org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Thursday, September 1, 2005

Naik kereta baru

aii... ari ni dapat naik kerete baru, warna oren lagi. kawan saya ajak saya gi JJ naik kereta baru dia, comel dan cantik.

tapi yang lawaknya, dia tak tau nak bukak pintu kereta. terpaksa mati enjin dulu. pas tu tak tau nak off kan radio la pulak.

ruzi jangan marah aku yer. gurau jer....

Tuesday, August 30, 2005

besok Cuti

Haiii..memang tak sabar menunggu cuti. rasanya dah lama btui tak cuti. aku merindui...mu.

Planning nak gi Kamdar ngan geng pun dah banyak kali terbengkalai. jadi janji kosong. al maklum lah, minggu ni bz banyak. sebenarnya banyak melepak dan buat ketupat walaupun raya lambat lagi. waktu buat ketupat rasa gembira ajer. tapi bila balik rumah rasa menyesal la la pulak. tapi esok ulang lagi. aiiiii... tak tau la.

cuaca hari ni panas sangat. ekon keter pulak dah rosak. dirosakkan oleh driver. dia sibuk sangat nak memegang wayar2, last2 ekon meletup. saya pesan kat dia, lain kali bawak kipas, sambil memandu sambil kipaskan saya secara manual, tak kisah la guna kipas sate atau kipas plastik gambar jalur gemilang.

tadi nak pegi kluarkan baki duit gaji kat Maybank, punya la ramai org cam ulat tai'. benci btui la kalau pegi Maybank, dah la org ramai peh tu mesin ATM selalu rosak, suka telan duit org pulak tu. tak tau la kenapa rakyat M'sia ni ramai sangat guna Maybank cam tak de bank lain. saya sebenarnya pakai akaun bank lain, tapi ATM nya jauh yang dekat sekali yg tu la.

terpaksa la saya gi kat BCB, tak ramai org tapi pak cik depan saya tu lembab btui la, penat saya beratur. lepas sampai giliran saya, saya pun tengok la kat skrin ATM tu, ada lari sikit paparan dia, jadi kalau nak tekan butang kat skrin kena tengok btui2, kalau idak tersilap pilih, agaknya itu pasai la pakcik tu lambat. tapi pakcik tu tak nampak cam org tak pandai guna ATM pun, siap pakai tai, kemeja cantik lagi, takkan la bodo kot.

peh tu pegi tuka jam bateri. dah lama asik guna jam kat henpon ajer, naik rimas.

peh balik ke opis semula, taip surat, ajak org gi mesyuarat. Ntah la diorang nak datang ke idak...

j/k: sori yer Maybank....ngata sikit, tapi untuk kebaikan awak jugak. cuba ler berubah, bayaran perkhidmatan nak... tapi......

Monday, August 29, 2005

Gila kuasa

aiii.. hari ni dapat lagi satu perlantikan untuk jawatan sampingan. semua kat opis ni saya jer la yg asik kena buat kerjanya... ecey perasan la pulak.

duit yg hampit hilang kat bank tu dijangka dapat semula. bank dah hubungi saya, katanya duit akan dipulangkan dalam masa tiga hari bekerja. Insyaallah hari Khamis ni dapat balik la.

kengkawan opis suruh belanja la pulak sempena birthday saya. dah tu suruh beli kek mahal kat secret recipe la pulak, sesenang saya buat jer kek sendiri, jimat blanja.

Friday, August 26, 2005

aii bengangnya

saya boleh tersilap masuk nombor akaun dan nama bank semasa buat interbank giro transaction.....

lesap Rm300.... aii bengangnya,....cemana ni???

dah la pokai bulan ni,

Henpon, mobilephone

Semalam, waktu balik keje. driver datan amik saya.

masa nak kluar dari opis jalan jam giler. jadi kami pusing ikut jauh sikit.

bila lalau kat satu simpang tu, tetiba driver nampak sesuatu. tetiba jer dia kata dia nampak ada henpon jatuh kat jalan.

tanpa memikirkan keselamatan saya dan org lain, dia terus mereverse kereta ditengah kesesakan jalan raya waktu org balik kerja.

bila sampai jer ke tempat kejadian rupa rupanya yg di sangka henpon tu, rupa rupanya kotak rokok kosong jer.

sepanjang perjalanan saya asik menggelakkan driver dengan kuat sekali sbb tergilakan sangat henpon jatuh....

Thursday, August 25, 2005

asik mimpi

malam tadi saya mimpi driver mati. kebetulan pulak masa tu driver gi Alor Setar.

Kalau driver mati susah la saya nak cari driver baru.

saya terjaga masa tgh mimpi tu,saya tengok jam, pukui lima pagi.

saya pun tepon driver, mana la tau kut2 jadi kebnyataan la pulak mimpi saya tu.

driver jawab tepon, dalam perjalanan pulang.

hari ni driver antar saya gi kerja.

mimpi tak jadi kenyataan.

Hari ni gaji

Opisku lengang seperti diserang garuda

Wednesday, August 24, 2005

mALAM TADI

Malam tadi saya tertidur awal sebab hari ujan. tgh sedap2 tidor tetiba ada org tepon. bengang btui saya. tgh sedap2 tido ada org ganggu.

oh driver rupanya. apahal dia tepon saya pepagi buta ni, sewel agaknya. saya nak marah sangat dah ni. saya tanya dia dgn nada marah sbb apa dia kacau saya tengah sedap tido. peh tu saya tanya sekarang ni pukui berapa.

driver pun jawab, pukui semilan malam.aikkk...! baru la saya teringat tadi saya tertido sblm waktunya. terpaksa la saya buat2 ketawa sbb nak cover malu pasal marah driver tetiba jer.

peh tu saya pun bangun la, saya rasa tekak saya dahaga sangat. peh tu saya pun pi minum kat kedai, ari masih hujan.

masa minum tu, saya bincang2 ngan driver pasal jual rumah. sekarang ni saya jadi ejen juai rumah la pulak.

sapa nak beli rumah, tanpa bayar downpayment, tiada yuran guaman serta duti stem. semuanya akan diuruskan dengan bank bagi mendapat pembiayaan 100%. kalau ada yang berminat sila hubungi saya melalui emel. rumah contoh dah siap, kalau nak tengok bole la.

peh tu, rumah2 ni dijangka siap pada Mac 2007. bukan tanah lombong, berdekatan ngan kawasan idustri dan IPT (boleh buat rumah sewa).

itu lah dia iklan sikit.


sambung balik cerita saya minum tadi. masa minum tu saya nampak ada bebudak naik beskal sambil bawak bendera besar kat belakang diorang, sambil jerit2 merdeka! merdeka!. peh tu tgh diorang beraksi tu, salah seorangnya jatuh beskal. saya tergelak (tak sengaja) dengan sangat kuat.

tetiba saya nampak ambulan la pulak. aaa.... mesti ada org nak beranak ke, sakit jantung ke, eksiden ke ni.

balik drp kedai minum saya nampak banyak org berenti tepi jalan, rupa2nya ada eksiden, ada sebiji sekuter terbaring tgh jalan, nampak teruk jugak. berterabur kaca. meninggal agaknya budak tu.

masa tu ujan renyai2. driver kata, bayangkan ada da org polis gi kat rumah mak ayah org tu ke, suami /isteri org tu dan bagitau org tu dah ninggal. dia kata tentu sedihkan dengan suasana hujan sebegitu. satu pekara yg tak terduga berlaku.

kesiankan. saya harap la org tu tak mati. kat situ mmg selalu eksiden pun. hati2 lah yer, jangan jadi mangsa.

Tuesday, August 23, 2005



gambar masa Tingkatan empat pulak

Gambar masa muda



gambar masa darjah empat, bersama cikgu2 kesayangan. selamat ari Merdeka...ekekeke

Karnival suwe bo...eh.. heboh



hari sabtu ari tu driver ajak saya pegi Penang untuk mancing, tapi dia tipu saya, rupanya dia nak pegi karnival tu la...

buhsannya...dah bunyi-bunyian kuat sangat sampai nak pekak saya, rasa nak terkeluar taik telinga bila lalu at satu2 booth. dah la panas terik. peh tu ada org jual air harga tipu, last2 saya beli air soya perisa pisang, seringgit dapat dua. punya la tak sedap.

masa gi kat pentas tu btui2 masa rancangan kelab disney tu abis...cessss..kalau idak bole la muka saya masuk TV.

peh tu jenjalan lagi, jumpa Nas Ahmad, hensem la... saya bagitau kat driver, driver kata dia pedulik apa, nas Ahmad ke, Nose (hidung) Ahmad ker, cesss....menyampah I.

peh tu kami keluar dari Pisa tu, peh tu kat gate tu nampak Majlis Bandaraya tunggu ngan Lori ngan pegawai2nya sekali, nak saman la tu, alamak, dah la letak kereta merata-rata.

cepat2 saya gi kat kete, nasib baik tak kena saman.

ini la karnival suwe ebo yg pertama dan mungkin terakhir yg akan saya pegi.

Sekian, ...ada comel tentu jeles sbb tak dapat ikut...kan..kan...kan!

Thursday, August 18, 2005

Panggilan tepon

hari ni tgh keje bersungguh-sungguh, tetiba dapat panggilan tepon daripada rakan berlainan opis tapi masih di bawah satu kampeni.

dia bersuara riang gembira, katanya namanya tersenarai dalam satu kursus panjang yg dibuat disalah sebuah Pulau peranginan kegemaran para wanita termasuk la saya sendiri.

kebetulan la pulak tarikh kursus tersebut bersamaan dengan tarikh dimana audit di opis ni akan dijalankan.

saya yang tanak pegi kursus pun rasa nak pegi sangat, alahai bestnya kalau tak payah kena audit kan...

saya pun sibuk la bagitau rakan2 seangkatan tentang berita baik tu, sepanjang perjalanan tu saya asyik tersengih-sengih jer.

untuk menkompomkan keberangkatan kami, salah seorang rakan pun menalipon pihak yg bertanggungjawab. kata pihak tu, kursusnya bukan sama tarikh ngan audit la pulak. cemana ni, mungkin kumpulan lenlain kut.

penat saya sengih2 tadi, aiseh frust btui. tapi saya belum tepon sendiri untuk menentukan tarikh kursus bagi diri saya sendiri. saya nak tunggu surat daripada boss dulu. kalau tak de rezeki nak pegi nak buat cenggana. terpaksa la mengadap muka oditor pada tarikh yg ditetapkan.

tapi saya sentiasa la berdoa agar saya dapat pegi kursus tu.

"sofe dapat pegi pada masa yang sofe hendak."

"sofe dapat pegi pada masa yang sofe hendak."

"sofe dapat pegi pada masa yang sofe hendak."

kalau ada 40 org yg baca ni , makbul la hendaknya.

ekekekeke....!

Wednesday, August 17, 2005

Makan gandum

mak saya ada menternak ayam dan itik sbb dia sukakan binatang. idak la menjadi penternak komersil. cuma menternak gitu2 jer, reban ayam pun tak sempurna, tapi mak saya rajin la bagi ayam makan, termasuklah ayam tah siapa2 yg datang menumpang.

cucu mak saya si kerinting, rajin sangat ikut mak saya kemana jugak mak saya pegi, hatta ke jamban sekali pun.

jadi bila mak saya ke luar rumah nak bagi ayam makan, dia pun nak ikut sama jugak.

mak saya bagi ayam tu makan gandum berkulit (gandum ayam) campur ngan beras.

si kerinting pun sibuk juga nak bagi ayam makan, dia amik mangkuk dan minta kat mak saya sikit gandum tu.

tapi bila saya perhatikan btui2 si Kerinting ni bukannya bagi ayam makan gandum tapi dia sendiri yg makan gandum tu.

selain suka makan petai rupa2nya dia suka makan gandum ayam la jugak.

bila saya repot kat mak si kerinting, katanya anaknya mmg dah biasa makan gandum ayam kalau kat rumah diorang sbb mak mentua dia pun ada ternak ayam tapi mak mentua dia lebih serius walaupun tak secara komersil.

rasanya mak saya lebih serius menternak kucing daripada menternak ayam. setiap kali saya balik umah mesti dia suruh saya beli makanan kucing2 kesayangan dia tu.

tu sebabnya setiap kali si kerinting nak bezakan nenek dia dari kedua pihak, dia mesti sebut: pah miau, tok yam ( opah-kucing, tok-ayam (bukan nama dia mariyam))

majlis2 sempena merdeka

pagi tadi ada la sambutan sempena nak nyambut merdeka ni, aiii semua kena berdiri la tepi jalan, ada perarakan.

boss besar berucap sakan, penuh ngan perkataan merdeka ngan teknologi. pegawai2 kanan dok bersembang kat tepi boss besar, gelak bagai nak runtuh kerajaan langit, siap buat aksi lagi, nampak gayanya cam tgh nak pukui bola golf. pegawai yg mana lagi, yg rambut putih semua tu la.

pegawai2 kiri apalagi, sembang sakan la, sambil tengok aksi org pukui bola golf kat atas simen.

boss besar cakap sensorang.

ada pegawai kiri yg beri komen katanya semangat kemerdekaan tak de dalam diri dia sbb dia lahir lama setelah negara merdeka.

dapat la sehelai bendera yg pemegangnya daripada buluh yg di raut, katanya nak jimat duit.

Tuesday, August 16, 2005

Dua bulan & dua hari



ni gambar anak sedara@ anak menakan saya masa dia umo dua bulan ngan masa umur dia dua hari. ada nampak perbezaan?

satu masa jaga, satu lagi masa tidoq.

dia ni adik si Kerinting, nampaknya rambutnya tak kerinting. Pompuan jugak.

Monday, August 15, 2005

Seluar dalam warena Pink

mungkin tajuk catatan saya pada hari ini agak keterlaluan, tapi saya nak cerita jugak. baca la yer.

semalam kan, saya pegi la kat air terjun ngan adik saya. hajatnya tentu la nak mandi manda.

saya pun pegi la mandi kat situ. lepas mandi saya makan nasik yg mak saya masak berkongsi dengan ikan-ikan kat sungai itu yg sunggu manja dan mesra, nampaknya mereka semua telah semakin membesar, dah dekat 2 bulan saya tak jumpa diorang.

pada hari itu punya la ramai org datang kat air terjun tu tapi org Melayu ada banyak kurang la, agaknya takut jerebu kut.

pas tu kan lepas mandi kan, saya pun nak balik sbb dah terlalu penuh sungai tu, semakin petang semakin ramai org datang, siap buat konvoi.

masa nak balik tu, saya terjumpa dengan sepasang anak muda Melayu yg bertinggung kat tepi tebing sungai, duduk rapat2 sambil perati org mandi-manda.

saya pun lalu belakang diorang. yang lelakinya hensem, yg perempuannya comel, kulit putih serlah, pakai spek funky sikit, nampak bergaya la.

masa lalu belakang diorang tu, saya nampak la seluar dalam warena merah jambu tu. yang pompuan tu la pakai. dia pakai baju sendat dan kecik, so bila mencangkung cenggitu, maka terserlah la sluar dalamnya dan sedikit bahagian belakangnya.

saya pun tunjuk kat adik saya. yang kesiannya budak pompuan tu, walaupun stylish sangat la kononnya, tapi dia terlupa satu bahagian yg penting iaitu seluar dalamnya yg berwarna pink itu, nampaknya sangat kusam dan daripada kualiti yg rendah. rasanya tentu dah dekat setengah tahun dia pakai dan rasanya masa dia beli tu mesti bayar sepuluh ringgit dapat lima. kesian btui dia.

adik saya menambah, kalau la budak pompuan tu nak sangat pakai seluar yg nampak bontot cenggitu pakailah seluar dalam yg cantik dan berkualiti baik sikit, idakpun yg baru beli semalam, barulah nampak klass.

walaupun penat saya dan adik saya gelak kat belakang diorang, bebudak dua org tu tanak jugak bangun, kesian saya nengok budak pompuan tu, mesti ada lagi org yg ngata kat dia kalau dia terus mencangkung cenggitu sampai senja.

Friday, August 12, 2005

pagi tadi hujan lebat

malam tadi saya asik terjaga jer drp tido, panas la, nak buang air kecil la.

peh tu pagi tadi hujan punya la lebat, seronoknya sejuk sangat. yang paling best tentunya bau lepas hujan...bau asap, pagi ni cerita2 kat opis, semua org tak suka bau tu, saya sorang jer yg suka. peh tu kalau ujan semua org terbabas bangun lambat, kalau saya mesti bangun awal punya sbb nak menikmati bau hujan yg nyaman.

sembang punya sembang melarat pada menda2 yg suka dibaui. saya memang pelik sbb suka bau diesel, bau tar jalan, ini semua bau yg org tak suka tapi saya suka.

saya tak suka bau durian, tapi saya suka makan durian. saya suka bau rumah yg baru dicat. bau rumput lepas kena potong.

saya tak suka bau air laut yang ramai org suka tu. kalau org pakai minyak wangi yg ke arah bau laut atau bunga matahari saya mesti rasa tak selesa dan rasa nak pukul org tu (pukul sikit jer sbb menyampah bukan belasah).

itu la dia cerita merepek saya, tadi saya sempat kirim kuetiaw goreng sedap daripada sorang kawan opis. lapar la pulak rasanya. bila dia nak balik opis yer?

Thursday, August 11, 2005

Rasa nak keje kat sekolah la..!


Bukan gambar jerebu cuma kabus

Malam tadi saya tengok berita, bila pembaca berita tu cakap perkataan jerebu jer, mesti saya terbatuk-batuk, dasyat sungguh penangan jerebu ni, bukan setakat terhidu jer bole memudaratkan, kalau dengar pun merbahaya.

saya nampak kat bahagian bawah skrin Tv tu asik tulis semua sekolah di KL ditutup pada hari Khamis dan Jumaat, seronoknya kalau saya keje kerani kat sekolah tu, mesti saya ta payah datang keje kan. bestnya.

tak yah la saya pegi mesyuarat ari ni, bestnya. sekarang ni kepala otak saya ingat nak cuti jer, malas btul la nak kerja, tapi masa amik gaji tak malas la pulak, pukui nam pagi saya dah pegi kat bank untuk keluarkan duit.

sekarang ni asik rasa boring jer, tak tau nak gi mana dah kat M'sia ni. dulu masa cuti asik jalan jejauh sampai tak de tempat yg nak pegi dah.

kenkadang mata saya ni asik terbayang air laut jer, rasa nak memancing jer, tak tau la kenapa.

dengar cerita cuti kat opis ni akan dibekukan sempena odit besar-besaran ni. tak tau la MC tu bole amik ke idak.

bila sekolah cuti agaknya? kat sekolah tak de odit kan, seronoknya.

Wednesday, August 10, 2005

teksi merah putih

hari tu saya kena pegi opis, tapi driver tak de. saya punya pilihan untuk jalan kaki atau naik teksi.

tengah saya pikir2, tetiba sebuah teksi merah putih berenti depan saya. drebar teksi tu seorang pakcik berbangsa cina yg mukanya nampak bersifat kekawanan dan kebapaan. dia senyum kat saya. masih dapat saya terbayang senyumannya yg manis itu sewaktu saya menaip ni.

saya pun naik la teksi itu. teksi pun terus berjalan. saya tetiba perasan yg teksi itu tidak ikut jalan biasa ke opis saya. tapi mulut saya seperti terkunci dan kelu tak dapat berkata-kata.

secara tak sedar tetiba saya dapati pemandangan diluar telah berubah kepada pemandangan kawasan pendalaman bukan lagi bandaraya dimana opis saya terletak.

teksi tetiba jer berenti di sebuah kedai kopi kat satu perkampungan, saya pun apa lagi terus meluru keluar dari teksi.

saya berjumpa dengan peniaga kedai iaitu seorang perempuan muda yang agak comel. tapi dia layan tak layan jer ngan saya. saya terdengar dia cakap Siam ngan pelanggan2nya. peh tu kat situ juga ada beberapa org lelaki yg lepak, mereka pakai kain pelekat tapi tak berbaju.

saya pun mengeluarkan tepon bimbit saya daripada beg tangan, dan mendail nombor rumah mak saya dengan tujuan meminta bantuan. tapi saya tak tau dimana saya berada ketika itu.

malangnya tepon bimbit saya gagal menyampaikan panggilan ke rumah mak saya, macam tak de line jer. maklum la kat Siam...

tetiba saya nampak sebuah pondok tepon awam kat tepi kedai itu. saya pun pegi kesitu untuk menelepon mak saya. lama saya berdiri disitu tetapi saya asik terlupa nombornya.

penat saya cuba mengingatinya. yang saya ingat cuma nombor 434, peh tu tak ingat dah. penat saya memerah otak untuk mengingatinya, pada saat kritikal cam ni la pulak terlupanya.

saya terus cuba menyambungkan kombinasi nombor rumah mak saya itu, tak dapat jugak. saya cuba lagi, cuba lagi, sehinggalah saya terjaga.

bila saya celik jer terus saya ingat kombinasi nombor tu dengan lancar 434XXX0. buat penat jer saya berpikir. mimpi rupa-rupanya. dan saya nak bagitau, mimpi saya tu dalam warna-warni tau, tu sebab saya nampak teksi tu warna merah-putih. tapi lupa nak ingat nombor plet.

Tuesday, August 9, 2005

odit kau datang lagi

lepas2 cuti panjang ni nak ada odit la pulak. menda yg banyak org benci..kan.

termasuk la saya. dulu kalau time odit jer, saya pun mula la amik Mc, maleh nak melayan odito2 tu.

dedulu kalo odito2 datang jer, mula la nak memilih staf pomfuan utk di odit. nyampah I. kalau yg lelaki tu, tak yah la pulak, ntah sampai bila la diorang nak buat keje btui2.

masa tgh menaip ni, boss saya yg dalam bilik dia tu mesti tgh isap rokok, sekarang ni dah la berjerebu, dia nak tambah lagi. eii.. geramnya. lansung ak peduli pasal org lain, mentang2 la boss. sedangkan dia bukannya tak tau merokok dalam opis tu satu kesalahan besar.

kalau la saya rajin, rasa nak bagi penampo sedas dua kat dia jer rasanya. tolong la kesiankan kat org lain sikit terutamanya org yg batuk cam saya ni.

terpaksa la saya tamatkan menaip kat sini sbb saya nak kluar bilik, tak lalu nak menghidu udara cam ni, kang muntah sekali lagi, saya jugak yg susah kena bersih kan.

babai.

sedih & Malu

semalamkan, saya balik keje naik bas sbb driver tak balik2 lagi.

ada la sorang kawan opis yg baik hantar saya kat tempat tunggu bas pakai Kembara dia kan.

pas tu saya tunggu la bas. bas pun datang. dalam bas ada dua org budak yg kenal saya tegur saya. saya pun jawab la.

hari tu kan, jerebu tebal la sangatkan, sampai gunung yang melatari pemandangan kat opis saya ni pun susah nak nampak. tapi ari ni saya lupa bawak kamera jadi cemana nak tangkap gamba letak kat blog ni.

saya pun duduk la dalam bas. bas pun berjalan la. saya bayar tambang.

penyakit batuk saya yg hampir nak sembuh menjadi la balik. saya dah beli hack sekilo tapi tak baik2 jugak.

angin semakin kuat masuk dalam bas. batuk saya semakin kuat. penat saya menahannya tapi dia tak mau henti-henti jugak.

saya berdoa cepat la sampai rumah, dah tak tahan dah ni. sambil tu terus jugak batuk.

punya la teruk batuk, sampai saya termuntah kat tangan dan tisu (sapa yg geli tak yah baca la). aiya punya la malu, nasib baik bas tak penuh.

tisu pulak dah tinggal sikit. dapat lap gitu2 jer la, saya buat tak tau jer, kang org ingat saya mengandung la pulak.

peh tu saya terpaksa tukar satu bas lagi. saya duduk sensorang. nasib baik bas ekon, pintu tutup jadi kurang la sikit udara dr luar masuk.

tetiba ada sorang pompuan la pulak duduk sebelah saya. saya risau jer dia terbau muntah ke pa. saya sepatah pun tak cakap ngan dia. buat tak tau jer.

kekadang saya pandang2 ngan ekor mata samada dia tutup hidung ke apa2 ker.

kesian gak kat dia, tapi kan saya tak sengaja.

hari ni driver dah balik, senang la sikit idup saya. sekian.

Monday, August 8, 2005

Rajin nak taip

ari ni gi kerja jalan kaki, awal2 lagi dah kluar dari rumah sbb nak jalan pelan2, tak yah la berlari lari menuju ke opis.

sebab mesabab nya saya kena jalan kaki ialah kerana malam tadi saya mendapat panggilan tepon dari driver. dia tanya saya, nak denga berita baik ke dulu atau nak dengar berita buruk ke dulu.

saya tentu la jawab nak denga berita buruk dulu sbb setiap keburukan itu ada hikmahnya.

driver kata lori yg dia naik eksiden. peh tu saya tanya pulak berita baiknya,(saya ingat berita baiknya tentulah driver dapat roti free sbb lori yg anggar lori dia tu terbalik.. ceh, saya tersilap rupanya) dia kata dia tak apa2. mestila tak apa2 kan, kalau apa2 tentu dia tak tepon saya, cuma saya denga berita jer la dr org lain yg dia cedera ke, apa2 ker.

pemandu lori yg dia naiki patah tangan. driver selamat sebab dia duduk tetengah sbb diaorg duduk 3 org kat situ. driver lori tu patah tangan pun sbb tangan dia kene stereng lori. sorang lagi kawan dia pun selamat.

lori diorang dilanggar oleh lori roti. lori roti tu terbalik. pemandu lori roti tu mengantuk dan langgar lori yg driver naik. lori yg driver naik tu penuh ngan muatan besi. nasib baik tak terbalik, kalau idak aruah.

malam tadi driver tido kat hospital menemankan kawannya yg patah tangan tu... kesian.

nampaknya balik keje ni pun saya jalan kaki lagi la agaknya, idakpun naik bas.

Wednesday, August 3, 2005

maleh nak taip

kebelakangan ni maleh btui nak naip crita dalam blog ni, tak tau la napa, agaknya dah lama sangat tak naip, jadi jejari ni kaku sikit.

ari ni tadi baru jer balik dari JJ, amik baucher, peh tu beli VCD Uji Rashid menyanyi. saya suka la suara uji yang lemak tu...lebih sedap daripada kak pah yg kontrobersi tu.

saya ingat saya yg tua jer minat suara dia, rupanya ada jugak kawan seopis yg muda remaja pun minat kat suara si Uji tu. jadi tadi saya pun pasang la kuat2 sikit, biar kawan saya tu denga sekali.

tak tau la qash minat ker idak kat lagu tu.

hari ni bole pasang lagu kekuat pasal boss tak de, pegi meeting kat Penang kut, ari Isnin baru dia keje balik.

ada kawan seopis yg lelaki cadangkan kami buat jamuan sempena boss tak de. kitorg mmg slalu cam tu, bila boss tak de jer kami sanggup kutip duit sorang sikit untuk buat jamuan. malah saya dan rakan2 sanggup masak hidangan tu kat rumah dan bawak kat opis peh tu makan reramai.

tau2 jer la kenapa kitorg suka buat jamuan bila boss tu tak de.

tapi baru jer lagi boss tu blanja kitorg sempena birthday dia, tapi dia lupa la pulak bawak kek. kitorg tak bagi hadiah pun kat dia.

sekarang ni dah mula tukar2 bahagian, dah ada staff kat bahagian saya ni bertukar kebahagaian lain dan staff bahagian lain masuk ke sini.

yang kena tukar tu yang rajin pulak tu. tapi saya rasa boss tak brapa suka kat dia sbb boss slalu tengking dia walaupun dia tak jahat cam org lain. agaknya ada kisah silam yang terpendam dipenuhi dendam kot.

itu la serba sedikit cerita terkini kat opis saya. cerita2 ni khas untuk qash la, itupun kalau qash nak tau berita terkini la kan.

org lain pun bole baca kalau rasa tak boring...ekekekeke.



gambar kapet= tak berkaitan ngan cerita diatas

Tuesday, August 2, 2005

ANJING YANG KESIAN

bebaru ni saya balik ke rumah mak abah saya. bila sapai je depan rumah, tetiba jer ada bunyi anjing yang macam dah penyek.

driver kelam kabut turun kereta, dia ingatkan dia terlanggar anak anjing. tapi tak de pun.

rupa2nya di balik pasu bunga mak saya ada sekor anak anjing yang comel menumpang berteduh. kesian saya tengok muka dia.

saya ketuk pintu tapi tak de org bukak pintu. agaknya rumah ni lama sangat ditingalkan sehingga ada anjing numpang berteduh.

dah lama kemudian barulah pintu dibuka oleh adik saya yg cuti kerja sbb frust bercinta.

saya pun interbiu mak saya pasal anjing depan rumah tu. mak saya kata, semalam dia dah suruh adik lelaki saya letak anjing tu kat tempat lain. tapi besok paginya dah ada balik kat depan umah saya.

terpaksa la sekali lagi adik saya pegi letak anjing tu kat tempat lain. kali ni adik saya memilih kilang kicap yang katanya ada banyak anak anjing yang boleh jadi kawan kepada anjing tersebut.

adik saya pun pegi la anto anjing tu pada waktu tghari. tak lama kemudian petang tu, saya nampak balik anak anjing tu dijinjing oleh anak India yang duduk kat belakang umah saya.

buat penat jer anto jejauh. eloknya anto jer kat org yg suka makan anjing... dah tentu tak balik rumah saya dah.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer