|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Tuesday, February 28, 2006
Gambar Cumi dan Ciki

152172 |
Dipos oleh sofeanny at 7:01
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, February 27, 2006
Cumi dan Ciki
baru semalam saya telah berjaya mengambil dua anak angkat yg saya cadang2 nak bagi nama Cumi ngan Ciki.
semalam selepas balik memancing di kolam berbayar, saya singgah kat satu pekan kecil sebab nak beli besen plastik sebab nak buat basuh ikan.
driver ajak saya masuk satu petshop untuk melihat lihat burung sebab saya cakap ngan driver yg saya nak burung kelicap sekor sebab saya nampak kat kawasan kolam tu ada banyak burung kelicap yg comel2, bila saya suruh driver tangkap dia tanak sebab katanya kat kedai burung ada banyak jual.
bila pegi kedai burung tu, tokei tu kata ada sorang orang yg dah beli semua burung yg dia jual, agaknya org tu ahli kelab peace malaysia kut, tu dia beli burung bebanyak sebab nak lepas kan kut, idak pun nak buat goreng, idak pun dia nak check virus selsema burung kut, idak pun pasai dia saja2 nak beli ikut suka ati dia pasai dia kaya.
saya pun tak beli burung tu. peh tu kan saya pegi petshop yg lain pulak, tetiba ternampak bayak binatang yg menarik, ada ikan kelisa emas, ikan kelah, argus, arnab.
saya berkenan kat anak arnab yg sangat gebu tu, saya beli la dua eko, buat anak angkat, lalu saya namakan cumi dan ciki, gebu betui. saya nak cari sepasang, tapi tokei tu kata susah nak tengok jantina nya sebab kecik sangat. saya main bantai jer la pilih yg mana berkenan, kalau nasib baik dapat sepasang jantan betina, nanti dia beranak ramai2 dah beso bole buat sate arnab, ermmm...syedap...ekekeke. kalau tak sampai ati nak semelih juai jer kat keluarga haji Samuri, bole jadi sate kajang, lalu pegi kat retoran jejantas sg buloh ke, atau R N R Awan Besar bole makan sate Kajang, saya tak suka makan sate kajang kat kajang sebab ramai sangat org la, tak best, tak boleh menghayati.
eh..eh...bebudak arnab tu kecik2 lagi dah saya bayangkan diorang jadi lauk. kesian kan.
saya letak arnab2 tu dalam sangkar kucing saya yg dah lama mati.
gambar tak sempat nak amik lagi pasal kamera tertinggal kat opis.
kalau ada rezeki besok gambar diabinatang akan masuk weblog ni.
152155 |
Dipos oleh sofeanny at 10:59
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, February 24, 2006
berkesan la eksperimen yg saya jalankan tu
betui dan sah la, boss tu suka ngan org yg ponteng. eii, kalau ku tau dedolu cenggini tak payah saya susah2 buat keje, relek jer, baru le boss sayang.
152080 |
Dipos oleh sofeanny at 6:31
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, February 23, 2006
pi bagan Hailam dan makan sup belakang Keramat supermarket
disebabkan boss kecik saya suka sangat ngan org yg ponteng keje, saya pun telah menyahut kesukaan dia itu dengan memontengkan diri saya pula. kalau dia terbaca apa yg saya taip ni jangan nak marah2kan saya pulak yer, saya cuma nak amik hati dia jer dengan melakukan pekara yg dia suka...!!!
Saya pun telah pegi ke bagan hailam untuk memancing ikan laut di Sea Lion yang ada 5 kolam kalau tak silap. mula2 acara yg awal sekali adalah melawat dan melihat keadaan pemancingan di situ, saya telah dapat membuat pemerhatian bahawa semua pemancing di situ menggunakan pelampung, jadi saya cadangkan pada driver supaya dia menggunakan kaedah trolling pulak supaya nampak lain sikit.
semasa melihat2 itu saya terlihat seorang pakcik berjaya menaikkan seekor ikan kerapu merah dengan berjayanya. menurut pemandangan saya ikan itu seberat kira2 2 kilo. semangat driver menjadi sangat tinggi untuk memancing juga di situ malangnya gigi bossnya telah sakit pada ketika itu juga, jadi hasrat driver untuk memancing terpaksa dibatalkan. boss driver itu adalah saya tentunya.
jadi untuk mengubatkan hati driver yg lara dan terluka, saya mengajaknya makan sup kegemarannya di belakang Keramat Supermarket. driver pun memilih dengan banyaknya isi2 sup sampai nak terkeluar dari mangkuk. lepas tu dia makan dengan lahap menunjukkan kesedihan hatinya sebab tak dapat memancing di Sea Lion, dia sempat menyatakan bahawa kalau tidak dapat memancing di sea lion adalah sama seperti tidak singgah di Maidin kalau ke pegi ke Kota Raya (yang komplek tu yer).
selepas makan tibalah masa untuk membayar, amboi mahainya mengalahkan makan sup kat hotel, harganya RM22 sahaja.
lepas itu saya jenjalan kaki pulak kat Chow Kit dan membeli sesuatu berharga sepuluh ringgit, lepas tu saya tertinggal la pulak barang tu. tahniah kepada saya kerna telah berjaya membazirkan duit sebanyak sepuluh ringgit.
itulah cerita hari pemontengan saya pada kali ini, mungkin lepas ini akan muncul lebih banyak lagi cerita2 hari pemontengan saya demi menyahut kesukaan boss kecik saya yang suka sangat dengan org yg ponteng. dalam hal ini saya tidak bersalah lansung kerana yg saya nak cuma boss kecik suka ngan saya sajer lebih daripada org lain supaya saya bole cepat naik pangkat dan cepat jadi kaya raya bunga raya hari raya aidilfitri dan aidil adha.
sekian, terima kasih.
152060 |
Dipos oleh sofeanny at 7:00
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, February 17, 2006
mARAH SANGAT
bebaru ni kan, ada la satu kerja ni kan, boss besarkan suruh org sorang ni buat kerja kan tapikan dia ni kan ada masalah la pulak pasal bininya duduk jauh, jadi dia selalu ponteng keje.
sebenarnya itu keje saya kalau ikut scope tahun lepas tapi saya rasa la bos besar tu nak mengenakan si ponteng ni supaya dia buat keje.
jadi email tugasan tu hanya diberi pada si ponteng pada saya tak de. saya pun suka la sbb tak payah buat keje, bole relek, sapa yg tak suka? cuba bagitau saya sekarang.
tapi ada la pulak boss kecik ni yg backing sangat si ponteng tu sbb si ponteng tu penah menangis(lelaki ni tau) kat dalam bilik boss tu kan ngadu masalah dia. boss kecik ni pulak kan tak ngam ngan bos besar, asik nak membantah cakap org tu jer.
saya tentu la ikut cakap boss paling beso kan, lagi pun arahan dia lebih menyenangkan saya.
maka terjadi lah perbalahan antara si ponteng ngan saya sampai nama saya naik sbb tak nak memberi kerjasama.... aiii geramnya aku.
saya cakap kat boss, senangnya kalau tanak buat kerja kat sini yer, nangis jer tak payah buat keje. kalau cenggitu saya yg pompuan dan memang telah diketahui umum lagi pandai menangis lagi lah tak payah buat keje. setiap kali malas jer buat la ada masalah peh tu nangis depan boss, terlepas dari buat keje, senang kan. kalau cenggitu ari2 la bawak bawang ke ai mo ke bagi mata tu nangis, tak payah buat keje, ujung bulan amik gaji ribu-raban.
yang saya paling menyampah, boss kecik tu amboi backing si ponteng tu macam la dapat saham sedangkan dia tahu si ponteng tu mmg ponteng dan ak bole diharap. saya yg selalu tolong dia, dia tak pandang pun. disebabkan dia nak menunjukkan betapa besonya kepala dia berbanding boss besar, lalu saya dijadikan mangsa.
macam ni la kan, saya malas nak buat keje dah, ari2 saya nangis lagi baik.
151911 |
Dipos oleh sofeanny at 7:31
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, February 15, 2006
Cuti cuti Malaysia semasa kaum cina menyambut tahun anjing
baru sekarang ni teringat nak cerita la sebab masa tu kampeni cuti semenggu, cuti mmg best tapi kalau dah lama sangat naik boring.
pada cuti tersebut adik saya seorang ahli politik telah mendapat sebiji bilik hotel/resort yg free. dia mengajak saya pergi ke sana berdua dengan dia sbb nanti dia boleh 'pau' saya yang kaya ini.
mentang2 la dia dapat bilik free, jadi yg lain semua saya kena tanggung.
ini lah pertama kali dia mendapat bilik free, jadi adik saya memaksa hanya saya dan dia jer pergi ke resort itu. katanya penyambut tetamu di hotel beberapa kali bertanya berapa jumlah penduduk yg akan duduk di bilik free itu, adik saya juga meyakinkan cuma dua org. adik saya takut kalau bawak lebih org nanti kena cas lebih.
kami pun pegi la ke resort itu, sebuah resort yg baru bukak. punya la ramai org. layanan punya la teruk, nak mendapatkan kunci bilik pun makan masa dekat sejam, mentang2 la free.
peh tu kan bila pegi kat biliknya la...punya la beso macam beso rumah sebuah siap ada dapur, 2 bilik, ruang tamu dan sebagainya selayaknya sebuah rumah. patut la pompuan tu tanya banyak kali, patutnya bilik tu boleh muat duaploh org.
bilik punya la beso tapi kan tak de loceng pintu, peh tu tak tepon, teruk btui.
resort tu dekat ngan pantai, masa tu punya la ramai org, pantai yg sepanjang 2 kilometer tu penuh sama ada atas pasir maupun dalam air sejarak 2 meter dari pasir. kalau ada Tsunami masa tu, maknanya terhapuslah hampir sepertiga rakyat malaysia (mengikut perangkaan dan bancian saya, bukannya mana2 jabatan kerajaan malaysia)
keadaan jalan raya sepertinya sesak teruk seperti ada berlaku perarakan hari kemerdekaan.
saya balik dari sana dalam keadaan tak puas hati dan berjanji tidak akan ke resort itu lagi KECUALI dalam keadaan free.(tak payah bayar la!)
151746 |
Dipos oleh sofeanny at 7:30
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, February 10, 2006
JUrujual yang kurang sopan, mentel, salah strategi & tua bangka tak sedo diri
pada satu petang yang indah saya tinggal sensorang kat opis, org lain dah balik. tengah sedap2 melayan ekon tetiba masuk sorang pakcik yang agak tua.
dia masuk jer terus kata nak cari gorilla, saya cakap kat dia pegi la zoo, itu pun kalau ada gorilla yg idup la.
peh tu dia buat lawak bodoh lagi, peh tu katanya nak cari mother la, saya kata kt sini tak de mother, pekerja kat sini kebanyakannya lelaki dan semua dah balik keje. dia tanya apasal saya tak balik, saya jawab sebab saya ni rajin.
peh tu dia baca2 kat papan kenyataan tu, peh tu dia kata tak guna dia cakap bahasa inggeris kat opis saya ni sebab pekerja kat sini tak pandai cakap omputih. saya pedulik apa dia cakap cenggitu, tak pandai cakap omputih pun saya dapat jugak gaji tetiap bulan, peh tu rasanya saya ni lagi kaya daripada dia yg pandai cakap omputih tu.
peh tu ngan muka tak tau malu, dia mintak air nak minum, saya kata amik la, ada cawan kat rak tu, dengan banyak songeh dia kata cawan kat situ kotor la, itu la ini la, saya pun pegi la kat dia bagi cawan kertas, saya maleh nak layan sebenonya tapi kan ker kita digalakkan memuliakan tetamu tak kira la siapa dia.
peh minum tu dia kutuk2 lagi staff kat sini tak reti cakap omputih, saya pun tengok muka dia dekat2, saya cakap dekat2 kat telinga dia (mana la tau, dah tua kot pekak), saya kata," ni Melayu kan?", saya tak tunggu dia jawab, mmg muka nya melayu totok (cam jawa totok jugak la), hidung pun kembang, kulit pun sawo matang, tak macam kulit khinzir atau kerbau balau pun, sah melayu. saya cakap ngan dia lagi;" melayu sama melayu cakap melayu la!, apa dah tak paham cakap melayu ker dah?".
dia pun jawab katanya;" itu la org melayu bangga sangat dengan melayunya, cuba tengok dalam diri...bla...bla...blaa...", saya maleh nak layan dia, saya pun jerit kuat2 (mana la tau, dah tua kot pekak), "Takkan Melayu hilang di dunia", dia terberenti cakap peh tu tuko topik la pulak cakap air yg dia minum tu sedap la, itu la ini la. saya kata kalau dah sedap minum la lagi.
peh tu dia tak minum pun lagi, peh tu dia bukak pintu sendiri dan klua sendiri daripada opis saya, tu la muka tak tau malu. kalau dah jurujual tu, jurujual jugak. jangan la blagak sangat, sapa tah nak beli barang dia tu, kalau mulut asik nak ngata org. rasa nya duit yg saya dapat dengan keje saya relek2 ni lebih banyak daripada kerja dia menjual buku bahasa penjajah tu, dah la kena jadi muka tembok menjajap opis org, yg dapatnya sumpah seranah jer, duit seposen pun tak dapat.
bukannya saya tak suka blaja bahasa, kalau boleh semua bahasa di dunia ni saya nak belajo, tapi biar la dengan org yg bersopan santun sikit, tak de la org cenggitu ehhh..., tak sedo siri btui!
p/s: jurujual tu cakap Melayu ngan saya, dia tak cuba pun cakap omputih ngan saya, saya tau apa cakap omputih... yes, no, allright, weblog, sign in, copy, paste dll...ekekekeke (jgn kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, jgn kerana sorang staff yg baghal tak tau cakap omputih, sebelanga staff lain disabitkan sama..)
151661 |
Dipos oleh sofeanny at 13:33
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, February 8, 2006
best betui

tadikan saya sibuk2 la tengok kat tu "http://www.webstats4u.com/s?tab=1&link=4&id=3092116" tu an, peh tu saya perasan ada lebih sikit jumlah kali masuk daripada blog yg satu ni, saya pun teringat dah lama saya tarak melawat dia punya blog kan.
jadi saya pun pegi la kan, peh tu kan saya baca la, punya la rasa bangga la, sebab dia ada sebut pasal blog saya, ish...ish... baik betui ati ko yer amin..... best btui la ko ni (puji ada maksudddd ni...).
eii, saya pun suka gak ngan blog dia tu http://kumprinx.blogspot.com/ sebab blog dia best la, lawak woooo, kadang seram, kekadang lawak lagi...cenggitula..(puji ikhlas).
sambung balik citer tadi lepas saya baca blog dia tu, saya pun sibuk suruh kengkawan opis saya baca apa yg dia taip kat blog dia tu sambil saya kontrol pengembangan idung saya (bangga la).
aniwei la kan tengkiu yer amin, lain kali taip cenggitu lagi yer, buat la cam blog seleksi abad ini ke, kalau minggu tu tujuh ari jer, sikit beno.....ekekeke.
p/s anda digalakkan pegi blog dia, bole la baca pasal blog saya....kui, kui, kui
151610 |
Dipos oleh sofeanny at 13:29
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, February 7, 2006
tERUK BETUI
ari ni apa la punya hampeh......hampeh kelapa btui
ari ni pukui empat pagi saya dah terbangun pagi.
lepas tu kan saya siap2 la nak gi kerja kan, ari ni saya gi kerja naik moto, jadi makcik rempit sekali sekala, driver gi anto mak dia check mata kat apa tah institut tun husin onn (ada ka? btui ka?). dia kan anak mee tali.
saya pun siap2 pakai unipom baru, pakai minyak wangi jadore, pakai kasut dan teus naik moto. saya pun pegi la keje, lagi satu meter nak masuk gate opis saya terasa kepala saya ringan jer, ropa-ropanya saya terlupa sesuatu, saya telupa pakai topi keledar warna merah saya.
alamak punya la gabra, rasa nak buat u turn dan dan tu jugak. tapi tak berani la pulak.
saya pun masuk jer la gate opis, nasib baik saya gi kerja subuh2 sapi'e. kalau idak nescaya ada bapak pulisi yg ternampak saya lalu menahan saya.
itu le, pelupa sangat, tapi ada kebaikannya datang keje awal2 ni walaupun waktu keja start sejam lebih dari waktu sampai, saya dah tercongok memandang nasib diri, cemana nak balik keje nanti... sebab tak de topi keledar.
harap2nya driver cepat la selesai ngantar dan amik mak nya tu, dapat la dia ngantar topi keledar kat saya.
sekian terima kasih.
151566 |
Dipos oleh sofeanny at 8:03
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, February 6, 2006
Bayi pari
Ha! Ha! Ha!, saya mulakan catatan hari ni dengan gelak bongkak, berlagak, sombong, bangga dan semuanya yg mendongak ke langit.
saya amat berbangga sebenarnya sebagai seorang pemancing amatur. saya telah berjaya menaikkan dua ekor ikan pari, walaupun mereka masih bayi lagi, tapi masih spesies ikan pari, nasib baik la pada hari saya memancing semalam tak de omputih yg datang dekat, kalau idak nescaya disuruhnya lepas kembali ke laut, maklum la diorang kan mengamalkan 'catch n release', saya pulak mengamalkan rezeki jgn ditolak, kalau ditolak tentula rugi.

semalam trip pemancingan saya bermula ditepi pantai yg agak indah yg pernah dilanda Tsunami pada suatu ketika dulu. memula jer saya campakkan umpan terus disambar oleh si pari, mudah jer saya menaikkannya sebab masih anak2 lagi, belum fasih melawan pancing.

lepas tu dapat gelama la pulak, peh tu dapat lagi pari, peh tu dapat lagi gelama, kira cam selang bunga la.driver memandang dengan jelesnya terhadap saya, dia masih gagal menaikkan barang seekor pun anak ikan walaupun menggunakan dua batang joran.
akhirnya dapat la juga driver menaikkan sekor anak belukang, kesyian.
kami pun beredar.

peh tu kami pegi pulak ke sungai, mancing lagi sebab umpan ada banyak lagi, sebelum gi mancing saya sempat shopping baju selai dua kat kedai tepi sungai tu.
mancing lagi, saya berjaya menaiikan ikan pertama, ikan duri,driver kata saya ada manyak ong ari ini, saya tersenyum bangga lagi.
e...eh, ramai la pulak penonton kat belakang saya ni, punya la bangga, saya sempat mendendangkan lagu Jac Victor sempena meraikan kegembiraan hati saya.
peh tu dapat ikan lagi, dapat lagi, lagi dan lagi. driver pun dapat jugak ikan, walaupun bermula agak lambat, jumlah tangkapannya sama ngan saya.
hari semalam saya pulang dengan sangat gembira, walaupun cuaca sangat panas tapi saya berasa sangat cool.
151556 |
Dipos oleh sofeanny at 7:52
|
Nak kata apa2? [1]
|