|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Thursday, March 31, 2005
Bukit Merah Lake Town
saya tak pernah pegi tempat ni. sempena musim cuti2 M'sia yg di adakan sendiri oleh saya. saya pun pegi lah melawat ke sana.
saya pegi ke sana dari selatan ke utara melalui lebuh raya PLUS la. dari selatan redup jer, apabila sampai selepas daripada taiping jer, dah tak redup lagi.
apabila dah sampai kat simpang bulit merah, kami pun tanya la dengan penjaga tol tu cemana nak gi ke Bukit Merah, budak pompuan yg comel tu kata, jumpa traffic light 100m peh tu pusing kiri.
kitorg pun jumpa la Lake Town Resort tu, waa kena naik bukit punya la tinggi patut la diorang panggil bukit merah, ingatkan ada tasik jer cam slalu Senario Promosi tu.
masa kat atas bukit tu nampak la pemandangan tasik yg sangat luas cam laut.....
kami pun sampai kat resort tu, bole tahan, Water park RM21, Oreng Utan Island RM15 bole tahan mahalnya yer tak. kitorg jenjalan jer sambil tangkap gambo, saya tangkap gambo ngan ikan toman. kat tasik ada banyak itik berenang. ada bot dan tak de org.
driver terpandang sign board untuk memancing, dia mula la eksited, bila tengok pancing yg disediakan terbantut angan2, ada ka patut diorang suruh mancing kat tasik yg luas tu dengan menggunakan pancing batang nipah? tak logik btui.
peh tu driver sempat mengtemuduga pekerja kat situ, katanya tasik kat situ dah kering sikit daripada paras asalnya, kelihatan batu batan tasik yg timbul sbb kurang air. driver banyak nak tanya kat pekerja2 kat situ, tapi semuanya berat mulut, abang yg sorang tu jer peramah skit. bila kita tanya diorang layan tak layan jer. patut la tak ramai org datang kat sana.
masa nak balik kitorg gi kat kedai cenderamata dia. saya bekenan kat satu patung lembut oreng utan ni, comel sangat harganya RM25 kira murah la tu tapi hanya bole dibeli apabila anda membelanjakan RM500 kat kedai tu, aiyo tak logik saya nak kena blanja RM525 untuk dapatkan sekor org utan yang tak bernyawa.
peh tu driver nak beli singlet yg ada jual kat situ, driver pun cuba la singlet tu, masa tu ada sorang jurujual yg tolong pilihkan singlet untuk driver, masa driver cuba2 singlet tu, saya terbau bau ketiak bawang, busuknya. saya pun cakap la kat driver yg ketiaknya busuk sangat. driver diam ajer tapi tetiba jer jurujual tu belah dari situ.
lepas jurujual tu blah, driver cakap ngan saya yang bau ketiak tu bukannya dia tapi budak jurujual pompuan tu, ak e na, kalau saya tau bukan driver gerenti saya tak cakap cenggitu. mesti budak tu malukan, kesian dia.
bila saya pulak nak beli baju, saya terpaksa panggil budak jurujual, tapi jurujual ketiak busuk tu tanak datang dah, dia suruh kawan dia yg layan saya.
selepas beli belah cenderamata, kami pun balik la ikut Plus sekali lagi.
139668 |
Dipos oleh sofeanny at 15:41
|
Nak kata apa2? [0]
Pancing ikan kecik di kolam kecik dengan budak kecik
di suatu petang yang indah saya telah pegi memancing di sebuah kolam air tawar berbayar. sebenarnya saya ikut driver ajer.
apabila sampai di kolam, banyaklah org2 pemancing menegur driver termasuklah seorang pemuda yang agak hensem. pemuda tu selalu saya jumpa di kedai pancing melepak dan berborak borak dgn toke pancing, badannya kurus macam isap ganja tapi driver kata dia tak mengisap ganja tapi cuma ketagih memancing ajer.
pada petang itu budak ensem itu membawa adiknya sekali pegi memancing. adiknya itu berumur kira2 9 tahun atau 8 tahun (saya tak sempat nak tanya).
driver memancing dikolam besar untuk mendapat ikan besar manakala saya pula memancing dikolam kecik yg free. adik budak ensem tu ikut saya memancing kat kolam kecik. kat mana saya campakkan kail saya kat situ la jugak dia campakkan kailnya. bila saya dapat ikan, muka dia nampak macam jeles. tiba2 kailnya di makan ikan, dia punya la suka siap melompat lagi dan menjerit jerit bagitau abang dia yang dia dapat ikan.
selepas dia dapat ikan dia menjadi semakin ramah ngan saya. katanya semalam dia ada datang mancing kat situ tapi sekor pun tak dapat, dia kata "kakak ni ada 'ong' la". saya pun senyum bangga jer la.
lepas tu dia cakap tak berenti renti sbb dia banyak dapat ikan, tapi budak ni kira spesies yg bersopan santun la jugak. dia kata adik beradiknya ada dua belas org, terkejut saya mendengarnya. dia ada lagi dua adik katanya. pas tu dia tanya saya duk kat mana, saya kata teka la, dia kata lagi " akak ni org bandar yer", agaknya dia kata saya org bandar sbb masa tu saya pakai selipar warna oren (agaknya la... ekekekeke).
toke ikan yg datang melawat tanya kat saya," itu lu punya anak ka?" saya cakap ya la. toke kata lagi,"besarnya anak lu". budak tu pun menganguk jer bila toke tu kata dia anak saya.
hari tu tangkapan kami sangat memberansangkan. saya sedekahkan ikan pret kat dia sbb dia kata abgnya suka makan ikan tu, lagipun kan adik beradiknya ada dua belas org... kesian dia. saya pulak mintak ikan puyu yg dia dapat sbb saya suka bela ikan puyu, org kata hantu takut kat ikan puyu...... ya ka?
driver dapat sekor jer ikan pada hari tu, dah la sekor kecik pulak tu, tak sampai sekilo beratnya, setaraf jer cam hasil pancingan saya kat kolam kecik.
139667 |
Dipos oleh sofeanny at 15:15
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, March 29, 2005
Dunk In Dough Nut n’ Petai
Saya balik umah mak abah saya lagi, kali ni dijangkakan adik beradik saya yg lain pun akan balik sbb ada majlis kenduri kawin lagi sekali utk sepupu saya di belah pengantin lelaki pulak.
Saya pun beli cemacam la kan buah tangan, dalam pakej buah tangan tu, saya ada beli setengah dozen dunkin donut pelbagai perisa dan seikat petai.
Saya pun sampai rumah, tapi tak de org, semuanya gi umah kenduri, tolong masak. Petang tu pulak ujan lebat, petang lagi baru la keluarga adik saya sampai dengan anak berambut kerinting.
Saya pun bagi lah sekotak donut tu suruh dia makan, tapi dia lebih berminat kepada seikat petai. Nampak pelik tapi benar. Ayah dia kata, anaknya suka makan petai, saya tak percaya, takkan la budak umo setahun setengah suka makan petai, makan nasik pun jarang jarang.
Lepas tu ayah dia pun buat demo depan saya sbb saya tak percaya. Dia pun kupaskan kulit petai dan bagi petai tu kat anak dia. Dengan penuh bergaya si rambut kerinting buangkan kulit ‘ari’ petai dan makan petai cam makan gegula.
Mak aihhh. Terkejut den. Dasat sugguh anak menakan saya tu. tak percaya. Dia tak pandang lansung donut yg ada tu, yg cantik menawan berwarna warni... dia nakkan petai jugak, terpaksa lah mak dia sorokkan petai yang lebih, nanti dia nak lagi la pulak.
Pas tu kan, setiap kali dia berakkan, baunya punya la busuk, sbb dia pakai pampers lagi, kalau terbau bau petai tu maknanya dia dah berak la tu.
139555 |
Dipos oleh sofeanny at 15:28
|
Nak kata apa2? [1]
Thursday, March 24, 2005
hantu tepi jalan
aiiiisehhhhyyyy! tadikan saya gi satu shopping kompelek ni kan ada kawan ni ajak gi makan tengahari. saya dah kenyang masa tu sbb sarapan nasik kerabu.
kawan saya makan nasik banyak lauk, saya pulak makan kerang rebus seringgit... eh tadi kata dah kenyang, ala makanan ringan jer....
peh tu kan kami round round shoping kompelek, saya beli eksesori sikit. kawan saya beli kain meter (kain ela?).
peh tu kan, masa nak balik kan, kami lalu satu jalan ni kan, dari jauh kami nampak ada satu pompuan berdiri tepi jalan (atas jalan sebenarnya, apa tak takut kena langgar ke?), pakai tudung, gaya dia menunduk dan berdiri cam hantu, bila kami menghampiri dia, nampak mukanya masam sangat sambil menunduk pandang ke tanah, btui....... btui menyeramkan mukanya tu, bukan sebab tak cantik ke atau cantik sangat, tapi gaya dia tu... eiii takut.....
tapikan masa tu pukui 1.25 pm (saya tgk jam masa tu), lagipun dia pakai baju dan tudung warna pink. selalunya hantu pakai baju kurung warna putih tanpa kain.
rasanya bukan hantu la. agaknya dia bergaduh ngan laki dia kut, peh tu merajuk kat tepi jalan. idak pun kena tinggal ngan pak we kut.
kalau yu ol ader kat sana tadi... yu ol pun takut tengok muka dia tau... menggerunkan.... tak tipu...!
139329 |
Dipos oleh sofeanny at 16:08
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 23, 2005
Praktikal
di tempat kerja saya ni bebaru ni ada ler dua tiga orang budak daripada unibersiti nun jauh di selatan datang menjalani latihan di tempat kerja saya.
salah seorang daripadanya diletakkan di bawah saya. jadi saya pun apalagi.. berilah tugas saya sikit kat dia... ekekeke
budak ni jenis yang rajin (agaknya la) .. tapi rasanya semua budak yang buat praktikal secara otomatik jadi baik dan rajin, maklum la.. nak markah lebih, saya pun cenggitu jugak dulu.
satu hari budak ni tanya la saya pasal satu prasa yang dia tak paham kat satu dokumen ni, tgh saya cakap2 ngan dia, tetiba jer boss DAP pulak datang nak cerita2 ngan saya, terpaksa la saya dulukan boss tu, sambil tu saya jeling2 ngan eko mata ke arah kertas yang budak tu pegang.
saya nampak dia menulis-nulis simbol2 yang pelik2. rasanya tadi saya cakap bahasa melayu yang biasa jer, tak de cakap pasal formula ker, matematik ker.. kenapa yer budak tu tulis lain macam jer.
selepas habis bercakap ngan boss DAP saya pun jeling dgn lebih tajam kat kertas yg ada kat tangan budak tu. setelah saya amati betui2 baru la saya tau apa yg ditulisnya tu...(tanpa memahami maksud)
rupa-rupanya dia tulis tulisan tamil kat kertas tu, agaknya apa yg saya terangkan kat dia tadi tu la. saya rasa nak gelak pun ada. jarang saya jumpa pelajar bukan Melayu yg akan tulis tulisan ibunda dia kat nota dia.. kan...kan, slalunya diorang ni mesti tulih omputih punya...
lepas tu saya cepat2 blah, sbb takut terketawa depan dia kuat sangat, nanti dia kata menghina dia la pulak..... saya bayangkan cemana la agaknya kalau saya cakap Tamil tadi dia, dulu saya pernah jugak nak blaja cakap Tamil ngan kawan saya ni, tapi tak leh nak pandai la.. sebab kalau nak cakap lidah kene bergulung gulung dengan hebatnya, nak cakap menda2 simple pun susah. last2 saya berenti blaja cakap tamil. paham maknanya cukup la, nak bercakap sori.. tak sampai....
139265 |
Dipos oleh sofeanny at 15:35
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, March 22, 2005
Night Safari

Lokasi: Taiping, Perak, Malaysia. Bayaran Dewasa: RM10 Kanak-kanak: RM6 Waktu Lawatan Sabtu: 8 pm -12 am Lain hari: 8 pm -11pm
Bebaru ni acik (nama manja untuk makcik) ader le pegi ke satu tempat yang best ni, tujuan utama acik tentulah nak nengok menatang2 yang tido waktu siang tapi berjaga waktu malam, termasuklah kucing (kucing hutan).
Acik memang suka melihat lihat menatang, tapi acik tak berpeluang nak pegi zoo selalu, walaupun rumah mak abah driver dekat dengan zoo negara tapi dia kedekut nak bawak acik ke sana. Zoo yg pernah acik lawat Cuma la zoo Johor ngan tebaru ni zoo Tepen. Menatang yang selalu acik tengok pun cume le kucin, anjin, lembu dan kenkadang tikuih, itu kalau kat kawasan berhampiran rumah. Tapi menatang yang paling selalu acik tangkap dan tengok tentu le ikan.
Acik sampai kat Tepen dalam pukui dekat2 lapan malam. Acik pun tengok sain bod kat zoo tu, pukui lapan bole masuk dah. Tapi acik takut jam acik salah jadi acik suruh driver tanya tukang sapu yg tengah menyapu kat laman zoo sama ada dah bole beli teket ke belum. Tukang sapu tu peramah org nye, dia kata zoo dah bukak. Apa lagi bergegas la acik suruh dreba beli teket.
Kami pun masuk kawasan zoo. Kat situ ada train mini. Teketnya kene beli la, org dewasa macam acik RM2, bebudak RM1. peh tu acik naik la train tu, acik duk depan skali biar senang nak nengok binatang nanti.
Menatang yang pertama sekali di lihat ialah due eko burung hantu atas dahan, comel burung antunya tak takut pun kalau tengok. Kat blakang acik tu ada la dua mak nngan abah dan setengah dozen anak2 dema, bisin btui dema bila nengok burung antu, yang mak dia asik cakap omputih jer, macam le menatang tu semua tak de nama Melayu, kalau nak anak2 lebih pandai sebut la nama menatang tu dalam dua tiga bahasa, baru la acik kagum sket.
Peh tu cemacam menatang ada.. comel2, ada kucin utan, ulau, badak air dan darat, gajah, zirafah, burung kuang, ikan keli, ikan koi, ikan tilapia, memerang manja, semut, beruang madu, singa, harimau, babi utan, buaya tembaga, suasa, dan lenlain lagi.
Kira acik seronok la gi sana. Perbezaan antara zoo Joho ngan Zoo Tepen ialah zoo Joho ada bau kurang enak yg meluas, kat zoo Tepen baunya tak de le busuk sangat, Cuma kat kandang khinzir utan jer bau busyuk skit.
139219 |
Dipos oleh sofeanny at 13:59
|
Nak kata apa2? [1]
panasnya hujan lebat
Semalam baca blog org lain, rata2 cerita pasal apa ke mendanya apa ekuinoks, ala kita bukannya tau sangatkan..tapi katanya ari semalam paling panas la.
kat opis pun semuanya sibuk cakap duk kat opis je, jgn klua, panas la... kan. tapi kan.....
petang semalam masa nak balik opis ujan punya la lebat, sejuk menggigit tulang U, habis lencun baju kerja I, u know.....
pagi tadi ada org kata hari Khamis ni ari paling sejuk, ia ker.. pada saya memang la sejuk... sejuk kat ati sbb dapat gaji...ekekee, kalau nasib baik... naik gaji... ekekeke, naik gaji tak per... jangan naik jawatan (bukan pangkat) sudah.... (bertambah tanggungjawab)..
lepas ni nak cerita pasal lain pulak... tunggu yerrrr.
139189 |
Dipos oleh sofeanny at 11:19
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, March 21, 2005
Pasar Malam Cameron Highland
Ha! Ha! ha!... saya ke Cameron Highland lagi, tanah tinggi pujaan hatiku. Kali ini saya sampai di sana pada waktu petang menghampiri malam. Suasana masih sejuk seperti biasa tiada kesan sampingan daripada musim kemarau.
Tetapi di sepanjang perjalanan, saya dapati ada tompokan hitam hutan kecil yang terbakar. Sempat juga saya memerhatikan kawasan kemalangan yang telah meragut beberapa nyawa baru2 ini. Sana sini kelihatan penghadang tepi jalan kemek di langgar oleh kenderaan.
Apabila sampai sahaja di Brincang kami disambut oleh sebuah khemah tepi jalan yang menjual barangan batik dan juga cenderamata, bole tahan mahalnya, jadi tak beli la.
Peh tu jalan lagi, punya la ramai org, cam ada pesta jer, baru la teringat rupanya sekarang ni musim cuti sekolah, ramai btui org , sesak udara kat Cameron.
Saya yang berbaju lengan panjang berjenama Puma, seluar separa trek Cheetah dan berselipar cap ayam (tak de jenama) manakala driver pula berseluar bermuda jenama Arnold Palmer dan singlet cap ayam yang pernah katanya dipakai sewaktu beliau ke Filipina, India, US telah turun dari kereta buruk dan menjoin kan diri dengan org yang ramai ramai itu untuk menghirup udara malam di Cameron Highland. Banyak org yang pandang2 driver yang driver pulak perasan cam org daripada eskimo atau nepal pakai singlet memalam kat C.H.
Saya telah ke pasar malam Cameron Highland dan terus membeli belah di sana, saya beli bunga ros 6 dozen dapat free bunga kering, petua kat C.H ni kalau nak free kene mintak kalau tak mintak dia tak baginya, yang menjualnya org Indon, kalau kene gaya kao sembang ngan dia, dia bagi free semua yg ko nak dengan syarat toke dia tak de berhampiran ngan dia. Pas tu saya beli jagung bakar yg meletup letup macam pop corn masa dibakar. Rasanya tak syedap. Driver pulak beli roti John yg bole tahan saje rasanya.
Pas tu saya meneruskan perjalanan ke Tanah Rata, waaa lagi la ramai org sampai nak parking kete pun tak bole....
Kami pusing balik ke Brincang, jenjalan skit dan pulang, perjalanan pulang terasa sangat panjang, driver tak bagi saya tido sbb dia jeles dia kene memandu. Bila saya diam jer dia cepat memekak suruh saya bangun, dia kata nak masuk gaung ke. Saya kata masuk la sensorang.
Untuk menghilangkan kemengantukan yang teramat sangat saya telah memasang kaset Cinta Sonata yang driver sibuk nak beli sbb nak dengar suara penyanyi lembut tu. saya pasang lagu Salsabila dan menyanyi kuat2 supaya hilang mengantuk lepas abis lagu tu tiba giliran lagu pujaan saya “Hanya memuji”, saya pun menyanyi sekuat hati, mesti monyet2 ngan rimau2 kat tepi jalan tu semua terkejut tak termasuk urang2 ashly yang tinggal diperkampungan tepi jalan tu. lepas tu tiba giliran lagu “Sandarkan pada kenangan”, saya paksa driver menyanyi sebagai jamal abdillah dan saya nyanyi part sarah. Lepas tu saya ulang2 jer tiga lagu tu balii sebab semua lagu lain bisa bikin mengantuk lagi dalam.
Akhirnya sampai jugak kami ddengan penuh keletihan satu badan dan juga mulut serta sakit tekak.
kalau nak komen apa-apa bole taip kat BUKU TAMU SOFE
139139 |
Dipos oleh sofeanny at 12:01
|
Nak kata apa2? [3]
Thursday, March 17, 2005
Ermmm.....
hari ni malas nak keje btui la. klien pun cam tak berminat jer nak berurusan.
tadi ada klien tepon, katanya nak batal temujanji esok, saya tak brapa setuju sbb nanti boss saya kata saya tak buat keje la pulak. diorang nak tangguhkan tarikh temujanji. saya tak kisah, saya memang malas pun, tapi nanti kalau boss nak tanya apa saya nak jawap, dia mesti tanak terima alasan klien yg malas nak hadir temujanji, susah kalau ada boss yg buat keje tak praktikal ni.
sebagai penyelesaiannya, saya rasa saya nak buat cenggini: esok saya nak tunggu di tempat yg dijanjikan dan buat2 tunggu, kengkononnya klien terlupa nak datang ke apa ker kan, yg penting saya ada kat tempat kejadian, kalau boss tanya saya bole cakap saya tgh tungggu klien, kira ok tak? tak keyra la dia pecaya ke idak.. yg penting saya jalankan tugas saya.
lama btui la nak tunggu boss ni tamat perkhidmatan. dah bosan nak melayan karenahnya tu. itu cerita pasal boss besar. boss yg dekat2 bilik saya khabarnya hari ni ada kes..... kes bahaya ni.... cuma tak sampai kat pihak atasan jer lagi.... saya teringin jer nak sampaikan sebab saya sakit ati ngan dia, tapi maleh la nak masuk campur... akan sampai jugak hari pembalasan untuk dia tu...
ok la, dah sampai masa nak balik pun.... balik dlu...tt
138970 |
Dipos oleh sofeanny at 16:02
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 16, 2005
CHEF TERJUN
Baru baru ini saya pulang ke rumah mak abah saya yang bersebelahan dengan rumah adik bapak saya yang bongsu iaitu bapak sedara saya.
Sempena cuti sekolah ini dia menikahkan dua orang anaknya, jadi sebagai anak sedara dan juga sepupu kepada pengantin maka terpaksalah saya membantu serba sedikit (pada jangkaannya)
Saya pulang pada sebelah malam dengan tujuan berjumpa dengan adik beradik saya yg jarang2 saya berjumpa. Sungguh seronok melayan karenah anak2 sedara yg comel2. saya menceritakan kepada kakak saya yang taman yang selalu dia bawak anak2nya itu bermain merupakan pusat Gay berjumpa dan memulakan perkenalan. Saya dapat maklumat tersebut daripada blog2 yg saya ada terbaca. Akak saya buat tak heran jer. Bengang saya la...
Pada malam tersebut abah saya, mak saya, adik mak saya dan sepupu sepapat yg lain sibuk menyediakan kelengkapan pemasakan untuk kenduri esok hari dan juga malam tersebut. Saya pula sibuk mengendong anak sedara saya yg berambut kerinting dan melayan karenahnya (sebenarnya sbb saya maleh nak memedihkan mata mengadap asap).
Saya pun tido setelah sampai waktunya, tapi mak ngan abah saya masih penat bekerja.
Esoknya saya bangun awal sbb saya dah biasa bangun awal gi kerja. Mak ngan abah saya dah pun pegi ke kawasan pemasakan. Saya pun pegi ikut tapi tak de org lain pun termasuklah mak ayah pengantin. Diorang ni nak kenduri ke tanak? Sepupu sepapat, mak bapak sedara pun tak nampak batang hidung.
Terpaksalah saya dan seantero ahli keluarga saya termasuk adik ipar, abg ipar dan seangkatan dengannya bertungkus lumus memasak hidangan untuk kenduri. Mak saya sebagai Excutive Chef, bapak saya Sous Chef dan seterusnya. Memula saya dan mak saya memasak kurma ayam 2 kawah, abah saya masak nasik putih seperiuk besar, abg ipar saya masak gulai daging, pas tu masak pulak nasik minyak dua kawah. Cam tak pecaya jer. Tetiba jer keluarga saya dah jadi pengusaha katering.
Selepas itu semua yg di masak siap, main hantam jer, lepas tu sedara mara belah bini bapak sedara saya ambil alih untuk menghidang. Susah sikit dua keluarga nak bergabung sebab berlainan keturunan walaupun masih dipanggil Melayu.
Lepas habis masak, apalagi makan la. Saya rasa sedap jer masakan yg dimasak sbb kami yg masak tentulah ikut taste kami. Tapi ta tau la apa kata tetamu yg makan. Sukati diorang la nak kata tak sedap pun. Itu pun dah di kira nasib baik dapat makan.
Abah saya banyak bagi komplen sbb katanya adiknya tu tak cukup bersedia dari segi barang2 keperluan masakan. Masa di tanya cukup ke kelengkapan, katanya semua dah lengkap, tapi bila sampai masanya semua tak cukup. Tengahari itu saya pun balik ke rumah saya balik setelah driver datang menjemput saya, tak sempat tunggu habis kenduri.
Lepas ni sesapa nak buat kenduri kawin ke, berkhatan ker, bole le panggil kami sekeluarga untuk dupah memasak di kenduri anda...sedap tak dijamin....ekekeke
138900 |
Dipos oleh sofeanny at 10:28
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, March 15, 2005
jari manis ku terluka disepit galah
Semalam saya pergi memancing udang galah bersama driver di sebuah kolam berbayar yg sangat cantik pemandangannya tapi tak sempat amik gambar sbb kamera belum beli lagi.
tangkapan pertama kami merupakan seekor udang galah bersaiz sederhana dan bersepit GALAH HANYA SATU.
semasa cuba menanggalkan mata kail daripada mulut udang yang sedap bila di goreng itu, dia telah memberontak dengan menyepit jari manis saya walaupun saya telah menekan sepitnya itu ke tepi.
dengan itu jari manis saya berasa sakit lalu saya mengaduh kecil dan kelihatan darah keluar dari luka sepitan tersebut.
sakitnya terasa perit seketika seperti sakitnnya ketika jari dicucuk dgn jarum ketika proses pengenal pastian darah semasa menderma darah.
walaupun banyak udang yang menggigit mata kail ttp hanya beberapa ekor sahaja yg dapat dinaikkan ke darat. ini kerana kata driver... dia telah kehilangan skill pemancingannya kerana terlalu lama bercuti daripada memancing.
kami memancing selama dua jam dan hanya berjaya menaikkan 5 ekor emak dan bapak udang serta seekor cucu udang. saya meletakkan mereka semua dalam baldi kecik ttp mereka asik melompat keluar, akhirnya kami kehilangan cucu udang tersebut sbb dia melompat entah kemana dan tidak dapat di kesan.
bayaran untuk 2 jam tersebut ialah RM20 tidak termasuk harga umpun-umpun yg digunakan sbg umpan. kalaulah saya pergi ke pasar dan membeli udang galah, harganya kadang2 cuma mencecah Rm18 dan tentunya lebih berbaloi. ooo... terlupa pula saya nak mengira harga minyak dan tol yang telah dibayar sepanjang perjalanan ke kolam tersebut. nampaknya mmg rugi.
setelah penat memancing saya singgah di sebuat restoran western dan makan 'chiken grill with mushroom sauce' manakala driver makan 'steak with black paper sauce'. makanan yg saya oder tak sedap, rasa nak muntah, tapi driver punya makanan sedap, saya mintak sikit dia punya dan akhirnya driver habiskan kedua dua pinggan makanan tersebut.
setelah itu saya pulang ke rumah. dan untuk membalas dendam, saya telah menggoreng udang yg menyepit jari manis saya dan memakannya sambil menonton TV. Erm...nyam...nyam...rasa udang itu sungguh sedap dan rangup... itulah rasa sebuah pembalasan dendam yg sungguh indah.....
ada tinggal lagi empat ekor udang yang akan di masak pada petang ini setelah saya balik keje nanti.....
138850 |
Dipos oleh sofeanny at 9:45
|
Nak kata apa2? [3]
Monday, March 14, 2005
Balik rumah ibu bapa
adik saya menyangkan VCD hantu dari Indon sempena kepulangan saya kali ini, anak-anak kakak saya pun semuanya pulang.
salah seorang daripadanya terkencing malam disebabkan menonton VCD tersebut. gambaran hantu yg kelihatan dalam VCD tersebut ialah berambut panjang lurus seperti hantu Korea yg biasa dan berbaju kelihatan spt baju kurung.
Saya terpikir, adakah baju kurung merupakan pakaian rasmi hantu2 seluruh benua ASIa mungkin juga Donia ini????
138797 |
Dipos oleh sofeanny at 8:13
|
Nak kata apa2? [2]
Thursday, March 10, 2005

138629 |
Dipos oleh sofeanny at 13:03
|
Nak kata apa2? [3]
138628 |
Dipos oleh sofeanny at 13:00
|
Nak kata apa2? [0]
hantukah dia????
Pada lagi satu hujung minggu saya masih melalui kawasan yg sama untuk ke SElatan. (berkaitan dengan cerita semalam)
ketika itu hari malam dalam jam 8.32 minit malam. saya melalui Highway Plus yg sama. Naik kereta yang sama dengan org yg sama.
pada pertengahan perjalanan tiba2 saya terdengar bunnyi angin memasuki kereta yang dipasang ekon. saya pun perhatikan tingkap kereta dibahagian saya terbuka sedikit secara tiba2 tanpa saya sedari. saya pun menaikkan semuala tingkap supaya angin tak masuk lagi.
selepas itu saya merasakan kehadiran sesuatu di bahagian tempat duduk belakang yg tidak berpenumpang. saya tak berani nak lihat ke belakang, mana la tau nampak ker. saya cuma mendiamkan diri dan berbincang topik2 semasa dengan driver.
selepas melepasi Tol Jelapang dan membayar duit Tol barulah saya cuba2 berani toleh ke belakang dan melihat kalau ada apa2 di belakang. namun saya tak nampak apa2.
Saya pun memberitahu driver yg saya rasakan ada kehadiran sesuatu di dalam kereta itu. saya cakap kat driver ada yg menumpang kereta ini. selepas sahaja saya habis berkata kata, driver pulak kata tiba2 saja bulu tengkuk nya meremang. Nampaknya saya tak cakap kosong, sebab org tetua kata kalau kita berkata tentang sesuatu dan tiba2 bulu roma menegak maknanya benda yg diperkatakan itu wujud.
Saya kata lagi kat driver, yg menumpang tu perempuan, sbb bulu roma saya tak meremang pun. driver kata tak de nya. saya pun saja berkata2 kononnya pada 'benda' tersebut supaya turun cepat drp kereta sambil saya menurunkan tingkap kasi can dia keluar. tapi saya tak pasti la dia keluar ke tidak.
kemudian saya balik ke rumah, buat apa yg sepatutnya dan cuba untuk tidur sbb penat, manakala driver pegi ke restorennya dan tido di sana.
sepanjang malam tersebut saya tak dapat tido sbb cuaca panas dan saya rasa tak selesa.
esoknya saya pegi kerja dengan mengantuk yg tak berkesudahan.
semasa dalam kereta, driver menceritakan yg malam tadi dia nampak lembaga pompuan berambut panjang dan bertaring, bukan dia sorang jer yg nampak malahan pekerja restoran yg lain pun nampak juga. lembaga itu merenung driver.... nasib baik tak pegi berkenenalan ngan driver..
nampaknya apa yg saya rasakan pada malam itu benar belaka.......
dan ini bukan kejadian yg pertama.... sabo la..nanti saya cerita yer...ekekekeke
138627 |
Dipos oleh sofeanny at 12:54
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 9, 2005
Nyarais maut di kawasan Maut
sewaktu network rosak dahulu, saya kerap ponteng keje sbb tak de apa yg nak dibuat waktu kerja, semua dokumen tak leh dibuka, jadi semua keje tak bole jalan, beratus2 komputer yg ada kat opis ni semuanya tak leh nak dibukak lansung isi kandungan lembutnya.
kalau ponteng keje tentu lah berdosa...
pada satu hujung minggu (bukan waktu keje) dalam perjalanan balik melalui lebuh raya utara selatan daripada Utara menuju ke Selatan, driver memandu dan saya seperti biasa tentulah tidak memandu.
driver asik memuji muji kereta berusia semilan belas tahun yang dipandunya(bukan kereta biasa yg dipandunya sebelum ini). driver juga asik menerangkan kepada saya cara2 pemanduan yg hebat dan bergaya dengan penuh riak.
saya cuma diam dan sekali sekala rasa nak muntah mendengar cakap besarnya itu.
Selepas melalui terowong berhantu dekat dengan Kuala Kangsar, tentulah pemandu yg biasa memandu di PLUS tahu kita akan menuju ke Tol Jelapang, Ipoh, Perak, Malaysia. tol ini telah banyak menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan yg parah2 kepada penggunanya.
driver yg masih belagak dan bercakap cakap asik menerangkan itu ini kepada saya tentang pemanduan mentang2 la saya ni tak pandai nak memandu kereta.
tiba2 saya terperasan yg driver tidak lagi menceceh, saya pandang ke arah mukanya dan saya dapati mukanya pucat semacam jer. saya pun rasa pelik, saya ingat dia ternampak hantu Tol Jelapang, pada ketika itu kami tengah menuruni bukit berbahaya yg menuju ke tol tersebut. kawasan itu banyak berlaku kemalangan.
pada masa itu saya ingat dah sampai turn saya dan driver pulak kena kemalangan, saya redha ajer la kalau itu dah ketentuanNya.
Rupa2nya enjin kereta tua itu sudah mati, jadi secara automatik breaknya cannot eat (tak makan) sedangkan ketika itu kami sedang menuruni bukit yg sangat curam.
nasib baiklah driver ada banyak pengalaman dalam soal pemanduan sbb dia seorang driver. dia telah mengepam break dengan perlahan-sehingga bole membreak kereta dan menghalakan kereta ke tepi jalan. malangnya di situ tiada lorong kecemasan, saya terdengar bunyi hon lori besar di belakang, nasib baik lori tu tak sondol kereta yg saya naiki ke dalam gaung.
dalam keadaan kecemasan itu, driver telah mencuba beberapa kali untuk menghidupkan enjin, malang sekali dan dua kali lagi, enjin kereta tidak dapat di hidupkan. muka driver semakin pucat, namun saya masih cool kerena saya dapat rasakan 'turn' kami berdua untuk meninggalkan dunia ini belum sampai lagi.
setelah mencuba beberapa kali, barulah enjin dapat dihidupkan dan muka driver pun beransur tidak pucat lagi.
kereta itu meluncur laju dan lancar sepanjang perjalanan kami seterusnya ke Selatan dan sehingga ke hari ini kereta itu tak de buat hal pun macam yg terjadi pada hari 'hampir maut' tersebut.
Rasa macam di alam misteri jer, lagipun mungkin bersangkut paut dengan ponteng keje dan bercakap besar semasa di jalan raya.... ekekekeke...
138545 |
Dipos oleh sofeanny at 13:45
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, March 8, 2005
Nak log In pun tak leh
dah lama saya tak menaip di sini, bukannya malas, tapi network kat tempat keje saya ni yg malas, jadi tak dapat la saya menaip barang sehari tige kat sini.
diharap Peminat3X Setia (ekekekeke.... perasan) dapat bersabar sehinggalah network di tempat saya ini sihat dahulu, barulah saya dapat menaip seperti selalu.
138479 |
Dipos oleh sofeanny at 13:50
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 2, 2005
Apa U ingat saya keje jaga ke kat sini.....!!!!?
Itulah perkataan yang keluar dari mulut saya yang tak berlipstik semalam.
Ada ker patut tuan-tuan dan puan-puan.....
Saya kene tunggu kat opis ni sampai pukui tujuh lebih p.m. Eiiii...geramnya. Saya yang bertaraf Eksekutif(acah mak labu...saja belagak skit..) kat sini disuruh menunggu opis sampai nak dekat Magrib.
Kata2 di atas tadi saya luahkan pada driver yg lambat mengambil saya dari opis. mula2nya dia kata nak amik saya jam nam setengah, itupun dah kira lewat sangat dari waktu balik keje saya, tapi saya tak kisah la sangat, nam setengah tu masih di kira petang.
mula2 saya tunggu kat opis la, makin petang ekon pun makin sejuk, peh tu boss silaka pulak tanak balik2, datang nak sembang ngan gua la pulak. eiii... dia ingat hobi ker nak bersembang ngan dia tu, kalau bole saya nak lari jejauh drp sembang ngan dia.
dia sibuk bincang ngan saya nak adakan hari Bahasa Inggeris la, itu la, ini la... dia ingat saya suka sangat ke cakap bahasa Inggeris tu? boss silaka ni tak bole terima pendapat org lansung, dia anggap dia jer yg pandai, walaupun dia bodo....
pernah sekali tu, saya yang pompuan ni tak bole nak cakap pendapat saya tentang org mengandung sbb katanya dia yg lebih ariffffff..... dgn sikapnya yang menongkah langit tu, terpaksa la saya luahkan ketidakpuasan hati saya dalam weblog ni aja....haiiii nasib.
ehh... saya ada keje la...kejap lagi kalau ada masa, idak pun esok saya sambung la catatan emosional saya ni yerrr...
138053 |
Dipos oleh sofeanny at 7:50
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, March 1, 2005
kene pakse cakap omputih
ari ni saya dipaksa lagi cakap omputih... eii menyampah btui la, bila kena cakap omputih ni mula la teringat kat dokto M, saya suka cara dia memajukan M'sia tapi satu jer yg paling saya tak berapa ngam bila dia suruh org Melayu cakap omputih..., blaja dlm bahasa omputih
tak de ke Pak Lah nak buat dasar baru ke, suruh kita cakap balik Bahasa Melayu kita yg tersangat best tu?
saya tak kisah kalau disuruh blaja Bahasa Omputih untuk pengetahuan atau menambahkan ilmu, tapi kalau bahasa tu dah dianggap lebih penting daripada bahasa Melayu, saya rasa nak mengamuk jer....
apa ingat org Melayu tak bole maju ke kalau cakap bahasa sendiri?
selama ni kita cakap bahasa apa? Bodoh ker kita?
tapi saya teringat la ada sorang blogger dulu tu...cheh! ingat lagi, belagak nak mamfush, mentang2 la dia taip dalam bahasa Inggeris, ada ker katanya saya ni tak setaraf pemikiran ngan dia sbb cakap Melayu. Ek ele.... kalau bagush sangat takkan sampai berenti keje kottttttt?
disebabkan saya tak nak kene berenti keje terpaksa la saya cakap omputih ari ni. Boss saya pun puji saya cakap best... idak la saya gembira tapi saya lega la sebab lepasih ni tak yah cakap omputih dah.
boss tu dulu cakap dia blajo dulu dalam bahasa Inggeris kat skolah (org lama) tapi saya dengar dia cakap pun idak ler best sangat, berteraboooo, cakap jer lebih, bagi komen pun bole tersyasul... blah la lu...
138027 |
Dipos oleh sofeanny at 16:34
|
Nak kata apa2? [2]
|