, berjalan kaki ayam pulang ke rumah, kalau saya tau hari itu saya akan berjalan kaki pulang, nescaya itu akan saya pakai selipar jepun sajer ke opis. namun kita hanya merancang tuhan sajer yg menentukannya.
semasa saya sibuk berjalan dan berhenti itu, tiba2 saya terdengar bunyi enjin moto perlahan lahan di belakang saya. saya gabra jugak, takut peragut yg datang, sbb masa saya kena ragut dulu cenggitu la keadaannya.
saya pun cepat2 berpaling ke belakang, saya nampak seorang pemuda diatas sebuah moto kapcai. mukanya macam ku kenal. dia pun bersuara. orgnya gempal sedikit, mukanya cam baik2 jer..cam muka tak bersalah..(mmg tak bersalah pun). kata pemuda itu:
"marilah tumpang moto saya"
saya jawab:
"tak per ler, rumah saya dekat jer tu, lagi skit jer"
saya pun terus berjalan tapi pemuda itu tetap tak berganjak, mukanya kelihatan sedikit sesal, saya rasa bersalah la pulak, bukan saya tanak tumpang dia, nak sangat sebenarnya, rumah saya pun jauh lagi. tapi saya malu la nak naik moto ngan dia, nanti nak naik moto tu satu hal, takkan nak pegang2 kut, kesian dia dan saya. lagipun nanti org ingat ada skandal pulak. seorang tua dan seorang pemuda....
saya pun berkata sekali lagi:
" terima kasih banyak la, tak per tak per saya jalan yer...."
dia masih td berganjak. bila saya sampai kat simpang, barulah dia pun pergi dengan motonya. kesian pulak mengingatkan dia.
nasib baik dia tak ikut saya dari belakang, kalau idak mesti dia tau saya menipu dia.. sebabb rumah saya jauh lagi....bukannya dekat cam saya cakap kat dia.
bila dah sampai rumah baru la saya ingat sapa dia tu, klien lama saya yg jadi klien baru untuk tahun ni, patut la dia baik sangat. lain kali bawak le bas ke lori ker, ferrari ker...bole la saya tumpang...ekekeke
selepas kejadian itu saya rasa segan pulak nak jalan kaki lagi, takut dia ada kat situ dan ajak tumpang sekali lagi, takkan asik nak menolak ajer kan, dengan itu semalam saya naik teksi untuk pulang ke rumah. kesian dompet saya....abis duitnya...
134417 |
Dipos oleh sofeanny at 15:11
|
Nak kata apa2? [2]
kehilangan
semalam, saya check2 beg tangan dan saya pasti dah kehilangan RM200 ....menyampah btui la... dalam sampul lak tu....
134366 |
Dipos oleh sofeanny at 7:09
|
Nak kata apa2? [5]
Wednesday, January 12, 2005
Tangan berkudis

Tujuan cerita ini ditaip bukan untuk menghina sesiapa, cuma nak bercerita untuk pengetahuan umum shj.
bebaru ni, saya dan driver bersarapan di kedai biasa. pada hari itu kedai itu luar biasa penuhnya dengan org ramai.
tiba2 datang seorang pakcik yang kesian. jadi saya pun kesian tengok dia. dia sedang mencari cari tempat kosong untuk duduk. saya pun menghulurkan satu bangku kepadanya, dia pun mengambil bangku plastik itu. tapi dia tak duduk.
tiba2 dia datang dekat dengan driver (nasib baik tak datang dekat ngan saya). dia pun mula berkata-kata:
"adakah sesiapa sedara mara ke yang berkahendakkan lesen moto atau kereta, gerenti lulus punya......bla...bla...bla kat lapangan terbang, kenkadang saya pun ngaja sekali kat sana, jangan risau gerenti lulus, saya ni kerja ngan majlis bandaraya jadi saya tak de kad...bla...bla....bla....bla...."
saya perhatikan driver, mengangguk angguk, sesekali org tua tu macam nak pegang tangan driver. driver pulak nampak takut2.
saya jadi ragu ragu, pakcik ni btui ke.. ke tak btui, saya perhatikan keadaan dia, bukan nak mengata tapi kenyataan, keadaan diri dia buat saya ragu ragu dengan kata2nya...pakcik tu...sori tu sei...matanya agak juling, tangannya pulak dua2 belah berkudis teruk, mungkin disebabkan oleh kerja dia, bukan nak menghina tapi penyakit cam tu bisa berjangkit, patut la driver tu takut2 bila pak cik tu macam nak pegang tangan dia.
pakcik tu terus membebel cam tak bole nak berhenti. nasib baik la masa tu saya dah habis makan, driver cpat2 ajak saya blah dari situ, sambil mengucapkan asssalamualaikum kpd pakcik tu tanda berpisah.
134298 |
Dipos oleh sofeanny at 12:13
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, January 11, 2005
kensel
 hari kerja saya ialah mengkenselkan segala temujanji, semuanya ditangguh ke minggu depan. hari ni saya rasa malas sangat.
lpas tu saya gi makan. ada sorang kawan tu waktu dia makan, dia terbersin, saya ternampak sesuatu telah meluncur keluar dari hidung/mulut dia terus masuk ke pinggan makanan dia. selepas itu saya terus menutup mata kerana tak sanggup melihatnya lagi. rasa nak term...., saya tak pasti apa yg keluar dari hidungnya itu
lpas tu lagi dia mabil garfu dan sudu, sambung balik makan. walaupun setelah saya bagitau ada sesuatu yg keluar dari mulut/hidung dia masuk ke dalam pinggan tu. begitulah cerita yg ....., dia makan sizzling mee...
134171 |
Dipos oleh sofeanny at 12:21
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, January 10, 2005
Beberapa ari ni...
rasa cam penat jer, cam demam je, panadol aktif fast pun dah makan banyak bijik, cam rasa makan gegula jer.
nanti2 la...taip cerita yer..
134046 |
Dipos oleh sofeanny at 13:15
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, January 7, 2005
opis ku yang tinggi
petang tadi saya dah janji nak jumpa ngan sorang pegawai yg duduk kat tingkat paling bawah kat bangunan opis saya atas satu urusan. opis saya di tingkat yang paling atas.
saya pun berjalan turun tangga ngan bawak semua dokumen lengkap, siap bawak fail lagi u..., saya dari semalam dah bersedia kat rumah ngan menda2 yang perlu di bawa. saya pun pegi la ngan konfiden. sampai di sana saya pun menerangkan la tujuan saya. saya pun bagi le dokumen2 tu yang memerlukan cop pegawai tu dengan syarat copnya warena itam. saya dah sediakan dakwat cop warena itam semalam.
saya pun cari la dalam beg saya yg baru beli yang besar tu, alahai...tak jumpa la pulak, yg pegawai tu ada cop warena biru jer la pulak...., org lain yg dekat2 ngan opis dia pun tak de cop warena tu. aii...begang btui. cemana la bole tinggal la pulak. sebelum ni ari2 saya bawak dlm beg, ari penting ni pulak ler dia tertinggal. teruk btui, dah la esok cuti, terpaksa la tangguhkan kerja kepada ari isnin. tak pueh ati btui saya...
terpaksa la menapak semula ke atas. penat btui. kalau saya tau saya tak bawak cop tu, tentu saya duk dendiam depan komputer ni. tak de la penat2 turun tangga peh tu naik tangga balik. rasanya semakin penat drp biasa naik tangga ari sebab kecewa kerja tak siap.
eiiii...begang + geram!
133808 |
Dipos oleh sofeanny at 15:29
|
Nak kata apa2? [5]
Thursday, January 6, 2005
ada sorang budak tu...
nak kata budak sangat pun tak de la budak, dah nikah pun... nak kata baru masuk kerja, tak de la baru sangat, tahun lepas dah keje pun, dah beli kete baru lagi u, bukan kereta tempatan lagi...
dalam banyak2 staff yg bole dikatakan baru ni, rasanya dia la yang paling menyusahkan saya. nak kata goblok, ada diploma, ada ijazah. tapi bila org cakap susah btui dia nak paham. agaknya kene cakap Jawa kut baru dia paham, malangnya saya tak reti cakap jawa.
dia selalu datang jumpa saya mintak dokumen yg tak de. bila kita kata tak de, dia suruh kita buat la pulak. ak e na... hormat la sikit ngan senior, lagipun menda yg dia nak tu memang tak de. bila org cakap tak de, dia tak paham la pulak. kekadang rasa nak lempang jer. tapi takut dia tumbuk saya balik pulak.
rasa2nya kalau nampak muka dia tu nak lari jer, maleh nak berurusan ngan dia buat serabut kepala otak jer, keje yg mudah etiba jer jadik susah...ish...ish!
bebaru ni dia buat hal lagi, aiii rasa nak pelempang jer...rasa jer la...tak berani buat...ekeke
133701 |
Dipos oleh sofeanny at 15:36
|
Nak kata apa2? [3]
Apo la nak tulih

hari ni bz skit, kepala otak pun serabut jer, pagi tadi dah siap lelawa tetiba jer nak ter... panggilan alam, bila driver dah panggil saya masih belum siap lagi, lama la driver tunggu la kereta. bila dah masuk kereta pulak tertinggal dompet la pulak, bukak kunci masuk balik dalam rumah carik beg duit... nasib baik dompet warna merah (angpau) senang la nampak dalam gelap tu.
pasu2 bunga saya habis tonggang terbalik dibuat dek kucing liar 2 beradik, bila memain kat depan rumah saya, diorang pun memainkan sekali pepasu bunga saya... habis semua bunga tercabut cabut.
lepas scan kad, pegi sarapan, hari ni makan kat kedai baru, pesan nasik lomak, sambalnya pedassssss, saya memang tak makan menda pedas2 sangat ni, nanti mengalir air mata, air hidung, air telinga, saya makan nasik nyer aje ngan sikit sambal, mana nasik yg dah kena terlalu banyak sambal saya tinggalkan sajer.
peh tu dapat sms drp rakan seopis, kirim nasik lemak la pulak, ish.... belikan la nasik lemak. pas tu balik opis, taip2, print2, tandatangan2, hantar. selesai. pas tu apa lagi, menaip kat weblog la pulak.
133648 |
Dipos oleh sofeanny at 10:30
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, January 5, 2005
Hari ni rajin

Kengkawan seopis pelik pasal apa saya rajin sangat ari ni. saya ada jawapan untuk pertanyaan merekA tu. sebabnya ialah saya gembira kerana tak perlu bertukar bahagian. kalau saya bertukar bahagian, alamatnya saya akan mendidik diri saya menjadi semakin malas sebab terasa seperti tidak dihargai lansung.
harap2 semangat rajin ni berterusan la kan. jangan sekejap jer.
sebenarnya pekara pertukaran bahagian ni dah heboh kat bahagian2 lain. masa meeting dalam peti sejuk beku semalam, beberapa org kenalan dari bahagian lain telah mengucapkan tahniah palsu kepada saya sebab bertukar bahagian. diorang seronok la sebab diorang tak kena tukar ke bahagian silaka tu. cuba kalau diorang kena, mesti tarik muka patblas... dijamin oleh SIRIM.
sebenarnya bahagian silaka itu ialah bahagian yg paling disayangi oleh boss besar. selalunya org yg kerja kat situ bole dapat cepat kenaikan pangkat. saya tak sudi bertukar ke situ mahupun naik pangkat sebab menyusahkan saja. saya lebih rela jadi org biasa yg ada banyak duit... ekekeke ... daripada menjadi org berpangkat yg ada duit.
Tahun ni kerja saya banyak kepada mengumpul dokumen2 dan juga menterjemah dokumen. itulah cerita rajin saya untuk hari ini.
133520 |
Dipos oleh sofeanny at 15:27
|
Nak kata apa2? [0]
Steambot Menteri Besar


Ada la satu hari tu, dah pukui seblas malam, tak makan lagi dari tengahari jadi lapar sangat la. saya pun ajak driver gi makan kat satu tempat yg dah biasa pergi tapi dah lama tak pegi.
kami pun pegi la ke situ, org dah tak ramai, restoran tu tutup kul 12. saya dan driver pun masuk le ke dalam restoren tu. ada satu meja jer yg ada org makan yg lain kosong je. saya pun pandang2 la kat meja tu semuanya lelaki, saya terpandang sorang tu mukanya cam biasa tengok jer kat TV.
driver tetiba jer sebut nama org tu, saya pun cakap ngan driver jangan la cakap kekuat sangat, nanti dia dengar. memang btui la, ada menteri besar makan kat situ. nasib baik dia tak mintak autograf saya...ekekeke
tapi yang peliknya, tak de la pulak toke restoran tu bagitau ada menteri kat dalam tu ker, saya masa tu pakai selekeh jer, menteri besar tu pun pakai baju biasa2 jer, tak nampak pun ader pengawal peribadi ker. saya nampak toke kedai tu tangkap2 gambar ngan menteri tu, peh tu saya dengar dia panggil Datuk Seri... ooo kompom la dia Menteri besar, driver kata muka adik menteri tu pun lebih kurang je cam muka menteri tu.
saya sebagai rakyat marhaen berasa bangga kerana dapat makan serestoran dengan Menteri Besar. (ak e na....org lain tak eran pun hari2 makan ngan Perdana Menteri), maklumla kan...jadi oleh sebab bangga terpaksa la saya ceritakan kat weblog ni...ekekeke
lupa nak bagitau... saya makan steambot ari tu.... sup ginseng (ada ke patut toke tu campurkan sayur busuk dalam set hidangan steambot tu, nasib baik la murah tapi tetap tak patut)
133489 |
Dipos oleh sofeanny at 13:38
|
Nak kata apa2? [5]
Tuesday, January 4, 2005
T.....i dan Cameron Highland
cerita cuti ari tu lagi.

satu hari saya telah mencapai kata sepakat dengan diri saya sendiri untuk pegi ke sebuah pekan yg terkenal dengan barangan murah2 mengalahkan sempadan mahupun Negara Siam itu sendiri. untuk pergi ke pekan itu saya terpaksa maniki bas ekspress sebab saya org yg tak brapa kaya sebab tak mampu beli kereta mahupun membayar yuran mengambil lesen.
saya pun pergi ke sebuah stesen bas ekspress yg agak dekat ngan umah saya, saya pun pegi kesana untuk membeli tiket untuk naik bas ekspres ke pekan yg saya nak pegi. malangnya saya tak tau jadual bas ke tempat itu. dengan itu saya terpaksa bermukim sebentar di stesen tersebut kerana sewaktu saya sampai, bas belum ada lagi.
tapi nasib baik saya org yg bijak (puji banyak), saya telah memasukkan sebiji majalah kecil dalam beg tangan saya, dengan itu saya tidak akan bosan lagi duduk di stesen menunggu bas tiba.
sebelum duduk membaca majalah, saya sempat menjelajah ke setiap kaunter tiket untuk memilih tempat yg seterusnya saya nak pegi semasa cuti2 tu. saya terpandang sebuah kaunter menjual tiket ke Cameron Highland. saya pun tengok harganya dan mula mencatat jadual baas tersebut menuju ke Cameron Highland. hati saya telah berbunga bunga seperti bunga yg banyak terjual di C.H dan saya berazam untuk pergi ke C.H pada besok harinya pula.
setelah penat menjelajah setiap kaunter, saya pun duduk membaca majalah. pada ketika itu org tak ramai sangat di stesen bas sebab bukan hari minggu. saya dapat membaca ngan selesa. punya la lama saya membaca majalah itu sehingga hampir habis cerita2 di dalamnya saya baca. ketika saya membaca rencana terakhir dalam majalah itu....tiba2...
seorang jejaka telah tiba2 jer bercakap ngan saya, dia cakap apa entah saya pun tak tahu, sampai saya tak reti nak jawab. mula2 saya bercadang untuk membiarkan dia bercakap sajer sensorang tapi kesian la pulak. lagipun buat apa saya nak takut, saya bukannya budak2 lagi, dah tua pun. saya punm bersembang la ngan budak itu. sekurang kurangnya dapat juga menghilangkan bosan saya menunggu bas.
setelah bercakap pasal kerja memasing, tetiba dia mengajak saya pegi minum la pulak, saya maleh, lepas tu nak nombor tepon la pulak. chess! menyesal saya melayan dia bersembang nak mengorat rupanya. saya buat2 tak paham bila dia mintak nombor tepon banyak kali, tapi dia bersungguh sungguh sangat sehingga saya naik runsing. akhirnya setelah berpikir takkan ke mana kalau saya bagi nombor tepon, lagipun saya pakai prepaid.. kalau leceh sangat budak ni bole la saya beli jer prepaid yg baru. saya pun bagi nombor tepon saya.
akhirnya tiba masa saya naik bas, saya pun naik la bas tu, sewaktu duduk saya memandang ke tingkap bas, saya nampak pemuda tu, lupa nak bagi tau, nama dia la T.....i tu dekat2 ngan nama Tsunami. saya nampak melalui tingkap tu si T.......i tengah kejar bas, tu la gatai sangat, sampai tertinggal bas.
saya pun selamat pegi ke pekan yg saya nak pegi tu, tapi saya tak beli apa apa pun, jenjalan jer.
balik drp pegi pekan tu, saya terasa nak kensel hasrat saya untuk ke Cameron. 2 hari lepas tu saya baca suratkabau ada kemalangan ngeri berlaku kat Jalan Simpang Pulai-Cameron Higland. nasib baik saya tak gi Cameron. kaunter yg saya tengok2 tu, memang kaunter bas yg masuk dalam gaung tu la.....kalau idak, tak dapat la nak menaip lagi..
133354 |
Dipos oleh sofeanny at 14:27
|
Nak kata apa2? [6]
tak jadi
aiseh... seronoknya, boss baru tu baru jer bagitau yg saya tak perlu tukau bahagian. bahagianya. rasa nak tersengih jer....ekekekee.
tak jadi nak bakar semua dokumen2 bodo tu...kalau idak....
133331 |
Dipos oleh sofeanny at 12:19
|
Nak kata apa2? [0]
boss baru
hari ni dapat boss baru yg tak best cam boss lama. sampai jer pepagi buta tadi dah buat kerek. ada ker patut dia suruh saya tukau ke bahagian lain...ish...ish... geram nyer, rasa nak penampo seluruh pekerja kat sini jer, dah la tu, kena tukau kat bahagian yg tak best lak tu...eiiii... geramnya.
peh tu kan, pepagi lagi dia cakap.. apa sumbangan awak kat sini yg membuatkan awak tak payah ditukaukan. aiseh... maleh den nak layan. saya cakap, kalau Encik yg buat keputusan memilih saya tukau tak payah la saya ceritakan apa yg saya dah buat. buat buang karan jek. sebenaunya masa tu saya tengah bengang giler. terbayang muka org yg akan menggantikan tempat saya tu... ish ish mesti dia sudah hasut sama boss besar untuk saya tukau ke tempat dia kat sana. tempat dia tu dah la tak best lansung, boss nya pulak macam silaka...ekekeke...geram sangat ni. sebenonya boss baru kat tempat saya ni lagi teruk tapi kengkawan kat sini ok, lagipun kerja kat sini tak teruk sangat cam kat bahagian lagi satu tu.
peh tu boss baru tu tanya lagi, apa sumbangan saya, terpaksa la saya cerita jugak. peh tu dia kata nanti dia jumpa boss besar supaya saya tak ditukaukan. ermm.. ish..ish .. terhutang budi la pulak nanti kat boss ni kalau saya berjaya tak ditukaukan.
apa apa pun keputusannya petang ni, ada mesyuarat. kalau saya kena tukau jugak, saya berjanji akan musnahkan segala usaha saya yg saya buat sensorang kat bahagian ni. korang tengok la. aku akan gelak bila korang kena buat semula nanti menda2 tu....ekekeke (dah naik tanduk ni). ini lah jadinya kalau usaha kita tak dihargai jadi kita pun jangan hargai bos kita. biar dia susah!
133290 |
Dipos oleh sofeanny at 9:02
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, January 3, 2005
Teh tarik Summer Angel

masa cuti2 Britain ari tu, saya ada la pegi menghiburkan diri kat satu tempat makan kat satu hotel yg dekat ngan umah saya.
driver beberapa kali memberitahu saya bahawa di hotel itu ada persembahan daripada bebudak luar negeri.. ekekee...pilipina jer, nama kumpulan tu Summer Angel, saya pun pegi la, ada tiga org budak pilipina yg bermuka cam pelakon2 yg biasa2 sajer dalam cerita Pangako sayo atau sekarang ni Bituin kan.. diorang nyanyi lagi Omputih, pilipina (pangako sayo) dan jugak satu lagu Moh C-Tea (Bukan Cinta Biasa).pelat2 skit.
saya pun mendengar mereka menyanyi, tak de le sedap sangat, tapi dia gelek dasat jugak. kenkadang dia ada juga nyanyi lagu permintaan peminat2 yg saya tengok dah mabuk2. saya cuma oder teh tarik sebab tanak mabuk. lagu paling popular yg dinyanyikan oleh bebudak tu ialah 'Happy Birthday' tapi lagu dia lain macam skit, tak macam yg slalu tu sebab bila dia nyanyi, tang hujung pekataan besday tu dia tambah "ouk! ouk!" (bukan bahasa 'berak' untuk bebudak tu yer). jadi bila diorang nyanyi cenggini la bunyi nya " Happy birthday ouk! ouk!....e..eh tak de bunyi la pulak, jadi baca jer la.
malam itu sampai pening saya mendengar dorang nyanyi, bukan pening sebab minum arak tapi pening minum teh tarik. lama sangat show bebudak tu. diorang ada main keyboard tapi tekan keynya sikit2 sajer yang banyaknya pakai disket, saya nampak diorang bawak satu bekas besar disket kat atas pentas tu.
esoknya saya pegi jenjalan kat soping komplek dan terbeli sebijik keybod yg siap ada mikropon, kenkadang bila saya terpandang keybod tu saya teringat Pasar malam. sebab kat pasar malam ada org main keybod sambil nyanyi pakai spek itam. saya terpikir jugak, kalau dah tak cukup duit nanti saya bole menyamar dan main keybod kat pasar malam sambil nyanyi lagu 'Hotel california'.
dedulu saya ada jugak terbeli sebijik gitar, tapi saya tak leh nak mainkan lagu2 yg best sebab jari2 saya tak sampai (jari pendek). gitar itu telah saya wariskan kepada adik lelaki saya, kenkadang bila saya balik umah mak abah saya, dia akan menghiburkan saya dengan intro lagu 'Enter the sandman' oleh Metallica (intro jer la...yg lain punah). sekarang ni dia suruh saya terbeli gitar karan la pulak supaya dia dapat mewarisinya lagi. saya cuma jawab... bole blah, dah bagi betih nak peha la pulak...
jiran belakang rumah mak abah saya pulak ada bermacam2 alat muzik, dari arkodian sehingga lah dram. petang2 bapaknya akan main saksafon cam kasim selamat, tengahari waktu mak bapaknya tak de anak2nya main dram sehinggakan mak saya pernah pegi marah anak jiran saya tu. maknya pulak suka menyanyi, tapi sekarang maknya dah pegi Mekah dan mengaja org mengaji Quran. sekarang ni jarang2 dapat didengar Kasim selamat bermain saksofon lagi sebab Chombi dah naik aji. itula cerita saya untuk hari ini.
133238 |
Dipos oleh sofeanny at 14:48
|
Nak kata apa2? [3]
ha! ha!... balik soping
saya baru balik dari pusat membeli belah...macam biasa, dulu pernah gak saya keje jadi marketing exec., namanya sedap...keje cam pencurik...(macam jer...tak curi barang tau!)
sebenarnya banyak cerita nak diceritakan, penat kepala otak saya mengumpul cerita semasa cuti, banyak sangat, ada cerita Cameron highland, cerita T......... i, macam macam la.
saba ekkk... saya nak makan tengahri dulu ekk!
133221 |
Dipos oleh sofeanny at 12:27
|
Nak kata apa2? [0]
from Zero to a Tailor...ekekeke
Waaaa.. lamanyanya saya cuti... bosan ada, seronok sikit jer, tak saba2 rasanya nak gi kerja balik dan paling tak sabar nak bukak weblog sendiri.
Sempena cuti yang panjang dan membosankan, saya telah membeli sebuah mesin jahit mini..... ala dulu ada dalam TV tu kat smart shop tu. saya beli kat sana la, kat TV dah tak de iklan. Memula cadang nak beli yg besar punya tapi saya sebenarnya lansung tak tahu guna mesin jahit, kalau jahit pakai jari jemari tu bole la... dedulu masa saya cuba guna mesin jahit mak saya abis patah jarum mesin dia. Jadi saya pun beli ler mesin jahit kecik.
Masa beli tu, jurujual lelaki kat situ punya la baik, siap tunjuk sesatu cemana nak guna mesin jahit tu, cemana nak masuk benang, sampai menjahit pun dia tunjuk. Bagus btui.
Saya pun beli la dan bawak balik umah dengan semangat berkobar kobar. Bila sampai rumah saya pun cuba la menjahit. Alamak! Tak leh la. Kenapa la pulak ni. Terpaksa la saya tepon pakar (mak saya), abis duit tepon tapi tak leh jahit jugak. Last2 mak saya suruh bawak balik umah dia jer la utk sesi pembelajaran.
Saya pun bawak ler balik, bukak jer kotak dia cucuk plug terus bole jahit, melampau btui, peh tu saya pulak cuba jahit... tak bole lagi, mak saya cuba balik.. pun tak leh jugak.. aik apasal.. rugi duit saya. Tapi saya yakin yg mesin tu bole pakai sebab masa kat kedai tu okey jer.
Saya pun duduk menyiasat pasal mesin tu dalam bilik hantu, tak dapat selesai masalah jugak. Peh tu abah saya datang melawat, abah saya kata cuba tengok2 jarum mesin tu, saya pun bukak la jarum dia.. tak leh pasang balik...apela sui sangat mesin ni. Peh tu abah saya pun gi kenduri. Saya masih duduk berpeluh dalam bilik untuk menyelesaikan maasalah. Lelama selesai jugak masalah memasang jarum. Peh tu saya cuba jahit, eh...e..bole la... saya pun bersorak gembira sensorang kat rumah mak abah saya.
Peh tu saya pun bawak balik mesin tu kat rumah saya. Sekarang ni saya dah menjahit bermacam2 menda termasuk la langsir, sarung bantal, sarung oven, baju kurung (tak berapa siap lagi) dan lenlain.
Setiap hari saya memikirkan apa nak jahit lagi yer....sekarang saya bole belagak sebagai seorang tukang jahit, lepas ni saya nak mereka pesen la pulak...ekekekeek!
133169 |
Dipos oleh sofeanny at 9:03
|
Nak kata apa2? [0]
|