|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, March 31, 2006
ZIRAFAH
mulai ari ni saya nak menaip topik ikut abjad la pulak, mula ngan z, sbb musabab saya buat cenggini adalah kerana saya kekurangan modal penaipan.
zirafah, toto yg saya letak atas tilam saya yg baru beli yg tak tanggal lagi plastiknya tu ada gambo zirafah, ada banyak zirafah, tang tempat lain ada tompok2 zirafah.
saya tak tau ler saya dah cerita ke belum perjalanan saya ke Padang Besar dulu tu kat blog ni, tapi kalau dah cerita pun saya cerita lagi lagi.
toto zirafah tu saya beli kat padang besar perlis la. harganya sama jer macam beli kat kuale. baik tak payah pegi sana.
tapi masa pegi sana dapat ler saya makan rojak ketam, tengok gua kelam dari luar, tengok burung kasawari/unta tepi jalan dan lepak kat jeti kuala perlih tu yg nak gi Langkawi tu. lepak jer la, lain tak de.
masa isi minyak kat kangaq tu, sibuk la tokei kedai minyak tu intrerbiu kitorg kaw kaw, agaknya pelik tingok kami ni tak srupa ngan org perlih nun.
kami balik ari jer gi padang besaq dan beli toto jer kat sana, hebat!
152887 |
Dipos oleh sofeanny at 7:09
|
Nak kata apa2? [4]
Wednesday, March 29, 2006
Cameron ku rindu pada mu
sudah lama sangat saya tak ke Cameron Highland, rasa rindu membuak2 terhadap tanah tinggi yg cantik menawan.
tapi dah lama tak bole ke sana kerana keadaan kereta yg tak mengizinkan.
jadi kerana rasa terlalu rindu saya dan driver telah merancang untuk naik ke CH dgn menaiki motor. memula rancangannya saya naik satu moto n driver naik satu skuter.
tapi saya pikir2 balik, rasa cam tak brani pulak sbb perjalanannya malam peh tu nak kena lalu jalan beso dulu sebelum masuk jalan ke Cameron, lagipun takut ada antu tumpang kat belakang. kat jalan Simpang Pulai -Cameron tu ada harimau kalau korang nak tau, jgn la berani2 nak jalan kaki nak gi Cameron highland tau.
jadi kami memutuskan untuk pegi ngan satu moto jer iaitu moto kapcai honda wave 100 cc saje tau.
kami pun pegi la, naik la bukit ok jer, naik lagi bukit ok jugak, naik lagi bukit cam ada bau semacam jer, cam hangit jer, rasa nya kalau naik lagi mau terberancai moto tu tgh jalan. jadi kami memutuskan untuk berenti jer bawah lampu solar kat pos pulai raya.
rupanya di situ lah berakhirnya perancangan perjalanan kami ke Cameron Highland. masa tu pun dah terasa sejuknya sbb malam agaknya.
turun dari pos pulai raya saya pulak yg memandu moto dan driver duduk belakang, akhirnya kami berjaya sampai ke dataran semula.
perjalanan diakhiri dengan singgah di Pasar Malam Simpang Pulai yg sangat besar, otak lembu pun bole beli kat situ.
nampaknya perjalanan ke tanah tinggi yg ku sanjungi tak tercapai nampaknya, mungkin di lain masa dan ketika.
sehingga bertemu lagi Cameron, aku sentiasa merindui mu!!!!
152842 |
Dipos oleh sofeanny at 8:14
|
Nak kata apa2? [2]
Tuesday, March 28, 2006
Aku derita
Malam tadi adalah malam paling derita dalam era persakitan gigi saya. rasa nak melompat pun ada, rasa nak menampo almari ngan meja pun ader.
sepanjang malam tetido jap bangun lagi, lagi dan lagi, sakit gigi dah tak terasa, sakit kepala rasa nak tercabut la pulak. rasa nak terajang lampu tido dan bakar rumah sewa kejap tu jugak. lepas tu rasa nak gigit arnab cumi n ciki tu hidup2 cam nenek dalam cerita Long KHong tu makan kucing.
makan ubat berkilo-kilo, gosok gigi sampai gusi lelas, sakit jugak, pas tu siap naik moto pukui lima pagi round kawasan tak mau jugak ilang, nasib baik tak de hantu sesat tumpang belakang moto.
pas tu jalan kaki round2 ruang tamu sambil mulut mengerang kesakitan tak mau jugak ilang. rasa nak amik mc tapi mals pulak sbb ari tu dah amiik 2 hari, takkan nak mc lagi, leceh pulak nak menjawab ngan boss.
ada tak sesapa yg baca blog saya ni bomoh gigi? doktor gigi tak mau, nak bomoh jugak, tok dukun pun tak apa, tulung... tulung lah ubati gigi ku ini.
152788 |
Dipos oleh sofeanny at 6:51
|
Nak kata apa2? [2]
Friday, March 24, 2006
Cincin Ajaib
Hari ni saya pakai cicin berbatu ungu tau, ni cincin driver tapi saya pakai sbb saya tak suka tengok dia pakai, org laki2 kalau pakai cicin beso ada batu akek pulak rupa cam bomoh tak sedo diri. (maap yer to' bomo)
org pompuan kalau pakai nampak cantik mnawan.
cerita pasal cincin ni, ari tu la kan, adik saya cerita kat saya kan.
banyak org melayu suka sangat makan kat kedai mamak kan terutamanya org lelaki kan. pada suatu hari kan ada seramai dua tiga org makan roti canai kat satu kedai mamak, peh tu kan diorang rasa roti canai tu rasa cam lain macam jer, ada bau lain sikit.
diorang pun rasa pelik la kan. takkan la mamak tu buat resepi roti canai yg baru kut. untuk pengetahuan pembaca semua, kedai mamak tu memang glamer, hari2 penuh, duaplohpat jam pulak tu.
oleh kerana perasaan ingin tahu yg mendalam, pelanggan yg terlibat telah pegi ke tempat membuat roti canai tersebut.
setelah memerhati dengan teliti, didapati jari tangan mamak pembuat roti canai tu ada memakai cincin dan dekat celah2 logam pengikat batu cincin itu ada bendasing yg mencurigakan berwarna kekuningan yg lain sedikit drp warna doh roti canai itu.
setelah diuji bau bendasing tu dengan hidung, nyatalah benda asing itu adalah bahan kumuh manusia dan manusia itu tentulah mamak yg buat roti canai tu.
jadi berhati2 lah kalau makan kat kedai mamak yg rasa sedapnya lain macam tu yer....!!!!
152715 |
Dipos oleh sofeanny at 14:37
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 22, 2006
Wa Kena Beb!
Siut wa cakap lu! lesap duit gua soploh inggit.
gua malu nak citer la kan sbb gua n lu lu semua blaja tinggi tinggi sampai gayat tapi kena kincing jugak. gua malu nak citer nampak sangat la en ji wo kei.
wa dapat la satu SMS ni kat tepon kedua gua, gua jarang2 guna line ni kecuwali untuk tepon mak gua dan org2 yg guna talian tetap.
wa baca itu sms kata wa dapat bonus 30 inggit kalau gua send sms kat satu nombor ni untuk dapat activation code. masa tu gua tamak kan selalu rugi (maklum la ujung bulan, peh tu org nak bagi rejeki takkan gua nak tulak) pun antar la sms tu kat nombo yg sms tu taip.
tetiba gua dapat balasan daripada syarikat tepon gua tu dan dia kata gua punya rm seploh iggit suda kasi masuk ini satu line lain la dengan nombor yang maleh gua nak posting kat sini kan, tapi gua sudah bagi ini nombor sama pulis la, suruh siasat.
slalu kan, bila gua nak buat transfer credit kat line gua yg nombor satu, dia ada mintak comformation dulu, tak dak la cam line no 2 ni, main terus masuk jer dalam akaun org lain, tah hapa hapa tah.
abis duit prabayar gua seploh inggit tinggal lagi rm5.72 jer, hampeh btui.
peh tu kan ari gua clita la sama rakan2 gua kat pejabat, rupa2 nya ramai yg dah kena cam gua, ingatkan gua jer yg tamak, rupanya ramai lagi!
tapikan gua ada salah juga la, masa gua baca sms tu gua tak teliti, bila gua check smula, banyak btui ejaan kat sms tu yg salah cam 'service' dia kasi eja 'servise'. tapikan bila perasaan tamak menguasai diri tak sedar dah ejaan salah ke idak.
cuma lu semua bayang kan la kan, satu orang dia sudah amik seploh inggit cemana kalau 100 org, seribu org, waa kaya la dia (org yg anto sms tu la), dia bole tepon bangladesh hari2 pun credit prabayar dia tak abis kan.
org cenggini tak leh dibiarkan. elok suruh masuk jel jer. suka sangat tipu org terutama yg tamak haloba!
152650 |
Dipos oleh sofeanny at 12:48
|
Nak kata apa2? [3]
Monday, March 20, 2006
baby baru lagi
kakak saya telah selamat beranak lagi sorang anak berjantina lelaki pada hari khamis yang lalu. tapi tak sempat nak pegi lawat lagi, al maklum lah bizi. sampai ari sabtu pun datang buat keje woo.
saya pun tepon la umah kakak saya untuk mengetahui brita selanjutnya tentang anaknya yg baru itu. tapi yg angkat tepon anaknya yang dah lama lahir.
saya tanya la anaknya tu yg adik baru dia tu Melayu ke Cina, katanya Cina. maklumlah diorang ni kawin campur, mak dia pompuan, bapak dia laki2.
anaknya selang2, no 1 melayu, no 2 Cina, tapi yg lelaki mesti rupa Cina sbb bapak dia rupa Jepun tapi pandai cakap Tamil.
nama belum ada lagi, belum cipta la tu.
tengok la kalau rajin nanti pegi umah diorang, tangkap gamba, letak dalam blog ni.
152588 |
Dipos oleh sofeanny at 7:33
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 15, 2006
Sup ayam lembut bersari
Semalam la kan, tujuan utama pegi isi gas ekon kat kete Jepun yg dah dekat setahun tak guna pasal tak de rod tek. baru semalam amik rod tek baru, itupun nam bulan jer, pasai mahal sangat la, tak de diskaun lak tu.
peh tu isi minyak mahal 30sen tu, peh tu kata driver kena test drive la kete tu, nak tengok performance dia, masih mantap cam dulu ke idak. nampaknya masih mantap, bau dia masih cam dulu jugak, teringat cerita2 lama la pulak bila naik kete tu.
kami pun pegi la destinasi yg jauh sikit sambil mengabihkan minyak yang mahal 30 sen tu, driver kata kat saya jangan risau, kereta buruk yg slalu kami naik tu lagi kuat makan minyak katanya. kete buruk tu pun baru jer amik rod tek 11 Mac yg lalu, dah tak bole jalan sbb breknya bocor la pulak. rasanya kete tu kuat makan minyak brek jer sbbb dah bocor.
peh tu la kan kitorg gi la kat satu kedai sup yg kecik jer, lampu pun malap jer, driver kata dia slalu makan kat situ ngan kengkawan mancing dia. kitorg pun oder la sup ayam ngan bihun sup.
bihun sup dia punya la manyak ayam, peh tu kan ayamnya lembut bersari, tak penah saya makan ayam yg lembut cenggitu tapi tak hancur lak tu. rasa dan dan tu jugak nak tanya ngan tukang masak tu dia masak cemana bole jadi cenggitu.
sup dia punya la banyak barangan dalamnya, menimbun dalam mangkuk tu yu, jenuh makan, tak abis abis, memang la tuan punya kedai ni murah rezeki, tak kedekut lansung cam pekedai lain.
sambil makan2 tu sempat la saya dengar org lelaki kat situ sembang cam tabie diorang la, duk kat kedai sembang berrejam rejam pasal projek juta juta, tanah ratus ratus eka, projek mega giga tapi dalam poket kosong, dalam mulut ada air liur ngan taik gigi jer.
lepas abis makan tiba masa bayar duit, ceh! tang part ni paling best, makan kenyang, puas hati tapi bayar ciput jer, kalau cam iklan kamdar tu kata cenggini la: "MEMANG BERBALOI!"
152463 |
Dipos oleh sofeanny at 7:06
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, March 10, 2006
Mai Wisdom Teeth give me Wisdom.
 gambar tiada kaitan dengan catatan yang ditaip.
hai, hai, hai...sakitnya gigi makcik, sampai ke palaotak rasa sakitnya, ubat dah dekat sekilo saya telan. mau rosak buah pinggang kalau tak cukup minum air ni.
dah beberapa minggu gigi ni sakit, gigi yg paling bongsu rasanya, bukan sakit nak tumbuh, tapi sakit sebab dah rosak tahap kritikal. saya ni dah tua, gigi tu dah lama tumbuh dah.
kalau pegi kelinik mesti kena operate ni, kalau kena operate mesti kena kluar duit banyak2, peh tu kena naik kete, kena kluar duit banyak beli minyak yg dah naik rega. peh tu kalau silap gaya boleh koyak tepi mulut cam kawan saya dulu tu, nanti susah nak makan, nanti rasa tak best. tu la banyak sangat kemungkinan tak best nya kalau operate gigi ni kasi kluar.
lagipun saya tak suka jumpa doktor gigi la, sebab oktor gigi suka tanya masa kita tak boleh nak jawab. bila dia masukkan segala macam benda dalam mulut kita peh tu nak tanya macam2 la pulak, kalau tak jawab takut dia marah peh tu buat keje kasar2 pulak, nanti mulut kita yg merana.
saya ni pun seumur idup tak penah cabut gigi kat klinik gigi. cuma amik iktibar daripada kengkawan dan ambil pengalaman masa cuci gigi zaman belajo dolu2. menyesal tak sudah saya, biarlah gigi berkarat daripada menyeksa gigi, deria rasa sakit, otak dan sebagainya. darah tak berenti kluar dari mulut dekat2 setengah jam. nasib baik tak kering darah kat badan saya ni. tapi tak tau la jadi cenggitu sbb saya buat cuci gigi free kat klinik kerajaan, tak pernah cuba pun kat klinik berbayar.
pagi tadi lepas2 baca blog org lain rasa cam nak buat keje tapi tak boleh nak bagi tumpuan sebab gigi sakit sangat. akhirnya amik keputusan balik rumah, makan ubat dan tido sepueh-puehnya.
pukui dua lebih baru la datang opis buat keje sikit dan selebihnya taip menda ni la.
152393 |
Dipos oleh sofeanny at 14:38
|
Nak kata apa2? [2]
brokoli berbunyi & big foot
pagi buta tadi saya tonton TV2 sambil bersiap nak pegi keje. saya tertengok bahagian animasi sayuran bertujuan mempertahankan makanan organik dari ladang (kalau tak silap saya la, tajk brapa paham pasal animasi dalam bahasa penjajah).
animasi tu rasanya meniru cerita starwars (kalau tak silap jugak la sbb saya tak brapa minat cerita2 stail cenggitu). diakhir animasi tu sayuran tu berkumpul sambil mengucapkan satu slogan rasanya kalau tak silap burbunyi " save the farm!".
peh tu kan akhir sekali ada sejambak brokoli berbunyi menderam ke apa2 la kan cam bunyi binatang yg banyak bulu dalam citer starwars tu kan. kalau tak silap saya cam beruk la ker org utan ker kan.
jadi kan tetiba jer otak saya terpikir tenamg big foot yg heboh diperkatakan ada di JOhor tu kan. rasanya big foot tu species dari binatang yg belakon cerita starwars tu la.
kan dah buat sekual terakhir cerita tu, kira tamat la cerita starwarskan. jadi binatang tu dah abis keje (tak belakon dah, tak de keje), dia pun pegi utan kat johor untuk membina keluarga. kira pelan pencen dia latu, nak idup dikawasan khatulistiwa pulak.
dia maleh nak tonjolkan diri sangat sebab nak low profile jerkan, tu yang org susah nak cari tu.
rasa btui tak?
152388 |
Dipos oleh sofeanny at 9:56
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, March 6, 2006
dah besar
Cumi dan Ciki dah semakin berat bila didukung maknanya dah makin besar la tu, lagi sikit bole buat lauk.
masa beli dulu tokei kedai kata jangan bagi makan sayur nanti diorang mati kalau tak basuh bersih2 sayur tu, tak tahan racun serangga la tu.
tapi kenkadang saya kesian tengok cumi n ciki makan pelet jer, cam ikan pulak, jadi saya bagi dia makan daun tujuh jarum (pokok kanser), sebab pokok tu yg saya ada tanam, kekadang saya bagi makan daun pegaga nyonya yg besar2 tu, sbb yg tu pun saya ada tanam dan bebas dr racun serangga.
dari pemerhatian saya dua eko arnab tu suka sangat makan daun tujuh jarum, sehinggakan setiap kali nampak saya datang kat kandang diorang berebut rebut datang nak amik perhatian saya. kalau dulu menyorok kalau nampak orang cam org nak semelih dia dan dan tu jugak.
rasa2nya kalau lah arnab dua eko ni nanti sampai ajalnya tentulah penyebabnya bukan penyakit kanser mesti penyakit lain sebab diorang dah makan ubat anti kanser kan.
kalau korang tanak kene kanser makan ler daun tujuh jarum tu yer cam anak arnab saya tu.

152309 |
Dipos oleh sofeanny at 6:55
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, March 1, 2006
patah bahu
ari tu la kan, pegi mancing kat Penang kan, masa tengah2 sedap mancing driver tepon la kawannya ajak jumpa la konon kan, peh tu bole la pau nasi kandaq sepinggan dua kan.
peh tu kan tepon tu diangkat oleh seorang cina la tapi kawan driver tu org Melayu. peh tu sayup2kan dengo suara kawan driver cakap...."dry.. (nama manja driver), aku eksiden la, aku teruk ni....(suara org menahan sakit la)" peh tu cina tu sambung balik cakap, dia kata sila datang ke hospital ...****tis..tis...", masa tu driver yg tepon kan jadi dia tu kan telinga tak clear jadi dia tak tau hospital mana, peh tu driver tak tau selok belok Penang tu, lain la saya memang expet sebab dlu sekolah kat Penang, peh tu cikgu homeroom suka bawak jenjalan pulak tu, jadi pandai la jalan2 kat Penang tu.
Jadi terencat sikit la pemancingan kami tu sbb kesian dengo suara kawan dia menahan sakit. kami pun segera pegi cari hospital tu. nasib baik jumpa peh tu pun masuk la carik kat bilik kecemasan, jumpa la cina yg langgar tu, sebenarnya anak dia yg langgar tapi dia kena bertanggungjawab la sebab anaknya bawah umo.
cina tu cakap kat driver, driver ni boss kawannya tu ke, driver dengan tak malunya mengagguk jer. apa la.
cina tu pun cerita punya la hurmat, saya rasa nak tergelak jer. kawan driver masih dibalut lagi.
peh kawan driver pun ditolak kluar, muka dia elok jer tapi nurse lelaki tu kata bahunya terseliuh. tapi tak berapa pasti lagi.
peh tu dengan tak malunya saya dan driver masuk bilik doktor peh tu tengok gambar ex ray kawan driver kat monitor, aiii....tulang bahu dia patah serpih la, jadi tajam, kalau tercucuk daging bole koyak...oooo.
tetiba kan, boss sebenar kawan driver tu datang, cakap2 ngan cina yg langgar kawan driver tu, mesti dia tahu yg driver tu bukan boss kawan dia tu, eiiii saya pulak yg terasa malunya.
lepas boss tu datang driver ngan selamba nyer ajak saya balik sambung balik mancing. agaknya dia malu dalam diam. tu la belagak sangat.
p/s: kawan driver tu polis, jadi driver mengaku jadi ketua balai...
152211 |
Dipos oleh sofeanny at 15:04
|
Nak kata apa2? [0]
|