|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Tuesday, December 11, 2007
Kereta saya yang lagi baru BARU Baru
Ini kereta kedua saya yang baru

ini kereta pertama saya yang lama

Buat kengkawan kat opis yer, kete baru tu saya tak bawak gi opis tahun ni, buat gi pasar jer.
tahun depan baru nak bawak gi opis,saje la kan, kasi can dia rehat skit.
bagi yang teringin nak numpang gi breakfast tu, pastikan slimkan badan dulu yer, takut penggunaan minyak meningkat pulak. menurut kajian kejuruteraaan, setiap pertambahan 50 kg (bukan Newton yer) jisim dalam kenderaan maka akan meningkatlah penggunaan bahan apinya pada satu kadar yang saya sendiri dah lupa sbb dah lama sgt grad dah kan.
saya sengaja beli kete jenis ni demi menyahut panggilan naik minyak tahun depan, jadi kita kene bersedia lebih awal, beli le kereta yang jimat minyaknya yer, supaya kita akan kekal senantiasa kaya lagi bergaya.
harap kawan2 bersabo menunggu tahun depan yer!
160566 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [1]
Monday, December 10, 2007
Colmar Tropicale

Hujan sepanjang jalan, itu le yang bole saya katakan sepanjang penggambaran di Bukit Tinggi ni.
Asisten saya pulak sakit gigi mengalahkan org nak beranak. driver la tu, sakit gigi manjang pasal isap rokok gudang garam yang banyak gula tu.

tak bole nak mintak tolong lansung, asik pegang pipi jer, katanya giginya tiga batang dah bergoyang, driver kata sebab selama lima ari dia pegi Terengganu minggu lepas, dia tak dapat lansung isap rokok gudeng garem sebab kat sana tak de jual, cam tak pecaya jer rasanya.

Japanese tea House tak gi pasal masa tu ujan lebat sangat, Rabbit farm pun tengok dari jauh jer sebab semua rabbitnya menggeletar, lagipun setakat nak nengok rabbit kat umah pun ada.
160558 |
Dipos oleh sofeanny at 7:18
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, December 7, 2007
Segan

Masa saya skolah kat luar negeri dulu saya slalu rasa pelik bila rakan sekelas cakap dia 'segan' nak buat kerja skolah. apa la punya pelik org kat sini, buat keje skolah pun malu, pelik2! (kata hati saya). rupa-rupanya segan cakap diorang tu maksudnya malas.
tapi hari ni saya nak cerita pasal nostalgia malu-segan saya masa dedulu.
lama sangat dah tak bernostalgia, sejak2 rajin beli buku 'Cerita Saya Lim Goh Tong', 'Gandhi' dan yang terbaru ni 'setitis embun, semarak api' shahnon ahmad ni meluap luap perasaan nak menaip balik.
saya teringat 2 kejadian.
satu. masa tu baru balik dari umah mak abah saya nak gi kampus balik, kampus saya di pendalaman. ada satu bas lompat2 dan dua tiga bas ekspress. tambang lompat murah, tambang ekspress mahal dan leceh nak berenti tengah jalan dan satu lagi alternatif lain naik teksi yang mahal giler tambangnya.
satu ari tu tiba lewat kat stesen bas, bas lompat2 tu dah mula nak berjalan, tak sempat kejar, siap tepuk2 lagi belakang bas sambil jerit2 cam pompuan sewel, tapi dreba bas buat tak tau jer, kurang asam.
bas belah cam tu ajer, bengang btui, menyumpah2 dalam ati, tapi yang tak syoknya dari jauh saya nampak budak ensem yang saya minat lambai2 tangan kat saya.
CHis, kalau aku tau, aku kejar bas ni sampai drebar dia perasan. api malu pun ada sebab dan menjerit2 pun bas tanak berenti. akhirnya terbang melayang duit dekat tiga ploh engget naik teksi.
Dua, pada satu bulan safar, pegi dating ngan org kaya Selangor naik memula komuter sampai KL Sentral peh tu kene naik LRT lagi (ada ker org kaya ajak awek dating naik komuter ngan LRT, BMW simpan kat umah, merepek!)
dating ngan org kaya kene maintain ayu, org kaya jalan dulu kluar gate nak gi naik LRT, saya belakang sebab maintain ayu, masukkan tiket kat lubang tiket, gate tak mau bukak jugak, apahal ni, kecoh, pak cik jaga datang dekat la pulak, lagi kecoh, malu beb. org kaya pandang2, bukan nak tolong.
rupa-rupanya makcik silap masukkan tiket komuter kat dalam lubang tiket LRT, malu beb, tak ayu dah lepaih tu.
160543 |
Dipos oleh sofeanny at 13:50
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, December 3, 2007
Kerapu Bagan Hailam
semalam saya gi Bagan Hailam dan pegi memancing kat kolam bayar. Dapat sekor ikan kerapu dengan berat kira-kira 3.5 kg.
Lagi dua ekor terlepas, satu ikan siakap, satu lagi ikan jenahak.


160525 |
Dipos oleh sofeanny at 7:46
|
Nak kata apa2? [0]
|