org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Wednesday, June 1, 2005

Samsung



saya dapat menda kat atas tu pagi ni, ada sorang staff kat opis tegur, katanya Samsung ke tu...

ekekeke.. saya terketawa, saya dapat menda tu free bila beli bateri nam bijik jer...

Saya tambah

ekekeke... saya dah tambah sesuatu kat weblog ni....

suara saya....yang batuk2 dan selesema

Bawak Periuk

Hari ni saya gi kerja bawak beg plastik besar sangat, dalam beg plastik ada periuk besar ngan hadiah untuk adiema.

hari masa kenduri adiema saya tak dapat pegi sbb saya selesema ngan kereta pun selesema jugak.

Periuk besar tu kepunyaan sorang staff tu, dah berkurun periuk tu duduk kat rumah saya, saya takut nanti bocor pulak periuk tu.
jadi saya bawak la gi opis, nak bagi tuan dia.

terlupa la pulak, tuan periuk tu dah gi sambung blaja, saya letak jer la periuk tu atas meja dia, buat hiasan. staff lelaki lagi tu...

kamera saya tak sempat dihantar kat kedai, setelah saya godek2 semalam, saya dapati kamera saya tak rosak, tapi kad memory dia yg tak brapa btui... jadi saya tangguhkan dlu la anta kat kedai dia tu.

pagi tadi kereta buruk rosak lagi, dah tanya kat pomen biasa, dia kata harga baikinya adalah ratus2. saya maleh nak layan la (tak de duit lebih), biar la dia cam tu.

pagi ni, saya gi kerja naik kerete Jepun la balik. saya naik jer la, driver la yg memandu.

Salak Lemak



saya paling suka makan buah salak. ada org tak suka sbb diorang kata buah ni kelat.

Kalau gi Penang, saya mesti beli buah salk jeruk berkilo-kilo, kan kat sana murah...yer tak?

Tuesday, May 31, 2005

Kamera Saya Sakit

Frust menonggeng btui saya, alatan kegemaran saya dah jam. ini semua pasal sorang budak tu. lepas saya tangkap gamba dia, terus jam menda tu. (jangan terasa yer budak tu... akak gurau ajer).

saya rasa kerosakan menda tu berkaitan ngan tubuh badan saya jugak.

bebaru ni heboh kat opis ni ada org kena rompak depan mata. jadi kami kat sini kena berhati-hati sikit la.

saya pun letak la handbeg saya bawah pelapik kerusi saya yg cantik tu, kengkonon supaya perompak tak nampak la. sekali tu bila saya balik dari toilet saya terus duduk atas kerusi.

apa lagi...duduk atas menda tu la, sbb dia duduk dalam handbeg saya.

saya jejarang duduk kat kerusi yang tu, sbb saya selalu duduk kat kerusi komputer jer. kat tempat keje saya ni, tak de pompuan lain yang ngadap komputer lapan jam sehari kecuali saya.

kalau dah nak malang tu, malang la jugak. hari tu tetiba jerla pulak nak duduk atas kerusi tu.

tapi tak per, kamera tu ada warranti lagi. so bole la antar balik kat kedai dia. itu pun ikut nasib la kan. kalau idak mintak jer org belikan baru.

masa saya belajar dlu masa isi borang kerjaya, saya dapat kerjaya sebagai jurugambar, apa kata org putih.. 'photographer'. ha..gitu la.

malangnya universiti yg saya masuk tak de tawarkan kursus jurugamba, jadi saya amik la engineering.....

eh..meraban la pulak ke lain, tadi cerita pasal kamera rosak. malam ni saya nak kene pegi antar la kamera ni, peh tu nak gi JJ, renew kad JJ.

itula cerita saya untuk ari ni....

SElesema Orang

sekarang ni musim demam selesema rupanya. saya adalah penyandang pertama untuk merangkul penyakit ini.

dua kotak tisu dah abis, paling seksa sekali bila nak tidur malam, semuanya tak kena.

duduk dalam ekon tak kene, duduk depan kipas tak kene, semuanya serba tak kena, sebenarnya saya lebih rela kena demam daripada kena selesema.

pagi tadi pegi sarapan kat kedai biasa, pak cik kedai tu pun cakap dia tgh demam selesema. katanya punca dia kene selesema ialah bila dia tersedut air kat idung masa amik air semayang. tu kira ok aaa.

lepas ni bakal penyandang penyakit ini tentulah driver.... kesian dia.

Monday, May 30, 2005

Di singkirkan

Boss saya tugaskan saya menemani pegawai2 kanan ke Amerika Syarikat. Saya sahut tugasan itu dengan perasaan gembira. Maklum la dapat melawat negara orang ngan free, sapa tak nak.

Sampai di airport, sekumpulan staff dari kampeni saya seramai lebih kurang sepuluh org sudah sedia menunggu. salah seorang daripadanya ialah kawan saya seunibersiti dulu. saya pun tak tau sejak bila dia mula bekerja kat kampeni ni.

Saya pun duduk di sana sendirian kerana saya tak berapa kenal rapat dengan pegawai2 tu sebab diorang daripada bahagian lain. hanya saya sorang yang mewakili bahagian saya ke persidangan tersebut.

saya terdengar pengumuman tentang kelewatan penerbangan kami. tapi tak begitu jelas. lalu saya pun bertanya dengan lebih lanjut kepada rakan seunibersiti saya tersebut.

selepas tu kami berasembang-sembang jap. kawan saya kata bukan semuadari kampeni yg ada kat airport tu akan pegi ke U.S. saya agak terkejut mendengar penjelasan kawan saya itu. saya sangka kesemua yang berkumpul disitu akan ke U.S.

kawan saya kata lagi, sebahagian daripada kami akan ke Pulau Tioman.dan saya merupakan salah seorang yang akan ke Tioman. Manakaa kawan saya akan ke U.S. saya agak terkejut dan berasa hampa, ini kerana boss saya telah menjelaskan yg saya perlu ke U.S bukannya ke Pulau Tioman.

saya pun berjumpa dengan salah seorang pegawai kanan kampeni yang ada disitu. saya bertanya belia tentang pekara tersebut. saya tak puas hati btui.

beliau menerangkan saya tak terpilih ke U.S kerana saya tak 'aktif'berbanding kawan seunibersiti saya tersebut (dia menggatikan tempat saya ke U.S). apa tak aktif, bengang btui saya. kalau ya pun cakap la awal2, tak de la saya terkilan sampai cam ni.

saya cakap kat pegawai tu yg boss saya suruh saya ke U.S bukannya Pulau Tioman. lagipun boss saya ada kuasa besar atas pegawai2 kanan tersebut. pegawai kanan tu macam nak ngelak je bila saya cakap cenggitu.

Sebenarnya saya tak brapa jelas tentang tujuan saya ke U.S ni sbb keputusan dibuat tergesa2 oleh boss saya. Pegawai tersebut menerangkan, sesampainya di U.S saya kene berinteraksi dengan omputih2 kat sana mewakili pegawai2 kanan yang dah tua tu.

saya terkedu jap, saya memang tak brapa fasih cakap omputih ni, sedangkan rakan seunibersiti saya tu cakap omputih cair.

akhirnya saya setuju je la pegi ke Pulau Tioman, dapat jugak berjalan2. tapi yang saya tak pueh ati tu lambat sangat bagitau. saya tak bawak pun alatan renang saya.

saya cakap la ngan pegawai kanan tu, dia pun berterima kasih kat saya kerana setuju ke Pulau Tioman (dan tak ngadu kat boss saya pasal hal tu), baru saya nak bincang2 pasal alatan renang ngan pegawai kanan tu, tetiba alarm HP saya berbunyi.

La... dah pagi rupanya. penat la mimpi kena pegi U.S la, Pulau Tioman la. nasib baik mimpi jer, kalau idak kempunan saya nak berenang kat PUlau Tioman.

Harap2 jangan la jadi kenyataan pulak, malas saya nak outstation jejauh ni...ekekekekeke!

Friday, May 27, 2005

lakar lakaran



ni pulak hasil kerja tangan saya, tak pakar lansung, cuma suka-suka, hobi buat isi masa terluang.

Adiema kawin



cuba korang gi jenguk2 blog adiema, mesti dah lama tak updet kan.
Ha!!!! kalau korang nak tau dia kenduri hari ahad ni.

gambo kat atas tu la gambo bunga pegang dia masa kawin nanti. dia yang suruh saya taip pasal dia nak kawin ni.

semalam saya ikut la dia gi amik baju sanding, gi beli bunga dan gi shopping.

kepada yang teringin nak ngorat dia dulu, lupakan ajer la sbb dia dah jadi bini org... (minggu lepas dia nikah)

sekian, Terima Kasih. Laporan daripada saya.

Wednesday, May 25, 2005

Sungai yang ku cintai



Saya berkesempatan lagi pergi ke sungai yang sangat saya suka, airnya jernih dan banyak ikan.

tapi ramai jugak org mati kat sini tapi dulu la. saya pun pernah lemas sekali kat sini, tapi saya tak pernah serik.

setiap kali datang saya mesti bawak roti ke, apa2 ker, bagi ikan kat sini makan, banyak sungguh ikan kat sini tapi yg biasa saya jumpa yg kecik jer.

kalau hari cuti memang ramai sangat orang, penuh kereta bersusun.

paling best kalau pegi kat sini waktu org tak ramai, seluruh sungai ni kepunyaan saya. bebaru ni ada org cerita terjumpa ular sawa besar (cam anaconda) la, tapi saya rasa ular sawa tu dah lari jauh sbb ramai sangat org datang sini.

dedulu saya pernah bercita-cita nak jual jagung kat tepi sungai ni, tapi memandangkan tuntutan kerja opis, saya kensel ajer la.

saya malas nak promote suruh org ramai2 datang kat sini sbb nanti saya tak de peluang nak menikmati sungai ni secara aman.

kalau nak nengok gambar2 sungai ni bole la ke sini: SUNGAI

Tuesday, May 24, 2005

Kerinting lagi



Kalau ibu2, akak2 atau adik2 nak tengok lagi gambo budak ni sila ke sini

Kerinting

Friday, May 20, 2005

Menyepet

Malam semalam saya suruh driver beli VCD.

Kami pun pegi ke kedai biasa. Saya tunggu di dalam kerete. driver pegi ke kedai.

Driver pun masuk kedai. Tapi lambat sangat keluarnya.

Bila sampai di kereta dia marah-marah.

Katanya budak Cina yang berambut warna-warni penjual VCD itu tanak melayannya. Budak itu asik layan sorang budak pompuan Melayu yang bertudung.

Saya cakap kat driver, budak Cina tu mengorat budak tu la, dia teringin nak jadi cam budak dlm cerita Sepet tu la.

Tadi budak Cina tu tengah "Menyepet" dan driver sepatutnya tunggu sampai dia habis menyepet, baru la senang nak beli VCD lanun, mungkin dapat lebih murah kut. Itul;ah nasihat saya pada driver pada malam itu.

Malangnya VCD cerita komedi yang saya suruh driver beli itu sudah habis dilanunkan.

Gamba terkini


gamba hari 1

gamba hari 2


gamba hari 3

Eksiden lagi

Pagi tadi lepas scan kad, saya pun meronda bandaraya untuk bersarapan.

hari ni pelik sikit sbb laluan yg biasanya tak sibuk menjadi sibuk, saya tengok takde apa2 pun.

peh tu banyak sangat la org joging kat tepi jalan macam ada Larian Bandaraya ke, Jogathon ke.

peh tu saya pun pusing2 satu bandaraya untuk mencari puncanya.

diatas satu jejambat saya menjumpai satu kemalangan kod merah. sebuah lori tangki terbalik dan mukanya rosak teruk (muka lori je).
Pemandu dan kelindan tak de, dah hanto hospital kut.

banyak minyak terpercik sekeliling jejambat. sebelah jalan penuh sesak, kereta tak dapat lalu. jalan sesak kira2 satu kilometer dengan kereta empat sebaris.

driver mengketawakan mereka2 yg terperangkap dalam kesesakan jalan raya tersebut kerana kami berada di jalan yg sebelah lagi.

setelah melalui kawasan kemalangan, tetiba driver kata kat saya:" napa tak amik bidiyo kemalangan tadi?".

ek e le dah lepas baru nak bagitau, lain kali ingatkan la awal2.

kekadang disaat kecemasan kita lupa lah pulak nak menggunakan peralatan yg ada.

kemudian driver mengutuk saya, dia kata saya dah kene sindrom angau digital.

Thursday, May 19, 2005

Cuaca Redup

pagi tadi masa nak gi kerja punya la gelap, ingat nak ujan, tapi tak pun sampai sekarang.

Sila lawat album gamba saya

Wednesday, May 18, 2005

gambar lagi


gula2 kegemaran saya


Bendera negara saya dapat free masa merdeka


kerusi saya


tea corner opis saya

gambar pertama saya

Bergelimpangan

ada seorang encik cerita kat saya.

pada suatu hari dia dalam perjalanan balik daripada Kuala Besut ke K.L. Encik itu ikut jalan Gua Musang.

Waktu itu hari malam.

Ditengah perjalanan tetiba ada seorang pakcik yang menahan kerete encik, tentulah nak tumpang. Encik kesian kat orang itu, dia pun kasi tumpang.

rumah pak cik itu jauh sikit daripada jalan raya utama. encik pun hantar pakcik itu, sewaktu kerete encik masih berjalan di atas jalan tanah merah, tetiba encik ternampak seekor burung berwarna kecoklatan berdiri ditgh jalan setelah disuluh dgn lampu kereta.

Burung itu sangat besar, hampir sama tinggi dengan kerete Merc yang encik naik. encik rasa itu bukan khayalan sbb penumpang encik iaitu pakcik pun nampak, sambil berkata:"burung apa besar sangat tu?"

burung itu cuma berganjak ke tepi sedikit sambil mengangkat sayapnya yg kata encik hampir menutup keseluruhan cermin hadapan kerete Master Piece encik itu.

encik pun teruskan perjalanan ke rumah pak cik. selepas itu encik pun keluar dari kawasan rumah pak cik dan berjumpa sekali lagi dengan burung besar itu, tapi encik buat tak tau jer.

encik pun masuk ke jalan raya, tetiba encik berselisih dgn sebuah lori satu tan yg berhalaju sangat tinggi, encik pun terkejut.

encik teruskan memandu. sampai di atas sebuah jambatan, tetiba encik nampak sebuah motosikal terdampar di tengah jalan. berhampiran dengan motosikal encik nampak seorang lelaki, seorang perempuan dewasa dengan tiga orang kanak2 yang masih kecil bergelimpangan.

encik nampak ada ataranya yang putus tangan dan ada yang masih nyawa2 ikan, tangan encik tiba2 menggeletar.

satu kemalangan dasyat berlaku dihadapan encik, encik terpaksa mengelak keretenya daripada melanggar tubuh2 yg bergelimpangan tersebut. kemudian barulah encik dapat berhenti ditempat yang selamat. daripada suluhan lampu kereta encik, encik nampak darah merah di merata jalan.

encik jadi tergamam. nasib baik kenderaan td banyak pada malam itu, jadi mayat2 tersebut tidaklah dilanggar sekali lagi.

tak lama selepas itu barulah ada org kampung berhampiran yang sampai dan membantu menguruskan dan menyelamatkan mayat-mayat tersebut. semua sekali lima sekeluarga meninggal di tempat kejadian.

dijangka mereka semua menaiki satu motor dan dilanggar oleh lori satu tan yang encik nampak sebelum itu.

sehinga sekarang masih tiada sesiapa mengaku menjadi dalang kepada kemalangan ngeri tersebut.

selepas itu encik pun meneruskan perjalannya semula ke K.L, tapi encik menjadi fobia. encik terpaksa merayu dua org anak muda untuk ikut dia ke K.L. nasib baik lah dua anak muda tu memang teringin ke K.L, kalau idak terpaksa lah encik bermalam di situ sahaja.

selepas itu encik itu asik cerita kat semua orang bila dia lalu kat kawasan kemalangan tersebut. kalau tak lalu pun dia slalu jugak cerita sampai saya tak larat nak denga.

encik itu adalah driver.

Tuesday, May 17, 2005

Cameron HIghland-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu

Hari Sabtu yang lalu, saya telah nekad untuk mencuba jalan baru yg slalu saya nampak bila saya ke Cameron Highland. hasrat untuk menerokai jalan tersebut telah lama dipendam. akhirnya saya cuba juga melalui jalan tersebut untuk ke negeri Kelantan Darul Naim. Tujuan utama adalah untuk mengetahui perbezaan sela masa antara 2 jalan iaitu Lebuhraya Timur-Barat melalui Grik-Jeli dan satu lagi jalan alternatif Cameron Highland-Gua Musang. berikut adalah laporan daripada saya:

Perjalanan bermula di simpang tiga simpang Pulai-Kg Raja CH-Jlan ke Gua Musang. Pada masa itu jam menunjukkan pukul 12 tghari.

Pada mulanya kami melalui kebun2 sayur yg menghijau dan kemudianya melalui jlan sempit yg berlengkuk lengkuk dengan kecerunan 15 darjah.

selepas itu kami jumpa jejambat yg belum siap dan seterusnya sebuah lebuhraya yg luas dan cantik, jalannya kurang berliku tetapi terjumpa satu kawasan tanah runtuh tapi diselenggarara dgn baik.

sepanjang perjalanan agak susah nak nampak manusia ataupun rumah manusia, cuma sesekala jer nampak rumah. tapi disepanjang perjalanan terdapat pekerja2 yang bekerja menyelenggara jalan seperti mengecat divider, sapu longkang, mesin rumput dan me welding besi penghadang.

kekadang juga terjumpa kedai2 makan ditepi jalan yang ada pelanggan, pekedai tersebut kalau di makan harimau pun mungkin dua minggu ke depan baru diketahui oleh org lain.

sepanjang perjalanan, banyak pokok2 kayu yg besar tengah berbunga, baunya dapat dihidu sampai ke dalam kereta. mungkin pada ketika itu banyak lebah tgh mengumpul madu. driver tak bagi saya tegur bau2 tu, katanya nanti tertegur org bunian. saya cakap kat driver, kalau bawak kete memalam bila tercium bau ni mesti org ingat bau hantu.

pada satu ketika saya terjumpa seorang perempuan yg ditepuk2 belakangnya oleh seorang lelaki. perempuan itu muntah, saya rasa bukan sbb jalan tu terlalu berbelok belok tapi sbb perempuan tu mengandung, macamana saya tahu? sbb saya nampak perutnya buncit.

akhirnya setelah tiga jam perjalanan saya pun sampai di pekan Gua Musang. sebelum itu saya sangat susah hati takut2 minyak habis. kami menggunakan kereta lama 4 gear,19 tahun 1.6 cc. jumlah minyak yg digunakan untuk perjalanan tersebut ialah kira2 RM30.

kami mengisi minyak dan meneruskan perjalanan ke Kuala Krai, jalan biasa tapi selesa. sampai di Kuala Krai, mata driver dah merah menahan marah sbb rokoknya dah abis, penat pusing satu pekan sampai ke Tangga Krai tapi tak jumpa rokok kegemarannya. dia marah2 sambil berkata yg org kelantan ni tak isap rokok beli ker? isap tembakau sendiri jer ker.

akhirnya saya terpaksa turun dan mencari rokok kegemarannya itu. akhirnya saya jumpa kedai yg menjualnya, bila saya mintak 2 kotak, gadis yg menjualnya pandang muka saya semcam jer, mesti dia ingat saya nak merokok tu.

seterunya kami naik kete lagi menuju ke Kota Bahru. dari CH ke KB memakan masa kira2 2 jam lebih. masuk jer ke bandar KB saya nampak KB Mall saya nak gi situ saya cakap kat driver, driver kata karang2 la.

kami pun menuju ke Pasar Kadijah dengan hasrat membeli keropok, saya beli keropok kering ngan keropok basah, peh tu driver kata dia nak beli telo penyu lima bijik, saya kata tak payah, dulu dah bergaduh pasal nak beli telo penyu, tak payah beli la, kesian penyu nak membiak.

pas tu pegi cari jalan ke KB mall, sampai sana jejalan, makan2 (takut nak makan tepi jalan nanti kena kepialu).

peh tu bersiap bertolak balik. memula kami decide nak ikut Jeli tapi akhirnya memandangkan jalan ke CH lebih dekat dan selesa, kami ikut jalan CH sekali lagi.

sepanjang perjalnan saya ceritakan cerita AI yg saya tengok kat TV peh tu cerita Sixth Sense kat driver untuk mengelak mengantuk. saya tanya driver sama ada dia penat ke idak, dia kata ok ajer, sebenanya saya yg mengantuk.

akhirnya saya tertido walaupun driver tak bagi, katanya nanti mati sesama kalau dia tertido. saya tak peduli lagi sbb tak tahan. hujan lebat ketika itu sampai jalan pun tak nampak.

tetiba ditgh kepekatan malam, driver kata: "apa tu". saya terjaga tetiba. saya nampak menda yg memantulkan cahaya. rupa2nya jeket polis, tgh berdiri tepi jalan, tak tau la polis btui ke atau Polis Bunian sbb berdiri sensorang tepi jalan yg tak de org.

peh tu sambung tido lagi. tgh saya lena teiba driver cakap kuat lagi: "kita penah ke lalu jalan ni?" saya terbangun dan cakap, tak de pun. rupanya driver dah tersilap jalan. dah sampai ke Gua Musang tapi salah pilih simpang, bukan simpang CH tapi Kuala Lipis, nasib baik, kalau idak terpaksa singgah bermalam kat rumah Siti Nurhaliza.

setelah ikut jalan yg betui, kami singgah kat Kedai Mesra Petronas, isi minyak dan teruskan perjalanan ke CH. sampai CH pukui 2 pagi.

itulah laporan saya untuk kali ini. selepas ini mungkin saya buat laporan perjalanan ke Switzerland pulak. TUNGGU...........

terlupa nak bagi keputusan, Jalan CH-Gua Musang lebih cepat sampai tapi berisiko, kalau berani cam kami cubalah.....

Friday, May 13, 2005

sebungkus air tebu



Semalam saya bercadang nak gi ke sebuah sungai peranginan. tapi driver tak nak pegi ke situ, dia kata tak kelas. dia kata nak gi Cameron Highland.

saya kata ok la, best gak gi Cameron Highland.

ok, kami pun bersiap sedia untuk pegi ke cameron. dalam perjalanan driver kata nak beli rokok, saya kata tak usah sbb menyesakkan udara jer. driver diam jer, dia marah la tu.

dalam perjlanan saya nampak org jual air tebu, saya nak beli, driver kata tak payah. saya kata nak jugak. driver kata minum jer air mineral yg ada sekotak besar kat bonet kete tu. saya kata nak jugak.

pas tu driver kata ye la, dia kata dia asik kena ikut cakap saya, saya kata mesti la sbb saya boss dia tu driver.

masa nak beli air tebu, saya tanya driver sama ada dia nak sebungkus ker, dia kata tanak sedangkan air tebu tu peberet dia (merajuk la tu).

selepas tu spjg perjalnan mukanya masam jer. saya kata kat driver kat payah la pegi CH, pegi mandi kat sungai jer udah la. dia ikut jer cakap saya.

sampai kat sungai, saya pun segera tukar baju dan mandi. ermm... bestnya, saya baring atas air dan pandang ke atas. saya nampak hijau dedaun, nampak langit ygt biru bertompok2 putih awan. wah!!!! bestnya, sejuknya.

saya ajak driver mandi jugak, dia kata tanak, mukanya masam. dia duduk kat kerusi batu. dekat kerusi tu saya sangkutkan air tebu.

peh tu driver pegi rendamkan kakinya kat air panas, pas tu dia pi balik duduk kat kerusi batu dengan muka masam mencuka, saya dalam sungai beraksi penuh gaya gimarama air sambil menikmati kesejukan air dr rimba.

sambil mandi saya perhatikan dari ekor mata, driver amik air tebu dan minum, saya panggil nama driver dari sungai, dia tersengih sbb malu dan dah mukanya tak masam dah.

lama mana sangat la dia tahan merajuk dia tu, last2 dia minum jugak air tebu peberet dia tu, dia yg minum air tu sampai abis, saya merasa seteguk dua jer.

Thursday, May 12, 2005

ADA CERAMAH...

dari pagi tadi hingga abis waktu pejabat, saya diceramah. Menarik tapi minda yg letih menggalakkan mata yg letih juga.

Ceramah ini lengkap dengan makannya, sarapan, makan tghari dan seterusnya.

tapi lepas tghari, saya pun blah, malas nak bergossip lagi dengan rakan sebelah sambil mendengar nada suara penceramah yg adakalanya kedengaran seperti nada suara pelawak zaman 70-an dan sekarang:- Hamid Gurkha.

sebelum pegi mana2 ceramah, saya selalunya sediakan bekalan.

untuk ceramah yg ini, persiapan telah dibuat malam tadi lagi, pertamanya saya cas hp saya sampai baterinya penuh kuasa, sesuai untuk tugasan nya pagi ini sebagai mesin permainan, dua game yg saya suka daripada 4 game yg ada iaitu Wall Breaker dan Ocean(jiwa pemancing yg masih kekal.)

Juga saya pakai baju warena hitam hari ni supaya dapat lebih memerangkap haba dengan lebih cekap,sbb dewan ceramah tu sejuk gilerrr. memula cadang nak pakai blazer/kot tapi segan la pulak, kang org lain kata belagak sangat.

pas tu saya bawak beg kertas selain beg tangan. dalam beg kertas ada sebotol kecil air mineral (nanti dahaga bila banyak sangat bergosip), gegula sepeket (ubat mengantuk, batuk), komik shin chan 3 biji (kalau dah abis modal bercakap/gosip bole membaca carik idea).

ada ilmu yg saya dapat walaupun sibuk berpot pet. selepas selesai makan tghari saya bersegera ke opis mengadap pujaan hati saya ni.

tak rugi saya ponteng ceramah ini, seorang staff bagitau saya satu hal yg sangat penting.

saya pun segera membetulkan dokumen2 yg perlu. selamat daripada satu masalah.

terima kasih mata dan perut yg kenyang kerana memberi kesempatan membaiki kesalahan ini.

Wednesday, May 11, 2005

power point presentation khas untuk.....

anda semua sila klik PPT KHas Untuk semua

d/e: org bagi kat saya melalui emel ni.., tak tau siapa tuan punya yg asal

semalam dah menaip

ada sikit yg saya taip tapi bila nak hantar network pulak bermasalah. mungkin ada hikmahnya, kut2 anto kang org yg dimaksudkan baca peh tu timbul masalah la pulak.

tapi sekarang ni mmg bz skit pun, maklum la dah nak dekat cuti panjang ni (23 hari lagi sebelum CUTI PJG ), kena la siap keje.

tapi saya marah btui kat sorang boss yg agak ngok jugak la, dah la dari bahagian lain, kuat menyibuk lak tu.

dia ni suka buat keje last minute, peh tu paksa org siapkan. paling saya bengang dia anta memo pada hari yg sama kerja tu perlu disiapkan.

sebagai pegawai yg bertanggungjawab (cheeewah!), saya terpaksa bertungkus lumus menghubungi pegawai2 lain yg terlibat dalam masa yang singkat lalu berlakulah peristiwa yg tragis di mana mereka beramai-ramai datang jumpa saya untuk minta penjelasan.

sebagai pegawai yg cekap (cheeewah!2X), seperti biasa saya dapat menangani masalah tersebut. saya dengan mudah menjawab:"kalau ada masalah sila berhubung terus dengan boss tersebut, saya cuma menjalankan tugas pemberitahuan kat awak semua jer".

lepas tu masalah saya selesai.

hari semalam boss ngok tu buat hal lagi, dia bagi memo melalui email pada pukul 9.00 pagi dan meetingnya pulak pada pukul 10 pagi. dah la nak pegi tempat meeting tu jauh.

lepas tu network pulak rosak, e mail tak dapat bukak, hari ni baru dapat, pas tu dia nak mengamuk la pulak sbb ramai tak hadir.

Saya senang jeer......MALAS NAK LAYAN....

hari ni dia suruh datang jugak, tapi saya tak datang pun....banyak keje lain kat bahagian saya yg perlu saya buat....

bole pi mam*** **!!!!!!!

Friday, May 6, 2005

Meja Recycle

Meja saya memang sentiasa bersepah.

Bukan sebab yg lenlain tetapi sebab saya ni 'rajin'.

'rajin' buat kerja. Kueh...kueh....kueh...!

Kat tempat keje lama, ada sorang kawan tu cakap meja saya ni meja recycle, bila saya tengok memang pun, bukan meja tu di kitar semula tetapi meja saya kelihatan seperti tempat pengumpulan barangan untuk dikitar semula.

kat tempat keje baru ni, ramai staff datang daripada satu unibersiti tapi bukan dari unibersiti hebat yg saya belaja tu la. diorang selalu berkumpul sambil bercerita pasal lecturer diorang masa blaja dlu. saya tumpang denga jer la.

diorang cerita la, lect tu baik la, lect ni garang la. tapi saya ingat diorang selalu cerita diorang ada sorang lect yang sangat genius.

diorang kata lect diorang tu punya meja punya la bersepah, kalau diorang nak jumpa lect tu, nak duduk/berdiri kat mana pun tak tau sbb bersepah sangat...penuh ngan buku dan cemacam.

kat atas meja saya pun ada banyak jugak menda2 yg macam buku, termasuklah majalah, dokumen2, fail dan seangkatan dengannya, kira bole dianggap sama cam lect diorang tu la. dengan itu saya 'mengklasifikasikan' atau men'declare'kan diri saya genius jugak cam lect diorang tu.......

saya cakap pasal bersepah ni bukan sebab apa.., sebabnya saya tak larat nak mengemaskan meja saya ni sempena lawatan dari satu badan berkanun minggu depan.

denga kata tak jadik datang, tak yah datang la...tak mampu rasanya nak kemaskan meja tu, lagipun baru jer selesai buat kerja bermati matian minggu ni... kasi la relek skit...

so kalau ada sesapa yg lain meja nya bersepah kat opis.. anggap saja la yg diri anda itu genius seperti saya.....

Sambal Tumis

Bila saya balik rumah mak abah saya dan bila kakak saya pun balik, diorang selalu mengungkit cerita sambal tumis.

diorang selalu cerita depan saya tapi saya mana la ingat sebab cerita tu masa saya kecik sangat dulu. masih tak de ingatan jangka masa panjang.

mak saya cakap dedulu saya suka sangat makan sambal tumis. setiap kali waktu makan, saya mesti mintak ngan mak saya masakkan untuk saya sambal tumis walaupun masa tu ada KFC (masa saya bebudak retoren KFC dah ada kat M'sia ke?)

Saya sanggup tak makan nasi dan tunggu dekat dapur sampai mak saya selesai masak sambal tumis.

tu la yg peliknya, dah besar ni saya tak de la gilakan sangat sambal tumis. makan pedas2 pun idak. kira saya ni selera cam omputih la, walaupun tak reti cakap bahasa omputih.

sambal tumis jenjarang sangat saya masak, apatah lagi sambal belacan, kalau gi kedai pun kekadang je saya amik sambal belacan. kalau sos cili pun kenkadang saya tak makan, ini kan pulak la sambal tumis.

agaknya masa kecik dulu dah cukup dos sambal tumis sampai sekarang nak pandang pun tak hingin..........

Thursday, May 5, 2005

Saya sangat frust

Unit ICT bongok kampeni dimana saya bekerja telah memasang gate (pintu pagar? pagar?).

kini saya tidak bole lagi menerawang dan menyusur liku2 net dengan lancar, saya tidak lagi dapat membaca blog kegemaran saya daripada blogdrive dan lenlain lagi laman2, mukasurat2, atau apa2 yg bole disebut di alam 'maya' ini.

hinggakan saya terpaksa buang statistik yg saya suka tu sbb dah tak bole masuk lagi, kalau idak saya kena jawab no banyak kali sangat, jadi saya buang jer la.

saya takde komputer yg tak rosak kat rumah, talian tepon tak de apatah lagi yg tak pakai wayar tu, jadi saya hanya dapat melayari net di opis saje, nak pegi cyberkepe malu..... sbb dah tua sangat.

terpaksalah saya melupakan blog2 yg saya minati selama ini. kepada blog2 yg saya kunjugi selalu tu saya minta maaf kalau blog itu rindu kat saya................................................................

Tuesday, May 3, 2005

Roti manis

Pada suatu hari saya pergi ke sebuah hypermarket, saya membeli air mineral berbotol-botol. selepas itu tak tau nak beli apa.

driver mencadangkan untuk beli 'durian klon' (yg sudah dibuang kulit).

saya pun beli.

selepas itu kami terasa sangat dahaga, nampak kedai mamak yg ada cawangan kat Chennai, India.

kami pun oder air kat sana dan sesambil tu bukak plastik 'durian klon'. dan mula makan. ermmm..syedapnya. tebal sangat isinya, sampai gigi 'sinking' dalam isinya. lemak, manis, berkrim dan disukai ramai. biji durian tu kecik ya amat.

pas tu datang la sorang pekerja restoren tu nak mengira bil. dia berhenti lama sangat kat meja kitorg walaupun yg perlu dikira cuma dua gelas air.

saya rasa pelik tapi saya teruskan juga menikmati seulas durian tu yg tak abis2 dari tadi.

rupanya si mamak India mari tu sibuk memerhatikan apa yg kitorg makan. tapi saya buat tak tau je. tak ajak pun dia makan.

agaknya dia tak tahan sangat tengok kitorg makan, dia pun tegur la: "roti manis ka?, mana bili?"

saya pun jawab: "bukan la, durian, beli kat kedai.... ekkekekeke"

agaknya mamat tu tak penah tengok durian kot, kesian dia, agaknya lepas tu mesti dia cpat2 mintak excuse ngan boss dia nak pi beli 'roti manis'.

kat India tak de tanam pokok durian ker????

Pepagi ni

subuh2 lagi makcik yg tak bertanggungjawab dah tepon bilik saya. ha!...tu takut la tu, kut2 jadi cam minggu lepas tu.

minggu lepas saya ada terjumpa ngan klien yg bertemujanji dengan makcik tu, diorang merungut susah berurusan dengan makcik tu dan masih mengharapkan saya menguruskan perihal diorang. menurut klien lagi, makcik tu tak menjalankan tugas mengikut jadual yg telah disediakan. makcik ni memang.....nak kena.

makcik tu tepon saya sambil tanya tentang data2 yg perlu diambil daripada klien, yang dia sibukkan data yg masih ada pada saya, dia mula la nak mempertikaikan tugas saya pulak sedangkan kerja dia yg tah apa2 tu dia tanak amik tau pulak.

hari ni saya bagi satu berita gumbira buat dia. saya ada tugas lain yang lebih penting lagi hari ni. jadi dia kena bertemu sekali lagi dengan klien bersama seorang lagi pekerja kontrak yg jugak kurang amik tau cam dia jugak.

kalau hari ni makcik masih tak ikut perancangan...nahas la dia. klien bila2 masa je bole jumpa ngan saya dan saya pulak bole bila2 masa je jumpa ngan boss uintuk mereport ketidakakuran makcik.... ekekekekkekeke.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer