|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, July 27, 2007
Kene pegi kursus la pulak
Akan keluar bandar Ahad ini untuk menghadiri kursus, tak sudah2 dengan ISO!
Adakah hidup saya berkualiti?

159767 |
Dipos oleh sofeanny at 6:22
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, July 23, 2007
terlanggaq kambin
 ini bukan gambar kambin
semalam saya dan driver pergi ke Jalan GUla (jalan menuju ke kuala Gule). dengan tujuan untuk memancing.
ada kawan driver kata kat sana tu syurga memancing puyu. katanya ada org mancing situ dapat 70 eko ikan puyu dengan sekali sesi memancing sajer. katanya lagi kawasannya ialah dekat Markas Pas depan sekolah Muzafar katanya.
kitorg pun pegi la situ. malu ahh nak mancing kat situ, depan umah org, peh tu depan sekolah plak tu, walaupun ari ahad ramai la pulak org gi sekolah tu, ingatkan sekolah tu kat negeri Kedah tapi bukan la.
saya paksa driver drive kete jauh lagi la sikit sampai kawasan kelapa sawit tu pun banyak gak parit yang ada ikan.
drive punya drive, ujan turun dengan sangat lebatnya, langit mendung hitam, biasa la cam tu kalau kat Tepen.
drive punya drive nampak la satu kuil Hindu kat tepi jalan, sambil tu dalam ati saya terpikir... mesti ada banyak eksiden berlaku kat sini, tak sampai sesaat lepas tu dua eko kambing melintas dengan terburu buru seperti dikejo biawak, apalagi driver sudah hantam satu eko daripadanya dalam ujan lebat tu. kambing tu pun menggelungsur atas jalan raya terus masuk parit, peh tu dia (kambin) bangun dan lari ke arah kuil.
driver risau kete bercalar. kami pun terus kan perjalanan.
driver pun drive lagi, lagi dan lagi sampai la lalu jambatan beso Kuala Kurau peh tu sampai ke Tanjung Piandang, jumpa satu parit yang ada ikan melompat-lompat, tak sabo rasanya nak mancin.
tetiba ada satu lelaki tua naik moto lalu dekat simpang tu, driver yang telebih peramah pun tego org tu, " alo toke sini ada ikan ka?" sambil tunjuk kat parit tu.
driver sebenonya dah silap beso, pakcik tu org Melayu, keh keh keh driver sudah malu. pak cik tu pun balik umah dia.
saya pun mancin, letak jer terus dapat ikan, pak cik yg tadi tu datang balik kat kitorg, driver yg sudah malu, buat2 tanya kat pakcik tu,"ini ikan apa pak cik, boleh makan ke?"
pak cik tu jawab,"org sini kata ikan Temakung", bole makan apa"
pertama kali saya dengo nama ikan tu, ikan ni rupa cam ikan duri tu la, tapi warnanya gelap sikit tak macam yg slalu dapat kat Sg Sarawak ngan Teluk Intan tu warnanya cerah sikit, badannya iras2 ikan patin.
saya pun pancing lagi, letak jer makan, letak jer makan (pakai umpan cacing), peh tu ujan pun turun dengan lebatnya, kitorg pun patah balik gi ke Jalan Gula balik.
mancing kat tepi jalan kat kebun kelapa Bali, ada manyak ikan, ikan puyu, ikan temakung, ikan keli, peh tu ujan datang balik.
kami mancin pakai payung, semua org pandang2 sebab ada org pelik mancing tengah ujan lebat peh tu pakai payung golf, nasib baik tak kene petir dan terbang macam Marry Poppin kena tiup angin ribut.
159748 |
Dipos oleh sofeanny at 9:08
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, July 19, 2007
Pagi ni saya marah
 Marahnya saya.
Petang smalam dah la ada meeting ampai kui nam, ada pulak keje yang org tolak sorong kat kita sedangkan dah sah2 keje dia.
bengang.
rasa nak tempelen.
Semua macam nak lepas tangan jer. lepas tu ada ati nak tuduh kita ni iras2 penipu, amboi2, sedangkan bukti ada di depan mata.
dah tengok kertas, tepon lagi pulak org lain, sedangkan org tu pun dah ngaku siap2.
korang kalau baca memang tak paham, saya jer yang paham.
sakit ati.
Pagi ni memang saya marah!
159716 |
Dipos oleh sofeanny at 8:05
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, July 16, 2007
DARAH
Darah Jika anda bermimpi diatas ranjang darah, bertanda kurang baik, sedangkan melihat ada darah mengalir, bertanda akan makan enak
kekata kat atas ni saya amik dari perimbon dot com.
saya la tu yang mimpi nengok darah berkaitan dengan bukan yang pertama rasanya, yang kedua lebih tepat.
malam saya mimpi darah, esoknya saya pun balik umah mak abah saya naik bas. saya balik sebab mak saya kata durian kat pokok dah nak abis, jadi saya balik sbb nak makan durian la jawabnya.
dalam perjalanan kat highway saya nampak satu kereta sudah terbabas di laluan bersebelahan. orgnya dah naik ambulan kot sbb kereta kosong.
pas tu sampai kat satu jalan bandaran tu pulak ada lagi eksiden, bas kene berhenti, nampak dari jauh kawasan kemalangan, bengkek btui saya sbb terpaksa duduk dlm bas lelama.
pas tu ada ambulan lalu, peh tu polis la pulak, pas tu ada satu kereta lalu dari laluan bertentangan dan jerit2 bagitau, tak leh lalu jalan tu lama lagi sebab ada dua org yg mati.
dah lama pas tu polis pun kasi bas yg saya naik tu jalan, saya sempat nampak la mayat org eksiden tu telentang btui2 kat line putih tengah jalan tu, saya pun telepon adik saya, cerita pasal eksiden tu dan bagitau dia saya lambat skit sampai.
adik saya pulak bagitau kat bandar bersebelahan ada lori pulak terbalik, amboi manyak btui eksiden.
saya rasa la kan, saya mimpi nampak darah tu ada kaitan la dengan eksiden dan jugak makan enak tu, sebab saya dapat makan durian yg sedap dan banyak, nyam, nyam.
159693 |
Dipos oleh sofeanny at 12:41
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, July 13, 2007
sibuk sampai naik gila
amboi2 sibuknya saya, rasa cam nak penampo semua org kat opis ni ajer rasanya.
mintak maap la yer kalau ada nak mintak tolong apa2 tu, taks empat nak buat apa2 yg lain skang ni.
159680 |
Dipos oleh sofeanny at 11:38
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, July 6, 2007
Siaran Tv Indonesia
Cerita pasal rumah baru mak ngan abah saya lagi. saya rajin balik pasal umah baru la.
bila bukak TV terutamanya waktu malam la kan, mestii dapat siaran Tv Indonesia, merasa la dengar Jackie Chan cakap Indon.
Rasa-rasanya ada dekat empat siaran yang dapat. Sempat tengok Inul buat konsert. saya suka lagu Goyang Inul, syedap.
Teringat kenangan masa duk kat Johor dlu.
Menurut teori adik saya iaitu mak si kerinting, kami dapat siaran tu pasal pekerja Indon yang duduk dekat ngan kilang tu ada pasang parabola yang beso, lebih beso daripada kuali mak saya yang paling beso.
sekian.
p/s untuk makluman tuan puan pembaca yang dihormati, lokasi umah baru mak abah saya tu jauh dari laut, jauh dari sempadan Indon, dekat ngan highway utara-selatan, kawasan tanah pamah berpasir, tidak berbukit bukau dan kami tak langgan Astro atau lain2 TV kabel.
159626 |
Dipos oleh sofeanny at 11:57
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, July 3, 2007
adik saya World
masa kat umah mak abah saya yang baru, saya rajin mengajak adik saya naik moto melihat-lihat kawasan, setiap kali kami bersantai, asik ada jer mamat2 luar negara yang mengangkat tangan dan menegur adik saya, saya cakap kat adik saya yang dia sungguh world.
mamat2 tersebut ada yang dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Nepal dan lenlain lagi yang saya tak tau dr mana.
dan kenkadang adik saya jugak menegur mereka dengan menyebut "My friendnnnnnnnnnnn.......!" mamat2 luar negara tu pun menyengih ke arah adik saya.
adik saya ni bekerja dekat kilang yang berhampiran umah mak abah saya dengan sebab itulah dia ada ramai kawan luar negara, jangan ajak datang ke rumah udah ler.
159604 |
Dipos oleh sofeanny at 7:06
|
Nak kata apa2? [0]
|