|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, April 27, 2007
Diterjah Along (loan shark)
Driver kata jum minum kat kedai kawan dia yang baru jer bukak kat satu bangunan eksklusif yang baru dibina, katanya lagi kedai kawan dia ni bukan konsep org Melayu walaupun dia Melayu.
tapi bila sampai dan order serupa jer macam kedai org melayu yang lain kecuali tak de kucing (lagi).
malam tu hanya saya ngan driver jer pelanggan, bila tanya mana tokeynya, kulinya pun tak tau.
driver duduk sila panggung, teh tarik manis cam madu dan jus tembikai bersari macam air gula, rasa2nya 2 kali lagi minum kat kedai ni bole kena kencing manih.
tetiba datang sorang bangsa cina bermuka masam, badan agak gempal.
saya terkejut, alamak bila pulak aku ada pinjam along ni, idak pun driver pinjam duit kat along ni.
tetiba cina tu kata," Alo toke, mau itu straw ka, polistrine ka lain2 ka?"
Aiseh, cina jual straw rupanya, saya ingatkan along, driver kata tanak lagipun dia buka toke, saya tanya driver, muka kawannya tu ada cam rupa dia ke? driver kata tak de la, tak srupa lansung, tak tau le cemana cina tu bole silap kenal toke.
driver kata dia kenal cina tu, masa kat kedai kawannya yang lain la pulak, katanya lagi cina tu suka makan pedas lebih pedas daripada yg org mlayu suka makan.
itu jer crita saya, sekian. Setakat ni saya tak de pinjam duit kat mana2 along atau angah ker alang ker, asu ker.
159124 |
Dipos oleh sofeanny at 7:30
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 16, 2007
Maafkan saya, saya terpaksa berlagak
saya terpaksa cerita sbb saya tak tahan akan aura kebelagakan saya ini, saya takut ia menjadi dendam dalam hidup saya pulak. sekali lagi maafkan saya terutamanya kawan2 seopis dan juga mantan2 kawan seopis dan kawan2 sepengajian dulu.
bebaru ni saya dapat surat terima kasih dan penghargaan daripada boss yang susah sangat nak bagi terima kasih tapi kalau salah kita amboi2 tak pernah lupa, seperti satu paparan yang sengaja saya mintak kawan saya tampal kat opis.
When i do good, my boss never remembers when i do wrong, he never forgets
saya dan ajk saya telah berjaya la buat satu tugas ni, saya dapat pujian daripada pihak luar dulu baru saya dapat email daripada boss tu, saya ingatkan tak de boss tu nak pujinya atau org luar tu saje puji2 utk amik ati saya.
dalam hal yang BERJAYA tu saya jadi ketua, tapi kebetulan AJK bawah saya tu semua rerajin dan tak mengulo jadi kerja pun berjalan ngan lancar la. Tahniahlah untuk mereka, sebab mereka yg penat2 buat kerja saya yang dapat nama. Terima Kasih sekali lagi.
p/s: jangan risau la! saya lagi dah lama anto email ucap terima kasih kat AJK saya, cakap secara lisan pun dah dekat lapan kali, saya takut diorang jelak jer ngan saya, harap kita bole bekerja sama di lain kali.
159039 |
Dipos oleh sofeanny at 13:30
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, April 13, 2007
Saya pulak jatuh
Disebabkan berdosa mengatawakan budak kecik yang tak berdosa akhirnya saya di beri balasan. tak lama.
lepas adik jatuh dalam parit, adik mandi kat umah dia dan ikut saya ke rumah saya pulak. dalam perjalanan kami nampak ada sekor anjing mati, mukanya openyek kena langgar lari.adik asik tanya kenapa anjing tu kena langgar kat mak dia, dia tanya lagi mana kete jahat yg langgar anjing tu, sepanjang perjalanan yang jauh tu dia asik membebel dalam bahasa dia pasal anjing yang eksiden dan malang itu.
sampai di rumah saya, saya pun rasa teringin sangat nak minum nescafe ais, saya pun panaskan air dalam microwave nak bagi nescafe larut peh tu saya ke dapur basah saya yg memang basah untuk amik ais kat peti ais.
saya pakai terompah peh tu saya jatuh terduduk kat lantai berdebuk. tapi air nescafe saya tumpah separuh jer. sempat la saya merasa minum nescafe ais separuh mug.
sampai ari ni sengal kat bontot masih terasa, semalam semasa jadi VIP (perasan sikit) satu majlis lagi la terasa sengalnya sebab kena duduk penuh protokol selama hampir 3 jam.
159002 |
Dipos oleh sofeanny at 6:38
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, April 9, 2007
Adik jatuh parit
Bebaru ni saya, driver, kerinting, mak kerinting ngan adik kerinting pegi memancing kat parit dekat2 rumah diorang, hajat dihati nak mancing ikan puyu ngan ikan haruan.
kami pun mancing la, ikan asik melompat tapi tak makan pun, jadi mak kerinting pun bengang, dia pun pegang batang pancing, saya dan kerinting panjat tembok batu sambil duduk bersidai di bawah pokok kelapa bali.
adik pakai baju cantik ngan sluar jeans, di pun nak panjat tembok batu tapi umur dia tak sampai dua tahun pun lagi.
dia pun cuba panjat tapi tergolek jatuh masuk parit, mak dia kelam kabut tapi tangan masih pegang pancing, adik dapat diselamatkan kerana parit cetek jer, tapi baju ngan sluar adik abis basah, saya ngan kerinting cuma tergelak dari atas tembok.
adik naik kereta balik umah dia pakai pampers cap gajah jer, dia nangis sikit jer. mungkin sebab terkejut.
 ni gambo adik masa dia senyum
158969 |
Dipos oleh sofeanny at 6:26
|
Nak kata apa2? [0]
|