|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Thursday, April 27, 2006
tayar honda ku pancit
pada suatu hari kan, saya parking honda saya dekat ngan cafe, masa tu saya nak ponteng keje dan nak gi bank sbb nak masukkan sorang ahli baru sistem MLM saya.
masa saya start honda saya tu, boss saya nampak saya, dia siap jerit kat saya: " nampak steady jer", saya pun buat2 la senyum kan, sekadar menghormati orang tueee.
peh tu kan, saya jalan ke depan sikit, apasal honda saya ni goyang semacam jer ni, saya pun tengok tayar depan pancit, alamak cenggana ni, driver dah la tak de, ayah dia koma lagi sekali, dia pun jadi doktor la, duduk kat gh jaga ayahnya tu.
saya pun belasah jer la bawak honda tu balik umah, nasib baik umah dekat dan kalau tak salah saya dekat belakang umah saya tu ada saya kedai yg sangat syesuai ngan masalah saya ni.
saya pun pegi kedai tu, saya nampak tokei kedai tu, kat situ ada banyak basikal, toke tu tanya saya "apasal, pancat ka?" saya jawab balik "ini bole buat ke?", toke kedai kata "bole!".
dia suruh bawak honda masuk dalam kedai dia, dia pun bukak tayar peh tu bukak tiub, dan tercabut muncungnya, rim pun agaknya bengkok skit, hantam sajalah, saya nampak dia check tayar tu dengan teliti, ayah toke tu yg sedari tadi dok perati hulurkan kerusi plastik nak suruh saya duduk la tu.
peh tu saya mintak toke tukarkan tib yg elok skit, kalau bole yg kualiti kete kebal ker, tapi tak de kan, saya amik jer yg paling mahal, maklum la kan dah gaji.
peh tu kan saya mintak toke check sekali semua tayar, mana la tau, ada macam nak pancit ker, tak cukup angin ke, slalunya driver yg buat semua ni, bukannya nak ajar bebetui, kalau idak mesti saya pandai lebih daripada dia, tu yang dia takut tu.
peh dah siap tu, saya pun balik umah jap, peh tu gi bank, peh tu balik lagi umah dah tido.
saya rasa la kan saya tahu siapa yg buat tayar saya pancit tau, kalau tak aci yg tanak bayar utang tu, mesti saya sendiri sbb kan masa saya nak gi keje kan, saya rasa berat semacam jer masa bawak honda saya tu. tapikan dah dasar pompuan kan, belasah jer, selagi bole jalan, jalan terus.
153441 |
Dipos oleh sofeanny at 7:15
|
Nak kata apa2? [4]
Tuesday, April 25, 2006
Maleh nak naip

153391 |
Dipos oleh sofeanny at 11:17
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, April 24, 2006
Iklan jap
ada tak sesapa yang belajo buat2 program (kira belajar sains komputer la) kat mana2 IPT yang cari syarikat untuk menjalani latihan praktikal ker, industri ker atau apa2 istilah yg sama waktu dengannya?
kalau ader sila hubungi saya melalui e mail yang tertera kat kiri weblog saya ni yer.
kalau tak de student, yg mengganggur pun bole la memohon, keutamaan diberi kepada pelajar yg ingin menjalani latihan praktikal @ industri tu yer.
jawatannya berbunyi seperti ini (dalam bahasa omputih la): programmer.
kalau anta e mail taip la sekali program2 yg awak tau buat yer. sekian terima kasih.
ini iklan sebenar bukan memain yer, nak tolong student dapat ilmu disamping dapat elaun sesikit.
153373 |
Dipos oleh sofeanny at 15:08
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 21, 2006
S- SUKAN
hari sukan adalah hari yang sangat2 ditunggu waktu saya sekolah rendah dulu. itu lah hari paling best pada saya pada ketika itu. masa sayatak sekolah pun saya tunggu jugak ari sukan pasal kakak saya selalu masuk sukan acara lumba lari, ooo kakak saya kuat lari woo, selalu menang, masih terbayang dimata saya yg saya dan mak saya duduk kat tepi padang tu tengok kakak saya berlari ngan pantasnya peh tu dapat adiah, dengan itu saya pun berazam nak dapat hadiah cam kakak saya tu. hadiahnya tentulah di masa tu dipangguil 'cup' atau 'medal' la kan.
peh tu bila dah masuk sekolah, masa darjah ttiga, saya sibuk masuk merentas desa walaupun masa tu budak darjah tiga layak masuk sukaneka jer.
jap aa, saya nak gi shopping, balik nanti saya sambung lagi
153325 |
Dipos oleh sofeanny at 11:24
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 17, 2006
T - Tulisan

kesian pulak rasanya kat org yg baca blog ni tak bole baca kan, jadi saya taip la dalam bentuk abjad:
"TULISAN SAYA ADALAH SANGAT 'CANTIK' BERGANTUNG KEPADA PEN DAN KERTAS YANG DIGUNAKAN.
MENURUT PAKAR TERDAPAT 25 CORAK YANG ISTIMEWA BAGI TULISAN SEORANG MANUSIA. TERMASUKLAH CARA SAMBUNGAN BAGI HURUF2 DAN JUGA JARAK ANTARA HURUF2.
SEMASA DI SEKOLAH DULU SAYA SELALU DAPAT KOMEN DARIPADA CIKGU; " SILA BAIKI TULISAN ANDA ".
SAYA DAH CUBA TAPI TAK BERJAYA.
ANDA DIKIRA BERNASIB BAIK SEKIRANYA DAPAT MEMBACA TULISAN SAYA INI DENGAN LANCAR.
153236 |
Dipos oleh sofeanny at 14:57
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, April 12, 2006
U- untung rugi meniaga
ini pasal aci cleaner la jugak dengan kisah melalut dia.
itu hari dia cakap ngan saya dia nak bayar utang, dia pun datang kat opis yg saya selalu datang menumpang, bawak cerita lagi.
dia kata kat saya duit yg dia bawa yg untuk bayar utang dia dah abis, katanya tadi kawannya pinjam seploh inggit dan tak lupa juga pakcik jaga kat bawah jugak pinjam duit dia seploh inggit. abis la bahagian saya, semuanya dah di 'kekah' nya untuk kawan2nya tu, malangnya tak dapat pahala sbb dia bukan muslim.
saya angguk ajer la, malas nak panjang cerita, nanti meleleh taik telinga terpaksa dengar autanya yang sangat panjang lebar, mungkin saya ni dah 'membiarkan' sangat dia dengan auta auta nya.
esoknya laporan dibuat oleh rakan yg duduk kat opis yg saya tumpang, katanya dia nampak aci mengeluarkan duit daripada dompetnya di belakang divider sebelum mengeluarkan autanya kat saya sambil menunjukkan aksi dompetnya yg kosong dan cuma terisi dengan surat gadai (andaian saya saja).
ari ni saya datang opis dengan tujuan mencari aci, tapi tak jumpa. saya pun naik opis tetapi tetiba saya nampak macam kereta boss saya. saya tak begitu pasti itu kereta boss sbb satu, boss baru beli kete baru, sbb dua, staff sini semua kekaya belaka, kereta tak cukup satu, mesti plural. saya ragu2 untuk naik opis, tapi nampaknya pintu utama masih berkunci, jadi saya selamat tanpa kehadiran boss.
misi mencari aci saya tangguh kan dulu, saya baca2 blog dulu sambil main freecell.
153131 |
Dipos oleh sofeanny at 10:51
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 7, 2006
V-Vogue tauge
penjual buku zaman sekarang ni memang melampau. bebaru ni datang la 2 eko penjual buku yg muda remaja la pulak, dua2 cun dan vogue.
tapi la kan, asyik menyibuk jer tau macam pak cik sewel yg jual buku tu jugak.
masa tu la kan, saya baru balik dari shopping, bila saya masuk jer pintu opis, dua2 minah bukan bumiputera ni berlari membontoti bontot saya, aiii bengang btui saya.
saya nampak jer muka diorg, sya terus cakap saya tak berminat, dah la jual buku merepek harga pulak dekat2 seribu ringgit M'sia.
bila saya kata tak berminat, minah dua eko ni naik bengang la. ada ka patut dia tanya saya,"Why don't u like book sooooo much".
saya jawab, saya bukannya tak suka buku, saya tak minat nak beli buku. minah dua eko ni tu tak pueh ati, masih tanak kluar opis sya. terpaksalah saya yg kluar opis saya, saya tinggalkan jer minah dua eko tu.
dah org tanak beli, nak soal2 pulak, menyibuk ajer. sya pun pelik la, cemana diorg ni bole terlepas masuk ke dalam kws opis ni, lain kali kalau diorang ni masuk, saya nak suruh pakcik jaga tangkap antar diorg ni balai polis jer sbb mengganggu ketenteraman awam.
153063 |
Dipos oleh sofeanny at 8:47
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, April 5, 2006
W-wakil setempat sepusat
Minggu ni kira banyak cerita belagak la jer kan. apa nak buat dah rasa nak belagakkan, terpaksalah luahkan, karang menjadi dendam pulak dalam hati.
ini cerita zaman kanak-kanak saya, seperti yang saya telah cerita kat dalam taipan yg dulu2 tu, saya ni belajar ngaji quran kat rumah pak Sarip, rasanya kan la antara murid2nya saya perasan pak sarip paling suka kat saya la.
masa darejah empat, umah saya terbakar, yg ni pun dah citer, tinggal sehelai sepinggang jer. jadi quran saya pun turut terbakar la kan, pak sarip pun hadiahkan saya sebuah al quran, saya ingat lagi warna biru tua, agaknya ada lagi kat umah mak saya. pak sarip siap tulis nama saya kat depan muka surat al quran tu depan2 saya, tulisan jawi pak sarip tu cantik walupun pak sarip tu garang tapi ngan saya tak la, kan saya dah cakap tadi, dia suka kat saya, dia tak suka kat org yg benak ajer. tau ker maksud benak tu???
pada tahun tu ada majlis maulud nabi, pak sarip tetiba jer suruh saya masuh musabaqah, tetiap hari train saya. saya pun berlatih la ngan pak sarip tu sampai lah hari yg ditunggu-tunggu.
bila hari yg ditunggu-tunggu tiba saya pun amik la nombor gliran rasanya pembaca no 2 tapi tak ingat sangat la. tapi yang saya sangat ingat piala utk juara tu besar peh tu juruacara tu ada kata, kalau menang tiga tahun berturut turut, bole simpan piala tu selamanya selagi ada hayat piala tu.
bila sampai giliran saya saya pun baca la surah tu dengan syahdunya (perasan la kan), peh tu pengadil tak bertauliah iaitu mak saya kata, ustad pengadil sebenar tu siap lenggok lenggok kepala bila dengar saya baca, tak tau la btui ke idak, masa tu saya tak nampak pengadil, tah2 mak saya sajer nak nyedapkan ati saya jer. hasilnya saya jadi juara. peerh! punya la bangga.
malam tu jugak mak saya, bawak saya gi kedai gambar dan tangkap gambar dalam studio you, saya malas sebenarnya sebab malu, tapi mak saya kata buat kenang-kenangan. untuk pengetahuan semua, pertandingan tu terbuka hanya untuk bebudak sekolah rendah jer dan mewakili tempat2 mengaji setempat jer.
peh tu masa darjah lima saya juara lagi, darjah nam pun juara lagi. kira dah tiga tahun la saya jadi juara berturut turut, saya pun rasa gembira la sebab bole simpan piala tu selamanya, selalu tu dapat simpan setahun ker, sampai maulidur rasul menjelang kembali.
tapi kan yg sedihnya kan pada sehari sebelum maulidur rasul tu, tetiba datang ajk pertandingan mintak balik piala tu, alasan yg diberi ialah juara musabaqah kali ni bole bawak balik piala tu terus sbb tahun depan pakai piala lain. masalahnya saya tak bole nak join lagi pertandingan tu sebab saya dah sekolah menengah, punya frust. yang dapat saya simpan cuma hadiah sampingan yg berupa tuala warna hijau, duit hadiah dah lama kena belanja.
itu le cerita sedih sebab tak dapat piala.
tapikan sekarang ni kan bebudak yg masa kecik yg menang musabaqah ker kan, dah besar jadi artiskan, jadi penyanyi kan, tapi saya tak de la cenggitu, nyanyi karaoke pun fail. apa lagi nak jadi penyanyi kalau idak bole kalahkan Mawi ngan Jamal abdillah kan, kan kan....
153005 |
Dipos oleh sofeanny at 6:55
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, April 4, 2006
X - X-ray, X-factor, X bole
hari ni tak bole nak menaip bebanyak pasal ari ni bz la, chewah! nak pegi mngenakan org, apa lagi pegi mengodit la. pagi lagi saya dah pegi beli sarapan kat umah utk dibawak ke opis, saya beli kuih ngan bihun ngan lauk kerang dan sedikit kacang (kacang nasik lemak).
pagi tadi kan saya tido kan, peh tu tetiba saya dengar bunyi alarm yg saya selalu dengar, saya ingat ari ni cuti, rupanya tak.
kalau saya abis odit cepat ari ni, saya taip lagi la apa2 yg berkaitan ye.
SAMBUNG SKET!
aicheh menyampah btui lagi ari ni, mengodit tiga individu, memula pompuan muda, semua lengkap, peh tu pompuan tua, lengkap sembang daripada dokumen, asik nak ngelat jer, yg ketiga apek muda=asik nak melawan jer, dokumen tak lengkap, siap kluarkan standard procedure- kira nak lawan tokei la tu, nak tunjuk hebat tapi mmg kenyataannya dia salah tapi tanak mengaku juga, setelah pueh saya cakap baru la nak ngaku, sebenarnya saya maleh nak timbulkan NCR ke apa2 ker, tapi sbb dia asik nak melawan jer, rasa cam nak bagi rekod teruk2 jer kat dia, kira dah melibatkan perasaan la.
kalau dia tak banyak songeh, saya pun maleh jugak nak banyak songeh tapi macam dah mencabar kredibiliti saya la pulak, rasa geram dan menyampah, dah la pangkat rendah jer, walaupun pandai, sapa suruh blaja sekerat jalan kan... kan... kan, lagipun saya ni pandai juga, cerdik lagi tu...ekekekeke.
pening kepala melayan org cenggini, kerja sendiri tak siap tapi nak menyalahkan org lain la pulak. kununnya ilmu kita tak cukup lengkap, kalau kita tak cukup lengkap pun, geng2 kita yg lain tu dah print semua dokumen yg berkaitan siap dengan contoh2 borang berkaitan. kita tak risau lansung la kira.
ini cuma luahan perasaan bagi mehilangkan sikit tensi di minggu kerja keras ni, nak bincang ngan geng syusah skit, tak sama jantina, jadi bincang kat blog cukup la.
cuti nanti nak gi mana yer???!!!
152969 |
Dipos oleh sofeanny at 6:38
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 3, 2006
Y - Yang teruknya dan Menyampahnya
alkisah yang teruknya adalah saya dah terjual 3 gelang dan yang menyampahnya org tu punya la liat nak bayar.
begini kisahnya ya kawan-kawan, pada suatu masa dahulu saya sibuk menjual gelang2 yang dimpot dari seberang laut. saya pun jual la ngan kengkawan opis dengan mode hutang, cash lagi la digalakkan.
sewaktu saya sibuk menjual gelang2 itu sambil mulut pot pet datang la aci cleaner tu menyapu opis sambil sembur wangi2 kat tepon macam la kitorg ni mulut busuk sangat.
tetiba aci tu tak jadi la nak sapu sampah, dia pun join tengok gelang2 tu, takkan la saya nak halang hak asasi dia kan, dia pun tengok penuh minat, peh tu kan dia nak beli la pulak, brat rasa hati saya nak jual kat aci ni tapi di depan semua pelanggan terpaksa la saya jaga kredibiliti saya sebagai seorang penjual gelang yg masyur, saya pun bagi la dia utang beli gelang tu dengan harga pat ploh inggit malaysia sajer. dia tentula pilih warna merah kan.
peh tu tak lama peh tu dia bawak la pulak kengkawan cleaner dia yg lain yg sama kaum ngan dia ada yg lain kaum pun ada, yg pendatang asing pun ada.
peh tu kan aci tu siap bisik ngan saya lagi dia suda mark up itu gelang punya harga jadi lime ploh inggit pulak, saya malas nak pikir2 sya stuju ajer la. akhirnya salah sorang kawan dia tu pun beli lagi dua gelang, utang lagi. kawannya yg lain tak jadi beli sbb tak de warna merah lu..... dah abiss
itu aci suda janji sama saya buan dapat gaji juga saya bayar, saya pun tak banyak cakap kata ok jer la, bila bulan sudah gaji, itu aci pun bikin havoc cari saya, tanya pada suma kawan saya mana itu toke gelang sudah pigi, bingit telinga saya mendengarnya.
itu aci suda cerita sama suma org diapunya dompet (aci tu sebut walllet) sudah ada worang ambil punya, duit suma dalam sudah tak da, suma ic kena buat baru punya, saya manyak susah ati wooo, nanti saya dapat pinjam (advance) punya saya kasi bayar aaa(ini aci yg sebut). saya pun punya dalam ati banyak susah juga sbb lu tak da mau bayar saya punya utang juga. (yg ini saya sebut pulak).
kawan dia tu datang dan bayar saya RM40. tinggal lagi RM60.
peh tu esoknya tu pulak aci datang jumpa saya lagi, itu aa, saya punya sedara aa, dari Johor punya mari suda mati la, tapi mau tanam sini juga (aku pedulik apa, apa kena mengena ngan utang aku), saya banya pakai duit la, manyak susah la (kata aci lagi.). saya pulak kata dalam ati, sah aci ni memag tak nak bayar duit aku ni.
sampai la gaji bulan berikutnya. aci bayar RM20, tinggal lagi RM20. tapi ada lagi cerita yg mengikutnya. saya kan mau crita sama incik la, aaa saya punya laki banya marah sama saya kasi jamin worang beli barang aaa, itu kawan saya aaa, suda birinti kirja (alamak kira lupus la duit aku (kata saya)), saya punya laki manya marah (aku pedulik hapa! aku nak duit aku!).
minggu depan aci datang lagi, bukan saja keewangan saya terganggu dengan pembelian aci ni tapi hidup saya turut terganggu sbb asik kena carik ngan aci dan terpaksa dengar cerita dia tanak bayar utang punya pasal. kali ni aci bagitau pulak kawannya tu dah pindah umah, peh tu bila tepon tak mau angkat.
saya sebenarnya maleh nak peduli lagi dah, saya pun tak suruh aci tu jadi penjamin kawannya tu, tapi dia yg beria sangat nak jamin kawannya konon, kononnnya jujur la tu, utang sendiri pun sussah sangat nak bayar, sibukkan utang org lain pulak. kalau kawannya tu tak bayar saya anggap jer la sbg rugi dlm perniagaan atas sbb negligence.
sampai ari saya masih diganggu oleh aci, selalu org kalau berutang kena ganggu ngan along, pada kes saya dah terbalik la pulak, si penghutang pulak kena ganggu oleh org yg berhutang.
Menyampah btui, duitnya tak dapat jugak.
bebaru ni aci crita lagi sama saya, kali ni laki dia pulak dah berenti keje, saya rasa nak nasiat kan aci tu bunuh diri jer la macam slalu dalam crerita Tamil tu. abis crita!
152947 |
Dipos oleh sofeanny at 7:06
|
Nak kata apa2? [0]
|