org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Tuesday, May 30, 2006

Wednesday, May 24, 2006, Tragedi tujuh labu bawang & lapan biji laici



Semalam, waktu rehat tghari kengkawan ajak saya gi shopping kat satu tempat murah ni, saya pun ikut la. diorang pun membeli belah sesuka ati tapi saya beli tujuh biji bawang ngan lapan biji laici segar saja.

peh tu saya dah tak de mood nak membeli belah dan rasa sangat penat, saya pun bayar bebarang tu dan cari tempat nak duduk sementara menunggu diorang abih shopping.

penat la saya carik tempat, tapi tak jumpa, akhirnmya saya keluar bangunan dan nampak sebuah bus stop yang comel dan nampak baru lagi. kat situ ada beberapa org budak skolah berjantina pompuan tengah tunggu bas.

saya pun pegi la kat sana, nasib baik ada tempat kosong, saya pun duduk la. peh tu saya pun taip sms kat tepon saya yg tak de kemera, yg ada saya tinggalkan kat umah. saya bagi sms kat kawan saya supaya miskol saya bila dia dah abih shopping, bole la bertemu di kereta.

selepas abis taip sms, saya pun tengok skrin hp tu, sambil menunggu jawapan daripada kengkawan saya tu. sesambil tu saya melihat kat tepi bus stop tu ada sorang cewek indon yg cun tengah tunggu bas jugak.

tetiba saya nampak sorang lelaki datang kat dia, saya ingat pak we dia sbb dia cun kan, peh tu kan diorang cam bergaduh, tarik sana tarik sini, saya pun bangun nak tengok ape yg berlaku, kengkununnya saya nak suruh lelaki tu berenti mengkasari wanita tu, tetapi saya ternampak dalam baju kemeja lelaki tu ada sebilah parang yang panjang lagi berkilat (lelaki tu pakai t-shirt dan kemeja kotak2 kat luar).

saya punya la terkejut, rasa nak pengsan nampak parang tu, tak sampai sesaat lepas saya nampak parang tu, lelaki terus menghiris keempat empat jari tangan sebelah kanan gadis tersebut sambil terus belah. cuma ibu jari cewek itu saja yg tak kena hiris.

cewek indon yg dalam posisi terduduk itu terus bangun dan menuju kearah saya dan bebudak sekolah itu sambil berkata," tolong kak!, tolong kak!", sambil memegang keempat kempat jarinya yg hampir putus tu dan mengeluarkan darah yg membuak buak, menitik menitik atas lantai bus stop tu, saya menjadi sangat panik.

salah seorang budak sekolah tu cepat2 mengeluarkan hp dia yg mahal lalu menalipon tah sapa saya pun tak tau, mungkin polis. beberapa org yg lain datang dekat ngan cewek indon tu, yg saya pulak nampak sebuah teksi dan cuba suruh apek teksi tu datang membantu, tapi dia buat dek ajer.

peh tu saya nampak sorang lelaki india dan tunjukkan keadaan cewek indon tu kat dia. lepas tu saya rasa macam btui2 nak pengsan sbb teringatkan betapa tajamnya mata parang tu dan betapa panjangnya parang yg dibawa oleh lelaki itu.

saya pun dengan tetiba berlari ke arah bangunan membeli belah tu dan terus masuk bangunan lalu mencari kawan saya yg dua org yang masih sibuk membeli belah.

bila saya terjumpa jer diorang, terus saya ceritakan pada diorang kejadian yg berlaku, diorang tak percaya, saya pun macam tak percaya jugak. peh tu saya ajak diorang round satukali depan bus stop tempat kejadian untuk mengesahkan kejadian tersebut.

bila kami lalu depan bus stop tu dengan cermin kereta tertutup rapat dan pintu semua berkunci, masih kelihatan tompokan darah yg begitu banyak, nescaya kalau dilihat oleh org yg mabuk darah maka akan pengsan. kawan saya yg sorang lagi tu pulak kata dia rasa lapar bila nampak darah yg banyak sangat tu. agaknya dia keturunan pontianak kut.

lepas tu kami pun balik keopis, saya masih tak dapat melupakan peristiwa itu, sehinggakan malam tadi saya masih terbayang bayang kejadian tersebut.

Saya sendiri pun pernah kena ragut beg tangan, tapi saya tk sangka peragut (agaknyala, mungkin juga dia nak menculik cewek tu, saya tak pasti) sekarang berani bawak parang panjang (yg macam dalam cerita kongsi gelap cina tu) tengah hari buta merompak org, menakutkan sungguh.

macamana la agaknya kalau saya datang dekat diorang kalau saya tak nampak parang tu, agaknya dah aruah pun, tak dapat menaip ari ni.

sila rujuk laman web ini

Thursday, May 18, 2006

Arnabku lari



Sekarang ni cumi n ciki dah pandeai bukak sangkarnya sendiri. bila pepagi saya nak kasi makan, tengok dedua eko dah tak de.

bila saya isi makanan dalam sangakr, yg si cumi cepat2 databg tapi ciki tah kemana, rupa rupanya pegi rumah cina belakang.

apek tu cuba nak tangkap tapi susah sbb ciki ni penakut tak mesra, jadi susah nak nangkapnya.

pagi tadi dia masuk balik kawasan umah saya, saya cuba tangkap tapi tak dapat jugak, nyorok belakang mesin basuh la, menyusahkan btui.

peh tu dia gi balik umah apek tu, degil btui.

rasanya si ciki ni elok buat sate jer, baru padan muka, tak menyusahkan org.

Wednesday, May 17, 2006

Doktor Pakar

sekarang ni driver lagi jadi doktor pakar pulak.

bebaru ni mak dia pulak la dah masuk hospital sekarang ni dua-dua mak abah dia dah masuk hospital.

dia pun kena la jadi doktor.

Monday, May 15, 2006

LUFTHANSA

pagi tu bila bukak tingkap jer nampak beberapa ekor ayam tengah makan gandum. tetiba nampak sekor ayam yang tak berapa biasa tengok, cantik, besar cam ayam turki.

saya pun segera keluar nak pegi tengok dekat2 ngan ayam tu, saya pun tengok dekat2, burung rupanya. bukan burung tempatan. burung luar negeri. jinak betui, tapi macam ada sesuatu yg tak berapa btui ngan burung tu.

tetiba saya dengar adik saya cakap, "jaga2 tah2 ada selsema burung"

saya pun panic, masa tu saya tengah pegang2 burung tu, dan tetiba jer saya rasa cam hidung saya tersumbat cam org selsema.

ah! sudah! tak pasal2 saya kena selsema burung, semasa saya perhatikan kepak burung tu saya ternampak satu perkataan tertaip kat kepak dia. iaitu "LUFTHANSA"

sah saya dapat selsema burung dari German. peh tu saya pikir2 balik napa cam kelako jer burung ni yer.

peh tu saya terbangun dari tido, rupanya mengigau. memang masa tu memang idung saya tersumbat, terpaksa cari VIC's Vapor rub.

pelik btui saya, napa termimpi pasal Lufthansa ni yer, agaknya nak kena gi kursus kat Jerman kut.

btui ker Lufthansa tu kapal terbang yang bole gi Jerman? saya pun ta tau

Saturday, May 13, 2006

tebalik

aiseh, semalam kan hujan lebatkan, rasa boring pulak, bila hujan hampir berenti, saya rasa cam nak gi pasar malam.

siap2 la kan, peh tu kan ngan konpiden gi pasar malam, jalan dengan penuh bangga lagi.

peh tu kan rasa cam nak betulkan bajukan, tetiba terperasan yang saya pakai baju terbalik, aiii.. malunya, rasqa nak nyorok, nasib baik pasar malam, tak de la terang sangat.

saya pun cepat2 jalan balik kat moto dan balik umah, malunya.

ari ni masa nak gi opis sekali lagi terpakai baju terbalik, nasib baik tersedar.

org kata kalau pakai baju terbalik, nak dapat rezeki, idak pun bole tanya nombor eko.

driver pulak cerita malam tadi dia mimpi nombor eko, dia siap nampak nombor tu. tapi tak beli la kan.

tak tau la apa alamatnya.

Wednesday, May 10, 2006

Akhirnya tiba juga

setelah lama menunggu dan menahan siksa mendengar ocehan seorang aci penyapu sampah dan pencuci jamban, akhirnya penderitaan saya berakhir juga pada hari Isnin yg mulia lalu.

pada petang hari Isnin itu seperti biasa, saya ponteng keje semata mata untuk mendapat pujian daripada boss saya. tetiba saya mendapat msg daripada kawan sekerja saya yg lawa tu mengatakan yang aci bayar duit saya.

saya macam tak percaya, saya balas smsnya dan menyuruhnya simpan dulu duit tu, untuk saya lihat besok ari supaya saya tau saya tak bermimpi.

aci telah membayar RM30 sedangkan utangnya cuma RM20 , lagi seploh tu untuk kawannya yg dijamin tu la. utang kawanya tu ada lagi RM30, tak bayar pun tak per aci. saya tak eran, biar tak de duit daripada mendengar ocehan mu yg berbisa itu.

mulai hari ini, kalau saya berniaga lagi, saya berjanji tak kan jual lagi barang kepada aci aci yg sewaktu dengannya dengan mode utang. kalau cash bebila pun bole.

sepatutnya saya buat kenduri bagi meraikan kejayaan ini tapi saya ada sikit kurang duit la, jadi saya buat2 lupa jer la pasal kenduri tu.

Tuesday, May 9, 2006

Shilaker!

Menjadi seorang panel penilai bukanlah menjadi hobi saya, tapi kalau dah kena jadi, saya jadi la kan. kalau ada org nak ganti saya lagi la suka yg teramat amat, tapi biar la org tu syesyuai sikit.

proses penilaian sepatutnya bermula jam sebelas pagi tapi atas beberapa sebab bermula agak lewat. yang ini saya tak berapa marah.

saya telah datang awal sebab saya tak mau tergesa gesa. saya terpaksa minta org lain selesaikan tugas saya dan terpaksa pulak nyaris2 bergaduh ngan org lain sebabkan saya perlu selesaikan tugas saya tu, nasib baik la boss lama saya tu sanggup beralah ngan saya, jadi selesai satu masalah setelah penat berpeluh naik turun tangga nak selesaikannya.

menunggu adalah salah satu daripada perkara yg saya paling tak suka dan saya pun selalunya akan pastikan org tak menunggu saya, selagi saya mampu la.

semalam proses penilaian tersebut bermula agak lambat hampir satu jam lewat. saya teruskan jugak, kalau ikut ati baik tido kat rumah jer sambil menilai kualiti tido tersebut, samada nyenyak, kurang nyenyak atau lansung tak nyenyak.

keempat2 ahli panel termasuk saya nampaknya tak nak lagi memanjang manjangkan masa jadi proses penilaian nampaknya berjalan lancar sehinggalah saat2 akhir. saya pun nak siapkan dokumen nilaian ttersebut.

tetiba masuk sorang yang paling saya benci, staff tempat keje saya juga, dia sibuk bertanya soalan2 mengarut dan tak berkaitan, dah la tak berkelayakan dalam bidang kejuruteraan tapi buat2 pandai pulak. kalau soalan yg dikemukakan soalan yg membina tak pe la jugak, soalannya semuanya soalan nak 'mengenakan' org.

masa tu jam dah menunjukkan angka dua, dah jauh lari daripada apa yg dijadualkan, sehingga mengganggu masa rehat tengahari.

darah saya dah mendidih dan nyaris2 mengeluarkan wap.

kalau ikutkan hati mau saya pelangkung staff lelaki tu, dah la badan tahap katik, perangai melampau lampau. disebabkan saya sorang jer ahli panel dari kalangan wanita, saya luipakan jer hasrat saya tu.

ketua panel pun tak melampau cam dia. akhirnya saya bagi jer dokumen yg dah siap tu kat ketua panel dan blah begitu saja dari mejlis penilaian tu sbb ketua panel pun tak eran.

setelah mendapat respon daripada staff2 lain, mereka pun nampaknya menyampah ngan perangai staff lelaki katik tu. tak sedar diri memanjang. kira koma la tu. dan layak dipanggil sebagai cam nama tajuk catatan ni.

Friday, May 5, 2006

Upgrade dari Driver ke Doktor

Sekarang ni driver dah dapat jawatan baru, on-call 24 jam kat Hospital Besar Kuala Lumpur, jadi doktor wa cakap lu!

doploh pat jam dia duduk hospital sampai mengabaikan jawatan lamanya.

rasanya ayahnya akan bangun daripada koma kali ketiga dalam masa dua tahun ni.

Tahniah buat driver alias doktor!

tapi hurup D kat depan tu mentein.

Wednesday, May 3, 2006

Terima kasih yang Pertama

Pada hari Jumaat yg lepaih, pertama tama kalinya boss saya ucapkan terima kasih kat saya. saya perlu catatkan peristiwa ni sebab boss saya kedekut terima kasih dan TUT TUT.

kejadian tersebut berlaku akibat saya tak siapkan keje yg disuruhnya dah beberapa lama, seperti cerita2 saya yg terdahulu boss saya ni mmg lain sikit, dia suka kat org yg ponteng keje dan yg malas. malangnya saya ni orgnya rajin.

dia menyuruh saya siapkan 3 dokumen untuk pelanggan, saya cuma siapkan satu jer sbb ramai pelanggan hanya mahu dokumen yg satu tu, yg lagi dua saya buat tak tau.

tetiba pada hari bersejarah tu, datang sorang pelanggan yg mintak salah satu daripada dokumen yg saya tak siapkan tu, boss pun tepon saya, katanya ada pelanggan yg nak dokumen tu dalam kadar segera, mak aih tergubra saya sekejab.

saya pun naik opis dan jumpa ngan pelanggan tu dan bincang sikit dan suruh dia tunggu satu jam, nasib baik dia sanggup.

saya pun berhempas pulas dan berjaya siapkan dokumen tu tepat2 sejam dan bagi la dokumen tu kat pelanggan.

lepas tu saya bagitau boss, boss sengih kat saya dan cakap "TERIMA KASIH YER SOFE.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer