org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Wednesday, October 26, 2005

dari hakim ke majistret

Semalam saya sengaja menyibukkan diri pegi ke opis lama, tak sangka la pulak kena jadi hakim pertandingan ngan kawan saya, saya ingatkan hakimnya ramai la rupa2nya tiga orang jer.

sorang tu kat pangkal namanya ada Ir. dr TNB, sorang lagi hensem dari Petronas dan sorang lagi saya ler yang kat belakang namanya ada binti, kawan saya lak jadi eskot, suruhnya saya sorang jadi hakim. saya berasa berbanggga sekali lagi sbb dpt duduk sebaris ngan org hehebat cenggitu. kembang idung sekali lagi.

masa pertandingan tu saya asik duduk sebelah orang ensem tu ajer, ish...ish...ish, seronok btui rasanya, peh tu lampu kamera asik lip lap, lip lap kat muka saya dan hakim2 yang lain tu, peh tu bideocam pun asik diarahkan kat kami, saya pun buat2 la muka profesional, maklum la hakim...keh! keh! keh!, sebenarnya apa pun tak tau.

tapikan kenkadang bila saya perati btui2 muka org ensem tu nampak cam badut la pulak terutama bila dia senyum, agaknya dia pun nak buat muka profesional cam saya tapi terserupa la pulak ngan badut.

tapi kan penat la rasa nya badan dan otak sbb kena bagi markah. itupun nasib baik boleh bincang ngan kawan yang eskot, kalau datang sensorang lagi le penatnya.

yang paling best masa last tu la, sebab dapat cenderamata, rasa cam hebat jer semua oang pandang kita kat tengah2 dewan tu kan, kamera pun lip lap lipa lap ketik ketup ngambik gamba kita chewah! lenguh muka saya sebab asik tersengih ngan contol ayu....ekekekeke

ni gambo cenderamata dia:

Monday, October 24, 2005

Melayari

tadi saya tengok2 bahagian Referring "Web Pages, last 24 hours:", terjumpa satu blog, kat situ penaip dia ada taip cam kat bawah ni:

"Tengah dok melayari internet (utk cari bahan presentation yer..bukan surf web tak senonoh! - kalau bulan lain ok gak kan? wakakakaka!), tiba2 terjumpa satu blog dalam bahasa Melayu. Lawak betul bahasa yang digunakan..tp mmg boleh hilang tension. http://www.danchan.com/weblog/sofeanny. Klu free, try la masuk blog minah tu. "

saya sungguh berbangga la bila baca yang dia tulis tu, kembang lubang idung saya. di sebabkan itu saya pun nak promote blog dia:

ni la dia nya: sila klik sini

tima kasih yea!

SAYA JUAL KUIH RAYA SIMPULAN KASIH



Cuti tiga hari yang lalu saya tak tau nak buat apa, jadi saya pun buat kuih raya dapat la tiga jenis, satu jenis yang goreng2 dan dua jenis bisekut iaitu bisekut kelapa ngan bisekut nestum.

kuih raya goreng tu namanya simpulan kasih (kengkununnya la). hari ni saya bawak ke opis, habis semua dah laku dijual, rasa cam nak buat lagi jer, dapat la tambah2 pendapatan di musim raya ni.

Thursday, October 20, 2005

Peti ais

Semalam penat saya meround satu bandaraya mencari cari harga peti ais yang paling syesuai.

akhirnya senarai dpendekkan kepada dua kedai yang menawarkan harga terbaik.

satu kedai yang agak lama tapi harganya murah, peti ais besar tapi tak de ciri2 terkini seperti teknologi plasma dan silver nano.

tetiap kedai ni pulak ader bagi hadiah peercuma, sebelum ni ada satu kedai tu nak bagi blender la, kipas la tapi saya rasa nak mintak free ekon jer, tokeinya tu suka sangat memaksa pembeli, rasa menyampah la pulak walaupun free giftnya yang paling menarik sekali.

satu kedai lagi tu, peti ais nya ada ciri2 terkini, tapi free giftnya tak menarik la pulak, ada ker nak bagi periuk sos ngan vaucher meri braun, saya dah la tak suka makan kat situ.

kedai yang lama tu pulak, free giftnya agak menarik jugak, set periuk stainless steel yg berpenutup kaca. cantik woo, tapi saya tak brapa suka pakai periuk besi ni, tak baik untuk kesihatan..., nanti jadi sewel sebab termakan logam berat. bila saya tanya ciri2 teknoklogi terkini kat petiais dia, toke tu tak reti nak jawab sbb dia org lama dan dia siap buruk2 kan lagi teknologi terkini tu, dia kata semua tu iklan ajer, tipu semua. entah ler, tak tau la saya.

ada satu kedai yang tak masuk list tu pulak, kata peti ais yg dia jual boleh simpan sayur ke buahan2 ke sampai tiga bulan dalam keadaan elok, amboi dasatnya. rasa cam tak pecaya la pulak.

sekarang ni masih tak tau nak buat keputusan yg mana satu. tapi walaumacamana pun petang ni mesti beli jugak, dah lama makcik menderita sbb tak de petiais tau!

Wednesday, October 19, 2005

Selamat Tinggal



kalau tak de halangan hari ni selamat tinggal la kad2 semua, aku tanak tengok muka korang lagi kecuali kad ATM.

Tuesday, October 18, 2005

Bonus ribu-raban

Seronoknya...bole bayar hutang yang berpuluhpuluh ribu-raban jugak.. hehehahahuhu...!!!

Si Ti

Sudah lama saya pasang perangkap untuk cik ti kat umah saya, sampai adik saya tegur, katanya mana ada org letak perangkap tikus kat ruamg tamu..

rasanya dah berbulan-bulan, tapi sekor pun tak masuk jerat.

umpannya saya gunakan adalah french loaf yang telah dibakar dengan mentega, bukannya tak bleh nak letak umpan lain tapi makanan tu banyak berlebih peh tu tak tau nak buat apa, buat umpan la. lagi tu roti ti tak basi jadi tak la busuk umah saya.

bebaru ni saya tengah sibuk menvakum rumah, tetiba ternampak sesuatu berwarna kelabu dalam perangkap tu, setelah saya perhatikan btui la sekor tikus yang agak comel berada dalam perangkap besi itu dalam keadaan malu2 atau mungkin juga rasa bersalah kerana telah tertangkap.

berjaya juga rupanya perangkap itu memerangkap mangsanya walaupun umpannya bukan umpan biasa.

Kain songket II

Ni pulak lirik lagu kain songket yang sebenar yang dihantar oleh seorang adik yang prihatin, tengkiu yer adik tu....

Pemuda-pemudi kalau berkain songket.
Alangkah indah berseri bertambah cantik.
Kainlah songket tenun Melayu.
Mula asalnya dari Terengganu.
Oh abang yang manis, oh nona yang lawa.
Pakai kain songket pakaian budaya.
Kain songket pakaian anak Melayu.
Tapi sayang tak boleh pakai selalu.
Kerana jemu mata memandang.
Tidak seperti batik basahan.
Berbagailah macam boleh digayakan.
Setiaplah hari jikalau berjalan.
Sungguh banyak dipakai masa hari raya.
Miskin kaya kecil besar tua muda.
Apa lagi yang lelaki tua.
Dia berjalan dengan kaki tiga.
Tersenyum pula sambil ketawa.
Sayang sedikit giginya dua.

Monday, October 17, 2005

Kain songket

Kebelakangan ni suka betui saya nyanyi lagu kain songket yg klua kat TV3 tu, rasa cam sedap jer...

Pemuda pemudi kalau memakai songket
alangkah seri bertambah cantik

kain songket tenun melayu
pula asalnya dari terengganu

oh abang yang manis
oh nona yang lawa

pakai kain songket
pakaian budaya

kain songket pakaian anak Melayu
tapi sayang tak boleh pakai selalu....
tapi sayang tak boleh pakai selalu....
tapi sayang tak boleh pakai selalu....
tapi sayang tak boleh pakai selalu....
tapi sayang tak boleh pakai selalu....

dedulu ada kawan lama masa tingkatan satu umpa balik ngan saya, dia kata masa kat hostel dulu saya suka nyanyi lagu yang ada perkataan Merak kayangan, tapi saya tak ingat lansung pun lagu yang mana satu.

tapi saya rasa la, saya ni suka sangat nyanyi sesatu lagu tu berulang-ulang kali sampai naik menyampah dan orang lain pun perasan. sampai mak saya penah kata: udah ler tu, nyanyi la lagu lain pulak!

Thursday, October 13, 2005

Penat + campur pening

Ko tentu penat bila buat keje kan dan pening bila keje tu disusah payahkan orang lain.

peh tu kan bila keje ko tu belum selesai lagi, tetibakan ada la pulak org mintak lagi ko buat keje, ko rasa nak pukui tak org tu?

saya rasa nak pukui tapi tak sampai ati...ekekeke

Wednesday, October 12, 2005

keje ari ni

nampaknya berjalan lancar, tapi nampaknya bahagian yg ketuanya selalu belagak tu tak lah sehebat mana prestasinya setelah dijalankan audit tadi, nampaknya berterabur.

macam2 perangai auditee pun ada, yg terlebih gabra pun ada sampai berdiri-diri, tapi banyak org menyampah kat kita bila jadi odito ni.

Saya kategorikan diri saya sbg odito yg cerewet tapi baik hati (masuk bakul angkat sendiri). terlupa la nak mintak maap kat oditee2 tadi, kut2 terasa hati ke, terkasar bahasa ker...

tapi yg penting sekali keje saya SIAP!...

Tuesday, October 11, 2005

Bz lagi

hari ni ramai la rakan seopis yg bz sbb nak kena audit. masing2 sibuk menyiapkan dokumen2 penting dan berdebar-debar nak tunggu kena pilih sebagai auditee.

Kali ni saya rasa lega la sikit, saya bukan lagi bakal auditee, saya pulak nak mengodit orang.

sehari sebelum cuti pada minggu lepas tetiba jer bos Kualiti datang bilik saya peh tu patah balik pi jumpa org lain sbb org lain pulak ler sepatutnya dilantik menggantikan saya menguruskan hal-hal kualiti di tempat keje saya ni. saya dah banyak sangat jawatan bodo yg dipegang dah jadik macam org gila kuasa, sekali sekala biar la org lain pulak amik alih tugas.

tapi yang tak syoknya semua mengelak, masa amik gaji berebut pegi bank tapi bila kene kerja lebih sikit, tanak, semuanya lari. masa dia ada keje mintak tolong ngan saya, tak malu la pulak. bila masa cenggini lari la pulak. esok2 dengar nama dia dapat anugerah pekerja hebat. dia jugak yg untung, saya cenggini jugak la.

semua org ngelak, akhirnya saya dapat la balik jawatan tu. kebetulan la masa audit Ketua Kualiti tak de, pemangku jawatannya pulak tak atau ape, saya la pulak jadi kelang kabut. geramnya rasa, dan masa suntuk cenggini baru la nak terkorek korek lubang, kan elok bagitau awal2.

kalau ikut kan hati yg marah dan geram ni, saya lari jer dari tugas, bukannya dapat apa pun kalau saya buat tugas yg tak kena mengena ngan skop keje saya tu. rasa nak balas dendam jer ngan org yg buat saya cenggini, tapi nanti la saya pikir lapan belas kali lagi.

nasib baik la ahli jawatan kuasa komiti Kualiti saya tu semuanya boleh diharap, lega la sikit. kalau idak mau saya mengamuk sakan.

walaumacamana pun pada hari Khamis minggu lepas sempat la saya mengamuk sikit depan boss saya sambil mengata org lain makan gaji buta...ekekekkeeke (marah punya pasal, terikut ikut perasaan).

Monday, October 10, 2005

Malas sangat

Malas sangat nak menaip sejak kebelakangan ni, agaknya kena tutup blog la kut.

dah busan, tak tau nak cerita apa, esok pulak bz nak melawat tempat orang lain.

Thursday, October 6, 2005

Nak dengar lagu raya

Silakan la ke mari....

Sofe Lagu Rayer

Tuesday, October 4, 2005

Esok PUASA



esok tak buleh minum teh ais dah. pagi tadi sarapan punya la ramai org terpaksa duduk ngan org yg tak berapa ngam. tak sangka la pulak makan tghari pun jumpa org yg lagi lagi lagi tak ngam dan menyampah, pas tu terpecah rahsia la pulak depan dia pasal nak ponteng keje.

aii... buhsan btui.

Monday, October 3, 2005

mENJALA IKAN BERSAMA ABAH SAYA

abah saya beru je membeli jala baru sempena dia berenti keje ni. jadi saya pun ajak abah saya pegi menjala ikan kat sungai dekat2 ngan umah mak abah saya.

abah saya pun memakai pakaian menjalanya iaitu seluar panjang tanpa baju. saya pulak bawak guni plastik untuk isi ikan yang akan didapat nanti.(kengkununnnya banyak la).

adik saya sibuk nak ikut tapi kawannya dah datang ajak dia pegi berkelah la pulak. kesian dia tak dapat ikut.

kami pun memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke sungai. selepas itu sampai la kat sungai. memula kami menentang arus sambil abah saya menebar jalanya. pertama kali tebarannya jala kosong.

lepas abah saya tebar lagi jalanya dan lekatlah tiga eko ikan tilapia yg gemuk. pas tu dapat lagi, dapat lagi tapi semuanya ikan tilapia. ikan lain tak de. boring btui.

punya la penat melawan arus sungai yg deras, rasa cam menyesal pulak ajak abah saya gi menjala. sebelum pegi tu dia tanya, makan ker ikannya, saya kata makan, abah saya tanya sbb mak saya tanak makan ikan darat, berbau katanya.

selepas dah penat melawa arus, kami patah balik ikut arus pulak, tapi masa tu guni yg saya pegang dah jadi berat, seksa jugak nak bawak, takut terlepas pulak ikan dalam air.

kali ni hasil tak berapa memberansangkan, kami teruskan menjala sampai ke pertemuan dua sungai, dari jauh nampak sekumpulan bebudak empat org tengah menjala kat sungai lagi satu, setiap sorang bawak satu jala, abah saya kata dia nampak bebudak tu bawak ikan setengah guni, mesti ikan tilapia jugak tu.

akhirnya abah saya kata elok la kita balik ajer. lagi sikit nak sampai rumah ujan pun turun dengan lebatnya.

sampai di rumah saya letak jer ikan dalam singki sbb dah penat sangat, tak larat nak menyiang ikan. mak saya yg siang ikan tu, peh tu simpan dalam peti ais, tak makan pun ikannnya.

sebelum balik saya pesan mak saya buat la ikan kering dengan ikan yg dapat tu. taruh la garam ngan jintan dan bawang putih supaya tak dihurungi lalat masa menjemurnya nanti. tak tau la mak saya buat ker idak. kalau dia tak buat jadilah ikan tu penunggu dalam peti ais.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer