|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, April 29, 2005
Samara or Sahara?!!!
pada suatu hari ada dua orang manusia yang ponteng keje . sorang lelaki dan sorang pompuan.
semasa ponteng itu mereka merasa sangat bosan. cuaca hari itu pun sangat panas. si jejaka mencadangkan agar mereka berdua pegi tengok wayang sbb ada ekon.
mereka pun pegi ke kaunter dan bersedia untuk membeli tiket. setelah bertanya tentang tayangan apa yg paling hampir dengan waktu tersebut, tukang bagi tiket telah mennamakan dua cerita iaitu Samara dan Sahara.
dua2 org ini bukan kaki wayang, jadi dia org main acilut jer pilih wayang tersebut, jadi yg pompuan pilih cerita tajuk 'Samara' sbb kata tukang jual tiket, cerita tu cerita hantu.
setelah itu yang pompuan pun pegi beli makanan sebanyak mungkin untuk dimakan dalam panggung wayang walaupun undang2 kat situ kata tak bole.
lepas tu diorang pun bagi tiket kat penjaga tiket dan carik pintu no 6, terjumpa la dua pintu berdekatan yang ditepinya bernombor 5 & 6. diorang sempat bertekak dulu nak masuk pintu yg mana.
peh tu yg lelaki kata, masuk pintu mana pun bole. disebabkan masa tayangan nak dekat, diorang pun masuk aje laa.
diorang pun duduk, macam biasa memula ada iklan, yg lelaki sibuk nak makan la, nak minum la. diorang pilih tempat duduk depan, dalam panggung tu ada diorang berdua je, yg pompuan rasa pelik tapi yg lelaki kata: ala itu biasala.
dah lama peh tu, baru la ada penonton lain yg masuk.
selepas abis iklan, muzik filem tersebut pun keluarlah disertai dengan gambar awan. kemudian keluar tulisan: THE BEST LOVE STORY EVER.
yg pompuan terkejut sbb penjual tiket tadi kata cerita hantu.....
tak lama lepas tu kluar pulak tulisan berbelit belit, alamak! tulisan tamil. takkan la citer tamil kut. lupa la nak tanya penjual tiket tadi cerita bangsa apa ekkk samara tu?
lepas tu diorang berdua cpat2 pack bebarang makanan dan blah dari panggung tu, penonton2 lain yg datang kemudian asik mengketawakan dua orang itu, semua penontonnya nampaknya berkulit gelap.
malu yg teramat sangat dirasakan kerana keduanya telah tersilap masuk panggung, nasib baik lampu tak pasang, kalau idak lagi la malunya.......
tu la... lain kali jangan ponteng keje...
peh tu diorang masuk la panggung yg btui, dpt la tengok cita 'Samara' (The Ring Two), sama jer cam dalam citer lawak yg apa ke namanya tu, dah tak ingat........ tapi malu sbb salah panggung masih diingat sehingga ke hari ini.
141012 |
Dipos oleh sofeanny at 15:37
|
Nak kata apa2? [4]
Tuesday, April 26, 2005
pembalasan dendam tak sengaja
kalau anda ada mengikuti perkembangan blog saya ni, tentu anda pernah membaca pasal sorang makcik yg selalu lari dari tugas dia.
bebaru ni saya ada dapat notis segera yang bagitau saya kena hadiri seminar pada waktu dan tarikh yang sama dengan tugas yang sepatutnya saya jalankan dengan makcik ni.
seluruh kampeni sepatutnya tahu pasal hal ni dan siapa yang terlibat dengan seminar tersebut, jadi makcik tu pun patut tahu tentang hal ni tanpa perlu merujuk kepada saya.
disebabkan makcik ni dah terbiasa sangat bergantung pada saya dan tanak lansung berusaha amik tahu tentang tugas yg sepatutnya dia lakukan, hari ini dia sudah bikin susah pada dirinya sendiri.
sewaktu seminar sedang berlansung, tetiba jer Hp saya bergetar, ada panggilan, tentunya daripada makcik.
suara nya dalam Hp cam gelabah je, dia tanya apa yang patut dia buat sbb klien dah sampai. saya pun bagitau dia supaya dia jalankan tugas mengikut jadual perancangan yang setiap seorang daripada kami ada tapi dia tak pernah amik tahu.
dia bagitau saya yang dia nak buat acara sendiri, saya dengan tegas memaksa dia membuat tugas seperti yang dirancangkan, saya tak bagi peluang lansung dia memandai nak buat acara sendiri, ha...baru dia tau gabra ke idak... tu la lain kali buat lagi tak au dan tak bertanggungjawab...
makcik tu pun cakap ngan saya dia akan lakukan seperti yg ada dalam jadual perancangan, yg dia sendiri pun tak tahu. dia bole ketawa2 dalam Hp macam la org suka sangat kat dia. saya sekali pun tak ketawa dan buat2 suara cam marah sikit.. biar dia gabra lebih2. pas tu saya letak tepon.
saya teruskan dengan seminar, dan sekali lagi hp saya bergetar, saya buat tak tau aje. biar dia belajar sikit, daripada apa yg dia telah lakukan selama ni.
sebelum ni kawan saya ada mengatrkan plan bagi saya membalas dendam kat makcik ni, tapi saya tak jadik buat sbb tak sampai hati.
akhirnya saya tak payah balas dendam.
140840 |
Dipos oleh sofeanny at 12:43
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 25, 2005
Cerita Bijik
Sewaktu dalam satu perjalanan ke selatan, saya telah singgah di satu perhentian R & R dan membeli buah-buahan potong, diantaranya termasuklah jambu batu. Saya beli jambu batu itu untuk driver yang suka makan jambu batu.
Sebelum itu saya ada juga beli coklat yg ada badam ditengahnya, yg itu pun driver jugak yg suka makan. Saya pun suka...
Di dalam perjalanan, driver makan jambu potong itu dahulu, kemudian dia kata kat jambu tu ada biji jambu yang tertinggal, dia kata biji jambu tu keras sangat, saya kata memang la keras cam batu, itu sebab org panggil jambu batu, kalau tidak tentulah org panggil jambu jeli. ( bukan Jeli Kelantan yer)
Driver tak abis-abis merungut pasal bijik jambu tu sepanjang perjalanan, lepas tu dia amik kotak coklat dan mula makan coklat pula. Lepas tu dia cakap kat saya: “bijik ni keras betul”.
Saya pun kata kat driver: “ tak nak ker, bagi lah saya, saya suka “.
Tetiba driver mencapai sesuatu yg melekat dikakinya, dia bagi kat saya bijik tu sambil tersengih-sengih, rupa2nya dia masih memperkatakan bijik jambu tu jugak, saya ingatkan dia cakap pasal badam.
Menyesal saya cakap saya nak bijik tu, buat malu saya ajer.
Sepanjang perjalanan tu dia asik ketawakan saya pasal bijik yang saya nak tu. saya pun tak leh nak tengok muka dia sbb saya tak boleh berhenti ketawa bila tengok muka dia sbb malu yg teramat sangat, sampai bijik jambu pun saya nak makan.
Sakit perut menahan ketawa yang tak sudah, nasib baik tak eksiden.
140759 |
Dipos oleh sofeanny at 9:07
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, April 20, 2005
Cerita pemandu teksi

Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu.
Cerita Lima
Gadis malang yang Comel
Pada suatu malam, teksi encik telah ditahan oleh seorang gadis remaja yang comel.
gadis pun naik teksi.
bila teksi berjalan, tiba tiba gadis peluk encik dari belakang dengan erat sekali. encik panik. kenapa pulak tetiba gadis tu nak peluk encik? encik pun rasa pelik.
encik cakap dengan gadis lepaskan pelukan tersebut kerana encik tidak boleh memandu dalam keadaan itu dan nanti akan membahayakan diri encik dan juga gadis comel.
gadis comel enggan lepaskan pelukan. encik terpaksa berhentikan teksi tepi jalan dan lepaskan diri daripada pelukan gadis comel.
sebagai seorang lelaki tergoda juga iman encik. tapi encik kata, daripada pengamatannya gadis tersebut telah diberi pil peransang oleh org yang tak bertanggungjawab.
encik rasa gadis telah sempat lari daripada tempat kejadian dan sempat menaiki teksi encik untuk melarikan diri.
sewaktu di dalam teksi, kesan pil peransang sudah ke kemuncaknya. gadis tidak dapat mengawal dirinya lagi.
encik kata kalau dia nak ambil kesempatan boleh aja. tapi dia kena beringat, gadis tersebut tidak sedar akan keadaan dirinya pada waktu itu, sekiranya gadis tersebut sedar mungkin encik teksi akan didakwa merogolnya.
encik teksi hantar gadis comel ke rumah mak abah nya.
encik teksi ada seorang kenalan pemandu teksi yang biasa membuat kerja meng'pil' gadis remaja dan kemudian merogolnya.
selepas dirogol gadis2 tersebut di campak sahaja di tepi jalan dalam keadaan tak sedarkan diri.
kenalan encik teksi sehingga ke hari ini masih bebas dan tidak pernah ditangkap walau sekalipun atas segala kesalahannya itu.
Cerita Lima Tamat
Ulasan Meter Teksi
encik menekan-nekan sikunya pada pintu teksi kerana disitu terdapat satu suis yang boleh menggerakkan meter teksi walaupun teksi tak berjalan.
suis tersebut telah dijumpai oleh encik dengan tidak sengaja sewaktu bertugas. encik memandu teksi tersebut mengikut giliran dengan seorang lagi pemandu teksi yang lain.
pemandu teksi yang lain itu yang telah memasang suis tersebut secara rahsia tanpa pengetahuan encik.
encik kata dia cuma gunakan suis tersebut pada masa tententu sahaja, mengikut gred penumpang dan juga pada keadaan keadaan tertentu seperti seldadu omputih tu.
jadi kalau anda naik teksi hati hatilah dengan pemandu yg asik menekan nekan sikunya pada pintu teksi, perhatikan sama ada meter berjalan secara normal atau sebaliknya sewaktu pemandu membuat aksi2 pelik sewaktu anda menaiki teksi mereka.
140609 |
Dipos oleh sofeanny at 9:15
|
Nak kata apa2? [0]
140608 |
Dipos oleh sofeanny at 9:14
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 18, 2005
Cerita pemandu teksi
Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu.
Cerita Empat
Baling Skru
Satu hari ada kereta HOnda langgar teksi encik. encik berhenti dan turun, encik kereta Honda pun turun. nyata kesalahan daripada encik Honda.
Encik Honda tanak bayar kerosakan teksi encik dan blah dari tempat kejadian.
encik baran lagi.dia pun cepat2 start teksi dan kejar Honda dari belakang.
Bila dan sampai dekat dengan Honda dia cepat2 bukak tingkap teksi dan baling spark plug kat cermin kete Honda.
Berderai.
Pas tu encik cepat2 pegi Balai Polis Dang Wangi untuk buat laporan Pulis. Encik selamat.
Cerita Empat Tamat
140509 |
Dipos oleh sofeanny at 9:13
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, April 15, 2005
Cerita pemandu teksi
Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu.
Cerita Tiga
seldadu suka makan durian
di satu petang yang indah, teksi encik ditahan pula oleh tiga org soldadu omputih lengkap beruniform. mereka ini baru turun dari kapal mereka dan berjalan jalan mengambil angin disekitar kelompo.
mereka pun naik teksi encik dan minta di hantar ke port Kelang. mereka bertanya tambangnya. encik jawab RM50. mereka tanak bayar manyak tu. mereka kata mesti ikut meter. ok encik pun cakap "orait we use meter."
soldadu pun naik teksi encik dengan blagaknya. tak lama settelah teksi berjalan, tiba2 soldadu minta encik berhentikan teksi dan tunggu mereka. mereka turun dari teksi dan pegi ke tepi jalan di mana ada org jual durian. mereka suka makan durian. mereka makan durian kat tepi jalan tu jugak. lama lah encik menunggu mereka abis makan durian.
encik kata masa dia pandu teksi dulu, meter teksi tak macam sekarang, kalau tunggu maknanya meter pun tak jalan. soldadu tu buat encik cam supir yang diupah oleh mak dia la pulak. encik teksi yg panas baran pun mengatur strategi.
selepas habis makan durian, soldadu pun naik teksi dan suruh encik teksi pegi ke port kelang. encik teksi geram. semasa dia memandu dia asik menekan nekan sikunya pada pintu kereta belah pemandu.
itulah rahsia pemandu teksi yg pembaca semua patut tahu. nanti saya cerita di akhir episod ini.
bila jer sampai port kelang, bacaan meter teksi menunjukkan jumlah tambang RM152.00. soldadu terkejut beruk masa nak bayar. bila soldadu mempertikaikan tambang tersebut, encik cepat2 jawab, "see the meter, u wan me to use the meter, i use the meter la!"
soldadu terpaksa bayar jumlah yg tertera pada meter walaupun mulutnya tiga org tak abih2 menceceh sbb tak puas ati dengan tambang yg dibayar.
Cerita Tiga Tamat - ulasan meter teksi di akhir episod
140426 |
Dipos oleh sofeanny at 10:31
|
Nak kata apa2? [3]
Thursday, April 14, 2005
Cerita pemandu teksi
Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu.
Cerita Dua
Taiko
Pada satu malam yang meriah, encik telah lalu di hadapan sebuah pub, lalu teksi encik telah ditahan oleh seorang apek umur pertengahan.
apek dalam keadaan mabuk bersesuaian dgn tempat yang dipeginya.
apek minta encik hantarnya ke rumahnya.
encik pun drive le teksinya ke kawasan perumahan apek, bila sampai apek dengan kemabukannya keluar teksi tanpa membayar tambang.
encik meminta tambang teksinya. apek dengan kemabukannya berkata bahawa: "Lu talak kenal gua ka!? Gua taiko ini kawasan, lu lagi belani mintak luit sama gua, lu mau mati ka? nanti gua suruh org gua bantai lu kasi mati!"
encik naik marah. apek sesukati hati jer tanak bayar tambang, peh tu siap ugut2 encik lagi.
encik pun nekad membuat satu keputusan. encik pun terus memandu teksinya menuju ke arah apek mabuk, apek pun terpelanting jatuh ke longkang. setelah diperiksa didapati kaki apek patah.
selepas itu, encik terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan yg dia telah melanggar orang di tepi jalan.
encik kata, se Taiko mana pun apek, tetap jatuh longkang jugak dan patah kaki, tak de pun mana2 anak buahnya yg pernah datang mengganggu encik sehingga ke hari ini.
Cerita Dua Tamat.
140389 |
Dipos oleh sofeanny at 11:47
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, April 13, 2005
Cerita pemandu teksi
Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu.
Cerita Satu Menyeret Orang
Disatu tengah malam yang bening, teksi encik ni telah di tahan oleh seorang amoi. Encik tu pun berenti dan bawak la amoi tu, amoi kata dia mahu gi stadium. encik tu pun bawak la amoi sampai kat stadium, bila dah sampai kat stadium, encik mintak duit tambang teksi ikut meter.
amoi kata dia tak de duit. encik tu kata mesti bayar tambang. amoi amik tangan encik dan bawa tangan encik ke arah tempat sulitnya.
dia kata pada encik,"encik sudah pegang, kira sudah bayar la ma".
encik jadik sangat marah. amoi dengan selamba bersedia utk turun teksi.encik marah lagi. encik terus masuk gear dan kereta berjalan, amoi belum turun habis dari teksi, tangan amoi masih kat pintu teksi, kaki amoi sebelah masih dalam teksi.
encik terus tekan minyak, teksi berjalan sambil mengheret amoi yg ingkar bayar tambang dan main kotor dgn tarik tangan encik.
akibatnya kaki amoi dan lutut amoi luka parah bergesel dengan jalan raya.
encik mengheret amoi dalam jarak 100m sehinga amoi melepas kan sendiri pegangan tangannya pada pintu teksi.
selepas itu encik patah balik untuk melihat sama ada amoi masih hidup atau sebaliknya. sampai saja di tepi amoi, amoi masih bergerak dan mulutnya lantang memaki encik.
encik pun terus blah dr situ sblm org ramai datang.
encik menyambung, itu pengajaran bagi amoi yang tentu telah banyak kali mengenakan pemandu teksi yang lain. ini pengajaran buat amoi agar jangan mengulangi taktik kotornya pada masa depan.
cerita satu tamat
140345 |
Dipos oleh sofeanny at 15:46
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, April 12, 2005
Pencarian dan pengejaran Taman Tema
hari tu saya ada la pegi Genting Highland, hajat di hati nak masuk Theme Park dia la, nak naik la roller coster sekali 2 ker dan lenlain permainan yg sewaktu dgnnya.
bila sampai kat GH hujan renyai2. lampu minyak itam kat kereta pun menyala, mintak diisi. lepas isi minyak itam saya pegi la carik paking yg dekat2 ngan taman tema, penuh la, peh tu ramai btui org yg pelik2 kat situ, rambut cemacam warena, mekap tebal sedekameter, cakap cemacam bahasa yg tak paham.
pas tu saya pun masuk la kat gate taman tema tu, punya la ramai org jugak, rambut semua cam alien, rupa2nya LOREAL ada buat tah apa tah.. pertandingan kot. last2 tak jadik nak masuk taman tema. selepas bergambar dengan mawas batu saya pun turun kembali ke tanah rendah menuju KL.
Cadang di hati nak gi Times SQuare la pulak, nak naik roller coster kat sana la pulak, tapi saya terlupa nak bawak kasut, kene la beli kasut, kalau pakai sliper kang jatuh atas kepala pembeli belah kat bawah la pulak. pegi la kedai kasut, beli la satu kasut.
peh tu pegi tengok dari jauh keaddan tempat roler coster tu, punya la ramai org menjerit, lepas tu tengok ngeri je semacam, tapi saya nak cuba jugak. driver kata dia suruh saya naik sensorang, dia kata nanti kalau dia naik menda tu, dia dah tak leh drive sbb pening, lagipun dengan blagaknya dia kata dia dah jenuh naik roller coster masa kat U.S dlu. cheh! pi dah. blagak.
lepas tu saya buat muka menyampah, dia kata ok la dia teman kan, tapi masih cakap cemacam, takut nanti saya muntah la, dan nak tak nak je masuk entrance kat situ. last2 saya batalkan jer hasrat naik roller coster kat situ.
jadi untuk cover balik, driver kata jum gi The Mines pulak, sempat la gi berenti jap kat depan Palace of the Golden horses, saja nak nengok kuda besi. peh tu sampai kat The Mines. tanya kat tukang jaga parking, dah bukak ke belum Taman temanya?
katanya belum bukak lagi, pukui tujuh malam baru nak bukak, itula akibatnya pegi waktu org lain kerja. takkan nak tunggu sampai kul tujuh kot, masa tu baru kol 4. lepas tu tukang jaga parking kata lagi, kalau ujan cenggini diorang lansung tak buka atas faktor2 keselamatan.
last2 saya tak merasa masuk mana2 taman tema pun.
140275 |
Dipos oleh sofeanny at 12:41
|
Nak kata apa2? [2]
Aku geram sangat ni...!
geram geram jangan engkau geram geram geram, geram bermacam ragam. ingat tak lagu ni? eiii... aku geram sangat ni...!
aku geram btui ngan sorang staff tua tak engat donia ni tau. semua org tau aku geram ngan dia ni dah lama. tua pun tak la jauh sangat ngan aku.
pagi tadi aku pegi makan kat cafe, terjumpa la ngan dia, sihat wal afiat, kalau bole makan dan bersembang dah tentu lah sihat. dia ni pemegang Diploma dan kebetulan dia ada amik PJJ dan minggu ni unibersiti dia ada buat peperiksaan.
aku dah bagi banyak kelonggaran kat dia, banyak tugas dia aku tolong selesaikan sbb dia ada di timpa musibah awal tahun ni. tapi dia ni tak sedar di untung, dia amik kesempatan atas kesimpatian org pada dirinya.
pagi tadi dia jumpa aku dan kata dia ada tinggalkan msg kat atas meja aku. aku tanya dia apa halnya, bagitau jer la sbb kita dah jumpa ni. dia ketawa dan blah begitu sahaja. eiii.. geramnya.
aku pun menapak naik ke tingakt tiga pegi ke bilik aku dan baca msg yg dia tinggalkan. dia kata dia tak dapat hadir untuk tugasnya pada hari ni bersama aku sbb dia tak berapa sihat. syialan btui.
selama ari ni mmg dia makan gaji buta ajer la. dari awal tahun dlu dia susah sangat nak memberikan kerjasama. aku jer kena selesaikan tugas dia. naik ped -up aku tau.
aku tak sampai ati nak kenakan dia balik. tapi kau tunggu ajer la, kalau aku dah tak dapat menampung kesabaran aku ni, kena la kau nanti .....
140267 |
Dipos oleh sofeanny at 9:58
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 11, 2005
Saya ke Melaka

Bebaru ni saya pegi Melaka atas permintaan kawan saya yang berbunyi begini: “ Aku tak leh ajak org lain la, sbb ngan org lain aku tak leh ngam la kecuali ngan ko”. Saya tak tau la kata2nya itu ikhlas atau Cuma sebagai ayat waktu terdesak. Sebenarnya saya malas nak gi jenjalan atas urusan rasmi ni, tapi mengenangkan kawan saya tu banyak berjasa kat saya terpaksalah saya ikut jugak dia ke Melaka, lagipun saya tak brapa suka gi Melaka sbb banyak kali sangat dah pegi Melaka, paling tak tahan bau tahi lembu kat Melaka, org Melaka jgn marah daaa....
Kami pergi ke sebuah pekan kecik kat Melaka yg menyimpan satu rahsia kerajaan, sampai tak leh letak papan tanda pun, takut jadi sasaran pengganas. Nasib baik la drebar kampeni tu tau jalan ke sana sbb dia dah pegi skali dulu. Punya la jauh masuk ke dalam, nasib baik jumpa.
Masa sebelum sampai saya pakai selipar warna oren saya la, bila nak jumpa org kat situ terpaksa la saya pakai vogue sikit, kang malu la pulak kampeni. Kami tersampai awal, org belum masuk keje lagi pun, terpaksalah bertenggek kat lobi dulu, saya tengok buku tetamunya, banyak nama dasat2 kat situ TPM la, Menteri itu la, menteri ini la, teringin saya nak tulih nama saya sekali tapi rasa tak berani la pulak sbb saya tak setaraf ngan diorang tu. tapi depan buku tetamu tu tak de la pulak tulih mesti ditandatangani oleh menteri sahaja. Tapi saya maleh la nak tulih nama saya kat situ, takut2 nanti ada pulak org nak berkenalan... ekekekeke.
Sebenarnya malam sebelum tu saya tak brapa cukup tido sbb asik bersembang ngan kawan saya ni, maklum ler, walaupun bekerja satu kampeni tapi dia kat bahagian lama saya dulu, dah dekat 2 tahun saya tinggalkan, jadi banyak la cengkadak nak di ulas kembali. (mengumpat sebenonya)
Memula, masa tunggu org yg berkenaan datang, saya rasa cam semangat jer, bila lelama tunggu saya rasa nak tido jer, lagipun sofa kat lobi tu empuk sangat pas tu kepanjangannya memang cukup sesuai dengan susuk tubuh saya, sampai termimpi-mimpi nak baring kat situ, tapi mengenangkan maruah kampeni yg disegani ramai terpaksa la saya lupakan saja hasrat saya tu.
Akhirnya sampai juga la org yg ditunggu, dia pun ajak kami ke bilik konperennya, dia pun bagi la keterangan cemacam, bukan bidang saya tapi ada banyak maklumat menarik, memula rasa best gak denga tapi cara org tu bercakap yg tak best membuatkan mata saya rasa sungguh berat seberat logam Plumbum. Bilik tu dah la sejuk giler, mula la rasa nak terkucil.
Kawan saya dah dua kali gi toilet, saya belum sekali pun lagi. Kawan saya kesian nengok saya mengantuk, lagipun saya ni pegi atas desakan dia, saya cakap ngan dia saya nak klua dari bilik tu tapi saya tak bawak beg tangan, saya pesan kat dia, kalau saya tak balik bilik tu pepandai la dia bawak keluar skali beg tangan saya tu. saya pun klua gi toilet peh tu terus saya masuk kenderaan dan tido sehingga tak sedar apa yg terjadi kat luar sana. Rupa2nya penerangan drp pegawai tu makan masa tiga jam, nasib baik saya tido... ekekek. Lantakla dia nak kata apa.
Lepas abis keje kat situ, kawan saya pun cerita, katanya pegawai tu tanya mana saya pegi, dia berterus terang jer ngan pegawai tu kata saya gi tido. Apa la... tanak cover lansung, nasib baik la pegawai tu tak brapa skema sangat.
Lepas tu saya pun pegi sesi bergambar-gambar tapi sempat cuci taik mata dlu tau...
140211 |
Dipos oleh sofeanny at 13:49
|
Nak kata apa2? [0]
Semalam mak saya datang
Semalam dalam pukul tiga ptang adik saya tepon, katanya dia nak datang ngan mak saya. rumah saya punya lah berselerak, sbb seminggu ni merata saya pegi, Melaka, Penang, ChowKit, Jln Sutan Ismail, Bukit Nanas, Sg. Wang, The Mines, Genting Higland, Times Square semua saya pegi, yang terlupa sbut tu jgn amik ati yer.
selepas mendapat panggilan tepon tu cepat2 la saya mengemaskan segala barang2 yg berterabur termasuklah swimming suit yg tak berbasuh lagi, beg2, kain baju, cencaluk, gula kabung, belacan (semua ni beli kat Melaka buat buah tangan kat sedara mara).
selepas itu saya cepat mengeluarkan satu alatan yg baru saya beli iaitu sebuah vacum cleaner untuk menyedut segala sampah dan habuk serta daki2 badan yang bertaburan di lantai rumah saya (menurut kajian, sebahagian besar habuk yg didapati di rumah adalah daripada sel2 mati manusia (daki la tu)).
akhirnya rumah saya menjadi bersih dan cantik seperti sebuah show room. tapi mak saya pulak tak tiba2 lagi. hari pulak hujan, cuaca mengundang saya untuk membaringkan badan depan Tv dan terlena sebentar. namun begitu sebelum terlena saya telah menyiapkan diri saya dengan pakaian yang sepatutnya agar nanti mak saya tak terkejut melihat saya nanti.
setelah tido sebentar barulah mak saya sampai, kebetulan pulak ari tu saya ada masak banyak lauk, mak saya pun makan nasik dengan lauk yg saya masak, begitu juga dengan adik saya yg kuat makan. adik saya ponteng keje ari ni (Isnin) dengan selambanya sbb katanya boss nya ialah abah saya sendiri.
tujuan mak saya datang ke rumah saya ini adalah untuk pegi melawat sepupu saya yg baru bersalin, tapi mak saya singgah umah saya dulu sblm pegi, tapi dia kata dia rasa malas la pulak nak gi umah mak sedara saya tu. lepas tu kami bersembang sembang dan tercerita pasal sushi, mak saya suka makan sushi.
terpaksalah saya dan adik saya ke JJ kejap untuk membeli sushi, saya tak suka makan sushi jadi saya tak tau cemana nak beli sushi yg sedap sbb pada saya semuanya tak sedap. akhirnya saya membeli set sushi yg tah apa2. adik saya pulak kata slalunya adik saya yg lain tak beli sushi kat JJ, diorang beli kat kedai sushi tu.. ala apa ke namanya.. Sushi King.., saya kata tak payah, sbb kat situ mahal... agaknya la, tak penah masuk pun. saya juga mengambil peluang membeli durian, anggur dan cemacam lagi untuk diri saya.
hari ini pun mak saya masih ada kat rumah saya, pagi tadi saya terlambat bangun nak gi kerja. baju tak iron pun, lantakla pedulik apa, bukan org nak pandang pun. saya tak tau la mak saya ada lagi kat rumah ke, atau dah pegi ke rumah mak sedara saya.
tadi pagi masa saya hantar sarapan, mak saya tengah basuh pinggan yg saya dah tak basuh dekat seminggu.. ekekekee.....
140206 |
Dipos oleh sofeanny at 11:45
|
Nak kata apa2? [0]
waaa! lajunya....danchan
Tak jadi la berenti, banyak nak cerita ni.. dah lama tak menaip, gatai2 jari ni rasanya....
140192 |
Dipos oleh sofeanny at 9:16
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 1, 2005
SOFE
saya rasa nak berhenti berblog la.. danchan ni lembab, tak de org nak masuk dah..
139734 |
Dipos oleh sofeanny at 15:58
|
Nak kata apa2? [7]
|