org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Friday, May 25, 2007

Melawat Monyet di Venice

bebaru ni waktu tak brapa ada duit, saya telah pegi ke Venice of malaya di Lumut. Taman bakau yang telah lama dibaikpulih tu dah baik pun. Cantik.

saya sampai di sana pada pukui lapan malam. lampu kat tempat bakau tu pun bukak, sekali lagi cantik.

ada manyak munyet yang duduk atas pokok bakau menunggu mata lelap. satu keluarga duduk kat satu pokok. bila saya sampai ramai monyet yang terjaga dari tido.

ada sekor tu siap turun pokok, dia pegi kat pintu gerbang peh tu dia tunjuk ekonya kat saya, rupa2nya ekonya luka, nasib baik la lukanya dah kering, kesian dia.

peh tu dia makan serangga yg hinggap kat lampu, driver tanya saya, adakah monyet makan serangga, saya cakap kutu tu kan kerabat serangga walaupun mungkin lain spesies, jadi sah la monyet makan serangga.

tetiba ada sorang budak mat rempit (sebab cam budak sekolah jer), datang dekat ngan monyet tu, saya ingat dia nak mendera monyet tu, rupa2nya dia bawak sebijik cekelat Hacks itam.

memula monyet tu malu2 tanak amik, tapi akhirnya dia amik bukak plastik pembalut dan terus makan cekelat itu.

pada pemerhatian saya, budak mat rempit itu sudah biasa memberi sesuatu kepada monyet yg eko luka tu. tapi monyet tu malu2 sbb saya dan driver memandang-mandang dia, maklumlah, kan tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yg menerima. jangan tak tau monyet pun tau pasal kata2 hikmat tu.

Thursday, May 17, 2007

Saya nak kamera



Nak kamera tentulah kena ada duit, kalau duit tak de kita bole pinjam tapi kalau kita dah ade manyak utang jangan la pinjam lagi, bonus RM30K yang telah dijanjikan sepatutnya bulan 5 tetiba kata bulan lapan tah2 bulan semilan kut, kedekut betui.

kamera cikai saya dulu dah rosak tak leh amik gambo lagi, terpaksa la saya melukih, tapi dah hilang keseniannya sbb terlalu lama ditinggalkan.

sekarang ni iklan kamera banyak btui kat Tv, membuatkan saya makin terseksa.

Tuesday, May 15, 2007

CIKGU TINGKATAN LIMA

Sekali lagi saya terjumpa Miss Loh yang sama nama ngan Mrs. Loh masa saya darjah dua tapi kali ni miss so belum kawin lagi, muka diorang hampir2 sama, agaknya anak Mrs. Loh kot.
cikgu ini ajo Bahasa Inggeris jugak mcam Mrs. Loh. Garang tak bertempat, dan bila saya mintak tuko ke kelas yg grednya lebih rendah sikit (kelas ditentukan mengikut gred kepandaian ko berbahasa Inggeris, dinilai melalui ujian), Miss Loh kata saya ni anti sosial,(buduh punya cikgu), saya bukannya apa, dalam kelas tu semua cakap omputih macam makan nasik, sampai ada yg tak tau cakap Melayu so tak sesuai dengan jiwa saya (sya tak pandai cakap omputih).
lagi satu si Loh ni buleh kata yg dia tak sempat bersuami lagi pasal sibuk mengajo kitorg (dia buat statement tu dengan muka yg tensen). Merapu btui, rasanya dia tu yg anti sosial.
Satu lagi cikgu yg baik ati ialah cikgu Jaapa, cikgu ni ada misai melenting tapi baik ati. dia ajo fizik. dia kata sayalah pelajar harapan untuk subjek fizik tapi sebenonya saya haram tak pandai subjek tu, tak tau la dia nilai dari segi apa.
Cikgu Sudin ajo kimia, dia suka mengata saya, hari2 ada jer yg tak kena ngan saya, dia suruh saya pakai cermin mata, tapi memperli saya jangan pulak beli cermin mata sekenhen, mulut cikgu sudin sangat jahat, agaknya sebab otak dia dah tercemar dengan wasap kimia, kerja dia duduk kat makmal kimia jer, itu ler sebab subjek kimia ialah subjek yg paling saya tak suka.(paling tak pandai sebenonya)
Cikgu wati ialah bini cikgu Jaapa, dia pun ajo fizik jugak, pada suatu ari dia carik saya, saya tak pegi prep tapi menyorok dalam stor, akhirnya saya terpaksa jumpa cikgu Wati dalam stor, malu ahhh! rupa2nya dia nak suruh saya jadi ejen jualan lansung dia, jual ubat gigi ngan minyak wangi.

Friday, May 11, 2007

cIKGU TINGKATAN eMPAT

Cikgu tu namanya Cikgu Fatimah, berhati bussuk, suka merendah2 kan semangat para pelajar. Dia ajo Add maths, dia slalu kata kalau tak reti sila balik kampung, dia jugak warden yang sangat garang, dia jumpa kawan saya dalam almari masa tak pegi prep, saya pulak selamat pasal duduk dalam stor.

sorang lagi ialah seorang cikgu bujang yang suruh anak muridnya panggil dia dengan nama Mama, kengkununnya penyayang, tapi garang nak mampus peh tu siap amik rantai saya, pukui baru tau.

Sorang lagi ialah cikgu Azrai, seorang yang hensem dan bergaya tapi kuat membebel, mengajo Bahasa Melayu, dan selalu juga menjadikan saya contoh dalam ayat2 yang dibinanya.
contohnya: Pagi tadi Sofe tidak mandi sewaktu hendak ke kelas.
Memang btui la apa yg dia kata tu, sepanjang era pembelajaran saya itulah kali pertama dan terakhir saya ke kelas dengan tidak mandi kerana terlewat bangun. saya tak sangka dia perasan, nampaknya dia amik berat pasal saya.
cikgu ni mempunyai ramai sungguh peminat, waktu dia nak bertukar sekolah ramai sungguh awek pelajar yang bagi dia hadiah tapi bukan saya la.

Satu lagi ialah cikgu Ali, dia ajo Bio, dia kata dlu sepatunya dia jadi doktor tapi akhirnya cuma dapat jadi cikgu Biologi, kesian dia, mesti fail waktu blajo kat U dlu.
Tapi dia baik ati dan penah bagi saya 100% markah Biologi, saya pun suka subjek Biologi kerana ak payah baca, jawab dengan berfikir sahaja.

Thursday, May 10, 2007

Eh! Saya pun pergi ke Pesta Buku tau! PWTC

Masa pegi tu saya ada jumpa Ungku Aziz, ahli kumpulan Raihan, katunis Pandan, Fadzilah Kamsah, Rosmah isteri Najib tapi tak jumpa pun ngan mana2 kengkawan lama saya, agaknya diorang semua ni malas baca buku, aii entah la apa nak jadi.

Ada kawan saya tu sibuk nak tangkap gambo ngan Fadzilah Kamsah, tah apa yang bestnya pun saya tak tau, lain la stuasinya kalau tangkap gambo ngan mahathir ke, Lee kwan yu ker, goh Tong ke...

masa saya pegi tu saya ada beli satu jer buku, itupun buku terjemahan daripada ITNM bertajuk "Kejuruteraan Plastik", saya bagi kat driver sbb dia nak blajo dgn lebih mendalam, maklum la cita2 dia nak bukak kilang kitar semula. harga buku tu RM5 jer...ekekekeke.

lenlain saya beli majalah la, majalah Rasa dan lenlain majalah yg saya rasa nak terbeli, peh tu balik dan makan sate kajang lagi sekali.

beli bungkus, sebelum balik cek dlu cukup tak bilangan satenya, saya jugak paksa kawan saya chek bilangan satenya, jangan tertipu cam saya.

Cikgu Tingkatan Tiga

Namanya cikgu Katijah, ajo perdagangan, amboi gelang dia banyak betui, tak masuk lagi rantai ngan subang, semuanya berat2. kalau gadai gerenti kaya.

Satu lagi cikgu Mei Ling, sebab dia la saya pandai matematik dan bole amik engineering, dia sangat pandai mengajo walaupun agak garang, orgnya pun muda lagi, lawa dan penuh semangat bila mengajo, Terima Kasih yer cikgu.

Cikgu Lim ni dah tua, dia ngajo bahasa Inggeris, ada org kata dia ni sewel sikit lepas kemalangan. dia suka bercakap bebanyak dalam bahasa Inggeris dan kemudian tanya kat kita: "right or wrong girl/boy?" kita mesti ingat walau banyak mana dia membebel, jawapannya ialah 'right'.
selalunya saya tak sempat jawap pun apa yg dia tanya sbb bila cikgu Lim masuk pintu depan kelas, maka saya pulak dengan serta merta keluar ikut pintu belakang kelas. lepas itu dituruti pula oleh dua tiga org geng saya, lalu kami pun berjalan ke kantin sambil berborak-borak.

Sewaktu cikgu Katijah klua gi kursus, ada sorang cikgu baru ganti mengajo kelas saya. Namanya cikgu farhan, cikgu ni itam sikit, waktu dia mengajo, saya melukis katun, dia ternampak, dia ajak saya gi ikut dia ke pejabat majalah Gila-gila, perli saya la tu.
Cikgu ni pandai ngambil hati memuridnya, bujang lagi pulak tu, saya sempat la terminat ngan dia sikit, tapi frust sebab dia minat kat org lain.

Cikgu Tingkatan Dua

Namanya cikgu Sarimah, orgnya agak gempal dan tinggi, bujang lagi. Bersungguh-sungguh bila mengajo. Satu hari tu dia pegi kursus lama dekat2 sebulan, bila dia balik, dia lupa kat nama2 anak murid dia, dia kata dia ingat kat nama sorang jer budak dalam kelas tu, dia kata: "Ala... yang nama cam omputih tu". ekekekekeke...saya la tu, nama jer cam omputih tapi tak pandai cakap omputih pun dan tak de rupa org putih pun, rupa cam org itam.

Cikgu bahasa Inggeris namanya cikgu Dakyah Komunis (ni saya yg bagi nama), sungguh garang lagi bergaya, dia ke kelas pakai baju stail gaun malam yg kita slalu tengok kat pertunjukan fesyen tu. dia tarik telinga kawan saya sebab tak tau cakap bahasa inggeris sampai kawan saya menangis, kesian kawan saya, saya cuma gelak2 dari jauh.

Cikgu tingkatan satu

Cikgu tingkatan satu saya namanya Farouk, dia jugak cikgu warden aspura. cikgu farouk ajo bahasa Melayu.
Pada satu hari masa cikgu Farouk mengajo Bahasa Melayu, dia tetiba jer suruh saya bersyair, saya cakap kat cikgu Farouk yang saya tak pandai bersyair, saya bukan nak ngelat tapi cikgu farouk tak pecaya, dia paksa juga saya bersyair kat depan kelas, kat depan semua rakan2 seperjuangan, saya sangatlah bengang dan malu, dia paksa juga, saya mula bersyair, bunyinya sungguh teruk, akhirnya cikgu Farouk suruh saya berenti bersyair sambil dia tergelak-gelak, aihhh...bengang btui saya.
Cikgu farouk ni akhirnya kawin ngan cikgu warden aspuri, mesti diorang jatuh chinta waktu meeting aspura-aspuri ni, brapa org anak dah cikgu?

Tuesday, May 8, 2007

Cikgu Darjah Enam

Cikgu darjah Enam saya sangat nakal, dia selalu kata dia hensem cam hero hindustan walaupun dah tua, lepas tu mengaku nama bapak mentua dia sama ngan nama atuk saya.
Cikgu Aman ni ajo Matematik, dia suka paksa murid2 jawab sifir, saya tak hafal sifir, walaupun saya jawab btui cikgu aman amik pembaris dan pukui tapak tangan saya, saya sungguh tak puas hati.
hari2 saya bergaduh ngan cikgu aman, hari2 juga cikgu aman paksa saya jadi org terakhir keluar dari kelas dan paksa saya tutup semua tingkap cermin.
cikgu aman suruh kami sekelas duduk berpasang-pasangan, tapi saya pulak kena duduk berpasang ngan dia, meja saya mesti melekat ngan meja dia.
hari terakhir dia di sekolah saya sebelum dia jadi guru beso kat satu sekolah kampung tu, dia paksa kami semua mintak mahap dan salam sambil cium tangan dia, menyampah saya.

Cikgu darjah Lima

saya tak brapa ingat la cikgu masa darjah lima saya, tak tau la napa.

Tapi saya ingat sorang la saya panggil dia cikgu Datin seri jer lah sebab laki dia datuk seri.
orgnya lawa, putih melepak. layak la pun jadi datin.

Lagi satu ialah cikgu komputer saya berbangsa cina, nama cikgu tu cikgu David, bulu idung cikgu David sangat panjang, bila dia mengajo bulu idungnya terkeluar membuat tumpuan pelajaran jadi terganggu.
Bila mengajo 'Basic' ke, 'Logo' ke dia suka kaitkan apa yang dia ajo ngan Nasik Lemak la, kalau senang, kalau cemacam dia kata cam rojak.
Dia suka juga berlagak, dia kata dia bole drive sambil pejam mata dari rumah dia ke sekolah. saya terbayang muka dia pejam mata, sambil bulu hidungnya bergerak2 sewaktu dia memandu kereta Hondanya ke sekolah kami. rumah dia agak jauh daripada sekolah saya, selang dua bandar.

Cikgu Darjah Empat

Masa darjah Empat Cikgu arip yang ada penyakit epilepsy ada mengajo saya, dia dlu ada mengajo kakak saya masa kakak saya darjah enam.
cikgu arip ni tersangatlah garangnya, dia penah tampar Ketua Darjah sampai terpelanting budak tu, nasib baik saya sebagai penolong tak kena tampo sekali.
cikgu Arip juga suka cerita pasal Tsunami walaupun masa tu Tsunami tak glamer lagi. Saya ingatklan Tsunami hanya berlaku kat Jepun jer sebab namanya Tsunami tu bahasa Jepun. Tak sangka berlaku jugak kat Malaysia.

Satu lagi cikgu yang saya paling ingat ialah cikgu halim, dia ni buat praktikal kat sekolah saya, dia tak ensem tapi baik ati, suka amik berat pasal saya, sampai datang ke rumah saya dan berbaik-baik ngan mak bapak saya, dia datang rumah saya naik beskal racing. akhirnya dia jadi abang angkat saya, tapi sekarang dah teputus hubungan. Apa khabo cikgu Halim, dah jadi pengetua ke?

Cikgu darjah tiga

Terpaksa la tuko2 nama cikgu ni sebab cikgu saya ramai lagi yg idup, nanti diorang terbaca pulak.

Cikgu Basiron berketurunan Jawa, mengajo Muzik, Lukisan dan lenlain, lagu sekolah saya pun dia yang cipta dan saya rasa lagu sekolah saya ler yang paling sedap.
Cikgu Basiron jugak jaga koperasi sekolah, bila saya gi beli buku ngan mak saya, dia asik puji saya, dia kata inilah murid dia yang paling pandai, bila jumpa kat pasar pun dia cakap cenggitu bukan setakat kat mak saya tapi ngan penjual ikan ngan sayur pun dia cakap cenggitu, mak saya pun kembang la idung bangga, tapi saya malu2 ayam kluk kluk.
Cikgu basiron jugak la yg ajo saya dan rakan2 main angklung, sampai kitorg bole buat persembahan depan sultan dan muka saya ada masuk dalam TV1 dalam siaran 'Peristiwa Hari Ini'. bangga you.
Bila cikgu basiron mengajo lukisan dia suka bagi tajuk bebas, lepas lukisan dah siap dia tanya saya nak markah apa,saya kata nak 'A+" dia pun bagi.
Masa ajo Matematik dia bagi saya markah 100%. Terima Kasih Cikgu Basiron.

Lagi satu cikgu ialah Mr. Lau, dia ajo Bahasa Inggeris, dia ni suka mempeberetkan saya juga, waktu mengajo dia suruh bebudak lain baca buku, lepas tu dia panggil saya ke depan dan duduk bersembang ngan dia kat meja dia. Cikgu Lau sekejap jer jadi cikgu saya, lepas tu saya dengar dia berenti jadi cikgu dan jadi pengedar buku, agaknya dia tak minat jadi cikgu, minat bersembang jer kut.

Monday, May 7, 2007

Cikgu darjah Dua

Masa darjah dua saya pindah sekolah baru daripada batu sebelum tu sekolah papan yang umonya seratus tahun.

Cikgu yangsaya ingat ialah cikgu Shaari, orgnya dah tua, dan slow sikit tapi dia baik ati suka bagi adiah kat murid2nya, saya teringin nak jadi cikgu masa darjah dua disebabkan oleh cikgu Shaari.

Cikgu yang kedua ialah Mrs. Loh, tau surname dia ajer nama dia yang seterusnya saya tak tau, tapi dia ada sorang anak lelaki yang sangat jahat sebaya ngan saya. penah kitorg tanak kawan dan main ngan sbb takut tersentuh nanti kena samak. Mrs. Loh ajo Bahasa Inggeris, sbb saya minat belajo subjek tu, dia pun selalu beri perhatian kat saya. Mrs. Loh ni selalu suruh saya lipat lengan baju putih saya, masa tu saya pakai baju putih ngan skirt putih. Bila wazir sekolah datang, dia selalu suruh saya buat demo kat depan kelaspeh tu hari2 suruh saya tulis kat papan hitam, nama hari, tarikh dan kalau ada ejaan suruh saya tulih correction, maklumlah saya ni kan pandai berbanding budak2 terencat akal.

cikgu yang lain masa darjah dua tak ingat la.

Cikgu darjah Satu

Mase darjah satu saya tak sabo2 nak gi sekolah sebab masa tu kakak saya darjah enam. lagipun saya dah cuti lama sangat sbb masuk tadika tige ari jer.

memula masuk skolah cikgu yang saya kenai ialah cikgu Noenon yang agak garang dan pada masa tu boleh dikategorikan sbg jahat (penilaian oleh budak darjah satu). cikgu Noenon ni mengkelaskan bebudak darjah satu ikut kesukaan dia aja, mana yg rupa cam pandai dan lelawa sikit masuk kelas dia, yang tak lawa cam saya masuk kelas satu lagi.

Yang saya ingat lagi, cikgu Noenon ni suka marah kitorg (saya dan rakan sekelas) bila kitorg main zero-point. dia kata nanti patah kaki la, peha la, tangan la dan lenlain lagi. tapi tak patah pun, jenuh dah kitorg main, sampai tambah jengkal2 lagi, elok jer, jadi bole dibuat kesimpulan yang cikgu Noenon ini juga suka menipu, mintak mahap yer cikgu Noenon.

cikgu yang paling baik masa saya darjah satu ialah cikgu Arip, ada dua org cikgu arip, satu cikgu Arip yang ajo kakak saya masa darjah enam dan yang ajo saya ialah cikgu Arip bakal penolong kanan.

cikgu Arip suka memuji saya sebagai murid yang sangat pandai kerana kat kelas saya ada budak yang terencat akal. cikgu arip juga penah mendukung saya di hadapan kelas dan memuji saya pandai sangat, saya sangat terkejut dan bangga juga sedikit. Terima kasih cikgu Arip.

masa darjah satu juga saya ada seorang cikgu yang bernama Norhayati, org nya berkulit putih kuning pakai spek dan sangat cantik, malangnya baru dua tiga ayat dia mengajo dia pun mula menangis teresak-esak dihadapan kelas, saya rasa cikgu ni ada masalah depression kut, idak pun kena tipu ngan pak we dia. bole katakan tetiap ari dia menangis dalam kelas, jadi saya tak ingat pun saya belajo apa ngan cikgu ni.

Tiga org cikgu ni jer la yang saya ingat masa saya darjah satu.

Bulan Lima

Sempena bulan lima ni saya nak cerita pasal cikgu2 yang penah mengajo saya dulu sampai saya berjaya cenggini. Terima Kasih cikgu, tapi cikgu dapat gaji lagi kan dan ada yang dapat pencen kan. kenkadang bila jenjalan kat memana tu ada juga la saya terjumpa cikgu lama saya, tapi diorang tak kenal saya dah, kecuali la saya sebut nama saya, gerenti diorang kenal.

Memula saya nak cerita cikgu saya masa saya tadika la, masa tu umo saya lima tahun, cikgunya nama cikgu Jenab cam nama mak saya Zainab, garang pun macam mak saya jugak.

Saya masuk tadika selama tiga hari jer, saya rasa semuanya kerana cikgu Jenab ni la, garang sangat, kejadian paling ngeri yang boleh saya ingat ialah bila cikgu Jenab pukul sorang budak India ngan kayu yang saya nampak ada paku kat hujungnya (tak tahu la saya terlebih berkhayal atau itu kenyataan) bila budak tu tak reti nyanyi lagu negaraku, mana la budak india umo nam tahun tau nyanyi lagu negaraku, kalau suruh nyanyi lagu 'Surangani' ke tahu le dia agaknya.

Tak tau la saya nak cakap Terima Kasih ker atau tidak kat cikgu Jenab ni, lagi pun yang saya ingat dia sempat ajo saya nombor sifar jer, peh tu saya terus tanak gi tadika dah.

Takut dan ngeri wooo!





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer