|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, December 22, 2006
Sialan
Aku bengang so maapkan la kata kata kesat ku ini.
sorang budak tak guna ni kan, dah la akhir tahun, dia sesuka ati sambung MC berbulan bulan mentang2 la senang dapat Mc sbb maknya dulu nurse. aii geram betui aku, kalau ada depan mata ni aku pelangkung ngan kayu tas, biar sedor diri sikit.
sapa lagi, aku yang rajin ni la kena siapkan keje dia, sialan betui.
aku pun teringin gak nak bercuti, ini kali kedua aku kene cam ni, sblum ni pegawai wanita nih sekarang jantan tak guna pulak. aku takkan mahapkan ko sampai ko pencen tau. aku tau ramai bebudak opis aku baca blog bongok ni, tapi dia tu tak mbacanya rasanye. kalau baca pun lagi elok. bior sedo diiri sikit.
geram sangat rasanya nih!!!!
157885 |
Dipos oleh sofeanny at 14:03
|
Nak kata apa2? [1]
Thursday, December 21, 2006
EMPAT NEGERI
SEMALAM SAYA TELAH MENJELAJAH EMPAT NEGERI DARI JAM 12 TGHARI HINGGA 12 TGHMALAM.
Perak-Kelantan-Pahang-Selangor
Destinasi Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang-Kuala Lipis-Raub-Bentong-Bukit Tinggi-Gombak-Rawang
Ulasannya lain kali jer lah yer, tak abih penah lagi nih.
157870 |
Dipos oleh sofeanny at 12:55
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, December 15, 2006
tak pueh ati
saya berasa sangat tak berpueh ati sebabnya ialah bebaru ni saya ada membeli susu berkalsium tinggi yg mahal untuk mak saya.
semalam adik saya menalipon saya dimana saya membeli susu tersebut, sbb mak saya memesan susu itu kepada adik saya pulak.
yang tak pueh atinya ialah susu itu bukan dimunum oleh mak saya tetapi oleh kekucingnya yg tak mengenang budi. ada ke patut?
eiii, geram btui rasanya, kan elok kalau susu tu dipulangkan pada saya balik, boleh jugak menambah kalsium dalam tulang saya yg belum menopause ni.
melampau btui. lepas ni tanak beli susu tu dah. bagi duit jer.
157801 |
Dipos oleh sofeanny at 14:32
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, December 4, 2006
Nyanyi nyanyun
Kat mana korang akan jumpa paling ramai penyanyi yg tak sedo diri suara tak sedap? tentu la kat kedai makan yg ada karaoke live singgit satu lagu.
kebanyakan org yg nyanyi kat situ dah tetua kekadang jer bebudak muda menyelit, itu pun masa nak ke pantas berteman.(malu)
Juruheboh akan kata sekarang giliran abg M.Z yg akan menyanyikan lagu 'Dara Pujaan' (sbg contoh saje, tiada yg berkaitan dengan yg idup mahupun yg nazak), patutnya DJ tu bukan sebut gitu, dia patut sebut pakcik M.Z atau tok M.Z sbb masa si M.z ni naik pentas seperti patut dipapah kerana usianya yg lanjut. bila start nyanyi lagi la sedih, rasa nak nangis, walaupun nyayi lagu bunyi gitar.
lepas abg M.Z ada kak Kiah, lpeh tu encik J pulak, semuanya nyanyi lagu 60an, kekadang nyanyi lagu P. Ramlee dan kekadang S. M salim, kekadang seperti rasa diseksa duduk kat situ apalagi kalau org yg belanja kan. terpaksa la buat2 muka gembira.
kekadang tu rasa tak tahan nak gelak, sambil terhinggut-hinggut bahu menahan gelak, tapi ada pulak org marah kita katanya tak sopan, tapi dah tak tahan sangat nak buat cemana. terpaksa la gelak juga.
157648 |
Dipos oleh sofeanny at 9:56
|
Nak kata apa2? [0]
|