|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Friday, August 24, 2007
Kucin Itam
Saya pegi lagi ke Kuala Gula, Tanjung Piandang ke Ban Pecah, Kuala Kurau hanya untuk memancin. Best wooo, ada manyak ikan kat Kuala Gula dan kat Kuala Kurau, Ban Pecah mengecewakan.
Masa nak balik dari Ban pecah menuju ke Kuala GUla, tetiba ada sekor kucin itam menyebrang jalan dengan penuh gaya dengan amat perlahan, lenggang lenggok lalu depan kereta yang dpandu oleh driver, peh tu siap usyhar kitorg lagi dengan penuh makna.
saya maleh nak terlalu percaya menda2 mistik ni tapi masa kecik dulu takut sangat saya nengok cerita Badul yang Prebet Lapuk yang mayat bangun lepas dilangkah kucin itam tu, ngeri jugak masa nak tido, terbayang bayang.
driver terpaksa memperlahankan kenderaan sebab ngeri nak langgar kucin tu sebab macam dari renungan mata dia, dia ada kata kalau ko langar aku jaga la engko, nahas ko nanti.
selepas itu kami teruskan perjalanan, lagi seratus meter nak naik jambatan Sungai Kurau tu tetiba ada sekor kancil dari arah bertentangan kona ke kanan ikut suka atok dia aja tanpa memberi signal.
pakcik yang naik kembara belakang itu kancil sudah panik lalu mau masuk ke laluan bertentangan yang ada kereta yang dipandu oleh driver dan saya sebagai penduduk sebelah driver.
itu kembara sudah mau hantam kereta kami la. nasib baik driver seorang pemandu yang sangat cekap lalu dia dapat mengelak itu kembara lalu kami pun tak masuk hospital. itu sebab la saya gajikan driver untuk jadi pemandu saya sebab dia memang terbukti cekap dan peka.
jadi jangan main2 dengan renungan seekor kucin itam, mungkin dia sengaja memberi kita amaran bahawa malang itu tidak berbau, kalau berbau tak der le kita kena malang. sekian.
159946 |
Dipos oleh sofeanny at 14:14
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 2, 2007
Dari KL ku mencari mu ikan
Dari KL, driver mencadangkan kami mengikut jalan Sungai Buloh, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan Teluk Intan demi mengisi kemaruk memancing. Mari sini saya ceritakan.
dari Kuala Lumpur saya cakap dengan driver yang saya nak gi naik 'eye on malaysia' tapi driver kata waktu hujan menda tu tak jalan, lalu kami pun masuk Highway sebelum tu saya sempat beli pulasan RM2 sekilo dan longan RM3 sekilo kat Petaling Street.
dalam perjalanan saya pun makan lah buah-buahan tu (ittupun nak cerita).
drive-drive dan drive lagi sehingga ke dekat Sungai Buloh, jumpa satu kedai binatang peliharaan, ingat nak beli cacing ke, katak ker, cengkerik ke, nak buat umpan, tapi terjumpa burung Tiung Siam, rasanya jantan, pasal dengan saya dia cakap 'assalamualaikum" dua kali dengan nada yang berbeza, satu mirip kepada suara lelaki, dan satu mirip ngan suara perempuan, dia akhiri kedua salamnya itu dengan perkataan 'fuy yooo!", pada masa tu saya rasa hebat sebab burung pun tau saya cun. (acah jer tu) TAPI dengan driver dia buat tak tau jer.
drive lagi, naik bukit, jalan lengkok lengkok jumpa satu kereta yang dah eksiden yang dibiar ditepi jalan, agak teruk keadaannya. peh jalan jauh lagi sikit, jumpa lagi satu kereta yang eksiden jugak dibiar tepi jalan, agaknya polis kat situ buat kempen psikologi dengan meninggalkan kereta2 tu utk dijadikan peringatan.
jalan lagi, lalu Kuala selangor, selama ni saya ingat Kuala Selangor tu tak de pekan, rupanya ade, nampak sangat pengetahuan am saya kurang.
teruskan lagi perjalanan sampai sekinchan, jumpa banyak sawah padi dan nampak org memancing, dia asik dapat ikan jer, ikan haruan, beso lengan.
berasa jeles, lalu melabuhkan pancing dikawasan berhampiran, menggunakan umpan roti, haram ikan tu tak makan.
sangat jeles, rasa rasanya org tu dah dapat lima eko ikan, lalu driver pun berjalan kaki menuju ke orang itu, dia pun tanya, org itu pakai umpan katak ngan cacing, dia kata kalau nak beli umpan kena gi pekan Sekinchan, punya la jauh, kene patah balik.
tapi demi hobi tersayang kami lakukan jua. sampai di pekan sekinchan, toke kata "ate katak aje, lain tatak ooo, kalau mau cacing aaa, lu kena gali sendili la". saya frust, driver gembira sbbnya saya tak berani ngan katak dan maknanya saya tak leh mancin.
pegi balik tempat macin tu, driver pun mancing, saya yang frust pun tido dalam kete.
hujan turun lebat, driver mancin jugak, hasilnya seko pun tak dapat. teori kami, ikan tu belum kenal bau kami lagi, dia tau kami org asing. penceroboh.
teruskan perjalanan gi jeti, tak de org jual ikan pun, tapi ada restoren.
drive lagi sampai Hutan Melintang, berenti makan, sangat murah, ikan pari bakar, sotong goreng tepung (ikan dan sotong dipilih lalu ditimbang dan dikira harganya), sup sayur, nasik putih dan minuman RM16.90, saya dan driver sebelum bayar bet dlu berapa harganya, saya meneka dengan hampir tepat cuma terlebih seposen.
lepas makan, drive lagi tapi ada kesesakan lalulintas kira2 sepanjang 2 km, akibatnya telah dikenalpasti, rupa2nya ada majlis perlepasan satu kapal tangki ke laut, jalan penuh sesak sebab semua pengunjung parking tepi jalan.
teruskan lagi perjalanan, sampai dekat2 ngan Teluk Intan, satu lori sudah hantam sama satu perdana, mayat tidak kelihatan, tapi ada manyak Bapak Polisi.
dan perjalanan diteruskan lagi.
itulah cerita saya.
159792 |
Dipos oleh sofeanny at 13:02
|
Nak kata apa2? [0]
|