org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Tuesday, March 1, 2005

Dah lama...

rupanya saya tak updet blog ni. bukannya apa...

hari Jumaat lalu saya MC, dalam buulan dua ni dah dua kali saya MC sbb malas nak gi kerja.

sekarang ni tak bersemangat lansung nak gi kerja sbb boss baru.

kalau gi kerja pun menyampah jer rasanya, tak de elemen keceriaan lansung.

ari ni dapat e mail drp boss besar, dia kata saya hantar MC lambat. saya hantar awal la ngok... (alangkah bahagianya kalau saya bole panggil dia ngok secara berdepan)

tapi kerani dia tu yg lembap mengalah kawasan terlembap di Malaysia iaitu Taiping. org dah hantar MC kat dia, tapi dia tak kasi kat boss ngok tu... eiii geram btui...

dah la tu, saya yg dah naik pangkat ni pun, masih diberikan jawatan yg lama, tak up to det lansung la kerani ni....eiiii...nasib baik kao cantik!!!!

Thursday, February 24, 2005

Limau yang lambat

dah sampai ari capgome (ikut ejaan dlm surat khabar) saya masih dapat limau lagi.

pada suatu hari saya ada perjumpaan dengan beberapa org klien. perjumpaan berjalan lancar dan semua org suka hati... saya rasa la.

segala dokumen telah diserahkan dan kerja siap mengikut masa yang dijanjikan.

tiba2 datang lebih dekat ke arah saya seorang klien lelaki berbangsa Cina dengan membawa sebiji beg. saya rasa semua dokumen telah diberi. ttp kenapa yer dgn dia ni.

tetiba dia membuka begnya dan mengeluarkan satu beg palstik yg berisi limau dari negara China.

klien itu kata limau itu datang dari jauh setelah sampai di Malaysia. dia bawa limau itu dari Penang untuk saya. saya rasa terharu...chewah, tapi adakah ini rasuah. saya rasa tidak.

tak sangka merasa juga saya buah limau setelah raya Cina dah nak abis ni. sampai di bilik saya sorokkkan limau tersebut kat dalam laci. bukannya apa, saya ni kedekut. nanti kalau org masuk bilik kang diorang mintak pulak.....

Wednesday, February 23, 2005

Malu nak cerita

Tapi rasa nak cerita jugak. kejadian ni berlaku semalam.

Sewaktu saya sedang menunjukkan sesuatu di skrin sebuah komputer pada klien saya, suatu peristiwa telah berlaku.

ada dua buah komputer diletakkan berdekatan di atas meja komputer masing. dalam keadaan membongkok, saya telah ter 'mengeluarkan' sesuatu yg tak sepatutnya iaitu angin ke arah muka seorang lagi klien yg duduk bersebelahan dgn komputer tersebut. saya kira 'angin' tersebut keluar tepat2 mengenai mukanya. bukanlah saya sengaja berbuat begitu, tetapi ianya berlaku dgn tiba2 dan dgn td disengajakan.

namun begitu, angin tersebut dalam kuantiti yg kecil sahaja. saya td berani memandang muka klien yg 'kena' itu, saya segera 'berlalu' dr situ kerana tak tahan menanggung 'aib' yg terlampau. namun dari ekor mata saya perhatikan klien itu, tgh sangat kusyuk mengadap komputer. saya amat berharap dia td menyedari kehadiran 'angin' tadi. klien itu berjantina lelaki.

sebenarnya saya ingin ketawa sbb teramat malu, tapi saya takut rakan sekerja saya yg lagi satu akan terperasan dgn kejadian tersebut. saya buat2 selamba dan meneruskan kerja saya.

tiba2 klien yg terkena 'angin' telah datang berjumpa saya kerana dia ada masalah yg memerlukan bantuan saya. saya lihat mukanya selamba dan tiada menunjukkan yg dia sedar dgn peristiwa yg berlaku sblm ini. saya pun buat selamba la juga. namun begitu saya ada terfikir juga, yg klien ini sengaja mebuat selamba dan tiada apa2 dgn peristiwa yg berlaku krn ingin menjaga air muka saya.

inilah kejadian paling memalukan yg berlaku pada saya di tahun 2005 ini. diharap ia td akan berulang lagi.....

Tuesday, February 22, 2005

Hari SElasa

Hari yang penat bagi saya. baru jer tadi potostet berkoyan koyan dokumen, penat wooo.

mesin potostet tu nasib baik la baik ati ari ni. tapi bila kertas yg sudah dipotostet keluar dia menjunam ke bawah dan tanak stay kat tempat dia. saya terpaksa bangun dan jaga la pulak. malas btui.

kat tepi mesin tu ada white board ada pemadam ngan magnetic tag yg besar. dan juga ada kain buruk.

memula saya amik kain buruk buak pengadang supaya kertas tak jatuh. tak jalan. pas tu saya amik kertas dlm tong sampah, tak jalan. peh tu saya amik magnetic tag tu dan letak kat tray mesin potostet baru la berjaya.

peh tu ada la pulak org menyibuk tanya2 nak pengesahan la, nak jumpa org tu la, org ni la. malas btui nak layan tau.

saya suruh jer diorang carik sendiri. eiii...rasa cam nak ponteng keje je ari ni atau MC.

Monday, February 21, 2005

Semalam yang panjang

Semalam saya sangat boring duduk di rumah. saya pun menonton TV. tiba2 elektrik tak de, apakah yg akan saya buat lagi, saya sangat bosan. nak menjahit tak leh. yer tinggal satu jer benda yg saya bole buat. masak. saya pun pegi ke dapur dan menggoreng tempe kerana benda itu sajer yg ader untuk digoreng. selepas goreng terpaksa makan pula. kat mana paling best nak makan, yer kat tepi pintu dapur yg ada udara mengalir masuk.

selepas habis makan, saya tak tau nak buat apa dah. lepas itu saya panggil driver dr kedai makannya dan berkereta ke Penang.

hari panas terik tapi nasib baik ekon kereta Wira Aeroback yg dipinjam dr rakan kongsi driver itu mendinginkan. driver mengingatkan saya berkali kali agar memastikan dia sentiasa sedar sepanjang perjalanan kerana dia sebenarnya tak tido malam tadi sbb berubat dgn ustaz (imam sebuah masjid di KL) pasal kedai makan yg bodo itu lah.

saya pun terpaksa menyanyi sepanjang perjalanan agar driver sedar. kenkadang saya terpaksa menjadi mesin karaoke kepada driver kerana dia pun nak menyanyi ttp tak tau atau lupa lirik lagu.

bila sampai di hentian Sg Perak, driver berhenti kerana katanya nak beli asam agar dia tak mengantuk. kami pun turun dan beli buah buahan. dan terpandang satu pondok bulat yg ditghnya ada sekelumpuk org ashly yg menjual barangan hutan. saya tertarik membeli sebatang kayu Tas yg dapat menghalang binatang buas dr mendekati kita. saya belikan untuk mak abah saya yg rumahnya selalu di masuki ular.

selepas itu kami pun meneruskan perjalanan.

bila nak dekat ngan Tol Juru, saya teringat kawan lama saya yg hensem dan pakai moto besar, apa khabar dia yer.

selepas peristiwa ingat2 itu, tetiba saya nampak beberapa trak askar berenti tepi jalan. lepas itu saya terpandang, dua org budak berdiri dan seorang dibaringkan ditepi jalan. manakala sebuah moto pulak sudah masuk di tgh2 divider jalan. saya tak nampak ambulan atau sesiapa yg turun dr trak untuk tolong itu org. driver kata budak tu dah mati. itu sbb tak de sesiapa tahan kereta kami atau apa2. setelah mendengar kata2 driver itu tetiba je saya rasa ngeri dan nak termuntah. nasib baik saya tak nampak budak itu berdarah atau apa2.

kami teruskan perjalanan lagi. sampai tol. pas tu naik jambatan Pulau Pinang, saya kira2 dan tiga taun saya tak mai Pulau Mutiara. dlu rancangan nak gi Penang masa btui2 hari Tsunami melanda, nasib baik tak pi.

setelah itu kami menuju ke Georgetown dan pi ke Perangin Mall. Cadang nak carik kamera sbb kamera lama dah hampir rosak. tapi tak dak yg menarik.

bole katakan la, Perangin Mall tak brapa syesuai dgn citarasa chek. lebih baik chek pi Bukit Jambui, tapi masa suntuk sangat jadi chek kensel hasrat chek tu.

selepas itu chek nak gi Chow Rasta, tapi driver sudah silap amik simpang, akhirnya kami gi makan kat Padang Kota Baru. Makan pasembuq ada sotong kurita. mak aihhh, keraihnya, liatnya, bole cekik chek, tak syedap pulak tu. chek ode rojak buah. bole tahan. chek oda lagi ais kacang, tak memberansangkan lansung, ada ka dia taruk perasa sarsi. tak leh jalan.

selepas itu nak balik la, pi tengok kat kereta ada saman dari majlis, sbb parking merata. peh tu driver buat tak tau je ngan saman tu dan naik jambatan sekali lagi pulang ke Malaysia.

peh tu singgah kat JJ sbb driver nak beli baju la pulak....,peh tu JJ pulak kata nak tutup.terpaksa la pulak gi Tesco, carik2 baju jumpa, masa nak baya guna kad kredit tak bole pulak dah. dulu kata semua buleh , skrang tak leh pulak.

driver kata lepaih ni jgn gi beli kat Tesco lagi tau....sbb dia suka menipu...

Friday, February 18, 2005

Aku tampal iklan

beli KFC



Saya baru jer balik dari berjalan jalan kaki dan soping. saya ada beli KFC untuk kengkawan. dari soping komplek saya naik teksi ke opis. kene cepat skit sampai, dlm e-mail kata ada meeting petang ni. jadi bergegas la saya pulang ke opis dengan jayanya.

masa nak naik teksi, saya nampak apek teksi ni, dah banyak kali saya naik teksi dia tapi dia mana la ingat kat saya kan. selalunya dia ni ok je. tapi ari ni kureng sikit.

sepanjang perjalanan dia asik tegur bau KFC, dia kata.. manyak wangi la...manyak wangi la. saya buat tak tau jer la. saya beli tu cukup2 jer utk kengkawan seopis, takkan saya nak bagi satu kat dia, saya dah bagi tambang pun kira cukup baik dah....lain la kalau dia bagi diskaun tambang, bole la saya bagi dia seketui...

sampai kat opis, ada ramai la org nak gi semayang jumaat, dia masuk ikut gate opis, peh tu dia kata nanti susah nak kuar, ala saya kata senang jer, saya mintak dia hantar dekat sikit ngan bangunan supaya saya senang dan dia pun senang nak pusing keluar dari gate.

dia tak nak la pulak, dia nak berenti jauh jugak, angat btui ati saya, saya tau la hal ehwal pasal opis saya, ko tu driver teksi, ikut jer la cakap aku...eiiii...geramnya.

peh tu dia suruh saya turun kat situ jugak, jauh skit, peh tu saya membebel senssorang, lenkali tanak aku naik teksi ko lagi...blah la.dah la teksi buruk. bila saya turun jer, dia pun nak keluar la, punya la susah payah memusing teksinya 4-5 kali barulah dia dapat keluar dgn jayanya. tu la bodo, dah la bodo, sombong pulak. mmg angat ati saya seangat mentari tghari buta tu.

peh tu saya pun naik tangga dan pegi ke opis... aiii penat btui. tu la memang banyak dugaan kalau nak bagi kengkawan makan.

saya pun bukak la email, ha! ha! ha!... meeting tak jadik, sejuk la sikit ati saya, kalau idak buat sakit ati jer nak ngadap meeting. sebenarnya dalam bekerja ni, saya paling maleh pegi meeting la. lenlain tak per.

jadi hari ini saya pun makan KFC ngan sorang kawan saya yg come, yg lain tak de ada yg pegi semayang jumaat, ada yg ponteng dan lenlain lagi. kalau diorang datang balik opis petang ni merasa la diorang makan, kalau idak saya tapau balik je la nampaknya, peh tu bagi kat driver.

Thursday, February 17, 2005

Banyak ikan

Kali kedua ke sungai perkelahan

Kali ni saya pergi dengan adik perempuan saya, jadi perjalanan ke sana lebih terjamin. Sebelum pegi kami singah di sebuah bakeri dan beli sikit rori rotian. Kemudian kami singgah kat KFC beli sikit ayam ayaman buat makan makanan.

Kemudian kami teruskan perjalanan, tetiba saya teringatkan sesuatu, saya telah terlupa menyinggah kedai ikan hiasan dgn tujuan utk membeli makanan ikan utk diberi pada ikan2 di sungai nanti. Namun gesaan saya itu sudah terlambat kerana td ada satupun kedai akuarium berdekatan dgn KFC tersebut.

Saya pergi jua dgn hati yg hampa. Kami pun sampai ke sungai. Waaa! Tak de org la. Beshnya. Rasa nak melompat. Saya pilih jeram yg paling atas dan dalam sekali, di dalamnya ada berjuta2 ikan kecik. Saya juga telah membawa gogle.

Saya pun segera berenang ke seberang sungai di sana kerana di situ ada struktur batu di dalam air yg sangat dalam dan ada banyak ikan. Waaa...ikan tu semua mari kat saya tanpa rasa takut2. tetiba saya teringat saya ada beli roti. Jadi saya mesti menggunakan roti tersebut utk menarik lebih perhatian daripada ikan2 tersebut.

Saya pun cubit2 roti tersebut dan campak ke air berebut rebut ikan datang cam ikan bilis banyaknya. Saya pun menggunakan gogle dan melihat mereka dgn lebih jelas lagi. Dekat dgn permukaan air ada banyak ikan2 yg kecil. Rupa2nya dekat dengan dasar ada ikan yg agak besar. Geram saya. Rasa nak bawak pancing. Mesti dia datang makan. Mesti ada ikan kelah kat bawah tu.

Tetiba adik saya menjerit. Saya pun tanya kenapa. Dia kata ikan makan bekas2 luka dia. Adik saya tu baru jer mengalami eksiden, jadi ada banyak parut2 yg baru nak sembuh, dalam air nampak warena merah jer. Ikan pun datang makan cam makan mayat mangsa Tsunami....

Selepas penat membagi ikan makan, saya pulak rasa nak makan, saya pun makan seketul KFC hot n spicy. Peh tu tak larat nak makan yg lagi seketul. Selepas makan, mandi lagi, mandi, berenang, bagi ikan makan lagi dan kemudian pulang dengan hati yg puas.

Dalam barrel KFC ada dua ketul ayam yg tak abis di makan. Kalau bawak balik umah kang tak cukup pulak. Jadi saya mengambil keputusan untuk membeli lagi satu hidangan snek plate. Tetapi pada masa itu saya basah lenjun. Sebab saya tak bawak baju tukar. Cemana yer nak masuk dalam KFC.

Bila sampai depan KFC, saya pun perah2 kan hujung baju dan masuk ke dalam KFC dgn selambanya sambil air masih bercucuran mengalir dari hujung seluar yg saya pakai. Kemudia saya beratur menunggu giliran pesanan saya di ambil. Saya buat tak tau jer kat org yg pandang2 kat saya. Lepas dah dapat oder, saya pun blah.

Tuesday, February 15, 2005

PENATNYA AKU INI DI HARI INI

letih, semua ada. tapi ada dapat duit sikit. Niat di hati nak belanja kengkawan seopis kecik makan KFC.

Monday, February 14, 2005

Gogle bukan Google

Semasa cuti yang panjang hari tu saya sempat berkunjung ke sebuah pusat perkelahan yg agak dekat ngan rumah saya. Saya pegi naik moto ngan adik lelaki saya jer. Adik pompuan saya berjanji nak datang kemudian setelah habis bermesra dan berjumpa rakyat di sebuah rumah yg mengadakan majlis pertunangan, mak saya pun pegi rumah tu sbg penghias hantaran.

Sebelum balik ke rumah mak saya, saya telah dengan berhati hati membawa sama gogle (cermin mata air) untuk digunakan semasa berenang nanti. Malangnya semasa saya sibuk bertukar pakaian sblm naik moto, saya telah tertinggal alat yg penting itu di dalam bilik.

Bila sampai di tempat yg ada sungai itu saya menjadi sangat hampa kerana saya td dapat memakai gogle, rasa cam nak balik jer dan amik gogle itu, tapi jauh la pulak, penat ajer.

Saya pun berenang renang dengan adik saya, sungguh banyak anak ikan di situ, kalau saya ada gogle tentu saya dapat melihat mereka dgn lebih jelas. Saya memakai cermin mata sambil berenang sbb saya ini rabun orgnya. Tapi cermin mata saya td hilang kerana saya pandai menjaganya sbb dari dulu lagi saya suka berenang pakai cermin mata sbb bole tgk kalau2 ada org hensem yg mandi sekali kat tempat perkelahan itu... ekekeke.

Gogle yg saya beli pun ada power (power spek la) bukan power ranger ker atau ada kuasa lenlain seperti dalam cerita katun apa ke nama nya tu...Spy girl ke entah lupa pulak saya.

Selepas penat berenang renang adik saya masih tak sampai jadi saya pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sampai di pertengahan jalan saya terjumpa adik saya dan emak saya sekali yg dalam perjalanan ke tempat perkelahan. Sbg anak yg td derhaka dan sangat suka berenang, saya pun berpatah balik ke tempat perkelahan untuk berenang renang sekali lagi. Namun saya masih hampa kerana td ada gogle. Mak saya tak nak berenang sbb katanya air di situ sejuk sangat.

Akhirnya saya pulang ke rumah dan berazam akan datang sekali lagi dgn membawa gogle dan makanan ikan untuk menarik perhatian ikan2 di sana.

Kembali dari bercuti panjang sikit....

hari terakhir sebelum cuti panjang, saya menghadiri temuduga bahasa inggeris. dan yang best sekali saya dapat markah yang agak baik untuk ujian temuduga tersebut...ekekekee, walaupun pada mulanya gabra mak datuk jugak saya. saya dapat markah 48/50 , kira terrer la tu kan. takkan nak dapat markah penuh lak, kang lawan toke la pulak. tak sia2 saya menaip cerita kat bawah untuk latihan.

cuti panjang kali ni sungguh bosan, tak leh nak ke mana mana,bila saya pegi je ke stesen bas, semua warga asing ada kat situ termasuklah Vietnam, Kampuchea, Nepal, Bangladesh, Indonesia, Timor-Timor, Timor Leste, Filipina, Thailand, Britain, Amerika ...semua ada. tak de can lansung saya nak naik bas pegi ke mana mana. destinasi pujaan saya pun tak dapat saya nak pegi iaitu Cameron Highland sebab asik penuh ajer. tensen btui saya.

ok lah saya ada keje sikit sampai kul 12, nanti saya cerita lagi yer....

Friday, February 4, 2005

Send Someone A Smile

hari ni saya ada intebiu dlm bahasa Inggeris, jadi saya sesaja taip cerita ni yg saya dapat dari Reader's Digest April 1983. beginilah ceritanya, tapi tak abis lagi, kalau ada senang saya taip lagi yerrr:

It’s simple. And, this young mother discovered, it can lift your own spirits.

One day shortly after my third child was born, I received a note from another young mother, a friend of mine who lived just three blocks from me. We hadn’t seen each other all winter.

“Hi friend,” she wrote. “I think of you often. Someday we’ll have time to spend together like in the old days. Keep plugging. I know you’re a super mother. See you soon, I hope.” It was signed: “Your friend on hold, Sue Ann.”

The few words lifted my spirits and added a soothing ointment of love to a hectic day. I remember thinking, thanks, Sue Ann. I needed that.

The next day was my errand day, because my husband was home to tend the children. I decided to visit a card shop a few miles away that was having a sale. I wasn’t in a good mood. The baby had a cold, and I was in hurry.

Instead of reacting to my brusqueness, the saleswoman was extremely courteous and helpful. Noticing that her name tag read Janet Sullivan, I asked the woman if she was the store owner. “Oh, no, “she said. “I’m just one of the employees, but I love it here.” I left the shop feeling more able t cope.

On the way home, I thought, I really ought to write a note to the owner of that shop and tell her what a good employee Janet Sullivan is. But, of course, there isn’t time.

When I arrived home, however, things seemed peaceful. On my desk I saw my friend Sue Ann’s note. If she had the time to lift my spirits, why, I had time to help cheers others.

“Dear store owner, “I wrote. “ It was a hectic day and I came into your shop with a chip on my shoulder. But Janet Sullivan was pleasant, extremely helpful, and she did not let my uptight mood affect her kindness to me. Thank You for hiring such a lovely lady and for making my day better.” I signed the note “A Satisfied Customer.”

tu bi kontiniu......

Dictionary:
brusque also brusk P Pronunciation Key (br sk)
adj.
Abrupt and curt in manner or speech; discourteously blunt. See Synonyms at gruff.

[French, lively, fierce, from Italian brusco, coarse, rough, from Late Latin br scum, perhaps blend of Latin r scus, butcher's broom,, and Late Latin br cus, heather; see briar1.]

brusque ly adv.
brusque ness n.

Thursday, February 3, 2005

sedap tak bunyi nama ni?

ada sorang kawan, nak namakan anaknya nama ni

HILYATUL AULIYA

Mesyuarat ketuhar

selalunya saya bermenyuarat di bilik dingin beku, ttp hari ini di bilik berketuhar la pulak panasnya.

pengerusi berbangsa lain tapi bercakap melayu, lancar dan fasih. ttp mata masih mengantuk kerana kurang paham atau pun tak paham lansung apa yg di katanya, semuanya berkaitan dengan Kualiti, Ini susah OOO! (ISO) dan pekara2 bersangkutan. maklum la lagi sikit bahagian2 akan di audit.

rakan di sebelah entah dari unit mana cakap dia mengantuk, dia akak2. kesian, kita bagi la dia satu gula2. kita pulak carik yg lain dlm beg tangan tapi tak jumpa. terjumpa limau bersaiz mini (mini sugar tangerine), nak makan tapi takut baunya semerbak satu bilik.

selalunya kalau mesyuarat begini saya lebih suka melukis terutamanya muka org bercakap di hadapan. baru la nampak cam kosentret jer....ekekekeke. kali ni saya tak bawak kertas conteng, jadi tak leh melukis.

saya pun keluarkan henpon kat bawah meja dan main tembak2 ikan. lepas boring main tembak2 ikan, saya tengok2 koleksi gamba, peh tu tukar gamba kat main screen. kakak tu sempat tanya gamba siapa. saya jawab jer la.

dihadapan saya (meja oval) adalah peserta mesyuarat daripada kaum adam, nampaknya ramai yg menguap tak kurang jugak yg tersengguk sengguk. ermm...semua pun sama, nampak nya sorang jer yg tumpukan perhatian melampau dan dia jer yg berinteraksi dgn pengerusi. kesian.

kalau ada bantal masa tu mau saya tido, kalau idak pun, kalau la saya kenal baik ngan org sebelah menyeblah...mau saya buat .....'ketupat'... cam biasa la.

Wednesday, February 2, 2005

pegi makan sarapan

dah la jauh berbatu-batu, peh tu makanan tak sedap.

semalam saya gi makan (makan lagi!) lasagna kat satu kedai yg dolu2 slalu pegi. ermmm..dah tak sedap cam dolu. peh tu yg penting skali dah tak leh pakai kad kredit... apa la.

tapi smalam dapat diskaun kad untuk kunjungan yg seterusnya.

servis kedai tu mmg lambat seperti diketahui umum tapi lasagna dia sedap sikit berbanding kedai lain spt Secret Recipe, Pizza Hut dan lupa yg lain.

peh tu saya jenjalan kat Reject Shop, bukan nak beli baju tapi nak carik kawan yg ada keje kat kedai tu sejak bulan lalu. saya round2 carik dia tak jumpa. malas nak tanya pekerja yg lain sbb nanti kata menyibuk datang carik kawan je, bukannya nak beli. saya rasa kawan saya tu dah berenti keje kut, dia mmg terkenal ngan hobi suka berenti keje. mmg dah tersohor pun.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer