|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, June 30, 2006
Semalam saya makan tosei
Ha! ha! saya dah tak de apa nak cerita, tapi nak cerita jugak, sbbnya saya bosan tak de kerja, tak boleh nak print dokumen sbb printer tak bole on, peh tu org yg dtg nak amik dokumen pun tak nampak muka.
dah lama saya teringin nak makan tosei, itupun lepas saya tengok rancangan Malaysia Food Discovery yg tah bila tah, ada cerita pasal tosei cemacam, tosei telur la, tosei masala la, dan bila tengok saya teringin la pulak.
semalam hasrat saya tercapai setelah saya parking moto depan kedai nasi ayam peh tu saya menyebrang jalan paling besar kat bandaraya saya ni peh tu gi ke kedai mamak ni.
tak ramai org tapi masa tu saya sensorang jadi saya segan nak makan kat situ, jadi saya pun oder bungkus la, nak oder satu nampak macam tak logik, jadi saya oder la dua. sementara menunggu tosei tu siap sempat lagi salah seorang mamak pekerja tu ngorat saya, aii tak sangka dah tua bangka pun laku lagi.... ekekeke perasan.
peh dah siap tosei, saya pun menyebrang balik jalan, naik moto dan balik umah peh tu makan tosei, seksa nak ngabihkan dua tosei pada setengah hari, yg mamak tu pulak bagi kuahnya punya la banyak, bole buat kenduri, idakpun bukak lagi satu kedai mamak.
itu la cerita saya makan tosei, anda pulak makan apa semalam?
154816 |
Dipos oleh sofeanny at 8:04
|
Nak kata apa2? [3]
Thursday, June 29, 2006
Kenapa jariku digigit arnab
mmungkin, yer saya kata mungkin.
sebab semalam saya ingin berlewat bangun tido, tapi arnab saya sibuk menelentang dan menelangkupkan mangkuk air dan makanannya lalu mewujudkan bunyi bising yg mengganggu tido saya yg slalunya tak nyenyak.
saya berasa sangat bengang lalu bangun lalu keluar dari pintu lalu pegi ke kandang arnab lalu menendang kandangnya dengan ganas (tendang kandang jer, bukannya arnab). arnab2 tu pun diam.
malangnya kalau dah terbangun, saya tak bole tido dah. terpaksa la saya bangun dan gi opis. (setelah bagi makan dan minum arnab, masa tu la dia gigit saya)
saya nak beritahu, jari saya tak berdarah pun tapi sakit la sbb gigi arnab tu kuat, dawai yg saya ikat kat sangkar dia pun dia boleh putuskan. jadi saya tak payah jumpa doktor la.
arnab tu memang rasanya nak kena buat sate, dah semakin melampau perangainya macam meminta minta untuk dibuat sate jer.
jaga la kao.

ini bukan gambar arnab
154798 |
Dipos oleh sofeanny at 10:28
|
Nak kata apa2? [2]
Wednesday, June 28, 2006
Hari ni jari ku digigit arnab
tu la nak bagitau, itu aje.
154770 |
Dipos oleh sofeanny at 7:16
|
Nak kata apa2? [1]
Monday, June 26, 2006
Cik Ja
Semalam, sepertinya rutin bulanan saya kena la balik umah mak abah saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak mee tali.
adik saya ahli politik tu tetiap minggu balik umah mak abah saya, adik lelaki saya memang duduk ngan mak abah saya, adik saya mak si kerinting pulak balik bebila dia rasa boring kat mak mentua dia. kakak saya balik bila laki dia ajak balik.
jadi masa saya balik semalam, yg ada adik saya yg lelaki ngan si ahli politik tu jer la. si lelaki asik lesap berjumpa ngan geng2 dan yg si politik asik pegi meeting peh tu tido tak hengat donia. sungguh boring, peh tu mak saya ada ternak pat eko lagi anak kucing yg matanya semua sakit, mengacau jer bila saya nak tido terpaksa pegang penyapu lidi doplohpatjam untuk mengelakkan serangan memerap mereka.
lepas ahli politik bangun kami pun menuju ke kampung halaman laki mak si kerinting sbb mak saya suruh amik si kerinting ngan adik dan maknya sekali sbb bebabru ni masa mak saya tepon si kerinting, dia nangis, tak tau la sbb apa, sbb mengada ngada ker atau rindu kat opah dia ker atau saja mmg gatai.
ini la petama kali saya gi umah diorang, amboi jauhnya ke pendalaman, kalau memandu mau kejang kaki, nasib baik la ahli politik yg memandu, saya relek jer sambil isap rokok, eh silap, saya tak isap rokok, menyedut udara kampung yg permai.(ekon sebenanya)
tapi disepanjang perjalanan saya banyak berjumpa tali air, parit dan air2 yang mempunyai riak2 ikan dipermukaannya membuatkan saya sangat teruja dan berazam akan membawa pancing lain kali bila saya gi amik diorang lagi.
bila sampai depan umah bapak si kerinting, ada satu parit yang ikannya asik melompat-lompat jer peh tu siap timbul ke permukaan untuk mengambil udara, rasanya mau saya patah balik ke mana2 kedai pancing untuk membeli joran yg baru waktu itu juga agar saya bole memancing, malangnya kampung tu jauh sangat dari bandar mau malam kut baru sampai balik untuk memancing. (saja tambah2 skit)
kalaulah itu kampung saya, kan best, maka hari2 saya akan duduk ditepi parit itu seperti org yg asik melihat ikan2 kat aquaria.
peh tu setelah mengambil kerinting , adik dan mak dia, kami pun menuju ke pizza hut untuk beli pizza sbb mak saya suka makan pizza.
si kerinting tak saba menunggu pizza masak dan asik mengulang sebut,"mak, nak cik ja, nak cik ja, nak cik ja"
cik ja yang di maksudkannya ialah pizza, itulah tajuk cerita saya pada hari ini iaitu CIK JA.
154734 |
Dipos oleh sofeanny at 8:42
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, June 21, 2006
Konvoi CH
bebaru ni belakang driver tumbuh bisul peh tu siap bentan dan demam lagi. peh tu kan tetiba dia kata jum gi Cameron Highland naik moto.
pagi tu adik lelaki saya baru jer tepon kata nak datang umah saya, tapi penat saya tunggu tapi tak sampai2 jugak.
saya pun siap dan naik moto lalu menuju ke CH, sampai kat stesen minyak Shell kami berenti jap untuk isi minyak dan saya amik kesempatan gi toilet. tetiba adik saya tepon kata dia dah sampai, tepon tu driver yg angkat sbb saya kat toilet, tetiba jer driver ajak adik saya sekali sertai kami gi CH. adik saya pula lansung tidak menolak pelawaan itu (skema)
saya dan driver pun duduk kat tembok kat Shell tu sambil makan epal Red delicious.
adik saya pun sampai, kami teruskan perjalanan.
lagi 100 meter nak sampai ke simpang yg nak ke CH tu tetiba helmet merah saya tercabut, tercampak tengah jalan, adik saya yg ikut dr belakang nasib baik tak tergolek, peh tu ada satu kereta suda langgar saya punya helmet, habis la saya kata. saya pun pejam mata takut terjadi eksiden kat org yg langgar helmet saya. nasib baik tak de apa2.
adik saya pun turun dari moto dia dan kutip helmet saya yg dah terdampar kat tengah jalan. peh tu perjalanan diteruskan lagi.
kami pun naik la bukit ke cameron, hui sengal2 bontot ngan kaki saya, cuaca pulak mendung semacam jer, kaki saya kebas kesejukan (nasib baik tak kena frost bite) sbb pakai sandal Lee Cooper ajer, driver ngan adik saya pakai kasut.
sampai kat satu bukit tu kabus punya la tebal, jarak penglihatan tak sampai 3 meter. beberapa kali saya suruh driver berenti tapi dia buat tak tau jer, sepanjang perjalanan saya jumpa beberapa buah air terjun yg cantik rasa cam nak mandi tapi takut beku.
kami berenti kejap kat atas bukit sambil makan kacang pistachio dan amik gamba sesikit. peh tu teruskan lagi perjalanan. akhirnya sampai kat Brinchang. rasanya inilah pengalaman paling sejuk sejak saya ke CH, dipengaruhi hujan kut.
kami pun terus ke medan selera di Brinchang dan oder makanan, ada sup tulang, bakso, mee kari, nasi ayam, telur dadar, nasi putih, nasi ayam, habis semua kami makan. masa makan tu sempat saya lihat pasangan omputih yg datang makan dan diorang pun pakai baju sejuk lagi tebal dari kitorg, maknanya memang sejuk la cuaca masa tu.
lepas abis makan, kami pun isi minyak lagi sekali dan mulakan perjalanan pulang. hari mendung jer, dah nak malam pulak tu.
teruskan jugak la, kali ni saya pulak bawak moto tu, beberapa kali makan jalan, peh tu tukar ke driver balik.
sampai signbod sempadan negeri Pahang tetiba hujan turun lebat, basah kuyup, sejuk tak hengat punya ditambah ngan angin yg beku tu, driver siap menggigil bawak moto, saya marahkan dia, tapi dia buat dek jer.
kami sampai kat satu Janakuasa diesel yg ada tulih DANGER, tapi kami berenti jugak sbb kat situ ada bumbung skit, peh tu janakuasa tu ada panas sikit la, sempat la kami mengeringkan baju yg basah sambil menghilangkan sedikit kesejukan, nasib baik jaga kat situ tak datang.
tak lama peh tu hujan berenti, kami pun teruskan perjalanan balik ke rumah, akhirnya sampai jugak,ngan basah kuyup.
driver sampai ari ni tak bangun sbb demam ngan bisul dia semakin bentan, adik saya dah balik umah mak dia (mak saya la tu.)
saya pulak pagi ni gi kerja naik moto, tetiba tengah jalan box moto saya jatuh la pulak, eii geram btui, tak cukup helmet, box la pulak, ini semua kerja adik saya la ni, semalam dia pakai moto ni peh tu tak pasang box dia baik2 dan jatuh la pulak, buat memalukan den ajer!
 gambar adik saya yg gagah perkasa
154633 |
Dipos oleh sofeanny at 7:21
|
Nak kata apa2? [0]
Sunday, June 18, 2006
Cina kawin
hari ni ada jiran saya ada buat kenduri kawin. jiran saya berbangsa cina.
malam tadi punya la bising, biasa la kan org kawin, kalau tak bising kang ingat org mati pulak.dia bising saya lagi bising, saya naikkan suara TV supaya dapat mengatasi kebisingan diorang, tapi nasib baik la tak bising sangat cam cina depan rumah yg buat majlis minggu lepas tu, tak tido sehari semalam. yang jiran saya ni majlisnya reda sebelum tengah malam.
pagi ni terpaksa la saya merempat ke opis sebab malas nak layan bunyi bising2 lagi, ingat nak menjahit tapi rasa cam baik gi opis jer.
tapi ada la pulak satu masalah, saya dah tertinggal satu henpon kat umah, yg ada kredit lak tu, yg kat saya ni dah tak de kredit, leceh btui, nak balik rumah rasa cam malas jer, cemana yer.
tepon opis ni kedekut sangat, nak tepon kluar pun tak leh, operator pun cuti sbb ari ni ari ahad. nak turun bawah nanti penat kena naik balik, tapi ini la rasanya jalan terbaik.
terpaksa la menapak ke bawah yg sayup. tak de lif pulak tu.
154556 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, June 16, 2006
abis lagi!
bebaru ni kerinting sekeluarga datang ke rumah saya. saya memang seorang yang menghargai tetamu, jadi saya pun melayan la tetamu tu walaupun adik beradik sendiri.
jadi saya pun banyak kali la ponteng kerja, peh tu saya bawak si kerinting tu naik skuter jejalan gi taman permainan.
tak cukup satu taman, kami berdua gi la ke taman2 lain yg berkaitan. sesambil tu saya sibuk menangkap gamba si kerinting yang dah nak serupa cam muka Dr. elli (yg nak bina kompleks percuma untuk MAKNA tu).
dah abih main kat taman, kami pun gi pulak kat kedai runcit untuk beli cekelat, peh tu kan skuter tu macam tak brapa senang nak start, cam ade masalah.
tapi saya redah jugak, tetiba terberhenti kat depan umah org.
saya pun terasa cam minyak abih jer, tengok tangki mmg yer pun. jarak dari tempat kejadian ke rumah saya tak brapa jauh tapi kalau nak tolak skuter ngan ada si kerinting sekali akan menjadi satu masalah.
terpaksa la saya panggil driver untuk bawak minyak ke tempat kejadian. punya la lama menunggu.
si kerinting yg memulanya nampak ceria dah mula bergenang air mata dan dah sebut2 nama mak dia, saya cakap ke dia, "sabo yer kita tunggu minyak datang", nasib baik la budak tu paham bahasa walaupun umo tak cukup tige tahun lagi.
akhirnya sampai jugak driver ngan minyak yang ditunggu tunggu. saya pun balik umah ngan selamatnya, moralnya jangan bawak kenderaan yg anda tak pasti kondisinya.
154511 |
Dipos oleh sofeanny at 9:05
|
Nak kata apa2? [3]
Tuesday, June 13, 2006
tido terganggu
malam tadi tido terganggu, asik terjaga jer, banyak kali pulak tu, peh tu asik teringat macam2 benda.
bebaru ni pun pelik jugak, tak leh tido jugak. rupa2nya esok tu nak dapat malu dan musibah, hai amaran dah dibagi tapi asik lupa jer.
dari dulu lagi cenggitu la, kalau nak kena apa2 mesti jadi serba tak kena, jantung berdegup pantas, peh tu tak leh tido.
ari ni tak tau ler apa pulak nak jadik, mintak2 dijauhkan dari musibah.
pasal musibah ari tu tu, rasa nak berenti keje jer.(berenti buat keje jer, bukan letak jawatan yer!)
saya memang dah lama hangat jer ngan boss yg sekor ni, tau mencari salah org jer. kalau dah jumpa kesalahan, kita ni dihina cukup2 sampai rasa macam kita ni ada kat tapak kaki dia jer. macam masa tu dia tengah tenyeh kita cam biasa org tenyeh puntung rokok tu kan.
masa saya berjawab ngan dia tu telupa pulak saya nak cakap ngan dia, agaknya dia tu perasan cam malaikat kut, tak penah buat salah. saya ni kan menusia biasa, salah silap tu dah kira macam wajib dalam kehidupan menusia.
kalau ikut ati yg marah ni, cemacam rasanya bole buat ke dia, tapi pikirkan negara ni masih ada undang2, sya biarkan ajer la. biar tuhan jer balas ke dia, mesti dia pun ada buat salahkan bukannya dia tu sempurna sangat, saya tau mesti nanti dia akan ada buat salah jugak.
peh tu ada pulak sorang lagi boss tu, ada hati mempertikaikan keprofesionallan saya. dia sendiri pun tak prosfesional lansung, saya ingat sangat, dia pegi meeting bawak badan jer, apa pun tak sedia, peh tu ada pulak org menyokong dia dan kata dia tu dah de-motivated tapi kalau pikir2 balik, masa amik gaji tak de-motivated la pulak.
kalau yang dah baca tu dan rasa buang karan jer baca catatan saya ari ni saya mintak mahap jer la, sekali sekala meluah perasaan yg sangat geram, kalau sesiapa yg dah tau pasal menda ni dan kenai pulak ngan org yg saya maksudkan buat tak tau jer la. dan mana la tau tuan punya badan yang baca kan, sedo la diri tu sikit, engko tu pun bukannya sempurna sangat bebila masa jer nasib ko buleh berubah, tak sentiasanya ada kat atas jer.
154447 |
Dipos oleh sofeanny at 7:22
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, June 12, 2006
Aerul Iszuan Haikal

Ini anak sedara terkini ahli keluarga yg terbaru, anak kakak sulung saya.
muka si aeroplane ni agak masam sikit untuk menunjukkan yg dia tu macho dan bersifat lelaki sejati.
mata maintain sepet warisan turun temurun.
disebabkan nama samarannya aeroplane, harap2 nanti dah besar aerul iszuan haikal boleh jkadi seorang pilot.
154430 |
Dipos oleh sofeanny at 6:52
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, June 8, 2006
Nak cerita malu...tapi mahu..angan2 ku
bebaru ni driver buat muka susah hati sewaktu memandu, saya pun tanya la apa masalah dia.
dia kata dia ada satu kemuskilan sekarang ni. saya pun tanya la dia apa kemuskilan dia tu.
dia kata bebaru ni semasa dia menjaga abahnya kat sepital, tetiba ada sorang sedara mara dia datang cari dia. kepoh satu sepital mencari driver.
rupanya sedaranya tu nak bagi setengah juta kat driver tapi dengan syarat mesti berkongsi ngan adikberadik driver la. nak jadi cerita driver ada adik sorang jer, jadi kalau btui la sedara dia tu bagi duit tu, maka jadilah driver seorang suku jutawan.
driver masih konpius samada sedaranya tu btui ker atau sesaja buat cerita, driver pun tanya pendapat saya. saya sendiri pun tak percaya, kenapalah sedara nya tu baik ati sangat, dah nak mati kut, tapi sihat lagi.
walaupun begitu saya juga sibuk berangan angan nak mintak driver bayarkan utang2 saya. itu yang buat saya dah lama tak menaip kat blog ni, sebab asik berangan siang malam.
154344 |
Dipos oleh sofeanny at 11:22
|
Nak kata apa2? [0]
teringin nak menaip
ada banyak menda nak cerita tapi tak de mood, tengok la bila matahari tinggi sikit mungkin ada mood nak menaip, tunggu yer...!
154334 |
Dipos oleh sofeanny at 7:34
|
Nak kata apa2? [0]
|