|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, November 24, 2006
sENI
Sampai jer kat situ saya terus oder burger daging satu. lepas tu cepat cepat saya masuk kedai runcit untuk beli barang runcit takkan beli beskal pulakkan dengan harapan tak payah tunggu lelama untuk burger siap. masa saya cakap "burger daging satu", saya sorang jer pelanggan makcik ngan pakcik tu.
habis berbelanja saya klua kedai runcit dengan harapan mendapat sebiji burger, tapi macam slalu la tak dapat.
sempat la saya mengelamun, dlu rupa2nya saya penah jatuh cinta dengan sorang penjual burger yang sangat hensem dan berpelajaran, tapi itu cerita dlu, cinta saya tak kesampaian. cinta dia? saya lupa nak tanya (sebenarnya malu nak tanya).
dlu masa saya beli burger tu dengan driver, saya merungut kenapa la makcik ngan pakcik ni lembab sangat, driver kata org tua kalau buat burger ada seninya. tu sebabnya makcik ngan pakcik tu lambat sangat siapnya burger dia, saya rasa kalau saya masak nasik pun dah siap, peh tu boleh ada lauk paprik lagi.
tapi tak bole nak akap la, burger yg makcik ngan pakcik tu "assembel" (daging burger beli, roti beli, mayonis beli, semua pun beli la) memang la sedap berbanding dengan anak2 muda yang buat. tunggu pun tunggu la, tapi penah jugak saya tinggalkan saje makcik tu, lama sangat, kalau tengah mengandung mau terberanak dlu baru dapat makan burger.
daripada berdiri sajer, saya sorong moto saya dekat ngan gerai burger tu, duduk atas moto, tak juga siap2, aii entah apa la yg diorang mandrem, saya pun tak tau.
akhirnya siap jugak burgernya, masa tu saya kira saya dah putuih asa menunggu burger tu, balik rumah saya dah tak selera nak makan burger tu, saya dah rasa sangat kenyang makan angin kat tepi gerai burger tu.
tapi saya makan jugak la sebab dah beli, kang membazir plak kan. rasanya lepas ni saya tak beli dah burger tu kecuali kecemasan sahaja.
157550 |
Dipos oleh sofeanny at 14:35
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, November 9, 2006
Operasi MENYELAMAT
dari malam tadi saya terdengar-dengar satu suara . saya sangkakan bunyi-bunyian yg terdapat di TV, bila saya bisukan TV tersebut, masih kedengaran suara itu.
saya tak brani nak kluar mana la tau tah menda mana yg meniru suara tu mengajak saya kluar umah pas tu di apa apakannya saya kan jadi satu masalah pulak.
subuh tadi masa saya masak nasik untuk dibawa ke opis (jamuan), saya terdengar lagi suara tersebut, jadi saya pun pegi ke luar rumah untuk melihat menda yg mengeluarkan suara itu, sepertinya di dalam longkang.
saya pun melihat-lihat tapi tak nampak apa, saya pun gi amik torchlight dan lihat2 lagi, tak nampak juga, suara tu dah tak de la pulak.
peh tu saya masuk le balik dlm umah dan bersiap untukgi keje. masa nak gi keje tu ari dah pagi la, saya teringat suara tu lalu saya pun menjengah ke dalam longkang, ternampak la sekor kucing kecik warna kelabu kehitaman berendam dalam air longkang, patut la tak nampak. Kucing tu dah tak klua suara dah, kesejukan agaknya.
saya rasa kesian, kalau saya biarkan jer dia dalam longkang tu rasanya tak panjang umo dia.
saya pun amik penyeduk sampah dan terpaksa masuk ke longkang bersenggat sedalam satu meter dan cuba menaikkan kucing tersebut ke daratan, tapi tak bole la pulak.
dengan memakai berbaju kurung warna emas dan berbunga pink terpaksalah saya menggunakan kemahiran jari kaki saya yang bertahap satu untuk mengepit lebihan kulit di leher kucing tersebut untuk menaikkan dia kluar dari longkang tersebut.
nasib baik la berjaya.
saya terpaksa tinggalkan kucing tersebut di depan gate umah jer sbb nanti saya tak sempat gi kerja la pulak, harapnya jangan la dia termasuk lagi dalam longkang dan ada la sesapa yang baik hati yang amik kucing tu untuk dibuat anak angkat.
157296 |
Dipos oleh sofeanny at 11:04
|
Nak kata apa2? [0]
|