|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, September 30, 2005
Masalah selesai dan datang lagi
Minggu ni satu masalah yg dah lama menghantui pekerja kat sini dan selesai dan nampaknya keputusan memberansangkan. punya la bz sampai tak sempat meng updet blog yg sempat sembang ngan rerakan jer la.
lepas ni ada lagi kerja kena buat, kerja yang paling menyampah.
semalam ngan ari ni kena pegi dan balik keje jalan kaki lagi, driver tak de, ayahnya sakit la pulak, koma lagi sekali, dulu sedar bila raya kedua, sekarang ni tak tau la, setiap kali saya tepon tanya driver, katanya doktor kata keadaan ayahnya semakin kritikal. kita tunggu khabar brita jer la.
nak cerita pepanjang pun tak de mood, jadi marilah kita relek2 sambil membaca-baca blog org lain.
148133 |
Dipos oleh sofeanny at 13:45
|
Nak kata apa2? [1]
Monday, September 26, 2005
Teringin nak demam

Kalau demam bole la amik MC. pagi tadi rasa macam tak sihat jer. rasa2nya tau sbb apa, semalam tidur banyak sangat, sampai rasa tak sihat.
Kalau dapat Mc nanti tak payah datang kerja sbb minggu ni ada banyak keje, kalau tak payah datang kan elok. nampaknya ramai yang pegi sana pegi sini semuanya nak mengelakkan keje kat opis.
esok cadangnya nak melarikan diri dari opis, tapi tak tau nak gi mana. kalau pegi mandi sungai kan best. sejuknya. tapi kalau mati lemas camne? berdosa tak pegi keje?
dua tiga ari ni kerja saya asik kena mengedarkan surat, rasa macam despatch la pulak. penat btui, tak selesai lagi.ntah la bila semua surat sampai kat tangan penerima.
hidup ni rasa susah btui la bila tak de petiais, ada sesapa nak sedekahkan petiais kat saya?
147873 |
Dipos oleh sofeanny at 14:28
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, September 23, 2005
Jum at
Ada satu hari tu, waktu tu cuti tapi hari Jumaat. Saya pegi opis sensorang.
saya nengok2 internet sambil-sambil tu main free cell. sedar tak sedar dah la pukui 5.30 petang, kena la balik rumah.
saya pun shut down computer, peh tu tutup ekon, peh tu nak gi tutup lampu sebelum keluar.
suis lampu dekat ngan pintu, masa saya nak tutup lampu, tetiba jer pintu bilik boss saya terbuka sendiri, seingat saya tadi saya sorang jer kat opis, tak de org lain yg datang, tingkap pun tak de yg terbukak.
Saya ni tak de la penakut sangat, tapi pintu tu terbukak ngan sound effect dia sekali...kreeekkkk, tetiba jer rasa meremang bulu roma.
saya nak tutup lampu pun susah masa tu, akhirnya saya keluar dari pintu dan masukkan tangan mencapai suis lampu, itu pun takut2, macam terasa rasa jer tangan kena pegang, akhirnya berjaya jugak saya tutup lampu, dan lepas tu terus saya kunci pintu ngan grill.
bangunan ni dah la lama, dekat2 sebaya ngan saya. peh tu ramai la pulak org cerita cemacam, tu yg meremang bulu roma.
tapi saya datang jugak opis waktu cuti sensorang, tapi tak de la nak tido kat opis ni pulak, kerja pun bukannya banyak sangat, datang pun sbb nak baca blog ngan main free cell jer..
147739 |
Dipos oleh sofeanny at 9:07
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, September 20, 2005
Tedi kena jahit mulut

semalam tengok kat Tv ada org tu jahit tedi & manster kecik, nampak comel, saya pun teringin jugak nak jahit, jadi ini lah hasilnya.
sebelum ni saya tengok org tu jahit jeans tak pakai jadi skirt, itupun saya buat jugak. sbb saya ada manyak jeans yg dah tak pakai.
semalam jugak saya dah potong2 saya punya t-shirt, nak buat lagi banyak tedi.
ada sesapa nak join, zureen kot???
147599 |
Dipos oleh sofeanny at 8:42
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, September 16, 2005
Lupa lak
nak bagitau... ari ni saya beli Pen drive baru 256MB.
(warrnty letak dlm laci ke 3)
147410 |
Dipos oleh sofeanny at 13:54
|
Nak kata apa2? [2]
Mendebarkan
Kereta buruk tu dah jadi bangkai rodteknya. walaupun kerajaan dah bagi separuh harga pada 12 sept sempena menyambut sepuluh hari selepas hari lahir saya, saya tetap tak mampu nak bayar rodtek tu lagi. sepatutnya kerajaan tak payah turunkan rodtek tu, yg perlunya bayo ajer duit projek yg tertunggak tu, semuanya bisa diatur, beli lagi satu kereta pun boleh. jangan asik berucap jer dalam TV tapi satu sen pun tarak masyuk. (bengang ni)
Walaupun saya ter amat lah takutnya nak naik kereta yg tak de rodtek, tapi driver kata tak per, sbb katanya jalan tu 'abang atok sedara' dia yang punya.
disebabkan keboringan yg amat sangat saya setuju jer la untuk pegi memancing ngan diver dengan memberi segala tanggungjawab pada dia sekiranya ditahan Polis ke JPj sekali lagi, saya tanak masuk lokap sekali ngan driver, biar dia sorang jer.
kami pun menuju ke Penang. Perjalanan pegi walaupun takut2 akhirnya berjaya juga sampai ke Pulau Pinang. Driver sibuk la membanggakan dirinya sbb katanya dia tersangat terrer bawak kerete tanpa rodtek.
kami pun pegi mancing dan dapat sekor cicit gelama. Buang karan jer, tapi saya sempat la duduk berehat tepi pantai sambil menikmati bunyi ombak, lega juga rasanya.
Masa balik, cuaca punya la panas. lepas turun daripada jambatan kami singgah kat hentian rehat, untuk membasahkan tuala buat lap muka, maklum la kereta buruk tu kan ekonnya dah rosak. lepas tu siap sembang2 dulu kemudia baru la berangkat.
masa nak masuk tol Juru, saya nampak kereta, lori dari arah bertentangan bagi lampu kelip2 lagi u. alamak maphos la makcik, ni musti ada rodblok ni.
driver suruh saya jenguk kepala tengok kut2 btui ada rodblok. banyak sangat kereta berenti tepi jalan susah nak tengok, saya cuma nampak kon ajer. dah sah ada rodblok ni. tak boleh ngelak dah.
lepas lalu jer gate TNG tu punya la berdebar, rasa nak pengsan pun ader. kalau masuk lokap susah ni, dah la jauh daripada rumah, kalau dkat2 ngan rumah bole jugak suruh mana2 kengkawan datang tulung. kereta dan lori semua berjalan teresut2 jer, alamatnya betui la ada rod blok.
seratus meter jer lagi nak sampai kat kon Polis tu, saya baca papan tanda bertulis Pemeriksaan Perangkap Laju. Perangkap laju ker, perangkap perlahan ker, dah sah kami kena punya. ada banyak Pakcik pulisi kat situ. tetiba saya nampak sorang pakcik pulisi tu terus angkat kon2 dan susun ke tepi.
A Hoy! rupa2nya rodblok dah abis, punya la nasib baik kami ari tu. kalau idak masak. driver yang sedari tadi asik mengunyah hotdog (sbb gabra) kembali tenang, sblm tu nak bercakap pun dia menggeletar.
jantung saya yang bedebar kencang tadi kembali normal. tapi lepas tu masih risau jugak, manala tau jumpa lagi ngan pakcik Pulisi.
lepas tu kereta jalan macam biasa. tak lama lepas tu nampak pulak Polis Bantuan Plus (aii...Pulis jugak), lalu laju memotong kami, rupanya kat depan nun, dalam longkang ada satu pik-up sudah terbaring. nampak drivernya keluar ikut tingkap tapi tak berdarah pun. orgnya muda lagi, hensem pulak tu, ni mesti bawak laju ni. pikup tu muat2 jer terbaring secara sisi didalam longkang.
kami pun teruskan perjalanan lagi, akhirnya sampai kat rumah. berjaya jugak akhirnya. tapi saya berjanji tanak pegi jejauh lagi naik kereta tu, takut maaa!
147409 |
Dipos oleh sofeanny at 13:53
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, September 13, 2005
rasanya kena balik la
Boss ni baru jer sampai opis, apalagi mula la merokok, baik saya balik umah nonton TV sambil buat kek coklat.
147214 |
Dipos oleh sofeanny at 14:17
|
Nak kata apa2? [2]
Saya..
Tak nak menonton Malaysian Idol kat TVLapan lagi sebab Faizull dah keluar pertandingan.
Peti ais saya rosak teruk, lansung tak sejuk dah, rasa nak campak dalam lombong buat tukun. boleh membantu pembiakan ikan. semalam dah pegi JJ tengok2 petiais baru, tapi saya nak orang lain belikan petiais baru kat saya pakai duit org lain tu.
barang-barangan yg ada kat petais tu saya sedekah kan kat sorang yg memerlukan(kata dia la.). daripada membazir dan membusukkan rumah, baik la bagi kat org, barang2nya termasuklah, seketui daging, ais krim dalam mangkuk palstik dan aiskrim Mini Conetto, (saya terbeli byk aiskrim walaupun tak suka makan aiskrim sbb pengaruh iklan dan banyak sangat tengok TV).
saya sangat kecewa sbb petiais saya rosak. tapi saya tak menangis.
147200 |
Dipos oleh sofeanny at 10:23
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, September 12, 2005
Malu kat biawak
Pada suatu masa dahulu, adik saya bagitau saya, dekat2 ngan rumah saya ada satu lombong yang ada udang galah. katanya dia pegi ngan kawan dia mancing kat situ dan dapat udang galah sebesar lengan dan berwarna ke ungu-unguan, kira udang galah tahap dasyat la, dah kira tahap penunggu lombong.
saya pun mendapat semangat tahap tertinggi untuk memancing di situ, saya pun dengan segera terus ke kedai dan pegi membeli pancing, mesin, mata, tali dan batu baru khas untuk memancing di kolam keramat berpenunggu udang itu.
saya pun segera balik ke rumah mak abah saya dengan menaiki bas sambil membawa pancing baru yang berbalut surat khabar sbb malu kalau org nampak seorang makcik bawak pancing naik bas.
bila sampai petang itu, adik saya pulak tak de, pegi rumah kenduri la pulak, terpaksa la saya menantinya dengan tidak sabar. apabila saya mendengar saya enjin motonya segera saya mengajaknya ke lombong walaupun masa tu dah pukui nam setengah petang.
memula kami singgah ke kedai pancing untuk membeli cacing dan terus menuju ke lombong. adik saya pun membawa saya meredah hutan, katanya untuk ke port yang bagus, dimana sejarah telah tercipta iaitu kawannya mendapat udang galah.
kawasannya agak semak sedikit, dan berpokok, saya kira sudah pasti susah untuk saya membaling mata kail, pasti akan tersangkut kat mana2 dahan pokok sbb saya ni amatur. adik saya pulak bukan tahap amatur lagi, tapi tahap tak tau lansung, pegang cacing pun geli.
saya pun dengan tak sabar2 memasang umpan dan membaling ke dalam lombong, nasib saya baik mata tak melekat kat mana2 dahan pokok tapi ikan pulak tak makan.
setelah lama menunggu saya pun gulung tali dan cuba membaling lagi sekali untuk mendapat tempat yg baik. malangnya kali ini pekara yg saya risaukan terjadi juga, mata kail tersangkut kat dahan pokok. tapi tali terus masuk ke air dan tetiba saya nampak tali saya ditarik ikan. dapat la sekor ikan tilapia kecik ketonet.
adik saya pun tolong tarik ikan tu ke tepi tapi tak mau la jugak, sangkut kat dahan, akhirnya ikan jatuh balik dalam air dan mata kail sangkut.
saya pun cuba tarik tali bagi putus tapi tak bole. saya pun mintak la baju adik lelaki saya tu untuk lebih mudah tarik tali tu, takkan saya nak bukak baju saya sendri kut.
tapi yang paling bestnya, adik saya kata dia tanak bukak baju dia sbb dia malu perut dia boroi. saya tersangatlah peliknya rasanya sbb kat situ cuma ada kami berdua manusia. saya tanya kat dia, dia nak malu kat siapa? nak malu kat biawak ker? sbb baru sekejap tadi saya nampak dua eko biawak berenang kat tengah lombong tu. itu pun beberapa kali adik saya tanya apa menda yg tengah berenang kat lombong tu, agaknya dia ingat hantu (biasa la panakut belum jumpa hantu betui). akhirnya dia bukak jugak baju dia.
selepas tu kami pun tukar port mancing sbb hari dah nak gelap, kami pun pegi kat kawasan yg lapang tapi tebingnya cerun sikit. saya pun menghampiri cerun dan cuba turun ke bawah, tetiba terjatuh la pulak, habis siku dan betis saya luka, tapi pemancingan diteruskan jugak. tapi tak dapat jugak ikan, mata kail sangkut pulak kat batang pokok dalam air.
akhirnya kami amik keputusan balik umah jer la. peh tu saya ceritakan la pasal adik saya malu kat biawak tu kat mak ngan abah saya. diorang ketawa tapi adik saya bengan, dia kata dia tanak dah pegi mancing ngan saya, chess.... itu pun nak merajuk...cam pompuan...

ini bukan gambar ikan yg dapat kat lombong tu
147119 |
Dipos oleh sofeanny at 10:13
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, September 7, 2005
Hadiah hari lahir

ada jugak org nak bagi hadiah sempena hari lahir saya. walaupun murah dan agaknya beli kat kedai dua ringgit, kira ok la tu, daripada tak bagi lansung. dah tu sudi pulak panggil saya sebagai sayang walaupun tak sayang.

ini pulak hadiah daripada dalam kotak tu. ada epal sebiji ngan daun dia. tapi tak boleh makan la. kalau jatuh pecah. peh tu ada tempat untuk letak pen, nampak cam emas tapi tipu jer la, plastik. terima kasih la kepada si pemberi. jasa mu dikenang. nanti saya mintak Sultan kasi pingat kat awak yer. tak kisah la PJK ke, PPN ke... atau yg lain yer.
yang bagi ucapan tu terima kasih jugak lah yer. saya hargai semuanya.
Sekian, Terima Kasih.
146927 |
Dipos oleh sofeanny at 10:43
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, September 2, 2005
Hepi besday to me!!!
Hari ni besday saya, pagi tadi masa nak gi kerja, driver nyanyikan lagu hepi besday masa dalam kete. Tak sedap pun.
Hadiah... satu pun tak dapat lagi...., itupun kalau ada org nak bagi la lepas ni.
Kereta buruk masuk balai, bulan balai raya yer, tapi balai polis la sbb rod tek dah mati. Ini driver la punya kerja.
Terpaksa pakai kereta putih.
Macam-macam dugaan terjadi, semakin pokai la makcik.
146743 |
Dipos oleh sofeanny at 15:35
|
Nak kata apa2? [2]
|